NCK: Bab 5
Toshiro sekarang berada di tengah-tengah Bandar Nura dengan semua
pemain memandang kearahnya dengan penuh
berhati-hati.
Sekarang dia rasa menyesal sebab memilih Puak Umbra sebab dia baru
tahu yang Puak Umbra ialah Puak yang paling di benci oleh puak lain. Entah ke
berapa kali dia di ajak Duel oleh pemain lain untuk jatuhkan dia. Bila dia
menang, tambah banyak pula nak berlawan dengan dia sehingga dia di panggil the
Unbeatable hanya dalam dua hari.
“Well-well-well Nampak siapa berani tayangkan diri di tempat awan
ni?”
Toshiro menarik nafas dalam cuba tenangkan hatinya yang membara. Dia
mendongak melihat siapa menegur dia dengan nada kurang ajar dan dapati seorang
lelaki serba hijau berbaju pahlawan tradisional.
“Tentu kau lelaki bernama—” Toshiro tahu dia nak cakap Unbeatable.
“Black Worrior kan?”
Mata Toshiro terbeliak bulat. “Akira?”
Lelaki itu tertawa kecil dan menepuk bahu Toshiro. “Dude! Kau pilih
puak Umbra? Demam apa kau ni hah?”
Toshiro menghembus nafas lega. “Aku sendiri tak tahu kenapa. Kau
pula pilih Puak apa?”
Akira duduk di sebelah Toshiro. “Aku pilih Puak Fortis. Bermain
pedang adalah kemahiranku jadi kena pilih avatar yang pakar main pedang.”
Toshiro mengangguk faham. “Anyways, kita kena cari petunjuk tentang
plan Izumi secepat yang mungkin.” Toshiro bangun dan memandang Akira. “langkah
pertama kita ke Puak Sylph.”
Akira menjunkit kening. “Nak buat apa?”
“Aku dapat rasakan beta tester gila tu ada di sana. Cam je kau tak
kenal budak tu.”
Akira tertawa. “Kau betul. So, lets get started!”
Mereka mulakan perjalanan mereka ke bahagian Selatan Pulau di mana
Puak Sylph berada. Dalam perjalanan mereka, semua pemain melihat kearah dua
lelaki ini dengan penuh rasa janggal. Kenapa? Ye lah, Pemain Umbra tak
selalunya tunjukkan diri depan orang ramai seperti Toshiro daaaaan…. Berkawan
dengan Puak lain? Ini peli…sangat pelik! Yang tambah peliknya ialah Pauk Fortis
sendiri nak berkawan dan berjalan seiringan dengan Pemain Umbra?
Akira tertawa besar mendengar rungutan Toshiro yang tak henti.
“Relaks lah bro, ini bukan FDO tempat kau di sanjung sebagai Black Warrior. Ini
NCK di mana kau jad Puak Umbra yang di layan teruk. Aku tak kisah sangat dengan
siapa aku jalan yang penting orang tu kuat, aku baik je.”
Toshiro mengeluh panjang. “hanya untuk sementara waktu. Selepas ni
aku takkan di hina cam ni lagi, baru aku tahu cam mana perasaan Accel bila di
pandang hina oleh sekeliling.”
Senyuman lebar Akira berubah menjadi senyuman tenang. “Kau ambil Puak
Umbra sebab nak rasa apa Accel rasa kan? Kau terlalu baik Toshiro.”
Langkah Toshiro berhenti membuat Akira hairan. “Kenapa ni—”
“Shhh….” Dia memandang sekelilingnya dengan tangan bersedia menarik pedang
di belakangnya. “Ada orang perhatikan kita...”
Tanpa buang masa Akira turut buat posisi bersedia; memegang erat
pedang di sisinya. Mereka tidak berganjak hanya berdiri di situ menunggu musuh
mereka keluar dari tempat persembunyian mereka untuk menyerang dua X-FDO ini.
“tangkap mereka!!”
Toshiro dan Akira terus mengeluarkan pedang mereka sebaik sahaja
dengan suara tersebut dan sedozen pemain keluar dari tempat persembunyian
mereka dan mula mengepung dua lelaki ini.
Toshiro dan Akira membelakangkan diri mereka memandang kesemua musuh
mereka yang ada sekarang.
“Mereka dari Puak Sylph.”
Akira mengangguk dengan senyuman sinisnya. “Apa kata kita bahagikan
sama rata nak? Aku 6, kau 6, ama cam?”
