New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Thursday, 11 June 2015

Axerialeth: SOD -one heart for two façade-

Bab 9

This is weird…. Really weird…  Semenjak M27 jadi anak kapal ni, atmosphere dalam kapal ni makin berat setiap kali mereka ternampak M27. Mereka benci sangat ke dengan M27 sampai renung dia macam tu? Anyways… NightBlue juga jarang ada dalam kapal. Selalunya dia akan keluar sebelum matahari terbit dan balik tengah malam. Macam mana dia nak kejar kapal ni ialah satu misteri kepada mereka semua.

M27 minta identitinya di rahsiakan, aku tak tahu kenapa sebab selepas malam tu, aku dah tak dapat nak bercakap dengan dia sebab M27 macam chipsmore. Tapi, kali ini… aku takkan lepaskan NightBlue! Aku akan tunggu dia di sini sampai dia kembali. Hanya ini sahaja masa untuk aku berbual dengan M27 setelah dia melarikan diri dari Clow Reign. Aku nak tanya kalau dia Berjaya menerokai dunia ni, bagaimana dunia luar sebenarnya? Adakah seperti apa yang NightBlue katakan semasa mereka dalam penjara CR? Mesti M27 berjumpa dengan—

“Spring.”

“Ah!” Spring melompat dari sofa bulat terkejut mendengar namanya di panggil dengan nada menyeramkan. “Night! Kau dah balik!” Dia memeluk M27 dengan erat walaupun assassin itu tidak memeluknya balik. “Penat aku tunggu tau tak?”

“Aku tak suruh pun kau tunggu aku.” Dia menjentik dahi Spring, menyuruh spring lepaskan dia dan duduk di sofa bulat. “Apa kau nak?”

Spring menyentuh dahinya, mencebik. M27 dingin sangat. “Aku nak tanya, kau pergi mana hah? Selalu je keluar.”

M27 rehatkan kepalanya pada sofa tersebut dan mengeluh. “Just wondering around… cari benda nak buat.”

“Tak penat ke?” soal Spring duduk di sebelah NightBlue. “Kau balik nak dekat subuh dan sebelum mereka bangun, kau dah menghilang. Kau tak rasa penat ke setiap hari cam tu tanpa rehat?”

NightBlue memandang Spring dengan tajam sebelum bersuara. “Kalau aku nak berehat pun. Bukan di sini. Aku tak dapat berehat di tempat orang yang nak aku mati.” Jawabnya dengan dingin membuat Spring terasa.

Dia nak salahkan aku sebab aku paksa dia tinggal di sini ke? Spring menarik lengan baju NightBlue. “Sorry… maaf aku paksa kau untuk tinggal..”

M27 membuka matanya dan memandang Spring yang menahan diri dari menangis. Night mengeluh. Menarik Spring kedalam dakapannya. “It’s okay.. Jangan lah menangis.”

Spring membalas pelukan NightBlue dan menangis di bahunya. “Mesti kau marah aku kan? A-Aku taknak kau tinggalkan aku… H-Hanya kau yang aku ada… maafkan aku…”

“Aku tak marah dan aku takkan tinggalkan kau. Jangan risau, aku janji.” Katanya dengan lembut sambil mengusap rambut Spring.

Masa berlalu dengan perlahan dan mata hari akhirnya muncul dari horizon dunia melakukan kerja yang ia mahir buat; menyinari dunia dengan kuasanya.

NightBlue memandang ke dinding kaca di depannya, menikmati saat yang singkat itu. “It’s beautiful…” bisiknya dengan senyuman kecil di sebalik topeng.

Dia terdengar bunyi tapak kaki datang ke bilik tersebut dan berputar melihat siapa yang datang.

“Night?”

NightBlue letak jari telunjuknya dekat dengan topengnya menyuruh Rick diam. Dia memandang Spring yang tidur di ribanya, mengusap lembut rambut experiment O-S.

Rick menguap kecil dan turun ke tingkat bawah. Dia memandang Night untuk seketika sebelum masuk ke dapur. “Nak aku ambilkan something untuk kau tak?”

Tiada respon.

Rick mengambil air kosong dalam peti ais dan kembali kepada mereka. Dia memandang Night dan begitu juga sebaliknya untuk seketika. Rick akhirnya mengeluh. “you are not going to speak right? Huh… Beberapa hari ni bukan main riuh.”

