Racing Heart: Prologue


Di sebuah rumah apartmen kecil dimana seorang bapa sedang berbincang dengan dua anak kesayangannya di Ruangtamu rumah. Encik Fujika seorang bapa tunggal yang tinggal bersama seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan yang sangat disayangi, terutamanya anak perempuan yang mirip dengan wajah arwah isterinya.

“Maafkan Papa, sakura..”

“Tapi papa…” katanya dengan manja, memujuk. “Kenapa Sakura tak boleh tinggal? Abang Yamato kan ada?”

En Fujika mengeluh dan menggeleng masih menidakkan rayuan anak kesayangannya. “Abang kamu dah besar dan dia boleh jaga diri dia di sini dan kamu masih kecil lagi.”

“Sakura 17 tahun! Sakura boleh jaga diri sakura sendiri!” dia menegas dengan suara yang lembut walaupun dia marah, dia tak boleh naikkan suara. Kalau tak, takkan dapatlah dia tinggal dengan abangnya.

“Tidak tetap tidak.” Sahut En Fujika ringkas dengan gelengan kecil.

Eeeeee….! Jerit hatinya tidak sangka bahawa papanya masih berkeras dengan keputusannya. Sakura memandang kearah Abangnya yang di sayangi lagi di cintai. Dia satu-satunya harapan untuknya tinggal bersama Yamato tapi malangnya, Yamato juga menggelengkan kepala turut tidak setuju Sakura tinggal bersamanya. Sakura mengetap bibir, rasa kecewa yang abangnya berada di pihak papanya dan dengan rasa marah membara didalam hati dipercikkan lagi dengan minyak penuh kekecewaan, Sakura meninggalkan dua jejaka kesayangannya yang kini di benci(buat sementara waktu) naik ke biliknya, berkurung.

Setelah mendengar pintu bilik Sakura di tutup dengan kuat, Yamato beralih semula memandang papanya. “Pa… saya tak kisah sangat kalau Sakura tinggal dengan saya di sini.” Dia akhirnya bersuara. Dia sebenarnya mahu Sakura tinggal dengan dia malah dia Happy sebab ada adik kesayangan yang boleh di sakat setiap hari tapi Papanya kelihatan serius tentang perkara ni dan dia tidak dapat membela Sakura di depannya.

“Tidak Yamato. Papa tak nak bebankan kamu dengan menjaga Sakura di sini. Kamu sibuk dengan University dan kerja sambilan. Kamu takkan ada masa untuk menjaga adik kamu.” Katanya dengan sedikit kecewa. Papanya sendiri ingin Sakura tinggal di sini dan tak perlu pindah sekolah. Dia takut nanti Sakura takkan dapat kawan baru di sekolah barunya dan akan dapat masalah. Dia lebih rela dia disini tapi situasi tidak membenarkan Sakura untuk tinggal. Baru dua minggu lepas abangnya masuk University Tokyo dan tentunya dia sibuk setiap masa, di tambah pula dengan kerja sambilan, Papanya kuatir yang Yamato tiada masa untuk pantau gerak geri Sakura.

Yamato meramas rambutnya dan mengeluh kecil. “Sakura dah besar dah pa… dia akan okay di sini.”

“Papa kata tidak, Yamato. Kamu akan tinggal di sini dengan kawan kamu kan? Sakura sendiri dengan dua lelaki yang tiada kaitan?”

“Tapi mereka--”

“No. Keputusan papa adalah muktamad. Sakura akan bertolak ke Hong Kong bersama Papa minggu hadapan.” Katanya sedikit tegas. Dia dah tak nak masalah ini dipanjangkan lagi. Dia kenal sangat anak sulungnya yang akan membela adiknya walaupun dia kata dia tidak setuju. Dalam duniannya, Sakura lebih penting dari segala-galanya.

Yamato akhirnya akur dan mengangguk faham. Dia meminta diri untuk pergi dan naik ke ketingkat atas. Apalah nasib Sakura. Maafkan abang tak dapat bela kau desis hatinya dengan sedikit kecewa.

Yamato berdiri dihadapan pintu Sakura yang terdapat papan putih tertulis ‘Bilik Sakura (Do not Disturb)’ bergantung di pintunya. Yamato mengetuk pintu Sakura ingin tahu jika adiknya okay.

“Squirt, ini abang Yamato. Buka pintu ni.”

