Rose Princesses: Return to Homeland

Chapter 35
BAM!!!
Satu letupan dari bangunan istana membuat yang lain melihat kearah tempat itu dan kelihatan Danny terlontar keluar dari istana dan terheret di tanah. Dia terbatuk memuntahkan darah dan dilapnya.

Kelihatan satu figura terbang keluar dari istana itu dengan senjatanya di hayunkan di tangan. “Shadow, shadow, shadow…. Kau tak serik-serik lagi ke? aku ingatkan kau dah mati tapi kau berjaya hidup didalam badan Servant aku? so pathetic.” Luna memacukan scepternya di leher Dannya. “aku nak kau keluar dari badan tu kalau kau masih nak hidup.” Suara riangnya bertukar menjadi serius.

“LUNA!!” Luna memandang kearah yang lain dan tersenyum nipis. Gembira dapat berjumpa dengan mereka lagi. Tentu mereka semua risau desis hati Luna.

Senyumannya hilang apabila terdengar Danny tertawa. “Aku rela mati dari melepaskan budak ni!” Danny bangun kembali dan Luna masih lagi memacukan scepternya dekat Danny. Belum masanya untuk bertindak.

“aku kata lepaskan dia!”

Shadow menggeleng masih enggan. “Maaf tapi aku dan dia dah buat perjanjian. Aku tak boleh lepaskan dia selagi rasa bersalahnya masih ada di dalam dirinya yang mana akan TETAP berada dalam dirinya buat selama lamanya. Apapun caranya, kami tidak boleh di pisahkan. Itu yang pasti.”

Luna terasa seperti satu pukulan terkena di kepalanya. “Kalau cam tu…” rasa berat nak cakap. “Aku tiada pilihan lain. Aku sendiri akan pisahkan kamu berdua.”

Danny ketawa sedekah. “Cam mana? bunuh aku adalah satu-satu cara untuk pisahkan kami.”

Luna mengeratkan genggamanny pada scepter dan menghayunnya di muka Danny. Danny berjaya mengelak serangan Luna dengan melompat kebelakang. Luna mengejar Danny dan menghayunkan scpeternya lagi tapi di halang oleh pedang Danny. Sekarang mereka berperang silang pedang. Kedua mereka saling tolak menolak.

SHING! Bunyi pedang berbunyi apabila Luna mengundur diri dan menyerang Danny semula.

Bermula lah pertarungan antara master dan servant. Perlawanan mereka sangat pantas untuk mata manusia melihatnya. Rose Princesses dan Shinee sendiri tak dapat lihat apa yang sedang berlaku. Hanya bunyi dan cahaya dari pedang bersilang sahaja yang mereka dapat untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.

Akhirnya, Danny jatuh laju bagai roket dari langit dan terheret di tanah sekali lagi. Kelihatan dari keadaan Danny yang bercalar sini-sana, baju yang koyak dan keringat jatuh membasahi bumi terbukti yang Luna ada can untuk menang.

“Keluar dari badan Danny sekarang!” jerit Luna yang berada di Udara memandang Danny dengan perasaan marah yang amat.

 “marah takkan bawa kau ke mana-mana malah, perasaan tu buat aku lebih berselera.” Dia menjilat mulutnya yang ada sisa darah dan petir sambat-menyambar. Dia masih boleh berdiri dan memandang Luna yang mendarat di tanah.

‘Buat dia tambah selera?’ desis hati Luna. Dia terus tersenyum sengih. “Aku dah dapat jawapannya.” Kata Luna scepternya di turunkan ke sisi dan tangannya yang free di depakan kearah Mea. Cahaya putih dari tangan Luna terbang kearah Mea dan menyelubunginya.

“Mea, buka cahaya di langit.”

Mea tersenyum manis dan mengangguk akur. Dia mendepakan tangannya udara dan menjauhkan jarak kedua tangannya dan awan hitam di langit terbelah dua membenarkan cahaya masuk dan menyinari badan Danny seorang.

“ARRRGGGGHHH!!!”

