The Chosen One: Chapter 4
Bab 4
Phoenix dan Sora mengembara didalam hutan larangan mencari
seekor Pegasus. Sudah tiga jam mereka berjalan tetapi tidak membuah sebarang
hasil. Sekarang, mereka berehat di tepi tasik untuk mengisi perut. Disebabkan
mereka tidak membawa sebarang lunch, mereka terpaksa mencari makanan sendiri.
Luhan, Jun dan Alex mencari makanan di hutan manakala Sora
dan Cloud menggunakan megic mereka untuk menangkap ikan.
“Kebanyakan Ikan dalam tasik ni beracun dan tidak boleh
dimakan.” Sora melempar batu kedalam tasik. Dia give up menangkap ikan. Tak
guna punya ikan, kau suruh aku belapar ke? Desis hati Sora menyumpah seranah
setiap ikan dalam tasik tersebut.
“Mestilah. Tetapi kalau kita berusaha dan bersabar, ia akan
membuahkan hasil.” Cloud tersenyum manis. Dia mendepakan tangannya dan membaca
satu jampi. Di dalam air terbentuk satu jarring laser berwarna biru supaya
mangsa tidak mengesannya. Sekarang hanya tunggu masanya untuk diangkat naik ke
atas.
Sora menarik nafas dalam. Mamat ni, kenapalah senyumannya tu
menggoda sangat! Desis hati Sora. Dia dapat rasakan hatinya mula berdegup
kencang.
“Betul juga tu.” Sora cuba act cool supaya Cloud tidak
perasan yang dia sudah excited giler berduaan dengan Cloud.
“Err… Sora.”
“ya?” Sora beralih pandangan ke arah Cloud.
Alamak…. Si Sora ni hari semakin hari tambah comel! Nak
tercabut jantungku disebabkan muka innocentnya ni desis hati Cloud, dia
beralihkan pandangannya ke langit. Cuba untuk mengawal perasaannya.
“Tak da
apa-apa.” Cloud dapat rasakan mukanya sangat hangat sampai dia lupa nak cakap
apa dengan Sora.
“huh?” Sora blur dengan dengan Cloud yang tiba-tiba senyap.
Selalunya Cloud yang paling banyak soalan.
Cloud pandang ke arah Sora yang tengah blur. Tambah cute
pula kalau dia blur! Desis hati Cloud lagi. Robe yang dipakainya digennggam.
Sekarang ni nak rasa pengsan pun ada tapi tak macho la lelaki pengsan depan
perempuan. Dia cuba tenangkan fikirannya dengan menarik nafas beberapa kali.
“Yo! Cloud dah lha blushing tu!” Jun memangkan kening tiga
kali. meraka akhirnya balik ke lokasi membawa balik makanan seperti buah-buahan
.
“kamu berdua ambil kesempatan untuk date ya?” Luhan mengangkat
kening double jerk.
“Mana dha!” jerit Sora dan Cloud serentak. Muka mereka
berdua merah seperti epal.
“Betul lah tu.” Alex duduk di sebelah Cloud dan mendekati
telinganya. “Bagus ko confess cepat2 sebelum ada orang yang kebas. Aku dengan
senior dari 5 lightning ada hati dengan Sora.”
Cloud terkejut. “Betulkah? Kau jangan main-main. Aku sepak
kau karang ada yang koma lima hari lima malam.” Suara Cloud naik satu volume.
“Betullah. Takkan kau nak lepaskan ikan emas yang sudah di
depan mata?” Alex senyum sinis. Dia cuba umpan rakannya untuk memberanikan
diri. Ini untuk kebaikannya juga, nanti melepas baru menyesal.
Cloud mengeluh. Dia memandang Sora yang rancak berborak
dengan Luhan dan Jun. “Macam mana kalau dia tak suka aku?” katanya dengan nada
yang perlahan.
Alex mengeluh. Mamat ni bodoh ke apa? Desis hati Alex.
“Belum try belum tahu. Cuba kau yakin sikit, mana tahu tuah disebelahmu.” Alex
menepuk bahu Cloud seolah-oleh member sedikit semangat untuknya.
Cloud mengangguk. Dia mendepakan tangannya, jala yang berada
didalam tasik dinaikkan ke darat.
“Woah… Cloud dapat banyak ikan.” Jun kagum melihat kebolehan
Cloud menjala ikan. “Boleh jadi nelayan kau ni. Nelayan yang Berjaya.” Jun
menjungkit kening.
