Axerialeth : SOD -Most Wanted-

Bab 3

            Seminggu kemudian….

            “mengalah lah Spring….”

Spring menggeleng, masih berkeras. “Jangan harap…”

Ben menarik sengih. Perempuan ni memang tak kenal erti menyerah kalah. Ini dah masuk ke tiga kali mereka berlawan mata dan mereka seri. 1:1

Yang lain memandang Spring dan Ben sedang bermain permainan budak-budak di kaunter bar mereka. Hanya mereka berdua. Spring berdiri di dalam bahagian bar manakala Ben duduk di kerusi Bar sambil menyandar pada meja bar tersebut seperti mana Spring juga lakukan.

Manda menggeleng. “mereka tak perasan ke yang muka mereka dekat sangat?”

Nuez tertawa kecil. “Siapa berani tolak kepala Ben? Biar mereka bercium.”

Pole menyandar di sofa lepak mereka terhibur melihat perkembangan hubungan antara Spring dan Ben. “Aku nak tapi tak nak pula terlepas nak nampak siapa menang dalam permainan mengarut ni. bukan selalu dapat lihat Ben kalah kan?”

Nada Lift berbunyi dan pintu lift terbuka, membenarkan Rick keluar dengan beberapa helai kertas dalam tangannya. Langkahnya berhenti bila dia tiba di kaki tangga terakhir.

Dia melihat Ben dan Spring sedang memerhatikan satu sama lain sambil senyuman terpapar di kedua wajah mereka. Muka mereka dekat sangat seperti nak bercium tapi ada ke orang bercium depan public?

“Apa mereka buat tu?”

Tiga penonton ini berpaling serentak memandang ketua mereka dan tersenyum.

“Oh hi Rick. Nak join kami?” Soal Manda sambil tepuk-tepuk tempat kosong di sebelahnya.

Rick bergerak mendekati mereka dan letakkan helaian kertas di atas meja hologram di tengah-tengah sofa bulat. Dia berputar memandang Ben dan Spring sambil memeluk tubuh.

“Mereka tengah lawan mata ke?”

“Yup.” Jawab mereka bertiga serentak.

“Interesting…. Siapa menang?”

“1:1” jawab Nuez ringkas dan tersenyum melihat Ben meniup mata Spring supaya lawannya berkelip.

Rick turut tersenyum melihat Spring memukul bahu Ben kerana menipu. Hebat Ben ni, matannya tak berkelip walaupun kena pukul dengan kuat. “Seri huh? Ini perlawanan terakhir ke?”

“Nampaknya cam tulah.” Jawab Pole pula.

“Melainkan ada yang tak puas hati dan nak lawan lagi.” Sambung Manda tahu sangat perangai Ben.

“Hmm… lama lagi lah ni. Pole…”

Pole beralih pandangan ke Rick dan mendongak sedikit menggalakkan Rick untuk bersuara.

Rick mendekati telinga Pole untuk berbisik sesuatu kepadanya. Ini buat Pole tersenyum. “Kau serius ke ni?”

“Aku tahu kau takkan tolak tawaranku kan?”

Pole terus berdiri dan berjalan dengan cara menggoda mendekati Ben. Rick, Manda dan Nuez tertunggu-tunggu apa yang Pole akan buat kat Ben.

Di sebabkan Ben membelakangkan mereka, Pole mempunyai kesempatan untuk berjalan ke belakang Ben dan tangannya naik ke bahu pilot kapal itu mengusap bahunya dengan cara menggoda. Dia sempat meniup telinga Ben.

Ini buat bulu roma Ben remang satu badan seperti kena renjatan elektrik dan menepis tangan Pole dari bahunya.

“Hah! kau berkelip!” sahut Spring happy. “Aku menang!”

“What? Tak!” Ben berputar memandang Pole. “Kau kacau! Ini tak adil!”

Pole tertawa besar melihat wajah kalah Ben. Memang priceless betul.

“Shut up Pole!” marah Ben. Kalau Pole tak ganggu dah tentu dia akan menang lawan Spring.

“Dah-dah! Aku suruh Pole goda kau supaya permainan kamu tu tamat. Mari sini, ada sesuatu aku nak beritahu kat korang”

Spring dan Ben berputar memandang Rick yang tersenyum lebar. “Yeah!! Thank you Rick!” Spring berlari ke Sofa bulat dan duduk di sebelah Manda.