“Seperti yang aku agak. Kegelapan mutlak akan mati apabila cahaya menyinarinya.” Luna tersenyum lebih yakin yang plannya akan berjaya.

“Hentikannya! HENTIKANNYA!” aura hitam keluar dari badan Danny meruap-ruap seperti ia akan meletup tidak lama lagi.

Luna rasa kasihan melihat Danny terseksa tapi apakan daya, Shadow mesti dihapuskan untuk selamatkan rakan nya itu. Dia memandang si kembar sambil mendepakan tangannya kearah mereka. Cahaya biru pula keluar dari tangan Luna dan menuju kearah si kembar.

“Girls, pastikan dia terseksa.” Kata Luna kepada si kembar.

Mereka tersenyum nakal dan mengangguk. “With pleasure!”

Viola dan Fiona mula menyerang Danny di bawah cahaya matahari secara bertubi-tubi tanpa henti. Fiona di sebelah kiri Danny memacukan Death Blazzer nya kearah Danny manakala Viola di sebelah kanan Danny menyeru Dragon Tear untuk menumpaskannya.

Kedua Blue Rose ini menyerang pada waktu yang sama membuat Danny sudah tidak bermaya untuk berdiri lagi tapi dia masih angkur untuk menyerah kalah walaupu badannya sudah berlumuran darah sendiri dan tidak mempunyai tenaga untuk berlawan.

Masih belum cukup untuk melemahkan dia desis hati Luna. dia memandang kearah Anne yang lemah dalam dakapan Teamin dan mendepakan tangannya kearah anne.

Anne faham maksudnya dan memandang Teamin. “Let me do this?” soalnya dengan senyuman riang walaupun lemah. Teamin mengangguk dan ketepi.

Cahaya pink keluar dari tangan Luna dan menuju kearah Anne.

“Anne, kau tahu apa nak buat bukan?” Anne mengangguk dan membuka menggosok jari telunjuknya dan jari ibunya membuat serbuk yang berkilau. Serbuk itu melayang kearah Danny dan mengelilinginya.

Danny mula bergelut seperti dia sedang berlawan dengan Shadow di dalam dirinya.

“Tidak! Tidak! Aku tak boleh kalah sekarang!” jeritnya dengan suara bergetar.

“Danny! Lawan menatang satu tu!” jerit Luna memberi semangat kepada Danny.

Danny memandang kearah Luna dan menggeleng lemah masih lagi bergelut. “M-Maaf… Argg…! Tidak!... Maafkan aku T-Tuan Puteri… Arggghhh!!!” kelihatan mereka berdua bergelut lebih teruk dari sebelumnya. Danny mengangkat pedangnya keatas kepala sambil bergelut dengan Shdow yang tidak inginkan apa yang Danny nak buat.

Luna pula terkejut. “Tidak Danny! Jangan!”

Pedang menembusi dada Danny, Darah berlumuran keluar dari badannya. Danny mendongak memandang Luna yang mula menangis.  Dia tersenyum manis.

“Tolong jangan nangis kan saya Tuan Puteri… Kau lebih cantik kalau tersenyum.” Jasad Danny mula menghilang dari kaki.
“BODOH!” Luna bergerak kearah Danny dan memeluknya. “Kau boleh selamat! Kenapa kau bodoh sangat!”

“Aku dah tak nak hidup lagi sebab aku dah seksa tuan puteri dengan begitu lama. Aku layak di hukum bunuh…” katanya dengan lemah.

“Aku tak arahkan kau bunuh diri!” Luna memeluknya dengan lebih erat berharap Danny takkan pergi. Dia tak nak kawannya hilang. Dia orang yang dia dah anggap keluarga semasa dia di dunia manusia. Keluarga sebenarnya yang dia tidak ingin dia mati.

“maafkan aku tuan puteri… maafkan aku..” dengan itu, Danny lenyap dari dakapan luna dan Luna hanya memeluk tubuh sendiri sambil menangis.

Minho cuba bangkit dan bergerak mendekati Luna. “Lu, jangan menangis. Danny takkan rasa aman bila kau nangiskan dia.” Luna memandang kearah Minho dan air mata mengalir lebih deras dari sebelumnya.

