Rose Princesses: Marvelous Plan
Chapter 27
Sudah dua hari Luna pitam di atas katilnya masih belum
sedarkan diri. Adakah dia kan okay? kenapalah aku ni bodoh sangat sampai tunang
sendiri tidak dapat ditolong.
Aku bangun dari meja kerjaku dan bergerak ke tepi tingkap
memandang kearah awan gebu bagaikan gula-gula kapas didada langit pada pagi
hari. Hatiku masih rasa resah melihat keadaan Luna yang masih dalam tidurnya. Apa
yang patut aku buat untuk membantu Luna yang mengalami banyak kesusahan
sekarang ni?
Langkahku menjauhi tingkap bilik dan berputar bergerak
keluar bilik menuju ke bilik Luna. Apabila aku membuka pintu bilik Luna. Mea
sudah ada di dalam sedang mengemas lukisan Luna yang berselerak di lantai
akibat ditiup angin dari veranda.
Mea memandang kearah Minho apabila terdengar kehadirannya di
dalam bilik itu. “Minho?”
“Awal kau balik ni hari? Bukannya kelas kau habis jam 2 ke?”
Minho memandang kearah jam tangannya. 1.15 p.m.
Mea tersengih. “Ada sedikit kemalangan time kelas tadi.”
Sebenarnya… aku buat kecoh dengan mengacau sarang Black Dove semasa kelas
melawat ke bukit Maple tempat dimana Black Dove bersarang. Disebabkan itu, kami
semua di serang oleh burung minyak tu dan kelas di batalkan. Aku nak balik awal
nak pastikan Luna selamat, tak salah kan? Desis hati Mea buat muka tidak
bersalah sambil meletakkan helaian kertas lukisan di meja kerja Luna.
Minho mengangguk tanda faham dan bergerak di sebelah Luna.
memandang setiap sudut wajahnya yang tidur dengan nyenyak. “Dia nampak
tenangkan?”
Mea berputar memandang Minho yang merenung wajah tunangnya.
Mea tersenyum nipis bergerak ke sebelah Minho dan duduk di katil dekat kepala
Luna. membelai rambut si sleeping beauty itu. “Ya. Dia memang nampak tenang.
Apalah yang ada dalam fikiran budak ni sampai boleh buat senyuman melekat di
bibirnya.” Mea memandang kearah Minho dan menjungkit kening tiga kali. “Mesti
pasal kau kan? Maklumlah dua insan baru bercinta… tentu keindahan yang amat tu
terbawa-bawa ke mimpi kan?”
“D-Da-Dari mana kau..?” Tak kau shock benda yang tidak
pernah keluar dari mulut sendiri orang lain sudah tahu. Minho mengeluh kecil
apabila dapat tangkap dari mana Mea dapat informasi ini. “Onew kan?”
Mea mengangguk dengan senyuman yang belum puas mengusik
Minho. “So, Macam mana korang boleh kapel? Setahu aku korang main tepuk sebelah
tangan jak.. oh!! I know, I know! Tentu sebelum Luna ke dimensi devil kan?
Macam mana kau ‘lamar’ Luna? Mesti cara ganas kan? Macam tuannya juga. Oh wait!
Luna tentu tolak bulat-bulat kalau ganas kan? So, mesti kau buat cara roman-”
“Zipp it!” Minho memotong ayat Mea yang tak terputus-putus
teruja hingga membuat Minho sendiri menahan malu yang amat. “K-Kau tak boleh ke
tanya je? Jangan soal jawab sendiri. Aku yang penat dengar.” hanya ayat ini
yang boleh keluar dari mindanya yang bercelaru supaya Mea berhenti bercakap
pasal benda tu.
Mea tersenyum memandang Minho dengan mata kagum dengan lelaki
ex-anti-perempuan di depannya. “Chea….. kau nak jawab semua ke?”
Minho terdiam. Kaku, tidak tahu apa nak cakap apa lagi.
“B-Bukan itu maksud aku… ah! lantaklah. Kau boleh tak jangan jaga tepi kain
orang lain?”
Mea menggeleng membuat muka tidak bersalah. “Ala…. Bukan
selalu berita cam ni terjadi pada Luna.. fisrt time aku nampak Luna date anti…
opps! EX-anti-perempuan cam kau ni. sampai terbawa ke mimpi lagi tu.”
“apa maksud kau tak selalu terjadi?” Minho tidak faham apa
yang Mea maksudkan. Luna tak pernah date orang lain ke? dia tak laku ke? atau
dia selalu reject cinta orang kerana dia ni pemilih? Jual mahallah katakan.
Mea kembali memandang kearah Luna seperti ada yang tertulis
di wajah Luna tentang sejarah percintaannya. “Luna ialah anak orang terkaya di
dunia kami. Jadi ramai lelaki ingin mendekatinya hanya kerana harta yang dia
miliki. Luna tahu yang mereka semua hanya mahukan hartanya tapi dia tetap
memberti peluang kepada mereka sebab Luna memang tak boleh kata tidak dan dia
tak nak sakiti hati orang lain. Kau tahu kan cam mana perangai Luna? suka
simpan 1001 rahsia?”
