New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Saturday, 11 February 2017

Thirteenth L.O.S.T

Victim among the Victims

“I’m Writing a f*cking letter! Kenapa aku kena tulis surat pula?!”

 “For Heaven sake Ivy, kerja tu penting juga. So go make it!”

“No! Hansel—listen to me! Aku nak kerja yang lebih penting dari menulis surat—

“Kalau kau buat kerja kau, kau akan tahu benda tu penting!”

“No!”

Someone get this witch out of my sight!”

>X<

Seminggu kemudian…

Hansel sentiasa bersumpah. Dia sentiasa sebut ayat-ayat keramat seperti itu; kepada adiknya untuk tidak risaukan Gretel semasa dia berada di Vicious, kepada The King of Nightmare supaya dia boleh selamatkan nyawanya dari dibaham oleh mimpi ngeri yang boleh membuat dia hilang waras, dan ramai lagi atas kepentingan diri sendiri dan misi yang dia jalankan selama ini. Terutamanya; ayat keramat itu sentiasa di gunakan kepada seorang perempuan yang berjubah gelap yang agak menjolok mata (terutamanya bahagian dada) dan rambut hitam yang lurus bak air terjun bersama highlight silver pada rambut depannya, di selit cantik dibelakang telinga. Kelihatan khusyuk berbincang dengan orang bawahannya, tom thumb tentang Villain Losing Heart yang masih bebas di tanah Etalean.

Sumpah. Hansel berani sebut perkataan ‘sumpah’ beratus kali atas sebab yang berlainan hanya kepada Ivy kerana Sumpah, Hansel sumpah selama seminggu ni Ivy sedang menghindarinya. Sebaik sahaja pertelingkahan mereka yang pertama berbulan tidak bertemu; Ivy mula menghindari Hansel. Dia akan sibukkan diri bersama The Great Wizard Merlin, atau bersama dengan Maddison. Mungkin dia akan bersama Diaval dalam bentuk manusianya, berada didalam bilik hanya mereka berdua tanpa menginginkan sesiapa menganggu mereka. Hansel tahu bila Diaval dalam bentuk manusia, Hansel dan The Great Wizard Merlin tidak akan masuk campur dalam perbincangan di antara Diaval dan Ivy. Entah kenapa tapi aura di sekeliling mereka berdua mengatakan seperti itu. Atau dari renungan dingin yang dua Vicious ini berikan kepada mereka yang terserempak mereka berdua sedang bersama.

Mungkin ia hanya perasaan Hansel sahaja yang Ivy cuba mengelakkan diri darinya. Ye lah, Hansel sentiasa sibuk dengan kes Losing Heart ini dan perbincangan dengan Raja Philip tentang keselamatan Etalean bersama The Great Wizard Merlin dan bila Hansel ada masa untuk catch up dengan Ivy, ahli sihir itu pasti sibuk dengan suatu hal. Ivy tidak kelihatan seperti dia cuba mengelakkan diri dari Hansel tapi ada sekali dua terdetik firasat tersebut bila Ivy menolak ajakan Hansel untuk berbual hanya mereka berdua sahaja.

Betulkah Ivy sedang menghindari Hansel?

Ketua ini berdecit lidah dengan mata tidak lepas dari ahli sihir muda berada bertentangan meja dengannya. Firasat itu membawa Hansel terfikir jika Ivy sedang sembunyikan sesuatu dan tidak ingin Hansel untuk mengetahuinya. Dan fikiran ini membuat Hansel tidak senang duduk. Adakah dia berada dalam masalah? Adakah dia terjebak dengan sesuatu yang dia; kawan rapatnya tidak patut tahu?

Adakah ini punca Ivy menghindarinya? Ivy mempunyai masalah yang dia tidak ingin Hansel tahu?

Dahi Ivy yang berkerut tu bila dia sedang termenung tidak boleh menyembunyikan kebenaran yang Ivy sememangnya sedang memikirkan sesuatu. Suatu masalah yang dia sedang hadapi. Tapi apakah dia?

Hansel tersentak sedikit bila dia rasa seseorang menyentuh bahunya dan toleh kekiri. Bertemu dengan senyuman tenang The Great Wizard Merlin sebelum orang tua itu kembali pada fail profile dalam tangannya. Membaca fail itu semua dari awal.

“Dia akan buka mulut bila dia bersedia Encik Hansel.” Kata ahli sihir tua itu dengan anak mata laju membaca fail tersebut.

Kening Hansel terjungkit sedikit sebelum menghembuskan nafas diantara bibir . “Bunyi macam berat je.”

Wizard Merlin mengangguk kecil. “Dia buat silap. Dia dalam keraguan. Dia sedang bergaduh dengan dirinya sendiri tapi dia boleh menanganinya. Berikan dia sedikit masa dan dia akan datang jumpa kamu bila dia perlukan pertolongan.” Wizard Merlin menutup fail yang dia baca dan berikan pada Hansel. “It’s a long list of suspects Encik Hansel tapi kerja keras kamu berbaloi. Memandangkan VIllain ni berada di kota Etalean sekarang. Senarai suspect dah terpotong 5/7 dari senarai seluruh tanah Enchanted. Saya pasti kita akan dapat Villain bernama Mary ni.”

Hansel mengangguk, meletakkan fail tebal itu di tepi meja. “Dan di mana sahaja minah Mary ini berada pasti Jack juga bersama dia kerana jejak terakhir Jack dibawa pergi oleh perempuan tu. Tiga kumpulan khas dari Ketua Tentera Etalean telah bergerak menyiasat profile dua jenayah ni dan disebabkan rondaan tanpa henti oleh tentera Etalean dan orang-orang Tuan, Penjenayah ni tak dapat nak isi tenaga. There’s no heart to steal means…”

“She’s going to die.” Ivy bersuara dari belakang Hansel, menarik perhatian kedua lelaki berkuasa didalam bilik itu. Ivy tersenyum nakal dengan tangan di simpul memeluk badan. “Tolong jangan rahsiakan perkara seperti ini dari aku. I know how that Villain’s think, dan aku boleh menangkapnya dengan mudah jika kau benarkan aku keluar.”

