Rose Princesses: Rewind the Time
Chapter 36
Aku tersedar dari tidurku dan segera mendongak kepala dari
meja kerja. Memerhatikan sekelilingku, aku didalam bilik. Di apartment ku?
Luna memandang kearah jam tangannya. 8.30 malam. Dia terus
bangun dan turun ke bawah. Terlihat Mea dan Si Kembar berada di meja makan
sedang mengemas makanan yang di hidangkan oleh Mea.
“Oh Luna! kau dah keluar, aku ingatkan kau akan berperap
semalam kat dalam tu.” kata Mea sambil meletakkan hidangan terakhir di meja.
Kembali ke masa sehari sebelum kami semua dibawa lari ke
Robella… desis hati Luna
Viola dan Fiona memeluk lengan Luna dan membawanya ke meja
makan. “Duduk, Mea dah penat-penat masakkan ni semua untuk kau.”
“So, kena hargai jasa orang. pasal Kyoya tu kita lupakan
buat seketika okay?” sambung Fiona dengan senyuman manis.
Kyoya? Oh ya,… aku dan dia dah break sebab dia curang dengan
aku desis hati Luna. mereka semua makan dengan aman. Luna terasa seperti
rakannya merenung dia dan dia memadang mereka balik. “Mr. D call tadi..”
Mea dan si kembar bagi respon dengan muka blur. “Siapa Mr.
D?”
Luna yang ingin ambil satu suap nasi terbantut mendengar
respon mereka. “Huh?” mereka tak tahu? Oh! Memori mereka berkaitan dengan
Robella dah hilang.. bermaksud memori tentang danny turut lenyap. Hanya aku
yang ingat desis hati Luna sedih. Dia menggeleng. “Tak, aku cakap Dr. D, donkey
call. Dia suruh siapkan assignment sebelum rebut sajli tu berhenti.”
‘O’ terbentuk di bibir mereka bertiga. Dr. Donkey, professor
yang selalu jadi mangsa keadaan para murid kat kampus mereka. sebab? Dia jenis
lurus bendul dan lambat pick up.
Luna sekarang ternggelam dalam mindanya sendiri. Sekarang, hanya dia yang ingat tentang
Robella. Mea dan Si kembar dah di brain wash dengan perjanjian mereka dengan En
Edward. Luna tak hilang ingatan sebab time tu bukan dia yang tandatangan surat
perjanjian tu tapi mereka bertiga. Shinee turut hilang ingatan tentang mereka
semua. Seperti semua itu adalah mimpi seseorang, mimpinya yang sangat panjang.
Hanya dia yang tahu apa yang terjadi dalam mimpinya.
“Luna…. Luna, kau kenapa? Makanlah sebelum lipas bawa lari
makanan kau.” Tegur Fiona memetik jari membuat Luna tersentak dari lamunannya.
“Sorry, aku terfikirkan sesuatu tadi.” Luna kembali makan
tapi semakin slow kerana kembali ke kotak mindanya.
Mea dan Si kembar mula risau dengan perangai Luna. mereka
risau yang Luna masih belum dapat lupakan Kyoya jahanam tu.
Setelah habis makan malam, Viola duduk di sofa ingin nonton
rancangan TV. Manatahu ada rancangan best. Persoalannya… mana Remote ni?
“Jong!... hyun…” Viola terhenti sendiri. Kenapa aku sebut
nama tu pula? Siapa lelaki tu? kenapa namanya cam biasa je aku sebut? Desis
hati Viola dia terasa seperti hatinya mula sebak entah apa sebabnya dia tak
tahu. Dia mengelengkan kepala cuba tenangkan diri. “Mea! Mana remote?”
Mea memanjangkan lehernya keluar pintu dapur dan
memuncungkan mulutnya. “Tuuuu…. Ada kat bawah coffee table tu!” katanya dan
sambung mencuci piring.
Dia berhumming sendiri dengan lagu merdu yang Fiona selalu
main di biliknya. Tetiba dia rasa geram entah kenapa, seperti ada sesuatu yang
tidak kena seperti ada sesuatu missing time-time dia sedang sibuk. Entahlah, di
kacau? Di sakat? Entah, dia sendiri tak tahu.
“Damn you perve… eh?” Mea mula terasa hairan. “kenapa dengan
aku ni? sebenarnya, siapa aku nak sumpah serana kan ni? sebab apa aku marah?
Ish.” Mea mengeluh panjang. Tak, aku marah kat Kyoya ni… sebab curangkan Luna
desis hatinya.
Fiona dan Luna pula berada di bilik Fiona. Mereka sedang
bermain piano four arms. “Hairan, tetiba kau nak main kenapa Lu?” Soal Fiona
memandang kearah Luna yang bersedia nak main.
“Nothing, saja-saja je. Bukan selalu kita main sama-sama
kan?” Tipu, Luna main sebab dia cuba hilangkan rasa sedihnya yang semakin
meningkat setiap kali dia memandang kawan-kawannya.