Minho tertawa kecil sambil melabuhkan punggungnya di kerusi yang
tersedia di tepi katil Luna. “Dia sanggup buat apa saja sehingga hatinya
sendiri terluka.” Minho mengeluh menyandar di kerusi tersebut. “Perangainya tak
pernah berubah sejak dari dulu lagi.” Minho memandang kebawah lantai, teringat tentang tanggungjawab Luna sebagai
Heart of Robella dan merahsiakan hal tersebut dari orang lain. Beratus kali dia
gagal menyerap kuasa Heart of Robella sehingga kolam dalam bilik rahsia itu
dipenuhi dengan mutiara mata Luna. betapa terseksanya Luna masa tu, dah lah
terpaksa kawal Devil ditambah pula bersatu dengan Heart of Robella dan tidak
pernah luahkan kepada sesiapa, Dunia Luna penuh dengan pancaroba.
Mea tunduk memandang muka Minho yang asyik termenung
kelantai. “Hei Minho? Minho….. Earth to Minho? tolong jawab?”
Minho mendongak apabila terdengar namanya di panggil. “Sorry
aku terfikirkan sesuatu tadi.”
Mea tersenyum nipis. “Tak pa. aku rasa tentu kau fikirkan
budak ni kan?” Soal Mea dengan nada yang lembut. “Hei, Thank ya.”
Minho sedikit terkejut. “Untuk apa?”
“Sebab kembali ke sisi Luna dan..” Mea menunjuk muka tenang
Luna. “…Buat dia happy sampai ke mimpi.”
Jari telunjuk Luna bergerak, dahinya berkerut dan suara
kecil keluar dari mulutnya membuat Mea dan Minho memandang kearahnya. Luna
membuka mata secara perlahan, memandang siling bilik tersebut dan akhirnya
berpaling ke Mea dan Minho.
“Apa dah jadi?” Soalnya dengan nada yang lemah cuba bangkit.
Mea tolong Luna dengan memperbetulkan bantalnya supaya Luna dapat menyandar di
kepala katil dengan selesa.
“Kau tidur selama dua hari berturut-turut.” Jawab Mea dengan
senyuman nipis, rasa lega melihat Luna telah sedar dari tidurnya yang lama.
“Apa- ah….” Luna terkejut membuat kepalanya sedikit pening.
Rasa seperti ada batu diatas kepalanya sehingga rasa sebegitu berat. Luna
kembali menenangkan diri dengan menarik nafas dalam beberapa kali. “Patutlah
rasa berat sangat badan ni..” Luna ingin bangun tapi kakinya sendiri dia tak
dapat rasa. Dia mengeluh kecil, mungkin disebabkan Devil dia sebegitu penat
hingga kaki sendiri tak dapat digerakkan.
Mea dan Minho tertawa kecil melihat Luna shock hanya kerana
tertidur dua hari. Entah kenapa lagi sebabnya sehingga pasal benda kecil
seperti ini boleh buat dia terkejut.
“Bila Orang tua tu nak balik?” Luna bersuara dengan matanya
yang terpejam erat kerana sakit kepala yang amat. Dengan kondisinya yang kurang
baik cam ni, tentu dia tak dapat bergerak ke mana-mana.
“Belum tahu lagi. Mungkin dalam masa dua tiga hari baliklah.
Kenapa?” Hairan? Kenapa Luna tanya pasal En Edward pula? Tiada benda lain ke
selain pengurus kami? desis hati Minho.
Luna tersenyum nipis, matanya terbuka memandang mereka
berdua. “Baguslah.. boleh teruska-” Ayat Luna terpotong apabila terasa sesuatu
kehadiran dalam bilik tersebut dan tertawa kecil. Dia dah balik desis hati Luna
lega.
“Kau ketawa kenapa?” Pelik juga Luna ni. otaknya senget ke
akibat Devil? Desis hati Mea mula risau.
“Tak dah lah. Aku happy jak dapat peluang kedua untuk hidup.
Mea, tolong aku ambilkan minuman boleh? Tekakku rasa macam ada pasir gurun
berkumpul dalam leher ni, please…”
Mea mengangkat kening double jerk dan terus memandang kearah
Minho. dia tersenyum manis faham maksud Luna. “Okay. Jangan buat hal pula time
aku keluar sudah.”
Muka mereka berdua merah kerana amaran Mea. Mea ber’humming
keluar bilik saja nak usik mereka berdua. Well, apa boleh buat, bukan selalu
dapat usik Luna pasal benda-benda seperti ini. Selalunya Luna pasti membentak
kalau dia di usik pasal kapelnya. Live your life lah… hahaha
Apabila bayangan Mea sudah tidak kelihatan, Minho bergerak
duduk di tepi katil bersama Luna. memeluk bahu dan mengenggam tangannya. memberi
sebuah kecupan di dahi dengan penuh kasih sayang dan rindu melihat wajah
Luna(Yang sedar). “Welcome back.” Katanya dengan cara berbisik sambil mendekatkan
mukanya ke wajah Luna.