“Kan aku dah kata. luck is in your side.” Alex berbisik.
Cloud hanya tersenyum nipis.
“Kau orang pernah dengarkah tentang lagenda Permasuri Biru?”
Luhan memulakan cerita sambil menunggu ikan bakar mereka.
“Siapa tu?” Soal Sora sambil makan buah-buahan.
Mereka berempat ternganga besar mendengar soalan Sora.
“Apa?!”
“Kau tak belajar sejarah ke? Baru minggu lepas Madam Candle
terangkan.”
Sora tersengih. “time tu aku tertidur…”
Jun senyum manis. “Permaisuri biru ialah seorang perempuan
yang telah mengalahkan sorcerer terjahat dalam dunia ini.”
“The Black Hole…” Sora menoleh kearah Alex.
Alex mengangguk. “Walaupun Permaisuri tidak dapat
menghapuskan dia, Beliau telah mengurungnya di dalam dimensi lain.”
“Permaisuri Biru tahu yang Black akan terlepas satu hari
nanti. Jadi dia berharap agar ada yang akan menggantikan tempatnya. Sebab
itulah, The Four Lords dibentuk dan dilatih untuk menghapuskan Black apabila
masanya telah sampai.” Cloud sambung.
Sora hanya mengangguk. “Pasti susah jadi The Four Lords.
Identity kena disembunyikan supaya tidak mendatangkan masalah. Tetapi mendapat
magic semulajadi memang menyeronokkan.”
“Walaupun… mengawal magic semulajadi lebih susah dari
pelajaran magic di sekolah. Jika tidak di kuasai….”
“Kita akan mati.” Alex menyambung ayat Luhan. Sora tersentak
mendengar ayat Alex yang kedengarannya seperti Alex pernah laluinya.
Mereka terdiam buat seketika. Sora rasa bersalah kerana memulakan
bicara, dia tak tahu kenapa dia rasa dia cakap sesuatu yang melukakan hati
mereka. “Ikan dah masak, jom makan!” Sora cuba menguba situasi dan akhirnya
mereka lupa tentang pembicaraan mereka.
Usai makan, mereka teruskan perjalanan untuk mencari seekor
Pegasus dan Luhan berada didepan disebabkan dia mempunyai kelebihan untuk
mengesan kehadiran sesiapa atau apa sahaja yang berhampiran.
Alex melihat jam ditangannya menunjukkan jam empat petang.
“Kita akan balik tepat jam lima. Jadi ambil masa sejam ni untuk cari haiwan
tu.”
“Okay.”
Luhan mengarahkan
mereka untuk senyap sebaik sahaja dia meresakan sesuatu bergerak berhampiran
dengan mereka.
“Pegasus kah?” Soal Sora seolah-olah berbisik.
“Ya, tetapi ada lagi seekor haiwan. Aura haiwan ni lain
daripada yang lain. Mungkin haiwan yang merbahaya.” Luhan juga memjawab
berbisik. Disuruh rakannya tunduk dan mengekorinya dari belakang secara senyap.
Ini untuk mengelakkan haiwan tersebut tidak menyedari kehadiran mereka.
Bayangan haiwan tersebut semakin kelihatan. Luhan terkejut
melihat haiwan besar berbulu pitih itu. “N… Nightwalker!” dia tergamam melihat
nightwalker sedang memakan seekor Pegasus. Suara Luhan menarik perhatian
Nightwalker.
Mereka semua buntu, tidak tahu apa yang patut mereka
lakukan. Nightwalker ialah seekor haiwan yang harus mereka jauhi. Haiwan ini
mempunyai taring yang berbisa yang boleh mematikan mangsanya dengan sekelip
mata dan kuasa semula jadinya iaitu ice bukan sahaja membeku sekelilingnya,
kuasa haiwan ini juga boleh menyekat magic di sekelilingnya.
Nightwalker merangkak kearah mereka secara perlahan,
memerhatikan mangsanya satu persatu, keadaan di sekelilingnya bertukar musim
seperti musim salji.
Tanpa berlengah lagi, Alex mengeluarkan Teleport stone
didalam beg sandangnya. Yang lain melihat reaksi Alex dan mengelilingi Alex.
Alex membaca suatu jampi, batu tersebut mengeluurkan cahaya
berwarna ungu menandakan jampi Alex Berjaya. Tetapi, cahaya tersebut menjadi
malap dan tidak bercahaya lagi.
