FDO: Bab 14
Floor 89th, Last Vanue. 23 ogos 2025.
Toshiro dan
Akira berjalan ke Transportation gate setelah mengalahkan Big Boss di tingkat
88. Sunyi, sangat sunyi. Walaupun pemandangan di tingkat itu sangat indah dan
menenangkan, Mereka berdua sesunyi malam yang tiada bulan.
“Kau masih rasa
bersalah?” Akira menyoal tanpa memandan wajah gloomy Toshiro.
Toshiro tak
menjawab. “Apa kau akan buat bila sampai tingkat 100?”
“Bunuh Ayaka.”
Akira sedikit
terkejut tapi dia dah agak itu jawapan Toshiro. “setelah keluar dari permainan
maut ni? Apa kau akan buat?”
Toshiro
memandang Akira dengan wajah serius. “Cari Accel.”
“Huh? Kau tahu
ke nama sebenarnya?”
Toshiro
menggeleng. “Tidak tapi aku tahu siapa yang tahu nama sebenarnya. Hanya dia
yang tahu siapa Accel sebenarnya.”
“Siapa?”
Toshiro tak
menjawab. “Kita patut rehat ni malam. Minggu depan kita kan buka Tinkat 90 dan
terus ke 100. Highlifth dah kumpul guild lain yang nak tag sekali ke?”
Akira
mengangguk. “ya, kau jangan risau pasal orang tua tu. Dia tahu apa yang dia
buat.”
Ya ke? Adakah
dia tahu apa yang dia buat time dia bunuh Accel? Desis hati Toshiro, rasa
marahnya bertambah dar sebelumnya. Dia memegang erat pedang Heaven Sword Accel
di pinggang kanannya. Accel, aku akan cari kau di dunia reality dan minta maaf
dengan keluarganya sebab tak dapat selamatkan Accel.
Accel…. Desis
hatinya sedih. Setiap malam, mimpi buruk menghantui tidurnya tentang dia
menjadi orang yang lemah tidak dapat selamatkan orang yang dia cintai. Accel
meminta tolong tapi dia tidak dapat menolongnya kerana dia terlalu cuai tidak
memikirkan Accel. Masalahnya dan situasi Accel sebagai seorag Beater. Dia tak
pernah ada di sisi Accel semasa dia lalui saat-saat genting.
“Toshiro, Kita
nak ke tingkat mana?”
Toshiro
tersentak dari lamunannya dan sedari yang mereka telah tiba di Transportation
gate. “Di mana Scy dan yang lain berada sekarang?”
“istana Accel.
Kau nak ke sana?”
Toshiro mengangguk.
Dengan itu, mereka berdua di transportkan ke Nera Castle.
8*8*8*8*8*8*8*8*8
Ai memandang
Azusa yang khusyuk membaca buku resipi dan pandangan itu buat Azusa tak selesa.
“Apa kau nak?”
“Kenapa kau tak
confess?”
Azusa menjungkit
kening dan kembali membaca buku. “Tak penting.”
Ai menggeleng.
“Ia penting. Aku dapat rasakan perasaan kau sakit Nampak mereka semua. Itu
masalah kau, kau tak nak mengaku. Kau dan Medeis Beta Tester. Dia tentu faham
dan Kau lebih hebat dari Medeis!”
Azusa mengeleng.
“Kau tak faham situasi aku sekarang.”
Ai mengangguk,
tetap berkeras. Dia sebagai MHPC harus menolong pemain yang mengalami masalah.
“Aku faham! Sebab tu aku di programkan. Untuk memahami pemain yang mengalami
masalah!”
“Tapi aku tak
alami sebarang masalah.” Jawabnya menahan rasa marah.
“Ya, Kau ada!”
“Tak ada”
“Ada!”
“Tak ada…..”
“Ada!”
“Tak ada”
“Ada!”
“Tak ada!”
“Ada!”
“Tak Ada!!”
“ADA!!!”
“TAK-ADA!”
Mereka saling
merenung sesama sendiri. “Kau nak mengaku ke tak?!”
“TAK!” jeritnya
naik okta 3. Budak ni memang menyakitkan hati. Pain in the neck betul!
*knock*knock*knock*
Mereka memandang
kearah pintu bilik mereka. “APA?!”
Scy membuka
pintu tersebut dan bercekak pinggang. “Kalau korang nak bergaduh takda,
ada,takda, ada,takda, ada,takda, ada…. Baik korang buat Duel sekali. Tamat
cerita.”
