Unexeption: Nineteen

Ean memandang Cyrus dengan wajah yang sangat serius. “Jadi kau cakap cam tu kat aku sebab kau ingat aku akan hantar Vyle ke Heaven untuk di hapuskan?”

Cyrus mengangguk. “Kalau aku tahu kau juga ada motif yang sama dengan aku, tak lah aku berlakon sehaluan dengan kau.”

“Kenapa kau tak tanya? Atau cakap je kau nak sembunyikan Vyle?” soal Ean tidak puas hati. “Aku berterus terang dengan kau. Aku cintakan Vyle, mustahil aku nak hantar dia ke sini untuk di hapuskan.”

Cyrus tertawa paksa. “Hey, Ingatan kau telah di padamkan selepas kau di hidupkan semula. Manalah aku tahu perasaan kau terhadap Kakak aku masih ada.” Cyrus mengeluh panjang. “Aku patut siasat pasal sejarah kau lebih mendalam. Mungkin aku boleh faham keadaan time tu dan terus cakap tujuan aku.”

Ean menghembus nafas panjang. “Dah terlambat nak buat kajian kau. Sekarang kita kena fikir cam mana nak lepaskan diri dari penjara ni.” Ean memandang penjara yang mereka dah tinggal selama tiga hari selepas di tangkap oleh Lord Firold.

“Aku tak sangka Lay beritahu Lorf Firold tentang rancangan aku!” sahut Cyrus marah. “Aku tak patut bawa dia sekali.”

Ean tertawa melihat gelagat Cyrus. “Itu dah ke sepuluh kali kau cakap tu sejak kita masuk dalam penjara ni.” Semenjak sepenjara dengan Cyrus dua tiga hari ini, dia dapat tahu perangai sebenar Cyrus. Dia tak lah menakutkan sangat seperti orang lain katakan. Dan bila tahu yang Cyrus ni ialah adik Vyle, dia rasa dia tak perlu takutkan Cyrus langsung. Hey, kalau semua jadi baik, Dia dan Vyle bersama, tentu Cyrus jadi adik ipar dia kan? Harap impian Ean tercapai.

Senyuma Ean pudar. Dia harap semua ini akan berakhir dengan baik. Dia memandang ke luar kaca penjara itu dan terus ke pintu keluar tempat itu. Dia lebih risaukan keadaan Vyle dari keadaan mereka sekarang ni.

“Vyle ialah Devil. Aku risau dia takkan bertahan di Heaven dengan begitu lama.” Ean bersuara.

Cyrus memandang kearah mana Ean pandang dan mengangguk. “Aku rasa dia dapat bertahan. Dia Half Angel remember? Tapi aku tak yakin dia boleh bertahan lama sangat.”

Sementara jauh di dalam penjara heaven, bilik khas untuk Devil yang paling merbahaya. Bilik seksaan dan penghapusan yang menggerunkan untuk semua Devil.

Perempuan yang mereka risaukan berada di dalam bilik itu kedua tangan dan kakinya bergari dengan holy chain, begitu juga dengan lehernya. Dia berlutut di lantai penuh dengan darah hitam itu dengan tangan di atas kepala. Sudah tiga hari dia berada di dalam bilik itu, dia mula rasa effect seorang devil bila tinggal di dalam Heaven dengan lama.

Udara dalam bilik itu seperti racun, membakar dadanya secara perlahan. Mungkin sebab dia half Angel, dia boleh bertahan lebih lama dalam bilik tu dari Devil biasa. Dia harap dia akan bertahan sehingga dia dapat fikir cara untuk melepaskan diri dari tempat keramat itu.

Cahaya suci di pancarkan pada wajah Vyle membuat dia memejam matanya kerana silau yang amat. Dah tiga hari dia tidak dapat cahaya, dia rasa seperti dia kena laser pada mata bila cahaya itu hidup secara tiba-tiba.

Dia terdengar tapak kaki masuk kedalam bilik itu dan berdiri di depan Vyle. Perempuan ini membuka mata secara perlahan dan matanya cuba menyesuaikan diri dengan kecerahan bilik tersebut dan akhirnya dapat mengecam siapa yang datang melawatnya.