Ben pula berdengus, bergerak mengheret kaki ke kumpulannya dan melabuhkan punggung di hujung sofa bulat. Dia sempat menjeling kearah Pole yang limpas di sebelahnya dan duduk di sebelah Spring. Benda yang buat Ben marah ialah ekspressi wajah Pole sepertinya dia baru menang Oscar Awards! Apa yang dia nak banggakan kat Ben? Oh dia lupa, Pole bencikan dia.

“Apa kau nak beritahu kami Rick?” Nuez bersuara setelah beberapa ketika diamkan diri.

“Oh ya, sorry. Aku terfikirkan sesuatu tadi. Anyways..” Dia segera bersuara bila dia lihat salah seorang dari nak bersuara. “Dua hari lalu aku turun ke Bandar untuk dapatkan beberapa maklumat tentang Organisasi Clow Reign dan aku dapati yang mereka….” Rick kehadapan memandang mereka dengan tangan sebagai tongkat di atas meja.

Badan mereka yang lain juga secara automatiknya kehadapan tak sabar nak dengar apa yang Rick nak katakana seterusnya.

“Nak kita semua.”

Mereka semua melepaskan keluhan berat. Mereka dah agak yang ayat nak keluar dari mulut Rick ialah berita buruk tapi yang ini lebih teruk dari apa yang mereka jangkakan.

Nuez kembali menyandar pada sofanya dengan perasaan tak sedap hati. “Ini lebih teruk dari kes sebelumnya. Kau pasti ke dia nak kita semua??”

Rick kembali berdiri tegak dan mengangguk. “Ya, nampaknya Organisasi Clow Reign tak nak lepaskan sebarang maklumat tentang Eksperiment Off-Spring mereka. Di sebabkan kita tolong Spring, dah tentu mereka kita sekali untuk tutup mulut kita.” Rick memandang comrade nya satu per satu. “Kita dah tak boleh keluar ke bandar sesuka hati kita je. jika sesiapa nak turun kena berdua atau berkumpulan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak di ingini dan… Pole, kau rasa emergency Kit 034 kau tu masih boleh guna ke?”

Pore mengangkat dua ibu jarinya sambil tersenyum gembira. “Berguna sepanjang masa! Aku tak sangka kau akan setuju dengan plan emergency aku kan?”

“Kita dah tak da pilihan. Walaupun idea kau tu mengarut, kita kena ada penyamaran untuk turun ke Bandar tanpa sesiapa mengenai kita. I ask you once again; kau pasti ke penyamaran tu takkan buat kita kantoi atau di syak?”

“Don’t worry! Kau sedang berdepan dengan master of disguise, aku yakin kita takkan di syak punya.”

Ben mengeluh. “Itu yang aku risau, takut penyamaran jadi permenant pula.” Bisiknya pada diri sendiri tapi di dengar oleh Pole.

Pole merenung tajam ke arah Ben. “Kau ada masalah ke dengan Emergency kit aku?”

Ben berpaling memandang Pole dengan renungan yang sama. “Ya. Aku takut penyamaran yang kau bagi nanti akan jadi permenant. Tengok kau tu, seorang lelaki menyamar jadi perempuan, pastu tak boleh berubah balik!” bulu roma Ben remang satu badan sebab geli. “Tak nak aku jadi perempuan sepanjang hidup aku.”

Tangan Pole di genggam erat menjadi satu penumbuk. Ada nak kena lelaki satu ni…. tapi dia tak boleh balas sekarang, tunggu bila masanya tiba baru dia fire back lelaki durjana tu. “Okay…. kau lepas kali ni tapi lain kali kau akan menyesal Ben. Mark my word; kau akan menyesal.”

Ben menarik sengih. “Kau cabar aku ke tu?”

“Wanna Bet?”

Senyuman dua musuh ketat ini menjadi lebar. “you are on buddy!” mereka berdua berjabat tangan.

“But remember, no regrets.”

Spring memandang Pole dan Ben berulang kali tidak faham apa yang berlaku. Bukannya mereka sepatutnya bergaduh ke? Tanpa ada kata maaf dah berbaik sambil bertaruh lagi.

Spring berbisik pada Manda. “mereka selalu cam tu ke?”

Manda mengangguk sambil tertawa kecil. “Ya, you’ll get use to it.”

“Okay, semua pay attention.” Rick memetik jari mengambil perhatian mereka semula. “kita tak boleh trust sesiapa sekarang ni kecuali orang dalam kapal ni kerana Organisasi Clow Reign dah mengupa pengintip, malah assassin untuk menangkap kita. Kemungkinan besar, kapal udara juga akan datang untuk menyerang kita. So, kita kena bersedia sepanjang masa.” Rick memandang wajah Spring dan tersenyum nipis. “Spring..”

