Twelfth L.O.S.T
The Pity Man
Hansel melihat
fail-fail, laporan dan peta bertaburan diatas meja besar di hadapannya.kedua
tangan direhatkan di bucu meja, mata merenung tajam kearah petunjuk-petunjuk
yang di bulat dengan dakwat hitam diatas helaian kerja yang berbeza. Di setiap
fail, setiap buku, peta dan helaian kertas.
Mata perang Hansel
merah akibat kurang tidur memikirkan cara untuk menyelesaikan teka-teki antara
hidup dan mati di hadapannya ini.
Dia menjilat
bibirnya yang kering, keningnya bertembung kerana mindanya bertambah serabut
dari sebelumnya. Semuanya tidak padan, semua penemuan yang Hansel jumpa dan
dapat dari The believers yang lain tidak boleh di hubung kaitkan sesama
sendiri.
The Believers dari
berlainan kerajaan datang, keluar masuk dari bilik itu dengan laporan baru,
penemuan baru dan petunjuk yang kemungkinan boleh membantu Hansel untuk
menyelesaikan kes tersebut.
Duchess Juvaira
dari kerajaan Ababwa menolong Duchess Amennie menjejak petunjuk yang penjenayah
tinggalkan di Kerajaan Arendelle.
DI kerajaan New
Orleans juga, menjadi tempat pertama Penjenayah itu bergerak 20 tahun lalu,
tidak banyak yang mereka temui di sana, hanya cebisan informasi dan
kebanyakannya di tokok tambah. Apapun, Hansel tetap menginginkan sebanyak
informasi yang mereka boleh kumpul supaya Hansel dapat cantumkan semua petunjuk-petunjuk
mereka untuk jadikan satu jangka hayat Penjenayah mereka.
Dengan itu dia
boleh meneka siapa sebenarnya Villain Losing heart itu, orang yang mungkin
dikenali ramai atau orang biasa?
Setakat ini, hanya
benda-benda kecil sahaja yang Hansel dapat tentang identity penjenayah itu.
Hansel berputar
kearah peta Tanah Besar yang tergantung megah di belakangnya. Menutup tingkap
panjang bilik study itu dengan papan yang digunakan untuk peta besar. Terdapat
banyak nota-nota kecil di pinkan diatas tanah tersebut. Benang merah di
cantumkan dari satu tempat ke satu tempat. Wajah-wajah mangsa yang mempunyai
kemungkinan besar yang akan membantu mencari Villain Losing Heart. Contengan
kasar hujung peta itu, mungkin peringatan, petunjuk yang berguna tapi masih tidak
dapat di cantumkan pada mana-mana jangka hayat Penjenayah mereka.
Juga terdapat
gambar the Legendary Villain melekat di atas tanah gelap yang terdapat di tanah
besar itu. di pisahkan dengan tembok akar berduri, tempat dimana tiada cahaya
matahari boleh masuk.
Maleficent.
The King and Queen
of Nightmare realm.
Ibu tiri Snow
white.
Dan
rumplestiltskin.
Hansel berdecit
jijik melihat wajah lelaki pendek yang tersenyum sinis itu. walaupun hanya memandang gambar lelaki itu, Hansel tidak
dapat mengendahkan perasaan pahit hadir didalam dirinya. Hansel membuat
perjanjian dengan lelaki itu adalah keputusan terteruk Hansel pernah buat
didalam seumur hidupnya. Ikutkan hati dia taknak ingat lelaki tu lagi namun ia
melekat didalam mindanya. Seperti karat yang susah terhakis.
Dan Hansel
mengalihkan pandangannya pada satu lagi gambar yang berada di hujung tenggara
peta tersebut. Dua gambar yang terpin tinggi dan mendapat coretan dan dart yang
di lontar pada dua gambar tersebut; juga dagger.
Salah satu gambar
tersebut hanyalah figura hitam yang mempunyai tanda soal diatas wajah gambaran
itu; maksud mereka tidak dapat lagi identity Villain mereka.
Manakalah yang
satu lagi, gambar Jack. Yang dahulunya kawan lamanya, dianggap sebagai abang; sekarang menjadi Henchmen Villain. Menolong penjenayah Losing Heart itu mencuri
hati-hati orang yang tidak bersalah.
“For Heaven’s sake
Jack… apa dah jadi pada kau ni sebenarnya?” Soal Hansel tenungkan gambar Jack
dengan kening berkerut sedih.
Hansel menggeleng,
ketepikan perasaannya dan tumpukan perhatian pada penemuan mereka.
Melihat jangka
hayat yang dia telah dapat selesaikan tentang dua Villain ini namun, semuanya
tidak bertembung dengan baik. Pasti ada jurang diantara dua tempat yang membuat
Hansel menggaru kepala. Sesuatu yang hilang dalam penemuan mereka, diantara dua
petunjuk yang kemungkinan bertembung ini; ada lagi satu petunjuk. Namun apa
dia?
Hansel mengusap
mukanya dengan rungutan berat. Mendongak keuadara dengan penat.
Mengapa ia rumit
sangat? Mengapa kehidupan si penjenayah ini rumit sangat? Termasuk rakan
bersubahatnya; Henchmen villain itu tidak kurang rumit juga.
Apa yang temui
dari penyelidikan secara menyeluruh; dari setiap kerajaan ialah Penjenayah
mereka ialah seorang wanita—kemungkinan seorang perempuan. Maddison yang buat
teori ini.
JIka di New
Orleans dia mencuri hati lelaki telah membuktikan dia sememangnya perempuan.
Bila dia berpindah ke Etalean dan mencuri hati perempuan, balu, janda dan
kanak-kanak. Isteri yang tinggal di rumah sementara suaminya pergi berperang
tentu mereka akan tinggal keseorangan di rumah. Para isteri tidak mungkin akan
membuka pintu rumah mereka untuk lelaki yang mereka tidak kenal. Lagipun, janda
dan Balu pasti ditemankan oleh rakan mereka semasa mereka masih patah hati
dengan pemergian suami mereka. Jadi; isteri yang kesunyian dan balu yang
bersedih pasti inginkan peneman, dan siapa lagi yang akan mendengar isi hati
mereka tanpa mereka rasa ragu-ragu? Rakan mereka; dan Penjenayah itu menjadi
seorang perempuan menyenangkan dia masuk kedalam rumah tanpa mangsa rasa syak
wasangka. Tiada orang luar rasa musykil atau mata-mata memandang jika dia
perempuan.
Sama juga dengan
Arendalle. Kalau dia perempuan, dia senang masuk rumah satu keluarga itu
mungkin sebagai kawan, pelawat, bekerja sebagai pembantu rumah dan macam-macam
lagi cara penjenayah itu boleh masuk kedalam rumah mangsa dan membaham hati
mereka satu persatu.
Jadi, mereka
menjangka Villain Losing Heart adalah perempuan dan berumur agak tua. Mungkin
lewat 50 ke 60 tahun.
