The Chosen One: Chapter 10
Bab 10
Alex mengangguk. “Ah! Hampir lupa.” Alex mengeluarkan rantai yang
berada didalam poket sebelahnya dan pakaikan kepada Aoi. “Ia akan lindungi Aoi
semasa Alex tiada di sisi Aoi.”
“Aku dimana ni?” Aoi memandang sekelilingnya, hanya
pokok-pokok yang dapat dilihat. Daun yang berguguran menandakan musim luruh
sudah tiba. Aoi hanya mengikut laluan yang tidak tahu dimana penghujungnya. Dia
tidak takut kemana laluan itu membawanya, tidak tahu kenapa hatinya terasa
tenang. Sudah sekian lama dia tidak rasa setenang begini selepas kebangkitan
Lord Black.
“Aoi…” suara yang dikenali memanggilnya berapa kali. Aoi
mencari pemilik suara tersebut tetapi tidak dijumpa.
“Aoi…” Aoi berputar kebelakang dan terkejut melihat insan
yang dirindui berdiri 100 meter darinya.
“Mama… Mama!” Dia berlari gembira melihat mamanya yang sudah
lapan tahun tidak bertemu. “Aoi rindu mama!” Apabila Aoi melari mendakap
mamanya, dia hilang membuatkan Aoi jatuh ketanah. Dia duduk diatas tanah dan
melihat sekeliling, air matanya mula jatuh ke pipi. Betapa rindunya dia dengan
mamanya yang telah dibawa oleh ayahnya entah kemana.
“Kak Aoi, mengapa nangis?” Aoi mendongak dan melihat adiknya
Aily memandangnya dengan muka risau.
“Kak Aoi janganlah menangis. Aily kan ada
bersama kakak.” Aily tersenyum manis menghulurkan
tangannya.
Aoi ingin menyambut tangan kecil Aily tetapi dia lenyap
ditiup angin. “T… Tidak…” Aoi menutup mulutnya. Sudah dua kali insan yang tersayang
hilang didepan mata. “Mama, Aily… jangan tinggalkan Aoi… mama… Aily..” Air
matanya mengalir dengan deras. Tidak dapat ditahan rindu yang teramat kepada
mereka. Dia menangis sekuat hatinya. Tangisan lapan tahun yang lalu berulang
sekali lagi. Tangisan ketakutan ditinggalkan sendiri.
“Tidak. Aku tak sendiri.” Aoi mengesat air matanya dan
berdiri tegak. Dia teruskan perjalanannya mengendahkan suara yang memanggilnya,
suara yang menghina dan mencacinya. “Itu takkan melemahkan aku dari terus
bergerak kehadapan.” Langkahnya semakin laju dan dia berlari mengikut laluan
yang tiada penghujungnya.
Langkahnya terhenti apabila dia melihat seorang wanita yang
cantik lagi menawan memandangnya dengan senyuman yang manis.
“Permaisuri Biru..”
Permaisuri biru berjalan kearahnya dan memeluknya dengan
erat. “Kamu mempunyai hati yang kuat, Aoi. kamu tetap kehadapan walaupun orang
disekeliling kamu membencikan kamu.”
Aoi cuba menahan tangisannya dalam dakapan Permaisuri Biru.
Dia tidak mahu permaisuri biru menganggap dia seorang yang lemah.
“Kamu boleh menangis kalau kamu mahu.” Aoi menggeleng.
“Kadang kala, tangisan bukan melemahkan kita mala memberi kita kekuatan baru
untuk terus maju dan meringankan beban yang kita tanggung dihati.
Menangislah
sayang.” Permaisuri Biru mengusap-usap rambutnya. “Apa yang kau risaukan
sehingga hatimu terasa begitu berat, Aoi?”
Mata Aoi mula berair, dia menenangis sekuat hatinya dalam
dakapan Permaisuri Biru. “Apa patut aku buat? Aku takut aku gagal tunaikan
perjanjian kita. I’m become so selfish, Aku tak nak tinggalkan mereka
semua…
A.. Apa patut aku buat Permaisuri? Apa patut aku buat?”