“Not gonna happen-

“That excuse again.” Ivy memutar bola matanya, dah start fed up. Hansel beri dia jawapan yang sama dari minggu lalu dia menawarkan diri untuk tangkap penjenayah mereka. “Hans, whether you like it or not. Kau. Perlukan. Aku.” katanya dengan sedikit angkuh. “Kacang putih je ni kalau aku pergi tangkap Villain tu-

“Aku kenal kau Ai.” Hansel potong, nada agak kasar. “Kau keluar dedahkan diri kau di Kota Etalean sepanjang hari, defenseless on purpose dan cari cara membuat kau jadi tumpuan utama satu kota--I might add kau dah ada magic kau semula aku pasti kau gunakan magic kau untuk perhatian tu dan bila kau dah puas hati dengan ‘karya’ kau, kau akan pergi ke laluan sunyi dan tunggu penjenayah tu datang.” Hansel memutar seluruh badannya pada Ivy, memeluk tubuh dengan renungan tajam tanda mencabar. “So, tell me, swear to me selepas itu kau takkan buat benda gila macam buat perjanjian kat minah tu hanya untuk tangkap dia. I know you Ivy, Apa sahaja ‘persetujuan’ yang korang akan buat akan membawa padah kepada semua orang. Bukan kat kau sahaja. Kau tak kesah kesan dan akibat yang kau buat. So, aku takkan benarkan kau keluar. Tak kan beri peluang. Langsung.”

Ivy menyentuh dadanya, mulut terngangah seperti dia terkilan tapi matanya menunjukkan sebaliknya. “I would never--Okay, mungkin aku akan buat something untuk tarik perhatian dia tapi come on, aku taklah se naive tu! Aku dah matang, tahu baik buruk bila berdepan dengan minah tu and may I add yang aku dah secara rasminya menjadi apprientice the Great WIzard Merlin--

“Merapu.” Hansel potong. “Kau tetap cuai, reckless dan jadi apprientice The Great Wizard Merlin takda kena mengena dalam membenarkan kau keluar. Kau tak layak untuk masuk campur dalam kes ni Ivy. You do your job; As apprientice Wizard Merlin. Not The Believers.”

Kali ini Ivy terkilan. “Excuuuuuuuse me?! Aku buat kerja aku la ni! And kes ni di bawah Tanggugjawab the Great Wizard Merlin means aku pun ada hak untuk masuk campur--

“Actually Cik Ivy…” The Great Wizard Merlin menarik perhatian dua dewasa muda itu, membuka kacamatanya sambil turunkan fail di atas meja sebelum memandang Hansel dan Ivy. “Saya hanya datang ke sini untuk melihat perkembangan penyiasatan mereka sahaja dan kamu kena mendapat keizinan atau arahan dari saya untuk masuk campur dalam kes ini. Maaf Cik Ivy, tapi Encik Hansel betul. Kamu tidak layak untuk campur tangan.” Mata Wizard Merlin beralih kepada burung gagak yang berada di hujung meja itu, Diaval mengangguk pada Wizard Merlin dan orang tua itu membalasnya dalam diam.

Sementara Hansel kembali memandang Ivy dengan senyuman kemenangan yang sangat menjengkelkan. “Heard what your boss said? Kau perlukan kebenaran dari Mentor kau dan The Great Wizard Merlin sendiri tidak yakin kau boleh bawak Kes ni.”

Ivy seperti ikan kekurangan air, mulut terbuka tertutup dengan mata terbeliak bulat tidak percaya. Dia menggeleng sebelum merenung kearah Mentornya sendiri. “Then apa gunanya saya jadi Apprientice Tuan kalau saya tak dapat tolong langsung?”

“Ah…. tentang tu. Saya ada tujuan lain ke sini sebenarnya. Bukan untuk kes ini sahaja.”

“And that would be?” Soal Ivy dengan kening kiri terjungkit.

Wizard Merlin hanya berikan senyuman tenang yang penuh misteri dan beri signal pada Ivy untuk ikut dia keluar dari bilik penyelidikan itu. “Encik Hansel, saya serahkan segalanya pada kamu tentang kes ini. Seperti biasa, saya harap kamu tak kecewakan saya.”

Hansel tunduk sedikit pada Rhe Great Wizard Merlin dengan formal. “Baiklah Tuan Wizard Merlin.” Dia sempat menjeling pada Ivy dengan senyuman menjengkelkan.

Ivy hanya besarkan matanya tanda amaran, tumbukan padu hanya bergantung di udara sebelum depakan atas meja untuk menyambut Diaval; membawa penjaganya ke bahu.

Renungan Ivy memberi mesej membunuh; I’ll get you for this sambil dia mengambil langkah keluar dari bilik itu, bersama the Great Wizard Merlin.

Bila dua ahli sihir ini keluar dari bilik tersebut, Ivy hanya mengekori kemana sahaja The Gerat Wizard Merlin membawanya. Berjalan turun dari laluan istana bahagian selatan, terus ke jambatan diantara menara selatan dan barat. Turun dari menara tersebut dan terus berjalan untuk seketika sebelum jumpa satu pintu yang mempunyai spiral stairs naik ke suatu bilik yang masih menjadi tanda soal pada Ivy dan juga Diaval.

Ivy tidak mempersoalkan THe Great Wizard Merlin mereka hendak ke mana. Tidak, ini kerana dia terlalu khusyuk dengan melihat ukiran-ukiran kayu yang terhias cantik di bahagian atas dinding istana, lukisan-lukisan disepanjang laluan dinding istana dan cermin tingkap yang juga terhias seperti ada cerita yang terkandung dalam semua ukiran dan lukisan cantik pada setiap dinding yang terhias.

Ivy tertanya apakah ceritera yang terlukis itu sehinggalah dia terlihat satu lukisan seorang figura berjubah dan bertanduk hitam. Wajah pucat menghijau bersama tongkat sakti yang diangkat megah di atas kepalanya seperti ia sedang membaca satu mantera besar. Satu sumpahan kearah ‘crib’ bayi dihadapan figura tersebut; berada di anak tangga pertama

“Ibu….” bisiknya seumpama semangatnya juga ditarik keluar bersama hembusan nafas.

