Rose Princesses: Unsolve Problem


Chapter 19
Luna berada di dalam biliknya masih berjaga walaupun sudah dekat jam 2 pagi. Dia di meja kerjanya sedang membaca buku tentang Devil Eye keturunan keluarga di Raja Kerajaan Robella.

Devil Eye hanya memilih keturunan yang boleh menampung kuasanya sahaja. Sebab tu ke dia pilih aku? atau kerana aku penjaga Heart of Robella dan juga pewaris tahta kerajaan? Desis hati Luna memikirkan tujuan sebenar devil eyenya.

Dia menyandar di kerusinya dan memandang siling bilik. Kenapa Onew hanya ada sebelah mata dan tidak keduanya ya? Mungkin dia tak cukup kuat dan hanya boleh menampung dengan sebelah mata sahaja? Desis hatinya lagi risau tentang keselamatan Onew. “Kalau hanya dengan sebelah mata…. Aku takut dia takkan hidup lama. Dia selalu mengalami sakit di sebelah mata kirinya tetapi dia cuba menyembunyikannya.” Luna memandang kearah jam dan segera bangkit dari kerusinya dan bergerak ke pintu bilik. Pintu dibuka dengan perlahan dan melihat kekiri dan kekanan. “Line clear. Time untuk berjumpa benda yang paling menjengkelkan dalam dunia.” Luna berjalan sesenyap yang mungkin supaya dia tidak kantoi oleh sesiapa, terutamanya Jessica atau En Edward nanti panjang ceritanya kalau nampak Luna.

Dia membongkokkan badan sedikit supaya bunyi tapak kakinya tidak begitu kedengaran. Dia memandang kebelakang pula takut kalau ada orang mengikutkan dari belakang, for example, si kembar.

“KAu nak ke mana tu?”

Luna secara automatiknya berdiri tegak dan memandang kearah lelaki yang tetiba menegurnya. “M,M...Minho? K… Kau tak tidur lagi ke?” Luna rasa cemas apabila kantoi oleh lelaki pujaan sendiri. Keep it cool Luna.. Keep it cool desis hatinya cuba tenangkan jantungnya yang berdegup kencang, love+terkejut.

“M,M,M…. tak boleh sebut nama aku betul-betul ke?” Minho tersenyum nakal. “atau kau nak aku ajar kau cara cakap nama aku dengan betul?”

Luna menutup mulutnya dan menggeleng laju. “Sorry! Cam mana aku tak gagap, kau tegur aku tetiba.”

“Hah.. cakap pasal menegur ni, kenapa kau berjalan membongkok, tip-toeing dan nampak mencurigakan hah?”

Luna memandang kekiri dan kekanan mencari alasan supaya tujuan sebenarnya tidak terbongkar. “Well.. aku nak ke dapur sebab tak boleh tidur. Tapi, aku tak nak terserempak dengan Jessy sebab tu aku buat cam tu.. Hah.. itu sebabnya.”

Minho menjungkit kening. “Pembohong.”

Luna tersentak. Eeeeee…. Boleh tak buat-buat percaya dan pergi? Desis hati Luna.

“Tell me the truth. Kau nak ke mana?” Minho dekatkan mukanya kepada Luna. pastikan dia tidak berbohong lagi.

Luna kebelakang sedikit dan segera memandang kearah lain selain wajah Minho. OMG!! Mukanya dekat sangat!! Jauh! Jauh! Desis hatinya ingin menolak muka minho tapi tangannya tak boleh bergerak.

“A..Ak.. Aku nak ke.. Kau ikut jelah!” Kata Luna apabila dia dah tak tahu apa nak beri alasan.

Minho kembali berdiri tegak. “Good girl.” Minho ketepi dan memberi laluan kepada Luna. “Sila tujukan jalan My Princess.”

“Tapi kau kena janji jangan bersuara tentang ni walau seorang pun. Ini rahsia hanya kau saja yang tahu.” Kata Luna tanpa memandang kearah Minho. malu. Minho hanya mengangguk setuju.

Mereka masuk kedalam bilik throne dan berjalan ke kerusi raja dan permaisuri.

“APa kau buat kat belakang tu?” Soal minho melihat Luna sedang meraba-raba dinding di sebali kain besar tergantung yang mempunyai lambang Robella.

“Dah Jumpa!” kataya Luna dengan nada yang gembira. tangan kiri Luna menekan satu batu bata dinding itu dan pintu rahsia terbuka luas.

Luna memandang kearah Minho dan letakkan jari telunjukkan di bibir. “It’s our secret.”

Mereka berdua masuk ke dalam dan menuruni tangga berputar ke suatu tempat yang Minho sendiri tidak tahu.

“Kita nak ke Heart of Robella ke?” Minho cuba meneka ke mana mereka akan pergi.

Di hujung tangga, langkah Luna terhenti. “Kita dah nak sampai.” Katanya melihat satu cahaya kecil di hujung jalan.