Mengikut
pengetahuan Hansel yang dia dapat dari Ivy, Penjenayah itu seorang ahli sihir
yang berpengalaman dengan mencuri hati orang lain. Kerana mencuri hati bukanlah
sesuatu yang mudah. Membuat sumpahan seperti itu memakan masa yang lama untuk
menguasainya.
Juga, kemungkinan
besar wajah penjenayah ini kelihatan muda kerana memakan hati manusia
membolehkan dia hidup lebih lama dan awet muda. Wajahnya mengikut umur yang dia
inginkan. Namun, untuk kekalkan awet muda dia kena makan hati secara
berterusan. Dah tentu, itu bayaran dia kena buat untuk hidup lama.
Setakat itu, ini
sahaja yang Hansel dapat dari Villain Losing Heart. Dia seorang perempuan yang
mempunya wajah yang muda. Mungkin awal 20-an atau dekatt 30-an. Itu jangkaan
Hansel setakat ni.
Sementara Henchman
Villain ini pula….
Hansel menghembus
nafas panjang. Kepalanya bertambah sakit setiap kali dia memikirkan tentang
Jack. Jalan hidup Jack terlalu rumit sehingga Hansel tak tahu apa yang Jack
sedang buat dalam hidupnya sebenarnya.
Hansel syak
setelah dia menghilangkan diri dari Camelot, dia ke Etalean dan menjadi saksi
melihat tatu yang muncul di dada mangsa. Hansel fikir dia buat seperti itu
untuk selamatkan mangsa namun bila dia kembali ke Camelot, dia dah berubah.
Sepenuhnya. Seperti Jack yang dulu sudah tidak wujud dipermukaan bumi.
Dia yang menolong
mangsa dari sumpahan itu terus menjadi lelaki yang menolong Villain mengenakan
sumpahan.
Itu jurang yang
Hansel katakan. Di pertengahan kisah hidup Jack ada ruang kosong yang menjadi
tanda tanya pada Hansel.
Bagaimana dia
boleh berpaling kearah kejahatan?
Juga yang buat
Hansel pening ialah semasa Jack mengkhianatinya untuk mendapat kayu sakti fairy
Fauna. Perkara itu terjadi sebelum Jack menghilangkan diri dari Camelot.
Jika Jack mula
menjadi jahat pada peristiwa mencuri kayu sakti tu, jadi bagaimana pula dengan
Jack yang menghalang sumpahan Losing Heart dari berlaku? Dan jika Jack baik
pada masa itu, bagaimana pula sekarang? Dia menjadi henchmen Villain tu
sendiri!
“Selamat pagi
Encik Hansel!” Maddison masuk kedalam bilik study istana dengan senyuman lebar
tertampal pada wajahnya. “Encik bangun awal ni pagi—
“Aku nak keluar
ambil angin.” Hansel bersuara mencapai coatnya yang tersidai di kepala kerusi
berdekatan dan lalu di sebelah orang bawahannya yang kebuntuan.
Maddison berputar
melihat belakang Hansel menylusup keluar dari bilik mereka. budak 17 tahun ini
mengerdip mata beberapa kali, dia perasan mata merah Hansel dan kembali
memandang peta besar yang tergantung menutup tingkap bilik tersebut. “Encik
Hansel bekerja sepanjang malam lagi?!”
“Mornin’ Madd…”
sapa Tom Thumb, sambil menguap, baru sahaja masuk kedalam bilik dan menepuk
bahu rakan sekerjanya. “Apa kau buat tercegat kat sini.”
Maddison alihkan
pandangannya ke penjuru bilik study itu dan menarik nafas panjang. “Encik
Hansel habiskan semua manisan dalam satu malam!”
Tom berpaling
kearah mana Maddison lihat. Pinggan-pinggan kosong di atas meja yang sepatutnya
penuh dengan pelbagai aneka kek dan manisan telah lenyap, hanya sisa-sisa kek
sahaja yang tinggal. “Encik Hansel berjaga lagi?” Maddison mengangguk risau.
“Mana Encik Hansel sekarang?”
“Pergi ambil
angin?” Kata Maddison sambil mengangat bahu.
.
.
Hansel memeluk
dirinya, cuba mengekalkan kepanasan badan dari di curi angin pagi, menyapa
penjaga pintu pagar utama istana dan berjalan turun ke Kota. Dia mengambil
keputusan untuk berjalan kaki dari menunggang kuda kerana dia akan ada lebih
banyak masa untuk berfikir jika dia gunakan kakinya.
Hansel mendongak
melihat dedauan pohon Maple yang berbaris cantik di tepi jalan, daun maple yang
mula berubah ke pelbagai warna perang yang cantik, jatuh berguguran menandakan
musim luruh sudah tiba melawat tanah Enchanted.
Sesuatu tentang
musim luruh membuatkan hati bekas Vicious ini sayu. Cara bagaimana daun itu
jatuh dari pohonnya kelihatan sangat menyedihkan. Jatuh di tiup angin tanpa ada
kuasa untuk melawan angin itu. Membiarkan dirinya di pandu tanpa arah tuju dan
jatuh di merata tempat. Setelah itu dipijak oleh kanak-kanak yang bermain.
Hancur tapi tidak sia-sia kerana ia membawa kegembiraan pada wajah mereka. satu
pengorbanan yang berbaloi.
Senyuman nipis
Hansel hilang bila dia alihkan pandanganya semula pada jalan di hadapannya.
Menghembus nafas panjang kerana hati yang sayu hanya kerana musim luruh telah
tiba. Mungkin ini kerana banyak perkara buruk telah Hansel tempuhi didalam
hidupnya pada musim luruh.
Dikhianati dan
dilontar ke Vicious.
Hampir kena baham
oleh The Big Bad Wolf.
Tertangkap oleh
Jill di hutan Mahligai menyebabkan Ivy kena buang.
Namun, kesemua
kejadian yang terjadi padanya tidaklah suatu penyesalan pada Hansel. Seperti
daun tersebut; Dia dipaksa dan terpaksa melalui semua itu, mengikut takdir hidupnya
dan melalui pelbagai rintangan. Setiap kali Hansel korbankan hidupnya, pasti
tidak menjadi sia-sia; semuanya menjadi baik-baik sahaja.
Dia berjumpa
dengan Ivy, berkawan dengan Ivy, dapat menyelamatkan kawan baiknya dari
kehidupannya yang kosong dan jumpa kebahagiaan di sini. Di Enchanted.
Ia berbaloi.
Hansel memeluk
erat kotnya bila angin kuat datang menghembus, serabutkan rambutnya yang sudah
sememangnya kusut masai akibat tidak tidur semalaman.
Musim Luruh baru
sahaja tiba namun tiupan angin agak sejuk dari biasa. Mungkin Hansel belum
biasa dengan cuaca di Enchanted? Kerana di Vicious, Musim bunga, luruh dan
panas mempunyai suhu yang sama kecuali musim salji.