Vyle terduduk dan membelakangkan diri dari Angel tersebut jauhkan diri sejauh yang mungkin sambil tangannya bergelut melepaskan diri dari gari suci itu. Dia memandang kekiri dan kekanan mencari sesuatu dan kembali memandang Angel di hadapannya.

“K-Kau siapa? Mana L-Lord Phill? Adakah dia hantar kau u-untuk seksa aku juga?” Soalnya dengan penuh ketakutan. Dia telah di seksa tanpa belas kasihan oleh Lord Phill, dia tidak mahu seorang lagi Angel datang untuk tambah seksaannya.

Tapi ketakutan Vyle terus cair bila lihat Angel itu berlutut di depan Vyle sambil meminta maaf. “Maafkan Mama Vyle… Ini semua salah mama… kalau Mama tidak tinggalkan kamu dengan Papa kamu.. tentu kamu tidak lalui semua ini..”

Vyle memandang perempuan ini dengan penuh tanda tanya. Mama? Dia ni mama aku ke?

Vyle terus menggeleng. “Tak… Tak kau dah salah.. aku bukan anak kau. Kau bukan mama aku.” Katanya menafikan. Dia tidak ingat dia mempunyai ibu seorang Angel. Mustahil.

Lady Rya mendongak mendengar penafian anaknya. “Sayang…Ini mama kamu. Tolong jangan buat mama macam ni..”

“Mustahil.” Jawab Vyle menggeleng laju. “Look at me.” Dia kembangkan sayap hitamnya yang berlumuran dengan darahnya sendiri. “I’m a monster. Mustahil kau mama aku.”

“Tak sayang..” Dia ingin menyentuh wajah Vyle tapi Vyle mengelaknya. “Sayang.. kamu bukan seekor raksasa. Maafkan mama sebab buat kehidupan kamu serumit ini. Ini semua salah mama… maafkan mama-”

“berhenti!” Vyle memotong ayat Lady Rya. “Maaf.. maaf… walaupun kau meminta maaf sampai kau menangiskan air mata darah sekali pun, tiada akan berubah. Ia tetap sama.” Marah Vyle. “Aku tak tahu siapa kau, tapi kalau betul apa yang kau katakan yang kau ni mama aku… Aku tetap takkan mengaku kau ni ialah ibu kandung aku.”

Lady Rya memandang Vyle dengan wajah terkejut. Itu perkara terakhir dia nak dengar dari anaknya sendiri. “Sayang… tolong jangan cakap cam tu. Mama aku buat sesuatu untuk hentikan semua ini. Mama Janji kau takkan hidup seperti ini selepas ini. Tolong—”

“Tak.” Vyle kata sekali lagi. Kali ini dia sangat marah mendengar kata-kata Lady Rya. “Kalau kau nak buat sesuatu.. kenapa tak buat 1000 tahun lalu semasa kita masih ada papa?” Mata Vyle mula berubah menjadi mata Devilnya. “Mempertahankan keluarga kita dari menyerahkan diri kepada Heaven?” Kukunya menjadi tajam dan asap keluar dari gari di tangannya meninggalkan kesan melecur pada pergelangan tangannya. “Setelah Papa mati, kenapa kau tak berusaha cari aku? Kenapa bina keluarga baru dengan Cyrus??” Gigi taringnya kembali tumbuh.”Kalau kau nak buat sesuatu untuk aku…. Kenapa Kau tak lawan heaven untuk aku?!!” Jeritnya dengan nada beribu suara.

“Aku tak percayakan kau!” Dia merangkak menyerang Lady Rya membuat Elders ini juga merangkak kebelakang. Vyle hampir dapat menerkam Mamanya sendiri tapi gari suci pada leher dan tangannya tidak sampai untuk mencekik perempuan di depannya ini. Hanya beberapa inci sahaja untuk membunuh perempuan itu.