The Great Wizard Merlin menjeling kesebalik bahunya, melihat Ivy mencapai untuk sentuh lukisan itu. Dia abaikannya dan terus berjalan naik tangga berputar itu dengan anak muridnya mengekori dia dari belakang; sambil membaca ceritera yang terukir di dinding menara itu.

Ya, Ivy membaca lukisan-lukisan itu. Melihat jalan cerita tentang seorang puteri yang telah disumpah oleh ibunya dari dia lahir dan terpaksa di sembunyikan didalam hutan oleh tiga pari-pari baik sehingga berumur 16 tahun, disembunyikan kerana takut sumpahan yang diberikan oleh the Almighty Maleficent menjadi kenyataan namun ditemui oleh penjaga setianya; Diaval--Ivy sempat menjeling melihat Diaval dan terus membaca. Hasrat Maleficent untuk membunuh Puteri malang itu masih kuat dan bila dia temui puteri tersebut dengan rasa gembira dia memukau puteri malang itu dan dibawa ke sebalik pintu yang mempunyai tangga berputar dan sumpahannya berjaya dilaksanakan hanya dengan satu sentuhan jari diatas jarum mesin jahit.

Jantung Ivy berdegup kuat bila dia lihat lukisan Maleficent tertawa ke udara dengan megah bila puteri malang itu jatuh pitam dihadapannya dengan tiga puteri bersedih disekeliling puteri tersebut.

“Cik Ivy.”

Ah--” Ivy melompat bila the Great Wizard Merlin menegurnya. Dia menyentuh dadanya, menahan jantungnya dari lari keluar dan menarik nafas dalam beberapa kali. “T-Tuan?”

Wizard Merlin hanya tersenyum, tangan menyentuh tombol pintu yang ada di hadapan mereka. “Kita dah sampai.” Dan dia membuka pintu tersebut untuk mereka.

Ivy masuk kedalam bilik tersebut dan bertemu dengan seorang wanita tua duduk di tepi tingkap, sedang membaca (mungkin) salah satu buku yang ada di dalam bilik yang penuh dengan rak yang penuh buku itu. Semua rak tidak lebih tinggi dari paras pinggang dan pada dinding bilik itu ada lukisan yang seiras dengan ceritera yang dia lihat disepanjang naik tangga berputar tadi.

Sambungan cerita tu…

“Nampaknya kamu berminat dalam cerita dongeng saya dengan Ibu kamu.”

Ivy menarik tangannya dari menyentuh lukisan di tepi pintu, secara refleks menjauhkan diri dari dinding tersebut.

Muka Ivy menjadi pucat bila dia tahu yang wanita tua di hadapannya ialah puteri malang yang menjadi mangsa Ibunya dan sekali lagi, membelakangkan diri, belakang bertemu dengan permukaan kayu pintu bilik tersebut.

“P-Permaisuri Aurora….”

“Its quite a feeling to finally meeting you Miss Hood… or should I call you by your famous name? Miss Devil?” Permaisuri Aurora bangun dari tempatnya di tepi tingkap, meletak buku bacaannya ketepi dan berdiri di hadapan Ivy dengan megah, walaupun dia kelihatan tua, riak wajahnya menunjukkan dia seorang permaisuri yang kuat. Nada suaranya juga membuktikan dia bukan permaisuri sembarangan.

“Well, memandangkan kamu tertarik dengan lukisan sepanjang di tangga naik ke bilik ni, saya janji yang kamu takkan suka pengakhiran jalan cerita ni memandangkan kamu…. sangat menyanjungi Ibu kamu?”

“S-saya tahu apa pengakhiran ceria-yang kamu panggil cerita dongeng ni.” Ivy tak tahu kenapa dia rasa gementar berdepan dengan Permaisuri itu. “Tapi saya tak baca cerita dongeng, saya mendengarnya.”

“Jadi kamu tahu yang Ibu kamu merayukan nyawanya dari dibunuh oleh Raja Philip--

Ivy menarik sengih, memotong ayat Permaisuri Aurora. Nampaknya ayat itu mengembalikan keberanian dalam diri Ivy. “Sampai sekarang Tuan Permaisuri tak tahu apa-apa. Such Pity.”

“Excuse me?” Permaisuri Aurora kurang senang mendengar nada sinis ahli sihir muda dihadapannya.

“Cik Ivy.”

“Bukan Ibu patik yang merayukan nyawanya. Tiada siapa pernah merayukan nyawa sesiapa sebenarnya.” Kata Ivy . “So, betul la kata Ibu. Tuan Permaisuri akan sentiasa di letak dalam kegelapan, tersembunyi dari kebenaran.”

“Cik Ivy, please.” Pengetua Merlin menegur sekali lagi.

“Tak-tak, Tuan. Benarkan saya faham situasi saya sekarang ni, Tuan bawa saya jumpa Permaisuri Aurora untuk Permaisuri ni lepaskan perasaan dendamnya terhadap Ibu saya pada saya?” Soal Ivy dengan gelak ketawa seperti ia satu lawak tapi matanya menunjukkan sebaliknya. “Is that it? Permaisuri Aurora cuba jatuhkan nama ibu saya yang saya ‘sanjungi’ dengan beritahu cerita menyedihkan saat-saat terakhir perlawanan antara Maleficent dan RAja Philip yang tidak di ceritakan dalam cerita dongeng? Is that it?” Soalnya lagi.

heh..” Dia menghembus tawa sarkastik dengan menggeleng. “Let me guess, RAja Philip yang ceritakan ‘saat akhir’ tu pada Permaisuri-dah tentu dia beritahu siapa lagi?” DIa menjawab persoalannya sendiri, sambil menggosok bawah bibirnya seperti dia memikirkan sesuatu. Sebelum matanya tertumpu pada Permaisuri Aurora dengan tajam. Member amaran.

