New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Saturday, 30 August 2014

Unexeption: Ten

Claw berada di suatu bilik gelap, bergari di tangan atas kepalanya. Entah dah berapa hari dia berada di sini, seminggu atau lebih? Entahlah. Dia hanya di gantung di tempat itu, dia rasa cam nak mati. Begitu lemahkah Devil termahsyur ini desis hati Claw tertawa kecil.

Dia gila, memang dah gila. Tetiba cahaya putih memancar kearahnya membuat dia berteriak kesakitan dan mak oi silaunya!

“Hoi! Turn of the D*mn light!” jerit Claw marah. Dia dah cukup terseksa di tempat tu, sekarang Holy light pula? Nak bunuh dia ke? eh? Kemungkinan besar itu yang mereka nakkan.

“Diam Devil! Kau sepatutnya dah mati tapi kenapa kau masih bertahan? Tiada devil yang akan selamat sampai ke hari ini kalau mereka di Heaven.” kata Firold marah.

“Well, aku kan Devil yang baik.” Katanya berjenaka membuat hati Firold tambah panas. “Apa tujuan kau datang sini. Kau tahu aku takkan jawab soalan kau tu kan?”

“Kau ada tetamu.”

Claw tertawa kecil. “Siapa nak lawat Devil in Heaven?” Mata Claw terbeliak melihat siapa yang masuk kedalam bilik hukuman itu.

“Claw…” kata Lady Rya dengan riak wajah sedih. “Firold, tolong tinggalkan kami sebentar?”

Firold mengangguk. “Aku tunggu di luar.”

Setelah Firold keluar dari bilik kecil itu Lady Rya berlutut depan Claw yang berlutut dengan tangan di gari atas kepala. “Claw, kau tahu kenapa aku di sini kan?” Soalnya berbisik supaya Firold tak mendengarnya dari luar.

Claw menggeleng lemah, dia sebenarnya dah tak boleh tahan di dalam penjara keramat tu tapi dia kena bertahan. Siapa nak jaga Raven giler tu kat dunia manusia?

“Claw!” jeritnya berbisik. “Kau tahu di mana Vyle kan?”

“kenapa kau cari dia?” soal Claw menjadi serius, sepatutnya dia nak tanya Lady Rya, ‘bagaimana kau tahu pasal Raven’ tapi rasa marahnya membuat dia soal lain.

Lady Rya terkejut. “Dia masih hidup? Dia dengan kau ke?”

Claw menarik sengih, pernafasannya semakin berat. Aku tak boleh mati di sini… desis hatinya. “Mungkin ya, mungkin tidak. Kalau kau jumpa dia sekali pun, apa kau akan buat kat dia?”

“Claw, Dia anak aku! Vyle di mana?”

Claw tertawa besar mendengar ayat Lady Rya. “Mama Vyle rupanya…. Aku hairan kenapa kau biarkan Rin mati di tangan spisis kau sendiri dan tinggalkan anak kau yang tak bersalah tu di dunia manusia dengan Devil yang terkejam dalam underworld?” Claw menarik nafas dalam, matanya bercahaya merah menunjukkan rasa marahnya. “Kau tinggalkan dia selama 1000 tahun dengan rasa ketakutan dan persoalan yang tidak pernah terjawab, biarkan dia mengalami mimpi buruk tentang kematian Rin. Dia terseksa dengan dirinya yang sebenar. Dia soal aku benda yang sama setiap hari berulang-ulang kali tanpa henti. Kenapa kau tinggalkan dia? Kenapa dia lain dari yang lain? Adakah kau tinggalkan dia sebab dia half blood devil yang lebih jijik dari half blood lain dalam dunia ni? Atau kerana dia memang tidak layak hidup dalam dunia?

Dia menjadi lebih mengerikan setiap saat dia cuba mencari jawapan tu, dia makan hatinya sendiri hingga dia tidak tahu apa nak buat dengan hidup dia. Kau tahu tak betapa susahnya nak kawal dia bila dia bertukar menjadi seekor raksasa?!” katanya panjang lebar. “KAU ANGEL YANG TERHODOH YANG PERNAH AKU JUMPA!!!”

Firold terus masuk kedalam bilik itu dan menendang muka Claw. “Jaga mulut kau! Kau nak dihapuskan ke!”

