Twentieth L.O.V.E
Melancholy Beach
“Panggil semua
pixie dan Sprites sekarang juga. Suruh mereka pantau seluruh Camelot sekarang!”
sahut Pengetua Merlin didalam menaranya, bercakap kepada bebola Kristal di atas
mejanya.”
Bayangan dalam
bebola tersebut; Ketua Pixie dan Penghulu Sprites mengangguk akur dan terus
mengarahkan orang-orang mereka untuk
pergi menjalankan tugas drastic itu.
Merlin mengeluh
panjang. Sekali lagi, dia dapat rasakan aura gelap di udara. Bersembunyi di
celah-celah angin, sangat halus hampir dia tidak perasan akan kehadiran
tersebut.
“Ini dah tiga kali
berlaku pada tahun ni… kehadirannya bertahan lebih lama dari sebelumnya.”
Merlin memandang ke satu sudut bilik peribadinya dan bersuara; “Hood, kau pasti
ke tentang ni?”
Hood yang memakai
mantel merah, dalam bentuk dewasanya muncul dengan senyuman kecil. “No doubt…
Ia makin kuat. Memakan hati penduduk enchanted dengan perlahan. Targetnya hanya
satu.” Katanya dengan nada yang tiada naik turun.
“Siapa targetnya?”
“kejahatan mutlak
ini membuat hati terbesar Camelot sebagai targetnya.”
“Hati terbesar—Puteri Charlotte?”
>X<
“Ivy~! Ivy~!
Ivy~!”
“SHUT UP!!!!” Ivy meletup dengan api baju
membara, naik ke rak buku perpustakaan di antaranya.
“shhhhhhhhhsshhhhh.”
Ivy menarik nafas
dalam dan menghembusnya untuk beberapa kali memenangkan api kemarahannya supaya
ia tidak membakar satu perpustakaan. Cukup sekali dia bakar satu rak buku
section 5, row 23 dan 24 disebabkan makhluk pendek yang bergelar kanak-kanak
dan mempunyai nama spesifik sebagai Puteri Charlotte Elizabeth Diana yang
menjengkelkan ini asyik mengusiknya tanpa henti.
Ivy terpaksa
berkerja late hour untuk memulihkan semula kesemua buku yang hangus terbakar
dengan magicnya. Dia buat sampai lewat tengah malam! Tuah tidak menyebelahinya
kerana bukan sahaja Charlotte bertandang bersamanya pada malam tu, abangnya
juga datang untuk mengganggu ketenteraman hidup Ivy.
Ivy dah hafal
rutin harian dua adik beradik ini setiap kali mereka datang ‘melawat’ Ivy di
perpustakaan. Charlotte akan datang sekitar pukul 3 selepas kelab aktivitinya
berakhir dan akan pergi sebelum pukul 8, sebab curfewnya 9 malam dan pada masa
itu jugalah Abang dia muncul.
Euuuggghhh… Why? Why oh lord from the
above??? Why you let this poor soul being torment by two dazzling but pain in
an *ss creatures???
Ivy hampir
serahkan seluruh jiwa dan raganya kepada the forces of evil, sacrifice dirinya
untuk larikan diri dari dua beradik menyusahkan ini. malah dia hampir berlutut
mengalah dengan Charlotte!!!
Ivy The Devil
tidak akan pernah tunduk malah Berlutut kepada sesiapa!! Not even the King
himself!
This
pesky little troll really annoys me!
“Ivy~~ Ivy
menghayal lagi!”
Ivy tersentak dari
lamunannya mendengar nada riang budak 12 tahun yang duduk di tangga rak library
dengan senyuman lebar terpapar di wajahnya. Ivy
rasa macam nak sumpah je senyuman tu… It’s to innocent, menghancurkan jantungnya
yang gelap.
“Kau takda
kerjarumah ke? asyik kacau aku je 24/7?” Soal Ivy sambil mengemas buku
perpustakaan. Kalau Charlotte datang untuk menolong takpe lah, ini jadi
penonton je, baik balik tidur.
“Dah siap time
kelas.” Jawabnya dengan senyuman riang. “Char selalunya selepas kelas, char
pergi kelab craft tangan. It’s fun! Selepas tu Char akan berada di dalam bilik
seharian. Bermain dengan Mr. Whiskers.”
“Mr. Whiskers?”
“Hmm? Oh! Mr.
Whiskers ialah kucing Char.”
“Dalam bilik
seharian?” Ivy memutar kepalanya memandang Charlotte. “Kau tak bosan ke? kalau
aku, aku akan keluar dengan kawan-kawan or something korang puteri selalu
buat.”
“Well… that’s the
problem.” Charlotte bersuara dengan nada sedih. “Tiada siapa nak lepak dengan
Char.”
Langkah Ivy
terhenti dan memandang semula budak 12 tahun itu. Forbidden rumour?
Charlotte hanya
berikan senyuman kepada Ivy. “Well, nampaknya Ivy pun tahu tentang Charlotte. Yang
Charlotte dan abang George are half siblings.”
Mata Ivy membesar.
Tak… sebenarnya aku tak tahu desis
hati Ivy cuba sembunyikan riaksi terkejutnya. Louis tak pernah beritahu aku pun pasal korang dua. Aku ingatkan
forbidden rumours tu tentang Permaisuri Geneviere dan Sir Lancelot pernah ada
hubungan sebelum Permaisuri berkahwin denga Raja Arthur, Raja Arthur membunuh
Sir Lancelot untuk Permaisuri Geneviere. Louis dan kau pula tidak bersefahaman
sebab Louis lebih penting dari kau. Itu tanggapan aku pasal Forbidden rumour.
Kejap jadi—
“Sir Lancelot?” Soal Ivy memandang
Charlotte. Lelaki tu ayah kandung Charlotte?
Charlotte
mengangguk. “Yup. Sebab tu Char tidak sesibuk Abang George. Char tidak boleh
keluar selalu kerana kewujudan Char dah cukup memalukan pada Camelot. Kalau
Char keluar buat hal, tentu Char akan menyusahkan mereka lagi. So, Mama suruh
Char duduk bilik sepanjang masa. Tidak boleh keluar bermain, tak boleh buat
apa-apa langsung.”
Ivy hentikan
kerjanya dan memberikan tumpuan kepada Charlotte.