Permaisuri Biru hanya berdiam diri. Dia memandang tepat
kewajah Aoi. mengesat Air matanya dan mengucup dahinya. “Sudah banyak yang kau
lalui. Apa yang kau patut buat ialah tabahkan hati kecilmu dan terus maju
kehadapan. Orang yang menyayagimu sangat risaukan kau apabila senyuman manis
diwajahmu hilang.”
Aoi agak terkejut. Dia tidak perasan yang lain risau
tentangnya. Dia terlalu sibuk dengan masalah Lord Black sehingga dia lupakan
orang disekelilingnya. Terutamanya Alex, insan yang telah mengubah hidupnya.
“Black bukan masalahmu, itu masalahku. Kau hanya perlu
melindungi buku kecil tu dari terjatuh ditangan yang salah sehingga masanya
telah sampai. Faham?”
Aoi mengangguk tanda faham.
“Bangunlah Aoi. Ada seseorang sedang menunggumu di luar.”
Permaisuri Biru memberi senyuman manis kepada Aoi sebelum Aoi bangun dari
tidurnya.
Mata Aoi terbuka perlahan dan mengangkat kelapanya dari meja
pejabatnya. Tidak sangka dia boleh tertidur semasa buat kerja. Mungkin terlalu
penat, disebabkan kerja yang semakin bertimbun setiap hari. Dia memandang jam
ditangannya. 4.15 pagi.
Aoi tersedar yang dia memakai jekat lelaki sebagai selimut.
“Siapa punya ni?” Matanya terbeliak melihat
nama yang tertera di nametag
jaket tersebut. “Alex? Dia dah balik?” Aoi segera berdiri dari
kerusinya. Dia ternampak figure seorang lelaki disofa yang telah tersedia
dipejabatnya. Aoi mendekati lelaki tersebut dan tersenyum lega melihat Alex
sedang tidur lena disofa berwarna putih itu.
Aoi menanggalkan jaket Alex dan menyelimutkan tuan punya
jaket. Aoi membongkok memandang muka Alex yang kelihatan penat.
“Tak guna punya pakwe. seminggu takda khabar berita, tak
contact tak sms… buat risau orang jak.” Aoi mencucuk pipi Alex secara perlahan
supaya tidurnya tidak terganggu. Aoi memandang muka tidur Alex dan tersenyum.
“First time aku nampak Alex tidur. Comel juga dia ni, kalaulah aku dapat tengok
muka tidurnya hari-hari.” Aoi mengeluh kecil, matanya mula berkaca.
Aoi menarik nafas dalam. Aoi! jangan tunjukkan muka sedih
kau lagi. Keep smiling desis hati Aoi cuba memberi semangat untuk dirinya
sendiri. Aoi mengucup pipi Alex dan kembali berdiri. “Okay, sambung kerja.” Aoi
bergerak ke mejanya.
“Woi, kalau bagunkan sleeping beauty bukan dipipi.” Langkahnya
terhenti apabila mendengar Alex bersuara. Mukanya mula bertukar menjadi merah
menahan malu. Tak sanggup dia berputar kearah Alex.
Sepasang tangan memeluk Aoi dari belakang. Mukanya lebih
merah dari sebelumnya. “Errm.. Alex…”
“Just a little bit longer.” Alex memeluk Aoi dengan erat,
kepalanya di bahu kanan Aoi. “Nak tahu sesuatu?”
Matanya menjeling kebahunya.“A.. apa?” Aish! Apasal gugup
balik ni? Desis hati Aoi. sama seperti sebelumnya semasa Alex mengusiknya
dibilik Aoi.
“I miss you. I mis your smile, I miss your laughter, I miss
your jokes, I miss your all.” Kata Alex seolah-olah berbisik.
Aoi rasa lega mendengar ayat keluar dari mulut Alex. Dia
masih fikirkan aku desis hati Aoi. “Alex… Aoi minta maaf.”
Alex terkejut dan memandang wajah Aoi yang merah menahan
malunya. “Kenapa nak minta maaf?”