Claw meludah darah dari mulutnya. “bunuhlah aku kalau kau nak nampak dia bertukar menjadi seekor raksasa sekali lagi. Dia sangat rapuh, budak 6 tahun yang bersemangat tinggi dah rapuh dan bila-bila masa sahaja boleh pecah berkecai.” Claw tertawa besar. “kalau itu berlaku, dia akan bunuh apa sahaja di depan matanya. Devil, Angel, Manusia dan makhluk lain takkan boleh hentikan dia….” Claw memandang Lady Rya. “Rosella, kau telah melahirkan seekor Luciefer…”

<><><><><><><> 

Cyrus mendarat di tempat bekas letupan itu dan melihat sekeliling. Ramai manusia mati di tempat kejadian dan ambulance, polis dan bomba datang untuk menyelamatkan tempat itu. “Ambil roh yang beterbangan.” Katanya memberi arahan dan tiga dari sedozen Angel bergerak memetik roh-roh itu. Cyrus memandang kearah Raven, bukan dengan wajah cool and slamber tapi menggerunkan dan menakutkan.

“Listen, aku tak tahu siapa kau tapi kau kena di bawa ke heavens untuk di hapuskan. Kau tahu yang kita perlukan keseimbangan dunia untuk teruskan hidup?”

Raven mengangkat bahu tidak seberapa kisah. “Sorry tapi aku tak kisah pasal semua tu. Aku ada goal untuk di capai dan tiada sesiapa boleh halang aku untuk buat ia menjadi kenyataan.”

Cyrus berdecit. “Kau gila Devil…”

Raven menjungkit kening. “Devil? Haaa… ha-ha-hahaHAHAHAHAH!!!!” Dia melontarkan kepalanya keudara dan ketawa sekuat hatinya. Raven senyuman sinis. “Aku lebih hebat dari Devil.” Dia memandang Cyrus dan mata mereka bertentangan.

Raven rasa sesuatu tentang Cyrus. Dia tidak tahu apa tapi sepertinya ada ikatan…. Oh my…
Tanpa di sedari air mata raven jatuh ke pipi dan rasa marah bergeledak dalam hatinya. “Aku tak faham…. Kenapa?”

Cyrus rasa hairan, kenapa devil di depan matanya ni yang ketawa bangga tetiba menangis?

Raven bergerak di hadapan Cyrus sepantas kilat dan mencengkamnya di leher. “Kau.... kenapa? Dia…” Air mata bergelinang turun dengan deras ke pipi. Rasa marah yang amat menggeledak dalam hatinya.

Komrad Cyrus segera memisahkan Raven dari membunuh Cyrus dengan menendang Raven di muka dan dia terheret di tanah.

Cyrus terbatuk buat beberapa kali sebelum berdepan dengan Raven semula. Dia hairan, kenapa Raven tidak melawan selepas di tendang?

Kenapa? Dia… mama… dia ada keluarga di heavens? Tentu dia gembira di atas sana dengan keluarga barunya. Adakah dia tinggalkan aku dengan papa sebab dia ada lelaki lain? Dia tinggalkan kami? Dia tinggalkan aku? Dia….. dia……. Dia bukan mama aku!! Jerit hatinya marah. Jantunnya berdegup kencang, darahnya mengalir ke seluruh badan dengan deras, dia marah, sangat marah hingga hilang kewarasannya.

“benci…. Aku benci Angel!!!” Katanya separuh sedar dan bangun dari tanah yang kotor itu. Sayap hitamnya keluar dari belakangnya, matanya bertukar merah dan giginya tumbuh taring, di tambah dengan muka yang mengeluarkan urat-urat hitam. ini membuat Miey bertukar menjadi Chibi bear. Dia berada di bahu Raven.

“Rav! Snap out of it!!” jerit Miey di telinganya.

Raven tidak memberi sebarang respon dengan jeritan Miey, dia hanya memandang Angel yang dalam ketakutan di hadapannya saja.

Miey memandang kearah Angels itu. “Lari bodoh!!!”

Cyrus tersentak dan terbang keudara. “Berundur sekarang!!”  dengan arahan pegawai atasan, komrad yang lain terbang pergi menyelamatkan diri namun Cyrus tidak. Dia tak tahu kenapa tapi dia tidak boleh lari dari Raven. Kenapa? Apa yang buat dia cam ni?

“mama ada dia…. Mesti dia tak pernah fikirkan aku…. Dia dah bahagia bersama dia…” katanya tertawa kecil tapi menangis. Dia menuding jari kearah Cyrus. “Mama…. Dia okay tak?”