“So, bila Char
start sekolah. Papa dan mama terus hantar Char ke Private school 3 tahun. Abang
habiskan private school setahun je, hebat kan? dia bekerja keras kerana dia
taknak tinggalkan Camelot lama-lama. Char pula kena ikut perancangan. Tiga
tahun bermaksud tiga tahun. Char tiada kuasa macam Abang.” Suaranya mula
menggeletar dan matanya merah menahan tangisan. “Char ingatkan kalau masuk
Academy ni char akan buat kawan baru tapi—tapi mereka semua hindari Char… sebab
‘forbidden rumour’ itu. Mereka fikir macam-macam benda buruk tentang Char… Char
ada penyakit berjangkit, char bencikan abang dan ingin tumpaskannya, Char
merancang untuk mengambil tahkta abang, char sombong, Char Puteri yang
memalukan Papa dan mama—” Charlotte agak terkejut bila Ivy menarik tangan
Charlotte dan memeluknya dengan erat. Ini buat kesedihan dalam hati Charlotte
melimpah ruah dan menangis dalam dakapan Ivy. “It hurts…. Char cuba jadi baik
tapi tiada siapa menghargainya. Tiada siapa sayangkan Char.. tak papa, tak
Mama… Abang tiada dengan Char selalu.. tiada tempat Char nak mengadu…..”
tangisnya membasahi jaket cotton Ivy.
“Char kadang-kadang
terfikir kalau Abang bencikan char… sebabkan Char, abang buat semua kerja-kerja
berat ni sedangkan kami patut kongsi kerja tu bersama. Ia tanggungjawab
Putera-puteri untuk menolong Raja dan permaisuri dalam urusan Negara. Tapi
semua tu Abang yang buat, tentu abang bencikan Char.”
Ivy hanya diamkan
diri, dia tak cakap apa-apa kerana dia tak tahu macam mana nak tenangkan budak
kecil itu. Dalam hidup Ivy, dia tidak pernah memujuk sesiapa yang bersedih.
Apatah lagi budak-budak. Nak berlembut dan memenangkan mereka adalah sesuatu
benda yang asing baginya.
Apa yang dia boleh
buat ialah memeluk Charlotte dan mengusap belakangnya sehinggalah dia tenangkan
diri. Beginilah Diaval akan buat dekat Ivy bila dia bersedih tentang
mengecewakan ibunya. Dia akan memeluk Ivy, mengusap belakangnya dengan lembut
sehingga Ivy tenang dan bersemangat semula.
Ia janggal, sangat janggal buat macam tu
dekat orang lain..
Proses menenangkan
Charlotte dengan pelukan yang sangat janggal memakan masa beberapa minit. Ivy
terpaksa bertahan dan bersabar sehinggalah budak itu tenangkan diri. Oh gosh,
betapa tak selesanya Ivy masa tu. dia berperang dengan dirinya sendiri samada
nak marah budak tu sebab menjadi lemah atau biarkan dirinya terseksa dengan air
mata dan hingus budak tu.
NASIB BAIK
Charlotte berhenti menangis sebelum Ivy buat pilihan untuk marah dia. Paling
memalukan ialah Charlotte mentertawakan Ivy kerana memujuk orang menangis
adalah perbuatan pertama Ivy pernah buat dalam seumur hidupnya.
Charlotte juga
berterima kasih kepada Ivy sebab tenangkan dia walaupun Ivy tak seberapa bagus
dengannya. Sekurang-kurangnya Ivy mendengar dan tidak berpaling. Ia buat
Charlotte gembira.
Setelah itu,
Charlotte pergi meninggalkan Ivy keseorangan. Akhirnya.
Walaupun Ivy
membuat kerjanya dengan tenang, mindanya masih lagi memikirkan tentang luahan
Charlotte.
Louis bencikan Charlotte? Betul ke?
Ivy teringat semasa
mereka kecil di hutan Mahligai. Louis sentiasa merungut tentang keluarganya
yang strict, tidak pernah hiraukan Louis langsung, samada dia sakit atau tidak.
Tiada siapa pernah ambil berat tentang Louis sehinggalah dia jumpa Ivy.
Okay itu agak cliché, dah tentu Ivy
menafikannya tapi itu yang Louis katakan.
Louis pernah kata
Mamanya tidak pernah sayangkan dia dan papanya. Jadi Ivy ingat mamanya
sememangnya tak cintakan Raja Arthur, yang Raja itu sebenarnya yang kejam. Tapi
rupanya… Permaisuri Geneviere ada kekasih gelap.
Ivy mengeluh. Kenapa dia tak dimasukkan ke Vicious je?
Kalau ya, dah lama aku seksa ibu Louis kerana buat Louis bersedih desis
hati Ivy. tapi Ivy tak boleh buat macam tu, kerana Louis akan bertambah sedih.
Walaubagaimanapun Mamanya, Louis tetap menyayangi mamanya.
Kasihannya Louis….. Tentu dia bergelut
samada ingin menerima adiknya atau tidak semasa Charlotte lahir. Sebab tu dia
lari ke hutan Mahligai untuk jumpa aku selalu, untuk melarikan diri dari
keluarganya. Masalah besar Louis adalah Keluarganya.
FIkiran Ivy tak
boleh melepaskan masalah dua beradik itu. Dia asyik teringatkan masa silamnya
dengan Louis. Setiap kali Ivy selalu sebut tentang keluarganya pasti dia
menjadi murung atau tukar topic perbualan. Tentang asal-usul Louis, tentang
adik beradiknya, dimana Louis tinggal… semuanya dia elak untuk menjawab segala
persoalan ivy
Aku mula rasa bersalah… Ivy mengeluh
sekali lagi. Kalau aku tahu aku takkan
bangkit pasal keluarganya time tu.
Tapi susah untuk
dia percaya yang Louis membenci adiknya. Hmmm… Melihat mereka sentiasa menyakat
Ivy tanpa henti seperti Ivy ni satu permainan bagi mereka—damn them by the
way—sukar bagi Ivy untuk percaya yang Louis tidak suka dekat adiknya. Or Louis
masih tidak terima kenyataan yang adiknya bukan adik dari ayah yang sama? Yang
Charlotte hasil dari hubungan sulit Mama dan Sir Lancelot?
“Ouch…” Ivy
menyentuh dadanya. Uissh, sakitnya tu tak
terhingga.. kalau aku dah tentu aku pandang jijik kat adik aku tapi Louis
takkan. Dia terlalu baik untuk benci adik sendiri.
Mereka
berdua kena berdepan dengan perasaan masing-masing
“Someone broke
your heart?”
Seseorang berbisik
dekat pada telinga Ivy membuat Ivy melompat dan menyentuh sebelah telinganya.