Muka Luna tambah merah dan terus menjauhkan mukanya sedikit
jauh dari Minho. “T-tak boleh.” Katanya menolak Minho dengan nada yang lemah.
Minho menghentikan pergerakannya dan memandang wajah Luna
yang tetiba kebelakang menolak… you know what kan? “Kenapa?” Minho terus
menyoal dengan nada sedikit tidak puas hati. “Tiada orang di bilik ni, hanya
kita berdua. Takkan one tender kiss pun tak boleh? I miss you dan tak boleh ke
aku dapat one kiss dari tunangku sendiri?”
Luna tersentak mendengar Minho bercakap seperti itu, cakap
secara terang menderang. Mukanya tambah merah dari sebelumnya, 2x th red!
“B-b-bukan itu. Tiga… tiga orang dalam bilik ni. bukan kita dua jak.”
Dahi Minho berkerut tidak faham maksud Luna. Jadi, dia mula
memandang sekeliling bilik Luna sehingga pintu bilik mana tahu ada mata-mata
sedang memerhatikan mereka. “Siapa?”
Tetiba sebuah portal kecil terbuka dan Danny keluar dari
pintu dimensi itu. Dengan riak wajah yang marah(sedikit blush) dia mendekati
Minho, bersimpul tangan memandang juniornya yang sedikit tidak malu berkata
sedemikian di depannya (sebenarnya dalam dimensi yang tiada orang boleh nampak
dia kecuali Luna yang hanya boleh merasakan kehadiran Servantnya.)
“Senior Dann?” Minho beralih pandangan kearah Luna, Luna
mengangguk membenarkan kenyataan di depan mata mereka. Minho kembali melihat
Danny, wajah sakit hati terhadap Danny yang kacau daun. “Can’t you give us some
private you old man?!”
Orang tua?? Budak tak kenal diuntung desis hati Danny
memberi satu pukulan di kepala Minho. “Siapa ajar kau cakap ‘sekotor’ cam tu
dengan Tuan puteri hah?!”
Minho meramas kepalanya yang sakit akibat diluku oleh Danny.
“Suka hati mak nenek aku lah! Plus, kau tak boleh ke pergi bila time cam ni
datang? Sooo… ruin the mood lah kau ni senior!”
Danny mematah-patahkan jari memprotes ayat Minho tadi. “Ruin
the mood? Mood kepala hotak engkau!”
“DIAM!” Luna terus
menjerit mengarahkan kedua bebal didepan matanya untuk berhenti sebelum ia
menjadi parah dan memalukan. Kepalanya tetiba terasa sangat berat dan pening
akibat menjerit secara tetiba. Tekanan darah rendah membuat dia rasa sakit
kepala. Segera dia rehatkan badannya sambil memicit-micit dahinya yang mula
berdenyut. “Keep quiet you idiot.” Katanya dengan suara yang kembali lemah.
Minho dan Danny mula risau melihat keadaan Luna sekarang.
rasa bersalah dalam diri mereka dan memandang satu sama lain seperti memberi
signal dari mata menyalahkan satu sama lain.
Danny berdengus dan berpaling semula kearah Luna. “Tuan
puteri okay?”
Luna menghembus nafas berat beberapa kali cuba menenangkan
mindanya. “Aku okay. Please, kalau nak bergaduh buat di luar. Nak pecah kepala
otak aku ni dengar suara kamu yang nyaring lebih okta tiga.”
Kedengaran tapak kaki berjalan kearah bilik Luna membuat
tuan punya bilik terus menarik selimut menutup mukanya. “Kasi tahu yang lain
aku dah tidur. Terutamanya si kembar.” Katanya berbisik kepada Minho. tangan
Luna masih belum melepaskan tangan Minho di bawah selimut.
Minho mengangguk, mengeratkan genggaman mereka tanda faham.
Minho memandang kearah Danny dan menjungkit kening tiga kali memprotes
kesabaran Seniornya. ‘I win.’ Mulutnya bergerak tanpa mengeluarkan suara
membuat Danny sedikit tercabar.
“Luna dah bangun? Aku nak ca- Danny!” Langkah Ann yang
bergegas masuk kedalam bilik tidur Luna terhenti sekali dengan ayatnya apabila
melihat lelaki yang hampir, haaaampir jadi suami Luna berada di dalam bilik itu
bersama dengan Minho dan Luna.
Shinee dan Rose princesses yang juga masuk kedalam bilik
tersebut turut terkejut sama melihat Danny. Mereka semua kaku, tidak tahu apa
nak cakap melihat lelaki yang berada di depan mereka yang telah membuat
kesalahan yang sangat besar berada didalam bilik tersebut. Mereka tidak boleh
buat apa-apa kerana mereka semua tahu kalau mereka halau Danny keluar tentu
Luna akan meletup sebab Luna ni jenis yang pemaaf orangnya walaupun dia ni
Demon. Lord of the Devil, She-Devil.