“Huh?” Cyrus buntu, kenapa dengan perempuan ni?!

Mata Miey terbeliak besar mendengar ayat Raven dan kaki Devil kurang waras itu bergerak perlahan mendekati Cyrus.

“He-Hey!” jerit Miey kepada Cyrus. “Terbang ke Heaven sekarang!”

“Apa? kenapa aku har-”

“BUAT JE LAH!!” Jerit Miey dan Raven terbang mengejar Cyrus yang berada tinggi di udara.

Tanpa membuang masa, Cyrus terbang sahaja mengikut kemahuan Miey. Dia terbang tinggi sepantas kilat menuju ke heaven melimpasi langit ke tujuh.

Tiada devil di benarkan naik ke langit ke tujuh dan pelbagai halangan yang Raven terima. Petir ingin menyambarnya, rebut taufan menghalangnya tapi semua itu seperti satu perkara yang sangat mudah untuknya untuk mengelak.

“Terbang! Jangan sampai dia dapat kau!” jerit Miey yang turut risau. Apa rancangan Miey?

“Tsk! She’s crazy!” Rungut Cyrus teruskan perjalanannya ke heaven walaupun sedikit sukar dengan ada devil mengejar dari belakang dan patung pelik menjerit seperti orang gila.

Miey memandang kearah wajah Raven yang kelihatan seperti orang hilang waras. “Harap ini akan menjadi. Tolong buat ini menjadi….”

Sementara di Heaven, para Angel menjalankan rutin biasa mereka seperti hari-hari biasa dalam Heavens. Di Paradise park, Blossom, Breeze, Lay, dan Sky sedang menikmati hari cuti mereka dengan aman malangnya Light tidak boleh join mereka sebab dia kena berhadapan dengan Zeus kerana Guardian Kidnya dah mati disebabkan kelalaiannya. Tetiba, heaven gate terbuka dengan kasar oleh Cyrus. Lelaki 800 tahun itu berguling di lantai heavens. Dia kepenatan, bajunya koyak rabak dan berlumuran dengan darah.

Semua orang hairan melihat keadaan Cyrus. Dia mengembangkan sayapnya dan berdiri di hadapan Heavens Gate. Dia tak tahu apa makhluk kecil itu rancangkan tapi mahu tak mahu dia mengikut rancangannya untuk menyelamatkan dunia manusia.

Sky dan yang lain mendekati Cyrus. “Tuan? Apa dah jadi?” Soal Lay cemas.

Cyrus menggeleng. “be careful, luciefer datang nak ke sini.”

“Apa?”

Mereka memandang kearah heaven gate itu dan kelihatan bayangan seseorang bersayap hitam dengan senyuman menggerunkan. Dia kelihatan seperti seekor raksasa.

Mata Sky terbeliak bulat melihat sayap hitam itu. “Raven….”

……

Claw tetiba merasakan sesuatu yang berdekatan. Dia tahu apa itu, perasaan apabila devil berdekatan dan hanya satu devil sahaja yang boleh sampai ke sini. “Dia….” Claw memandang kearah Lady Rya dan Lord Firold. “bawa aku ke heaven Gate….” Katanya dengan nafas berat.

“UNtuk apa?” soal Lord Firold tidak yakin. “Apa muslihat kau?”

“TIADA MUSLIHAT! Kau nak teruskan keseimbangan dunia atau tidak!!”

“Baiklah.” Lady Rya membuka besi gari Claw dan menarik gari Claw keluar dari penjara maut itu bersama dengan Claw.

“Rya, kau dah-” Ayat Firold tergantung apabila melihat wajah risau Lady Rya. Itu riak wajah yang paling di takuti oleh para Angel yang lain. Lady Rya tidak pernah menunjukkan wajah risau atau takutnya kepada sesiapa sahaja. Kalau itu di tunjukkan, ada sesuatu yang tak kena.

Mereka tiga tiba di hadapan Heaven Gate dan terlihat Cyrus cedera, bersama dengan Angel muda. Mereka bertiga melihat siapa berada di depan pintu heaven itu.

Claw terkejut habis melihat sejarah berulang lagi. “Apa…. Siapa yang bangkitkan Luciefer?” nada Claw bergetar habis melihat Raven.

“Itu… Vyle?”

Claw mengangguk ketakutan. “Dia perlu dihentikan… sebelum terlambat.”

Sementara Miey ternampak Claw di dalam Heaven bergari dengan dua Elder Angel. “Rav! Rav! Mereka dapat Claw!”

