New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Friday, 27 March 2015

Axerialeth: SOD -The Chase-

Bab 2

Zeloid menghempas punggungnya di atas sofa tersedia dalam pejabatnya sebaik sahaja dia dengar berita dari orang-orangnya yang kapal tersebut berjaya melepaskan diri. Bagaimana ia boleh terlepas? Dia dah pastikan yang dia gunakan kapal tercanggih dalam zaman itu untuk mengejar kapal kargo buruk itu tapi bagaimana mereka boleh terlepas pula?

“Tuan, bagaimana tuan tahu yang Off-Spring akan naik kapal tersebut?” Soal Ly yang berdiri di sisi Zeloid.

“Ke mana lagi orang yang perlukan bantuan akan pergi? Kapal tu terkenal dengan panggilan ‘pertolongan bersayap’. Kerja mereka mereka ialah untuk menolong sesiapa sahaja yang minta bantuan dan mereka kebetulan ada di sini. Kau tak terfikir ke yang Off-Spring akan ke sana? Dia sendiri pernah sebut nama Kapal tu setelah dia berjaya larikan diri dulu kan?”

Ly mengangguk dengan sopan, wajah tak beremosinya terpapar sepanjang masa. “Jika itu betul, apa arahan tuan yang seterusnya? Kita tidak tahu keberadaan mereka dan bila mereka akan menyerang. Bagaimana kita nak jejak mereka?”

Zeloid menarik sengih. “Informkan orang-orang kita dari seluruh negara untuk berjaga-jaga dengan kapal Axerialeth tu. Dalam masa terdekat ni tentu kita dapat tahu di mana mereka bersembunyi.”

Ly tunduk sedikit kepada Zeloid. “Baiklah Tuan. Saya akan jalankan Arahan Tuan secepat yang mungkin.”

Ketua Organisasi Clow Reign ini mengangguk dan melihat Ly bergerak keluar dari biliknya. Dia sedang memikir; kalau dia inform masalah ini secara public kepada orang-orangnya. Dah tentu pakar huntsman mereka berminat untuk mencari perempuan itu untuk mendapatkan ganjaran yang lumayan kan? Dah tentu. Dia pasti dia akan dapat Off-Spring dengan cepat mungkin…. Lebih lumayan dari Off-Spring.

Dia tersenyum sendiri bila terbayangkan dia dapat orang-orang kapal Axerialeth. Dia mungkin akan dapat keuntungan lebih besar dari mereka semua.

Ya…. Dia yakin tentang tu. Sangat-sangat yakin.

>X<

Spring berdiri di bahagian hadapan second base memandang kearah luar dinding kaca, melihat awan berarak bertentangan dengan arah yang mereka tuju dan darat di bawah mereka yang kelihatan sangat kecil dan juga luas pada masa yang sama.

Ini lah yang dia impikan untuk melihat dalam seumur hidupnya. Melihat awan biru di langit yang cerah dan pemandangan yang sangat cantik yang boleh menenangkan jiwa yang kacau ini.

Dia teringatkan kata-kata M27, kawan lama yang sudah tiada dalam hidupnya.

Dunia di dalam ni sangat berbeza dari dunia luar. Di sebalik dinding ini, suasana indah dengan manusia tersenyum gembira setiap masa di bawah langit biru yang cerah dan suasana riang yang tidak terhingga.

Tidak seperti dalam bangunan ni. penuh dengan kesakitan, kesedihan dan kematian berlaku. Langit di atas kita berada lebih jauh dari kita dan kita hanya tunggu masa kematian kita sahaja. Tapi manusia di luar sana, tidak pernah memikirkan tentang kematian mereka.

Betul apa kau cakap, ia sangat indah. Lebih indah dari apa yang aku bayangkan. Aku harap kau ada dengan aku untuk menikmati pemandangan indah ni.

Ben keluar dari biliknya, di tingkat dua sambil bersiul dengan riangnya, tapi terhenti bila dia lihat Spring berdiri di depan dinding kaca sepertinya dia sedang termenung jauh memikirkan sesuatu.