Minho memandang wajah Luna yang kelihatan takut. “Kau kenapa?” Minho melihat tangan Luna menggeletar segera Luna memegangnya.

“Entahlah, setiap kali aku ke sini.. tentu aku menggeletar. Terfikir apa akan jadi kalau aku… aku am.. ambil..” Luna sendiri tak sanggup menyebutnya apatah lagi berdepan dengannya.

Minho mengambil tangan Luna dan menggenggamnya erat. “Don’t worry. Kau akan baik-baik saja. Kali ni aku ada bersama mu.”

Luna tersenyum tawar. Mereka berdua menyambung perjalanan mereka ke arah cahaya. Mereka melalui sebuah gerbang kecil dan Minho kagum melihat sebuah bola berwarna oren emas tinggi di atas mencurah cahayanya di dalam bilik yang kecil.

Luna menarik tangan Minho untuk turun ke dasar. Mereka berdua turun dengan perlahan kerana Luna berada dalam keadaan takut. Apabila sampai di anak tangga ketiga terakhir, Minho terkejut lagi sekali melihat tempat itu depenuhi air setinggi lututnya dan terdapat banyak butir mutiara didalam air tersebut.

“Minho..” Luna memandang kearah Minho. “Tunggu aku di sini okay?”

Minho tersenyum nipis dang mengangguk. cuba mengurangkan rasa takut Luna. “Hati-hati”

Luna melepaskan tangan Minho dan membuka slipper tidurnya. Dia menutup matanya, menarik nafas dalam beberapa kali untuk mengosongkan fikirannya.

Apabila dia membuka matanya, anak matanya berubah ke warna merah dan melangkah berjalan diatas air. Dia bergerak ke tengah bilik tersebut dan mendepakan tangan sambil mendongak keatas melihat bebola oren itu.

Matanya bercahaya dan baju tidurnya bertukar kepada gaun panjang mencecah air berwarna emas.
Minho hanya melihat perubahan Luna. “Apa sebenarnya penjaga Heart of Robella ni?” soalnya berbisik pada diri sendiri mulai risau tentang keadaan Luna sekarang.

Cahaya emas dari bebola itu turun mengelilingi Luna dan bergabung dengan Luna. Dia terangkat keatas ditarik oleh cahaya emas itu.

Minho semakin risau apabila perasan yang  air muka Luna seperti tidak tahan menanggung cahaya yang dia serapnya.

Mata Luna terbuka dan menarik nafas dengan cepat. Dia terjatuh kerana sudah tidak dapat menampung lebih banyak cahaya dari bebola tersebut.

Minho segera bertindak masuk kedalam air dan menyelamatkan Luna dari jatuh. Kedua-dua diri mereka basah dan Luna menangis dalam dakapan Minho. Mutiara mata jatuh kedalam air. Baju emasnya bertikar kembali ke baju tidur.

Minho mengangkat Luna bridal style keluar dari tempat itu dan meletakkan Luna duduk di kerusi Raja. Luna ingin menahan tangisannya tapi tidak dapat kerana kecewa, dia ingatkan kalau dia lebih dewasa dia dapat menampung sejumlah kuasa yang tiada hadnya tetapi jangkaannya salah, dia tetap tidak dapat malah, lebih teruk dari semasa dia kanak-kanak.

Minho tundukkan badannya di hadapan Luna dan betulkan rambut Luna yang menutup mukanya. “Hey, Hey, look at me..” pujuk Minho.

Luna mendongak melihat Minho dan mengusap matanya.

“AKu faham bagaimana rasanya tak dapat di terima. Tapi, tak perlulah menangis sebab kau boleh cuba lagi.”
Luna menggeleng. “Dari kecil sehingga sekarang, kuantiti menyerap cahaya tetap sama. Aku tak pasti kalau aku layak jadi penjaga.”

Minho memikir bagaimana nak tenangkan Luna. “Apa tujuan kau untuk mendapatkan Heart of Robella?”

“Untuk… melindungi Robella.” Katanya dengan perlahan.

“Tidak lebih dari itu?” Soal Minho lagi.

“Aku… juga nak mengawal Devil Eye dengan menggunakan Heart of Robella. Tapi, itu tak salahkan? Tak salahgunakan kuasa Heart of Robella kan?” Soal Luna takut kalau itu punca dia tidak dapat diterima.
Minho menggeleng. “Asalkan tujuan kau tu untuk melindungi Robella.”

“Tentulah! Devil Eye ni ingin menghancurkan Robella sebab tu aku perlukan kuasa Heart of Robella untuk mengawalnya dari mengambil alih diri ku.” Kata Luna.

Minho tersenyum nipis. “Jadi, hanya ada satu sebab saja..”

“Apa dia?”

“Belum tiba masanya untuk kau dan Heart of Robella bersatu.”

XOXOXOXOX

Fiona berada didalam kamarnya, tidak dpat tidur kerana Viola tiada di sisinya. Dia berputar ke kiri, bayangan Viola yang sedang tidur muncul membuat dia tersenyum nipis.