Salah satu dari 12 pemain Sylph itu tertawa. “Kamu ingat kamu sedang
kira duit ke nak bahagikan sama rata hah?” Soalnya dengan bangga. “Seorang
Umbra dan Fortis bergabung?” Dia naikkan tongkatnya kearah Akira. “Kau
memalukan Puak kau kerana bersekongkol dengan Umbra. Lumayan ni kalau kami
hantar kau dengan kawan Umbra kau ke Puak Fortis.
Toshiro tertawa. Okay, sekarang bukan dia je di pandang Hina oleh
orang lain. “Welcome to the club Akira.”
Akira tertawa kecil. “With pleasure my friend.” Dia memandang kearah
lelaki yang mungkin ketua kepada pemain yang mengepung mereka dan tersenyum
sinis. “Listen here, Aku masuk Puak Fortis sebab pemain pedangnya bukan fanatik
sangat dengan kesetiaan Puak. Kalau kau nak hantar aku ke tempat ku....” Akira
mengangkat dagunya sikit seperti memanggil lelaki tu mendekatinya. “Come and
get me.”
Toshiro tertawa dengan taunting Akira yang buat ketua mereka naik
berang. “Lets Fight!”
Dengan itu Akira dan Toshiro mula berlawan dengan 12 orang pemain
Sylph. Mereka tak tahu siapa yang mereka lawan sekarang ni, mereka adalah Black
Warrior dan Knight for crying out loud! Kalau musuhnya tahu dah tentu mereka
terkencing dalam seluar dan tunduk pada mereka tapi, baik mereka berseronok untuk kali ni.
Akira menggunakan pedangnya untuk memotong perut musuhnya dengna
satu hayunan dan menyiku musuhnya yang datang dari belakang. “Kau saja nak
mainkan dorang kan?” Soal Akira melihat Rivalnya berlawan tanpa keluarkan
peluh.
Toshiro mengelak serangan jampir petir salah seorang musuh dengan
menggunakan pedang Screaming death memantul kembali serangan itu. “Panaskan
badan.” Dia membuat low 260 degree kick, menendang kaki lawannya membuat ia
jatuh dan tanpa buang masa Toshiro menikam bahunya.
Akira tertawa dan mula menyerang tiga orang sekali gus dengan
menghayunkan pedangnya secara alegentnya seperti pemain pedang tradisional.
“Yea, lets have fun for a while.”
Toshiro mengangguk dengan senyuman nakal terpapar di wajah mereka.
Toshiro mengumpul tenaganya pada pedang tersebut dan menghayunkannya kearah
semua lawannya dengan satu serangan membuat semua lawannya mati meninggalkan
api biru yang merupakan nyawa mereka; pemain mati di kenakan penalty selama 30
saat sebelum di hidupkan semula di tempat yang selamat.
Akira mencebik. “Kau kata nak berseronok, ini satu swing dah bunuh
semua pemain. Itu tak adil!”
Toshiro tertawa dan melihat musuh mereka yang terakhir iaitu ketua
mereka. “Panggil sebanyak mana pemain korang. Kami bersedia berlawan.”
Lelaki itu kecut perut dan segera membaca satu jampi buat dia hilang
dari pandangan dengan sekelip mata.
Akira menarik sengih. “Giler kau ni. Eh? Bukannya itu pedang Accel
ke?” Dia baru perasan, senjata yang Toshiro gunakan untuk berlawan ialah
Screaming Death.
Toshiro mengangguk. “No time to explain, kita ada tetamu.” Toshiro
memuncungkan mulutnya ke depan di mana beberapa lagi pemain Puak Sylph muncul
depan mata mereka. “Now we play.”
Akira tertawa. “It’s my turn to kill.”
><><><><><
Medeis yang baru online dalam permainan itu keluar dari rumahnya
untuk berjumpa dengan Luciey di tempat biasa tapi dalam perjalanan nak ke cafe
tempat lepak mereka, siren kecemasan dah berbunyi menandakan musuh datang untuk
menyerang tempat mereka.
Medeis terus menyeru penyapunya dan video call Luciey. “Hello,
Luciey kau di mana?!”
Wajah Luciey terpapar di holo screen depan mata Medeis. “Aku dalam
perjalanan ke tempat kejadian. Oh! Aku dah nampak kau.” Luciey matikan talian
mereka dan tak lama kemudian, Avatar Luciey terbang seiringan dengan Medeis.
“Miss me?”
Medeis tertawa kecil. “A lot. So, siapa lawan kita?”
“Kau takkan percaya bila aku cakap ni; hanya dua orang pemain. Satu
Puak Umbra dan satu lagi Puak Fortis.”