Ai mencebik dan
bergerak kearah Scy. “Scy, ada apa?”
“Kami nak jemput
Shiro-Nii dan Kira-kun dari buka tingkat ke 89. Nak join in? korang boleh jumpa
Black Worrior dan Knight, Royal Blood.”
“No thanks”
“OKAY!!”
Scy menggaru
kepalanya yang tak gatal. “Nak ke tak nak?”
“Ta-”
“Tentulah nak!”
Ai memandang Azusa. “Kan Azusa?”
Azusa mengeluh.
“Okay. Jom gerak.”
Mereka bergerak
ke Transportation gate tapi mereka kena singgah di suatu tempat dahulu. Iaitu istana
Accel dimana yang lain berada.
“Scy! Lamanya
kau ambil budak dua tu.” Rungut Medeis yang sudah lenguh menunggu mereka bertiga di depan istana Accel.
“Sorry, mereka
sempat bergaduh tadi. So, Jom pergi!”
Azusa memandang
istana Beater yang sangat cantik dan besar. Dia mengeluh.
Cyril yang
berada dalam dakapan Hades terbang ke bahu Azusa. Itu membuat Hades tak puas
hati. “Kenapa Cyril suka kau?”
Azusa mengangkat
bahu. “Entah. Mungkin sebab aku lebih hebat dari kau.”
Hades memutarkan
matanya. “Accel lebih hebat dari kau.”
“Accel?”
“Beater.” Jawab
Hades. “Dia kawan kami. Kalau kau nak tahu cam mana kami boleh jadi kawan…
panjang ceritanya.”
Azusa mengangguk
acuh tak acuh. “Tak perlu cerita. Aku tak nak tahu.”
“Cheh…”
Azusa memandang
kearah Ai yang menyindirnya. Aku ingat kau MHPC bantu orang bukan sindir orang?
Desis hatinya.
Mereka akhirnya
tiba di Transportation Gate. Toshiro dan Akira belum ada lagi di tempat itu.
Nampaknya mereka kena tunggu. Sementara menunggu, mereka ada sedikit hiduran
untuk membuat masa terluang.
“Loky, Cam mana
kau confess pada Medeis?” Hades mulakan misi menyakatnya.
“Eh?” Loky menggaru
kepalanya yang tak gatal.
Luciey memeluk
Medeis. “Medeis, beritahu lah….”
Mereka berdua
buntu tidak tahu apa nak cakap. Apa nak cakap??!!
“Meddy! Loky!
Scy pun nak tahu cam mana Korang boleh couple?? Ada babak-babak smoochies tak?
Ada tak? Ada?”
Ai turut
mengusik. “Ai dapat rasakan jantun korang doki*doki* dengan laju. Jadi itu
bermaksud babak Lovey-dovey tentu ada!”
Medeis naik
merah tidak tahan dengan usikan mereka dan.. “URUSAI!!!!” jeritnya malu.
“korang jangan nak bising sana! Kau Hades, kau dan Akira apa kurangnya?!”
Azusa terkejut
mendengar ayat itu keluar dari mulut Medeis Hades dengan Akira? Mr. Girl dengan
Tomboy? Seriously?!!
Hades bercekak
pinggang. “Hoi! Dia tak se’level dengan aku! Dia menyakitkan hati, sombong,
bongkak, Penakut dan lelaki PONDAN!! Aku takka Fall dengan dia!”
“Cheh…” mereka
semua memandang kearah Azusa yang menarik sengih. “Kau dah fall kat dia. Kalau
mulut kau nafikan sesuatu, hatimu kata sebaliknya. So, Kau L.O.V.E Knight in
Shining Armour kau tu.”
Hades naik merah
dan menghentak kaki mendekati Azusa. “Kau tahu apa?”
Mereka berdua
saling merenung. Rengungan maut jumpa Dagger stare. Siapa menang?
Azusa menarik
sengih. “Akira da tiba.”
Hades terus
memandang ke transportation gate. TIada. Dia terdengar seseorang mentertawakan
dia. “Kau…. Kau tipu aku!”
“Kau pun tipu
aku.” Kata Azusa, senyumannya masih segar di wajah.
“Mana ada!”
Azusa memutarkan
bola matanya. “ye la tu…”
“EEeeeeee…..
kau.. Kau…”
“Aku… Aku… Aku
apa?” Senyuman nakal diberikan kepada Hades. Dia dah nak checkmate.
“Kau…..!!”
“Kitorang dah
balik!!”
