New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Monday, 8 February 2016

Twentieth L.O.V.E

Melancholy Beach

“Panggil semua pixie dan Sprites sekarang juga. Suruh mereka pantau seluruh Camelot sekarang!” sahut Pengetua Merlin didalam menaranya, bercakap kepada bebola Kristal di atas mejanya.”

Bayangan dalam bebola tersebut; Ketua Pixie dan Penghulu Sprites mengangguk akur dan terus mengarahkan orang-orang  mereka untuk pergi menjalankan tugas drastic itu.

Merlin mengeluh panjang. Sekali lagi, dia dapat rasakan aura gelap di udara. Bersembunyi di celah-celah angin, sangat halus hampir dia tidak perasan akan kehadiran tersebut.

“Ini dah tiga kali berlaku pada tahun ni… kehadirannya bertahan lebih lama dari sebelumnya.” Merlin memandang ke satu sudut bilik peribadinya dan bersuara; “Hood, kau pasti ke tentang ni?”

Hood yang memakai mantel merah, dalam bentuk dewasanya muncul dengan senyuman kecil. “No doubt… Ia makin kuat. Memakan hati penduduk enchanted dengan perlahan. Targetnya hanya satu.” Katanya dengan nada yang tiada naik turun.

“Siapa targetnya?”

“kejahatan mutlak ini membuat hati terbesar Camelot sebagai targetnya.”

“Hati terbesar—Puteri Charlotte?

>X<

“Ivy~! Ivy~! Ivy~!”

SHUT UP!!!!” Ivy meletup dengan api baju membara, naik ke rak buku perpustakaan di antaranya.

“shhhhhhhhhsshhhhh.”

Ivy menarik nafas dalam dan menghembusnya untuk beberapa kali memenangkan api kemarahannya supaya ia tidak membakar satu perpustakaan. Cukup sekali dia bakar satu rak buku section 5, row 23 dan 24 disebabkan makhluk pendek yang bergelar kanak-kanak dan mempunyai nama spesifik sebagai Puteri Charlotte Elizabeth Diana yang menjengkelkan ini asyik mengusiknya tanpa henti.

Ivy terpaksa berkerja late hour untuk memulihkan semula kesemua buku yang hangus terbakar dengan magicnya. Dia buat sampai lewat tengah malam! Tuah tidak menyebelahinya kerana bukan sahaja Charlotte bertandang bersamanya pada malam tu, abangnya juga datang untuk mengganggu ketenteraman hidup Ivy.

Ivy dah hafal rutin harian dua adik beradik ini setiap kali mereka datang ‘melawat’ Ivy di perpustakaan. Charlotte akan datang sekitar pukul 3 selepas kelab aktivitinya berakhir dan akan pergi sebelum pukul 8, sebab curfewnya 9 malam dan pada masa itu jugalah Abang dia muncul.

Euuuggghhh… Why? Why oh lord from the above??? Why you let this poor soul being torment by two dazzling but pain in an *ss creatures???

Ivy hampir serahkan seluruh jiwa dan raganya kepada the forces of evil, sacrifice dirinya untuk larikan diri dari dua beradik menyusahkan ini. malah dia hampir berlutut mengalah dengan Charlotte!!!

Ivy The Devil tidak akan pernah tunduk malah Berlutut kepada sesiapa!! Not even the King himself!

This pesky little troll really annoys me!

“Ivy~~ Ivy menghayal lagi!”

Ivy tersentak dari lamunannya mendengar nada riang budak 12 tahun yang duduk di tangga rak library dengan senyuman lebar terpapar di wajahnya. Ivy rasa macam nak sumpah je senyuman tu… It’s to innocent, menghancurkan jantungnya yang gelap.

“Kau takda kerjarumah ke? asyik kacau aku je 24/7?” Soal Ivy sambil mengemas buku perpustakaan. Kalau Charlotte datang untuk menolong takpe lah, ini jadi penonton je, baik balik tidur.

“Dah siap time kelas.” Jawabnya dengan senyuman riang. “Char selalunya selepas kelas, char pergi kelab craft tangan. It’s fun! Selepas tu Char akan berada di dalam bilik seharian. Bermain dengan Mr. Whiskers.”

“Mr. Whiskers?”

“Hmm? Oh! Mr. Whiskers ialah kucing Char.”

“Dalam bilik seharian?” Ivy memutar kepalanya memandang Charlotte. “Kau tak bosan ke? kalau aku, aku akan keluar dengan kawan-kawan or something korang puteri selalu buat.”

“Well… that’s the problem.” Charlotte bersuara dengan nada sedih. “Tiada siapa nak lepak dengan Char.”

Langkah Ivy terhenti dan memandang semula budak 12 tahun itu. Forbidden rumour?

Charlotte hanya berikan senyuman kepada Ivy. “Well, nampaknya Ivy pun tahu tentang Charlotte. Yang Charlotte dan abang George are half siblings.”

Mata Ivy membesar. Tak… sebenarnya aku tak tahu desis hati Ivy cuba sembunyikan riaksi terkejutnya. Louis tak pernah beritahu aku pun pasal korang dua. Aku ingatkan forbidden rumours tu tentang Permaisuri Geneviere dan Sir Lancelot pernah ada hubungan sebelum Permaisuri berkahwin denga Raja Arthur, Raja Arthur membunuh Sir Lancelot untuk Permaisuri Geneviere. Louis dan kau pula tidak bersefahaman sebab Louis lebih penting dari kau. Itu tanggapan aku pasal Forbidden rumour. Kejap jadi—

Sir Lancelot?” Soal Ivy memandang Charlotte. Lelaki tu ayah kandung Charlotte?

Charlotte mengangguk. “Yup. Sebab tu Char tidak sesibuk Abang George. Char tidak boleh keluar selalu kerana kewujudan Char dah cukup memalukan pada Camelot. Kalau Char keluar buat hal, tentu Char akan menyusahkan mereka lagi. So, Mama suruh Char duduk bilik sepanjang masa. Tidak boleh keluar bermain, tak boleh buat apa-apa langsung.”

Ivy hentikan kerjanya dan memberikan tumpuan kepada Charlotte.