“Apa?” Medeis terkejut mendengar yang hanya 2 pemain boleh kalahkan
berdozen pemain yang datang menyerang mereka. Dua pemain ni memang
berpengalaman.
Medeis dan Luciey tingkat kelajuan penyapu mereka untuk sampai ke
tempat kejadian dan sebaik sahaja tiba, mereka terjun dari langit dan mula
menyerang dua pemain kuat itu.
“Berundur!” jerit Medeis menyuruh pemain amature pergi. Dia akan
lawan musuh mereka dan nampak siapa lebih hebat.
Pemain sylph yang lain beri ruang kepada empat pemain ini berlawan
sesama sendiri.
Medeis melihat pemain dari Puak umbra dan menarik sengih. “kau ialah
lawanku.”
Pemain Umbra itu menjungkit kening tak sangka ada pemain amatur
berani mencabarnya 1 on 1 fight. “With pleasure.”
Pemain Fortis pula memandang Luciey dengan senyuman terhibur.
“Nampaknya kau aku punya.”
Luciey mengeluarkan tongkat sihirnya bersedia untuk berlawan.
“Nampaknya korang tak tahu pangkat kami di sini. Masaklah kau pemain baru.”
Bermulalah perlawanan antara dua perempuan dan dua lelaki.
Perlawanan yang sengit dan mantap antara kedua belah pihak dan tiada satu pun
tak berbelas kasihan kepada musuh mereka.
Medeis memutarkan tongkat sihirnya di tangan dan menyerang pemain
umbra itu dengan jampi terkuatnya; Black void yang meluncur laju atas tanah
kearah lawannya.
Toshiro segera mengangkat badannya keudara menggunakan pedang
mengelak serangan itu. Satu letupan besar terjadi di belakang Toshiro dan dia
tak cedera walau sikit pun. “Not bad for a beginner, but you have to do better
than that.”
Medeis mengetap bibir. “I’m not a beginner!!” Dia membaca satu jampi
dan mengetuk tanah itu dengan kaki tongkat membuat tanah itu bergegar dan pecah
membuat satu lubang dalam di dibawahnya ada lava panas. Medeis hanya
meninggalkan plat form kecil untuk Toshiro dan Akira manakala Medeis dan Luciey
terapung di udara menggunakan penyapu terbang mereka.
Toshiro agak terkejut melihat kekuatan lawannya. Dia memang lain
dari yang lain. “Hebat tapi aku boleh kalahkan kau walaupun dengan satu
platform ni.” Katanya sambil arahkan pedangnya kearah medeis.
Medeis rasa tercabar dan nak tamatkan riwayat lelaki ni tapi
terbatal apabila melihat lawannya cas tenaga pada pedang yang sangat dia
kenali;Screaming death.
“Itu....”
Medeis baru perasan yang lawannya dah menyerang dia dengan
menghayunkan pedangnya kearahnya. Medeis hilang imbangan dari penyapunya dan
jatuh ke dalam lubang tersebut.
“Ahhh!!!!”
“Medeis!!” Jerit Luciey terkejut melihat Medeis jatuh kedalam lubang
penuh dengan lava itu.
Dia akan mati, Medeis, yang tak pernah mati dalam permainan itu akan
di kalahkan oleh musuhnya sendiri!
Medeis terkejut bila ada orang menggenggam erat tangan Medeis
menyelamatkan dia dari mati terbakar dari lava itu.
Medeis mendongak dan melihat musuhnya yang selamatkan dia? Lelaki
itu berpaut pada penyapu terbang Medeis untuk selamatkan dia. “Kenapa...”
Musuhnya tertawa paksa kerana bergelut untuk bertahan dari mereka
berdua jatuh ke dalam api panas itu. “Aku rasa kau patut angkat kita naik dulu
sebelum kita dua jadi BBQ.”
Medeis hanya akur, Penyapu terbangnya mula mengangkat mereka naik ke
permukaan semula dan mereka selamat dari di panggang hidup-hidup.
Luciey tak percaya apa yang dia nampak. Dia selamatkan medeis?
“Hey budak, boleh bawa aku ke sana tak? Kawan aku dah selamatkan
kawanmu. So, kau berhutang dengan kami.”
Luciey mencebik. “Naik.”
Akira tersenyum dan melompat naik di penyapu terbang Luciey.
“Thanks.”
Medeis menghembus nafas lega kerana kekalahannya taklah meragut
nyawa pertamanya. Dia memandang kearah musuhnya. “kenapa kau selamatkan aku?”
“Aku selamatkan kau sebab kau, Medeis.”
Medeis menjungkit kening. “Kau fan aku ke?”