Senyuman bertukar jadi tangisan kecil. Bagi pertama kalinya dia terasa sangat kesunyian tanpa kakaknya berada di sisinya.

Banyak persoalan bermain-main dalam mindanya...

Vee, kau marah aku ke? Kenapa kau dingin dengan aku? aku dah buat salah ke sampai kau tak nak layan aku?

Fiona bangkit dari katilnya dan bergerak keluar ke bilik Luna bersama satu bantal dalam dakapan. Dia mengetuk pintu bilik Luna beberapa kali tapi tiada respon.

“Dia dah tidur kot?” Katanya sedikit kecewa. Dia harap Luna masih bangun dan nak dengar masalahnya dengan Viola.

“Fee? Apa kau buat didepan bilik aku?” Soal Luna melihat Fiona tunduk kelantai dengan air muka yang agak sedih.

Fiona mendongak kearah Luna dan melihat Minho di sebelahnya. “Kamu… time sekarang?”

Luna memandang kearah Minho dan Minho tersenyum nakal.

Luna blushing dan segera menarik Fiona masuk bilik. “Kau tunggu sini.” Kata Luna kembali ke pintu.
Fiona hanya memandang Luna berbisik-bisik dengan Minho dengan hanya kepala Luna yang keluar dari pintu. Fiona mengendahkan mereka dan duduk di katil Luna, meraba-raba katil tersebut mencari keselesaan.
Fiona menutup pintu biliknya sebaik sahaja selesai bercakap dengan Minho dan melabuhkan punggung di sebelah Fiona.

“Okay… Kau ada masalah apa dengan Viola?” Luna terus menyoal dapat meneka apa masalah Fiona.
Fiona terkejut apabila Luna dapat tahu apa yang dia ingin share dengan Luna. “Cam mana kau tahu?”
Luna menjungkit kening tiga kali. “Dalam buku ‘sejarah’ aku, korang dua tak pernah bergaduh sampai tak bertegur.”

Fiona tertawa kecil. “Kau rasa…. Apa sebabnya Viola sampai sanggup keluar dari bilik?”

Luna yang memandang kakinya yang dihayunkan, terbeliak dan terus memandang Fiona. “Apa? Dia marah kat kau sampai pindah bilik lain?!”

Fiona mengangguk perlahan. “First time aku rasa sesunyi time Vee tiada di sisiku time tidur. Dari kecil hingga sekarang, kami tak pernah tidur berasingan dan apabila hal tu jadi malam ni…” Fiona memeluk erat bantalnya. “Rasa sangat sunyi dan sangat janggal. Seperti separuh dari hidup aku dah hilang, kau faham kan?”

Luna tersenyum nipis dan mengangguk. Dia mengusap rambut Fiona dengan lembut untuk menenangkan rasa sedih Fiona. “Kalau kau rasa cam tu, tentu Vee juga rasa apa yang kau rasakan sekarang ni. rasa sunyi tanpa adiknya temani tidurnya di sisi seperti selalu.”

“Kalau dia rasa cam tu, kenapa dia tak datang balik ke bilik?” Fiona tidak pasti dengan ayat Luna.

“Cam je kau tak kenal kakak kau sendiri?” Luna menunjukkan jari telunjuk dan jari hantunya. “Viola ialah opposite dari kau. dia bising, kepala batu, brutel, suka bergaduh, dan suka mengarah.” Luna menunjukkan jari telunjuknya.

Seterusnya, Luna beralih ke jari hantu. “Kau pula lagi feminine, lemah-lembut, sopan-santun, suka mengalah dan baik hati. So, Kalau Viola dah buat keputusan, dia takkan tarik balik punya walaupun dia sendiri menyesal but keputusan tu.”

“Plus, kalaulah dia tahu yang kau tentu akan maafkan dia… Vee tetap tak nak patah balik kerana ‘Jatuh darjat aku’, ada faham?” Luna sempat meniru loghat Viola yang memang pentingkan keputusan yang dia pilih lebih dari yang lain.

Luna memeluk bahu Fiona. “Tapi, kau tak perlulah risaukan sangat pasal hal ni sebab.. bak kata pepatah berkata, air dicincang takkan pernah terputus. Cam tulah adik beradik, sebanyak mana kamu bergaduh, kamu akan berbaik juga.”

Fiona tersenyum nipis apabila mendapat sedikit semangat dari Luna. mungkin Luna betul, Vee tak mungkin tinggalkan dia begitu saja kan? Desis hati Fiona meyakinkan diri sendiri.

“Lu… boleh aku tidur di sini malam ni?” Soal Fiona malu-malu kucing.

Luna tergelak kecil melihat wajah blushing Fiona dan mencubit kedua belah pipinya. “CUTENYA!!! Tentulah boleh.”

“Aduh! Aduh, du, duh, duh!! Lepas!!!”

No comments:

Post a Comment