Kelihatannya Spring sedang menikmati apa yang dia lihat sekarang ni. Tanpa berfikir panjang, dia turun ke tingkat bawah dan berdiri di sebelah Spring.

“Like what you see?”

Spring tersentak dari lamunannya dan tersenyum mengetahui Ben yang bersuara. “Ya, It’s beautiful.”

Ben mengangguk setuju, tangannya di masukkan kedalam poket. “Yup. It’s beautiful Alright. Dulu, dinding kaca ni tak pernah ada di sini.”

Spring memutarkan kepalanya kembali pada Ben. “Maksudmu?”

Ben kelihatan seperti sedang membuka memori lama yang sedih. “Dulu, dinding ni ialah screen monitor besar untuk paparkan maklumat kepada semua orang dalam kapal ni tapi ia di ubah oleh Miracle. Dia kata dari letak gambaran maklumat yang merumitkan sepanjang masa, baik tukar ke pemandangan yang lebih ceria.”

Pengemudi kapal ini tertawa sendiri. “Pada mulanya Rick tak setuju tentang plan Mira tapi setelah beberapa pertengkaran dan perang dingin, akhirnya, Rick tukar ke dinding kaca tanpa mengetahuan Mira. Miracle terkejut beruk bila nampak pemandangan ni sebaik sahaja dia keluar dari biliknya.”

Spring tersenyum, dia dapat lihat apa riaksi Miracle bila dia lihat pemandangan cantik ini. “Tentu dia gembira kan?”

Ben mengangguk. “Sangat gembira.”

Spring kembali memandang pemandangan di depannya dengan senyuman manis. Miracle, cantik nama tu. Dengar dari cerita Ben, tentu Rick ambil berat kat perempuan bernama Miracle tu.

Dahi Spring mula berkerut. Eh, Miracle? Tak silap aku, aku tak pernah nampak perempuan tu. Dia memandang Ben semula. “Ben, Siapa Mi—”

“BEN!!!!”

Kedua mereka terkejut mendengar jeritan Rick dan berputar melihat tangga ke tingkat dua. Kelihatan Rick menghentak kaki turun dan mendekati mereka. Atau lebih cepat mendekati Ben.

Dia terus mencengkam baju Ben mengangkat pilot itu ke seinci ke udara. “This is over the board….” Katanya dengan nada mengancam.

“Woah… Err—Rick, calm down bro.. a-apa masalah nya?” Soalnya dengan nada tersekat-sekat kerana rasa tercekik oleh genggaman main Captain kapal.

Rick melepaskan Ben bila dengar cara dia bersuara. Dia tak nak bunuh Ben, Not yet, atleast. Dia menarik nafas beberapa kali cuba tenangkan hatinya yang membara. “Tell me, kenapa kau ubah Sky-bike aku?”

Ben cuba menahan dirinya dari tersenyum dan buat muka buntu. “Huh? Apa yang kau merapu kan ni?”

Rick memeluk tubuh tidak percaya lelaki yang buat umurnya setahun lebih pendek setiap hari. “Kau ‘design’ sky-bike aku kan? Tiada siapa berani pegang Sky-bike aku kecuali kau.

“Oh gosh Rick, tak baik menuduh tanpa bukti. Kenapa setiap kali kau ada masalah tentu kau salahkan aku? cam ni ke kawan?”

Rick menarik sengih. Pandai dia berdrama. “Sebab setiap kali aku ada masalah, kau puncanya. Now, you tell me; cam tu ke kawan?”

Ben terus menelan air liur. Damn, this man is good! Dia fire aku balik dengan ayatku sendiri desis hatinya cemas. “Err… w-well, You see… aku dan M-manda…” Rick menjungkit kening bila nama orang lain termasuk, ini buat Ben checkmate. Susah nak lawan lelaki ni. “Kau sukakannya?” soalnya sambil tersenyum seperti kerang busuk.