“Jangan berjanji pada aku kalau kau tak boleh tunaikan! Jangan bagi aku harapan palsu setiap hari berharap kau akan selamatkan aku!” jeritnya dengan tangisan. “Aku dah penat menunggu kau untuk ambil aku dari Claw dan tinggal dengan kau dengan gembira sekali lagi. Tapi tak, kau tak pernah muncul, kau penipu! Aku benci kau!” Dia mula menangis dan tangisannya jatuh di paha Lady Rya.

“Kau bukan mama aku. Kau bukan seorang Angel membawa kebahagiaan, kau Angel membawa malang!” jeritnya dengan marah. Vyle teru terbatuk kuat dan mengerang kesakitan dari holy chain yang mula memberi effet kepada dirinya. Kulit pada kaki dan pergelangan tangannya melecur teruk. Lehernya rasa tercekik kerana gari pada lehernya.

Dia membiarkan dirinya di Tarik oleh gari itu ke dinding semula dan biarkan cahaya biru mengelilinginya sekali lagi mengembalikan dirinya seperti biasa.

Vyle mula menangis teresak-esak. “Cyrus berada dalam penjara di sebabkan aku…. Dia adik aku… dia berusaha untuk tolong aku… Di sebabkan aku dia masuk penjara… Ean mati di sebabkan aku dan akan di hapuskan semula di sebabkan aku… kenapa semua orang yang aku sayang mesti terseksa di sebabkan aku??” Dia menangis lebih kuat dari sebelumnya. “Kenapa kau lahirkan aku! Kenapa? Kenapa?! Aku benci hidup aku! Aku-Aku……” Dia sudah tidak dapat berkata-kata lagi, semua tersekat di kerongkongnya, apa yang keluar hanya tangisan yang telah lama dia pendam dari dia kecil lagi.”

Lady Rya mendekati Vyle secara perlahan dan membelai rambutnya dengan perlahan. Vyle tidak mengelak. Dia terus memeluk anaknya dengan erat memberi pelukan yang Vyle perlukan dan rindukan selama 1000 tahun.

Vyle membiarkan Lady Rya memeluknya kali ini. Dia sebenarnya rindukan Mamanya, sangat rindukan tapi perasaan marah dan sedih menguasainya dan menolak perempuan itu sejauh yang mungkin. Dia dah tak tahu apa dia nak buat sekarang ni. Mindanya bercelaru. Dia nak semua itu tamat dengan serta merta.

>X<

Lord Firold dan Lord Phill bertengkar tentang penghapusan Fallen Angel di bilik meeting bersama dengan dua lagi Elders. Mereka berdua sedang memutuskan bila nak menghapuskan Fallen Angel itu termasuk Cyrus dan juga Ean.

“Aku kata secepat yang mungkin! Bawa pengikutnya sekali, minda mereka telah di cemari dengan kuasa charm Fallen Angel itu. Lebih cepat mereka di hapuskan lebih bagus!!” sahut Lord Firold menengking.

“Calm down Firold! Ini anak Lady Rya kita cakapkan ni! Fallen-Vyle dan Cyrus adalah anak Rya. Kita tak boleh bunuh je mereka depan ibunya sendiri.” Bantah Lady Venus pula.

“Dia tak patut panggil mereka tu anak dia. Kedua anak dia memang tak berguna. Anak pertamanya ingin memusnahkan dunia dan anak keduanya pula menyokong kakaknya dan dia 100% Angel! Kalau mereka anak aku, dah lama aku hapuskan mereka.”

Lord Phill menggeleng. Dia tak pernah Nampak Lord Firold meletup seperti ini. “Adakah ini sebab Sky?”

Lord Firold merenung tajam kearah Lord Phill. “Jangan pernah sebut nama anak durhaka itu.”

Lord Zeus tertawa kecil menarik perhatian mereka bertiga.

“Kenapa Tuan ketawa? Tuan ingatkan perkara ni benda lucu ke?” Soal Lord Firold sakit hati.

“Kita kena cari Sky.” Katanya dengan slamber membuat yang lain blur. “Ye lah. Dia menyokong Fallen Angel. Dia kena di hapuskan sama seperti Cyrus dan budak baru tu Ean.”

