Unexception: Fourteen


Vyle sedang meletakkan beberapa kotak buah-buahan kedalam lorry kecil. “Epal dua kotak, limau 3 kotak dan….” Vyle tersenyum manis. “selesai! Linda, aku nak ke pekan!”

Linda keluarkan kepalanya dari pintu rumah dan mengangguk. “Kirim salam dengan Nenek Mary untuk aku okay! Oh, dan cakap sorry aku tak dapat datang.”

Vyle memberi signal tangan OK dan masuk kedalam lori putihnya. Dia mengambil topi putih yang tersedia dalam lori itu dan memakainya. Vyle pandu pergi dari rumah agam itu dan ke pekan kecil, di mana letaknya rumah penginapan kecil yang agak popular di tempat itu.

Dia parking kenderaannya di belakang bangunan rumah penginapan itu dan mengetuk pintu dapur dengan sekotak epal di tangan. “Nenek Mary… Pesanan buah-buahan dah sampai!”

Pintu terbuka membuat Vyle tersenyum manis tapi senyumannya pudar apabila melihat lelaki tidak di kenali membuka pintu.

Kau penghantar tu ke?” Soal seorang lelaki yang menyandar di pintu.

“Kau….” Vyle sedikit terkejut melihat lelaki di depanya.. dia nampak sangat familiar tapi… “Maaf tapi kita pernah jumpa ke?”

Lelaki itu menarik sengih. Soalan ni lagi… desis hatinya. “Sorry, aku tahu kau comel tapi ayat tu tak menjadi sayang.” Katanya dengan nada mengusik membuat Vyle rasa malu dan marah.

“Ish, Aku serius lah! Ke tepi.” Vyle menolak lelaki itu ketepi, masuk kedalam dapur itu dan meletakkan kotak buah-buahan itu di tepi peti sejuk. “Aku cakap betul-betul dia main-main pula.” Katanya membebel sambil masukkan apple-apple itu kedalam peti sejuk.

“Ye ke?” soal lelaki itu, dia bergerak ke kaunter sebelah peti sejuk dan menyandar padanya sambil memeluk tubuh. “Oh, kau kan budak Amnesia tu kan? Tak silap aku nama kau Vyle.”

Vyle menjeling kearah lelaki di tepinya dan berdengus. “Tahu nama orang. Kau tu? Siapa?”

“Aku? Ean.”

Eh? Cam pernah dengar nama ni desis hatinya.

Ean menjungkit kening melihat muka Vyle yang buntu. “Nama aku Ean. E.A-”

“Tak perlu Eja lah!” marah Vyle. “Kau ingat aku ni apa? Alien dari planet marikh?”

Ean tertawa melihat muka marah Vyle. “Oh, pandai rupanya. Aku ingatkan kau lupa nak mengeja. Ye lah kan, amnesia….”

Pack! Satu tendangan sampai di kaki Ean. “Nak aku cabut gigi kau tu ke?!”

“Adduuuuuhh…..” katanya mengerang kesakitan dan Ean merenung muka Vyle dengan rasa marah. 
“Sekarang kau tak Cute langsung. Kau Monster!”

Vyle membalas renungan Ean sambil memeluk tubuh. “Kau pula Mr. Pain-in-the-neck!”

“P-Pain???” Soal Ean tahan marah. “Kau tahu ke aku ni siapa hah budak?”

“B-budak?????” Ini dah melampau ni…. Desis hatinya marah. “Kau…. Kau… SIA-”

“Vyle!! Cucu kesayangan nenek, bila sampai?” muncul seorang wanita tua akhir 50-an masuk ke dapur dengan wajahnya yang sentiasa ceria dan memeluk Vyle. “Oh my, kau dah besar rupanya, apa Linda bagi kau makan sampai besar panjang cam ni? Kamu tengah diet ke sekarang? Kurus sangat sayang. Ooooo…. Harap dia jaga kau sebab nenek tak nak nampak kamu kurus kering…..”

Dan begitulah Nenek Mary berceloteh tanpa henti sambil memeluk erat Vyle. “Nek, Vyle ok. Tak, Vyle tak diet sekarang ni dan…” Vyle melepaskan pelukan Nenek Mary secara paksa. Dia rimas di peluk lama sangat. “Baru seminggu lalu Vyle singgah kat sini.”