Dia berputar melihat Louis yang tersenyum nakal dengan kedua tangan dimasukkan
kedalam poket. “Louis!” Jeritnya
dengan nada berbisik. Aku ingatkan Jack
tadi…
Mata Ivy terus meliar
bila dia fikirkan makhluk enam inci kecil, mencari enam pixie annoying
kalau-kalau mereka ada berdekatan.
Ye lah, sepanjang
hari ni mereka tiada memantau Ivy, so, mana tahu sekarang baru dorang muncul.
Time Louis jumpa dengan Ivy. seorang diri.
“Jangan risau
mereka buat pantauan sekarang ni dengan Sprites.”
“Pantauan di
Academy?”
“Luar Academy.”
Jawabnya tahu sangat Ivy akan cuak.
“Why?” Soal Ivy
lagi. Dia dapat rasakan sesuatu yang tak kena, setahu Ivy, Sprites dan Pixie
tak bersefahaman sangat. kenapa mereka buat pemantauan bersama-sama? “Ada
sesuatu terjadi kat Luar Academy ke?”
“…No….” Louis
menggeleng, mengalihkan pandangannya dari mata Ivy. “Hanya pantauan biasa.”
Ini buat Ivy lebih
musykil. Asal Louis tak pandang tepat pada matanya? Dia memberi respon juga
agak lambat. There is something—“Ack!” Ivy
kembali ke alam reality bila Louis menjentik dahinya.
“Stop thinking
about it. Ia perkara biasa. So, Ivy… adik aku ada datang kacau kau lagi ke?”
“Dah tentu dia
datang.” Rungutnya sambil menggosok dahinya yang dia tahu akan merah. “kau dan
adik kau tu buat hidupku umpama neraka!”
Louis tertawa. “I
think that a good thing.”
“How?” Soal Ivy
sakit hati. Dia terus membelakangkan kepalanya bila Louis dekatkan wajahnya
dengan muka Ivy.
“You know what I
mean.”
Muka Ivy terus
naik merah, sama merah dengan dahinya dan menolak Louis jauh-jauh. “A-Anyway,
esok kau ada kelas ke? or kerja ‘prince related’?” dia segera tukar topic tanpa
memandang lelaki menyakitkan hati bersamanya ini.
Louis menjungkit
kening dengan senyuman. “Yeah, why?”
“Ada ke takda?”
Soal Ivy sambil bercekak pinggang. “Apapun, Kau kena freekan masa kau esok.
Sepanjang hari. kau boleh kan?”
“Yeah, why?”
Ivy memutar bola
matanya. “This is one time chance…” Ivy menarik nafas dalam dan pandang arah
lain. “Aku nak ajak kau keluar.”
Apa? Louis rasa dia tersalah dengar.
“Kau nak apa?”
Muka Ivy tambah merah
dari sebelumnya dan menghentam buku dalam tangannya ke dada Louis. “Kau dengar
dengan jelas!” marahnya tahu sangat kerana Louis tersenyum bila dia tanya Ivy
tadi. “You are such a jerk. You know that?”
“Yeah, I know.”
Jawabnya dengan senyuman lebar terukir pada pipinya, terlalu lebar hingga buat
pipinya sakit, tapi dia tidak kesah. “I
am your Jerk.”
.
.
“Kau nak kitorang
tolong kau?”
Ivy mengangguk,
memandang empat kawan ‘in crimenya’ “Korang akan tolong kan?”
Mereka saling
berpandangan sebelum Gweneth bersuara selepas meniup gula getahnya. “Kau mula
suka Putera George ke?”
Ivy cuba
sembunyikan rasa segannya tapi memandangkan dia berdepan dengan ‘perempuan
tulen’ ini, mereka boleh tahu perasaan Ivy. “No. Just do it.”
“Okay.” Gretel
menjawab dengan senyuman nakal. “But Edward kau nak letak mana?”
“Gretel!” okay,
kali ni muka Ivy merah. “Aku dengan dia tiada apa-apa.”
“Belum lagi.”
jawab Hanna juga tersenyum seperti yang lain. “Okay, kami tolong tapi apa
habuan kami?”
Ivy menghembus
nafas panjang. tak boleh ke tolong dia tanpa minta habuan? Aku ingatkan orang
enchanted tolong menolong dengan ikhlas? Apa dah jadi dengan pengajaran mereka
dekat Ivy tentang Good Deed?
“Fine. Korang nak
apa?”
Mereka semua terus
memandang Apple Red. Mastermind segala muslihat. “Kami pilih tempat dan…..”
.
.
Pada hari cuti
yang indah dengan langit yang biru bertemankan awan-awan gebu, Tidak kalah
dengan lautan biru yang luas lagi bersih! Burung-burung berkicauan menyapa
penghuni alam dan pasir putih bak berlian. Pantai tersebut tersangatlah bersih
seperti tiada siapa pernah datang ke tempat tersebut. Ombak laut juga kelihatan
tenang.
Ini hari ialah
hari yang indah untuk menikmati hari cuti bersama rakan-rakan. Apatah lagi
dengan—
“F*cking
hell the sun!” Ivy segera mengeluarkan payung pantainya dan berteduh di
bawah payung tersebut dengan jubah panjang menutup satu badan, topi sombrero
yang besar dan juga kacamata hitam yang hampir buat pemandangan seperti waktu
malam. Dia memeluk tubuh di atas tuala mandinya tidak ingin menyentuh pasir
putih itu ataupun berada di bawah matahari. Langsung.
“Bukan kau ke yang
rancang?” Soal Louis juga duduk memeluk lutut, kelihatan sama depress dengan
Ivy sekarang ni. “And you said it was a date.” Bisiknya dengan perlahan.
Ivy menjeling
kearah Louis dari sebalik kacamata hitamnya. “Aku tak pernah cakap ia date.”
Louis juga
menjeling kearah Ivy. penat dia kosongkan segala jadualnya pada hari itu kerana
excited untuk keluar dengan Ivy seorang tapi… rupa-rupanya….
“Alaaa korang ni
tak seronok langsung!” Gweneth tunduk memegang lutut melihat dua bad mood
couple di bawah Payung pantai Ivy. “Bukan hari-hari kita dapat berseronok macam
ni! Enjoy while it last!”
“I will not Enjoy
anything related with that damn sun!!” marahnya menuding keluar payung dan
menyesal kerana tangannya terkena matahari. “Ack!
It burn!” rungutnya dan sembunyikan tangannya semula kedalam jubah
mandinya.
“You big baby!”
Gretel mentertawakan Ivy.