Ayat tersebut buat Lord Firold terpaku. Dia tidak terfikir ingin hapuskan anaknya, Sky. Dia berharap dengan menghapuskan Fallen Angel, Sky kembali normal dan kembali ke Heaven seperti sedia kala. Dia tak terlintas pun dalam mindanya untuk menghapuskan Sky.

“Ada masalah ke Lod Firold?” Soal Lord Zeus melihat Lord Firold tidak bersuara. “Kita akan arahkan askar-askar kita untuk menangkap Sky. Sebaik sahaja dia di tangkap, kita terus mengadakan penghapusan besar-besaran. Kita akan suruh Sky bersuara siapa lagi yang bersubahat dengan Fallen Angel. Mereka juga akan di hapuskan.” Lord Zeus mengusap janggutnya seperti dia sedang memikir. “Sky dan Breeze sentiasa bersama bila merancang sesuatu, tentu Breeze juga terjebak dalam hal ni. Bloom? Dia kekasih Sky. Dah tentu dia tahu. Oh ya, Light. Dia Guardian Angel New Born Angel tu. Dia sudah tentu terjebak dalam hal ni. Apa kata kita tangkap mereka dahulu untuk mengugut Sky kembali pada Heaven. Dengan itu penghapusan boleh di jalankan lebih cepat dari kita rancangkan. Kan?”

Lord Firold kaku pada posisinya. Menggunakan anak perempuannya sebagai umpan membawa anak lelakinya kembali ke Heaven untuk kedua anaknya di hapuskan? Tidak… dia tak nak itu berlaku.

“Kita tunggu keputusan dan Lady Rya.” Akhirnya dia bersuara. Dia takkan biarkan anaknya di hapuskan.

Lord Zeus kembali tersenyum. “Kamu faham perasaan Lady Rya kan? Dia juga tak nak anaknya di hapuskan. Sama seperti kamu tak nak Sky dan Breeze di hapuskan.”

>X<

Kembali kepada bilik penjara Ean dan Cyrus…

Lay turun ke Penjara Heaven dan di sapa oleh Penjaga Penjara itu kerana telah Berjaya menangkap Fallen Angel dan juga pembelot Heaven.

Lay terbang sehingga dia sampai ke bilik penjara dua rakan nya dan tertawa kecil mendengar kedua banduan itu bercerita tentangnya.

“Seriously, kalau aku jumpa lelaki tu, aku cekik-cekik dia sampai aku puas hati.”

Ean tertawa besar. “Relaks la Cy. Aku pasti kau akan ada peluang untuk buat benda tu kalau kita dapat keluar dari tempat ni. Apa kata kita fikir cara nak lepaskan diri dari kaca elektrik ni dari fikir cara macam mana nak bunuh Lay secara perlahan dan menyeksakan.”

“Apa kata aku bantu korang melepaskan diri dari tempat ni dan kamu boleh berterima kasih kat aku kerana master plan aku yang hebat ini?”

Mereka berdua terus berdiri dari lantai bila Lay muncul di depan mereka dengan baju barunya yang sepatutnya menjadi baju Cyrus.

“Kau dah di naikkan pangkat menjadi Ketua keselamatan Heaven? Tahniah la.” Kata Cyrus menyampah. “Kalau kau nak berbangga kan diri dengan pangkat kau baik kau blah dari sini. Sebelum kau menyesal.”

Lay terus tunduk kepada Cyrus membuat bekat ketua keselamatan Heaven ini terkejut. “Maafkan saya Tuan Cyrus tapi saya buat cam ni untuk kebaikan Tuan Juga.” Katanya dengan penuh hormat dan kesalan. Dia mendongak dengan senyuman. “Apa kata saya tebus kesalahan saya dengan melepaskan kamu.” Dia tunjukkan kunci kepada penjara mereka.

“Apa rancangan kau?” Soal Ean tidak yakin dengan Lay.