Ah, nanti dia
biasa la tu. Kan ini musim luruh Hansel yang pertama di Enchanted selepas 10
tahun. Hansel tidak merungut, malah sukakan angin musim luruh itu. merasakan
sesuatu yang dia sudah lupa, kembali menggeli kulit wajah dan bermain dengan
rambutnya.
Dia hampir lupa
bagaimana rasanya cuaca di tanah kelahirannya.
Dan Hansel
sukakannya.
Tiba sahaja di
Kota, Hansel perasan yang dia datang terlalu awal kerana tidak banyak kedai
buka untuk berniaga. Beberapa perayu nelayan baru sahaja pergi mencari rezeki
di laut dan kapal-kapal dagang masih lagi bertapak di pelabuhan. Sunyi tanpa
jual-beli berlaku di sana.
Ini yang Hansel
perlukan. Kesunyian yang menenangkan.
Dia boleh
tenangkan fikirannya yang bercelaru. Aturkan segalanya dengan perlahan dan
susun didalam fail-fail minda satu persatu. Mencari ruang untuk dia berfikir
semula tentang dua Penjenayah merbahaya yang sekarang berlegar di Tanah
Enchanted.
Mungkin, jika dia
telah tenangkan diri, Hansel dapat idea bagaimana nak selesaikan kes mereka.
Sebenarnya Hansel
telah jumpa satu jalan penyelesaian untuk menangkap Villain Losing Heart dengan
menangkap Jack dan suruh dia buka mulut.
Senang je, dia
boleh seksa lelaki durjana tu sepuas hati Hansel. Buat Jack merayu padanya
untuk dilepaskan, sehingga darahnya berlumuran di bawah tapak kasut Hansel.
Sehingga dia tiada lagi tenaga untuk berikan senyuman angkuhnya. Kalau boleh
sehingga Jack tidak dapat gerakan badannya langsung dan membuka mulut bila
nyawanya ingin sampai ke penghujung.
Hansel sumpah dia
boleh lakukannya tapi dia juga bersumpah pada The Great Wizard Merlin yang dia
tidak akan menggunakan sebarang kekerasan pada lelaki itu. Dia kena pujuk Jack
untuk kembali baik dan serahkan dirinya secara rela hati. Beritahu Identiti
Penjenayah Losing Heart dan bantu mereka perangkap penjahat itu.
Hansel mengusap
mukanya dengan satu tangan. Satu lagi di dalam poket kerana sejuk.
Apa yang The Great
Wizard Merlin lihat pada Jack sehingga dia ingin kembalikan mamat durjana itu
dari kejahatan?
Bagi Hansel,
mustahil untuk dia ubah Jack semula. Bukan kerana dia bencikan lelaki itu
tidak; ia kerana Jack telah membunuh banyak manusia tidak bersalah. Jiwa Jack
telah rosak, membusuk kerana kelakuannya sendiri. Kesalahan besar ialah
membunuh dan itu adalah cara yang berkesan untuk menghancurkan jiwa sendiri.
Jack sudah tidak
boleh di selamatkan. Jiwanya; hatinya sudah hancur dan tidak boleh dipulihkan
lagi.
Lain cerita dengan
Ivy. Dia membunuh hanya sekali dan niatnya untuk membunuh adalah baik. Dia
ingin selamatkan Hansel dari kena baham oleh The Big Bad Wolf jadi Hatinya
tidak rosak sangat. Lagipun, walaupun kemungkinan Ivy memperoleh hati busuk di
Vicious adalah tinggi, disebabkan Hansel ada berada di sisi Ivy, Hansel dapat
menahan dan menghalang Ivy dari buat sebarang aktiviti yang akan merosakkan
hatinya dengan sekelip mata.
Hansel tidak boleh
menghentikan Ivy tapi dia boleh mengubah niat Ivy dalam melakukan perkara yang
salah.
Yang penting niat
Ivy untuk membuat kejahatan ialah baik, hatinya masih boleh diselamatkan.
Ia bergantung pada
niat.
Namun Jack…
niatnya sama dengan tindakannya. Kekejaman dan kejahatan.
Hansel mungkin
tidak dapat membantu kawan lamanya itu.
Langkah Hansel
terhenti bila dia lihat satu figura kecil berlari masuk kelaluan sempit. DIa
perasan mafla cotton berwarna peach milik figura itu membuat Hansel rasa
seperti dia pernah lihat figura itu. Tanpa banyak fikir, dia terus mengejar si
figura kecil itu, menemui yang perempuan itu masuk ke laluan sempit lagi gelap
diantara dua bangunan besar. Plus, Hansel tidak dapat melihat jejak perempuan
itu lagi
Takkan dia berlari
laju sangat?
Hansel teragak-agak
untuk masuk kedalam laluan itu. Mengikut dari pengalamannya, perkara seperti
ini hanya akan membawa padah pada Hansel. Perempuan tidak dikenali tapi pada
yang sama dikenal lari kelaluan sempit yang gelap dan menghilangkan diri begitu
sahaja?
Ini dah membuktikan
firasat Hansel jika dia masuk pasti perkara yang tidak diingini bakal berlaku
padanya.
Mungkin satu
perangkap?
Hansel terdengar
jeritan kesakitan seorang lelaki datang dari laluan tersebut membuat Hansel
badan Hansel tegang satu badan.
Takkan lah….
Dengan lincah
Hansel berlari masuk, mencari dari mana datangnya jeritan tersebut. “Saya
datang!” sahut Hansel sambil mata meliar mencari si gerangan jeritan tersebut.
Hansel hampir
jatuh tergelincir semasa dia berhenti mendadak kerana terjumpa seorang lelaki
terlentar mencium tanah di tepi tong sampah besar. Kelihatan seperti didalam
keperitan dengan tangan mencengkam dada dan pernafasan yang berat;
tersekat-sekat.
“Jack!”
Hansel tidak tergelincir, dia berlutut dihadapan Jack; menolong lelaki itu
bangun dan menyandar di dinding laluan sempit itu.
Dia perhatikan
keadaan jack dari atas hingga bawah. Sebelum melihat wajah Jack semula. Mukanya
putih pucat, bibirnya membiru. Giginya menggeletar sama seperti badannya.
Menggeletar teruk, kesejukan. Namun peluh membanjiri mukanya dengan tangan
mencengkam dadanya dengan erat.
Hansel terus
membuka coatnya dan pakaikan pada Jack. “Heaven’s above Jack, kau membeku….”
Bisiknya risau. “Kita kena bawa kau kedalam.”
Jack tidak berkata
apa-apa, hanya akur dan cuba bangun dengan bantuan Hansel. Memikul dia keluar
dari laluan tersebut dan pergi ke inc. berdekatan.
“Bertahan Jack,
kita dah nak sampai.” Sahut Hansel,
mengangkat kawannya bila Jack mengerang kesakitan yang ada pada dadanya.
Terbatuk teruk hampir melepaskan Hansel. “Bertahan!”
Masuk kedalam
hotel yang bergelar ‘Firefly Glow’, pekerja yang berada di kaunter register
terus bangun, terkejut melihat tetamunya yang datang dalam keadaan parah.