Toshiro tertawa kecil dan menggeleng. “Pleaselah kalau aku nak jadi
peminat kau.” Toshiro sarungkan semula pedangnya di belakang dan bangun
membersihkan bajunya yang kotor.
Medeis turut berdiri dan mencengkam baju musuhnya. “Kau siapa dan
cam mana kau dapat pedang milik Beater?”
“Yo Toshiro! Kau okay ke?!”
Mata Medeis terbeliak besar mendengar lelaki yang terbang bersama
Luciey itu memanggil nama lelaki dalam tangannya ni Toshiro. “Kau Toshiro? As
in Black Warrior?!”
Toshiro mengangguk. “Hai Beta Tester Medeis. Boleh lepaskan aku
sekarang?”
Medeis terus melepaskan Toshiro dan tersenyum gembira. “Oh my
Gosh!!! Aku tak sangka aku jumpa kau lagi!!” Dia memeluk Toshiro dengan erat membuat
pemain Sylph terkejut.
Black Warrior? Jadi lelaki tu X-FDO juga lah? Tak sangka lelaki tu
Toshiro the Black Warrior!!
Luciey mendarat berdekatan dengan mereka juga terkejut mendengar
musuh mereka adalah Toshiro. Dia berputar memandang Akira. “Kau pula siapa?”
Akira tunduk hormat. “Akira, The Knight of FDO.” Dia mengenyit mata
membuat Luciey tambah terkejut + blush. “Akira?!”
Medeis memandang lawan Luciey pula. “What? Akira!!!” Dia berlari
kearah Akira pula dan memeluknya.
Akira agak terkejut juga dengan perangai Medeis ni tapi dia tak
kisah asalkan dia tak kena bunuh.
Medeis lepaskan pelukannya dan memandang puaknya. “Don’t worry
everyone! Mereka berdua ni kawan dan bukannya lawan!”
Toshiro dan Akira saling berpandangan dan tertawa kecil. Nampaknya cara
mereka bertemu dengan medeis bukanlah seperti yang mereka jangkakan.
><><><><><><
“Apa? Maya, kau pasti ke itu bukan mimpi sebab takda NPC cam tu.”
Kata Medeis yang duduk di cafe bersama Maya.
Maya mengangguk laju. “Serius ni. Aku nampak dengan mataku sendiri.
Dia turun dengan sayap putih cantik! Dia tak tahu satu pun tentang permainan ni
sampai aku kena terangkan semuanya kat dia. Setelah aku bagi penerangan dia
tanya apa yang aku nak.”
“Dia bagi kau 3 permintaan?”
Maya mengangguk lagi. “Hai, pertama aku minta Herba yang kita cari
untuk berperang dengan Puak Umbra; Aku dapat tiga bakul besar dari dia! Selepas
tu aku minta duit yang banyak dan dia bagi aku 1juta Vyler!”
Hades tertawa mendengar keterujaan Maya. “Permintaan terakhir kau?”
“Aku terpaksa fikir yang tu, so, setelah fikir semasak yang
mungkin.... permintaan terakhir aku ialah tolong kita jika ada masalah menimpah
dalam peperangan nanti.” Maya seutas rantai dari dalam bajunya. “Dia bagi aku
ni, dia kata aku kena berada di tempat peperangan tu kalau nak dia selamatkan
kita.” Maya membuka rantai tersebut dan berikan kepada Hades.
“Kenapa aku yang pegang pula?”
Maya tersenyum manis. ‘Sebab aku takkan ada di tempat tu sebab time
kita berperang aku ada Exam kat dunia reality.
Hades tertawa kecil. Sebenarnya dia tak kisah sangat ada pertolongan
ke tak sebab dia sendiri boleh selesaikan kerjanya tanpa ada bantuan tapi untuk
sedapkan hati maya dia hanya mengangguk. “Okay, thanks Maya.”
“You welcome.”
><><><><><><
Seorang perempuan yang di katakan oleh Maya sedang berjalan di
tengah-tengah bandar Nura telah mengambil perhatian ramai pemain. Perempuam itu
tidak menghiraukan pandangan orang lain kerana dia dah biasa dengan pandangan
seperti tu.
Perempuan itu tiba di kedai costume yang terdekat untuk menukar gaun
panjangnya ke baju yang lebih selesa.
“ya Cik nak beli apa?” Soal NPC kedai itu dngan senyuman manisnya.
Perempuan itu membuka Main System kedai tersebut dengan tap dahi
pekedai NPC itu. Dia mencari baju yang terkuat yang ada. “Mahal juga....” bisiknya.