“So, bila Char start sekolah. Papa dan mama terus hantar Char ke Private school 3 tahun. Abang habiskan private school setahun je, hebat kan? dia bekerja keras kerana dia taknak tinggalkan Camelot lama-lama. Char pula kena ikut perancangan. Tiga tahun bermaksud tiga tahun. Char tiada kuasa macam Abang.” Suaranya mula menggeletar dan matanya merah menahan tangisan. “Char ingatkan kalau masuk Academy ni char akan buat kawan baru tapi—tapi mereka semua hindari Char… sebab ‘forbidden rumour’ itu. Mereka fikir macam-macam benda buruk tentang Char… Char ada penyakit berjangkit, char bencikan abang dan ingin tumpaskannya, Char merancang untuk mengambil tahkta abang, char sombong, Char Puteri yang memalukan Papa dan mama—” Charlotte agak terkejut bila Ivy menarik tangan Charlotte dan memeluknya dengan erat. Ini buat kesedihan dalam hati Charlotte melimpah ruah dan menangis dalam dakapan Ivy. “It hurts…. Char cuba jadi baik tapi tiada siapa menghargainya. Tiada siapa sayangkan Char.. tak papa, tak Mama… Abang tiada dengan Char selalu.. tiada tempat Char nak mengadu…..” tangisnya membasahi jaket cotton Ivy.

“Char kadang-kadang terfikir kalau Abang bencikan char… sebabkan Char, abang buat semua kerja-kerja berat ni sedangkan kami patut kongsi kerja tu bersama. Ia tanggungjawab Putera-puteri untuk menolong Raja dan permaisuri dalam urusan Negara. Tapi semua tu Abang yang buat, tentu abang bencikan Char.”

Ivy hanya diamkan diri, dia tak cakap apa-apa kerana dia tak tahu macam mana nak tenangkan budak kecil itu. Dalam hidup Ivy, dia tidak pernah memujuk sesiapa yang bersedih. Apatah lagi budak-budak. Nak berlembut dan memenangkan mereka adalah sesuatu benda yang asing baginya.

Apa yang dia boleh buat ialah memeluk Charlotte dan mengusap belakangnya sehinggalah dia tenangkan diri. Beginilah Diaval akan buat dekat Ivy bila dia bersedih tentang mengecewakan ibunya. Dia akan memeluk Ivy, mengusap belakangnya dengan lembut sehingga Ivy tenang dan bersemangat semula.

Ia janggal, sangat janggal buat macam tu dekat orang lain..

Proses menenangkan Charlotte dengan pelukan yang sangat janggal memakan masa beberapa minit. Ivy terpaksa bertahan dan bersabar sehinggalah budak itu tenangkan diri. Oh gosh, betapa tak selesanya Ivy masa tu. dia berperang dengan dirinya sendiri samada nak marah budak tu sebab menjadi lemah atau biarkan dirinya terseksa dengan air mata dan hingus budak tu.

NASIB BAIK Charlotte berhenti menangis sebelum Ivy buat pilihan untuk marah dia. Paling memalukan ialah Charlotte mentertawakan Ivy kerana memujuk orang menangis adalah perbuatan pertama Ivy pernah buat dalam seumur hidupnya.

Charlotte juga berterima kasih kepada Ivy sebab tenangkan dia walaupun Ivy tak seberapa bagus dengannya. Sekurang-kurangnya Ivy mendengar dan tidak berpaling. Ia buat Charlotte gembira.

Setelah itu, Charlotte pergi meninggalkan Ivy keseorangan. Akhirnya.

Walaupun Ivy membuat kerjanya dengan tenang, mindanya masih lagi memikirkan tentang luahan Charlotte.

Louis bencikan Charlotte? Betul ke?

Ivy teringat semasa mereka kecil di hutan Mahligai. Louis sentiasa merungut tentang keluarganya yang strict, tidak pernah hiraukan Louis langsung, samada dia sakit atau tidak. Tiada siapa pernah ambil berat tentang Louis sehinggalah dia jumpa Ivy.

Okay itu agak cliché, dah tentu Ivy menafikannya tapi itu yang Louis katakan.

Louis pernah kata Mamanya tidak pernah sayangkan dia dan papanya. Jadi Ivy ingat mamanya sememangnya tak cintakan Raja Arthur, yang Raja itu sebenarnya yang kejam. Tapi rupanya… Permaisuri Geneviere ada kekasih gelap.

Ivy mengeluh. Kenapa dia tak dimasukkan ke Vicious je? Kalau ya, dah lama aku seksa ibu Louis kerana buat Louis bersedih desis hati Ivy. tapi Ivy tak boleh buat macam tu, kerana Louis akan bertambah sedih. Walaubagaimanapun Mamanya, Louis tetap menyayangi mamanya.

Kasihannya Louis….. Tentu dia bergelut samada ingin menerima adiknya atau tidak semasa Charlotte lahir. Sebab tu dia lari ke hutan Mahligai untuk jumpa aku selalu, untuk melarikan diri dari keluarganya. Masalah besar Louis adalah Keluarganya.

FIkiran Ivy tak boleh melepaskan masalah dua beradik itu. Dia asyik teringatkan masa silamnya dengan Louis. Setiap kali Ivy selalu sebut tentang keluarganya pasti dia menjadi murung atau tukar topic perbualan. Tentang asal-usul Louis, tentang adik beradiknya, dimana Louis tinggal… semuanya dia elak untuk menjawab segala persoalan ivy

Aku mula rasa bersalah… Ivy mengeluh sekali lagi. Kalau aku tahu aku takkan bangkit pasal keluarganya time tu.

Tapi susah untuk dia percaya yang Louis membenci adiknya. Hmmm… Melihat mereka sentiasa menyakat Ivy tanpa henti seperti Ivy ni satu permainan bagi mereka—damn them by the way—sukar bagi Ivy untuk percaya yang Louis tidak suka dekat adiknya. Or Louis masih tidak terima kenyataan yang adiknya bukan adik dari ayah yang sama? Yang Charlotte hasil dari hubungan sulit Mama dan Sir Lancelot?

“Ouch…” Ivy menyentuh dadanya. Uissh, sakitnya tu tak terhingga.. kalau aku dah tentu aku pandang jijik kat adik aku tapi Louis takkan. Dia terlalu baik untuk benci adik sendiri.

Mereka berdua kena berdepan dengan perasaan masing-masing

“Someone broke your heart?”