NightBlue berdecis membuat Rick berhenti dari minum airnya. “Aku tak hingin nak join pengembaraan kecil korang ni kalau bukan sebab Spring.” Katanya dengan dingin. “you all just bunch of idiots who rather die just to save a poor lives. Korang bukan Tuhan nak selamatkan nyawa orang. Apa gunanya selamatkan orang kalau nyawa sendiri di pertaruhkan? Korang tak sayangkan nyawa sendiri ke?”

“That’s it!” Rick menggertak. “Ya, kami bukan tuhan tapi siapa lagi nak tolong mereka yang minta pertolongan? Apa gunanya hidup kalau kita berdiam diri sedangkan kita boleh buat sesuatu untuk selamatkan mereka yang dalam bahaya? Ya, ia mungkin akan mengancam nyawa tapi tiada benda lebih indah bila lihat orang lain tersenyum bila lihat orang yang mereka sayang di selamatkan. Kau tahu apa?” Soalnya sambil memeluk tubuh sakit hati dengan perangai NightBlue. “Kau tahu apa tentang kami dan pengembaraan kami? Kau hanya memburuh dan membunuh dengan kejam, tanpa belas kasihan. Orang macam kau tak tahu erti semua tu.”

NightBlue merenung tajam kearah Rick. Darahnya panah menggeledak, keinginannya hendak bunuh lelaki ini makin kuat dari sebelumnya. “Kau tak tahu kehidupan kami.” Jawabnya mengetap gigi. Dia bangun dengan perlahan tanpa bangunkan Spring dan bergerak pergi dari bilik tersebut.

Apa yang Mereka tahu pasal kehidupannya? Apa yang Mereka tahu tentang kisah hidupnya? Yang penting, apa yang mereka tahu pasal perasaannya? Mereka dalam kapal itu hidup dengan aman tanpa di cucuk jarum dan cecair pelik mengalir dalam badan mereka. Bahan Experiment macam kami, akan lakukan apa sahaja untuk teruskan hidup. Menanggung kuasa pelik itu, menahan seksaan yang tak terkata setiap hari dan memikir cara untuk keluar dari tempat Durjana itu. Dan untuk hidup di dunia luar, dah tentu kami akan buat apa sahaja untuk teruskan kehidupan kami. Kami akan lakukan apa sahaja untuk tidak kembali ke tempat itu, termasuk membunuh.

NightBlue melompat turun dari tangga second base ke Third base, tanpa menggunakan anak tangga, mendarat dengan selamat dan berlari kearah Pintu kapal.

Ikutkan hati dia nak lari dari kapal yang penuh dengan kebencian itu, ia lebih sakit mendapat renungan dingin dari orang kapal itu dari kesakitan jarum ke kulitnya. Ia sakit yang tak dapat di ubati dan dia juga tak nak Spring mengalami benda yang sama seperti dia.

I Swear to protect that child with all my might, even I have to sacrifice everything I have to give that child a chance to see such a beautiful life she will has in the future.

Dia menekan butang membuka pintu tersebut dan melompat keluar dari kapal yang 30000 meter tinggi di udara.

>X<

Nuez mengekori Ben ke first base, di mana bilik peta berada. Mereka berbincang tentang benda yang sama sejak beberapa hari ini. perkara ini hanya mereka berdua sahaja yang bincangkan, tapi mereka juga fikir yang lain juga fikir apa yang mereka sedang fikirkan.

“Kita tak boleh halang dia. NightBlue seorang assassin, dia hanya menjalankan tugasnya.” Kata Nuez, dan menutup pintu bilik peta itu. Dia bergerak ke sebelah Ben yang sedang membuat penyelidikan pada meja peta. “Apa kau buat ni?”

“Night bersama kita dah masuk dua malam dan dia sentiasa menghilangkan diri kan? Aku risau kalau dia berada di pihak CR.” Katanya sambil tap Bandar dan kampung berdekatan dengan kapal mereka sejak NightBlue berada di kapal mereka.

“Cam mana kau tahu Assassin tu di sebelah CR?” soal Nuez melihat Ben membuat pengiraan masa perjalanan ke kampung itu dengan kelajuan kapal mereka.