Hansel segera
menjerit, sediakan satu bilik yang mempunyai pemanas dengan cepat.
Pekerja itu
mengambil kunci di almari belakang kaunter dan berlari lintang pukang naik ke
atas, beritahu rakan sekerjanya yang lain untuk membantu tetamu mereka untuk
bawa rakannya naik ke bilik atas.
Secepat yang
mungkin Hansel dan pekerja hotel itu memikul Jack naik ke tingkat atas, ke
bilik yang telah disediakan oleh pekerja register itu. menghidupkan pemanas
bilik; sepanas yang mungkin.
Hansel meletak
Jack diatas katil, makin cemas bila lihat peluh yang membasahi collar baju
kawan lamanya itu. Masih bergelut dengan kesakitan di dadanya. Dan ia kelihatan
tambah sakit.
“Bawa baju bersih
untuk saya, sekarang!” Arah Hansel dengan suara yang menggerunkan dan membuka
pakaian Jack yang kotor. Menyuruh Jack untuk bangun—memaksa dia untuk buka baju
sehingga butang kemejanya tercabut kerana dibuka dengan kasar.
Pekerja hotel yang
mengambil baju bersih untuk tetamunya tergamam bila dia lihat tetamu mereka
half naked dihadapannya. Menayangkan abdomen yang keras seperti papan dan
berketul-ketul. Walaupun lelaki itu pucat, dalam kesakitan, entah kenapa peluh
yang membasahi wajahnya membuat dia kelihatan sangat kacak. Nafas berat yang
panas dan kening bertembung dengan cantik. Dia tak pernah lihat lelaki
se-sempurna itu didalam hidupnya.
“Give me that!” Hansel baru perasan yang
pekerja hotel itu telah sampai tapi tidak bersuara. Mengambil baju bersih dari
tangannya dan pakaikan pada badan Jack, menutup pandangan indah kepada pekerja
itu.
Hansel suruh Jack
baring semula dan periksa suhu badannya dengan memegang dahi dan leher Jack.
“You’re burning up damn it… Panggil doctor sekarang—”
“Jangan—” Jack menarik lengan baju
Hansel, bercakap diantara nafas berat sebelum terbatuk kuat. Menggeleng pada
Hansel seperti merayu. “Jangan panggil—Please Hansel—
“Tapi kau sakit!”
Marah Hansel dan ingin pekerja itu pergi panggil doctor tapi Jack menarik
lengan baju Hansel hampir koyak hanya untuk menarik perhatian Hansel.
Jack hanya
menggeleng. Mata emasnya itu bercahaya akibat air mata yang bertakung dikelopak
matanya. Rayuan senyap, meminta Hansel untuk dengar permintaannya.
Hansel terbelah
dua samada menurut permintaan Jack atau memanggil doctor untuk merawatnya.
melihat dari Jack memegang lengan bajunya seperti nyawanya bergantung pada
Hansel membuat dia mengeluh. “Fine…” Dia berpaling pada dua pekerja hotel
didalam bilik itu. “Terima kasih sebab menolong. Dan tolong bawakan semangkuk
air suam dan tuala kecil ke sini.”
Pekerja itu hanya
mengangguk dan tinggalkan tetamu mereka bersendirian.
Jack kembali
baring diatas katil, kelihatan sedikit lega walaupun tangannya lagi satu tidak
pernah berhenti memegang dadanya. Nafasnya juga kelihatan lebih stabil dari
sebelumnya.
Hansel pula pergi
ke pemanas bilik, menyucuk arang batu didalam tempat itu untuk meningkatkan
suhu bilik itu. Nampaknya suhu bilik membantu keadaan Jack.
Hansel tidak
bersuara walaupun mindanya ada banyak persoalan tentang Jack, kenapa dia dalam
kesakitan, mengapa dia berada di Etalean dan mengapa dia berpakaian formal? Dia
ingin tanya Jack semua itu tapi dia tunggu masa yang sesuai.
Pekerja hotel
datang membawa semangkuk air suam dengan tuala kecil untuk Hansel. Digunakan
untuk diletakkan di dahi Jack. Setelah itu, dia kembali duduk di kerusi di
sebelah tempat pemanas.
Hanya duduk di
depan mesin pemanas, memerhatikan percikan api didalam tempat besi itu dan
nafas berat dari orang terlentar di atas katil.
Hansel menunggu
keadaan menjadi tenang dahulu untuk dia menyatakan persoalannya. Menunggu Jack
kembali tenang.
Hansel menjeling
sekali dua pada Jack, melihat keadaan lelaki itu. dan perasan sesuatu yang
janggal pada Jack.
Tiga patah
perkataan tergolek keluar dari mulutnya sebelum Hansel dapat nak menahannya.
“Does it hurt?”
Jack menarik nafas
dalam yang beralun, menumbuk dadanya dengan kuat sebelum menghembus nafas.
Memandang siling bilik itu dengan mata emas yang merah.
“I bet that hurt.”
Hansel menjawab persoalannya sendiri dari mendengar bunyi Jack menumbuk
dadanya. Hansel bangun dari tempatnya dan berpindah ke sisi Jack. “Mana ubat
kau?” Soalnya sambil memeriksa kot formal Jack. Dia tidak jumpa botol merah
Jack, apa yang dia jumpa hanyalah sekuntum bunga spider lily yang sudah layu.
“Kadang-kadang aku
menyesal buat semua ni….”
Hansel kembali
memandang Jack yang menutup mata dengan lengannya. Dia mungkin sembunyikan air
matanya tapi bibirnya yang jatuh kebawah tidak dapat di sembunyikan.
“Aku… Aku harap
aku boleh hentikan semua ni tapi…” tiada perkataan yang diperoleh oleh Jack,
hanya tangisan senyap yang terlepas dari bibirnya. Menekan kedua mata dengan
tumit tangannya, keperitan didalam dadanya bertambah sakit Cuma bukan kerana
kesan sampingan. Ia sakit dari perasaannya sendiri. Perasaan yang dia telah
lama terpendam.
“You know… belum terlambat
lagi kalau kau nak.” Hansel bersuara dengan lembut. Rasa bersimpati pada Jack.
Sebenarnya Hansel
tidak menyangka yang Jack berfikiran seperti itu. penyesalan dan teringin untuk
berpatah balik. Masih ada harapan pada
Jack.
Jack menggeleng.
“Aku tak boleh….” Sahutnya hampir tidak kedengaran. Hanya mendengar nadanya
tahu betapa sakitnya Jack.
“Kenapa tidak?”
hansel cuba bersabar dengan Jack. “Apa yang susah sangat? Just give in.”
Jack segera
mencengkam kolar baju Hansel, tangan menggeletar dari genggamannya. Mata emas
merah bertemu dengan mata amber yang tegas.
“You don’t understand anything I’ve been
through all these years! Semua ni aku buat untuk dia! Kalau aku berhenti, semua
pengorbanan ku menjadi sia-sia?!” Gertaknya pada muka Hansel.
