The Chosen One (Special)

Special Episode(Part 1)

Aoi berada di meja kerjanya dengan fail kerja+laporan+kerja rumah dari Ketua-ketua sekolah dan cikgu selepas sebulan lebih dia tak sedarkan diri. Rasa cam nak gila nampak kerja yang berlambak diatas mejanya. Cam gunung, bukan satu tapi dia gunung mencecah siling! Bermacam-macam warna fail terlonggok atas mejanya, buta warna si Aoi tak lama ni.

“is it me or… Ketua sekolah ni semua bodoh? tak boleh ke dorang pendekkan semua laporan ni dan bagi aku kerja senang siiiikit?” Aoi mengeluh panjang. Tak gunanya dia mengadu sebab ketua-ketua sekolah semua tu hanya pelajar dan seperti dia juga; kena catch up dengan pelajaran mereka juga.

So much for a dream land vacation Aoi, tak merasa lah kau cuti umum selepas semua tragedy ni berakhir desis hati Aoi. Dia memandang kearah Night yang berada di atas sofa putih enak tidur dibawa arus mimpi yang indah. “Seronoknya kau Night….. cubalah aku jadi kau, boleh tidur 24/7 tapi…..” Aoi menarik tangannya keudara dan menghembus nafas. “Yang penting diutamakan.” Dia menyambung kerjanya yang well…. Menyeksakan..

Sementara di dalam hutan larangan, Phoenix sedang berlatih seperti biasa walaupun keadaan telah kembali aman. Heh… berlatih? Mereka sebenarnya skip kelas. Dah biasa keluar kelas dan lagipun, mereka berlima lebih tahu banyak magic daripada pelajar biasa, jadi… kalau mereka tak masuk kelaspun, mereka tetap dapat high score dalam ujian tapi, tak lah setinggi Aoi. minah tu ada chip dalam kepala hotaknya tu. entah cam mana dia boleh simpan semua ilmu tu? Elli sendiri tak dapat ingat semuanya dalam buku. Cyborg keapa budak satu tu?

“AMBIK NI!!” Jun melibas akar berdurinya kearah Lord of the water element, Luhan.

Luhan tersengih dan mengelak dengan menarik air keluar dari tanah dan menjadikan ia sebuah pelindung. “Miss me!”

“My turn!” jerit Elli yang berada jauh kedudukan Luhan dan melontarkan lighting blade kearah Luhan.

Luhan terlambat untuk bertindak dan Cloud came to the rescue! Dia melompat dihadapan Luhan dan membentuk tornado yang mematahkan serangan Elli kembali kepada tuannya.

Elli terkejut dan ingin membalas serangannya sendiri tapi, Alex yang berada di atas pohon bertindak dahulu dengan melontar bebola api kearah petir yang terbang laju kearah Elli.

BOOM!!! Satu letupan terjadi melontar keempat Lords yang berada di atas tanah. “I win!” jerit Alex dengan bangga terjun ke tanah memandang kearah rakannya yang kalah dalam perlawanan uji kekuatan mereka.
“Water: 1, Earth:2, Air:2, Thunder:1 dan Fire:4. Seperti biasa, Alex menang.” Kata Violet mencatat rekod peribadi mereka.

Sora memanjangkan lehernya memandang rekod mereka dan tertawa kecil. “mereka takda chan nak lawan Alex.”

Apa? Sora dan Violetkan dah jadi pengurus jadual the five Lords, jadi… mereka kena ekori kemana sahaja the five lord pergi. Hey, ini namanya rezeki jangan ditolak, bala jangan di cari. Lebih kuranglah…. Mereka semua ni cam cari bala dengan rezeki yang mereka ada. Hmm…. Mengambil kesempatan dalam kesempitan? Ya… itu lebih tepat.

Sora melontar botol mineral kepada setiap seorang Lords dan menyuruh mereka take 5. “Selapas ni nak ke mana? aku bosan nampak korang berlawan terus, tak best kalau jadi penonton terus.”

Cloud duduk disebelah Sora. “Well, kita boleh pergi date tapi….. Aily dan Hyomin ada ujian minggu ni dan Aoi pula…. Berlambak dengan laporannya.”

Luhan dan Jun tertawa. “Kesian awek kau Lex, baru je buka mata… dah ada kerja berlambak depan mata. Kau tak kasihankan dia ke?” Luhan menyiku bahu Alex.

“Kalau aku jadi kau… aku bawa dia date dan tinggalkan kerja melambak tu sendiri. Blackkan dah mati, so… ini saatnya kita Chill out.” Tambah Jun pula sambil memeluk bahu Violet, menuang minyak keatas api.

Alex meneguk mineralnya sampai habis untuk menghilangkan marah. “Kau ingat aku nak ke nampak dia berperap dalam pejabat tu seharian? Bukan korang tak kenal si Aoi tu, selagi kerjanya tak siap, selagi tulah dia duduk di tempat tu sehingga selesai. Kalau kau kacau…”

“NGAP!!” kata mereka semua dan tertawa besar. Haha…. Betullah, Aoi pantang di kacau kalau dia ada kerja, skema… skema. Cam manalah si Alex boleh fall dengan budak beauty nerd ni?