“Listen here Queeny.” dia menelan perkataan itu dengan pahit. “Pada saat akhir pertempuran tu, bukan Raja Philip yang beri belas kasihan pada Ibu saya tapi Ibu saya yang lepaskan Raja Philip, membenarkan dia hidup pada malam itu. Tapi dia tidak lepaskan Raja Philip begitu sahaja. Tidak.” sahutnya dengan nada rendah, tajam seperti mana atmosfera dalam bilik itu menebal. Menggerunkan seumpama jubahnya mula terbakar api kemarahan. “Ibu saya beritahu Raja Philip kebenaran tentang Mangkat Raja Stefan. Ayahanda kesayangan Permaisuri. Raja yang kononnya di sanjungi oleh rakyatnya. Raja sempurna.” Kali ini api kemarahan itu merangkak turun membakar lantai bilik tersebut.

Tsk.” Ivy berikan decitan jijik. “Ibu menghancurkan harapan Raja Philip yang menyanjungi Mangkat raja Stefan, beritahu dia siapa Mangkat Raja Stefan sebenarnya. Mengapa Maleficent yang tidak menghiraukan kewujudan dunia tiba-tiba naik berang dan ingin menghancurkan segala yang berada di depan matanya. Ia semua disebabkan Raja bongkak yang dah terkubur enam kaki dibawah tanah tu. Dia punca Ibu saya ingin hancurkan korang semua, Lelaki bajingan tu yang telah menghancurkan segala harapan dan impian ibu, Talam dua muka tu yang telah menipu semua orang dan hidup Happily ever after sedangkan Dia. Tak. Layak. Langsung!”

BOOM!!

Api kemarahan Ivy meletup dengan kuat dari letupan sebelum ini pernah berlaku dalam hidupnya. Lebih kuat dan lebih bertenaga. Satu letupan yang boleh membunuh mereka yang berada dekat dengannya.

Ivy!”

Namun, sebaik sahaja Ivy meletup, Wizard Merlin terus mengangkat tongkatnya, mulut berkumat-kamit membaca mantera memanipulasikan api kemarahan Ivy membuat ia didalam kawalan Wizard Merlin, menyerap api kemarahan itu kedalam bebola kristal yang berdiri megah diatas tongkatnya sebelum ia lenyap di dalam bebola kaca itu. Menyelamatkan mereka semua dari mati terbunuh didalam bilik menara kecil tersebut.

Terima kasih kepada magic Merlin, bilik itu dalam keadaan baik-baik sahaja dan Permaisuri Aurora tidak tercedera. Masih berdiri megah dihadapan Ivy seperti kemarahan Ivy itu bukan sesuatu yang mengejutkan padanya.

Tapi ia suatu yang mengejutkan pada Ivy. Bukan sebab keberanian PErmaisuri Aurora. Tidak, ia sebab keberanian Ivy. Dia berani berkelakuan seperti itu dihadapan pemerintah penting di atas tanah Enchanted.

Apa yang dia telah buat? Soalnya dengan horror, dia membelakangkan diri dari dua orang berkuasa itu, mencapai tombol pintu di belakangnya sebelum memulas dan berlari keluar dari bilik itu.

Meninggalkan Wizard Merlin dan Permaisuri Aurora tercegat di tengah-tengah bilik, tenungkan pintu keluar yang terbuka luas.

Wizard Merlin mengeluh dengan senyuman. “I told you I should be the one talking.”

Ekspressi Permaisuri Aurora yang tegang jatuh dengan keluhan yang sama. Tangan mencapai dahi. “Oh Goodness me, saya tak patut bercakap pasal benda tu dulu.” Permaisuri Aurora menggeleng kecil. “SAya terbawa-bawa tadi. Sepatutnya saya straight to the point. Apapun…” Permaisuri ini alihkan pandangannya pada THe Great Wizard Merlin, perhatikan tangan orang tua yang sedang memegang tongkat saktinya menggeletar seperti orang kena parkinson. “That’s not a good sign. Doesn’t it?”

Wizard Merlin segera sembunyikan tangan yang memegang tongkat itu ke belakangnya. Berikan senyuman tenang pada Permaisuri Aurora namun Permaisuri itu tidak termakan dengan taktik tersebut.

Tapi Merlin tetap tersenyum. “Apa kata kita berikan Cik Ivy sedikit masa untuk berfikir. She is in the state of broken hearted.”

Ini buat Permaisuri Aurora bertambah murung.

.

.

Ivy berlari sejauh yang dia inginkan--sebaiknya jauh dari pintu yang membawa ke menara dia berdepan dengan Permaisuri Aurora sebelum badannya menjadi lembik, menyandar pada salah satu tiang jambatan diantara menara selatan dan barat. Menghembuskan nafas yang berbunyi seperti dia merintih kesakitan tapi dia tidak sakit langsung. Sekurangnya tidak secara fizikal.

Dia menutup mukanya dengan kedua tangan, dia rasa sesuatu didalam dadanya naik ke kerongkongnya, sesuatu yang sakit dan pahit membuat air matanya menggugat untuk mengalir jatuh.

“I’m so stupid…!” sahutnya dengan suarah yang merintih kecil. “kenapa aku buat macam tu?”

Ivy rasa kaki diaval mencengkam bahunya, menarik perhatian ahli sihir ini untuk mengubahnya menjadi manusia tapi Ivy mengabaikannya. Ahli sihir muda ini berterusan menyalahkan dirinya sendiri atas kesalahannya tidak dapat mengawal emosinya sendiri.

Diaval; si burung gagak mengeluh kecil. Perasaan nak tengking Ivy sekarang sangat tinggi tapi dia kenal anak jagaannya. Ivy tahu dia buat salah dan mengaku akan kesalahannya. Jadi Diaval tidak boleh buat apa-apa. Hanya boleh biarkan Ivy bersendirian.

Dan Diaval biarkan anak jagaannya itu bersendirian.