“Oh my Gosshh!!!
Aku tak tahu pantai Camelot cantik macam ni!” sahut Hanna berlari kearah laut
dengan riang, merasakan air laut di kakinya. “Uuuu…. The water’s fine guys!
This is perfect!”
“I’m coming!”
sahut Charlotte dengan pelampung warna pink disekeliling pinggangnya dan
berlari kearah Hanna.
Ivy bawa satu kapal pergi Pantai.
“Relax lah Bro.
bukan selalu kau dapat vacation macam ni, cukup baik Ivy ajak kau.” Andrew
menepuk bahu Louis yang berdengus seperti budak kecil.
Dia bawa Andrew sekali!!! Why??!
Ivy dapat rasakan
renungan maut Louis membuat lubang di kepalanya dan dia endahkan renungan
tersebut. Dia sendiri sakit hati sekarang ni. Menyesal dia pujuk kawannya untuk
pujuk Puan Camelia bagi dia cuti pada hujung minggu itu. Kalau dia suruh
Charlotte je kan senang? Takyah lah mereka berempat ni mengekor sekali dan
kenapa mereka tiba-tiba bawa Andrew??
“George… pasang
payung kau sendiri. Ini payung aku.” Ivy menendang Putera Raja itu keluar dari
payung pantainya yang berwarna merun dan bercorak kelawar. Dia menjeling kearah
Gretel yang duduk di sebelahnya pula, sedang menikmati matahari pada badannya
sambil minum jus oren. “I’m going to kill
you.”
Gretel menarik
sengih. “Kau tahu kau takkan dapat Putera George kan? Dia dah bertunang, so,
baik kau ambil Andrew. Kau dan Louis boleh berbiras.” Katanya buat muka Ivy
naik merah. “Plus, kau sukakan Puteri Charlotte juga kan. means, you guys will
be one big happy family—Ack!”
Ivy menarik topi
Gretel kemukanya tanda dia geram dan malu pada masa yang sama. “Aku buat ni
bukan sebab aku suka George!” Bisiknya dan pandang kebelakang, Louis sudah
beredar bersama Edward untuk bermain dengan air bersama yang lain dan kembali
memandang Gretel. “I’m here to clarify their feeling.”
“Who’s feeling?”
Soal Gretel memandang kawan-kawan mereka yang bermain bersama. Hanna dan
Charlotte bermain dalam air, manakalah Apple Red, Gweneth, Louis dan Edward
main beach ball. Couple vs. couple. “Aku tak rasa vibe romantic di mana-mana.”
Ivy memutarkan
bola matanya. “Bukan that kind of feeling dummy.” Dia memandang kearah kawan
mereka dan bersiul.
Semua orang agak
terkejut mendengar Ivy bersiul dengan kuat. Mereka tak tahu yang perempuan
boleh bersiul selain lelaki sebenarnya.
“Char! I need your
help!” sahutnya dengan senyuman paksa dan budak 12 tahun itu melambai tanda dia
akan datang.
Gretel menjungkit
kening. “Apa sebenarnya kau rancangkan ni? Pikat hati adik dia untuk dapatkan
abang—ow!” Ivy memukul bahu Gretel.
“Boleh tak kau berhenti memukul?”
“Boleh tak kau berhenti buat tafsiran merapu?”
soalnya balik dan tersenyum kearah Charlotte yang duduk di hadapan Ivy. “So, do
you have fun?”
Charlotte
mengangguk laju. “Yes! Thanks Ivy, Char tak sangka Ivy boleh buat private
vacation untuk kitorang berdua. Ini kali pertama Char pergi pantai Camelot.
It’s Fun!”
Ivy mengangguk
dengan senyuman bangga. “Aku tahu kau akan sukakannya. So, ajak abang kau untuk
bawa kau jalan-jalan sekitar pantai. Or minta dia ajar kau berenang.”
Charlotte terus
menggeleng. “N-No… Abang jarang dapat cuti macam ni, Char taknak jadi—”
“Oh hush.” Ivy
mengipas tangannya di depan muka Charlotte suruh budak tu diam dan menjerit
kearah kawannya yang masih bermain. “Putera George! Come here!”
Sekali lagi mereka
semua terkejut. Bukan sebab dia menjerit, mereka dah biasa mendengar Ivy
menjerit, yang buat mereka terkejut ialah Ivy mengarah putera raja itu datang
kepadanya dan Putera Raja itu akur.
“Apa hal?” Soalnya
bila dia sampai kepada Ivy.
“Adik kau nak
minta aku ajar dia berenang.” Kata Ivy dengan keluhan. “Korang berdua tak
berhenti nak ganggu aku kan?” Soalnya membuat Charlotte dan Gretel terkejut.
Dia Menipu!!
“So? Ajar je lah.” Louis tersenyum nakal
membuat Ivy berdecit.
“Well, to be
honest. Aku tak pandai berenang, kalau aku ajar dah tentu dengan aku-aku sekali
lemas dalam laut tu.”
Louis dan yang
lain tertawa. “Vicious tiada pantai ke?”
“Ada.” Jawab Ivy
slamber. “Cuma ia penuh dengan villain laut dan juga poisonous monster. The
Krakken, Moby Dick, sea surpant dan ikan pirana sebesar ikan paus. Do tell, kau
nak terjun berenang kat sana ke?” soalnya semanis gula sebelum memberikan
renungan mautnya. “Go take your sister away. I need my solitution.”
Louis mengecilkan
matanya kearah Ivy. sempat lagi dia bergurau tentang pantai menggerunkan dia
itu. “Lets go Char. Abang ajar kamu.” Katanya dengan senyuman sambil hulurkan
tangan untuk Charlotte.
Budak kecil itu
memandang tangan abangnya sebelum tersenyum lebar. “Okay!” dan mereka kembali
ke laut dengan berlumba siapa sampai ke air dahulu.
“Haaiiih…. It’s
tougher than I thought.” Ivy mengeluh dan merampas jus oren dari tangan Gretel.
Gretel yang
terlalu shock dengan kejadian tadi tidak lagi menghiraukan jusnya dihabiskan
oleh Ivy malah dia menyoal; “Kau nak buat dua beradik tu berbaik ke?”
Ivy mengangguk dan
berikan botol kosong itu kembali kepada Gretel. “Aku dah dengar pasal forbidden
rumour dari Charlotte sendiri. Dia fikir yang abangnya secara senyap sebenarnya
bencikan dia. so, I think cara ni sesuai untuk baiki hubungan mereka. juga,
beranikan Charlotte untuk tanya abangnya.”