I can’t believe this man! Umur je 21 tahun tapi perangai kalau budak 12 tahun! Jerit hati Rick. “You… and you.” Dia tunjuk kearah Spring juga. “come with me.” Di sebabkan dia tahu Ben akan lari, so, dia tarik coller baju Ben mengheret dia ke Third Base di mana garaj kenderaan mereka berada bersama Spring mengekori mereka dari belakang.

Sebaik sahaja mereka tiba di garaj, mulut Spring terbuka luar melihat ‘karya’ yang Ben dah buat dengan Sky-bike Rick.

“Now, aku nak kau cuci Sky-bike ku hingga bersih. aku tak nak nampak setitik cat atas sky-bike aku bila aku nak gunakannya lain kali. Understand?”

Ben mengangguk kecil, kecut perut lihat lelaki setahun tua darinya. Baru dia faham kenapa Miracle selalu panggil dia ‘Freak face’, Rick nampak ngeri bila dia buat muka cam tu!!

“B-Baik lah.”

“Good. Spring…” Dia berputar memandang tetamunya pula. “Kau ikut aku. ada benda aku nak cakap dengan kau.”

Spring hanya mengangguk dan mengekori Rick tanpa bantahan. Dia sebenarnya masih takutkan Captain mereka ni. dia nampak menggerunkan sangat tapi kekadang dia nampak lucu juga. Entahlah, mungkin betul kata Manda, Swing Mood lebih.

Spring tambah buntu bila dia mengekori Rick naik lift ke First Base. Mereka nak ke mana ni? Jantung Spring mula berdegup laju dengan pelbagai kemungkinan akan berlaku padanya oleh Rick.

Adakah dia suruh aku keluar dari kapal ni? mukanya cam tak senang je setiap kali dekat aku? atau dia nak buat sesuatu kat aku? Tak mungkin lah, dia takkan buat cam tu kat dia. Kan?

“Spring?”

Spring tersentak dari mindanya sendiri dan melihat Rick menahan pintu lift untuknya. Dia mula rasa malu. “Sorry.”

Rick menggeleng dengan senyuman. “It’s okay.”

Mereka jalan seiringan dengan senyap sehingga mereka tiba di bilik Pilot. Seperti orang gentlemen, Rick benarkan Spring masuk dahulu dan menutup pintu bilik itu, supaya mereka mendapat sedikit privacy.

Spring melihat sekeliling bilik pengemudi itu. “Wow…. Aku tak tahu ada banyak butang nak kawal satu kapal ni..”

Rick mengangguk turut melihat sekeliling bilik tu. Dia tidak pernah jemuh melihat bilik yang penuh dengan techno itu. Dia sendiri belum hafal semua fungsi kapal itu walaupun kapal tu miliknya.

“Kapal Ayah ku.”

Spring berputar memandang Rick dan tersenyum. “Dia turunkan kepada kau? Tentu best kan boleh terbang ke mana je kau nak?”

Rick mengangguk kecil sambil menghembus. “Ya, tapi tak best mana kalau pergi sendiri dan di buru orang lain.” Rick perasan perubahan wajah Spring dan segera bersuara. “Aku tak maksudkan kau!”

Spring kembali tersenyum. “Jadi, sebelum ni korang dah di kejar satu dunialah?”

Rick tertawa kecil. “Lebih kurang cam tu. Kami selalu terjebak dengan pelbagai jenis masalah. Tapi kami tak kisah sebab kami dah biasa dengan semua tu—Anyways, bukan pasal ni aku nak cakap dengan kau tapi pasal misi untuk selamatkan kawan-kawan kau di dalam Organisasi Clow Reign tu.”

Spring terus kecut perut. Dengar nama Organisasi tu pun dah nak buat dia bersembunyi di bawah dapur dan di tambah wajah serius Rick. Bukan bawah dapur, mungkin gali lubang untuk bersembunyi.

“Spring, aku tak kisah kalau mereka nak minta tolong kau selamatkan mangsa dalam Organisasi tu dan aku rasa itu bagus kerana mereka di dalam sana tentu perlukan kebebasan hidup sendiri. Aku faham tu sebab aku pernah dngar dari seseorang yang pernah alami seperti kau.”