Diaval menyahut kecil pada Ivy seperti beritahu Ivy sesuatu sebelum mengembangkan sayapnya, mula terbang meninggalkan Ivy keseorangan; beri dia ruang untuk berfikir dan terbang ke arah mana Ivy melarikan diri tadi.

Diaval sempat toleh kebelakang melihat anak jagaannya yang sudah jatuh berlutut di tepi tiang tersebut. Berat hatinya untuk tinggalkan Ivy keseorangan tapi diaval telah bersetuju untuk mendengar cakap THe Great Wizard Merlin kali ini.

Tinggalkan Ivy keseorangan…

Dan dia kembali ke menara mana The Great Wizard Merlin dan Permaisuri Aurora berada.

Sebaik sahaja dia terbang masuk kedalam menara itu melalui satu-satunya tingkap yang ada; Dia terus berubah menjadi manusia berbaju serba kelabu kerana Wizard Merlin menghayunkan jarinya dengan tiga patah perkataan itu.

Diaval mendarat di hadapan The Great Wizard Merlin; hampir jatuh berlutut tapi dia sempat menyelamatkan dirinya sendiri sebelum memperbetulkan pakaian dan rambutnya.

Burung gagak berubah manusia ini menjeling tajam pada The Great Wizard Merlin. “You should warn me next time.”

Wizard Merlin hanya berikan senyuman yang menenangkan. “Tak perlu nak tangguhkan masa lagi. Banyak penjelasan yang saya kena buat kat korang.”

“Korang?” Soal Diaval dengan kening terjungkit tinggi. Matanya meliar kesekeliling bilik kecil itu dan tidak melihat kelibat sesiapa lagi selain mereka berdua. “Takkan Permaisuri Aurora bersembunyi dalam bilik ni pulak?”

Wizard Merlin hanya ketawa kecil. “Tuan Permaisuri telah beredar seketika yang lalu.”

Diaval mengangguk faham. “Jadi siapa lagi satu--

Persoalan Diaval terjawab bila pintu bilik menara itu terbuka dan Hansel Gingerman kelihatan; kaku untuk seketika dihadapan pintu kerana perasan akan kehadiran Diaval sebelum masuk kedalam, menutup pintu bilik itu dan menguncinya untuk langkah berjaga-jaga.

“Long time no see Diaval.”

“In human form? Yes. Long time no see.” Diaval mengangguk,wajah kelihatan tegang tidak menunjukkan sebarang sinis atau sarkastik.

Begitu juga Hansel. Kerana mereka tahu perbincangan mereka bersama The Great Wizard Merlin adalah sesuatu yang sangat penting memandangkan mereka berdua berada didalam satu bilik bersama. Secara Private.

Jadi dua bekas penghuni Vicious ini berpaling pula ke Wizard Merlin. Menunggu Ahli sihir penuh berpengalaman ini untuk menyuarakan hal mustahak yang menjadi tanda tanya kepada mereka selama seminggu itu.

Namun Diaval yang bersuara dahulu. “Mengapa saya kena tinggalkan Lil’Miss saya keseorangan? What if something happen to her?”

.

.

Ivy mengelap air mata yang degil jatuh membelai pipinya sambil berjalan di laluan luar istana, cuba mencari ketenangan dalam hatinya namun dia tahu dia takkan dapat cari ketenangan yang dia inginkan jika ada pekerja istana lalu di laluan itu sedang memerhatikan dia.

Dia perlukan tempat di mana dia boleh bersendirian. Di mana dia boleh meluahkan hatinya tanpa sesiapa memandang dan mengkritik dirinya.

Jadi, dia cuba memakai topeng untuk menyembunyikan kesedihannya sehingga dia terjumpa pintu keluar ke suatu laluan yang penuh dengan tumbuhan hijau. Ivy sempat pandang kebelakang, melihat jika ada sesiapa sedang melihatnya kerana dia taknak sesiapa tahu dia ke mana. Setelah mengetahui tiada yang berdekatan, dia keluar ke laluan penuh tumbuhan, melingkar naik tiang dan menjadi siling yang meneduh laluan tersebut dari sinaran matahari. Ivy memandang sekeliling laluan tersebut dan perasan yang di luar laluan itu adalah taman bunga yang penuh dengan keajaiban. Seperti ia keluar dari buku cerita dongeng—well, istana ni sememangnya ada dalam buku cerita tapi ia kelihatan lebih indah.

Ivy menyentuh dadanya bila dia rasa seperti hatinya membengkak sakit dan air mata mengalir sekali lagi.

“Oh lord….” Rintih Ivy, menyandar pada salah satu tiang laluan itu. “Louis…. I’m so… Sorry…”

Dia dapat rasa keperitan yang dialami didalam hatinya. Keperitan hati yang tersimpan didalam dadanya selama mana yang dia boleh ingat. Hati yang dia tahu dia tidak layak pegang. Hati milik puteranya. Kekasih hatinya.

Sekali lagi, nama puteranya terlepas dari celah bibir nipis yang merah, merintih dalam tangisan akan kesakitan yang dia rasa dalam hatinya, bukan sahaja perasaan si pemilik hati itu juga perasaannya sendiri.

Mengapa Louis didalam kesedihan? Adakah disebabkan tindakannya pada malam tu? Apa yang dia fikirkan? Dah tentu pasal kejadian malam tu…

Ivy, kau dah berjanji untuk tidak akan menjadi penghalang Louis, kau takkan buat sesuatu yang akan merosakkan nama Louis, segala kerja kerasnya sebagai Bakal Raja Enchanted—Tapi?! Tapi mengapa kau mudah sangat goyah hanya kerana satu ajukan dari Jack? Kau patut tahu malam tu adalah satu perangkap, kau semamangnya tahu kehadiran Jack akan bawa malang dalam majlis tu dan kau patut menghalangnya… tidak—Tidak mempercayai kata-katanya—Tapi?.... Tapi…….

“I’m such an idiot…” Dia jatuh berlutut, menyandar pada tiang laluan itu sambil menutup mukanya yang menangiskan air mata deras.