Minho memeluk Luna cuba menenangkan hati sedih isterinya. “ShhShhhShhShh…. Dah-dah. Semua dah berakhir. Semuanya dah selamat.”

Mea terasa sedih melihat Luna menangis, tersentuh di hati. siapa tak menangis bila kawan yang menjaganya dari kecil mati di depan mata?

Onew memeluk bahu Mea. Mea memandang Onew dan tersenyum tawar.

Si kembar turut bersedih walaupun lelaki itu ialah lelaki yang paling menyakitkan hati dalam dunia, mereka tetap sanjunginya sebab menjaga Bestfriend mereka sebelum mereka jumpa Luna.

Fiona menangis dalam dakapan Key. Manakala Jonghyun memeluk Viola. “Kau tak nak menangis juga ke?” Soal Jonghyun tapi matanya memandang Luna dan Minho.

Viola menggeleng. “Aku benci lelaki tu, nak buat apa aku nangiskan dia? Membazir.” Katanya dengan nada bergetar. Jonghyun tahu yang Viola saja nak tunjukkan keras kepalanya.

Teamin menolong Anne bangun yang turut menangis juga. “Perempuan memang touching kan?”

Anne memukul dada Teamin. “Shut up…” katanya marah+sedih.

“Maafkan aku…” Kata Luna dalam dakapan Minho.

“untuk apa?” Minho merenggangkan pelukan mereka dan memandang wajah sedih Luna. tapi Luna hanya tertunduk memandang tanah.

Luna tidak sanggup memandang wajah Minho. tidak, dia tidak boleh rasa bersalah. Dia beranikan diri memandang tepat kewajah Minho dan memeluk lehernya, mendekatkan jarak muka mereka sehingga bibir bertemu bibir.

Tetiba, kelopak bunga Rose muncul mengelilingi White Rose, Blue Rose dan Red Rose membuat Mea dan Si kembar rasa cemas termasuk yang lain.

“Apa dah berlaku ni?” Mea memandang tangannya yang mula lutsinar. Dia memandang Onew. “Onew… tidak..”

“Mea!”

Si kembar turut menghilang dan terangkat keudara.  Jonghyun memegang erat tangan Viola tapi terlepas apabila tangan Jonghyun tembus tidak dapat menyentuh Viola.

Fee terlepas dari pelukan Key dan terbang dibawa oleh kelopak bunga rose biru keudara.

“Fee!”

“Key!” Fiona mula menangis ingin mencapai tangan Key tapi tidak berjaya.

Minho memandang Luna yang mula lutsinar. “Luna… adakah kau…”

Luna mengangguk dengan senyuman tawar. “Perjanjian kita dah tamat. Setelah kami selamatkan Robella, mencapai Awakening ketiga… kami akan kembali ke dunia kami..” Luna terlepas dari dakapannya dan muka terbang dibawa oleh kelopak bunga rose merah.

“Tidak… Itu bermaksud kita takkan berjumpa lagi? Aku tak nak kehilangan kau lagi!” Minho ingin mencapai Luna tapi tidak berhasil kerana badannya lutsinar. “Aku tak dapat hidup tanpa kau!”

Luna menggeleng dan air matanya jatuh terkena pipi Minho. “Kamu semua akan lupakan kami dan kami akan lupakan korang semua… ia seperti….” Luna sudah tidak tahan, dia tidak boleh tahan tangisnya lagi. “Seperti kita tak pernah jumpa. Aku akan tetap mati di dalam ingatan kau Minho… Promise me one thing. Be Happy okay?”


“Luna….” Empat jasad itu lenyap dari pandangan. “ELIZABETH!!!”

(A/N: Waaaaa YxY!!! don't kill me! don't kill me! I know it's sad ending... tapi cam tulah perjanjian mereka... :C rasa tak puas hati? nak sambung? sila comment dan beri cadangan cam mana mereka kan bertemu semula.... See you next time!! ^_^)

Comments

Popular Posts