“Apa dah jadi?!” Jun terkejut melihat batu tersebut tidak
member respon. Mereka beralih pandangan kearah Naghtwalker, ia seolah-oleh
ketawa melihat mereka ketakutan. Batu tersebut tidak Berjaya disebabkan disekat
oleh kuasa Nightwalker. Sacara automatic, Cloud berada di hadapan Sora mencuba
untuk memlindunginya. Sora terharu dengan Cloud, dia dapat rasakan Cloud ambil
berat kepadanya.
Sora menutup mulutnya, tidak pernah dia rasa sebegini takut
dalam seumur hidupnya. The Four Lords yang baru sahaja mereka bicarakan ialah
orang didepannya.
Aoi tolong aku desis hati Sora takut dengan situasi yang dia
hadapi sekarang ini.
XXX
Aoi tersentak. Dia dapat rasakan Sora sedang memanggil
namanya.
“Aoi.” Senior Zack iaitu ketua pelajar menyapa Aoi yang
tengah mengelamun.
“Maaf.” Aoi teruskan langkahnya ke bilik rawatan untuk
memeriksa pelajar yang menjadi mangsa.
Pintu dibuka secara automatic dan Fairies yang bekerja
sebagai perawat tunduk hormat kepada Aoi. Aoi juga tidak faham mengapa mereka
berbuat demikian namun Aoi hanya membiarkan mereka. Dia tiada masa untuk
menyoal siasat dan menganggap mereka tunduk disebabkan dia ialah penolong setia
the Four Lords.
“Dimana mereka?” Soalku memandang salah satu fairy yang
berwarna pink muda.
Fairy tersebut tidak berkata apa-apa dan hanya mengiringku
kearah dua pelajar itu. Betul kata Jeff, mereka kelihatan seperti mayat hidup.
Badan mereka sejuk dan mempunyi muka yang pucat. Sesiapa yang bertanggungjawab
atas hal ini, dia memang seorang yang kuat.
Aoi menyentu pipi salah seorang pelajar tersebut. Dia
mendapat suatu visi tentang tempat kejadian….
Pelajar ini masuk ke dalam library tengah malam untuk
mencari spell yang boleh mengembalikan magic mereka tetapi bayangan hitam tetiba
muncul dibelakang pelajar tersebut dan tembus dari badannya. Pelajar tersebut
pengsan serta-merta.
Aoi menarik nafas banyak kali bengan cepat. Peluh mengalir
dari dahi dilapnya. Tangan kirinya yang
mengeletar digenggam dengan tangan kanannya.
Dia dah kembali desis hati Aoi. Orang yang dia takutkan
telah kembali. Terlepas dari kurungannya, tetapi bagaimana? Ini bermaksud
sesuatu yang terkurung dalam badannya juga akan keluar.
Aoi pergi kearah pelajar yang lagi satu. Dia menyentu dahi
lelaki itu dan melihat satu lagi visi tetapi yang ini berada di tempat yang
lain….
Lelaki ini masuk kedalam hutan larangan tanpa izin.
Tujuannya ialah untuk mencari sejenis buah yang boleh memberi kesan yang buruk
kepada orang yang memakannya. Dia memetik buah-buah tersebut sambil menyumpah
seranah orang yang membuatkan magicnya disekat dia minggu. Tiba-tiba, lelaki
itu terlihat nightwalker sedang berjalan melaluinya. Dia menjerit ketakutan
menyebabkan Nightwalker menggunakan kuasa semulajadinya untuk menurunkan suhu
badan pelajar tersebut secara perlahan. Menyeksa dia secara perlahan.
Aoi menarik tangannya dari dahi lelaki tersebut. Dia mula
takut jika Nightwalker ada kaitan dengan bayangan hitam dalam visinya yang lagi
satu. Dia teringat tentang rantai yang dipakai oleh nightwalker.
“Oh tidak…”
“kenapa kamu ni Aoi?” Jeff melihat riak wajah Aoi yang
kerisauan memikirkan sesuatu.
“Jeff, pastikan tiada pelajar keluar asrama, semua berkumpul
didalam Hall(dewan makan) termasuk staff dan makhluk lain!” Suara Aoi naik lima
volume.
XXX
Luhan terlempar jauh disebabkan snow tornado Nightwalker.
Kepalanya terlantuk dipokok dan dia menahan kesakitan yang perit di kepalanya.