“Oh ye ke?” Nenek Mary sendiri tersipu malu. “Oh! Vyle, dah jumpa dengan Ean?” Nenek Mary menuding jari kearah lelaki di sebelah Vyle. “Dia pekerja baru kat sini. Dia baru datang 3 hari lepas untuk summer job.”

Ean dan Vyle berpandangan dan merenung sesama sendiri. “Nice to meet you….” Kata Vyle tahan marah, masih lagi berdendam dengan lelaki menjengkelkan depan matanya.

Ean memutarkan bebola matanya dan tersenyum sengih. “Heh, Nice lah sangat.”

What the Helll……

Vyle dah mengangkat tangan nak lempang kepala hotak lelaki di hadapannya ni tapi terbatal apabila ada incoming call. Dia segera mengangkatnya. “Hello? Encik Welldrick. Sorry lambat, saya datang ke sana sebentar lagi…. Ye, saya di tempat Nenek Mary. Ya..” Vyle tertawa kecil. “Baik lah… ok, Bye….” Dan dia mematikan taliannya.

“Nek, Vyle kena hantar kotak yang lain. Encik Welldrick dah menunggu dah tu.”

Nenek Mary mengangguk. “Baiklah sayang. Kalau ada masa lapang petang ni tolong ke sini ye? Nenek nak minta tolong sikit dengan rumah ni.”

Vyle salute slamber kearah nenek mary dan memandang Ean dengan muka acuh tak acuh sebelum keluar dari rumah percutian itu.

Setelah Vyle keluar dari rumah itu, nenek mary akhirnya bersuara. “Kau suka dengan Vyle ke?”

Ean terkejut beruk. “Apa? No!”

Nenek Mary menjungkit kening. “betul ke? setahu aku, kau tak layan perempuan ni semua. Banyak pelanggan wanita datang vacation kat sini dan satu pun kau tak berminat. Ada yang nak tackle kau, kau tolak bulat-bulat. Kenapa time bercakap dengan Vyle kau tak….”

“Aku nak sambung kerja.” Kata Ean mengambil kapak di tepi pintu dan bergegas keluar dari tempat itu.
Nenek Mary tertawa kecil. “Aku dah agak dah….” 

Ean keluar dari rumah percutian itu dan memulakan kerja memotong kayu api di belakang rumah.

Sementara dia sedang memotong kayu, hatinya menyumpah seranah perempuan yang datang dan menendang kakinya tadi.

“Tak guna, bukan main awal-awal dah cakap ayat mengayat Tanya aku, kami pernah jumpa ke tak. Bila aku bagi muka kat dia.. dia tendang aku pula? Selalunya perempuan tergedik-gedik bila aku buat cam tu. Kenapa dia pula yang marah?” dia mengomel tanpa henti sambil memotong kayu api.

Tak GUNA!!!!

Dia mengangkat kapak tersebut ke atas kepalanya dan *CHOP*

Budak tu saja buat aku naik darah desis hatinya dan dia mengelap keringatnya yang jatuh. Matahari ni pun satu! Tak boleh ke kau redup sikit? Panas TAU!!!

“kyaaa!!! Machonya Ean bila dia buat cam tu!!” jerit salah seorang tetamu perempuan di dalam rumah itu, memerhatinya Ean dari tingkat kaca tingkat bawah sambil menikmati sarapan paginya bersama rakannya lagi seorang.

Ean tersenyum bangga mendengar pujian itu. Nampak, perempuan lain suka tapi kenapa dia tak? Desis hatinya. Dia menjeling kearah para perempuan dalam rumah itu dan tersenyum meleret.

Dia mengangkat hujung bajunya dan mengelap mukanya berkeringat sengaja menayangkan Six packnya kepada perempuan yang merenung kearahnya.

“Ahhhh!!!”

Ean tersenyum bangga dalam diam. Heh, kalau perempuan tu nampak aku cam ni tentu dia terpikat kat aku desis hati Ean.

“Hoi-hoi, aku lambat sikit dah nak mengada ke?”

Ean terus mendongak melihat keatas. Kelihat seorang lelaki bersayap putih dengan baju serbah putihnya mendarat di hadapannya, Angel datang. “Kau di hantar ke sini untuk latihan, bukan pikat perempuan.”

