Rose Princesses: Two but One
Chapter 22
Jonghyun dan Viola
sedang bersiar-siar di taman istana sambil menikmati keindahan alam pada waktu petang.
“kau rasa tenang sekarang?” Soal Jonghyun melihat wajah
Viola yang sedang memandang matahari terbenam.
Viola mengangguk. “Boleh aku tanya sesuatu?” soalnya dengan
suara yang lembut san tenang
“Apa dia?” Jonghyun menyoal kembali dengan nada yang sama
seperti Viola
Tetiba pandangan Viola tertumpu pada Jonghyun dan riak
wajahnya menjadi tegang semula. “kau sepatutnya balik esok pagi kenapa kelmarin
pula kau datang?”
Checkmate! Habislah Jonghyun. kalau Viola tahu yang Luna
panggil dia ke sini untuk settlekan masalah si kembar tentu Viola naik berang
nanti. “Er.. sebab..”
“Sebab?” Viola menunggu jawapan dari Jonghyun. rasa curiga
juga dengan Pakwenya satu ni.
“Ah! sebab kerjaku di gurun awal siap dari team yang lain.
Sepatutnya kami kena balik bersama tapi di sebabkan aku rindu sangat dengan
kau, aku balik sendirilah.” Harap dia percaya, harap dia percaya desis hati
Jonghyun risau kalau alasannya mencurigakan.
Viola blushing dan segera memandang kearah lain. “Nak
temberang lah tu? Cam je aku percaya.”
Jonghyun tertawa melihat wajah Viola merah kerana malu.
“Cakap jelah kau happy aku balik awal.”
Viola berdehem menyembunyikan perasaan sebenarnya. Dia
mengangkat bahu “entah.”
Jonghyun tersenyum nakal dan memeluk bahu Viola. “Aku anggap
jawapan tu ialah Ya.”
“Suka hati kaulah.” Viola tetap berkeras untuk tidak
memberitahu perasaan sebenarnya.
Mereka berdua berdiam diri buat seketika dan berjalan
melalui jalan yang bersimen dengan hiasan yang berkualiti tinggi.
“Kau… dah berbaik dengan Fee?” Jonghyun akhirnya menyoal
soalan yang telah bermain di mindanya.
Viola menggeleng. “Kenapa aku pula yang patut minta maaf?”
Jonghyun mengeluh kecil melihat Gfnya yang sememangnya jenis
kepala batu sejak azali lagi. “Kau tak terfikir ke sesuatu?”
“Tentang apa?” Viola tertumpu pada apa yang Jonghyun ingin
katakan.
“Fee. Dari awal aku jumpa korang dua, Fee selalu berada di
mana sahaja kau pergi. Sepertinya dia tak dapat hidup tanpa kau dan aku dengar
korang dua mengambil tindakan berhenti homeschool disebabkan kau mahu betul
ke?” Jonghyun cuba membuka cerita lama. Dia tahu ini sahaja cara untuk
melembutkan hati Viola. Lagipun, Luna yang ceritakan kisah hidup mereka berdua
kepada Jonghyun. ala… untuk senang menyelesaikan masalah si kembar tanpa
panjangkan lebih banyak cerita.
Viola mengangguk. “Tentulah. Aku tak nak tinggal di rumah 24
hours. Jadi aku bawa Fee keluar dari rumah dan bersekolah seperti pelajar lain.
Time tu, ia perkara yang sangat menakutkan bagi Fee sebab kemi melakukan
perkara yang kami tak pernah lakukan. Berjumpa orang yang sebaya dengan kami.”
Viola menghembus nafas panjang. “Fee sebenarnya seorang yang
pemalu dan penakut. Pada hari pertama kami bersekolah, aku yang senang dapat
kawan manakala Fee hanya berdiam diri tanpa tiada orang menyapanya. Sejak dari
situ, aku berfikiran. ‘aku tak nak lihat Fee murung cam tu lagi’, jadi aku
selalu di sisinya buat dia gembira dan menolak semua orang di sekeliling kami
dan bila dia dah biasa dengan dunia yang penuh dengan ramai orang, dia dah
tidak takut dengan mereka lagi tapi…” Viola tertawa. “DAh jadi tabiat kami
untuk menolak orang disekeliling kami untuk masuk ke dunia yang hanya ada kami
berdua sahaja. Sehinggalah… Luna datang dan membuka pintu hati kami untuk
menerima ramai orang.”