“Cara untuk menghentikan Vyle dari meroyan ialah bawah dia ke Heaven tapi ia mustahil bila Firold dah syak Cyrus sememangnya nak bebaskan Vyle. Saya telah di tugaskan secara rahsia oleh Lord Firold untuk mengintip Tuan Cyrus tapi bila tuan beritahu saya rancangan Tuan, secara langsung, Lord Firold tahu rancangan tuan sebab Elders telah memasang device pada saya untuk mendengar setiap pembicaraan kita. Jadi saya buat rancangan sendiri dengan membiarkan Fallen Angel dan kamu berdua kena tangkap untuk mendapat jawatan Tuan. Selepas itu mendapat kuasa penuh pada kunci penjara daaaan, bebaskan tuan. Kita akan teruskan misi kita untuk bebaskan Vyle. Saya akan sentiasa berada di sisi tuan walau apa pun yang terjadi.”

Setelah panjang lebar terangkan segalanya pada Cyrus, dia terus membuka pintu penjara itu membenarkan mereka berdua keluar. “Kerja saya hanya sampai sini. Laluan ke Bilik seksaan Vyle telah saya uruskan, kamu takkan ada masalah untuk bebaskan dia.”

“Kau tak tolong kami?” Soal Ean hairan kenapa Lay berhenti menghulurkan bantuan.

“Kalau ada masalah akan datang, saya ada untuk membantu…”

Cyrus mengangguk. “Dia mendapat kepercayaan Lorf Firold jadi dia takkan di syak. Kita kena Pergi Ean, Lay akan urus tentera Angel di sini dan kita pergi—”

Siren kecemasan berbunyi membuat mereka bertiga terkejut. Siren tersebut sangat kuat membuatkan penghuni Heaven rasa cemas, termasuk Elders.

“Warning, Fallen Angel berjaya melepaskan diri… Warning, Fallen Angel Berjaya melepaskan diri….”

Mereka bertiga memandang sesame sendiri dan nak ketawa. Vyle ada sahaja cara untuk melepaskan diri.

“Jom Ean, kita kena keluar dari Heaven ni dan kejar Vyle.”

“Korang kena cepat sebab Hell juga dah tahu Fallen Angel dah jadi milik Heaven. Mereka mungkin menunggu di luar sana sekarang ni. Menunggu kemungkinan Heaven lepaskan Vyle.” Lay beri amaran dan kedua lelaki ini terbang keluar dari penjara tersebut dan terus terbang keluar dari Heaven Gate.

>X<

Sementara di dunia manusia….

Sky dan Sulfur saling membelakangkan satu sama lain bersama dengan Sly sambil di kelilingi oleh lebih sedozen Devil yang sedang menunggu Vyle keluar dari Heaven.

“Wow…. Aku tak sangka ketua Hell ada harapan tinggi yang Raven akan jatuh dari Heaven.” Kata Sky sambil tertawa kecil.

Sulfur turut tertawa. “Well, Ada sebab tu Luciefer di panggil Fallen Angel. Dia memang di takdirkan jatuh dari Heaven.”

Sly memutarkan bola matanya penat mendengar mereka bercakap pasal Fallen Angel atau Luciefer atau Raven atau Dunia nak tamat.

“Boleh tak korang diam dan Lawan Mereka ni!!” marahnya dan jeritan itu memulakan pertarungan antara 3 lawan 14 Devil.

Pertarungan ini boleh menyebabkan pertarungan berat sebelah tapi bukan kepada mereka bertiga tapi 14 Devil itu. Mereka berlawan dengan Angel Fortuitae yang sememangnya Angel yang terkuat tambahan pula dia anak Elder Heaven, Lord Firold. Bukan itu sahaja, Sulfur juga terkenal sebagai Devil terkejam di Underworld. Tiada siapa berani berdepan dengan Devil ini. Sly pula lain cerita. Dia tidak sekuat abang tirinya atau Angel Fortuitae, dia hebat dari segi Hela dan kelicikannya.

“A’Haah!! Dunia ni memang nak tamat!” Jerit Sly sambil tertawa besar mengalahkan dua Devil dengan mudah. “Angel dan Devil bekerjasama untuk menghapuskan kaum mereka sendiri!” DIa menendang dagu mangsanya membuat dia terlempar jauh ke udara dan terbakar kerana matahari di atas awan. Sly berputar memandang kedua lelaki itu dengan posing yang menggoda. “It’s all been written down,babe.” Katanya dan sambung menyerang mangsa barunya.