Tiada respon. Yamato mengetuk pintunya sekali lagi dan berkata; “Sakura, buka pintu.”

Yamato terdengar bunyi orang menangis dari sebalik bilik dan mengeluh. Ini buat dia rasa lebih bersalah kerana gagal membantunya. “Aku kira sampai lima untuk buka pintu ni durjana ni. Kalau tak, Aku akan belah dua pintu ni dan belasah kau cukup-cukup.” Yamato mula mengira apabila Sakura tidak memberi sebarang respon dan berhenti sampai kiraan ketiga apabila terdengan bunyi ‘click’.

Sakura membuka pintunya sedikit dan kembali ke katil, menyambung kerjanya yang tertangguh; memeluk bunny white sebesar badannya(Cuma lebih fluffy dan gebu)dan berpaling dari abangnya.

Yamato membuka pintu bilik sakura dengan lebih luas; masuk kedalam dan menutup semula pintu bilik Sakura supaya En Fujika tidak mendengar apa yang mereka akan bicarakan. Dia merenung kearah adiknya yang memuncung dengan mata yang berkaca menahan tangisannya supaya nampak cool. Dia mengeluh. Dari manalah dia belajar semua ni desis hatinya Yamato mendekati Sakura dan melabuhkan punggung di sebelah adiknya.

“Bukannya dunia nak kiamat pun, Squirt. Kau boleh datang sini time cuti sekolah ataupun aku datang ke sana untuk melawat. Tak payahlah kau nak buat kerja sia-sia ni.” Kata Yamato sambil mengusap kepala adiknya.

Sakura menjeling kearah abangnya dan mencebik. Sakura dah masak dengan ayat kasar Yamato dan dia tahu setiap ayat kasar yang keluar dari mulut Yamato hanya sekadar di mulut untuk sakitkan hatinya sahaja. No deep meaning. “Ia tak sama. Kau tak selalu ada bila aku perlukan kau.”

“Kau ni macam budak kecil, Squirt.” Katanya menyakat sambil mengusap kepalanya dengan lebih laju.

“Aku bukan budak kecil!” Sakura menolak tangan abangnya dengan marah, perasaan sedihnya terus hilang dengan sekelip mata.

Yamato pula tersenyum melihat muka marah adiknya yang CUTE sangat. Riak wajah yang kedua paling Yamato suka dalam dunia, kalau boleh dia nak buat Sakura mencebik dan berteriak setiap hari.
“Yalah… yalah… My Baby squirt.”

Sakura mencebik tapi bertukar menjadi sebuah senyuman nipis. “Kau janji akan lawat kan?” Sakura menyoal dengan suara sedikit bergetar yang baru habis bersedih.

“Tentulah, Tiada apa yang boleh halang aku dari lawat Baby Quirt-ku.”

Sakura memutarkan bola matanya dengan rasa sakit hati. “Dah berapa kali aku nak cakap, aku BUKAN baby atau squirt!” Dia menjeling kearah abangnya dengan mata yang membara tapi ia hanya buat Yamato tertawa besar.

“I hate you…” Sakura menyilangkan tangannya pedap dengan perangai abangnya yang selalu menyakat dan mengatil. Sakura menjeling kearah abangnya semula dan melihat Yamato terhibur dengan senyuman yang lebar melekat di wajahnya.

“Ala… janganlah cam tu.” Yamato memeluk adiknya dan mengucup kepalanya dengan penuh kasih sayang. Sakura mengeluh kecil dan merehatkan badannya dalam dakapan abangnya.

“Aku akan rindukkan kau, Yamato. Walaupun kau ni abang menyakitkan hati dan overprotective.”

Mereka berdiam diri seketika cuba mengambil saat ini sebagai saat yang ingin diingati sehingga Yamato bersuara dengan nada amaran tapi lembut. “Aku baru ingat, kalau aku dengar kau ada boyfriend nanti… nahas budak sengal tu mati katak dan Aku kurung kau, takkan dapat peluang nampak matahari terbit lagi, Understand?”

Mata Sakura terbeliak bulat tapi dia cuba sembunyikan riak wajahnya yang terkejut. “So…” Dia tukar topic. “Can we have one last race?”

“Kau tak perlu tanya. Aku takkan lepaskan kau tanpa satu lagi perlumbaan; dimana aku yang akan menang… lagi.” Yamato menarik sengih.