Spring mendongak memandang Rick. “Y-ya?”

“Ingat janji kau. Percayakan kami dan ambil risiko?”

Spring tersenyum kecil dan mengangguk. “Aku ingat.”

Ya, dia ingat tapi dia tetap risau. Nampaknya lari untuk kebebasan nya boleh merbahayakan nyawa kawan barunya. Dia dah berjanji untuk percayakan mereka semua dan akan maju hadapan hingga mereka capai misi mereka; bebaskan mangsa Clow Reign tapi… boleh ke lima manusia biasa yang tiada kuasa istimewa ini menyelamatkan ratusan mangsa Clow Reign? Bukan sahaja lawan Tuan Zeloid malah, mereka yang memburu Kapal ni.

“kita dah jadi buruan satu dunia, tak boleh keluar dengan bebas lagi dan duduk dalam kapal ni 24/7.. so, apa plan kau sebelum serang organisasi tu?” Soal Nuez dah mula risau dengan misi membunuh mereka.

“Nu, relaks. Perjalanan ke Organisasi Clow Reign ambil masa 20 hari atau lebih. Dalam masa tu kita boleh buat rancangan untuk hapuskan mereka. Kita boleh tunjukkan dunia luar pada Spring dalam masa tu kan?” Rick mengenyit mata kepada Ben membuat pilotnya buntu.

“Apa? Kenapa kau buat muka cam tu kat aku?”

Mereka yang lain ketawa. Spring turut ketawa walaupun dia tak tahu kenapa, muka Ben tu yang buat dia geli hati.

Nasib baik aku dapat jumpa mereka semua. Kalau tak, aku takkan alami semua ini… thanks M27…

>X<

“Arrrghhh!”

Satu tendangan di perut oleh perempuan bertopeng kepada seorang lelaki yang merupakan anak kapal yang ingin mengejar Kapal Axerialeth. Kawan-kawan lelaki tersebut dah pun pitam kena belasah oleh perempuan bertopeng itu.

Lelaki terakhir itu meludah cecair merah dari mulutnya dan merenung tajam kearah lawannya. “Apa kau nak?”

Perempuan itu menendang muka lelaki tersebut membuat dia berguling tidak bermaya di lantai. Ini memastikan si lelaki tiada lagi tenaga untuk berlawan.

Bila lelaki itu tidak bergerak, barulah perempuan tersebut berlutut di sisi lelaki itu dan memutar kepalanya memandang si perempuan.

Good, dia masih hidup.

Si Perempuan mengeluarkan sehelai gambar dan tunjukkan pada lawannya. Ia sebauh gambar kapal Exarialeth.

Lelaki itu faham maksud si perempuan. Dia pun seperti mereka, mencari Kapal pertolongan bergerak tu. Tapi kenapa dia tak nak bekerja sama dengan mereka?

Si lelaki memandang wajah perempuan itu dalam gelap, hanya cahaya bulan yang menjadi cahaya untuknya melihat wajah perempuan itu. Matanya terbeliak bulat bila dia lihat wajah perempuan itu. Muncul satu gambaran di dalam mindanya yang telah menjadi buah mulut kepada orang seperti dia.

Seorang perempuan berhoodie, bertopeng menutup separuh dari mukanya, mati putih perak bercahaya dalam kegelapan dan tidak bersuara, penuh dengan misteri.

“Kau NightBlue…” Seorang assassin terhandal yang pernah wujud dalam zaman mereka. Dia buat kerja bersendirian dan akan membunuh sesiapa sahaja yang menghalangnya untuk mencapai misi yang diberikan kepadanya.

Lelaki tu tak nak mati, dia tak nak mati di situ. Tentu dia nak tahu di mana Kapal tu berada…

“A-Aku tak seberapa pasti tentang maklumat kami dapat t-tapi kami dengar kapal Axerialeth berada di Capital city tanah Grundella—Argh!”

Perempuan bernama NightBlue itu menumbuk muka si lelaki membuat dia pitam sepenuhnya. Dia dah dapat apa yang dia nak jadi mereka semua ni dah tak berguna.

NightBlue bangkit dan bergerak pergi meninggalakan 9 lelaki yang sudah di belasah habis oleh dia sendiri.


Axerialeth… prepare yourselves.

(A/N: I know, it short and I'm sorry tapi masa tak membenarkan angah untuk panjangkan cerita T_T Due Date Final Project dah nak dekat dan kerja tak siap-siap lagi. Sorry everyone :( Next Chapter Angah Try panjangkan lagi)

No comments:

Post a Comment