Muka Hades terus
naik merah apabila mendengar suara yang sangat di kenali. Azusa tertawa besar
melihat riak wajah terkejut Hades.
Semua orang
tertawakan Hades yang merah seperti epal kecuali Toshiro dan Akira. Tidak tahu
apa dah jadi.
Hades rasa
sangat malu dengan usikan Azusa. Dia tak sukakan nya, ia memalukan!
Tak guna! Kau
saja nak buat aku marah ke? Kau kenapa hah? Saja nak buat orang naik berang?
Dah lah ketawa!! “Accel!!” jeritan Hades membuat semua orang agak terkejut
termasuk Hades sendiri.
“Eh… ma-maaf.
Aku bukan-”
Azusa terus
menjadi serius. “Aku tak kisah. Korang rindukan dengan Beater korang, tapi aku
tak faham. Kenapa Beater tu special sangat dalam hidup korang? Diakan
penjenayah terbesar?”
Toshiro naik
berang mendengar ayat yang keluar dari mulut perempuan serba hitam itu dan
dengan sekelip mata, mata pedang dah sampai di leher Azusa memberi amaran.
“Jaga mulut kau tu!”
Azusa agak
terkejut tapi dia kembali tersenyum sinis. “Aku singgung perasaan korang ke?
Kalau cam tu sorrylah.” Azusa memandang pedang yang akan sembelih dia
hidup-hidup dan kembali memandang wajah Toshiro. Azusa terkejut. Dia mengambil
selangkah kebelakang.
“Aku nak balik.”
Azusa mengeluarkan small transportation stonenya. Ai segera mendekati Azusa dan
memegang tangannya. Ai dapat rasakan hati Azusa sekarang. Sangat sedih.
Mereka berdua
lenyap dari pandangan dengan sekelip mata.
Toshiro
menyarung semula pedangnya dan memandang yang lain. “Siapa perempuan tu?”
“Azusa. Dia
seorang beta tester yang boleh tahu nama dan level seseorang hanya dengan
Nampak life bar kita.” Jawab Medeis. “yang kecil tadi tu Ai.”
Akira meliht
muka hades yang merah dan menegurnya. “Kau kenapa? Tahan nafas dalam air ke?”
Hades
melontarkan renungan mautnya kearah Akira. Dia takda mood sekarang. “Kau nak
mati awal ke?”
Akira terus
menggeleng. “Tak, aku masih ada misi di sini.”
“Mereka dua pula
tu siapa?” Soal Toshiro dengan nada serius.
“Nii-chan, Ini
Luciey dia kawan baru kami. Lelaki ni pula Abang dia, Loky A.K.A Boyfriend
Medeis!!!”
Medeis terus
menutup mulut Scy. “Kau telampau banyak cakap!!”
“Boyfriend?
Sejak bila?” Akira memerhati Loky dari atas ke bawah. “Wow, pandai kau nenek
sihir cari pakwe hendsem. Apa Class kau?”
Loky dan Akira
berjabat tangan. “Archery.”
“Really?
Nampaknya kita ada dua archery dalam kumpulan. Selamat datang.” Katanya dengan
senyuman manis.
Loky mengangguk
dengan senyuman yang sama. “Arigato.”
Toshiro pula
tidak bersuara kerana memikirkan tentang perempuan yang bernama Azusa itu.
“kenapa ada NPC bersama dia?” Soalnya sendiri. Atau aku yang salah pandang?
Desis hatinya.
<><><><><><><><><><><>
Bunyi air sinki
mengalir keluar dari bilik Air di dengar oleh Ai yang berada di atas katil
sedan memandang kearah pintu bilik air.
Azusa
membasahkan mukanya beberapa kali dan mengambil tuala untuk lap mukanya. Dia
keluar dari bilik air dan melihat AI buat muka tidak puas hati. Azusa
mengendahkan Ai dan merebahkan dirinya di katil lagi satu.
“Kau memang tak
guna!” rungutnya tapi tidak dihiraukan.
Azusa memejamkan
matanya sementara Ai membebel tentang tingkah lakunya di Transportation gate
tadi. Dia tenggelam dalam hayalannya sendiri. Dia memikirkan kenapa Hades
memanggil dia Accel? Kenapa? Apa persamaan Azusa dengan Accel?