“Apa yang kamu renungkan tu? ya, Danny the Servant to Luna
ada di depan mata. So, apa?” Minho memecahkan kesunyian dalam bilik itu dengan
senyuman nakal.
Mea yang membawa talam yang terdapat segelas cawan kaca dan
jug yang mengandungi air putih meminta laluan tidak memperdulikan siapa yang
ada dalam bilik itu. Yang penting Luna rasa okay, dia okay.
Mea meletakkan talam tersebut di meja yang terdapat di tepi
katil Luna dan membangunkan Luna dengan lembut. “Luna… Air kau dah datang
sekali dengan tetamu. Bangunlah..”
Tiada respon dari perempuan di sebalik selimut. Mea
memandang kearah Minho dengan penuh tanda soal. Luna ni seorang light sleeper.
Kalau dengar bunyi bising sikit atau di kasi bangun tentu bangun dengan serta
merta. Mata Mea turun mengikuti tangan Minho yang tersembunyi di sebalik
selimut dan tersengih kecil. Ada udang disebalik batu desis hatinya.
Viola dan Fiona mendekati Danny dengan tangan mereka
bersilang memandang kearah Danny perlukan penjelasan. Rasa nak sakat Luna
tentang hubungannya dengan Minho terbatal akibat lelaki Servant hadir di depan
mata. Permainan kesukaan mereka dah kembali; mengusik.
Viola: “Kenapa kau nak kahwin dengan Luna kalau dah tahu apa
akibatnya?
Fiona: “Kenapa ambil risiko tinggi?”
Viola: “Kau sebagai Servant yang setia patut tahu yang Luna
sangat ambil berat tentang keselamatan Robella tapi kenapa kau buat
sedemikian?”
Fiona: “Shame on you… Sanggup kau abaikan tugas kau hanya
kerana keinginan shelfish kau tu? Apa yang kau fikirkan ni?”
Viola: “shame full”
Fiona: “Disrespectful”
Viola: “ Dishonor”
“Sangat mengecewakan.” Kata si kembar serentak fire Danny
dengan satu ayat penamat yang boleh buat Danny terasa.
Danny kaku tidak sangka yang dia akan menerima soalan dan
makian bertubi-tubi dari si kembar. Dia terlupa tentang kehadiran dua devil
kecil ni yang selalu buat hal terhadapnya semasa di dunia manusia. Danny
mengeluh dan memandang semua orang dalam bilik itu, Onew, Jonghyun, Minho, Key,
Teamin, Mea, Si kembar, Ann dan akhir sekali Masternya yang berpura-pura tidur
disebalik Selimut.
“Aku buta. Aku tahu
aku terlampau selfish hingga abaikan perjanjian Master dan Servant ni. Maafkan saya
Tuan Puteri. Saya hampir hancurkan Robella yang Tuan Puteri mati-mati nak
jaga.”
Mereka semua terus memandang kearah Luna yang ‘tidur’.
Hairan, kenapa dia bercakap dengan orang yang sedang tidur. Atau itu yang
mereka fikirkan apabila mereka dapat tangkap situasi sekarang.
Luna menurunkan selimutnya dan kembali duduk menyandari
dikepala katil. Dia tersenyum sambil menggeleng lemah. “Aku faham perasaan kau
Dann. Maafkan aku kerana tak balas perasaan kau tu.”
Danny pula menggeleng. “Tak perlu minta maaf Tuan Puteri.
Saya nak buat Tuan puteri gembira kerana Puteri sering terseksa dengan
tanggungjawab puteri di sini dan terfikir jika saya boleh bahagiakan puteri di
Dunia manusia nanti. Tapi, betullah kita tiada jodoh. Hanya Minho yang dapat
bahagiakan Tuan puteri dan saya rasa sangat bersyukur kerana itu.” Semua orang
di sekelilingnya tidak dihiraukan dan terus berbicara manis dengan Master yang
disayanginya itu. Walaupun tangan Luna dan Minho masih berpegangan disebalik
selimut.
Luna tersenyum manis yang Danny prihatin terhadapnya dan
tidak menyimpan apa-apa dendam kerana cintanya tidak terbalas. “Perempuan yang
dapat tabat hati kau tentu orang yang paling bertuah dapat lelaki caring cam
kau ni.”
Danny tersenyum nipis gembira mendapat pujian dari Luna.
“Terima kasih Tuan Puteri.” Katanya dengan tundukkan kepalanya tanda hormat.
Si Kembar dan Shinee ingin tertawa mendengar percakapan
formal Danny. First time dalam hidup mereka mendengar Danny bercakap sebegitu
formal pada orang. Guru di kelas pun dia cakap slamber apatah lagi raja, tak
pernah berfomal. Luna yang tiada pangkat apa-apa pula dengan formalnya dia
bertutur kata. Mak oi!! Giler ke apa budak ni? kerana perjanjian Master dan
Servant jak sebab dia formal seperti begitu?
Onew tertawa kecil membuat mata yang lain terbeliak. Mereka
bersusah payah tahan dari tertawa, Onew dengan selamba dia mentertawakan Danny.