Nasib baik tempat tu tak ramai orang kalau tak dah tentu dia kantoi.
Dengan sembunyinya dia ubah suai baju tersebut seperti mana dia
pernah pakai di FDO Cuma berlainan style. Setelah dia ubah suai, dia pergi ke
changing room yang berdekatan untuk memakainya.
“Aku patut ubah wajah avatarku...” Dia terus memandang kearah
cermin. Wajahnya sebenarnya di ubah menjadi orang lain. Rambut hitamnya menjadi
warna merah yang panjangnya hingga hujung tulang trapeziusnya dan di ikat satu,
mata birunya bertukar menjadi warna almond.
Dia berubah sepenuhnya dan pastinya tiada siapa akan syak siapa
dirinya yang sebenar. “Baiklah, sekarang kena cari pedang.”
Dia keluar dari kedai tersebut setelah membeli harga baju yang tak
ternilai itu dan bergerak ke kedai yang menjual senjata yang canggih. Kali ni
dia akan ke kedai bukan yang di buat oleh NPC tapi pemain yang buat.
Dia swipe open akaunnya > User > Map. Dia sekarang mencari
kedai senjata mana yang pemain itu sendiri buat senjata dan Bingo!
Dia teruskan berjalan dan masuk kedalam lorong sempit antara dua
bangunan. Setelah keluar dari lorong itu, dia turun tangga masuk kedalam lorong
gelap pula. Dia mengangkat tangannya dan mengeluarkan cahaya untuk dia jalan di
dalam tempat gelap itu, setelah dia melihat cahaya pada hujung lorong itu dia
matikan cahaya pada tangannya.
Sebaik sahaja sampai ke destinasi misterynya, Dia kagum melihat
tempat bawah tanah itu. Terdapat banyak pemain sedang bertukang membuat senjata
buatan sendiri dan bertungkus lumus untuk buat yang terbaik.
“kenapa seorang pemain cantik berada di tempat yang kotor ini?”
Accel memandang kearah lelaki yang menyapanya. “Aku sedang mencari
pedang.”
“Well, kau datang ke tempat yang betul! Di sini ialah tempat membuat
senjata terkuat dalam permainan ini. Hanya satu masalah untuk mereka yang
datang ke sini, Duit.”
Accel tertawa kecil. “Itu takda masalah. Sekarang tunjukan aku
senjata terkuat korang.”
Lelaki itu rasa tercabar dengan ayat perempuan di depannya dan tanpa
banyak soal dia tunjukkan jalan ke bahagian pembuatan pedang.
Semua pemain yang ada di situ memandang kearah Accel dengan rasa
curga kenapa? Sebab kebanyakan mereka kelihatan seperti penjahat dan berpakaian
gelap atau menyembunyikan Identitinya tapi Accel tidak. Dia berpakaian serba
putih dan tak takut identitinya ditayangkan kepada semua orang.
“Ini dia cik adik, carilah pedang yang kamu suka.” Dia tujukan
kepada lorong yang hanya menjual pelbagai jenis pedang.
Accel mengangguk dan mula mencari dari gerai ke gerai. Dia melihat
satu pedang yang agak nipis dan berukiran yang cantik. Dia mengambilnya dan
cuba periksa keadaan pedang itu. “Nipis.” Dia menghayunkannya beberapa kali.
“ringan dan...” Accel menghentaknya di lantai konkrit membuat ia patah dua.
“Mudah patah.”
Penjual pedang tu terkejut sendiri. “Pedang tu tak mudah patah!cam
mana kau boleh patahkan benda tu hanya dengan satu hentakan?”
Accel mengambil pedang yang sudah patah dua itu dan lontarkannya
kearah di penjual. “really? Jadi ini apa?” Accel bergerak pergi mencari pedang
yang lebih sesuai.
Dia melihat pedang yang besar dan tebal, dia mula mengujinya. “Uish,
beratnya...” Dia cuba menghayunkan pedang itu, di sebabkan berat dia terpaksa
guna dua tangan hampir memotong kepala lelaki yang tolong dia tunjukkan jalan.
“Sorry.” Dia meletakkan semula pedang itu di tempatnya semula.
Dia menggeleng. “Tak pa. Say, I want to ask something... cam mana
kau boleh jumpa tempat ni?” Soal lelaki yang tak di kenali itu kepada Accel.
Accel mengambil satu lagi pedang nipis dan meriksa sama ada pedang
itu tajam atau tak. “Dengan peta.”
Lelaki itu tambah musykil. “First time datang sini?”
Accel meletakkan pedang itu dan kembali berjalan. “Ya, nampaknya cam
tulah.”