Seseorang berbisik dekat pada telinga Ivy membuat Ivy melompat dan menyentuh sebelah telinganya. Dia berputar melihat Louis yang tersenyum nakal dengan kedua tangan dimasukkan kedalam poket. “Louis!” Jeritnya dengan nada berbisik. Aku ingatkan Jack tadi…

Mata Ivy terus meliar bila dia fikirkan makhluk enam inci kecil, mencari enam pixie annoying kalau-kalau mereka ada berdekatan.

Ye lah, sepanjang hari ni mereka tiada memantau Ivy, so, mana tahu sekarang baru dorang muncul. Time Louis jumpa dengan Ivy. seorang diri.

“Jangan risau mereka buat pantauan sekarang ni dengan Sprites.”

“Pantauan di Academy?”

“Luar Academy.” Jawabnya tahu sangat Ivy akan cuak.

“Why?” Soal Ivy lagi. Dia dapat rasakan sesuatu yang tak kena, setahu Ivy, Sprites dan Pixie tak bersefahaman sangat. kenapa mereka buat pemantauan bersama-sama? “Ada sesuatu terjadi kat Luar Academy ke?”

“…No….” Louis menggeleng, mengalihkan pandangannya dari mata Ivy. “Hanya pantauan biasa.”

Ini buat Ivy lebih musykil. Asal Louis tak pandang tepat pada matanya? Dia memberi respon juga agak lambat. There is something—“Ack!” Ivy kembali ke alam reality bila Louis menjentik dahinya.

“Stop thinking about it. Ia perkara biasa. So, Ivy… adik aku ada datang kacau kau lagi ke?”

“Dah tentu dia datang.” Rungutnya sambil menggosok dahinya yang dia tahu akan merah. “kau dan adik kau tu buat hidupku umpama neraka!”

Louis tertawa. “I think that a good thing.”

“How?” Soal Ivy sakit hati. Dia terus membelakangkan kepalanya bila Louis dekatkan wajahnya dengan muka Ivy.

“You know what I mean.”

Muka Ivy terus naik merah, sama merah dengan dahinya dan menolak Louis jauh-jauh. “A-Anyway, esok kau ada kelas ke? or kerja ‘prince related’?” dia segera tukar topic tanpa memandang lelaki menyakitkan hati bersamanya ini.

Louis menjungkit kening dengan senyuman. “Yeah, why?”

“Ada ke takda?” Soal Ivy sambil bercekak pinggang. “Apapun, Kau kena freekan masa kau esok. Sepanjang hari. kau boleh kan?”

“Yeah, why?”

Ivy memutar bola matanya. “This is one time chance…” Ivy menarik nafas dalam dan pandang arah lain. “Aku nak ajak kau keluar.”

Apa? Louis rasa dia tersalah dengar. “Kau nak apa?”

Muka Ivy tambah merah dari sebelumnya dan menghentam buku dalam tangannya ke dada Louis. “Kau dengar dengan jelas!” marahnya tahu sangat kerana Louis tersenyum bila dia tanya Ivy tadi. “You are such a jerk. You know that?”

“Yeah, I know.” Jawabnya dengan senyuman lebar terukir pada pipinya, terlalu lebar hingga buat pipinya sakit, tapi dia tidak kesah. “I am your Jerk.”

.


.

“Kau nak kitorang tolong kau?”

Ivy mengangguk, memandang empat kawan ‘in crimenya’ “Korang akan tolong kan?”

Mereka saling berpandangan sebelum Gweneth bersuara selepas meniup gula getahnya. “Kau mula suka Putera George ke?”

Ivy cuba sembunyikan rasa segannya tapi memandangkan dia berdepan dengan ‘perempuan tulen’ ini, mereka boleh tahu perasaan Ivy. “No. Just do it.”

“Okay.” Gretel menjawab dengan senyuman nakal. “But Edward kau nak letak mana?”

“Gretel!” okay, kali ni muka Ivy merah. “Aku dengan dia tiada apa-apa.”

“Belum lagi.” jawab Hanna juga tersenyum seperti yang lain. “Okay, kami tolong tapi apa habuan kami?”

Ivy menghembus nafas panjang. tak boleh ke tolong dia tanpa minta habuan? Aku ingatkan orang enchanted tolong menolong dengan ikhlas? Apa dah jadi dengan pengajaran mereka dekat Ivy tentang Good Deed?

“Fine. Korang nak apa?”

Mereka semua terus memandang Apple Red. Mastermind segala muslihat. “Kami pilih tempat dan…..”

.


.



Pada hari cuti yang indah dengan langit yang biru bertemankan awan-awan gebu, Tidak kalah dengan lautan biru yang luas lagi bersih! Burung-burung berkicauan menyapa penghuni alam dan pasir putih bak berlian. Pantai tersebut tersangatlah bersih seperti tiada siapa pernah datang ke tempat tersebut. Ombak laut juga kelihatan tenang.

Ini hari ialah hari yang indah untuk menikmati hari cuti bersama rakan-rakan. Apatah lagi dengan—
“F*cking hell the sun!” Ivy segera mengeluarkan payung pantainya dan berteduh di bawah payung tersebut dengan jubah panjang menutup satu badan, topi sombrero yang besar dan juga kacamata hitam yang hampir buat pemandangan seperti waktu malam. Dia memeluk tubuh di atas tuala mandinya tidak ingin menyentuh pasir putih itu ataupun berada di bawah matahari. Langsung.

“Bukan kau ke yang rancang?” Soal Louis juga duduk memeluk lutut, kelihatan sama depress dengan Ivy sekarang ni. “And you said it was a date.” Bisiknya dengan perlahan.

Ivy menjeling kearah Louis dari sebalik kacamata hitamnya. “Aku tak pernah cakap ia date.”

Louis juga menjeling kearah Ivy. penat dia kosongkan segala jadualnya pada hari itu kerana excited untuk keluar dengan Ivy seorang tapi… rupa-rupanya….

“Alaaa korang ni tak seronok langsung!” Gweneth tunduk memegang lutut melihat dua bad mood couple di bawah Payung pantai Ivy. “Bukan hari-hari kita dapat berseronok macam ni! Enjoy while it last!”

“I will not Enjoy anything related with that damn sun!!” marahnya menuding keluar payung dan menyesal kerana tangannya terkena matahari. “Ack! It burn!” rungutnya dan sembunyikan tangannya semula kedalam jubah mandinya.