Onew mendekati Danny dan menepuk bahunya sambil tangan
kanannya menghulur tanda salam. “Welcome back my friend.”
Danny tersenyum lega dan menyambut tangan Onew. “Thanks
bro.”
Dengan langkah Onew menerima Danny semula, Jonghyun, Key dan
Teamin mula mendekati Danny juga menerima Danny. Onew penentu segalanya,
apabila Onew kata ya, mereka juga kata ya. apabila Onew kata tidak, mereka
terpaksa kata tidak walaupun mereka ingin lalkukan yang sebaliknya.
Si kembar tersenyum sesame sendiri dan mengalihkan pandangan
mereka kearah Luna dengan senyuman nakal yang ingin meneruskan plan utama mereka.
Viola bergerak dahulu menarik Minho jauh dari Luna dan duduk tempat minho iaitu
di tepi katil manakala Fiona memanjat katil tersebut pergi kesebelah Luna dan
mereka berdua memeluk erat lengan Luna memastikan mangsa mereka tidak lari.
Luna sudah dapat rasakan apa yang akan berlaku selepas ini
hanya dengan melihat riak wajah si kembar yang tersengih-sengih macam kerang
busuk. Mak oi…. Apa lagi karenah budak dua ni nak buat ni? Desis hati Luna mula
risau.
“Kami nak sakat kau hingga temperature badan kau naik tapi…”
Viola menjeling kearah Danny yang keluar secara tiba-tiba.
Fiona memetik jarinya di depan muka Viola larang dia
merenung orang dengan pandangan cam tu. kedua Luna dan Viola memandang Fiona.
“Anyway… kami ada berita gembira. Sangat, saaaangat gembira hingga kau sendiri
takkan percaya apa yang berlaku semalam.”
Luna memandang kedua kembar disebelahnya dengan wajah ingin
tahu apabila mereka berdua diamkan diri membuat dia menunggu-nunggu berita
gembira yang si kembar ingin katakan. Tapi, si kembar hanya tersengih-sengih
macam kerang busuk memandangnya.
Luna terus memandang yang lain yang juga tersenyum sekali
tapi bukan senyuman macam dua devil twin ni. kelihatan seperti senyuman tumpang
gembira. Hanya Danny dan Luna yang membuat muka blur. buntu kenapa orang dalam
bilik ni tersenyum-senyum.
“Cakap jelah! Aduh…” terasa seperti satu pukulan di
kepalanya apabila dia berteriak hilang sabar untuk menunggu mereka yang hanya
berdiam dengan senyuman melekat di wajah mereka.
Semua buat riaksi mendekati Luna apabila melihat Luna ingin
rebah tapi dia dapat mengawal dirinya untuk menyedarkan diri.
Mea yang duduk di katil sebelah Fiona memukul bahu Fiona
kerana buat Luna tambah sakit. “Kau nak buat dia pitam dua hari lagi ke?” Soal
Mea kepada si kembar tapi hanya Fiona yang dapat pukulan. “Jonghyun lamar Vee
semalam dan tadi pagi di kampus, Key lamar Fiona pula.” Mea menyatakan berita
gembira yang Luna tunggu-tunggu.
Mata Luna terbeliak bulat mendengar apa yang Mea baru
katakana sebentar tadi. Tidak percaya, atau tak mahu percaya. Bagai satu beban
besar dari langit terhempap di bahunya sekali lagi. Apa? Kenapa sekarang? Tak
mungkin… ini….
Ann yang berada di kaki katil menggoyangkan kaki Luna yang
merenung kea rah runag kosong. “Kak El OK ke?”
Luna tersentak dari lamunannya dan menggeleng keras dan
terus tersenyum menyembunyikan kerisauannya. Apa boleh buat, aku dah jangka
benda ini akan terjadi… apapun keputusan mereka aku akan sokong. Jika mereka
hendakkan perkahwinan…. Aku bagi satu untuk mereka desis hati Luna dengan
senyuman manis terukir diwajahnya cuba sedaya upaya untuk menutup rasa
resahnya.
Luna memandang Key dan terutamanya Jonghyun, ini juga satu
perkara yang sukar di percayai. mereka lamar si kembar? Seriously? Jonghyun
yang buat Aku terkejut beruk dari Key. Kalau Key yang jenis soft heart ni aku
percayalah dia buat langkah melamar tapi Jonghyun?! Lelaki yang jenis acting
cool dalam semua perkara membuat langkah yang sangat drastic! beranikan diri,
memalukan dirinya, menjatuhkan maruah sendiri untuk melamar Viola yang brutal
dan dia setuju? Agree tanpa ada pertelingkahan? Dua kepala batu ni ingin
berkahwin? Betul ke apa aku dengar ni?
Jonghyun naik malu apabila Luna memandangnya dengan wajah
tidak percaya tertulis di mukanya. “Betullah! Kenapa kau buat muka cam tu?”