Hansel mencapai
collar baju Jack dengan satu tangan, bukan untuk membalas jeritan Jack tapi
memastikan Jack tidak beralih dari kedudukannya. Hansel ingin Jack lihat dia
tepat di matanya. “Perempuan tu tak penting Jack, apa yang kau buat ni sia-sia!
Menjadi hamba perempuan tu dan turuti semua kehendaknya. Curi hati orang tak
bersalah untuk dia! Ia tak berbaloi!”
“Aku tahu ia tak
berbaloi tapi aku terpaksa!” balas Jack kali ini air mata mengugut untuk turun.
“Kenapa kau
terpaksa? Kau tahu kau boleh minta tolong dari The Great Wizard Merlin kan?”
Soal Hansel kali ini nadanya lembut. Sayu melihat wajah sedih jack. “Aku boleh
bantu kau. kau tak perlu nak paksa diri kau lagi macam ni. If you let me help
you.”
Pada saat itu,
sumpah Hansel dapat lihat sedikit harapan didalam mata Jack. Seperti dia ingin
menyuarakan minta tolongnya tapi… Jack berpaling, melepaskan Hansel dan kembali
duduk diatas katil sambil memeluk lututnya.
“Aku tak perlukan
korang…” Bisiknya dengan muka dipaling ke tingkap bilik. “Aku rela buat semua
ni… untuk tunang aku.”
“Tunang? Villain
Losing Heart tu tunang kau?!”
Jack kembali
melihat Hansel, sama terkejut seperti lelaki itu sebelum tergelak pahit.
“There’s no way I’ll like that manipulative whore!...” sahutnya dengan senyuman
sarkastik. “Anyway, It doesn’t matter anymore….
She’s dead to me.”
“Kau buat semua ni
untuk tunang kau yang dah mati.” Hansel tergelak sarkastik pada Jack pula. Ta k
percaya apa yang dia dengar dari mulut Jack. Is he nuts? “Apa? Villain tu
berjanji nak hidupkan tunang kau balik ke kalau kau tolong dia? What? 1001 soul
for a life?”
“Tiada magic boleh
hidupkan yang dah mati Hansel. Kau tahu tu, hanya nyawa yang boleh di
selamatkan bukan di hidupkan semula.”
“Kalau kau tahu
juga kenapa kau buat perkara seperti ini?! Tunang kau dah mati, jadi dia mati, tidak boleh di hidupkan lagi. Jadi
apa tujuan kau tolong Villain tu untuk tunang kau? Wasiat terakhir tunang kau
tu ke?!”
“She’s not dead—
“Kau sendiri cakap
dia dah mati—
“DIA
TAK MATI LAGI!” Bentak Jack menyebabkan api didalam mesim pemanas marak
dengan ajaibnya. “Kau tak faham apa-apa Hans! Aku ingat kau akan faham, kau
sahaja yang sentiasa faham tapi hakikatnya kau tidak faham langsung!”
“Buat aku faham!”
sekarang suara Hansel sama tinggi dengan Jack. Peluh jatuh membasahi dahi
Hansel kerana suhu bilik yang kian naik kerana api marak didalam tempat
pemanas. “Beritahu aku apa dah jadi pada kau 10 tahun yang lalu! Mengapa kau
jadi seperti in? A mess! Adakah ini kerana tunang kau? Siapa tunang kau? Jack,
aku tak boleh faham kalau kau tak beritahu aku!”
“She’s my
everything!” Jawab Jack dan api didalam tempat pemanas keluar dari tempatnya
untuk seketika. Memanaskan lagi bilik itu. “Aku kehilangan segalanya di dunia
ni kecuali dia! Dia sahaja yang aku ada dan aku taknak kehilangannya lagi! Not
again, Not this time…. Dan satu-satunya cara aku nak kekalkan dia ialah dengar
cakap Mary! Kalau tak Mary akan bunuh dia dan segalanya akan jadi sia-sia!
Everything I did in my entire life will be meaningless!!”
“Mary?” Soal
Hansel. “Mary who?” kali ini Hansel mencengkam collar baju Jack. Matanya
membara seperti api marak didalam tempat pemanas. Merenung tajam pada Jack.
“Itu Villain Losing Heart kan? Dia di mana?!”
“Hans.. Hans please I beg you…” Jack memegang
bahu Hansel, berpaut pada lengan baju kawannya. “Please… Jangan tangkap Mary—kalau kau tangkap dia, tunang—Tunang
aku akan mati—
“Dan biarkan
perempuan tu bunuh ratusan nyawa tidak bersalah? Tak, Jack itu salah. Kau kena
beritahu aku dimana perempuan tu!”
“She’s the only
person I have left in this world Hans! She’s the only one that makes me sane.
Aku tak nak kehilangan dia sekali lagi…. Tolong Hans tolong jangan kejar Mary
kalau tak tunang aku—
“Tunang kau dah
mati!” Hansel melepaskan dirinya dari tangan Jack, membelakangkan diri dari lelaki
kurang waras itu. “Kau sendiri cakap tunang kau dah mati! Tiada apa lagi kau
nak selamatkan selain nyawa orang yang tidak bersalah!”
“Kau tak faham!”
Jerit Jack diantara tangisan, kali ini dia benarkan dirinya mengalirkan air
mata, berlutut diatas katil dihadapan Hansel. “Aku dah kata kau takkan faham!
Tolong dengar cakap aku Hans...
Tolong… Tolong jangan tangkap perempuan
tu!”
Hansel
membelakangkan dirinya dari Jack yang sudah bersujud diatas katil. Bersujud,
merayu pada Hansel.
Dia tak menyangka dia
akan lihat Jack dalam keadaan menyedihkan seperti ini. Hidup Jack telah rosak
sepenuhnya… Bagaimana Hansel boleh tolong kawannya yang terlalu rapuh ini?
Hansel mengetap
bibirnya, tangan didenggam di sisi, tidak tahan melihat kawan lamanya menjadi
seperti ini. “Kalau aku biarkan Villain tu.. apa kau akan buat?”
Jack mendongak
melihat Hansel. “Aku akan selamatkan tunang aku dan… dan Juga Louis. I promise
that—”
“You are insane
Jack.” Hansel menggeleng dan bergegas pergi dari bilik itu,meninggalkan
Jack yang menjerit, merayu pada Hansel untuk kembali.
Hansel keraskan
hatinya dari berpaling kebelakang. Tidak, dia tidak sanggup melihat keadaan
Jack seperti itu. Otaknya telah rosak, berhalusinasi tentang orang yang sudah
mati. Dan dipergunakan oleh Villain Losing Heart.
Hansel tiba di
kaunter check in. membayar bilik Jack untuk seminggu sebelum beritahu pekerja
itu; “Kunci biliknya sehingga orang saya datang untuk ambil dia. Apapun terjadi
jangan biarka dia keluar seorang diri.”
“Kenapa encik?”