Ean berdengus dan mengangkat kayu api yang sudah di potong dan bergerak kotak kayu api berdekatan dengan pintu belakang. “Kenapa kau lambat?” Ean meletakkan kayu apinya kedalam kotak tersebut.

Angel itu menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Kena ceramah oleh Cyrus sebelum turun ke sini. Dia asyik membebel tentang pencarian Fallen Angel dan suruh aku Join Group sekali tapi aku tolak sebab kena jaga NB Angel yang menjengkelkan.”

Ean memandang Angel itu. Rasanya cam ayat Angel di depannya tu menyindir. “Light, aku tahu kau tua 600 tahun tapi…”

PACK!

“Nak aku cabut bulu sayap kau tu ke buat bantal tidur aku?!”

Light tertawa sambil mengusap kepalanya yang sakit di luku oleh NB Angelnya. “Betullah. New Born (NB) Angel cam kau patut di pantau.”

Ean mengeluh dan duduk di rumput. “NB Angel huh?” 

<><><><><><><> 

Sulfur berada di pekan di mana Vyle berada. DIa sedang memantau seorang diri dan tak nak sesiapa mengekorinya. Ini kerana dia tahu jika Devil yang lain tahu keberadaan Luciefer dah tentu Dia di ambil secara paksa. Itu perkara terakhir Sulfur nakkan ia berlaku.

Sebenarnya dia tak seberapa pasti juga jika Luciefer ada di tempat tu kerana mustahillah orang yang di kehendaki masih lagi nak kekal di negara tu. Dah tentu Raven keluar negara dan bersembunyi tapi itu tak membuatkan dia berhenti mencari di negara tu. Setiap penjuru kena di cari, biar ke lubang cacing pun tak boleh tak nampak. Raven dalam bahaya. Dia tak boleh jatuh di tangan Angel ataupun Devil.

“Raven…. Kau di mana?” katanya berbisik pada diri sendiri sambil matanya liar memantau sekeliling jalan pekan kecil itu. Pada hari ahad memang banyak orang turun membeli belah jadi susah sikit nak cari.

Dia terbang masuk dari kedai ke kedai. Matanya tak jemuh mencari wanita yang dia cintai. Dia takkan berhenti mencarinya sehingga dia selamat di tangannya.

Dia masuk kedalam kedai sayur-sayuran di mana terdapat banyak wanita pelbagai umur membeli barang dapur sambil berborak-borak. Dia melihat semua wanita yang berambut hitam dan memastikan dia tak terlepas pandang.

“Satu pun bukan Raven.” Katanya mengeluh dan terbang keluar.

Pemilik kedai, Encik Welldrick sedang melayan pelanggannya. Tetiba dia mendengar bunyi pintu belakang kedainya terbuka dan kelihatan Vyle sedang mengangkat kotak kosong di tangannya. “Dah selesai!”

“Oh terima kasihlah nak. Jangan lupa esok tau.”

Vyle mengangguk dengan senyuman manis dan bergerak keluar dari kedai tersebut. “Tempat seterusnya….” Vyle rasa ini kali pertama dia malas nak sebut tempat yang dia akan pergi ni hari. “Rumah percutian Nenek Mary.” Dia mengeluh dan naik ke lori putihnya.

<><><><><><> 

Nenek Mary memandang jam dinding yang tergantung di atas pintu kacanya. 2.32 tengahari.

“Ini kali pertama nenek rasa dia lambat.”

Ean yang baru keluar dari pintu dapur terdengar apa yang Nenek mary katakan. “Siapa nek?”

“Hmm?” Nenek Mary memutar kepalanya ke tepi melihat Ean yang turut menyandar di kaunter registration  sambil mengunyah sebiji epal. “Oh, Vyle. Selalunya sebelum jam dua dia dah ada di sini tolong nenek melayan pelanggan tapi….”

*Cling*Cling*

Mereka berdua berpaling ke pintu utama dan melihat Vyle masuk kedalam rumah percutian itu sambil menyapa beberapa pelanggan yang sememangnya rapat dengan Vyle.

Perempuan itu bergerak ke kaunter dan meneka-nekan loceng. “nak register bilik….” Vyle tertawa kecil melihat Nenek Mary bercekak pinggang. “Sorry lambat. Encik Welldrick minta tolong kemas stornya. So, ini Hari Vyle kerja apa Nek?”

“Ini hari? Kamu pergi jemur cadar tilam kat luar. Nenek dah cuci tinggal jemur je.”