Kepalanya berlumuran darah.
Nightwalker meraung kemenagan menumpaskan Luhan. Tetapi dia
tetap bersedia untuk menerima serangan seterusnya dari yang lain.
“Tak guna punya serigala!” Jun meletup dan menyerang
Nightwalker dengan meggunakan earth elementnya.
“Root Rope!” akar yang berada
dibawah tanah naik ke darat dan membelit badan Nightwalker. Haiwan tersebut
meraung kesakitan. Matanya yang merah bertukar menjadi biru buat beberapa saat.
Alex perasan akan pertukaran tersebut berasa ada sesuatu
yang aneh tentang Nightwalker ini. “Cloud! Letak pressure di sekelilingnya.”
Alex memberi arahan sebagai ketua the four lords.
Cloud hanya mengangguk. Dia mendepakan tangannya kearah
Nightwalker. Haiwan tersebut kelihatan kesempitan ruang dan susah untuk
bernafas. Kedengaran suara Nightwalker seperti meminta dilepaskan.
Alex tersenyum sinis.
“Maaf tetapi awak terlampau bahaya untuk teruskan hidup.” Alex lompat keatas
pokok mencari sudut yang baik untuk menghancurkan Nightwalker dengan
serta-merta.
“Baiklah, ini hari ialah hari kau bertemu ajal.” Alex
mendepakan tangannya keatas. Bebola api muncul ditelapak tangannya, semakin
kama semakin besar. “Selamat tinggal!” Alex merempar bebola api itu kearah
Nightwalker.
Aoi muncul secara ajaib dihadapan Nightwalker dan menahan
bebola api Alex dengan sekuat tenaganya menggunakan wandnya.
“Aoi!” Sora terkejut melihat Aoi yang melindungi haiwan
bahaya itu.
Jun yang memapah Luhan, mereka terkejut melihat Aoi dapat
menahan bebola api tersebut. Bukan semua orang boleh menahan bebola tersebut.
“Dia takkan bertahan…” Cloud berkata perlahan.
Sora terkejut mendengar ayat Cloud dan risau yang Aoi takkan
selamat. “Cloud, tolong… tolong dia!” Sora mengoncang tangan Cloud meminta
Cloud untuk menolong Aoi yang dalam bahaya. Cloud tidak boleh berbuat apa-apa,
dia sendiri tidak dapat mengalahkan kekuatan Alex. Bahkan, kekuatan mereka
sangat jauh bezanya.
Muka Alex merah menahan marah. Tidak di sangka bahawa Aoi
akan melindungi Nightwalker. “Kau ni bodoh keapa, hah?!”
Aoi sudah berlutut menahan Bebola api tersebut.“Tak guna….”
Aoi mengerang menolak bebola api tersebut dengan sepenuh tenaganya tanpa
menghiraukan Alex.
Tiba-tiba, Mata birunya bertukar menjadi merah, bercahaya
bak berlian. Tidak, jangan sekarang desis hati Aoi. Sumpahannya ingin keluar
dari badannya. Ini disebabkan dia telah menggunakan magiknya sampai tahap
hadnya.
Yang lain tergamam melihat kekuatan Aoi yang boleh melawan
kuasa magic Alex. Sora lega Aoi terselamat. Dia ingin berlari kearah Aoi tetapi
dihalang oleh Cloud.
“Cloud…” Sora melihat muka Cloud yang masih kelihatan risau.
“Jangan dekati dia. Kita tidak tahu jika dia ialah Aoi yang
sebenar.”
Aoi memandang kearah Nightwalker dengan riak wajah yang
kosong. Nightwalker hanya tunduk ketanah, ketakutan melihat Aoi.
Aoi tersenyum manis. “Jangan risau, I won’t hurt you.”
Semasa Aoi ingin mengusap kepalanya, Nightwalker tiba-tiba meraung ingin
menggigit tangan Aoi. Aoi terkejut. Dia
perasan mata nightwalker berubah menjadi warna merah.
Alex terjun dari pokok dan mendarat dengan selamat. Apa dia
tengah buat tu? Desis hati Alex melihat Aoi cuba menenangkan Nightwalker.
Aoi beralih pandangan kearah Alex dan memanggilnya. Alex
hanya ikut arahan, dalam mindanya mempunyai banyak persoalan.
“Please keep him warm for a minute, boleh kan?” Aoi meminta
tolong dengan senyum manis terukir dibibirnya.