Soal pekerja itu, memandang ke siling bilik, risau tetamunya akan buat kecoh.
Hansel berikan
senyuman menenangkan. “Dia hanya sakit. Dia kena kanser dan dia tak terima
kenyataan. kunci dia sehingga ada orang ambil dia. Boleh bantu saya kan?”
“Baik Encik. Kami
akan buat yang termampu.” Pekerja itu mengangguk faham.
Setelah itu, Hansel kembali ke Istana, beritahu
tentera istana untuk ke hotel dimana Jack berada. Sempat memberi amaran tentang
Jack yang sedikit hilang waras dan tangkap dia tanpa mencederakan lelaki itu.
Kemudian, Dia
masuk sahaja dia ke bilik penyelidikan mereka dengan niat memberitau penemuan
tentang Villain Losing Heart tapi Hansel bertemu dengan Maddison yang
menghulurkan surat padanya dengan senyuman riang.
“Apa ni?” Soal
Hansel sedikit hilang nafas kerana berlari dari kota ke istana.
“Surat dari Cik
Gretel.”
Hansel mengambil
surat itu dari tangan Maddison. “Korang berdua. Ke meja.” Arah Hansel. Merenung
kearah Tom thumb yang sedang menikmati pienya di hujung bilik.
Mengikut arahan,
mereka berdua segera ke meja mereka. melihat dari ekspressi wajah Hansel, apa
sahaja ketua mereka ingin katakana mesti penting.
Sambil membuka
sampul surat Gretel, Hansel bersuara. “Saya dah dapat nama Villain kita. Mad,
congrats. Kamu betul yang villain ni perempuan.”
Maddison agak
terkejut mendapat pujian dari Hansel tapi dia lebih terkejut yang Hansel dapat
informasi penting seperti itu dengan mudah.
“Siapa nama
Villain tu?” Soal Tom thumb. “Orang yang kita kenal?”
“Dan dari mana
Encik Hansel tahu?” Maddison turut bersuara dengan anggukan.
“Jack.” Jawab
hansel dengan nada pahit.hampir menghancurkan surat Gretel didalam tangannya.
“lelaki gila tu ada di sini sekarang. Saya dah suruh askar Etalean pergi
tangkap dia.”
Tom thumb dan
Maddison saling berpandangan. Tidak menyangka firasat Hansel tentang Jack
bersubahat dalam kes ini betul.
“Jadi dia juga
budak yang menjadi saksi tu?” Soal Maddison lagi. Sedikit teruja yang mereka
sudah hampir untuk menyelesaikan kes tersebut.
“Kita akan tahu
bila kita dapat tangkap bajingan tu.” Balas Hansel lebih kasar dari apa yang
dia inginkan. “Maaf. Apapun, nama Villain itu Mary. Ring any bell? Sesiapa yang
kelihatan musykil dan sinister? Berkelakuan pelik?” kedua orang bawahannya
memikir sebelum menggeleng. “Dammit. Yang penting korang berdua selamat dari
perempuan tu. Anyways, kita akan pergi ke senarai nama penduduk Enchanted,
rakan kenalan mangsa dan padankan dengan characteristic Villain kita dengan
mereka yang bernama Mary. Faham?”
Kedua anak muda
ini salute faham.
“Good. Senaraikan
karekteristik villain ni dan selepas itu hantar surat pada The Believers di
Kerajaan New Orleans, Camelot dan Erendale. Beritahu mereka untuk selidik
sepanjang 20 tahun perempuan bernama Mary.” Arahnya dan alihkan tumpuannya pada
helaian kertas dalam tangannya pula setelah melihat orang bawahannya membuat
kerja.
Baru sehelai dari
tiga helai kertas, surat Gretel dah buat darah Hansel naik dan sakit kepalanya
kembali melanda.
Perasaan marah
didalam diri Hansel menggeledak naik seperti lava panas didalam gunung berapi,
ingin meletus dan menghancurkan segala benda yang wujud di dalam bilik study
yang dipinjamkan oleh pemerintah Etalean.
Urat stress muncul
di dahi dan muka merah membuktikan dia nak menjerit sekuat hati dan mungkin
mengoyak segala surat-menyurat, hasil kerja dan laporan diatas meja besar di
hadapannya.
Maddison Pauper
segera melepaskan fail-fail dalam tangannya dan bergegas ke penjuru bilik.
Mengambil semangkuk gula-gula caramel dan bergegas—hampir tersandung dengan
kaki sendiri, ke sisi Hansel.
Ketua mereka terus
mengambil dua tiga biji gula-gula dan disumbatkan kedalam mulut. Di kunyah
hancur manisan tersebut seperti dia seekor raksasa mengunyah tulang-tulang
manusia.
“For Heaven
sake—Can—this—be—Any worse!” sahut Hansel diantara kunyahan. Mengambil sebiji
lagi manisan setelah menghabiskan didalam mulut.
Maddison meletak
mangkuk gula-gula itu di tepi meja sebelah Hansel, supaya senang Hansel
mencapainya jika dia inginkannya untuk melepaskan marah dan kembali ke tempat
duduknya.
Tom Thumb menjilat
ibu jarinya, membersihkan sisa pie yang dia makan seorang diri sebelum mencapai
helaian kertas yang menjadi punca kemarahan Hansel.
Dia membaca surat
yang dihantar oleh adiknya; Gretel,tentang perkembangan di Camelot dan
kemalangan yang menimpah keatas Puteri Charlotte. Juga pertakhtahan Raja
Pertama Enchanted.
Mata Tom Thumb
membesar. “Mereka dah tentukan siapa pemerintah Ulung Enchanted?!”
“Apa? No way!”
sahut Maddison, menutup mulut tidak percaya. “Siapa?!”
“Putera George—”
Tom Thumb terus memandang Ketua mereka. “Tuan sakit hati sebab Putera George
dapat gelaran tu ke?”
“I don’t give a
f*ck about that Cocky Prince’s life!” Bentak Hansel dengan satu tumbukan padu
sampai ke permukaan meja. “Jack menyumpah Puteri Charlotte dan Berjaya melarikan
diri! That stupid son of a b*tch!” Tunggu bila aku dapat kau Jack, I’ll torture
you to death!
Maddison dan Tom
jarakkan diri mereka dari Hansel, takut mereka jadi mangsa kemarahan Jack
sekali lagi.
Mereka dah masak
dengan satu tabiat Hansel, dia suka lempar barang secara random keudara dan
kadang-kadang targetnya orang yang terdekat; itu kerana kau berani kacau naga
yang sedang marah.
Pernah sekali dia
naik berang sebab penyelidikan mereka sekali lagi bertemu jalan buntu dan
identity budak yang menjadi saksi itu masih lagi satu misteri kepada mereka.
Juga bukti yang budak tersebut adalah Jack dan apa hubungannya budak itu
menjadi rakan subahar penjenayah Losing Heart. Sedangkan budak kecil itu
membantah sumpahan itu, manakala rakan subahat; Jack membantu sumpahan
tersebut.