Sulfur menarik sengih. “Sejak bila kau belajar sejarah ni hah?” Dia menggunakan kuasa darknessnya menghancurkan tiga mangsa dengan satu serangan. “Kalau kau tahu semuanya, kau rasa lepas ni apa akan jadi?”

Sly tersenyum sinis. “Luciefer menghancurkan dunia dengan bantuan Lord Hades.”

Sky melontar bebola cahayanya kearah Sly, segera devil kecil itu mengelak serangan tersebut dan terkena musuh mereka. “Woi! Kau nak bunuh aku ke??”

“Mungkin kalau kau tak cakap pasal benda tu. Tapi kau dapat elak jadi kau bernasib baik.” Katanya mengangkat bahu dengan senyuman nakal.

Sly terngangah dengar ayat Sky. Tak pernah dia dengar Angel bercakap seperti ini apatah lagi perangai slamber itu. “He’s Interesting…”

Mereka bertiga teruskan berlawan tanpa henti, atau memberi belas kasihan kepada Devil-Devil itu sehingga mereka tidak perasan yang Vyle sememangnya telah jatuh dari langit. Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana sangat lemah dari segala seksaan dari Heaven. Dia jatuh, dengan kelajuan Roket.

Seorang lelaki muncul dari bayangan hitam dan menangkap Vyle ke dalam tangannya. Dia memandang wajah tidak sedarkan diri Vyle dan tersenyum sinis sebelum menghilangkan diri sekali lagi bersama dengan Vyle.

Tidak lama kemudian, Cyrus dan Ean tiba dan melihat Sky berlawan dengan sekumpulan Devil, tanpa banyak fikir, mereka terus memberikan bantuan.

“Ean? Cyrus??!” Sky agak terkejut melihat mereka berdua datang menolong. “Raven mana?”

“Aku baru je nak soal benda yang sama kat kau!” Kata Cyrus sambil berlawan dengan musuh. “Kau tak Nampak dia jatuh ke tadi??”

Sky menghapuskan Devil yang terakhir dan memandang Cyrus dengan wajah terkejut sambil termengah-mengah. “She already Fall?! When??? Aku tak Nampak dia jatuh pun!”

Ean ingin menumbuk muka Sulfur tapi segera di halang oleh Sky dengan menarik tangan Ean. “Jangan! Dia kawan.”

Ean melepaskan collar baju Sulfur dengan muka hairan. “Kau berkawan dengan Devil selepas keluar dari Heaven? Wow… kau dah gila.”

“Well… it’s a long story.” Katanya sambil mengangkat bahu. “Bukan itu yang penting. Aku tak Nampak Raven jatuh dari langit dari tadi…”

Sulfur pun rasa janggal. Kalau Vyle jatuh dah tentu mereka dah Nampak dia.. tapi kenapa mereka tak perasan pula?

“Dammit!” keempat-empat lelaki ini memandang kearah Sly yang tetiba menjerit. Sly memandang mereka dengn Horror. “Kita kena cari Luciefer tu! Dia tak boleh melarikan diri lagi! Kalau tak The End akan bermula!” sahutnya membuat lelaki Angel dan Devil itu tambah blur. “Urrrggghh… did anyone of you read history? Kau Angel, kau tak pernah baca pasal ni ke??” Soalnya sakit hati.

“Ia dah tertulis dalam tanda-tanda hari terakhir dunia… setelah Luciefer, Fallen Angel jatuh dari Heaven, pembantu setia Ketua Undeworld, who is Lord Hades jumpa Luciefer untuk memujuknya bekerja sama dengan Lord Hades untuk hancurkan dunia!!”

“Gyn akan cari Vyle… Dan aku takut Vyle akan terima hasutan Gyn untuk ke Hell berjumpa dengan Lord Hades!”

Kelima-lima wira ini memandang ke atas bila merasakan kehadiran yang sangat banyak. Sekumpulan Tentera Angel datang menyerang mereka..


“Sulfur! Sly! Lari sekarang!” Jerit Sky kepada mereka.

No comments:

Post a Comment