Apa yang Rick cuba sampaikan kat Spring sebenarnya ni? Ini buat Spring rasa takut. Dia hanya boleh tunggu apa yang sebenarnya Rick nak katakan padanya.

“Jadi… aku nak kau berjanji sesuatu kat aku.”

Spring melihat tepat pada mata serius Rick. “A-Apa dia?”

Pole yang baru keluar dari biliknya, bersedia nak jalankan tugas dalam kapal tersebut terkejut bila dia nampak Ben yang terlentar tak bermaya di atas sofa bulat di tingkat bawah second base.

Dia turun ke tingkat bawah dan mendekati Ben untuk melihat wajahnya dengan lebih dekat. Dia nak sangat rasa simpati atas keadaan Ben tapi tak tahu kenapa dadanya suruh dia ketawakan Ben. Dia cuba tahan perasaan itu dari terkeluar. Kenapa dia rasa kejam sangat? Mungkin sebab rasa bencinya pada Ben? Yup. Dia yakin itu punca utama.

“Ben, Kau baru angkat berat 100tan ke? Atau baru lari marathon 50km dalam masa seminit?” Soalnya tanpa ada rasa bersalah atau simpati dalam dirinya.

Ben membuka matanya yang berat untuk melihat si penyangak yang dah ganggu dia dari relakskan otot badannya. Setiap kali dia dengar suara Pole, ototnya sentiasa tegang. Dia ada penyakit baru; allergic dengan Pole.

“Aku wrestling dengan Gajah….. Aku bersihkan Sky-Bike Rick lah, Doh! Apa lagi!” sahutnya dengan marah yang amat.

Pole terus ketawa pecah perut melihat muka marah Ben. “Ini akibatnya mereka yang berani kacau Rick. Kau tak serik-serik lagi ke hah? sampai bila kau nak sakat budak satu tu? Hingga dia lempar kau keluar dari kapal ni?”

Ben merenung tajam ke wajah Pole, kalau renungan itu satu senjata… dah tentu kepala pole dah berlubang. “Kau bagi aku permenant Paint apa hal?! Aku dah tak terasa tangan aku ni selepas menggosong warna tu hilang dari badan Sky-Bike tu. Kau saja nak kenakan aku kan?”

Pole menarik sengih. Ya, dia memang nak kenakan Ben. “Don’t be such a baby. Ini satu pengajaran kat kau juga. Jawab soalan aku tadi, kenapa kau sakat Rick setiap hari?”

Ben hanya berdiam diri, memandang lantai  Second base yang bewarna peach itu. Kenapa dia buat cam tu? Sebab dia bosan duduk dalam kapal tu? Tak, dia boleh buat banyak lagi perkara tapi kenapa dia pilih untuk usik Rick? Buat dia berang setiap hari? Bila dia mula buat semua ni?

Ini bermula setelah Miracle hilang dalam hidup Rick.

“Aku nak alihkan perhatian Rick dari Miracle.”

Pole agak terkejut. Dengar dari nada mendatar Ben, dia tahu Pilot mereka ni tak main-main. “Kenapa?”

Ben mendongak memandang Pole dan mengeluh. “Setelah Miracle menyerah diri, Rick seperti mayat hidup. Dia tak nak makan, bercakap dengan kita, dan tak hiraukan kapal kesayangannya ni. dia hanya berkurung dalam bilik peribadinya sepanjang hari memandang gambar Miracle sambil berkata ayat yang sama berulang kali. ‘aku gagal, maafkan aku. aku tak layak untuk kau Mira’. Kamu semua tak tahu tentang ni sebab kamu tak berani masuk ke dalam bilik peribadi Rick. Aku tak nak lihat dia seperti itu, aku nak Rick yang dulu, ada mood melayan karenah aku dan obsess sangat dengan kapalnya.