Jonghyun mengangguk tanda faham. “Kau tak perasaan ke yang
Fee sekarang sunyi tanpa kau di sisi?”
Viola terus menumpukan perhatiannya ke Jonghyun. “Maksud kau
apa? Key kan ada temankan Fee? Buat apa dia perlukan aku lagi?”
Jonghyun menggeleng. “Key dan kau ialah orang yang
berlainan. Boleh di katakan sudah menjadi tabiat. Fiona sudah biasa bersama kau
setiap masa dan bila dia bersendirian dia rasa hidupnya tidak lengkap.”
“jadi, Kalau dia rasa tidak lengkap kenapa dia tak jumpa aku
je?” Soal Viola inginkan kepastian.
“Kau sendiri cakap yang Fee tu seorang yang pemalu dan
penakut. Manalah dia berani berhadapan dengan kau yang tengah marah dengan dia.
Tentu dia sedang keliru kenapa kau marah dia tanpa dia ada buat salah.”
Viola memikirkan balik apa yang Jonhyun katakana sebentar
tadi. “Jadi kau nak aku buat apa?”
Jonghyun mengangkat bahu. “Ia terserah dari kau. tapi kalau
aku jadi kau, aku akan beritahu Fee masalah apa yang buat aku bengang sangat
sampai adik sendiri tak di tegur.”
Viola menjungkit kening sambil memeluk tubuh. “Itu nasihat
ke atau memerli?”
Jonghyun tertawa. “Advise from your lovers. Jadi, apa kau
nak buat?”
“Tentulah….. rahsia.” Viola menjelir lidah dan berlari
meninggalkan Jonghyun di taman.
Jonghyun hanya tersenyum melihat Viola berlari pergi. Dia
terus mengeluarkan phonenya dan mendail nombor Luna.
“Hello? Lu, kerja aku dah selesai. Sekarang giliran Key pula
beraksi.”
XOXOXOXOX
Pada masa yang sama, Key dan Fiona berada di pondok taman
sedang meluangkan masa bersama dengan bermain catur.
“kau okay ke Fee? Sejak kebelakangan ni kau asyik murung
jak.” Key menggerakkan buah caturnya.
Fiona mengangguk. “Aku tak papa. Makan Pawn.” Katanya
memakan salah satu pawn Key menggunakan Knight.
“Betul ke? Jadi kenapa kau dan Vee tak bertegur? Makan
Knight.” Kata Key dengan senyuman memakan knight Fee menggunakan bishop.
“Eh! Nanti, nanti, nanti!” Fiona baru perasan yang pawn Key
adalah satu rangkap.
Key tergelak kecil. “mana boleh patah balik dalam permainan
catur. Lain kali jangan fikirkan benda lain, okay?”
Fiona mencebik. “Cam mana boleh tak nak fikirkan benda lain
kalau masalah ni penting? Tak nak main lagi.”
Key menggeleng melihat Fiona yang baru saja tersilap langkah
dah nak berhenti main. “jadi, bila korang dua nak berbaik?”
Fiona mengangkat bahu. “Entah… Aku tak tahu kenapa Viola
tetiba marah dengan aku. kalau aku ada salah tentulah aku nak minta maaf tapi
setiap kali aku nak tanya apa kesalahanku, tentu dia jeling aku dan beredar
tanpa bercakap walau sepatah pun.”
“Kau rasa apa sebabnya dia buat cam tu?”
Fiona mengangkat bahu sekali lagi. “Kalau aku tahu dah lama
aku minta maaf kat Vee. Aku tak nak Vee marah kat aku sebab dia orang yang
paling penting bagi aku. Dia selalu di sisi aku walaupun dia boleh dapat lebih
banyak kawan. Dia sanggup ketepikan semua orang hanya untuk aku. dia tak nak
orang lain masuk campur dalam dunia kami kerana kami tahu yang mereka akan
pisahkan kami. Tapi…” Fiona terseyum nipis. “Luna ialah orang pertama yang
membuka hati kami dengan membuat perjanjian yang dia takkan masuk campur dalam
kehidupan kami.”
“Perjanjian?Maksud kau apa?” Key tidak faham dengan ayat
Fiona. Kalau Luna orang pertama, kenapa Dia buat perjanjian yang Luna takkan
ganggu mereka?
Fiona tersenyum sendiri apabila mengingatkan kisah lalu
mereka pada saat pertama mereka berjumpa dengan Luna. “Masa tu Luna datang ke
kolej setelah dua bulan overseas. Semasa tu dia nak persembahan music pada
malam majlis formalnya dan meminta kami untuk main di pentasnya…”
“Jadi, kamu setuju dengan syarat?” Key cuba meneka apa yang
akan berlaku.