First time? Kalau ini kali pertama, tempat mereka tak semestinya ada
dalam petanya kecuali dia ke sini dengan orang yang pernah datang sini tapi
tiada. Siapa perempua ni?
“Kau dari Puak mana?”
Accel melihat pedang yang tak jauh dari mereka dan berlari kearah
gerai tersebut. “Selalunya Puak Machinor yang buat Senjata kan?”
Lelaki itu mengangguk. “Cik tak jawab soalan saya, cik dari Puak
mana?”
“Boleh tunjukkan saya di mana pembuat pedang terhandal dari Puak
Machinor?”
Lelaki itu menahan marah kerana soalannya di edahkan. “Ikut sini,
Cik.”
Accel mengekori lelaki ini jauh kedalam tempat bawah tanah itu dan
masuk kedalam kedai besar untuk berjumpa dengan seorang berbadan sasa sedang
menukul iron panas.
“Richeal, kau ada tetamu.”
Lelaki itu berdengus dan memandang kearah lelaki yang bersuara itu
dengan renungan mautnya. “Sly, aku dah kata banyak kali, jangan bawa pemain
lembik ke sini.” Richeal memandang kearah pelanggan ‘lembik’nya. “Ini pelanggan
aku? You got to be kidding me.”
Lelaki yang bernama Sly itu menggeleng. “Dia lain dari yang lain
Richeal. Perempuan ni tak pernah datang ke sini tapi dia tahu tempat rahsia
kita. She’s something.”
Richeal menjungkit kening. “Something huh....” Dia memandang Accel
dari atas hingga ke bawah. Kelihatan dari costume tu, dia sepertinya pro tapi
tiada pedang. Mesti pemain baru tapi nampak dari keyakinan yang dia ada,
mustahil dia pemain baru. “Apa nama kau budak.”
“Accel.”
Sly dan Richeal terkejut beruk mendengar nama Accel dan ketawa pecah
perut membuat si Beater ini blur.
“Kau bawa Beater palsu lagi ke? Ini dah ke tiga kali kau bawa pemain
nama Accel ke sini!” kata Richeal di antara tawanya.
Sly menarik nafas dalam dan mengusap air matanya akibat ketawa
banyak sangat. “Aku sendiri tak tahu dia ni ‘Accel’.” Dia memandang kearah
Accel. “Kenapa kau fikir kau ni Beater hah? Kau tahu tak penipun cam tu dah
lapuk kat tempat ni?”
Rupanya ada pemain yang menyamar menjadi Accel juga dalam permainan
ni, baguslah. Izumi akan bersusah payah untuk cari di dalam permainan tu. “pegang
kata-kataku. Aku Accel yang lebih hebat dari ‘Accel’ yang pernah datang ke
sini.”
Richeal berhenti ketawa dan memandang wajah serius Accel. “Hmmm....
bunyinya seperti satu perlawanan akan bermula. Alright, apa kata kau lawan aku
kalau kau memang ‘lain’ dari Accel yang pernah datang ke sini.” Richeal
mengambil sebanyak bilah pedang yang ada di kedainya dan keluar dari kedai, di
ekori oleh Sly dan Accel.
Mereka tiba di sebuah arena perlawanan yang terletak di
tengah-tengah tingkat bawah tanah itu dan sebaik sahaja mereka tiba di
tengah-tengah arena, pemain yang ada di tempat itu mula berkumpul untuk melihat
perlawanan yang sememangnya akan bermula tak lama lagi. Meraka dah tahu setiap
kali pemain berdiri di tengah arena dah tentu mereka sedang menguji kekuatan
senjata mereka atau sedang berlawan atas sebab-sebab tertentu.
Accel memandang sekelilingnya. Ramai Juga pemain yang ada di sini
untuk beli senjata dari Puak Machinor ni. Tapi kenapa mereka sembunyikan base
pembuatan senjata mereka? Accel mengangkat bahu malas nak tahu.
“baiklah semua!” Jerit Sly memberikan pengumuman. “Ini hari ialah
perlawanan dalam sejarah! Kawan kita Richeal akan berlawan —” semua orang
berbisik-bisik terkejut mendengar lelaki gagah itu akhirnya berlawan setelah
sekian lama. “—Dengan perempuan yang cantik ini... yang mengaku namanya Accel
si Beater!” mereka semua tertawa besar.
Accel terbayang berapa kali namanya di malukan oleh Accel palsu yang
sebelumnya pernah kalah di arena ini? Kalau dia jumpa pemain tu, dah tentu dia
lanyak-lanyak mereka sebab malukan namanya.