“Kau tak buat ni
sebab kau sukakan Putera George?” Gretel melihat Ivy putarkan bola matanya
membuat Gretel menghembus nafas panjang. “Wow…”
“What wow?” Soal
Ivy menjungkit kening.
“Nothing it just….
Kau buat Good Deed tanpa pertolongan kami.”
“Korang ada tolong
aku.” Ivy bersuara dengan senyuman. “kalau bukan disebabkan koramg aku takkan
dapat keluar ke sini dan tolong Charlotte berbaik dengan abangnya.”
“Why do you help
them?” Soal Gretel memandang Ivy yang melihat kearah dua beradik yang sedang
berseronok.
“Well, aku tahu
perasaan Charlotte bila dipandang jijik oleh orang sekeliling. Kedua ibubapa
tidak menghiraukan kau sangat dan hanya ada seorang yang ambil berat tapi tidak
selalu ada bersama kita.” Katanya dengan nada rendah. “It’s lonely and scary.
Dia tak salah, dia tidak ingin lahir seperti itu didunia, so kenapa dia perlu
di sisikan? Dia tak berhak bersendirian. tiada siapa berhak bersendirian—kenapa
kau pandang aku macam tu?”
Gretel menggeleng
dengan mulutnya masih terngangah. “Sejak bila kau pandai berpidato ni?”
Ivy berdecis
sambil memetik jari depan muka Gretel. “Aku serious lah.”
“Aku pun serious!”
tapi mukanya menunjukkan dia terkejut dari serious. “Okay adalah sikit, kau
kata pantai kat Vicious teruk kan? kau tak nak try pantai kat sini ke? Ia takda
fish eating human. Ia selamat.”
“Dengan matahari
terang macam ni?” Ivy cuba keluarkan kepalanya untuk melihat matahari tapi
menyesal kerana ia menyilaukan, seperti mukanya terbakar sebaik sahaja terkena
cahaya matahari tersebut. “No thanks, aku rela tengok korang bermain dan aku di
sini.”
“Alright… suits
yourselves.” Gretel membuka jaketnya dan meninggalkan Ivy seorang diri
sementara dia mengikuti aktiviti menyeronokkan mereka.
“Korang! Aku join
in!” sahut Gretel datang mendekati kawan-kawannya yang main beach ball.
“Sure!” sahut
Apple Red dengan senyuman manis.
“Kejap—” Gweneth
mula mengira mereka. “Kita lebih seorang. Ivy taknak join sekali ke?”
Gretel menggeleng.
“Malangnya, dia cair kalau dia keluar dari payung besar dia tu.” katanya
membuat yang lain tertawa.
“Kamu boleh ambil
tempat saya Cik Gretel.” Edward bersuara dengan senyuman manawannya. “Saya nak
pergi berehat.”
Empat sekawan ini
yang sememangnya tahu Edward ada hati dengan Ivy, hanya memerhatikan putera
Obvious itu berlari anak mendekati Ahli sihir muda yang sedang menikmati masa
sendirinya bersama buku kecil dalam tangan dan duduk di sebelahnya.
Apple Red tertawa
kecil. “I feel pity for Prince Edward.” Katanya sambil menyentuh pipinya.
Gweneth
mengangguk. “Yeah, dia confess time tu jugak confirm kena reject bulat-bulat.”
“Come on girls, korang
tahu Edward takkan confess macam tu je. Pasti dia ada teknik nak memikat Ivy.”
Gretel ketawa bersama mereka.
Sementara itu
dibahagian Ahli sihir jahat yang bersembunyi dari cahaya matahari ini mengeluh
panjang sambil membaca buku jampinya serta mengipas dirinya menggunakan kipas
tangan milik Apple Red. Gosshh Kipas ni
girly sangat… Disebabkan panas dia sanggup pakai kipas tangan bertemakan
red pink heart.
“Taknak join sekali?”
Ivy mendongak
melihat Putera Edward berdiri di hadapannya. Uisshh…. Matahari menyebelahi
Putera Edward ke? sebab dia kelihatan sangat menyilaukan mata—dan bukan kearah
keburukan. Look at that tan mascular
body.
Ivy menggeleng
secara mental. Sekarang bukan masa untuk buat hal Ivy, ingat tujuan kau ke
sini. Nak tolong dua beradik tu bersefahaman.
“Matahari dah mati
ke?” Soal Ivy dengan senyuman nakal.
Edward mendongak
melihat matahari di dada langit, mengecilkan matanya kerana silau sebelum
menggeleng kepada Ivy. “Tak. Why?”
“Then, jawapan aku
sama.” Jawab Ivy. “Tak.”
Edward tertawa
kecil baru faham maksud Ivy dan duduk di sebelahnya. “You’ll miss the fun.”
“I’m willing to
miss it.” Ivy menjawab sambil membaca mantera di dalam bukunya di sebalik
kacamata hitam. “Lagipun, bukan aku yang bercadang nak pergi pantai. Mereka
berempat master plan vacation kecil ni.” Ivy menjeling kearah empat kawannya
yang berseronok bermain dengan beach ball di tepi pantai.
“But, aku gembira
kau terima tawaran kami. Setahu aku putera Pertama selalunya busy seperti
George.”
Edward mengangguk.
“I am tapi bila dengar George juga ambil cuti dan meluangkan masa dengan
adiknya dan juga kamu berlima. Saya fikir ‘dia perlukan seorang kawan lelaki
menemaninya, kalau tak Julliana akan musykil dan syak George main gila
dibelakangnya’—No offence thou.”
Ivy tertawa
mendengar betapa over protectivenya Tunang Louis. “Non-taken, so aku jangka
Julliana tahu aku dalam ‘trip’ ni juga?”
“Yup. Sebab tu
saya sanggup tolak semua jadual saya ke hari esok dari biarkan dia keluar
dengan kamu semua.” Katanya dengan keluhan dan juga senyuman. “Saya tahu kamu
tak pernah ke pantai dan saya tak nak dia rosakkan hari pertama kamu di sini.
But looks like kamu tak berseronok pun ke sini sebenarnya.”
Ivy segera
menggeleng. “No, Aku berseronok. Tak lagi.” Ivy berpaling memandang kawan-kawannya
dengan senyuman. “Selepas Charlotte luahkan perasaan sebenarnya dekat George
barulah saya bermain dengan mereka.” katanya melihat Louis mengajar adiknya
beranang, sempat mengusik adiknya sampai kena pukulan dari adik sendiri.
“kenapa tunggu?”