“You big baby!” Gretel mentertawakan Ivy.

“Oh my Gosshh!!! Aku tak tahu pantai Camelot cantik macam ni!” sahut Hanna berlari kearah laut dengan riang, merasakan air laut di kakinya. “Uuuu…. The water’s fine guys! This is perfect!”

“I’m coming!” sahut Charlotte dengan pelampung warna pink disekeliling pinggangnya dan berlari kearah Hanna.

Ivy bawa satu kapal pergi Pantai.

“Relax lah Bro. bukan selalu kau dapat vacation macam ni, cukup baik Ivy ajak kau.” Andrew menepuk bahu Louis yang berdengus seperti budak kecil.

Dia bawa Andrew sekali!!! Why??!

Ivy dapat rasakan renungan maut Louis membuat lubang di kepalanya dan dia endahkan renungan tersebut. Dia sendiri sakit hati sekarang ni. Menyesal dia pujuk kawannya untuk pujuk Puan Camelia bagi dia cuti pada hujung minggu itu. Kalau dia suruh Charlotte je kan senang? Takyah lah mereka berempat ni mengekor sekali dan kenapa mereka tiba-tiba bawa Andrew??

“George… pasang payung kau sendiri. Ini payung aku.” Ivy menendang Putera Raja itu keluar dari payung pantainya yang berwarna merun dan bercorak kelawar. Dia menjeling kearah Gretel yang duduk di sebelahnya pula, sedang menikmati matahari pada badannya sambil minum jus oren. “I’m going to kill you.”

Gretel menarik sengih. “Kau tahu kau takkan dapat Putera George kan? Dia dah bertunang, so, baik kau ambil Andrew. Kau dan Louis boleh berbiras.” Katanya buat muka Ivy naik merah. “Plus, kau sukakan Puteri Charlotte juga kan. means, you guys will be one big happy family—Ack!”

Ivy menarik topi Gretel kemukanya tanda dia geram dan malu pada masa yang sama. “Aku buat ni bukan sebab aku suka George!” Bisiknya dan pandang kebelakang, Louis sudah beredar bersama Edward untuk bermain dengan air bersama yang lain dan kembali memandang Gretel. “I’m here to clarify their feeling.”

“Who’s feeling?” Soal Gretel memandang kawan-kawan mereka yang bermain bersama. Hanna dan Charlotte bermain dalam air, manakalah Apple Red, Gweneth, Louis dan Edward main beach ball. Couple vs. couple. “Aku tak rasa vibe romantic di mana-mana.”

Ivy memutarkan bola matanya. “Bukan that kind of feeling dummy.” Dia memandang kearah kawan mereka dan bersiul.

Semua orang agak terkejut mendengar Ivy bersiul dengan kuat. Mereka tak tahu yang perempuan boleh bersiul selain lelaki sebenarnya.

“Char! I need your help!” sahutnya dengan senyuman paksa dan budak 12 tahun itu melambai tanda dia akan datang.

Gretel menjungkit kening. “Apa sebenarnya kau rancangkan ni? Pikat hati adik dia untuk dapatkan abang—ow!” Ivy memukul bahu Gretel. “Boleh tak kau berhenti memukul?”

“Boleh tak kau berhenti buat tafsiran merapu?” soalnya balik dan tersenyum kearah Charlotte yang duduk di hadapan Ivy. “So, do you have fun?”

Charlotte mengangguk laju. “Yes! Thanks Ivy, Char tak sangka Ivy boleh buat private vacation untuk kitorang berdua. Ini kali pertama Char pergi pantai Camelot. It’s Fun!”

Ivy mengangguk dengan senyuman bangga. “Aku tahu kau akan sukakannya. So, ajak abang kau untuk bawa kau jalan-jalan sekitar pantai. Or minta dia ajar kau berenang.”

Charlotte terus menggeleng. “N-No… Abang jarang dapat cuti macam ni, Char taknak jadi—”

“Oh hush.” Ivy mengipas tangannya di depan muka Charlotte suruh budak tu diam dan menjerit kearah kawannya yang masih bermain. “Putera George! Come here!”

Sekali lagi mereka semua terkejut. Bukan sebab dia menjerit, mereka dah biasa mendengar Ivy menjerit, yang buat mereka terkejut ialah Ivy mengarah putera raja itu datang kepadanya dan Putera Raja itu akur.

“Apa hal?” Soalnya bila dia sampai kepada Ivy.

“Adik kau nak minta aku ajar dia berenang.” Kata Ivy dengan keluhan. “Korang berdua tak berhenti nak ganggu aku kan?” Soalnya membuat Charlotte dan Gretel terkejut.

Dia Menipu!!

So? Ajar je lah.” Louis tersenyum nakal membuat Ivy berdecit.

“Well, to be honest. Aku tak pandai berenang, kalau aku ajar dah tentu dengan aku-aku sekali lemas dalam laut tu.”

Louis dan yang lain tertawa. “Vicious tiada pantai ke?”

“Ada.” Jawab Ivy slamber. “Cuma ia penuh dengan villain laut dan juga poisonous monster. The Krakken, Moby Dick, sea surpant dan ikan pirana sebesar ikan paus. Do tell, kau nak terjun berenang kat sana ke?” soalnya semanis gula sebelum memberikan renungan mautnya. “Go take your sister away. I need my solitution.”

Louis mengecilkan matanya kearah Ivy. sempat lagi dia bergurau tentang pantai menggerunkan dia itu. “Lets go Char. Abang ajar kamu.” Katanya dengan senyuman sambil hulurkan tangan untuk Charlotte.

Budak kecil itu memandang tangan abangnya sebelum tersenyum lebar. “Okay!” dan mereka kembali ke laut dengan berlumba siapa sampai ke air dahulu.

“Haaiiih…. It’s tougher than I thought.” Ivy mengeluh dan merampas jus oren dari tangan Gretel.

Gretel yang terlalu shock dengan kejadian tadi tidak lagi menghiraukan jusnya dihabiskan oleh Ivy malah dia menyoal; “Kau nak buat dua beradik tu berbaik ke?”

Ivy mengangguk dan berikan botol kosong itu kembali kepada Gretel. “Aku dah dengar pasal forbidden rumour dari Charlotte sendiri. Dia fikir yang abangnya secara senyap sebenarnya bencikan dia. so, I think cara ni sesuai untuk baiki hubungan mereka. juga, beranikan Charlotte untuk tanya abangnya.”