Luna tersentak dari lamunannya dan menggeleng kepala
membuang semua fikiran negativenya memikirkan macam mana cara Jonghyun melamar
Viola. Tentu lawak. “Nothing. Aku shock yang orang trep cool, berang lagi ego
dapat buat perkara melamar anak dara orang tanpa berfikir panjang. Vee ni pun
satu, tak sangka kau akan terima lelaki masuk dalam ‘dunia yang hanya ada Vee
dan Fee’. Kau tahukan Jonghyun akan masuk dalam hidup kau dan takkan keluar
lagi?”
Viola blush mendengar Luna berkata seperti itu. Memalukan
betul, kenapa aku yang kena ceramah jak? Fee cam mana?
Luna berputar pula kearah Fiona dan menjungkit kening tiga
kali. Time untuk si adik kena tegur. “Tahniah! Tak sangka orang pemalu cam kau
ni dapat buat langkah yang sangat besar tanpa pertolongan aku. Nampaknya tak
perlulah aku tolong korang dalam semua hal kalau korang dua dah kahwin kan?”
Luna memeluk kedua rakan kembarnya dengan erat tumpang gembira dengan mereka
akhirnya dapat membuka hati untuk menerima dunia sebenar di sekeliling mereka
dan keluar dari dunia yang hanya ada mereka berdua sahaja.
Tanpa disedari, air mata bergelinang turun kepipi membuat
yang lain terkejut, hairan kenapa Luna tetiba menangis.
“L-luna.. kau okay ke?” Danny mula panic dan mendekati Luna
tapi dihalang oleh shinee. Mana boleh servant dekati tunang orang. Dia tiada
hak untuk jadi sebegitu prihatin selain Minho walaupun dia bertanggungjawab
dalam keselamatan Luna.
Luna menggeleng dan mengelap air matanya. Dia tersenyum
kepada mereka. “I’m fine. Aku happy jak yang semua dah selesai. Shadow dah
tiada, Devil dah… well, dah tak ganggu kita lagi. Sekarang, buka mata jak aku
dengar perempuan yang paling aku risau tentang masa depan mereka akhirnya nak
berkahwin. Tak perlulah aku risau lagi nak jaga dua devil kecil ni.” Luna
memeluk mereka dengan penuh kasih sayang. Luna memandang Ann dan Mea dengan
mata yang berkaca. “Come here you two.” Katanya menyuruh mereka datang ke dalam
pelukannya.
“Kak El…” Ann melompat keatas katil dan memeluk Luna dengan
erat dan baring di dadanya rasa sangat gembira hingga tidak terkata.
Mea tersenyum menangis dan mendekati Fiona. Memeluk Fiona
hingga ke bahu Luna. tangannya yang satu lagi mengusap air mata Luna. “Kau
hodoh kalau kau menangis.” Katanya sempat lagi mengusik Luna.
Luna tertawa kecil. Memeluk mereka berempat dengan erat. Dia
gembira kerana dapat berjumpa dengan mereka, dia lega kerana dapat peluang
untuk berjumpa dengan mereka lagi setalah berlawan dengan maut, dan dia
bersyukur kerana mempunyai insan yang menyayanginya. Keluarga, dia
sangat-sangat gembira menganggap mereka seperti keluarga sendiri. Mea seperti
seorang kakak, Si kembar sebagai adik kembar yang menyakitkan hati dan… Ann,
seorang adik bongsu yang manja dan cute.
Apabila mendengar si kembar ingin berkahwin, itulah perkara
paling mengembirakan buatnya. Segala rasa resah dan risau dalam hatinya tentang
si kembar hilang seperti satu beban di bahunya telah lenyap, selasai dan harap
takkan kembali lagi. Dulunya si kembar yang tidak mahu sesiapa masuk dalam
dunia mareka membuat dia risau. Tapi setelah Ke Robella, semuanya berubah
secara perlahan terima kasih kepada Jonghyun dan Key. Mereka telah buat membuka
pintu hati mereka berdua untuk menerima dunia yang penuh dengan ramai orang.
Membuka mata mereka yang orang masuk kedalam dunia mereka tazkkan memisahkan
mereka berdua.
Tapi, dalam lubuk hati Luna, dia menangis… rasa bersalah
terhadap empat perempuan dalam dakapannya itu. Apa patut aku buat? bagaimana
aku nak selesaikan masalah ni pula? Maafkan aku semua…. Maafkan aku… desis
hatinya yang sebak memikirkan nasib mereka yang akan menimpah tidak lama lagi
XOXOXOXOX
Dua minggu telah berlalu dengan
cepat dan situasi di Kerajaan Robella semuanya dalam keadaan selamat.
Mereka semua dapat tidur dengan
lena pada malam itu tanpa memikirkan ancaman Negara. Luna yang kehilangan
banyak tenaga akhirnya sembuh terima kasih kepada Ann membuat ubat yang boleh
mengembalikan tenaga Luna.
Tapi, Hanya Luna yang mempunyai
masalah yang belum diselesaikan. Sekarang dia berada di pejabat En Edward
berdepan dengan orang tua senget(tanggapan Luna) yang baru sahaja semalam
pulang dari urusan ‘overseas’nya.