“Sebab Aoi marah Alex tanpa dengar penjelasan dari Alex
kenapa kamu berdua bergaduh.” Aoi mengenang kisah lalu.
“Yang tu…. Alex pun nak minta maaf. Alex tahu Aoi marah
sebab Aoi risaukan Alex kan? Sorry to make you worry.”
Aoi tertawa kecil. “Apa kes Aoi gelak pula?” hati Alex tidak
senang melihat Aoi tiba-tiba ketawa.
“takda apa-apa.” Aoi menahan tawanya dan memandang kearah
lain. Tak sangka, Budak yang kepala batu macam Alex pandai minta maaf properly
desis hati Aoi.
“Oh… taknak gi tau ye?” Alex mengelitik badan Aoi membuat
Aoi ketawa berdekah-dekah.
“Stop!... please stop!” Aoi tak terhenti-henti ketawa
disebabkan Alex. “I…. I’m sorry..”
Alex berhenti menggelitiknya dan tersenyum nakal. “Nak
lagi?”
Aoi menggeleng mengesat air matanya kerana terlampau banyak
ketawa. “tak, tak nak dah.”
“Aoi…” Aoi terdiam
apabila Alex menyahut namanya. Dia memeluk piggang Aoi mendekatkan Aoi
kepadanya. “I love you.”
Senyuman manis terukir dibibir Aoi. “I love you too.” Muka
mereka semakin rapat dan bibir mereka hampir bertemu.
A a areumdaun geunyeoneun
A a ajikggaji nuguwa
Jinshil duin sarangye maseul bonjeogi eobneun gae bonmyeonghae
A a aswibgaedo geunyeoneun
A a ajik eorin naaegaen
Jinshil duin sarangye maeumeul badeul su eobneunji
A a ajikggaji nuguwa
Jinshil duin sarangye maseul bonjeogi eobneun gae bonmyeonghae
A a aswibgaedo geunyeoneun
A a ajik eorin naaegaen
Jinshil duin sarangye maeumeul badeul su eobneunji
Lagu shineé – replay diphone Alex berdering membuat mereka
berdua terhenti. Alex rasa annoy sangat
kerana ada orang berani kacau time-time
romantic cam ni.
Dia mengeluarkan phone di poket seluarnya dan tekan butang
hijau. “WHAT!?”
“Uish.. pekak aku. Apa
kes kau marah hah?” soal Luhan dalam talian.
Sengal kau Luhan desis hati Alex marah. “Kau ganggu aku
sekarang ni!”
Aoi memukul bahu Alex. “Shh…” buat malu je desis hati Aoi.
“Apa kau buat?” kedengaran
suara Cloud sedang membisik Luhan. “Oh!
Sorry-sorry…. I’m ruining the good mood.”
Alex meramas rambutnya. Dah give up dia dengan perangai
kawannya yang suka kacau daun. “Bagus kau
cakap apa kau nak?”
“Takkan kes bebaik
dengan Aoi buat kau lupa?” Luhan mengeluh kecil.
“Hoi Lex, kalau dah
agau balikpun, ingatlah misi kau kesana!” Luhan dan Cloud bertukar tempat.
“Dah dapat ke?”
“Dah dapat. Amacam dengan Jun pulak?” Nada Alex berubah
menjadi serius.
“Dia bersama Sir
Angelo sedang mengubati mangsa sekarang. Tak lama lagi baliklah dia tu.”
“Okay. Aku jumpa
kau orang nanti.” Alex mematikan talian dan letakkan phonenya balik kedalam poket.
“Alex nak pergi ke sekarang?” Aoi terus menyoal selepas Alex
matikan taliannya.
Aoi melihat rantai tersebut. “Thanks.”
Alex mengusap kepala Aoi dan bergerak ke meja kerja Aoi dan
menyelak fail-fail yang ada diatas meja.
“Aoi, ada laporan baru ke?”
“Ada.” Aoi mencari satu fail di atas mejanya yang
berselerak. “Ni dia.” Aoi menghulurkan fail berwarna kuning kepada Alex. “Semua
yang berkaitan antara sekolah dan Black ada dalam tu.”