“Kau tak buat ni sebab kau sukakan Putera George?” Gretel melihat Ivy putarkan bola matanya membuat Gretel menghembus nafas panjang. “Wow…”

“What wow?” Soal Ivy menjungkit kening.

“Nothing it just…. Kau buat Good Deed tanpa pertolongan kami.”

“Korang ada tolong aku.” Ivy bersuara dengan senyuman. “kalau bukan disebabkan koramg aku takkan dapat keluar ke sini dan tolong Charlotte berbaik dengan abangnya.”

“Why do you help them?” Soal Gretel memandang Ivy yang melihat kearah dua beradik yang sedang berseronok.

“Well, aku tahu perasaan Charlotte bila dipandang jijik oleh orang sekeliling. Kedua ibubapa tidak menghiraukan kau sangat dan hanya ada seorang yang ambil berat tapi tidak selalu ada bersama kita.” Katanya dengan nada rendah. “It’s lonely and scary. Dia tak salah, dia tidak ingin lahir seperti itu didunia, so kenapa dia perlu di sisikan? Dia tak berhak bersendirian. tiada siapa berhak bersendirian—kenapa kau pandang aku macam tu?”

Gretel menggeleng dengan mulutnya masih terngangah. “Sejak bila kau pandai berpidato ni?”

Ivy berdecis sambil memetik jari depan muka Gretel. “Aku serious lah.”

“Aku pun serious!” tapi mukanya menunjukkan dia terkejut dari serious. “Okay adalah sikit, kau kata pantai kat Vicious teruk kan? kau tak nak try pantai kat sini ke? Ia takda fish eating human. Ia selamat.”

“Dengan matahari terang macam ni?” Ivy cuba keluarkan kepalanya untuk melihat matahari tapi menyesal kerana ia menyilaukan, seperti mukanya terbakar sebaik sahaja terkena cahaya matahari tersebut. “No thanks, aku rela tengok korang bermain dan aku di sini.”

“Alright… suits yourselves.” Gretel membuka jaketnya dan meninggalkan Ivy seorang diri sementara dia mengikuti aktiviti menyeronokkan mereka.

“Korang! Aku join in!” sahut Gretel datang mendekati kawan-kawannya yang main beach ball.

“Sure!” sahut Apple Red dengan senyuman manis.

“Kejap—” Gweneth mula mengira mereka. “Kita lebih seorang. Ivy taknak join sekali ke?”

Gretel menggeleng. “Malangnya, dia cair kalau dia keluar dari payung besar dia tu.” katanya membuat yang lain tertawa.

“Kamu boleh ambil tempat saya Cik Gretel.” Edward bersuara dengan senyuman manawannya. “Saya nak pergi berehat.”

Empat sekawan ini yang sememangnya tahu Edward ada hati dengan Ivy, hanya memerhatikan putera Obvious itu berlari anak mendekati Ahli sihir muda yang sedang menikmati masa sendirinya bersama buku kecil dalam tangan dan duduk di sebelahnya.

Apple Red tertawa kecil. “I feel pity for Prince Edward.” Katanya sambil menyentuh pipinya.

Gweneth mengangguk. “Yeah, dia confess time tu jugak confirm kena reject bulat-bulat.”

“Come on girls, korang tahu Edward takkan confess macam tu je. Pasti dia ada teknik nak memikat Ivy.” Gretel ketawa bersama mereka.

Sementara itu dibahagian Ahli sihir jahat yang bersembunyi dari cahaya matahari ini mengeluh panjang sambil membaca buku jampinya serta mengipas dirinya menggunakan kipas tangan milik Apple Red. Gosshh Kipas ni girly sangat… Disebabkan panas dia sanggup pakai kipas tangan bertemakan red pink heart.

 “Taknak join sekali?”

Ivy mendongak melihat Putera Edward berdiri di hadapannya. Uisshh…. Matahari menyebelahi Putera Edward ke? sebab dia kelihatan sangat menyilaukan mata—dan bukan kearah keburukan. Look at that tan mascular body.

Ivy menggeleng secara mental. Sekarang bukan masa untuk buat hal Ivy, ingat tujuan kau ke sini. Nak tolong dua beradik tu bersefahaman.

“Matahari dah mati ke?” Soal Ivy dengan senyuman nakal.

Edward mendongak melihat matahari di dada langit, mengecilkan matanya kerana silau sebelum menggeleng kepada Ivy. “Tak. Why?”

“Then, jawapan aku sama.” Jawab Ivy. “Tak.”

Edward tertawa kecil baru faham maksud Ivy dan duduk di sebelahnya. “You’ll miss the fun.”

“I’m willing to miss it.” Ivy menjawab sambil membaca mantera di dalam bukunya di sebalik kacamata hitam. “Lagipun, bukan aku yang bercadang nak pergi pantai. Mereka berempat master plan vacation kecil ni.” Ivy menjeling kearah empat kawannya yang berseronok bermain dengan beach ball di tepi pantai.

“But, aku gembira kau terima tawaran kami. Setahu aku putera Pertama selalunya busy seperti George.”

Edward mengangguk. “I am tapi bila dengar George juga ambil cuti dan meluangkan masa dengan adiknya dan juga kamu berlima. Saya fikir ‘dia perlukan seorang kawan lelaki menemaninya, kalau tak Julliana akan musykil dan syak George main gila dibelakangnya’—No offence thou.”

Ivy tertawa mendengar betapa over protectivenya Tunang Louis. “Non-taken, so aku jangka Julliana tahu aku dalam ‘trip’ ni juga?”

“Yup. Sebab tu saya sanggup tolak semua jadual saya ke hari esok dari biarkan dia keluar dengan kamu semua.” Katanya dengan keluhan dan juga senyuman. “Saya tahu kamu tak pernah ke pantai dan saya tak nak dia rosakkan hari pertama kamu di sini. But looks like kamu tak berseronok pun ke sini sebenarnya.”

Ivy segera menggeleng. “No, Aku berseronok. Tak lagi.” Ivy berpaling memandang kawan-kawannya dengan senyuman. “Selepas Charlotte luahkan perasaan sebenarnya dekat George barulah saya bermain dengan mereka.” katanya melihat Louis mengajar adiknya beranang, sempat mengusik adiknya sampai kena pukulan dari adik sendiri.