“Whatever Yamato..” Sakura mencebik.

=X=

Tiga malam seterusnya…

Sebuah kereta pink Spider meluncur laju melalui dua hala jalan raya yang sunyi. Lapan puluh, Sembilan puluh, seratus…. Kaki si pemandu tidak berganjak dari paddle minyak sehingga mencecah 120 dan walaubagaimanapun, kereta hot pink ini meneruskan kelajuannya ke tahap yang lebih tinggi. Ia bergerak pantas seperti melihat suatu pink laser bergerak dengan laju diatas jalan raya kosong itu.

Sakura tersenyum dengan gembiranya. Sedikit lagi dan dia akan sampai ke garisan penamat dan menang perlumbaan itu. Tetapi, entah dari mana, satu laser hitam meluncur laju melimpasinya. Sakura terngangah sebelum menjadi sebuah keluhan yang mengecewakan. Dia kalah lagi.

Dalam perjalanan kearah destinasi, dia membuat putaran 180 degree, tayar keretanya meluncur dan berhenti di sebelah kereta black Spider. Mematikan injin, pintu pink kereta itu dibuka. Sepasang kaki keluar dari pintu tersebut, diikuti dengan badan yang membongkok keluar dari kereta dengan pink halter top dan skirt warna hitam.

Dia mendekati kereta hitam tersebut dan menghentikan langkahnya dihadapan pintu driver, si pemilik kereta hitam itu. Tangannya bersilang di dada dan menunggu. Kakinya dihentak-hentak diatas tanah dengan geram tapi pintu kereta hitam itu kasih lagi tertutup. Dia memutarkan bola matanya dan mula mengetuk tingkap pintu pemandu. Akhirnya, injin kereta tersebut dimatikan dan pintu permandu terbuka. Sebuah figura yang tinggi keluar dari kereta tersebut dengan senyuman bangga pertampal diwajahnya.

“Jangan sebut..” Matanya memberi lelaki dihadapannya amaran.

“Apa? Yang kau kalah… lagi?” Yamato menarik sengih.

Rasa geram plus marah plus sakit hati bercampur aduk dalam dirinya, Sakura melepaskan semua perasaannya dengan menghentam kaki sekuat hatinya.

“Satu hari nanti, Abang, Aku akan kalahkan kau!”

“Teruskan bermimpi, My Baby Squirt. Dan satu hari nanti, ia mungkin tercapai.” Dia melemparkan senyuman sinisnya kearah Sakura.

“Argh!!!”

Yamato tertawa sepuas hati melihat muka adiknya yang merah menahan marah yang amat sangat.

=X=

Sehari sebelum berlepas ke Hong Kong, dua beradik sedang lepak di tepi tasik didalam sebuah taman yang berdekatan dengan rumah mereka. Sakura duduk dengan lututnya di bawah dagu merenung jauh ke tengah tasik gelap, manakala Yamato baring diatas rumput disebelahnya dengan mata yang tertutup. Mereka berdua lepak bersama dengan suasana senyap yang menenangkan.

“Yamato.” Sakura membuka mulut memecahkan kesunyian yang mereka nikmati.

“Hmm?” Jawab Yamato masih dengan mata tertutup.

Sakura mengeluh kecil. “Nothing…”

Mata kiri Yamato terbuka memandang kearah adiknya. “Kenapa ni?”  Apabila wanita kata ‘nothing’ itu bermaksud ada ‘something’.

“Hong Kong tu… tempat yang seronok kan?” Sakura bersuara setelah beberapa minit berdiam.

Yamato bangun dari baringnya dan memandang kearah wajah adiknya yang sayu. “Mungkin.” Dia tersenyum nipis.

“Di sana ada racing juga, kan?”

Yamato tertawa kecil dan memeluk adiknya cuba memberi dia sedikit semangat kepadanya. “Tentulah… dan jangan Lupa apa yang aku sudah ajar.”

“Okay.” Sakura berjanji dengan nada yang lemah. Kali ini, dia betul-betul akan tinggalkan abangnya dan hidup bersendirian(tak lah sendiri) tanpa ada abang kesayangannya di sisi untuk menceriakan hidupnya, mengajarnya untuk berlumba, menyakat dia setiap hari. Sakura risau kalau itu semua tiada di sana apabila Sakura bersekolah dan tinggal di Hong Kong nanti.

=X=

No comments:

Post a Comment