Hansel kata dia
pasti kedua budak dan rakan subahat Villain Losing Heart adalah orang yang sama
dan dia akan mencari bukti yang kukuh untuk menyokong firasatnya. Malangnya
beberapa hari ini tidak membuahkan sebarang hasil atau petunjuk yang tekaan
Hansel itu benar atau tidak.
Disebabkan itu,
Hansel naik berang dan melahap satu kek coklat bersaiz medium—juga melontar
buku kearah butler istana yang membawa manisan baru untuk kemarahan Hansel.
Dah kata tadi.
Sesiapa ganggu Hansel yang marah akan menjadi target lontaran random ketua
mereka.
“Tapi di sini ada
berita baik juga Encik Hansel.” Maddison cuba sedapkan hati ketuanya, mengambil
muka surat kedua surat tersebut yang belum di baca oleh Hansel. “Ivy the Devil
telah dirasmikan sebagai Apprientice The Great Wizard Merlin. Dia akan menolong
kita dalam penyelidikan kita ni. Isn’t that great?”
Hansel yang
menghancurkan satu-persatu gula-gula caramel memutarkan kepalanya pada
Maddison, memutarnya dengan laju, hampir buat lehernya patah. “What
the F*ck—Kenapa dia nak masuk campur dalam kes ni pulak?!”
Sumpah Maddison dan Tom tidak pernah lihat
Hansel segerunkan sekarang. Ye lah, Hansel selalu tunjukkan muka-muka tegangnya
tapi selalunya ia semula jadi tegang tapi sekarang…. Hansel betul-betul marah.
Tersangat marah. Dan ia menakutkan kedua budak remaja ini.
“T-Th-The—The Great Wizard Merlin—I mean, Ivy
the Devil sendiri yang ingin turut serta dalam kes ni sebab…. S-se-sebab—”
tangan Maddison menggeletar teruk, cuba mencari jawapan di dalam surat
tersebut. “Dia yang nak libatkan dirinya dalam kes ni—itu yang Cik Gretel
tulis.”
Hansel menggenggam
dan melepaskan penumbuknya di sisi beberapa kali, cuba menahan diri dari
menjerit atau mencapai benda berdekatan untuk dilempar pada orang bawahannya.
Tak selesai
masalah tentang Jack, Ivy pula nak masuk campur? Dia tak tahu ke yang Jack
sedang mengejar dia? Is she nut?! Have she lost her mind?!!
Hansel menarik
nafas dalam dan menghembusnya untuk beberapa kali sambil mindanya mengira dari
satu hingga 10—mungkin lebih kerana perasaan ingin melontar barang sangat
tinggi.
Betul, dia cuba
untuk bertahan namun seorang mengetuk pintu bilik tersebut dan masuk tanpa
mendengar jawapan dari penghuni bilik study itu menyebabkan Hansel melontar
mangkuk gula-gula caramel melayang kearah tetamu yang baru masuk.
Maddison menjerit
cuak, menutup mata takut untuk melihat mangkuk kaca itu terkena pada tetamu
mereka namun bunyi kaca berkecai tidak pernah sampai ke telinganya dan dengan
perlahan dia membuka matanya semula.
Dua ahli sihir
terkenal berdiri di depan pintu bilik itu dengan tangan Ivy didepakan
kehadapan, menahan mangkuk itu dari mencapai mereka berdua menggunakan
magicnya. Membuat mangkuk itu terapung beberapa inci jauh dari tangannya.
“Tsk. Tsk. Tsk….
Dan saya fikir kamu buat kerja kamu di sini.” Wizard merlin menggeleng dengan
nada sindiran. “Seronok berparty?”
Hansel rasa nak
mati. Serious dia rasa nak mati, gali lubang kubur sendiri dan tanam dirinya
hidup-hidup kerana dia telah melontar mangkuk kaca kearah The Great Wizard
Merlin. Sesiapa sahaja rasa nak mati kalau mereka berkelakuan kurang sopan
terhadap orang yang mempunyai darjat lebih tinggi dari dia. Terutamanya The
Great Wizard Merlin.
Bukan itu sahaja
yang buat Hansel rasa nak mati, kewujudan Ivy didalam bilik itu juga menjadi
punca Hansel kurang udara, kepalanya rasa ringan semacam dan hendak pitam.
Namun tidak sempat otaknya memberi sebarang riaksi yang wajar atas tindakannya
melontar mangkuk tersebut, badannya bergerak dahulu; sekali dengan hatinya,
bergegas ke depan bilik tersebut dan mengumpul Ivy kedalam tangannya. Memeluk
ahli sihir muda itu dengan erat.
Begitu juga Ivy
the Devil, melihat Hansel berlari kearahnya, DIa juga melompat kedalam dakapan
Hansel, memeluk rakan baiknya seerat yang mungkin seperti nyawanya bergantung
dalam tangan Hansel. Mangkuk yang terapung di udara jatuh berkecai di belakang
Ivy.
“I miss you so
much Hans..” Bisik Ivy di dada Hansel, nadanya perlahan dan penuh dengan
kerinduan.
Hansel mengangguk,
tidak berkata apa-apa kerana otaknya terlalu serabut untuk membalas ayat Ivy.
tapi mengetahui kawannya itu didepan matanya, tidak apa-apa membuat dia sedikit
lega.
Hanya untuk
sementara waktu.
Sebelum dia
lepaskan pelukannya dan pandang Ivy dengan tajam. “What are you doing here?”
Ivy mengerdip mata
beberapa kali, agak terkejut sebelum bercekak pinggang. “What do you think I am
doing here? It’s my responsibility to take care of Enchanted’s safety too! aku
apprientice Merlin jadi aku kena turut serta dalam masalah Enchanted!”
Hansel berpaling
kearah The Great Wizard Merlin. Meminta penjelasan jika apa yang Ivy katakan
adalah betul.
Wizard Merlin
hanya mengangkat bahu dengan senyuman simpati. Faham perasaan Hansel yang
risaukan Ivy tapi The Great Wizard Merlin tidak dapat buat apa-apa bila Ivy dah
berdegil seperti itu.
Hansel menghembus
keluhan berat sebelum merenung Ivy semula. “Ini kes yang merbahaya Ivy. Aku
taknak kau tercedera nanti—
“Kau bercakap
dengan ahli sihir yang berkuasa!” Potong Ivy dengan tawa. “Aku dah dapat magic
aku semula dan rantai ni untuk lindung aku. No worries, kalau Villain tu datang
aku boleh Zapp dia dengan mantera
membunuh—atau buat dia pengsan.” Ivy tersengih-sengih dengan innocent.
Tapi Jack tidak
tergelak langsung. Menolong Ivy bangun sebelum menolak ahli sihir itu ke pintu
keluar. “No need, kami dah hampir selesaikan misi ni. Dah tahu siapa Villain,
dah tangkap rakan subahatnya. Ia dah berakhir so kau boleh kembali ke Camelot
dan—
“Encik Hansel!” Pintu bilik itu dibuka
dari luar oleh dua tentera Kerajaan Etalean. “Dia telah melarikan diri!”