Alex mengambilnya dan tersenyum. “Sepatutnya, Alex nak
contact je tapi, kalau Alex buat cam tu confirm Aoi tak layan kan?”
“Tau takpe.” Aoi buat muka. “Ah! Satu lagi, ini berlaku jam
dua pagi tadi. Miss Wresly diserang oleh lelaki berambut putih dan mata berwarna
kuning. Alex kenal siapa tu?”
Alex mula berfikir. “Tak kenal. Alex akan cari orang tu
dibandar. Thanks for the info.” Alex menyeru penyapu terbangnya dan bergerak ke
tingkap. “Alex gerak dulu.”
Aoi hanya mengangguk perlahan. Ikutkan hati tak nak dia
berjauhan dengan Alex tapi perasan tu kena ditangguhkan dulu.
Alex terhenti dari keluar dari tingkap. “Ah… satu lagi,
nasib baik ingat.” Alex memeluk pinggang Aoi dengan tangannya yang free dan
memberi ciuman dibibir. “Wait for me okay?” soal Alex seolah-olah berbisik.
Aoi mengangguk malu. “Ba… baiklah”
Alex melangkah keluar dari tingkap dan terbang keluar
sekolah. Aoi hanya melihat pemergian Alex dengan senyuman terukir dibibirnya.
“Stupid…” buat terkejut orang je desis hati Aoi.
XXX
Sora berada diatas katilnya sambil memandang kearah
Nightwalker yang sedang lena tidur. Dia baru perasan sesuatu tentang
Nightwalker.
“Kenapa Night, sejak akhir-akhir ni tidur je ya? Jarang
berada disisi Aoi.” Sora memandang jam didinding. 11. 33 pagi. “Dah nak dekat
lunch. Aoi janji nak join lunch ni hari, takkan dia nak postpone lagi?”
Pintu diketuk membuat Sora terhenti dari lamunannya.
“Masuk!”
Violet membuka pintu dan berlari lompat keatas katil Sora.
“Beb, Aoi dah sampai ke?”
Sora menggeleng. “Aku rasa dia nak postpone lagilah.”
Violet hampa. “Tak bestlah. Aku ingatkan nak kenal budak
baru dikelas kau orang tu. Diakan selalu melekat dengan Aoi.”
Sora berdengus. “Gara-gara mamat tu, Aoi jarang bergaul
dengan kita. Aku tak suka dengan perangai dialah.”
Violet memukul bahu Sora. “Pendengki punya budak. Si Elli tu
nak minta tunjuk ajar je dari Aoi, itu pun kau nak cemburu. Kalah-kalah Alex
kau ni.”
Sora mencebik. “Adaku kesah. Hati ni tetap berkeras nak
benci Elli.”
Tingkap bilik mereka tiba-tiba terbuka membuat Violet dan
Sora terkejut, juga membuatkan Nightwalker
terjaga dari tidurnya. Aoi masuk
dengan penyapu terbangnya dan landing di katilnya. “Sorry lambat.” Aoi salute
disertakan senyuman terukir dibibirnya. “Jom lunch.” Aoi turun dari katilnya
dan menariik rakan duanya bangun dari katil Sora. Aoi bersiul memanggil
Nightwalker.
Nightwalker merenggangkan badannya dan mula berlari
kedakapan Aoi. “Bark!” Nightwalker dapat rasakan Mood Aoi sudah kembali ceria.
Sora memeluk bahu Aoi. “Aku ingatkan kau postpone lagi janji
kau.”
Aoi mencebik. “Aku dah habiskan semua kerja dipejabat
selepas aku tolong Elli. Jadi aku free untuk sehari ni.” Aoi mengenyit mata.
Violet dan Sora tersenyum gembira. “Jadi kita boleh lepak
cam selalu lah kan?” Mata Sora bersinar-sinar memandang Aoi.
Aoi mengangguk. “YEAH!!!” Violet dan Sora memeluk Aoi
“W…. Woi, tak bernafas aku!!” Aoi menolak dua rakannya.