Fiona menggeleng. “Vee menolaknya dengan serta merta. Dia
cakap orang business tidak tahu erti music yang sebenarnya dan menyoal Luna
balik apa yang dia tanggapannya tentang kami. Nak tahu apa Luna jawab?” Key
mengangguk ingin tahu. Fiona tertawa. “Dia kata, ‘You two are a low life, amature
and irrogant twins that didn’t care what people want to say. So irrogant until
you didn’t understand what’s your purpose for being irrogant.”
“Apa?” Key sendiri terkejut mendengar yang Luna menjawab
dengan bahasa Enggeris dan sangat mengelirukan. “kau serius ke Luna cakap cam tu?”
Fiona mengangguk. “Sampai buat kami sakit hati dan ingin
tahu apa yang dia maksudkan tentang kami. Tapi dia tak nak beritahu kerana dia
cakap yang dia tak nak masuk campur dengan hal kami kerana kami tak nak orang
lain masuk campur dalam dunia kami.” Katanya lagi. “Dia kenakan kami dengan
ayat kami sendiri. Sehingga Vee setuju nak buat persembahan di majlis formal
Luna.”
“Sebab dia nak balas dendam kerana Luna dah kenakan kamu?”
Key cuba meneka hela disebalik persetujuan Viola.
Fiona mengangguk. “Yup! Kami setuju dan tak buat latihan
untuk persembahan sehingga tiga hari sebelum majlis bermula.” Fiona
tersengih-sengih apabila teringatkan wajah Luna yang selalu marah kerana mereka
bagi banyak alasan untuk tidak berlatih.
“Jadi, kamu dapat buat persembahan tu ke?” Key semakin
tertarik dengan cerita mereka.
Fiona mengangguk. “kami mula berlatih semasa kami terdengar
Luna bermain piano di dewan okestra. Selama dua minggu kami bersama Luna, kami
tak pernah tahu yang Luna boleh main piano dengan begitu merdu. Dia dah menabat
hati kami berdua dengan sebuah piece yang sangat indah. Tapi… kami belum setuju
lagi untuk main. Vee sempat main teka teki dengan Luna tentang kami berdua.”
Kata Fiona. “Luna dapat meneka yang mana satu kami walaupun kami selalu
bertukar tempat. Pada saat tulah Luna menjadi sebahagian dari hidup kami.”
Key tersenyum nipis melihat Fiona akhirnya ceria apabila
bercerita tentang Luna. memang menakjubkan. Luna dan Eliza sangat memahami
orang lain desis hati Key kagum dengan Luna.
Kedengaran bunyi nada dering panggilan datang dari phone
Fiona. Fiona segera mengangkatnya apabila tertulis nama Viola di skrin phone.
“Hello? Vee?”
“Fee? Kau di mana? Aku
tunggu kau di bilik music sekarang. kau boleh datang kan?”
Fiona terus memandang kearah Key. Key mengangguk.
“Pergilah.” Katanya dengan perlahan.
Fiona tersenyum gembira. “Okay! kau tunggu aku di sana.”
Fiona mematikan dailannya dan berlari pergi ke dalam istana.
Key terus mengeluarkan phonenya dan mendail nombor Luna. “Hello?
Mission accomplish. Sekarang kau uruskan yang seterusnya.”
“Tak perlu. Si kembar
boleh buat sendiri.”
XOXOXOXOX
Viola berada di bilik music menunggu Fiona tiba. banyak
benda yang bermain di mindanya sekarang, cam mana nak minta maaf dengan Fiona
adalah benda utama.
Apa patut aku cakap dengan Fee? Aku tak pandai sangat dengan
babak-babak mengayat ni… desis hatinya risau kalau-kalau dia tersalah sebut
nanti Fiona pula salah faham.
Viola segera berdiri apabila terdengar bunyi tapak kaki
berlari menuju bilik itu.
“Vee..” Kelihatan Fiona berlari masuk kedalam bilik music.
“Fee!” mereka berpelukan dengan gembira setelah beberapa
hari tidak bertegur sapa.
“Vee, maafkan aku kalau aku ada salah. Ya? Ya?” Rayu Fiona
terus tanpa membuang waktu.
Viola menggeleng. “Aku yang patut minta maaf. aku patut
turut happy kalau kau happy. Bukannya kau akan pergi dari aku walaupun kau dah
ada orang gantikan tempat aku kan?”