“kenapa tunggu?”

Ivy kembali memandang Edward dengan keluhan. “Well, secara ringkas; aku tahu masalah keluarga mereka dan aku nak mereka clarify perasaan masing-masing. So, aku cabar Charlotte untuk beritahu perasaan sebenarnya dan ketakutannya terhadap abangnya sendiri. Kalau dia Berjaya, aku sanggup turun ke laut. Di bawah matahari.” Katanya merungut dalam diam. “Ugghh… Setengah diri aku nak mereka berbaik tapi setengah lagi tak. sebab aku taknak berada di bawah matahari cerah ni.”

Edward hanya tersenyum melihat Ivy menolong ‘bekas musuh’nya dan sanggup lakukan sesuatu yang dia tak suka hanya untuk menggalakkan Charlotte bersuara depan abangnya. Yeah.. dia di luar sahaja kelihatan jahat desis hatinya lega dan yakin yang Ivy bukanlah seorang Villain lagi.

Lamunan Edward terhenti bila dia lihat Ivy tetiba turunkan bukunya dan kelihatan excited. “Dah bersedia berenang?”

“Almost.” Jawabnya dan mengeluarkan kayu saktinya membuat Edward hairan. Ivy menghayunkan kayu saktinya sambil membaca mantera di dalam buku kecilnya kearah dua beradik yang sedang berenang di tepi laut dan sebuah portal kecil muncul di hadapan ivy dan Edward, menunjukkan pemandangan yang lebih dekat tentang dua beradik kerabat diraja ini.

“Apa kamu tengah buat—”

“Shhhshh…. Charlotte dah bersedia.” Katanya dengan senyuman, mata tidak lepas dari pandangan zoom in magicnya.

“Abang… pelampung Char bocor nanti.” tegur charlotte dengan suara seperti dia berada di dalam air melalui portal zoom in Ivy.

Louis tersentak dari renungannya dan tertawa janggal, tidak perasan yang dia pegang pelampung adiknya ketat sangat. “Maaf Cherr. Kamu nak try menyelam ke?”

Char menggeleng kecil. “sekejap lagi. Uhm… Abang… char sebenarnya—Abang.”

George kembali memandang adiknya dan tersenyum. “Ya?”

“Abang asyik pandang Putera Edward dan Ivy.” Char mencebik. “Ivy takkan buli Putera Edward lah. Jangan risau.”

Ivy tertawa besar mendengar charlotte salah anggap. Louis sebenarnya cemburu! Awwww so cute desis hatinya dan buat mental note untuk usik Louis lain kali tentang ni.

Louis mengangguk. “Yeah you right. So, kamu nak kata apa tadi?”

Charlotte menarik nafas dalam. “Abang bencikan Charlotte ke?” Soalnya membuat Louis agak terkejut.

Louis memusing badannya berdepan dengan adiknya, memegang kedua-dua pelampung Charlotte, mengelakan adiknya terapung pergi atau lari darinya. “Kenapa Cherr fikir macam tu?”

Charlotte tundukkan kepalanya, tidak berani memandang wajah abangnya. “Abang tidak suka dengan charlotte sebab… kita half sibling… kan?”

“Cherry…!” Louis menegur tapi dengan suara lembut. “Abang tak pernah benci kamu. Dahulu masa kamu lahir abang masih keliru tapi tidak pernah benci kamu. I love you too much to worry about little thing like that. Apapun terjadi, kamu tetap adik abang. Walaupun tiba-tiba abang tahu Cherr tiada kena mengena dengan abang langsung. Atau pun kamu dan Ivy buat konspirasi untuk bunuh abang-ow!” Louis ketawa bila Charlotte memukul bahunya. “See, Cherry abang yang ni lagi comel. Senyum Cherr, kalau kamu senyum semua masalah abang terus hilang.”

Senyuman Charlotte lebih lebar dari sebelumnya dan mengangguk. “Okay!—oh dan, macam mana abang boleh tetapkan perasaan abang? Abang kata semasa Char—”

“Cherr.”

Charlotte tertawa. “Okay. abang kata semasa cherr lahir, abang keliru dengan perasaan abang sendiri. Macam mana abang ambil keputusan untuk ‘tak benci’ Char?”

“Hmmm…” Louis mengusap dagunya pura pura berfikir. “Seseorang tengking abang.”

“Tengking?” Charlotte menjungkit kening hairan.

Edward pula tertawa kecil. “Siapa berani tengking Putera George? Dulu kecil, tiada siapa berani nak bercakap dengan dia sebab bodyguard Putera George tegas sangat.”

Ivy pula naik merah bila Louis sempat menjeling kearahnya dengan senyuman nakal sebelum beritahu adiknya; ‘Perempuan terpenting dalam hidup abang.’

Entah samada Ivy terharu atau malu pada ayat Louis. Tapi yang pasti dia tersenyum lebar mendengarnya.

“Jill ke?”

Dan senyuman Ivy hilang sebaik sahaja nama perempuan itu keluar dari mulut Charlotte. Bukan itu sahaja sebab senyuman Ivy hilang. Dia dapat merasakan sesuatu di udara. Suatu kehadiran yang gelap.

Dia memutar kepalanya kekiri dan kekanan mencari dari mana datang kehadiran gelap itu tapi apa yang dia lihat hanyalah pengawal di raja yang mengawal disetiap sudut pantai itu.

Ia berada di mana-mana. Ivy tak dapat mengesan sumber kedatangan kehadiran tersebut.

Ia terlalu nipis…

Tapi sangat luas…

Jack….

“Alright, lets go swimming!”

Woa—Hey!” Ivy terkejut bila Edward mengangkat Ivy ke bahunya seperti Ivy ni sekarung beras dan berlari kearah yang lain. “Edward! Put me down!!” Jeritnya dengan muka merah sambil memukul belakang Putera Charming itu.

Yang lain melihat Edward membawa Ivy kearah mereka terus ketawa besar dan menolong Edward dengan mengangkat tangan dan kaki Ivy.

“Ready?” Soal Gweneth sambil menghayun Ivy seperti buayan bersama yang lain.

“One!” Sahut Charlotte yang juga menolong mengangkat kaki Ivy bersama Gweneth. Sementara Edward mengangkat bahagian bahu Ivy.