Alex sedikit terkejut melihat wajah Aoi yang bercahaya dan
kelihatan sangat cantik. Dia mengangguk dan mendepakan tangannya kearah
nightwalker. Haba dari tangannya membuatkan Nightwalker rasa selesa dan anak
matanya beruba kembali ke warna biru.
Aoi mengusap kepala Nightwalker dan menciumnya. “There’s a
good boy.” Aoi mengambil kesempatan itu untuk mencabut rantai yang ada di leher
Nightwalker.
Mata anak haiwan itu menjadi kecil menunjukkan sumpahannya
telah hilang. Aoi lega dan menghilangkan akar pokok disekelilingnya.
“Terima kasih, My Lord.” Aoi menunduk hormat menunjukkan
sopan santunnya.
Grum muncul secara tiba-tiba di lokasi mereka sambil
membebel. “Saya dah kata balik sebelum matahari terbenam. Kenapa ka……” Grum
terdiam melihat seorang wanita yang dia kenali berdiri dihadapannya. Dia segera
tunduk berlutut. “Maafkan saya, Permaisuri Biru.”
“Permaisuri Biru?!” jerit mereka berlima melihat Aoi yang hanya
senyum melihat Grum. Aura yang mengelilingi Aoi sangat tenang dapat menengakan sesiapa
sahaja yang ada di sekelilingnya.
Badan Aoi bercahaya, dia kembali kepada dirinya yang
sebenar. Pedangnya disebelah kiri bertukar
kembali menjadi wandnya. Manakala, pedang di sebelah kanan hilang
menjadi buih. Pop! Pop!
Aoi rebah dan disambut oleh nightwalker. Dia dapat rasakan
kakinya bergeletar, tidak dapat menampung badannya lagi.
Grum berdiri dari melutut dan memandang yang lain. “Jangan
bersuara tentang hal ini. Faham?”
Mereka hanya mengangguk. Aoi mendepakan tangannya kearah
Luhan yang parah.
Alex dapat membaca fikiran Aoi dan memegang tangannya. “Kau
dah tak larat, takkan kau nak sembuhkan orang bila kau dah kehabisan magic?” Alex
berkata tanpa melihat Aoi. Alex mengeluarkan usable potion kearah Luhan
menyuruh meminum potion tersebut untuk menyembuhkan lukanya. “Orang lembik,
tetap lembik.”
Aoi tersenyum nipis. Sempat lagi dia menyakat mamat sengal
ni desis hati Aoi. Dia hanya mengangguk dan beralih pandangan ke arah Sora.
“Sora..” Suara Aoi menggeletar, terasa penat sangat untuk
bercakap. “Maafkan aku?”
Sora teresak-esak. Air matanya mengalir turun kepipi. Dia
berlari kearah Aoi dan memeluknya. “Bodoh! Kenapa nak minta maaf sedangkan kau
belum mati!” Jerit Sora memeluk Aoi dengan erat. “Aku ingat kau sudah hilang….
Menjadi orang lain, Aoi yang lain. Bukan Aoi yang aku sayang.” Sora menangis
sekuat hatinya. “Janji aku yang kau takkan tinggalkan aku….”
Aoi hanya mengusap rambut Sora menenangkan rakannya yang
menagis dalam dakapannya. Dia tidak tahu apa mahu di cakap.
Maafkan aku Sora, aku tidak dapat janji apa-apa kepadamu.
Hanya takdir yang dapat membantu kita dalam soal ini desis hati Aoi yang terasa
sedih sekali.
Aoi melepaskan dakapannya dan memandang Sora dengan senyuman
yang manis. Cuba untuk menyembunyikan kesedihan dan kerisauan dalam hatinya.
“Jom balik.”
Sora mengangguk senyum sambil mengelap air matanya. Aoi
melihat empat orang lelaki di sisinya. “Aku nak dengar penjelasan dari kamu
empat orang.” Aoi tersenyum sinis. Dalam hatinya sangat marah, tak sangka orang
yang dia cari untuk menyelesaikan masalah rupa-rupanya ada di depans matanya
sepanjang masa.
Grum tergelak melihat muka
Phoenix yang takut melihat Aoi. Dia mengeluarkan teleport stone dan fairy dust
dari beg sandang Alex. Taburkan fairy dust keatas teleport stone. Membaca beberapa
jampi dan mereka keluar dari hutan larangan.
Comments
Post a Comment