“Ingat tak seorang lelaki pelik kita lawan yang hampir buat Spring mati?” Soalnya memandang Nuez seketika. “Dia bawah kawalan CR, tak mustahil ada lagi experiment seperti dia di pihak CR kan? Cam mana kalau NightBlue menyamar berada di pihak kita tapi sebenarnya Clow Reign? Kita semua dalam bahaya—Spring dalam bahaya.” Katanya dengan tegas. DIa melihat pekan terakhir yang dekat dengan mereka.

“ke pekan ni ambil 30 minit dari tempat kita menggunakan Sky-Bike tapi kalau perempuan tu boleh menghilangkan diri atau teleport… tak mustahil dia boleh sampai dalam sekelip mata.” Dia membuat pengiraan sekali lagi. “Nak kembali ke kapal akan ambil masa dua ke tiga jam. Dia mungkin ada masa untuk plan sesuatu untuk perangkap kita. Damn! Perempuan tu tak boleh di percayai!”

Nuez melihat pengiraan Ben, matanya liar melihat pekan tersebut dan membuka holo screen untuk mengetahui senarai barang yang ada pada pekan tersebut. “mereka ada jual senjata.” Katanya dengan cuak. Walaupun bukan senjata canggih, Pistol dan bom ada di jual di pekan tersebut.

“Ben, macam mana kalau kau betul?”

Ben menarik sengih. “Apa lagi? Kita akan tangkap dia sebelum dia tangkap kita.”

Sementara di Third Base, di mana Manda ingin melakukan rutin memanaskan badannya di bilik latihan, langkahnya berhenti bila dia terlihat cecair merah mengalir ke kakinya. Dia mula cuak melihat darah tersebut dan matanya mengekori dari mana aliran darah itu datang.

Dia Lihat NightBlue terlentar di lantai tidak jauh darinya dengan badan berlumuran dengan darah. “Mercyless Gods!” Dia berlari kepada NightBlue. “Babe! Kau okay ke? Apa dah jadi kat kau?” Dia ingin memutar badan NightBlue tapi assassin itu menangkap tangan Manda dari menyentuhnya.

NightBlue bangun dengan perlahan dengan muka berpaling arah dari Manda. “Aku okay—Cough!” Dia terbatuk kuat memuntahkan darah dari mulutnya.

“Kau tak okay!” Manda menarik tangannya dan ingin menolong Assassin itu. “Kau nak keluar dalam keadaan teruk sebegini? Kau nak mati ke?”

NightBlue merenung tajam kearah Manda, di sebabkan rambutnya yang terurai, ia menutup wajahnya sedikit. “Who give a damn care if I die?” Dia menolak Manda ke tepi dan memaksa dirinya untuk bangun. Dia hampir jatuh, dia segera menyandar pada dinding sebagai sokongan untuk berdiri.

Manda hanya melihat Assassin itu bergerak pergi dengan perlahan menuju ke pintu keluar. Berjalan dengan lemah, bergantung pada dinding tersebut menyokong dia untuk berdiri. Darah pada lengannya menitis ke lantai tanda lukanya telah terbuka.

Nenek sihir ini rasa simpati pada NightBlue. ‘who give a damn care if I die?’ nada Night kedengaran sangat sedih walaupun cara dia kata agak kasar. Manda dapat rasa yang NightBlue dalam situasi yang sangat menyedihkan. Membunuh untuk teruskan hidup dan bersendirian. Tiada siapa di sisinya untuk bantu dia. Dia berdiri sendiri di dunia dia sendiri tidak tahu keindahan di dalamnya.

“Tapi… dia ada Spring dan Spring akan….” Manda terukir senyuman pada bibirnya dan terus berlari ke second Base untuk dapatkan perempuan itu.

Seperti yang dia jangka, Spring berada di Second Base seperti biasa sedang menikmati pemandangan dinding kaca itu. “Spring! Spring! Itu pun kau!”

“Kenapa Manda?”

Manda memegang kedua bahu Spring dengan gembira. “Aku rasa aku tahu kenapa NightBlue nampak murung dan suka sangat dingin dengan kitorang!” katanya dengan gembira. “Sebab dia tak percayakan kita!”

Kepala Spring tersenget sedikit. “Uhmm… Manda, aku rasa aku dah tahu pasal tu.”