Sekarang tengok apa kau dah buat? Kerana tindakan kau dedahkan hubungan korang… semua menjadi berantakan! Charlotte di sumpah, Jack bebas di luar sana masih dengan kegiatan hina dia tu, Louis dalam kesusahan dan kau? Masih mengulang kesilapan yang sama…. Berulang-ulang kali.

When will you learn?

Ivy menutup mulutnya bila dia meraung, menangis sekuat hati tanpa ada sesiapa mendengarnya. Rasa bersalah, kesal dan marah pada diri sendiri bercampur aduk didalam dirinya membuat dia rasa benci… meluat dengan diri sendiri.

Louis masih percayakan dia walaupun dia telah buat kesalahan dan dia berjanji untuk lakukan apa sahaja untuk kekalkan Ivy di sisinya… Louis terlalu baik untuk Ivy, Dia tak layak untuk Ivy...

Mengapa dia masih inginkan perempuan seperti Ivy?

Mengapa?

.

.

“THere’s nothing will happen to Miss Ivy selagi dia berada didalam perkarangan istana. Kalau dia keluar pun, rantai THe Believers ada bersama CIk Ivy; ranti itu akan melindungi Cik Ivy dari sebarang magic gelap datang mendekatinya. Jangan risau.” Kata Wizard Merlin, dengan tenang, juga menenangkan ketegangan didalam bilik itu hanya kerana kehadiran dua lelaki yang lebih muda darinya bersama.

Terdapat tegangan diantara mereka berdua yang telah lama berpanjangan sehingga sekarang. Ia bukan diantara Hansel dan Diaval tapi terhadap Ivy the Devil.

“Saya rasa kamu berdua tahu tentang Putera Raja Camelot ingin mengambil takhtanya sebagai Pemerintah Enchanted…”

Dahi Hansel berkerut dan dia mengangguk. “Saya dapat tahu tadi pagi dari surat Gretel, Sebab Puteri Charlotte terkena sumpahan Losing Heart tu kan?”

“Ya, malangnya Puteri Camelot telah menjadi mangsa seterusnya.” Suara Wizard merlin juga menjadi serius. “Disebabkan itu, Putera George mengambil keputusan untuk mengambil takhtanya dan mengikut perintah Putera George. The Believers akan keluar dari persembunyian dan berdepan dengan Putera George.”

Hansel terdiam untuk seketika. Dia sempat berpaling melihat Diaval yang berdiri di sebelah Wizard Merlin dan burung gagak itu hanya mengangkat bahu slamber, tangan didalam poket seluar. Nampak sangat tidak berminat dalam perbincangan mereka.

“Ini yang saya takutkan. Putera George mengambil takhtanya atas sebab lain. Bukan untuk peperangan yang akan berlangsung sebaik sahaja-

“Peperangan?” Diaval mengalihkan tumpuannya ke Wizard Merlin, sebelum pandang Hansel juga. “Korang asyik bercakap tentang perang. Korang pasti ke peperangan ni akan berlaku?”

“Kami pasti Diaval.” Hansel mengangguk dengan kerut di dahi yang sangat buruk. “Ia sebahagian dari sumpahan Lady Morgana dan mengikut lamaran The Great Wizard Merlin, ia akan berlaku tidak lama lagi.”

Diaval berpaling kearah orang tua di sebelahnya. Renungannya tajam seperti mata pedang, boleh menusuk tembus ke badan mangsanya. “Is this the reason you brought Ivy in Enchanted? Jadikan dia salah satu buah catur kau dalam ‘peperangan’ korang? Sumpahan korang sendiri?”

“Kamu tak boleh berfikiran buruk macam tu D.”

Tapi itu kebenarannya kan?!”

“Bertenang Diaval. Kamu tahu punca sebenar saya bawa dia ke sini.” The Great Wizard Merlin cuba menyentuh bahu Diaval tapi tangannya di tepis kuat. Dia letakkan semula tangannya di sisinya dengan keluhan kecil. “Jack telah beritahu kamu mengapa dia di sini. Mengapa kamu seperti ini pula?”

“Sebab Ivy tidak berhak berada didalam situasi ini. SHe’s Innocent!”

“Nanti-Jack beritahu kau—Jack tahu tentang Sumpahan Lady Morgana?” Hansel merenung kearah Diaval sebelum berpaling memandang Wizard Merlin minta keterangan. “Tuan, informasi apa lagi yang saya tak tahu tentang Jack yang tuan tak beritahu saya?”

“Kamu berdua tolong bertenang.” Kata Merlin dengan tegas, cukup buat mereka berdua tertunduk, menahan perasaan mereka dengan penumbuk di sisi masing-masing. “Banyak yang saya tersalah ramal tentang Peperangan ini. Ia lebih besar dari sekadar satu sumpahan Lady Morgana. Kes Losing Heart dan Ivy the Devil juga ada kena mengena dengan Sumpahan Enchanted ni.” Katanya membuat Hansel dan Diaval memandangnya dengan terkejut. Perlukan penjelasan lebih lanjut.

“First things first, apapun saya akan beritahu kamu… kamu tidak boleh beritahu Cik Ivy langsung. Faham?”

Melihat Diaval dan Hansel mengangguk membuat Wizard Merlin menarik nafas dalam. Lebih banyak orang tahu tentang perkara ini.

Ia berkenaan Hati yang terdampar didalam dada Ivy the Devil.”

.

.

Ivy mendongak keudara, cuba menahan air matanya dari mengalir lebih banyak tapi tidak berhasil, dia tersedakkan tangisannya sendiri dan cuba sembunyikannya menggunakan tangan belakangnya.

Dia melihat sekelilingnya sebelum mendongak ke langit, mencari sesuatu. Sejinis haiwan bersayap berwarna hitam tapi kelibat burung gagak itu tidak kelihatan dan kali ni Ivy berpaling kearah pintu masuk istana. Seperti menunggu seseorang datang muncul namun dia tahu tiada siapa akan datang ke taman itu.