“Baiklah Accel...” Sly
memandang kearah Accel denngan senyuman sinisnya. “Pilih pedang yang ada di
sini. Semuanya di buat khas oleh Richeal.”
Accel mengangguk dan melihat setiap satu pedang yang terukir cantik
dan tak mustahil pedang ini memegang kekuatan yang sangat besar.
“Cik adik, kita takda masa ni... tolong pilih cepat.” Kata Sly tak
sabar nampak Accel palsu di depannya di malukan.
Accel berdengus dan mengambil sebilah pedang yang menarik
perhatiannya. Dia memandang kearah Richeal. “Apa nama pedang ni?”
Richeal tertawa kecil. Dia boleh tap open notification pedang tu
tapi... “Reign Rose.”
Accel tersenyum. “Okay, aku pilih pedang ni.” Katanya dan kembali ke
tengah gelanggang.
Richeal rasa hairan dengan perempuan ni, selalunya pemain akan
melihat kekuatan pedang dan harganya tapi Accel yang ni tak. Dia hanya soal
namanya dan itu je. Tiada lain dan dia tak nampak pun kekurangan dan kelebihan
pedang tu.
“Kau akan menyesal pilih pedang tu.” Kata Richeal dan mencapai
pedang kegemarannya. “Pedang tu tak pantas.” Katanya buat posisi bersedia.
Accel juga buat posisi bersedia. “Aku pantaskannya.”
“Pedang tu tak sekuat mana.” Kata Richeal lagi.
“kekuatanku dah mencukupi.”
Richeal tersenyum terhibur dengan ketenangan perempuan ni. Accel
sebelumnya gementar habis kalau nak berlawan dengan dia. “Kau akan kalah dengan
pedang tu.”
Accel menarik sengih. “Aku yang akan tentukan semua tu.”
Sly swipe opn akaunnya dan tekan butang ‘set masa’. “Korang akan
berlawan dalam masa 300 saat. Peraturannya senang. Last person standing win
atau live bar terbanyak menang. Understand?” Accel mengangguk. “Good, sekarang
mula!!”
Masa mula berdetik namun kedua belah pihak masih belum berganjak
dari tempat mereka. “Kenapa Accel?
Kau takut nak mulakan langkah?”
Accel menarik sengih. “Kau kenapa Richie? Takut pukul perempuan?”
Richeal rasa tercabar, bukan sahaja bagi dia nama samaran Richie
malah katakan dia pengecut. Tiada siapa berani cakap cam tu kat dia. Richeal
memulakan serangannya dengan berlari kearah Accel, dan menghayunkan pedangnya.
Accel kebelakang sedikit mengelak pedang Richeal, bila pedang
lawannya separas lutut, dia mula memanjat naik pedang tu terus ke kepala
Richeal menendang kepala musuhnya membuat dia cium tanah.
Accel mendarat dengan selamat dan berputar memandang Richeal. “Itu
je? Come on Richie, ini ke lelaki terkuat di Puak Machinor?”
Mereka semua terkejut melihat Accel dengan mudahnya jatuhkan
Richeal. Ia baru permulaan perlawanan Accel dah berjaya jatuhkan Richeal!
“Tak mungkin! Itu nasib je!” jerit Sly cuba tenangkan penonton. Dia
sendiri tak sangka yang perempuan tu boleh buat tapi dia pasti Accel palsu tu
tak dapat kalahkan Richeal.
Richeal bangun dengan perasaan yang teramat marah kerana perempuan
itu berani buat dia, untuk kali pertamanya jatuh ke lantai. “That’s it. Aku
takkan berlembut dengan kau!”
Accel gembira dengar ayat tu. “Come and get me.”
Richeal berlari kearah Accel, sekali lagi menghayunkan pedangnya
Cuma secara melintang kearah Accel. Kali ini Accel menghalang pedang itu dan
bukannya mengelak. Pedang mereka bersilang dan Accel menepis pedang Richeal
dengan senang.
Richeal masih tidak mengalah, dia menghayunkannya lagi dan sekali
lagi Accel melawan. Perlawanan hebat ini membuat semua penonton mula cemas
kerana selalunya bila ada pertarungan cam ni berlaku pasti ada taruhan dan
kebanyakan dari mereka semua taruh Richeal akan menang!
Accel melihat Richeal semakin penat berlawan dengannya dan menarik
sengih. “Dah penat?”
Richeal naik berang dan menghayunkan pedangnya secara melintang.
“Diam!!”