Manda tetap tersenyum. “Jadi Spring, hanya kau dia ada. Sebelum ni dia takda apa-apa dan bergelut untuk hidup sendirian. She must only see the bad side of the world. So, Sekarang kau ada, kau boleh tunjukkan keindahan dalam dunia ni pula!” sahutnya menggoncang Spring. “Tentu dia akan berubah dari Sexy Badass Assassin into Happy Smiley Axerialeth Crew!”

“Eherm.. Axerialeth Crew?” Pole menyampuk datang mendekati mereka. “Aku mungkin setuju dengan Spring boleh ubah dia tapi… joining Axerialeth? No way. Not a chance.”

Manda berdengus. “Come on Pole. You know we need a girl like her.”

Pole memeluk tubuh merenung tajam kearah Manda. “It’s risky enough to take an assassin into our ship. Inikan pula join kapal ni?” Dia menggeleng. “Who knew what can that heartless person can do.”

“Dan sebab itulah kami berdua rancang nak tangkap Assassin kejam tu!” Ben dan Nuez keluar dari lift dan mendekati mereka. Ben melihat wajah Spring yang menjadi gelap. “Don’t worry, walaupun dia heartless. Kami takkan seksa dia. Cuma langkah berjaga-jaga.”

Spring bercekak pinggang memandang Pole. “She’s not a heartless person. Kalau bukan di sebabkan Night, aku takkan jumpa korang semua.” Katanya marah tapi lembut. “Besides, Manda betul.. Night selama ini bergelut untuk bebas dengan sendiri. Dah tentu banyak dia lalui.” Spring memandang kearah lain teringatkan pembicaraan mereka semalam.

“Dia Mencuri, menjadi pengemis, di bawah ke tanah pelacuran, hampir kena rogol—” Spring memandang mereka semua, muka mereka kelihatan terkejut. “Ya, Aku dah kata dia struggle untuk hidup. Semua tu dia lalui untuk sampai ke sini. Manda dahulu, hampir kena hantar ke tanah tu oleh pak cik kau kan? Tentu kau tahu perasaan tu.” Katanya melihat Manda tunduk. Ya, kalau bukan sebab Rick selamatkan mereka dah tentu dia menjadi pelacur di tanah tersebut.

“Bayangkan kamu di tempat NightBlue. Apa kamu akan rasa? Walaupun dah keluar dari Neraka CR, dia tetap terseksa. It’s a Miracle I meet her, still breathing and still in one piece. So, everyone, I beg of you untuk sedarkan NightBlue yang korang boleh di percayai. Itu sahaja, dia takut untuk percayakan orang sebab dahulu dia pernah di khianati.”

Mereka semua saling memandang sehingga kesemua mata jatuh kepada Ben. Pengemudi kapal ini meramas rambutnya sambil mengeluh. “Why are you looking at me for? Hey, korang kena tanya Rick pasal ni okay!”

“Rick dengar cakap kau Ben. Kalau kau pujuk dia untuk pujuk Night untuk percayakan kita, dah tentu Rick akan buat.”

Ben menjungkit kening memandang mereka semua. “Okay, itu betul yang Rick dengar cakap aku tapi ia tak bermaksud yang Rick akan buat apa yang aku cakap! He’ll kill me!” Sahutnya Cuak. “Kita semua tahu Rick dan Night, tak bersefahaman. Bagaikan air dan api. Langit dan darat. Rick akan bantah aku walaupun aku berlutut di depannya. Trust me, aku masak dengan perangai lelaki tu. Nak pujuk dia untuk berbaik dengan NightBlue? Nope, dia sanggup bunuh diri dari berbaik dengan NightBlue.”

Ben berhujah panjang lebar kepada mereka kenapa Rick takkan bekerjasama dengan NigthBlue dan kenapa NightBlue juga takkan bagi muka kat Rick. Namun, entah bagaimana, dia sekarang berada di depan Rick risking his life for a heartless assassin.

“Apa?” Soal Rick setelah mendengar rayuan Ben. “Kau nak aku berbaik dengan perempuan tu?”

Ben menelan air liur tiga kali. Dia akan mati… dia akan mati… mati lah dia! CAkap kau main-main Ben, cakap kau saja nak usik Rick, cakap kau pun tak setuju dengan plan tu. CAkap yang kau dan Rick satu kepala!!! TAK SUKA ASSASSIN TU! CAKAP TIDAK BEN!