Kesian Nightwalker terhimpit disebabkan pelukan dua rakan Aoi. Nightwalker
bergerak naik keatas kepala Aoi, takut kejadian yang sama berlaku lagi.
“Jom pi dewan makan. Aku dah kebulur ni, balik-balik skip
makan sebab kerja.” Aoi menarik Sora dan Violet keluar dari bilik.
Sora memandang Aoi yang senyum tak henti. Kenapa budak ni
happy semacam je ni? Ada apa-apa ke?
Sora terpandang necklace yang Aoi pakai. “Aoi,
dari mana kau dapat necklace ni hah?”
Aoi berjalan kedepan dan berjalan memandang Sora da Violet.
Aoi mengenyit mata. “Adalah…” Aoi berjalan didepan mereka sambil berhumming.
Sora padang Violet dan violet memandang Sora. Mereka berdua
terus tersenyum hingga ke telinga.
“Dia dah bebaik dengan Alexlah….” Violet berbisik
“Memang tak salah. Alex je yang boleh buat Aoi senyum cam
tu.” Mereka berdua ketawa kecil melihat Aoi dihadapan mereka berjalan dengan
gembiranya.
Elli sedang memandang Aoi dari jauh. Jantungnya berdegup
kencang melihat senyuman Aoi, kesakitan didada ditahan. Nafasnya mula sesak,
penglihatannya mula kabur. “Damn you Aoi! apa sudah kau buat pada aku?” dia
menyumpah serana Aoi kerana membuat dia terseksa dengan kesakitan.
Dia mendepakan tangannya kearah Aoi. tangannya mula
mengalirkan renjatan elektrik, hanya tunggu masanya untuk menyasarkan
targetnya. “ucapkan goodbye kepada cahaya Penolong setia.”
Elli melihat Aoi yang tersenyum gembira bersama rakannya. Tangannya
menggeletak kerana aliran elektriknya tidak stabil disebabkan gangguan emosi. “Arrgghh!!”
Dia melutut menggenggam tangannya yang cedera. Air matanya mula mengalir turun
kepipi. “Aku tak sanggup… aku tak sanggup cederakan dia…. Apa patut aku buat?”
Elli memetik jari dan dia teleport ke dalam hutan larangan.
Dia mula melepaskan geramnya dengan menumbuk pokok dengan sekuat hatinya dengan
tangannya yang cedera. Darah yang mengalir keluar dari tangannya diendah.
Kepalanya menyandar dipokok tersebut dan suara tangisan kedengaran.
Otaknya sekarang bercelaru. Hatinya terbahagi dua samaada
memilih Aoi atau mencari keluarganya. Elli seorang anak yatim yang tinggal
ditepi jalan bersama abangnya. Hanya abangnya yang dia ada, yang mencari makan
untuk mereka teruskan hidup.
Setelah abangnya hilang secara misteri, dia diambil menjadi
anak angkat oleh seorang wanita tua dan membesarkan dia menjadi orang yang Berjaya.
Dia berhasrat mencari abangnya tetapi malangnya wajah abangnya mula kabur
diingatannya. Dia melakukan berbagai cara untuk ingat tetapi tidak Berjaya.
Pada suatu malam semasa dia sedang mencari cara
mengembalikan ingatan lama, seorang lelaki berjubah hitam menjumpainya dan
memberi offer kepadanya. Dia harus mencari satu buku kecil bewarna coklat di
Xanvera Academy dan memberikan kepadanya. Dengan itu, Lelaki berjubah hitam itu
akan beritahu dimana abangnya.
Untuk mengelakkan Elli mungkir janji. Dia telah menyumpah
Elli, Hatinya dibekukan supaya dia tidak memberi belas kasihan kepada sesiapa
sahaja.
Elli mula bangkit dan mendongak kelangit. Dia menutup matanya
dan merasakan angin bertiup sempoi-sempoi bahasa. Cuba menenangkan fikirannya
dan menstabilkan degepuan jantungnya.
Elli membuka matanya dan
tersenyum sinis. “Baiklah. Aku ada rancangan…”
Comments
Post a Comment