Accel tunduk dan buat low 90 degree kick di kaki Richeal membuat
lelaki sasa itu tumbang terlentar di lantai. Accel segera bangun dan dengan
sekuat tenaga dia menghayunkan pedangnya kearah leher Richeal.
*Cling!!
Semua orang terkejut melihat apa yang terjadi, Mereka tidak percaya
apa yang mereka lihat! Accel palsu tu tak bunuh Richeal???
Richeal membuka matanya dan melihat mata pedang itu hanya beberapa
sentimeter jauh dari lehernya. “kau tak bunuh aku?”
Accel jauhkan pedang Reign Rose itu jauh dari leher Richeal dan
menghulurkan tangannya kearah lelaki badan sasa itu. “Nope, kalau aku bunuh kau
cam mana aku nak beli pedang ni kan?”
Richeal tertawa lega dan menyambut pertolongan Accel untuk bangun.
“Kau memang hebat tapi kau mustahil Beater sebab dia dah mati di bunuh
Highlifht di dalam permainan FDO.”
Accel mengangguk. “Aku bukan beater permainan FDO. Let just say, aku
pengganti Accel si Beater FDO?”
Richeal tertawa kecil. “Okay, suit yourself. Pasal pedang tu aku
takkan bagi diskaun.”
“Apa? Setelah aku kalahkan kau aku tak dapat sebarang diskaun? No
way!!” Rungut Accel. “Come on lah Richie, be nice to me!”
Richeal mengeluh. Cam mana perempuan ni boleh jadi menggerunkan dan
nampak harmless dalam sekelip mata?? “Alright, 30%.”
“40%.”
Richeal meramas rambutnya. “Baiklah 40% happy?”
Accel mengangguk gembira. “Very.”
Sly hanya menggeleng sambil tersenyum melihat gelagat perempuan yang
bernama Accel ini. Dia memang something. “Pulau Nura ni akan bergegar akibat
berita tentang perempuan ni.” Dia memandang penonton yang sibuk menyebarkan
berita kekalahan Richeal di tangan pemain bernama Accel melalui Mesej ke kawan
mereka.
“Sly! Bawa budak ni keluar sebelum aku bankrup!” jerit Richeal
kearah kawannya membuat Accel tertawa besar.
Sly mengangguk dan menyuruh Accel mengekorinya keluar. “Aku tak
sangka kau boleh kalahkan Richeal, Accel.”
Accel tertawa kecil. “Kau mengaku aku Accel ke?”
Sly berdengus. “Tak, aku panggil kau Accel sebab nama avatar kau Accel.”
Accel hanya menggeleng melihat penafian Sly. Cakap jelah kau dah tak
benci aku sebab nama aku Accel.
“Kau pasti ke Anchient scroll tu boleh tolong kita jadi Noble
Tribe?”
Langkah Accel terhenti bila dengar sesuatu yang interesting. Apa
yang dia dengar dari seorang perempuan dari Puak Domitor yang Noble Tribe ni
akan buat mereka menjadi Puak terhormat di pulau Nura. Apa pula Anchient scroll
ni?
“Of course! Tapi kita tak boleh ambil ujian dulu sebab Puak Domitor,
Sylph dan Mediocris adakan pertemuan untuk kalahkan Puak Umbra tak lama lagi.”
“So? Apa masalahnya? Biarlah Puak tu hancur. Bukan urusan kita.”
Puak Umbra? Bukannya Puak tu yang di syak curi barang Sylph ke?
Nanti; Anchient scroll tu ke barang yang di curi? Accel curi pandang ciri-ciri
lelaki yang bercakap tu dan menjungkit kening. Salah satu dari mereka
bersenjatakan pedang manakala satu lagi bersenjatakan kapak. Mereka dari Puak
mana?
“Lord Crumb dah beri arahan kat kita untuk berkumpul dan kita akan
tolong mereka untuk hapuskan Puak Umbra supaya Puak kita tak di syaki oleh
sesiapa sekali menutup mulut Puak Umbra tu.”
“Accel! Cepat sikit jalan tu!”
Accel tersentak dari lamunannya dan segera mengejar Sly yang dah
jauh di depan. Mereka berjalan seiringan semula. “Sly?”
“Apa?” Dia memandang kearah Accel yang sedang berfikir.
“Lord Crumb dari Puak mana?”
Sly menjungkit kening. “Tak silap aku dia dari Puak Fortis atau Puak
Littera. Kenapa?”
Accel menggeleng. “Nothing.”
Sly menjungkit kening dan mengangkat bahu malas nak tahu apa ada
dalam kepala hotak perempuan ni.
Comments
Post a Comment