Ivy kembali
memandang Edward dengan keluhan. “Well, secara ringkas; aku tahu masalah
keluarga mereka dan aku nak mereka clarify perasaan masing-masing. So, aku
cabar Charlotte untuk beritahu perasaan sebenarnya dan ketakutannya terhadap
abangnya sendiri. Kalau dia Berjaya, aku sanggup turun ke laut. Di bawah
matahari.” Katanya merungut dalam diam. “Ugghh… Setengah diri aku nak mereka
berbaik tapi setengah lagi tak. sebab aku taknak berada di bawah matahari cerah
ni.”
Edward hanya
tersenyum melihat Ivy menolong ‘bekas musuh’nya dan sanggup lakukan sesuatu
yang dia tak suka hanya untuk menggalakkan Charlotte bersuara depan abangnya. Yeah.. dia di luar sahaja kelihatan jahat desis
hatinya lega dan yakin yang Ivy bukanlah seorang Villain lagi.
Lamunan Edward
terhenti bila dia lihat Ivy tetiba turunkan bukunya dan kelihatan excited. “Dah
bersedia berenang?”
“Almost.” Jawabnya
dan mengeluarkan kayu saktinya membuat Edward hairan. Ivy menghayunkan kayu
saktinya sambil membaca mantera di dalam buku kecilnya kearah dua beradik yang
sedang berenang di tepi laut dan sebuah portal kecil muncul di hadapan ivy dan
Edward, menunjukkan pemandangan yang lebih dekat tentang dua beradik kerabat
diraja ini.
“Apa kamu tengah
buat—”
“Shhhshh….
Charlotte dah bersedia.” Katanya dengan senyuman, mata tidak lepas dari
pandangan zoom in magicnya.
“Abang… pelampung Char bocor nanti.” tegur
charlotte dengan suara seperti dia berada di dalam air melalui portal zoom in
Ivy.
Louis tersentak dari renungannya dan tertawa
janggal, tidak perasan yang dia pegang pelampung adiknya ketat sangat. “Maaf
Cherr. Kamu nak try menyelam ke?”
Char menggeleng kecil. “sekejap lagi. Uhm…
Abang… char sebenarnya—Abang.”
George kembali memandang adiknya dan
tersenyum. “Ya?”
“Abang asyik pandang Putera Edward dan Ivy.”
Char mencebik. “Ivy takkan buli Putera Edward lah. Jangan risau.”
Ivy tertawa besar
mendengar charlotte salah anggap. Louis
sebenarnya cemburu! Awwww so cute desis hatinya dan buat mental note untuk
usik Louis lain kali tentang ni.
Louis mengangguk. “Yeah you right. So, kamu
nak kata apa tadi?”
Charlotte menarik nafas dalam. “Abang
bencikan Charlotte ke?” Soalnya membuat Louis agak terkejut.
Louis memusing badannya berdepan dengan
adiknya, memegang kedua-dua pelampung Charlotte, mengelakan adiknya terapung
pergi atau lari darinya. “Kenapa Cherr fikir macam tu?”
Charlotte tundukkan kepalanya, tidak berani
memandang wajah abangnya. “Abang tidak suka dengan charlotte sebab… kita half
sibling… kan?”
“Cherry…!” Louis menegur tapi dengan suara
lembut. “Abang tak pernah benci kamu. Dahulu masa kamu lahir abang masih keliru
tapi tidak pernah benci kamu. I love you too much to worry about little thing
like that. Apapun terjadi, kamu tetap adik abang. Walaupun tiba-tiba abang tahu
Cherr tiada kena mengena dengan abang langsung. Atau pun kamu dan Ivy buat
konspirasi untuk bunuh abang-ow!” Louis ketawa bila Charlotte memukul bahunya.
“See, Cherry abang yang ni lagi comel. Senyum Cherr, kalau kamu senyum semua
masalah abang terus hilang.”
Senyuman Charlotte lebih lebar dari
sebelumnya dan mengangguk. “Okay!—oh dan, macam mana abang boleh tetapkan
perasaan abang? Abang kata semasa Char—”
“Cherr.”
Charlotte tertawa. “Okay. abang kata semasa cherr lahir, abang keliru dengan
perasaan abang sendiri. Macam mana abang ambil keputusan untuk ‘tak benci’
Char?”
“Hmmm…” Louis mengusap dagunya pura pura
berfikir. “Seseorang tengking abang.”
“Tengking?” Charlotte menjungkit kening
hairan.
Edward pula
tertawa kecil. “Siapa berani tengking Putera George? Dulu kecil, tiada siapa
berani nak bercakap dengan dia sebab bodyguard Putera George tegas sangat.”
Ivy pula naik
merah bila Louis sempat menjeling kearahnya dengan senyuman nakal sebelum
beritahu adiknya; ‘Perempuan terpenting dalam hidup abang.’
Entah samada Ivy
terharu atau malu pada ayat Louis. Tapi yang pasti dia tersenyum lebar
mendengarnya.
“Jill ke?”
Dan senyuman Ivy
hilang sebaik sahaja nama perempuan itu keluar dari mulut Charlotte. Bukan itu
sahaja sebab senyuman Ivy hilang. Dia dapat merasakan sesuatu di udara. Suatu
kehadiran yang gelap.
Dia memutar
kepalanya kekiri dan kekanan mencari dari mana datang kehadiran gelap itu tapi
apa yang dia lihat hanyalah pengawal di raja yang mengawal disetiap sudut
pantai itu.
Ia berada di
mana-mana. Ivy tak dapat mengesan sumber kedatangan kehadiran tersebut.
Ia terlalu nipis…
Tapi sangat luas…
Jack….
“Alright, lets go
swimming!”
“Woa—Hey!” Ivy terkejut bila Edward
mengangkat Ivy ke bahunya seperti Ivy ni sekarung beras dan berlari kearah yang
lain. “Edward! Put me down!!” Jeritnya dengan muka merah sambil memukul
belakang Putera Charming itu.
Yang lain melihat
Edward membawa Ivy kearah mereka terus ketawa besar dan menolong Edward dengan
mengangkat tangan dan kaki Ivy.
“Ready?” Soal
Gweneth sambil menghayun Ivy seperti buayan bersama yang lain.
“One!” Sahut
Charlotte yang juga menolong mengangkat kaki Ivy bersama Gweneth. Sementara
Edward mengangkat bahagian bahu Ivy.
“Two!” Apple Red
dan Gretel menjerit di dalam air menunggu Ivy.
“let
me go or I swear—”
“THREE!!”