Mukanya kelihatan tegang memandang
kearah Luna. Luna pula hanya duduk bersilang tangan dan kaki menyandar dengan
wajah slamber tidak takut dengan renungan En Edward. Dia menjungkit kening
kirinya menunggu ceramah apa yang dia akan dapat dari Mr. Muka-tegang
dihadapannya ini.
En Edward menghembus nafas lelah,
sudah pedap dengan dahulunya puteri yang dia sanjungi di depan matanya ini.
“Saya kecewa dengan kamu… puteri.”
Luna berdengus disertakan senyuman
sinis. Dari pendengarannya, En Edward terasa berat untuk memanggilkan Puteri
lagi tapi dia tak terasa malah, happy melihat En Edward memaksa diri. Lagipun,
dari kecil lagi dia bencikan En Edward. Dia mula benci pengurus tua ni semasa
Raja Alexander dan mamanya membuat perbincangan tentang perkahwinannya dengan
salah satu putera raja Robella, tentulah En Edward kena ada dalam perbincangan
tu, diakan pengurus.
Mamanya ingin dia dengan Minho
tapi Raja Alexander ingin bersama anak sulungnya Onew kerana Minho dan Luna
selalu bertengkar. Di kuatiri akan menjejaskan reputasi Robella. Mamanya cuba
meyakinkan Raja sehingga raja sendiri akur dengan Duches Rowena kerana Mamanya
kelihatan begitu yakin. Tapi, dibantah pula oleh En Edward, dialah orang yang
membantah dia dengan Minho. katanya mereka tidak boleh buat perkara yang
berisiko tinggi. Macam mana kalau Minho dan Luna takkan berbaik dan hanya bergelar
sebagai suami isteri atas kertas sahaja asalkan mereka tidak mencintai sesama
sendiri. Ini mungkin akan mengakibatkan skendal dan secara tidak langsung
menyejaskan reputasi Robella.
Dari situ, Luna membenci En Edward
yang hanya ikutkan hatinya. kalau dia cakap tidak boleh, tidak bolehlah
jawabnya walaupun keputusannya tidak diterima. En Edward tentu akan buat cara
lain supaya caranya berhasil. Dia sebenarnya baik sebab fikirkan Keselamatan
Robella sebagai asset Dunia tapi, caranya adalah salah. Dia tidak boleh mendengar
kata hatinya sahaja dan mengabaikan cadangan orang lain. Seperti dia boleh buat
semuanya tanpa mendapat bantuan dari yang lain.
“Apa tujuan kau panggil aku ke
sini? setahu aku, aku tak buat apa-apa masalah.” Luna menolak rambut depannya
ke belakang telinga dan memeluk tubuh. Menyandar dikerusi yang empuk itu cuba
mencari keselesaan.
En Edward membuka salah satu laci
mejanya dan mengeluarkan sebuah fail nipis dan menghulurkannya kearah Luna.
Luna mengambil fail tersebut dari tangan En Edward dan membuka isi
kandungannya. Terukir sebuah senyuman nipis di hujung bibirnya melihat tajuk
yang tertulis dalam kertas salinan itu.
“Saya perlukan penjelasan yang
logic kenapa Puteri buat seperti ini.” Dari melihat riaksi wajah Luna melihat
kertas itu, En Edward tahu ini dalang kepada hal ini. Tak lain dan tak bukan, Luna.
“Apa yang kamu rancangkan ni?”
Luna menarik nafas dalam cuba
menyembunyikan rasa puas hatinya melihat kertas salinan itu di cop rasmi oleh
pihak yang bertanggungjawab dan memandang kearah En Edward semula. “What?”
Soalnya dengan wajah tidak bersalah. “Aku satukan dua insan yang saling
mencintai. Tidak salahkan?”
“Bukan itu maksud aku.” Luna
terkejut mendengar En Edward berkata tidak formal kepadanya menunjukkan
kesabarannya mula nipis. “Pu… Kau tahukan kau ambil risiko yang tinggi dengan
menyatukan rakyat biasa dengan golongan Raja. Itu akan menconteng arang ke muka
Onew. Kau telah ditakdirkan menjadi Penjaga Heart of Robella sepatutnya menjadi
pewaris seterusnya.” Katanya dengan nada yang sedikit tinggi dari sebelumnya.
“Oh ya… aku lupa pasal tu..”
Katanya dengan nada sedikit terkejut. Serius, Luna memang lupa pasal
tanggungjawabnya sebagai penjaga Heart of Robella. “Oh well, nampaknya semua
dah terlanjur.” Katanya lagi dengan slamber.