Ivy menggeleng. Tak, tak dia tak sepatutnya macam ni… Dia tunduk memandang kedua tangannya yang sedikit menggeletar kerana bersedih sebentar tadi. Bawah bibirnya tertanam diantara gigi, dan dia menggenggam kedua tangannya menjadi penumbuk, menahan dirinya dari kelihatan lemah, mengumpul segala tenaganya yang tinggal walaupun tangisan masih basahi mata.

Menarik nafas dalam, Dia bangun dengan pertolongan tiang di sebelahnya, menggenggam jubahnya dan berpaling ke pintu keluar taman itu dengan mata hijau yang bercahaya. Bukan sahaja dari pantulan cahaya pada mata yang berkaca tapi keazaman yang dia kumpul dan satu niat yang tetanam di dalam dadanya.

Azam yang dia pegang dan hampir terlepas hanya kerana kesilapan kecil.

Dia menjadi Apprientice Wizard Merlin bukan sebagai tahanan ahli sihir tu, bukan kerana dia anak Maleficent, dan bukan kerana dia berlindung di bawah Wizard Merlin untuk keselamatan.

Bukan, Dia menjadi anak murid Wizard Merlin untuk membuktikan yang dia layak berada di sisi Ahli sihir terkuat di tanah itu. Yang dia, Ivy; layak berada di kedudukannya sekarang kerana dia berusaha untuk mendapatkanya.

Dan dia akan buktikan kepada seluruh rakyat Enchanted. Yang dia boleh berdiri dengan sendiri tanpa meminta pertolongan dari sesiapa.

Dia patut tahu apa yang dia perlu buat. Dia tahu apa dia patut buat.

Dengan langkah pertama dia buat, Ivy berjanji pada dirinya sendiri; yang dia akan tunjukkan pada dunia. Yang dia; adalah Vivian Hood; Ivy the Devil, the next strongest sorcerer in the land.

Dia boleh berdiri sama tinggi dengan The Great Wizard Merlin. Di hormati dan dan sanjungi.

.

.

“Vivian? You mean Vivian, Ivy?” Soal Hansel melihat dua lelaki lebih tua darinya. “Jack mengejar Ivy kerana nama tunangnya sama dengan nama sebenar Ivy?!--For Fuck’s sake, Lelaki tu dah gila! Jadi apa tujuannya tolong Villain Mary tu?--” Ayat Hansel terhenti bila dia sedar akan sesuatu.

Dia teringatkan perbualannya dengan Jack di bilik hotel dimana Jack merayu pada Hansel untuk tidak tangkap Villain Mary kalau tidak tunangnya akan di bunuh.

Ivy akan di bunuh.” Hansel alihkan pandangannya dari kekosongan ke Wizard Merlin. “Villain tu targetkan Ivy selepas ini dan… dan Jack cuba menghalangnya dari berlaku selama ni. Selama ni…. selema ni…”

“Jack.” Diaval mengangguk, meyakinkan keraguan Hansel tentang kebenaran atas kelakuan Jack selama ini. “Dia mungkin gila tapi kegilaannya telah selamatkan Ivy selama ni. Villain Losing Heart tu targetkan Ivy the Devil dari dahulu lagi tapi terima kasih kepada obsesi Jack pada kekasihnya yang telah lama mati, dia telah selamatkan Ivy--kononnya tunangnya.” Diaval mengangkat bahu. “Kedengaran seperti kebetulan kan?”

“Tak.” Hansel menjawab cepat. “Dalam hidup aku, ayat ‘kebetulan’ tu tak wujud. Pasti ada sebabnya semua ini berlaku.” katanya dengan yakin. “Tapi… buat sementara ini, aku berpegang dengan kebetulan tu sehingga aku dapat penjelasan yang betul dari mulut Jack sendiri.”

“Macam mana kau nak tahu kalau lelaki tu dah melepaskan diri?” Soal Diaval. “Dia mungkin dah keluar kerajaan bersama VIllain tu. Memandangkan villain tu tak dapat nak berlawan kerana tak dapat hati Puteri CHarlotte. She’s weak. Jack’s also weak. Bagaimana mereka nak dapatkan hati baru sebagai mangsa?”

“Mereka mungkin lemah tapi mereka ada otak untuk perangkap mangsa mereka.” The Great Wizard Merlin bersuara. “Villain kita seorang yang berpengalaman, dia boleh bersembunyi selama berpuluh tahun ini tanpa ada sesiapa syak akan aktivitinya sehingga sekarang. Pasti dia pernah alami situasi seperti ini sekali dan dia pasti ada cara untuk mengatasinya.” kata Wizard Merlin. “It’s a good thing Raja Philip dah beri amaran kepada penduduk Etalean untuk berjaga-jaga, menghantar askar diraja untuk ronda tanah mereka. Dua Villain itu mungkin berada di luar sana sekarang mengalami kesukaran untuk menangkap mangsa mereka.”

Diaval memutarkan kepalanya memandang The Great WIzard Merlin. “Bagaimana dengan Ivy? Dia target Villain tu dan kenapa Tuan nak dia bawa dia ke sini pula? Her life is in danger kalau Villain tu tahu Ivy berada di sini.”

“Don’t worry, I won’t be here long. I have plan for Ivy, dia akan ganti tempat saya suatu hari nanti.” Jawab Wizard Merlin dengan tenang, menghirup menumannya sambil mengendahkan dua lelaki yang merenungnya dengan tajam. “Jangan risau. Saya bukan nak humban Ivy ke dalam kes ni dan suruh dia tangkap Jack or the Villain, itu kerja saya. Saya hanya nak Ivy mengenali kerja saya di Enchanted dan menolong Ivy tingkatkan pengetahuannya dalam bidang sihir ni.” Dia berhenti untuk seketika dan memandang kedua lelaki dihadapannya dengan serius. “Saya tidak akan bawa Cik Ivy ke dalam kes ini. Bukan sebab saya tak nak tapi ia lebih baik jika Cik Ivy takda kena mengena dengan semua ni.”

“Namun, Cik Ivy seorang ahli sihir yang mempunyai sifat ingin tahu yang sangat merbahaya. Kita semua tahu dia tetap akan masuk campur walaupun kita menghalangnya.” Wizard Merlin memandang kearah Diaval, seperti mencabar dia untuk mengatakan apa yang dia katakan tentang Ivy adalah tidak benar.