“Ahhhh!!!”
*Splash!!*
Sebaik sahaja
mereka melontar mangsa mereka kedalam air. Edward, Gweneth dan Charlotte
menyusuli ahli sihir malang itu sebaik sahaja dia dilontar.
Ivy ingatkan dia
akan mati lemas kerana tiga bahlul jahanam yang berani menghayunnya ke laut.
Tapi sepasang tangan terus menyambutnya sebaik sahaja dia masuk ke dalam air
dan mengangkatnya naik ke dasar.
Ivy terbatuk-batuk
kerana terminum air masin dan mengelap mukanya untuk melihat siapa yang memeluk
pinggangnya dengan erat. “Lu—George!”
Louis tersenyum
lebar. Dia hampir sebuat nama akhir
Louis… Itu tanda dia lega Louis sempat menyambutnya. “Be happy kau akhirnya
masuk air.”
Ivy memeluk erat
leher George kerana takut dia tenggelem kalau Louis lepaskan dia. lelaki ni tak
boleh dipercayai sangat. “Jubah aku basah.” Rungutnya dengan nada berbisik.
“I know.”
“Sombrero aku dah
rosak.” Rungutnya lagi buat Louis tertawa.
Dia mengambil topi
yang dah basah kuyup itu dan biarkan ia hanyut kedalam air. “Aku belikan baru.”
“Aku kena
matahari.”
“Does it burn
you?” soalnya buat muka risau.
“No.” jawabnya
mencebik. “tapi aku basah.”
“Oh Shut it you
big baby.” Gretel berenang membelakang mendekati mereka berdua dan menepis air
ke muka Ivy. “Tuanku, lepaskan dia.”
“Wha—wait-wait-wait—Wait!” Ivy memeluk erat
Louis bila lelaki itu melepaskan Ivy untuk seketika buat dia cuak.
Mereka semua
ketawakan Ivy berperangai seperti budak kecil yang baru pertama kali masuk air.
Charlotte dahulu taklah macam dia ni.
“Asal korang bawa
aku tempat dalam? kenapa tempat dalam? korang saja je kan nak kenakan aku kan?”
Soal Ivy rasa takut dan menjeling kearah Louis memberi amaran jangan lepaskan
dia lagi.
“lebih dalam lebih
seronok! Lagipun Charlotte juga nak belajar berenang, apa kata korang belajar
sama-sama.” Cadang Apple Red, menuding kearah Charlotte yang berada di dalam
pelampungnya.
“Char dah boleh
terapung tanpa pelampung, Ivy boleh pakai pelampung Char kalau Ivy nak.”
Charlotte kata dan keluar dari pelampungnya.
“Kau nak cadangkan
aku pakai pelampung?” Melihat kawan-kawannya memberi senyuman lebar membuat Ivy
menggeleng laju. “Not in my entire life!”
“Then, ‘life’ kau
hanya tinggal dua minit.” Kata Gweneth dengna senyuman nakal. “Tuanku, lepaskan
dia.”
“Don’t you dare.”
Ivy memberi amaran hanya membuat Louis tergelak. “Fine. Aku belajar berenang—just…
just don’t let me go.” Pintanya ketakutan. “Dan aku taknak pakai pelampung.”
Dia sempat menjeling kearah kawannya membuat mereka semua ketawakan Ivy dan
Charlotte memakai pelampungnya semula.
“Kejap… sebelum
tu.” Ivy bersuara bila Louis nak lepaskan dia. “Air ni tiada neverbeast kan?”
“Nope. Tiada
haiwan makan orang jangan risau.” Hanna menggeleng.
“Tumbuhan air
beracun?”
Mereka menggeleng
lagi
“Sea surpant?”
“Tiada Ivy.”
Gretel menggeleng melihat telatah ivy.
“Ursula?”
“Just swim
already!” marah mereka membuat Ivy tambah cuak.
“Okay! okay…” Ivy
menarik nafas dalam dan menghembusnya. Cuba bina semangat sendiri sebelum
mengangguk. “Okay… apa dulu?”
“Paddle your foot
like a duck. Tapi jangan kekok sangat, tenang.” Arah Apple Red mendekati mereka
berdua dan menghulurkan tangan untuk bantu Ivy. “That’s it… paddle laju sikit
dan lepaskan Putera George, kau cekik dia hidup-hidup dengan death grip kau
tu.”
Ivy tertawa cuak
dan dengan perlahan lepaskan Louis tapi bila badannya masuk air sampai paras
dagu dia kembali memeluk Louis. “Wait-wait-wait…. Aku tak ready.”
“Just relaks Ai.”
Bisik Louis memandang tepat pada mata hijau Ivy. “Aku ada kalau sesuatu
terjadi. Okay?”
Ivy mengangguk
kecil, tidak yakin tapi percayakan Louis.
“See, even
‘ex-musuh’ kau tolong kau.” Gweneth berenang mendekati mereka. “Buka Jubah kau,
itu buat kau tak boleh terapung. Ia berat sangat.”
Ivy kerutkan
hidungnya sebelum membuka jubahnya—jubah kesayangannya dan biarkan ia hanyut ke
dalam air.
“Woa….. Ivy ada
tattoo kat belakang!” Charlotte bersuara membuat yang lain tumpukan perhatian
mereka pada belakang Ivy.
“Babe! Kau ada
tattoo!” sahut Gretel juga terkejut seperti Charlotte.
Muka Ivy terus
naik merah. Ini sebab dia pakai jubah, pertama; menghindari matahari. Kedua;
menyembunyikan tattoo di belakangnya.
“Kau bertatu?”
Soal Louis hanya mereka berdua sahaja yang dengar. “Since when?”
“15?” bisiknya
mengangkat bahu. “Long story, short. Kau punca aku dapat tattoo.”
“Aku?” Soal Louis
matanya membesar.
Tidak sempat Louis
ingin menyoal pada Ivy, Hanna bersuara dahulu. “Ivy, tattoo kau sayap Devil
ke?”
“No.” jawabnya
memaling kebelakang. “Ia sayap naga.”
“Apa maksudnya?”
Soal Edward. “Selalunya tattoo membawa makna.”
Ivy terus memegang
bahunya sambil memandang wajah Louis. Dia kelihatan serious, juga ingin tahu
maksud disebalik tattoo tersebut.
Ivy menelan air
liur kelat.
Ia bermaksud keberanian…
Kau dihormati…
Kau ditakuti…
Kau
seekor raksasa…
“Nothing.” Ivy
bersuara tanpa melepaskan pandangannya dari mata Louis. “It means…. Nothing.”