“Y-Ya.” Urrrgghhh…. Mulutnya telah mengkhianati mindanya.

Muka Rick menjadi gelap dari sebelumnya membuat Ben cuak, kenapa dia nampak Rick semakin besar dari dia? Kenapa bilik ni jadi gelap dan susah nak bernafas? “R-Rick? Ricky? C-Captain?” nadanya naik pada perkataan terakhir takut melihat aura gelap di sekeliling Rick.

“Yoouuuu Got to be Kidding… ME!!”

BAM!

>X<
            
    NightBlue berpaling kearah bunyi tembakan itu, dia sangat pasti mereka berdekatan dan bunyi tembakan itu adalah satu amaran baginya untuk mengalah. NightBlue memegang luka pada lengannya. Kepalanya mula pening kerana kehilangan banyak darah.

Macam mana dia boleh terjebak dalam sesi kejar mengejar macam ni? Aaah…. Great, sekarang dia tak boleh balik atau ke Bandar berdekatan untuk dapatkan rawatan. Dia akan mati di sini kan?

“Come out Assassin. I know you are in there!” sahutnya dengan senyuman sinis, dia lihat titisan darah masuk ke dalam bangunan itu dan suruh orangnya untuk mengepung bangunan tersebut supaya Assassin yang berharga itu tidak dapat melepaskan diri.

Damn! NightBlue menumbuk dinding yang dia sandarkan. Pernafasannya mula tak sekata dan matanya semakin berat. Dia tak boleh pakai kuasa CR untuk melepaskan diri sebab kawasan itu ialah kawasan CR. Kalau mereka tahu M27 dalam kawasan mereka dah tentu dia akan kena tangkap.

Dia tak nak tertangkap lagi sekali! Dia tak sanggup untuk hadapi seksaan maut itu!

NightBlue terdengar bunyi bising dari luar seperti bunyi enjin kenderaan udara. Helicopter? Mereka dah panggil orang mereka.

NightBlue menarik sengih. Nampaknya pengembaraan yang dia ingini hanya sampai di sini sahaja. Dia dah kehilangan banyak darah, nak angkat tangan pun tak larat. Oh well, tiada siapa akan menangiskan dia kalau dia mati nanti. Dia dah biasa dengan kehidupan yang menyedihkan ini. Dia juga terfikir bagaimana dia akan mati dan persoalannya terjawab sekarang. Mati bersendirian di tangan orang yang ingin memburuhnya.

NightBlue terdengar bunyi tembak menembak di luar bangunan itu dan tersenyum kecil di sebalik topengnya. Mereka meraihkan kejayaan mereka ke? Atau saja nak buat ia nampak epic untuk buat sejarah dunia, the Infamous Assassin, NightBlue telah tertangkap dalam pertempuran yang hebat. Tapi realitynya, ia perlawanan berat sebelah.

Dia menutup matanya bila dia dengar tapak kaki berlari naik ke bangunan itu mendekatinya. This is it, Sorry Spring…. Aku tak dapat tunaikan janji aku. Aku takkan balik ke kapal kargo buruk tu. Aku harap kau bahagia bersama mereka.

“Night!”

Suara tu….

Night memaksa matanya untuk terbuka, melihat wajah yang di kenali dengan pandangan yang kabur.

“Night hang in there!”

Dia bermimpi ke? Nak mati pun sempat bermimpi? Apa lelaki yang dia benci buat di sini?

“Don’t you dare leave me! Open your damn eyes!”

Dia menangis ke? Nada dia menggeletar.. Dia tak nak lihat musuhnya itu menangis kerana dia nak mati. “Kenapa kau nak risaukan orang yang sendiri benci?” Suara Night sangat lemah, hampir seperti dia berbisik. “I don’t.. need.. sympathy…” Matanya terus terutup.

“Night… Night…” Rick menggoncang badan perempuan itu cuba bangunkan dia. Dia meletakkan telinganya pada dada Assassin itu untuk mendengar degupan jantungnya. “NIGHT!”

Manakala di dalam kapal, di mana Spring mendengar melalui radio frekuensi kapal menutup mulutnya menahan diri dari menangis. M27 dah mati? Tak mungkin… itu tak mungkin….