Vyle mengangguk dan bergerak ke dapur. Dia melimpasi Ean dan ingin menyapanya tetapi apabila mata mereka bertemu Vyle rasa nak mengelak dari Ean. Entah kenapa.

Ean pula yang mengunyah epalnya memandang Vyle bergegas masuk dapur rasa sedikit sakit hati. Kenapa dengan budak tu? Tadi bukan main tendang aku, sekarang nak hindari aku pula? Apa kess? Desis hatinya marah.

“hoi Ean, tolong nenek jaga rumah boleh?”

Ean memandang Nenek Mary di sebelahnya yang bersiap sedia dengan bakul di tangan dan mengambil scarf. “Nenek nak beli apa di pekan?”

“Persediaan untuk Gathering Night hujung minggu ni. Kena cepat sebelum stok habis.” Katanya dan keluar dari rumah itu.

Sebaik sahaja nenek Mary keluar, dua orang perempuan yang asyik duduk di meja makan bangun dan mendekati Ean dengan senyuman tersipu malu.

“Kau Ean kan?”

Ean mengangguk dan menarik sengih. Kerja menguratnya dah bermula. “Ya… apa yang saya boleh bantu untuk gadis sejelita kamu?” soalnya menggoda sambil mengenyit mata.

Sementara di belakang rumah, Vyle sedang menjemur cadar tilam sambil mengelamun. Sekarang dia sedang mencuba mengingati memorinya. Sekarang apa yang dia ingat ialah dia tinggal di sebuah condominium yang agak sunyi dan kosong. Hanya dua buah sofa dan coffee table yang kosong menghiasi ruang itu. Kenapa hanya ruang tamu? Bilik tidur kan tempat orang selalu berkurung di rumah. Kenapa Bilik tidur dia tak ingat cam mana rupanya?

“Mana budak tu….”

Vyle tersentak dari lamunannya dan melihat bayangan orang bersayap landing di sebalik cadar yang dia jemur. Apa??

Dia terus menolak cadar itu ketepi untuk melihat dengan matanya sendiri. “Tiada….” Katanya apabila mengetahui tiada sesiapa di hadapannya. “Hayalan kot….” Dia mengangkat bahu sambil mencebik dan menyambung kerjanya yang tertangguh. Dia tetiba terdengar suara nyaringmenjerit dengan riangnya. Bukan seorang tapi lebih. 3 atau 4 orang mungkin.

Dia berputar berputar kearah pintu kaca rumah dan ternampak Ean sedang melayan empat orang pelanggan Nenek Mary di kaunter.

Vyle mencebik dan berpaling, menyambung kerjanya semula. Tak guna flirter tu. Harap hensem tapi player desis hatinya marah sambil mengibas-kibar cadar putih itu dengan sekuat hatinya marah.

Setelah dia menyidai kain, dia rasa lemas tetiba sepertinya semangatnya hilang melihat Ean bersama perempuan lain. Kenapa dia rasa cam ni yea? Semua semangat kerjanya hilang dengan sekelip mata.

Vyle menggeleng. “Tak… itu tak mungkin berlaku.” Katanya sendiri dan menyambung kerjanya.

Sementara di bahagian Ean, dia rasa dirinya menang apabila melihat Vyle mencebik sambil menyidai cadar tilam. Nampaknya hela nak cemburukan Vyle menjadi.

Aku dah agak dia ada perasaan kat aku desis hati Ean berbunga-bunga.

“Ean, kenapa kau happy ni?” Soal salah seorang perempuan yang ada bersama Ean.

Ean tersenyum macho. “Sebab kau ada di sisiku.” Katanya tapi matanya jatuh ke figura perempuan menyidai kain.

“Ean, jangan cakap kau dah jatuh cinta kat manusia pula..” tegur Light yang duduk di meja makan, hanya memandang Ean mengurat. Kerjanya ialah memantau dan menasihat. Dia tak boleh bantu Ean dalam kerjanya.

Ean tertawa sengih memberi jawapan. Aku jatuh cinta kat manusia? Sorry sikit desis hatinya.


Light memandang kearah figura perempuan yang Ean asyik tenungnya. Dia membelakangnya mereka jadi susah nak nampak mukanya. “Siapa agaknya perempuan tu ye?”

No comments:

Post a Comment