Nadanya makin perlahan.
“nothing?” bisik
Louis tidak tinggi dari hembusan angin.
Wajah mereka
begitu dekat sehingga ivy dapat rasa deruan nafas Louis. “It meant everything.”
Bisik Ivy balik mata jatuh ke bibir lelaki yang memeluknya.
Hampir. Sangat
dekat. Hampir berlaku tapi Ivy segera menarik diri dan menolak Louis untuk
lepaskan dia. “Pelampung! Aku nak pelampung!”
Charlotte segera
keluar dari pelampungnya dan berikan kepada Ivy. “Kenapa ni Ivy? dah give up
ke?”
“Too much heat.”
Bisiknya mengipas-ngipas mukanya sambil tuding ke matahari yang tidak bersalah.
Tapi dia maksudkan heat lain.
“Gosh Ivy, muka
kau merah. Aku rasa baik kau berehat je lah.” Gweneth memegang muka Ivy. “dan
panas. Kulit kau boleh terbakar kalau macam ni!”
Mereka terus
menolong ahli sihir yang tidak pandai berenang ini ke tepi pantai semula.
“Aku ada sun
block. Kau kena pakai kalau tak kulit kau akan terkupas.” Hanna bersuara juga
menolong Ivy membawanya yang tidak bermaya didalam pelampung itu ke darat
semula.
“Aku lupa kau tak
biasa dengan matahari. Sorry, sebab paksa kau Ivy.” Apple Red pula bersuara,
rasa bersalah terhadap kawannya yang berkulit pucat ini.
Ivy menggeleng
kecil. “It’s okay. aku spoil keseronokan korang.”
“Non-sense.”
Gretel segera naik ke darat untuk mengambil tuala untuk Ivy sebelum kembali
bersama mereka dan pakaikan tuala tersebut pada bahu Ivy. “Dah, kembali ke
payung kau. Lepas beberapa minit kita boleh berseronok main beach ball. Kau
hanya perlu rehat. Jangan risau okay? hari masih terang. Banyak masa lagi untuk
berseronok.”
Ivy hanya
mengangguk dan berpaling kebelakang. Melihat Louis juga merah seperti dia,
kelihatan sama terkejut sebelum dia tenggelamkan dirinya kedalam air.
Ivy membelit tuala
di bahunya untuk sembunyikan bahagian bawah mukanya. Dia memandang tangannya yang
bekas memeluk Louis.
Too close…. Too dangerous…
Louis yang baring
di dasar laut memandang kedua tangannya yang telah menyentuh Ivy. dahinya
berkerut.
Dia menggenggam
kedua tangannya menjadi penumbuk dan memejam mata dengan erat. Melepaskan rasa
geram dalam diam. Really dangerous…
>X<
(A/N: Sakitnya tu di sini di dalam hatiku, sakitnya tu sini kau menduakan aku~~~ Huhuhuhuhuhu Thakeettt hati membaca babak terakhir ni kan?? Hmm... jahat betul siapa yang tulis babak ni. Eiisshh... sapa lah yang tulis ni!!!--Angah: 'Entah lah' *pocker face* Mwahahahahahahhaa)
And we interrupt this program untuk promosikan blog Sansa! Sister kita ni baru je buat her first E-novel called: Runaway Princess dan untuk dua bab pertama novel sister ni sangat interesting! So please visit her blog dan sokong cik adik manis ni okay?? Sama-sama kita luaskan Novel fantasi bahasa melayu di dunia ini ^_^ >>http://thebookhuntress9.blogspot.my/<<<
And we interrupt this program untuk promosikan blog Sansa! Sister kita ni baru je buat her first E-novel called: Runaway Princess dan untuk dua bab pertama novel sister ni sangat interesting! So please visit her blog dan sokong cik adik manis ni okay?? Sama-sama kita luaskan Novel fantasi bahasa melayu di dunia ini ^_^ >>http://thebookhuntress9.blogspot.my/<<<
tq...update n3...best sesangat sebab bab yg penuh dengan lu n ai :)...dah baca sansa punya blog...permulaan yg best...boleh lawat snow queen(Antara penulis tulis enovel fantasi sama macam angah) mungkin dapat lebih ilham...
ReplyDeleteYou welcome!!!! ^_^ and Yes, Angah tahu blog Cik Snow, angah salah satu peminat karya cik snow jugak! cerita Cik Snow lebih kepada dark fantasy with Vampire and gangster-ism... and bahasa Cik Snow really... really awesome *deep breath* I can't compete with that! whuhuhuhu not yet at least, angah 100 tahun terlalu amature untuk compete dgn karya Cik Snow. (XoX)
DeleteApapun, susah nak jumpa blog novel fantasy BM sebab tak banyak yang minat and mostly romantic-comedy yang jadi pilihan ramai~~~ Dapat jumpa blog lain really perks me up to write more! even bahasa tak secantik cerita.. (UvU)
But I don't really mind level bahasa angah sebab as long as korang enjoy cerita angah, angah jugak senang hati mengarang... there's no boundaries when it comes to my imagination (,,^_^,,)
maaf angah berceloteh banyak sangat *Deep bow*
mang laa...tunggu 100 thn pun cite angah x akan jadi cam cik snow...cik snow dgn persona dia n you ada charm tersendiri....klu cik snow saya suka cite blood tie(walaupun x abis lagi)...klu angah saya suka heart racing...both of you saya suka.Bukan nak bodek tapi jujur...hahaha
ReplyDeleteAwwww thank you!! *Kelip-kelip mata* Angah suka 'vampire' dalam citer Cik Snow huhuhuh Fav all time ^_^
DeleteThanks sebab promote blog saya ye. :D Really appreciate it. Hopefully I could write outstanding stories like you do.
ReplyDeleteYou Welcome love ^_^ I'm sure you'll be a great writer one day!! have faith in yourselves ^3^
Deletehohohohoho ....haahahahahha...ohhh nooo...melting ting ting ting...aigooo angah....racing heart...dunno to say..hahahah org yg tersipu2 didepan pc...agagagagagagagaa angahhhhhhhhhhhhhh.....hahaha gilosssss chapter nie....gulaaa hangus la angah :p
ReplyDelete~ccc(,)(,)
*calling 999*
Delete"Hello? There's an emergency! Salah satu komenter angah dah lebur sebab x tahan kehangatan LOVE!! SEND HELP ASAP!!!"
*Tuut... Tuut... Tuut*
(*≧▽≦)