En Edward naik berang dan
menghentak meja. “Ini bukan perkara yang boleh dibawa main!” dia menjerit naik
okta tiga membuat Luna sedikit terkejut. “Perkara yang melibatkan asset dunia
tidak patut dibawa main! Kau patut se-”
“Aku memang serius.” Kata Luna
dengan wajah yang tegang. Kali ini dia serius, tiada hela disebalik wajah yang
menggerunkan itu. “Aku serius tentang hal ini dan aku takkan sesekali bawa main
perkara yang paling penting bagi aku.” Katanya lagi dengan mata yang
menggerunkan membuat En Edward terdiam. “Betul, aku ambil perkara yang sangat
berisiko mengahwinkan Meako dan Onew walaupun Onew akan menjadi Raja
seterusnya. Ya, Aku memang penjaga Heart of Robella tapi ia tak semestinya aku
kena jadi permaisuri. Aku hanya penjaga dan tidak lebih dari itu. Selagi Heart
of Robella itu ada, selagi itu aku takkan tinggalkan istana ini kerana jika aku
tinggalkan tanggungjawab aku, Heart of Robella akan menjadi kuasa hitam yang
akan menghancurkan semuanya, termasuk planet ini.”
Kata-kata Luna membuat En Edward
remang bulu romanya satu badan, ini kali pertama dia mendengar yang Heart of
Robella boleh berbuat sedemikian. “Apa sebenarnya Heart of Robella ni?” DIa
mula menyoal kerana tanggapannya tentang Heart of Robella ialah Rakyat jelata.
Apa bila Luna berkata seperti itu, dia mula rasa takut.
“Ia sebuah kuasa yang sangat kuat.
Ia telah hidup lebih seribu tahun sejak kerajaan ini wujud. Boleh dikatakan ia
memegang watak sebagai senjata terakhir digunakan untuk mengalahkn kejahatan
dari mengambil alih asset dunia iaitu Robella. Golden Blood seperti kami akan
dipilih dengan berhati-hati supaya tiada
diantara kami menyalahgunakan kuasa ini. Ia hanya dan hanya digunakan untuk
melindungi Robella dari kuasa kejahatan.” Luna cuba menenangkan ototnya yang
sudah mulai tegang akibat En Edward memberi dia tekanan. Dia tak boleh marah
sebab dia masih dalam keadaan lemah walaupun dia sudah disembuhkan oleh kuasa
Ann.
“Jadi, jika Golden Blood
meninggalkan atau menyalahgunakan kuasa ini… ia akan bertukar menjadi Kuasa
hitam yang merbahaya dan mungkin akan menghancurkan satu Robella atau lebih
teruk… Satu planet ni!” katanya seperti memberi sebuah amaran kepada En Edward.
Air muka En Edward mula pucat.
Tidak tahu apa yang patut dia buat. Jika Luna tinggal di istana hanya untuk
menjaga Heart of Robella, tentu menimbulkan tanda tanya dalam diri rakyat. Luna
bukan Alizabeth lagi, bukan orang yang dikenali penjaga Heart of Robella lagi.
Apa patut dia buat? buat pertama kali dia rasa buntu tidak tahu apa patut dia
lakukan untuk mengelakkan perkara buruk berlaku. “Apa rancangan kau?”
Luna sedikit terkejut dan akhirnya
tertawa kecil. Itu membuatkan En Edward hairan. “Ini kali pertama aku dengar
orang macam kau meminta pendapat orang lain.” Katanya menahan gelaknya.
“Beginilah, kau urus dulu hal kerajaan dan biarkan aku dan Onew menyelesaikan
perkara ini. Apa kata kali ni kau benarkan kami urus beberapa perkara.” Luna
melandingkan kepalanya di meja dengan kedua tangan sebagai penyokong di dagu.
Dia mengangkat kening tiga kali ingin mendengar apa pendapat En Edward.
En Edward tertawa kecil. Dia
mengalah dengan perangai budak yang di depannya ni. “Baiklah. Aku percayakan
kau untuk selesaikan masalah ini tapi, aku perlukan hasil yang positive.”
Luna tersenyum mendengar ayat yang
dia sudah agak akan keluar dari mulut orang tua sinting ini. “Okay-okay.” Luna
bangun dari tempat duduknya dan mula bergerak keluar dari pejabat En Edward
setelah mendapat persetujuan dari dia.
Setelah pintu pejabat itu
tertutup. Terukir sebuah senyuman lebar di wajahnya rasa puas hati yang dia
dapat melanjutkan rancangannya tanpa ada orang seperti En Edward mengacau dia
lagi.
“Let’s get the game started.”
Katanya dengan idea yang sangat gila dalam mindanya tapi senyuman gembira yang
terukir di wajahnya lenyap apabila teringatkan satu perkara yang sangat tidak
diingininya berlaku. Luna menggeleng kuat cuba menghilangkan subjek tersebut
dari kepalanya. “Tak! Hal tu takkan buat aku berhenti dari buat plan aku! Kawan
dulu baru takdir yang….” Semangat Luna hilang dengan serta merta dan bertukar
ke sedih. Dia menutup mata kirinya dengan tapak tangannya sambil tunduk
memandang kakinya. “Apa yang aku merepek ni? kawan dulu? Don’t be so selfish
Luna…” katanya dengan nada menggeletar dan mutiara mata bergelinang turun dari
matanya.
besttt... nak lagi hehehe
ReplyDelete