Tapi Diaval hanya menarik nafas dalam membuat Merlin mengangguk. “Lagipun, sooner or later, dia akan terdedah juga dengan perkara seperti ini. Jadi, lebih baik dia mengetahui perkembangan kes ini untuk redahkan firasat ingin tahunya—tak.” Wizard Merlin mengangkat tangan bila Hansel ingin membantah. “Saya dah kata dia takkan masuk campur. kamu teruskan kerja kamu seperti biasa sebagai the Believers. Manakala saya, terus mengajar Cik Ivy menjadi seorang ahli sihir unggul yang dia inginkan. Dan bila saya mendapat laporan dari kamu, saya juga akan beritahu Ivy tentangnya. Dengan itu dia takkan terasa nak kejar Jack dan puaskan hatinya dengan bakar Jack hidup-hidup, melihat lelaki yang dia paling benci merana, mati secara perlahan di depan matanya.”

“Tapi dia nak lihat perkara tu berlaku.”

“Dan dia mungkin akan jadikan perkara itu berlaku.” Tambah Diaval lagi. “Dia takkan lepaskan Jack jika dia terserempak dengan budak bebal tu lagi.”

“Well…. Jika dia teringinkan sangat, dia kena tengok Jack terseksa bila dia kena tangkap—

“Tuan benarkan dia seksa Jack?”

“Lihat Jack dihukum dipengadilan nanti. dihadapan khalayak ramai.” Pengetua Merlin jawab dengan cepat, merenung Hansel tanda amaran. “Ivy kepala batu, ya. Dia nakal, dah tentu. Tapi dia juga budak yang baik. Dengar cakap bila dia disuruh. Itu sifat semula jadi Cik Ivy walaupun dia cuba menafikannya. Sebagai Mentor dia, saya yang akan berunding dengan CIk Ivy tentang ni dan kamu berdua berdiam diri dan buat kerja kamu. Faham?” Soalnya dengan serius, menunggu dua lelaki di hadapannya mengangguk faham.

Merlin kembali tersenyum. “Lgipun, Dia dibawah penjagaan saya sepanjang masa. Dia takkan buat hal bila kami pergi merantau nanti. Saya akan memperkenalkan kebolehan Apprientice saya kepada dunia dan semua orang akan memuji betapa saya, The Great Wizard Merlin dan Cik Ivy, the once will known as a great Sorcerer berdiri bersama-sama di puncak dunia sambil melambai kepada rakyat Enchanted! Berkhidmat pada mereka semua dengan senang hati dan sebagai balasan ialah kasih sayang orang Enchanted pada kami! They will worship us!” katanya sambil ber’hohohohohoh’.

Hansel hanya menggeleng melihat telatah Wizard Merlin, melambai keudara seperti seorang royalty sambil ketawa ‘hohoho’nya yang terkenal.

Manakala Diaval menepuk dahi dengan keluhan berat. Tidak percaya yang Wizard Merlin tidak pernah berubah dari dahulu lagi, walaupun dah tua kerepot macam ni.

“So Tuan, saya nak Tanya sesuatu, Kalau lah… kalau Villain ni dah kena tangkap…. Adakah Ivy selamat?”

“You have my word.” Jawab Merlin pada Diaval.

Tapi itu tidak membuat Diaval lega. “Then, macam mana pula dengan Sumpahan Morgana? Jika Villain tu kena tangkap, adakah ‘perang’ yang korang cakapkan takkan berlaku?” persoalan itu membuat senyuman Merlin hilang dengan serta merta dan ini buat Diaval cemas, duduk di hujung kerusinya, hampir hendak berdiri. “It will not right? Right?! Then Ivy tetap dalam bahaya!”

 “D, cuba bertenang. Kau nak kata kau meragui kebolehan Wizard Merlin ke?”

“So what?” Soalnya dengan kasar. “Walaupun Ivy dah selamat dalam kes ni, bagaimana dengan peperangan yang korang cakapkan? Apa Villain tu boleh buat dengan sumpahan Lady Morgana pulak? Dan…. Apa sebenarnya sumpahan Lady morgana ni? tell me everything.

Hansel rasa macam nak tumbuk je muka Diaval kerana berkelakuan biadap dengan Wizard Merlin. Ya, dia dah cengkam collar baju Diaval dan penumbuknya dah ada diatas kepala tapi tangannya ditahan dengan tongkat Wizard Merlin.

Hansel berpaling memandang Ahli sihir tua itu. “Tapi Tuan…?”

“Diaval betul Encik Hansel. Dia patut tahu semuanya memandangkan ini melibatkan keselamatan anak jagaannya.”

“I know but still—

“Lepaskan aku!” Diaval menolak tangan Hansel dari collarnya dan berpaling memandang Wizard Merlin. “So, kau nak bagitahu ke tak?”

Wizard Merlin memandang tepat pada wajah Diaval, memerhatikan muka yang calar balar akibat seksaannya dahulu semasa peperangan Dua Bilah dimana dia diseksa oleh tukang kebun, hampir buat dia mati, tpi dia Berjaya hidup kerana Maleficent dan Merlin.

Ahli sihir tua ini menarik nafas dalam sebelum mengangguk. “Baiklah. Sumpahan Morgana berlaku 20 tahun lalu…. Pada hari perayaan kelahiran Putera George….”


To be Continue…..

(A/N: This takes longer than I thought.... hmmm well, I'm back for another semester so angah try to find time and update. Sorry guys :') I feel like I failed you guys in some ways... and thanks for sticking around *1000xkisses* Love you darlingsss~~)

2 comments:

  1. aduh.. baru nak faham sumpahan morgara.. tak dapat jawapan.. haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well, atleast next chapter kita akan tau apa dia sumpahan tu~ maybe.. possibly... lol, no promises on the plot yet hahahaha but we will see what happen next~~ *wink wink*

      Delete

Savior of Tales