Sora letak fullstop di tawanya membuat mereka semua memandang kearahnya dengan hairan. “Korang tak ingat ke?” dia memandan wajah mereka satu persatu.

Elli menjungkit kening. “Apa? Kau kenapa tiba-tiba out of the subjek?”

Sora menggeleng keras. “Minggu depan…. Korang semua ingat betul-betul! 8 hari dari sekarang.”

Mereka semua start memikir apa ke jaddah yang Sora nak berikan kepada mereka. lapan hari dari sekarang…. hmmm…. Apa yea???

“GAWAT!!!”

Mereka semua tersentak dan memandang kearah suara tersebut. Kelihatan Aily dan Hyomin terbang menggunakan penyapu terbang kearah mereka. dia gadis ini land di depan mereka dengan riak wajah cemas. “lagi lapan hari!! Lagi lapan hari!!” jerit Aily secemas orang yang nak ambil ujian SPM. (haha… itu angah yang rasa kalau seminggu lagi ujian… but anyways… back to the stories…)

Mereka semua rasa hairan kecuali Sora. “Apa yang lapan hari lagi?!”

“B’day Kak/senior Aoi!” jerit Hyomin dan Aily serentak.

Mereka terkejut beruk. Bolehnya mereka lupa pasal benda ni? Aoi akan jadi 16 tahun dalam masa lapan hari dan mereka lupa tentang tu? kawan ke mereka ni?

“Apa nak buat?” “Cam mana aku boleh lupa?” “Kenapa lambat sangat beritahu?” “Apa kita nak prepare untuk dia?” “Korang rasa Aoi nak apa?” “Outing lama lagi, cam mana nak beli present?” bermacam soalan yang bertembung antara satu dengan lain tentang harijadi Aoi.

“CHOP! Chop!chop!chop!” Violet memotong segala ayat-ayat yang bertembung yang berbunyi cam burung murai tak dibagi makan sepuluh hari. Kebulur! “Okay, cam ni…. kita buat surprise party untuk dia dengan ketua-ketua sekolah yang lain. Amacam?”

Aily dan hyomin akhirnya melabuhkan punggung diatas rumput dan memandang Violet. “setuju!” kata mereka semua.

“Tapi, Aoi tentu curiga dengan kalau kita rahsiakan benda ni dari dia dan dia kan boleh read mind… remember?” Kata Luhan sambil membuat kedua jari telunjuknya berputar di kepala.

Elli mengangguk setuju. “Plus, nak buat di mana?”

“Di bilik mesyuarat. FYI, Aoi kan skema tahap gaban… so, dia tak mungkin keluar pejabat kalau kerjanya belum beres. Kita selamat buat parti tanpa kantoi punya.” Sora mengusap dagunya dengan yakin. Heh… ini BFFnya apa? Tentu tahu pasal kawan sendiri kan?

Luhan memetik jari setuju dengan Sora. “Yup! Thanks to kerja Aoi yang berlambak tu, kita ada chan nak buat surprise parti!!”

“Okay! jadi korang semua setuju kan? Great!” Kata Jun tanpa mendapat respon dari yang lain. “Aily dan Alex pergi minta kerjasama dari ketua yang lain untuk guna bilik mesyuarat. Hyomin, Elli, dan Luhan pula ke bandar beli apa yang perlu dibeli. Sora dan Violet pula korang BFF dia kan? Pergi selongkar barang dia dan cari apa dia nak sebagai present. Aku dan Cloud…” dia tersengih-sengih. “uruskan Night. Hidung dia tu tajam sangat kalau terhidu sesuatu fishy yang berkaitan dengan Tuannya. Nanti dia pula jadi party pooper kita. Semua setuju? Siapa setuju angkat tangan!”

Mereka semua angkat tangan termasuk Jun sendiri.

“Bagus! Mari mulakan misi kita. Kita ada lapan hari sebelum hari jadi Aoi so… lets get the ball rolling!” kata Alex dengan semangat.

Dua hari akan datang…..

“Yes!!” Aoi menjerit keudara dengan tangan keatas, memandang siling pejabatnya. “akhirnya siap juga kerjaku!” Aoi mengemas fail terakhirnya dan letakkan di atas fail yang lain. Dia memandang kekiri dan kekanan, setiap sudut bilik tersebut. “Mana Night? dah sehari suntuk aku tak nampak dia…” Aoi mengangkat bahu sambil mencebik. “oh well, mungkin dia dengan Alex. Baguslah, aku nak tidur sepanjang hari ni!! vacation here I come!!”

(Oh-ouw….. Aoi dah siap kerjanya dan laluan keluar dari bangunan tu kena limpas bilik mesyuarat. Itu bermaksud….. KANTOI KE? apa kan jadi kalau kantoi? Jeng… jeng-jeng! Nantikan part 2!!)

2 comments:

  1. wohaa...best giler...sambung cepat..tak sabar nak tau kantoi ke tak?

    ReplyDelete
  2. hoho sgt xsabar mau tahu smbungannya...sambung cepat angah...^^

    -sky-

    ReplyDelete