Raven yang hilang kewarasan tersentak. “Ap-Apa dah jadi?” Dia perasan yang dia keluarkan sayap hitamnya dan juga berada di hadapan heaven gate. “Miey….” Matanya jatuh kearah pak ciknya. “Claw….” Dia menggenggam erat penumbuknya.  Bagaimana mereka boleh dapat Claw? Apa dah jadi di sini? Mereka akan hapuskan Claw ke? tidak… tidak! Jerit hatinya.

Firold bergerak kehadapan mereka semua sambil menarik Claw. “Kau akan jadi tebusan. Kau tahu pasal budak ni kan?”

Claw tersenyum sinis. “Kau memang licik.”

Sky dan Breeze melihat papa mereka bergerak ke depan mereka dengan seekor Devil. Mengapa? Apa papanya nak buat?

“Luciefer!” jerit Firold kearah Raven.

Lu…. Luciefer? “Miey, dia maksudkan aku ke?” soalnya berbisik.

Miey mengangguk takut. Dia memeluk Raven dengan erat. Tolong janganpanggil Raven cam tu… dia dah tak boleh terima sebarang seksaan. Dia tak boleh… desis hatinya risau Raven tambah terluka. Jangan bangkitka Devil sebenar Raven.

“Menyerah kalah dan kami akan lepaskan devil ni.” Dia menarik Claw ke depan. “Speak up Devil.”

Claw menjeling kearah Firold dan memandang Raven dengan senyuman tawar. “Hey girl, kau nampak hodoh.” Katanya tidak bermaya. Heaven menyeksanya. “bukan kau cakap kau tak nak… *Cough* …. Jadi Devil ke?”

Raven terkejut mendengar Claw terbatuk. Ia buat dia cemas. Tapi kalau dia bergerak melulu,  tentu Claw akan marah dia. Dia rasa nak menangis sekarang. “Claw…. Kenapa kau tak cakap kau….”

“Kid, aku masih boleh hidup tanpa kau. kau je tu tak boleh hidup tanpa aku. Sekarang…” Claw menarik nafas berat. “lari.”

“apa?” Firold menarik Claw membuat Claw terjatuh di lantai. “Jangan dengar cakap dia Luciefer. Kau nak dia selamat atau tidak?”

Raven membuat penumbuk marah kepada Elder di hadapannya. Dia tambah benci Angel. “Apa kau nak?”

“Menyerah kalah, turun ke sini dan berlutut depanku.” Kata Firold dengan tegas.

Sky tidak percaya apa yang dia dengar. “papa… dia tak-”

“DIam Sky. Ini urusan aku dengan dia.”

Breeze perasan dan memandang kearah Raven. Dia perempuan yang Sky suka, dia luciefer!

Lady Rya pula tak sanggup melihat semua ini. Anaknya yang periang dah berubah menjadi Devil, ibu seperti apa dia ni? “Vyle ….” Bisiknya menangis.

Raven akhirnya akur. Dia turun masuk kedalam heaven. Sebaik sahaja dia menjejakkan kaki di tempat itu, mata merahnya bertukar kembali, mukanya yang berurat hilang dan gigi taringnya turut lenyap. Hanya seorang half blood yang bersayap hitam berlutut di hadapan semua para Angel dan Claw. “Tolong lepaskan Claw….” Katanya dengan nada bergetar. Dia takut… dia takut kalau-kalau Claw akan terbunuh seperti papa dan Ean.

“Stupid Squirt. Aku cakap lari-uwwwfft!” Firold menyiku perut Claw membuat Raven mengangkat sebelah kaki.

“Jangan bergerak kalau tak dia mati.” Kata Firold mengancam.

“Jangan sakiti dia!” urat di mukanya kembali lagi. Dia cuba bersabar, dia cuba untuk tidak buat benda bodoh.

“Lady Rya, tidurkan dia.” Kata Firold membuat Lady Rya terkejut.

Aku? Desis hatinya risau. Dia tak sanggup berdepan dengan Raven, dia takut. Walauapapun, dia tetap berjalan melimpasi Firold untuk menyelasaikan arahannya.

Raven perasan siapa perempuan yang mendekatinya dan terduduk terkejut. Dia tak tahu apa yang dia patut rasa, marah? Sedih? Kecewa? Terharu? Atau…. Menangis?