“Apa yang kau cakapkan ni?” Fiona tertawa kecil. “Key memang
berada di hati Fee tapi, Vee ialah sesuatu yang tidak dapat diganti sebab aku
hanya ada satu Vee iaitu kau.”
Mereka berdua menggenggam tangan mereka dengan erat dan dahi
mereka bersentuhan.
“Walaupun kita sudah ada orang lain dalam hidup kita,
walaupun kita sudah berjauhan… kita takkan berpisah dan tinggalkan diri kita
sendiri.” Ujar Viola.
“Kerana kita ialah satu dan sentiasa bersatu walaupun kita
sudah tidak bersama seperti selalu.” Sambung Fiona.
Kelopak bunga rose biru mengelilingi mereka berdua dan
cahaya berwarna biru langit muncul disekeliling mereka .
Mereka melihat diri mereka sendiri apabila awakening kedua
mereka sudah tiba dan bersorak gembira. “EPIC!!”
“Yeah! Satu lagi langkah untuk awakening yang terakhir!”
Jerit Fiona gembira dengan pencapaian mereka.
“Yes! Biar Luna nampak yang kita lebih hebat dari dia. Kita
dah naik awaken ke dua sebelum mereka. High Five!” Mereka berdua berhigh five dan
tertawa.
Sedang mereka bersorak dan bergembira, Luna memerhatikan
mereka dari pintu bilik Music dengan senyap. Luna turut tumpang gembira dan
beredar pergi sebelum kantoi oleh si kembar.
Mereka dah naik awakening kedua, baguslah desis hati Luna
lega.
“Apa yang kau rancangkan lagi ni?”
Luna terkejut apabila melihat Minho berdiri tiga meter di
hadapannya. “Minho? apa kau- kenapa kau ad…”
“Aku rasa sesuatu fishy time kau limpas depan bilik aku
mengekori Fiona. Jadi, aku ikutlah kau ke sini.” Kata Minho, dia mula melangkah
mendekati Luna.
Di tenung wajah tunangnya yang paras tinggi hanya sampai di
hidungnya dengan lama sebelum bersuara lagi. “jadi, kau nak beritahu ke tak
nak?”
Luna melangkah kebelakang tetapi Minho menggapai tangannya
supaya luna tidak dapat melarikan diri. “Aku kira sampai lima. Kalau kau tak
nak bersuara aku kerjakan kau.” Minho menjungkit kening tiga kali.
Eeeee! Tak boleh nampak orang senang betullah desis hati
Luna. Luna hanya menjelir lidah menunjukkan yang dia tidak takut dengan ancaman
Minho.
Minho menarik sengih. “1… 2…. Cakap, kalau tak kau
menyesal..”
Luna menggeleng, masih berkeras. “Kau ingat kau boleh ugut
aku?”
“Okay, jangan cakap aku tak bagi amaran… 3… 4… 5…” Minho
mendekatkan mukanya dengan muka Luna.
Dia nak kiss aku? desis hatinya terkejut dan segera menutup
mata.
Minho tergelak kecil melihat Luna memejam matanya. Minho
naik dan mencium dahi Luna. “Kan aku dah bagi amaran tadi.”
Terbuka luas mata Luna, Muka bertukar merah. Jantung
berdegup kencang bagai nak keluar dari dadanya “T-tak guna! Ka-kau mainkan aku! aku ingat kau
nak ki…” Ayatnya terhenti apabila melihat Minho tersenyum nakal.
“Nak apa? Kiss kau?” Minho memeluk pinggang Luna. “Kalau kau
tak nak di K.I.S.S boleh tapi kau kena beritahu aku rancangan kau. ama cam? Deal?’
Minho saja mengeja Kiss untuk buat Luna takut. dia dekatkan mukanya dengan Luna
tanda dia serius dengan ayatnya.
Luna terus memandang kearah lain jauhkan mukanya dari Minho.
“Okay-okay!” Luna menolak Minho suruh dia lepaskan pelukannya. “Ikut aku…”
Minho tersenyum gembira. Mau juga dia bercakap kalau tak di
ugut desis hati Minho puas kenakan Luna. “Nak ke mana?”
Minho dan Luna berjalan seiringan. Sempat lagi Minho
mengusik Luna hingga membuat Luna jeritkan nama Minho. Minho hanya tergelak
melihat muka Luna yang merah menyala akibat tahan marah.
Comments
Post a Comment