“Two!” Apple Red dan Gretel menjerit di dalam air menunggu Ivy.

let me go or I swear—”

“THREE!!”

“Ahhhh!!!”

*Splash!!*

Sebaik sahaja mereka melontar mangsa mereka kedalam air. Edward, Gweneth dan Charlotte menyusuli ahli sihir malang itu sebaik sahaja dia dilontar.

Ivy ingatkan dia akan mati lemas kerana tiga bahlul jahanam yang berani menghayunnya ke laut. Tapi sepasang tangan terus menyambutnya sebaik sahaja dia masuk ke dalam air dan mengangkatnya naik ke dasar.

Ivy terbatuk-batuk kerana terminum air masin dan mengelap mukanya untuk melihat siapa yang memeluk pinggangnya dengan erat. “Lu—George!”

Louis tersenyum lebar. Dia hampir sebuat nama akhir Louis… Itu tanda dia lega Louis sempat menyambutnya. “Be happy kau akhirnya masuk air.”

Ivy memeluk erat leher George kerana takut dia tenggelem kalau Louis lepaskan dia. lelaki ni tak boleh dipercayai sangat. “Jubah aku basah.” Rungutnya dengan nada berbisik.

“I know.”

“Sombrero aku dah rosak.” Rungutnya lagi buat Louis tertawa.

Dia mengambil topi yang dah basah kuyup itu dan biarkan ia hanyut kedalam air. “Aku belikan baru.”

“Aku kena matahari.”

“Does it burn you?” soalnya buat muka risau.

“No.” jawabnya mencebik. “tapi aku basah.”

“Oh Shut it you big baby.” Gretel berenang membelakang mendekati mereka berdua dan menepis air ke muka Ivy. “Tuanku, lepaskan dia.”

“Wha—wait-wait-wait—Wait!” Ivy memeluk erat Louis bila lelaki itu melepaskan Ivy untuk seketika buat dia cuak.

Mereka semua ketawakan Ivy berperangai seperti budak kecil yang baru pertama kali masuk air. Charlotte dahulu taklah macam dia ni.

“Asal korang bawa aku tempat dalam? kenapa tempat dalam? korang saja je kan nak kenakan aku kan?” Soal Ivy rasa takut dan menjeling kearah Louis memberi amaran jangan lepaskan dia lagi.

“lebih dalam lebih seronok! Lagipun Charlotte juga nak belajar berenang, apa kata korang belajar sama-sama.” Cadang Apple Red, menuding kearah Charlotte yang berada di dalam pelampungnya.

“Char dah boleh terapung tanpa pelampung, Ivy boleh pakai pelampung Char kalau Ivy nak.” Charlotte kata dan keluar dari pelampungnya.

“Kau nak cadangkan aku pakai pelampung?” Melihat kawan-kawannya memberi senyuman lebar membuat Ivy menggeleng laju. “Not in my entire life!”

“Then, ‘life’ kau hanya tinggal dua minit.” Kata Gweneth dengna senyuman nakal. “Tuanku, lepaskan dia.”

“Don’t you dare.” Ivy memberi amaran hanya membuat Louis tergelak. “Fine. Aku belajar berenang—just… just don’t let me go.” Pintanya ketakutan. “Dan aku taknak pakai pelampung.” Dia sempat menjeling kearah kawannya membuat mereka semua ketawakan Ivy dan Charlotte memakai pelampungnya semula.

“Kejap… sebelum tu.” Ivy bersuara bila Louis nak lepaskan dia. “Air ni tiada neverbeast kan?”

“Nope. Tiada haiwan makan orang jangan risau.” Hanna menggeleng.

“Tumbuhan air beracun?”

Mereka menggeleng lagi

“Sea surpant?”

“Tiada Ivy.” Gretel menggeleng melihat telatah ivy.

“Ursula?”

“Just swim already!” marah mereka membuat Ivy tambah cuak.

“Okay! okay…” Ivy menarik nafas dalam dan menghembusnya. Cuba bina semangat sendiri sebelum mengangguk. “Okay… apa dulu?”

“Paddle your foot like a duck. Tapi jangan kekok sangat, tenang.” Arah Apple Red mendekati mereka berdua dan menghulurkan tangan untuk bantu Ivy. “That’s it… paddle laju sikit dan lepaskan Putera George, kau cekik dia hidup-hidup dengan death grip kau tu.”

Ivy tertawa cuak dan dengan perlahan lepaskan Louis tapi bila badannya masuk air sampai paras dagu dia kembali memeluk Louis. “Wait-wait-wait…. Aku tak ready.”

“Just relaks Ai.” Bisik Louis memandang tepat pada mata hijau Ivy. “Aku ada kalau sesuatu terjadi. Okay?”

Ivy mengangguk kecil, tidak yakin tapi percayakan Louis.

“See, even ‘ex-musuh’ kau tolong kau.” Gweneth berenang mendekati mereka. “Buka Jubah kau, itu buat kau tak boleh terapung. Ia berat sangat.”

Ivy kerutkan hidungnya sebelum membuka jubahnya—jubah kesayangannya dan biarkan ia hanyut ke dalam air.

“Woa….. Ivy ada tattoo kat belakang!” Charlotte bersuara membuat yang lain tumpukan perhatian mereka pada belakang Ivy. 



“Babe! Kau ada tattoo!” sahut Gretel juga terkejut seperti Charlotte.

Muka Ivy terus naik merah. Ini sebab dia pakai jubah, pertama; menghindari matahari. Kedua; menyembunyikan tattoo di belakangnya.

“Kau bertatu?” Soal Louis hanya mereka berdua sahaja yang dengar. “Since when?”

“15?” bisiknya mengangkat bahu. “Long story, short. Kau punca aku dapat tattoo.”

“Aku?” Soal Louis matanya membesar.

Tidak sempat Louis ingin menyoal pada Ivy, Hanna bersuara dahulu. “Ivy, tattoo kau sayap Devil ke?”

“No.” jawabnya memaling kebelakang. “Ia sayap naga.”

“Apa maksudnya?” Soal Edward. “Selalunya tattoo membawa makna.”

Ivy terus memegang bahunya sambil memandang wajah Louis. Dia kelihatan serious, juga ingin tahu maksud disebalik tattoo tersebut.

Ivy menelan air liur kelat.