Akhirnya setelah sekian lama merindui mamanya, dia dapat berjumpa dengannya. Tapi apabila terkenangkan Cyrus, dia kembali marah. Kenapa mamanya tinggalkan dia? Hanya sebab ada lelaki lain!!

Lady Rya ingin menyentuh wajah Raven tapi Raven segera meronta dan menolak Lady Rya darinya. “Pergi! Aku tak nak di sentuh oleh kau!!” katanya menolak Lady Rya. “Kau menjijikkan!”

Lady Rya ingin menangis mendengar anaknya membencinya. “Sayang….”

Dia ingin memegang tangan Raven tapi half blood itu menepisnya dan segera bergerak sepantas kilat menangkap Claw, Dia terbang turun keluar Heaven.

“Vyle! Vyle!” Lady Rya bangun dan terbang ke Heaven gate tapi dia tidak boleh melimpasi pintu itu kerana ada pelindung halimunan. Dia mengetuk-ngetuk dinding itu sambil menangis teresak-esak. “Vyle!! Jangan pergi VYLE!!!” jeritnya sekuat hati.

“Dia melarikan diri!” Firold ingin mengejarnya tapi di halang oleh breeze. “Breeze! Lepaska-”

Breeze menggeleng. “Lady Rya…. Panggil dia Vyle...” Katanya melihat Lady Rya menututp muka dan menangis teresak-esak.  Kenapa Raven di panggil Vyle? Oh tidak…. Dia ke perempuan yang menghantar surat tu kepada kami?

Cyrus yang tercedera segera mendekati mamanya dan menyentuh bahunya. “Mama, jangan risau… Cyrus akan tangkap dia dan hapus-”

“Tak!” kata Lady rya segera. “Jangan, kau tak boleh hapuskan Vyle! Cyrus, kau kena janji dengan mama, bawa Vyle kembali ke sini. Walauapapun berlaku, bawa dia ke sini!”

“Kenapa? Mama kenal ke dengan perempuan tu?” soal Cyrus hairan.

Sky pula terkejut habis. Kenapa Lady Rya nak Raven selamat? Kenapa dia di panggil Vyle … adakah…. Adakah dia Mama Vyle? Kalau itu betul, Raven adalah Half Angel, Half Devil… Raven ialah Fallen Angel.

<><><><><><><><>< 

Raven dan Claw jatuh laju dari heaven ke bumi. Raven memeluk Claw dengan erat dan menangis secara senyap. Dia tidak dapat terima apa yang dia nampak ini hari. Mamanya ada anak? Lelaki itu adik dia? Kenapa Mamanya sanggup buat cam tu?

Claw yang sakit mengeluh. “Rav, kau okay?”

Raven menggeleng dan memeluk Claw lebih erat dari sebelumnya. “Claw….. aku benci hidup aku…”

Claw memandang kearah Miey yang berpaut pada baju Raven. “Miey, kenapa dengan Raven? Dia teruk.”

Miey menunjukkan wajah murung. “Ean, manusia yang Raven suka dah mati depan matanya seminggu yang lepas. Dia dah nak hancur.”

Apa? EAn? Bagaimana? Desis hatinya terkejut. Dua orang yang paling dia sayangi mati didepan mata. Nasib baik Claw di selamatkan kalau tidak tentu dia mati di depan mata Raven juga. Kalau itu terjadi, dia tak tahu apa yang akan berlaku pada Raven. Mungkin devil sebenarnya akan menguasai diri dan Luciefer akan menghancurkan segalanya. Tentu dia rasa terseksa setelah mengetahui mamanya ada anak lelaki. Tentu dia sedih, Rosellah…. Kau nak rosakkan anak kau sendiri ke? desis hati Claw membalas pelukan Raven.

“Dah-dah…. Semuanya akan okay Rav. Kau akan tempuhinya dengan selamat, aku tahu kau boleh. Papa kau tahu kau boleh.”

Notification!!

Para Angel memanggil akhluk half Angel dan Half Devil ialah Fallen Angel, makhluk yang tidak patut wujud dan mempunyai kuasa istimewa iaitu memikat lelaki di sekelilingnya dan sangat merbahaya.


Manakala Para Devil pula memanggil Half Angel dan Hald Devil pula Luciefer, seperti yang di katakan boleh memikat hati yang memandang tapi sangat berbaloi untuk mereka kerana Luciefer adalah raksasa yang terkuat dan boleh memusnahkan alam untuk mereka.

1 comment:

Savior of Tales