Mata Hansel
terbeliak bulat. “Macam mana dia boleh melarikan diri? He’s sick!”
Salah seorang
tentera itu menelan air liur takut dengan nada Hansel dan menggeleng. “Semasa
kami tiba di sana, Jack sudah hilang. Pekerja di hotel tu kata seorang
perempuan datang—katanya, saudara jauhnya datang menjemput dia. Jadi dia
biarkan lelaki tu dibawa pergi.”
“Perempuan—Villain
tu!” Jerit Hansel naik okta lima. Teringat dia terlihat figura kecil
sebelum dia terjumpa Jack. Tentu figura yang dia lihat tu ialah Villain Losing
Heart dan mengekori mereka ke hotel. Mengambil Jack sebaik sahaja Hansel pergi.
“Oh
that f*cking moronic piece of sh*t—
“Hansel.”
Ayat Hansel
terbantut dan berpaling melihat Ivy yang tersenyum tayang gigi. “Kau perlukan
aku.” Katanya sambil menggoyangkan keningnya.
Hansel kenal
ekspressi wajah tu. Hansel sangat kenal kerana dia telah hidup dengan Ivy
setengah hidupnya. “The the love of a—Fine! Baiklah, kau boleh ikut serta!”
“Yes!” sahut Ivy
dengan riang, tangan diangkat keudara. “So, Apa kata kita mula sekarang?”
Hansel mengusap
mukanya, rasa sangat penat dari segi mental dan sekarang dia kena bagi kerja
pada Ivy dalam misi merbahaya ini. Apa yang Hansel kena bagi kat Ivy?
Dan satu idea
muncul dalam otaknya bila dia terpandang Maddison.
“Apa kata Maddison
tolong kau dalam kerja pertama kau.” Hansel bersuara dengan senyuman palsu.
“Mad, come here.”
“M-me?” Maddison
menuding dirinya sendiri dengan cuak. Melihat Hansel membesarkan matanya tanda
amaran, Maddison terpaksa mengikut arahan dan mendekati dua bekas Vicious itu.
“Aku suruh
Maddison untuk informkan The Believers yang lain tentang Villain Losing Heart.
Apa kata kau pergi tolong dia memandangkan kau tahu cara Villain ni berfikir
kan?”
Maddison tunduk
ketakutan pada Ivy. CUak yang dia akan berkerjasama dengan Ivy. “Uhm—Err—saya
Maddison Pauper.”
“Hey.” Ivy
mengangkat dagunya, menyapa dengan slamber. “Ivy the Devil.”
“Dia tahu siapa
kau Ivy.” Balas Hansel dan tolak kedua perempuan itu keluar dari bilik
penyelidikan. “Pergi buat kerja kau. Mad, show her what you two should do.”
“Y-yes sir.”
“Come on,
Maddison. Jangan takut sangat dengan aku.” Ivy menepuk bahu perempuan yang
ketakutan itu. “So, care to tell me apa penemuan korang setakat ni dan apa kau
buat?”
Hansel menutup
pintu bilik dan menghembus nafas lega sebelum berpaling kearah satu lagi orang
bawahannya. “pergi beritahu Raja Philip tentang Jack dan Villain tu berada di
Etalean.”
Tom thumb salute
faham dan bergegas keluar dari bilik, meninggalkan Hansel dan The Great Wizard
Merlin sahaja didalam bilik itu.
The Great Wizard
Merlin tersenyum 1001 makna. “Kerja yang baik. Tak salah saya pilih kamu sebagai
ketua.”
Hansel mengangkat
bahu slamber dan berpaling memandang burung gagak yang berada di tongkat sakti
Merlin. “Aku tahu Ivy dalam bad mood. So, berubah jadi manusia dan beritahu aku
kenapa Ivy berikan aku senyuman menjengkelkan tu.”
Diaval dan The Great
Wizard Merlin saling berpandangan sebelum Diaval mengangkat kepaknya.
Sepertinya apa sahaja ada didalam pemikiran Wizard Merlin, Diaval memahaminya.
“Okay.” Wizard
Merlin mengangguk dan memetik jari. Menukar Diaval menjadi manusia dengan
bajunya berwarna kelabu.
“Sebelum tu. apa
kerja Ivy?” Soal Diaval dengan kening terjungkit. Tertera pada wajahnya yang
Diaval sebenarnya risau.
Belum sempat
Hansel ingin bersuara, satu jeritan nyaring kedengaran datang dari koridor
istana.
“WRITING
A LETTER?! THAT’S IT?!”
Jawapan Diaval
telah pun terjawab.
>X<
(A/N: I have nothing to say kecuali
pergelutan dalam menulis babak Jack dan Hansel tadi. Apapun, See you in the
Next Chapter! *Kisses*)
still hidup ke tunang dia?
ReplyDeleteHmm... thats the question love! Kena tau in the future chapter~ stay tuned! *kisses*
Deletehahahhahaha same to me...but i'll repeat mora than u...huhuhu just bcoz im deeply madly crazy with this story...plssss cepatttlaaaa smbung angah.... hehehe
ReplyDelete~cccc(,)(,)
Hahahaha aww... angah teharu dngar *wipe tears* angah akan update as soon as possible! No worries!! *kissessss*
DeleteAngah, I've been waiting for this story. Bila lah nk habis ni. Tak sabar nk th semua prsoalan trjawab sbenarnya. Byk btul prsoalannya. Huhu.
ReplyDeleteAngah pun tertunggu nak bongkar semua rahsia ni untuk korang but, will my tight schedule and running around going mad... novel ni makan lama nak habis dari apa yang angah jangka. Sorry love and thanks for loving this Series *Hugstightly*
DeleteI think i now who is his fiancè . Its Ivy right . Dia anggap Ivy tuh tunang die seban tuh die anggap tunang die hidup lagi . And die selalu rapat dengan Ivy satu sebab nak lepaskan rindu dekat tunang die , satu lagi sebab kerja yang si Mary tuh bagi . And Mary tuh Rosmary right ? Taksilap angah ada mention nama die tapi lupa dekat mana atau saya yang tersilap . Hehehehe
ReplyDeleteHis Fiancee sama nama dengan Ivy *wink wink* and yes, sebab tu dia dekat dengan Ivy.
DeleteAnd pasal Rosmary tu is kind of spices Ivy cakap in chapter early chapter F.A.T.E: bab 5. Hahahahaha
But good guess! lets see apa kita akan bongkar in the new chapter pulak *wink wink*
Angah~~ when will you update the next story? Tak sabar nak tunggu endingnya. Huhu
ReplyDeleteToday akan ada update! around noon~~~ wait naaaaa, angah tengah edit sikit before post the next chapter! meanwhile, sila refresh minda awok dengan chapter 14. *wink wink* angah pun tasyaballl niiii huhuhuhuhu
Delete