Rick segera mengangkat Night Brydal style dan suruh Ben turunkan tangga di tepi bangunan. Seperti di arahkan, Ben bergerak ke atas bangunan itu dan turunkan tangga. “Everyone get back to the ship!” sahutnya sebaik sahaja dia naik tangga tersebut. “Ben tarik aku!”

“aye-aye captain!” sahutnya dengan serius.

Rick memandang tangga yang mereka berdua naik mula menarik mereka masuk kedalam kapal. Rick memandang tempat pertempuran NightBlue. Rick kenal siapa lawan NightBlue itu. Mereka adalah kumpulan gelap yang dah lama menyimpan dendam kearah Axerialeth. Mereka akan buruh kapal buruk itu sehingga mereka dapat Rick dalam tangan mereka. Rick mula sakit hati, perempuan ini sanggup korbankan nyawanya untuk lindungi mereka dari mereka dan dia risaukan NightBlue?

Marahnya makin menggeledak melihat darah yang tidak berhenti mengalir dari badan NightBlue. Dia marah kenapa perempuan ini sangat mengelirukan dia! Rick marah pada dirinya sendiri kerana takut tidak dapat menyelamatkan perempuan ini!

Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kapal, Rick terus letak Night di atas katil yang Manda bawa. “To Heaven above… Dia kehilangan banyak darah!” Manda terus menolak Night Masuk ke emergency room dalam kapal itu. “Spring! I need you!”

Spring terus mengekori Manda masuk kedalam bilik tersebut. Nuez dan Rick ingin join sekali tapi Manda menghalang mereka. “Stay out side.”

“Tapi—”

“Kita kena jaga Identiti dia. Aku boleh buat sendiri dengan pertolongan Spring. Korang jangan risau.” Dia menutup pintu tersebut.

Rick terus rebahkan dirinya pada dinding bertentangan dengan pintu itu. Dia tertunduk menyembunyikan mukanya dengan rambut depan. That was close... but did he make it in time?

“Jangan risau.” Nuez juga duduk di sebelahnya. “NightBlue kuat, aku pasti dia akan selamat.” Nuez memandang wajah pucat Rick dan menyentuh bahunya. “Aku tahu apa yang kau fikirkan sekarang ni tapi Night bukan seperti Miracle. dia kuat.”


Rick terus berpaling. Nampak sangat ke di mukanya yang dia lihat Night seperti Miracle?

1 comment:

  1. Hi,

    Kami Team dari aplikasi NOVEL+ berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah mengambil naskah novel anda bertajuk: Racing Heart, Unexception, dan The Chosen One yang disiarkan di blogspot/website anda untuk dipaparkan dalam aplikasi NOVEL+ yang kami bangunkan untuk mobile (android/IOS).

    Kami dapati novel karya anda garapkan sungguh menarik dan pasti menjadi pilihan peminat novel untuk membaca. Tugas kami hanya ingin membantu mempromosikan novel anda agar dikenali ramai secara meluas melalui dunia dihujung jari. Aplikasi NOVEL+ ini boleh dimuat turun melalui App Store (Apple/IOS) dan Play Store (Android).

    Oleh itu, kami ingin meminta kebenaran daripada pihak anda terlebih dahulu, sekiranya kami boleh meneruskan menyiar novel anda di dalam aplikasi NOVEL+ ini atau tidak.

    Jika YA! kami mengharap agar dapat maklum balas dengan segera daripada pihak anda. Jika TIDAK bersetuju, kami akan hormati keputusan anda untuk mengeluarkan karya dari aplikasi NOVEL+ kami.

    Sekian.


    Hubungi Kami:
    novelmcdp@gmail.com


    Untuk Info:
    NOVEL+ merupakan bahan bacaan berupa novel yang boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mudah alih. Dengan NOVEL+, anda mempunyai akses ke dunia karya novel tempatan dengan meluas. Anda tidak perlu risau lagi untuk membawa bahan bacaan ketika berada di luar atau ketika sedang bercuti kerana kini aplikasi NOVEL+ akan bersama anda sentiasa, bila-bila masa dan dimana jua.
    Para peminat novel boleh membaca karya-karya TERBAIK penulis berbakat di aplikasi NOVEL+ yang boleh dimuaturun secara PERCUMA. NOVEL+ terdiri daripada pelbagai genre novel TERKENAL dalam Bahasa Malaysia.

    ReplyDelete

Savior of Tales