Aku tak tahan nampak Rick yang itu. Ikutkan hati aku nak buang Miracle dari memorinya tapi aku takda hak nak buat cam tu. Dia sangat sayangkan Miracle, jadi, apa yang aku boleh buat ialah alihkan perhatiannya dengan buat dia marah dan menjerit kat aku. lantaklah kalau dia nak buang aku dari kapal ni, dia tahu aku akan ada cara lain untuk kembali ke sini.”

Pole tersenyum mendengar ayat terakhir Ben. “Ya… kau orang paling gila pernah aku jumpa. Mustahil kau akan mati kalau Rick tikam kau kan?”

Ben mengangguk setuju. “Yup. Dan nampak apa jadi kat Rick sekarang, Dia masih fikirkan Miracle tapi taklah sampai kawan-kawan dan kapal kesayangannya terabai kan? That’s all thanks to me.”

“Hah.. dah nak mula lah tu.” Pole bercekak pinggang tahu sangat perangai Ben. “Sebelum kau nak riakkan diri kau tu. Jawab soalan kedua aku.”

Ben menjungkit kening. “Apa dia?”

“Cam mana kau nak selamatkan kawan Spring dari Organisasi tu tanpa pertolongan Rick? Kau tahu kan dia tu master of planning.”

Senyuman Ben terus pudar. “Itu… aku belum tahu lagi tapi mark my word yang aku akan buat Rick tolong kita—”

Ayat Ben terhenti bila dia lihat Rick dan Spring keluar dari lift sambil berborak kosong. Ulang suara; BERBORAK KOSONG. Di tambah dengan senyuman manis Spring dan cara respon Rick yang lembut. Kelihatannya Spring dah berkawan dengan Rick.

“But how?!”

Rick dan Spring berpaling memandang Ben bila lelaki itu menjerit tanpa sebab.

“Kenapa dengan kau ni Ben?”

Ben memandang Rick ke Spring dan kembali ke Rick kerana dia masih tak faham bagaimana mereka boleh berkawan. Bukan dia tak gembira tapi…. It’s hard to believe! Mungkin Rick dah mula kembali kepada Rick yang sebenar tak? Mungkin…

Ben menggeleng laju. “Aku rasa aku dah naik demam sebab bersihkan Sky-Bike kau tu.” Dia bangun sambil memegang dahinya. “Aku naik ke bilik dulu… good night everyone.”

Tiga rakan itu hanya memandang Ben kembali ke biliknya dengan senyap.bila Ben dah hilang dari penglihatan, barulah Rick memandang Pole minta penjelasan.

“Apa dah jadi tu?”

Pole tersenyum dan mengangkat bahu. “Entah.” Dia tahu tapi tak nak beritahu.

>X<
           Di dalam sebuah Bandar yang maju, Berita tentang pemburuan Kapal Axerialeth tersebar luas di Bandar besar itu dan ramai orang bersemangat untuk menangkap kapal tersebut. Ada yang mula mengumpul orang dan membeli kapal udara untuk mengejar Axerialeth, ada pula mengupah Assasin untuk menangkap Kapal tersebut untuknya dan ada juga menunggu kalau-kalau kapal tersebut tiba di Bandar itu.

           Tapi, dari semua orang yang berniat untuk menangkap Kapal Axerialeth, terdapat seorang perempuan berdiri di atas bangunan tertinggi Bandar tersebut, berbaju serba hitam, jaket nightblue yang berhoodie dan memakai mask hitam menutup separuh dari wajahnya. Matanya memandang bulan penuh pada langit malam ditemani dengan ribuat bintang berkelipan.

           Dia mengeluarkan sehelai kertas dari poket jaketnya. Dia tertumpu pada empat patah perkataan dalam surat itu yang buat dia tersenyum di sebalik topeng hitamnya.

           ‘…..Lari ke Kapal Axerialeth…..’

            Jadi ekperiment Off-Spring telah melarikan diri ke kapal pertolongan bergerak itu ye? Nampaknya misinya kali ni untuk ‘melawat’ mereka semua.

            Perempuan itu berputar ke pintu keluar bangunan dan memulakan misinya mengejar Eksperiment Off-Spring.

No comments:

Post a Comment

Savior of Tales