Ia bermaksud keberanian…

Kau dihormati…

Kau ditakuti…

Kau seekor raksasa…

“Nothing.” Ivy bersuara tanpa melepaskan pandangannya dari mata Louis. “It means…. Nothing.” Nadanya makin perlahan.

“nothing?” bisik Louis tidak tinggi dari hembusan angin.

Wajah mereka begitu dekat sehingga ivy dapat rasa deruan nafas Louis. “It meant everything.” Bisik Ivy balik mata jatuh ke bibir lelaki yang memeluknya.

Hampir. Sangat dekat. Hampir berlaku tapi Ivy segera menarik diri dan menolak Louis untuk lepaskan dia. “Pelampung! Aku nak pelampung!”

Charlotte segera keluar dari pelampungnya dan berikan kepada Ivy. “Kenapa ni Ivy? dah give up ke?”

“Too much heat.” Bisiknya mengipas-ngipas mukanya sambil tuding ke matahari yang tidak bersalah. Tapi dia maksudkan heat lain.

“Gosh Ivy, muka kau merah. Aku rasa baik kau berehat je lah.” Gweneth memegang muka Ivy. “dan panas. Kulit kau boleh terbakar kalau macam ni!”

Mereka terus menolong ahli sihir yang tidak pandai berenang ini ke tepi pantai semula.

“Aku ada sun block. Kau kena pakai kalau tak kulit kau akan terkupas.” Hanna bersuara juga menolong Ivy membawanya yang tidak bermaya didalam pelampung itu ke darat semula.

“Aku lupa kau tak biasa dengan matahari. Sorry, sebab paksa kau Ivy.” Apple Red pula bersuara, rasa bersalah terhadap kawannya yang berkulit pucat ini.

Ivy menggeleng kecil. “It’s okay. aku spoil keseronokan korang.”

“Non-sense.” Gretel segera naik ke darat untuk mengambil tuala untuk Ivy sebelum kembali bersama mereka dan pakaikan tuala tersebut pada bahu Ivy. “Dah, kembali ke payung kau. Lepas beberapa minit kita boleh berseronok main beach ball. Kau hanya perlu rehat. Jangan risau okay? hari masih terang. Banyak masa lagi untuk berseronok.”

Ivy hanya mengangguk dan berpaling kebelakang. Melihat Louis juga merah seperti dia, kelihatan sama terkejut sebelum dia tenggelamkan dirinya kedalam air.

Ivy membelit tuala di bahunya untuk sembunyikan bahagian bawah mukanya. Dia memandang tangannya yang bekas memeluk Louis.

Too close…. Too dangerous…  

Louis yang baring di dasar laut memandang kedua tangannya yang telah menyentuh Ivy. dahinya berkerut.


Dia menggenggam kedua tangannya menjadi penumbuk dan memejam mata dengan erat. Melepaskan rasa geram dalam diam. Really dangerous…

>X<

(A/N: Sakitnya tu di sini di dalam hatiku, sakitnya tu sini kau menduakan aku~~~ Huhuhuhuhuhu Thakeettt hati membaca babak terakhir ni kan?? Hmm... jahat betul siapa yang tulis babak ni. Eiisshh... sapa lah yang tulis ni!!!--Angah: 'Entah lah' *pocker face* Mwahahahahahahhaa)

And we interrupt this program untuk promosikan blog Sansa! Sister kita ni baru je buat her first E-novel called: Runaway Princess dan untuk dua bab pertama novel sister ni sangat interesting! So please visit her blog dan sokong cik adik manis ni okay?? Sama-sama kita luaskan Novel fantasi bahasa melayu di dunia ini ^_^ >>http://thebookhuntress9.blogspot.my/<<<

8 comments:

  1. tq...update n3...best sesangat sebab bab yg penuh dengan lu n ai :)...dah baca sansa punya blog...permulaan yg best...boleh lawat snow queen(Antara penulis tulis enovel fantasi sama macam angah) mungkin dapat lebih ilham...

    ReplyDelete
    Replies
    1. You welcome!!!! ^_^ and Yes, Angah tahu blog Cik Snow, angah salah satu peminat karya cik snow jugak! cerita Cik Snow lebih kepada dark fantasy with Vampire and gangster-ism... and bahasa Cik Snow really... really awesome *deep breath* I can't compete with that! whuhuhuhu not yet at least, angah 100 tahun terlalu amature untuk compete dgn karya Cik Snow. (XoX)

      Apapun, susah nak jumpa blog novel fantasy BM sebab tak banyak yang minat and mostly romantic-comedy yang jadi pilihan ramai~~~ Dapat jumpa blog lain really perks me up to write more! even bahasa tak secantik cerita.. (UvU)

      But I don't really mind level bahasa angah sebab as long as korang enjoy cerita angah, angah jugak senang hati mengarang... there's no boundaries when it comes to my imagination (,,^_^,,)

      maaf angah berceloteh banyak sangat *Deep bow*

      Delete
  2. mang laa...tunggu 100 thn pun cite angah x akan jadi cam cik snow...cik snow dgn persona dia n you ada charm tersendiri....klu cik snow saya suka cite blood tie(walaupun x abis lagi)...klu angah saya suka heart racing...both of you saya suka.Bukan nak bodek tapi jujur...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awwww thank you!! *Kelip-kelip mata* Angah suka 'vampire' dalam citer Cik Snow huhuhuh Fav all time ^_^

      Delete
  3. Thanks sebab promote blog saya ye. :D Really appreciate it. Hopefully I could write outstanding stories like you do.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You Welcome love ^_^ I'm sure you'll be a great writer one day!! have faith in yourselves ^3^

      Delete
  4. hohohohoho ....haahahahahha...ohhh nooo...melting ting ting ting...aigooo angah....racing heart...dunno to say..hahahah org yg tersipu2 didepan pc...agagagagagagagaa angahhhhhhhhhhhhhh.....hahaha gilosssss chapter nie....gulaaa hangus la angah :p
    ~ccc(,)(,)

    ReplyDelete
    Replies
    1. *calling 999*
      "Hello? There's an emergency! Salah satu komenter angah dah lebur sebab x tahan kehangatan LOVE!! SEND HELP ASAP!!!"
      *Tuut... Tuut... Tuut*

      (*≧▽≦)

      Delete

Savior of Tales