Azusa
teringatkan wajah Toshiro yang menyeramkan semasa dia mengacuhkan pedang di
lehernya. Wajah yang sangat menggerunkan yang tidak pernah aku lihat. Toshiro
sangat manis dan peramah, ya dia menyakitkan hati tapi dia baik. Menjaga
perasaan orang lain tapi apa yang aku Nampak tadi bukan Toshiro. Mukanya ketara
menunjukkan dia sangat marah dan matanya
penuh dengan kemarahan dan sering mempunyai mimpi buruk. Mata yang kurang
rehat. Apa yang dia buat selama ni? adakah mebuka semua Pintu tingkat memberi
kan dia satu beban besar? Dia sangat berbeza… dia kelihatan seperti seorang tamakkan
kuasa, apa dah jadi pada kau Toshiro? Adakah semua ini di sebabkan aku?
“Azusa!!!
Azusa!!”
Mata Azusa
terbuka luas dan sedari yang dia sedang mengalirkan air mata. Ai melihat wajah
sedih Azusa dan duduk di sebelahnya. Dia memetik jadi dan sebilah pisau lipat
muncul di tangannya. Dia mencalar lengan Azusa.
“Kau patut cakap
siapa kau sebenarnya… Accel.” Kata Ai melihat Azusa, perempuan berambut hitam
pendek emo berubah menjadi Accel yang berambut panjang hingga pinggang.
Accel
menggeleng. “Tak… aku tak boleh. Setelah aku tipu mereka yang aku sudah mati,
aku tak boleh berdepan dengan mereka lagi.” Katanya menangis.
Ai memeluk
kakinya memandang Accel menangis. Sebab itulah MHPC datang berjumpa Beater
sebab untuk naikkan semangatnya semula. Dia melihat rakan Accel tidak lagi
gembira apabila Beater sudah mati. Tiada lagi gelak ketawa dan usik mengusik
antara mereka. Ai sangat sukakan saat itu. Walaupun mereka terperangkap dalam
permainan Maut ni, Accel dapat buat mereka ketawa dan merasai saat-saat bahagia
di dalam game maut itu. Memberi mereka semangat untuk maju kehadapan dengan
semangat yang positive. Tapi bila Beater di sahkan mati, mereka semua berlawan
hanya untuk kuasa dan balas dendam. Itu bukan matlamat permainan ini di buat
tapi untuk mengalami permainan yang lain dari yang lain dengan perasaan teruja
dan seronok.
“Kau takkan tahu
kalau kau tak cuba. Lagipun, tiada maknanya kalau kau bersembunyi. Kau hanya
seksa diri kau sendiri.” Pujuk Ai lagi.
Accel bangun dan
memandang Ai. Dia menggeleng. “Maafkan aku Ai tapi aku tak nak ambil risiko tu.
Kalau mereka tolak apa jadi? Aku bertambah teruk nanti. Lebih baik aku menjadi
Azusa dari Accel.”
Ai mengeluh
panjang. Ini masalah Accel, dia tak pandai dengar cakap!
Accel menutup
mata dan menarik nafas panjang. “Game
System Unlock” muncul screen-screen maya muncul di sekeliling Accel dan dia
reprogramme rupanya semula kepada Azusa. Bagaimana dia boleh buat? Inilah
keistimewaan Accel sebagai Beta Tester iaitu membuka system permainan itu. Dia
menutup semua Screen maya itu dan mengusap kepala Ai dengan lembut. “Suatu hari
nanti, Mungkin tapi bukan sekarang.” Katanya dengan senyuman tawar.
Wajah Ai sedikit
muram. “Accel, boleh aku Tanya?”
Accel A.K.A
Azusa mengangguk. “Apa dia?”
“Kalau kau jumpa
Doktor Ayaka, apa kau akan buat?”
Azusa tersenyum.
“Minta penjelasan darinya. Jangan risau, aku takkan bunuh dia.”
Ai tersenyum
lebar dan memeluk Azusa. “Thanks Acc-Opps, Azusa.” Azusa membalas pelukannya
dan mengangguk. “Boleh aku tidur dengan kau malam ni?”
Azusa tertawa
kecil. “Okay. Kau ni manja sangat.”
“Sebab Azusa
ialah Tuan Ai… sebab, Ayaka dah bagi Azusa…” Ai menguap. “Bagi… NOG kepada… Accel.”
Azusa tertawa
kecil. “NPC pun boleh tidur ke? Oh! MHPC dah di programkan untuk mempunyai
perasaan dan tingkah-laku seperti manusia biasa. Tentu dia boleh buat apa yang
manusia boleh buat.” Azusa merebahkan Ai di sisinya. “Ayaka, kau kagumi aku
sekali lagi.”
Comments
Post a Comment