“Okay. Jom start.” Mereka berdua mula bermain lagu
bertemakan four arms dengan rancak dan merdu mereka berdua bersenda tawa sambil
bermain. Fiona ingin menekan kunci C high dan terasa sesuatu yang ganjil
membuat tangannya berhenti bermain.
“Fee? Kenapa?” Soal Luna hairan Fiona berhenti secara
tiba-tiba.
Fiona mendongak dari memandang kunci C high tersebut dan
menggeleng. “Aku terfikir, C high ni cam lainlah bunyinya…” katanya sambil
menekan-nekan kunci tersebut. Tak ia tak rosak.
Luna hairan dengan Fiona. Telinga Fiona kan dah lali dengan
setiap tone Piano to kenapa dia kata ia rosak?
“Lu! Tolong aku!” Luna terdengar suara Mea dan turun
meninggalkan Fiona.
Fiona menekan kekunci itu sekali lagi dan lagi dan lagi dan
lagi. Apa kurangnya tentang kekunci ni? “C Key…” Mata Fiona membulat. Kenapa
ayat tu seperti selalu dia sebut? Selalu dia guna ayat tu untuk seseorang tapi
siapa? Kenapa dia rasa ada kekosongan dalam diri mereka?
Perasaan mereka bertiga, persaan kosong itu berlarut
sehingga hari ke tiga. Luna perasan tentang itu dan rasa lebih bersalah. Apa
patut aku buat? Aku patut cari jalan untuk batalkan perjanjian itu sementara
berada di Robella tapi aku buat benda lain pula… aku buat majlis wedding untuk
mereka. aku patut tangguhka benda tu dulu dan tidak bertindak terburu-buru
kalau tak, hal ni takkan terjadi desis hati Luna.
XOXOXOX
Seminggu lebih telah berlalu dan Luna perasan tentang
perangai rakannya yang sedikit down in the mood; merenung jauh, bosan, selalu
mengeluh. Tentulah, bila kita mengalami amnesia; perkara cam tu selalu terjadi
sebab nak ingat apa yang hilang dalam diri mereka. situasi Mea dan Si kembar
seperti itulah.
“Korang okay ke?” Soal Luna slamber walaupun dia sebenarnya
tahu kenapa.
Viola dan Fiona memandang Luna dengan pandangan acuh x acuh.
“Fine..” mereka mengeluh.
Mea pula yang duduk di sofa ruang tamu bersama buku sketch
yang masih kosong hanya menggeleng sambil memandang keluar tingkap, melihat
kawasan rumah yang diselaputi salji tebal. “Lu, kenapa sejak beberapa hari ni
aku rasa lemas dan selalu cakap sesuatu jarang tapi rasa seperti selalu di
sebut? Rasanya cam ada hilang lah. Rasa sunyi, dan… entahlah.” Mea menghembus
nafas lelah.
Viola mengangguk setuju dengan Mea. “Same here. Aku selalu
rasa marah tetiba tapi entah kenapa. Rasa nak cari gaduh, sakat orang tapi bila
nak ajak Fee sakat kau… entah, aku rasa bukan kau yang aku nak cari gaduhkan
dan bukan bersama Fee.”
Fiona tidak bersuara apa-apa hanya duduk di meja makan
dengan hot coco dalam genggamannya. Memandang refleksinya dalam air itu dan
tenggelam dalam lamunannya sendiri.
Luna dapat baca apa bermain dalam fikiran Fiona sekarang.
dia pun rasa kehilangan juga. dia sering bermain piano, main piece yang sama
berulang-ulang kali tanpa henti sehingga tangannya sendiri cramp.
Dia rasa bersalah dengan mereka bertiga dan berlari naik ke
biliknya. Kunci pintu dan rebahkan badannya di katil. Memeluk bantalnya dengan
erat dan menangis sesenyap yang mungkin.
Apa patut aku buat? kalau aku ada kuasa, aku akan kembalikan
kita semua ke Robella dan pulihkan ingatan kamu semua. Tapi di sini, kuasa,
magic, potion, dan jampi tidak wujud. Aku tak boleh buat apa-apa.
Semuanya apa
yang telah aku prepare bila time ni tiba tinggal di Robella. Tapi, benda tu
takkan mereka jumpa sebab mereka tak ingat tentang kami. Kalau mereka ingat,
tentu mereka boleh gunakannya dan kembalikan semuanya ke normal. Minho… Aku
rindukan kau, aku rindukan pelukan kau, aku rindukan usikan kau, aku rindukan
Frog prince aku… desis hati Luna. Air mata bergelinang turun membasahi
bantalnya.
Tetiba cahaya merah muncul dari dadanya dan dia segera menjauhkan
bantalnya dan mengeluarkan cahaya tersebut. Rantai jade berbentuk heart itu
bercahaya membuat Luna tersenyum.
“Masih ada harapan…!” dia menjerit kecil. Bersyukur kerana
rantai yang telah selamatkannya dari rasukan Shadow masih ada. Rantai itu boleh
mengabulkan hajat kecil. Biarlah kecil, sedikit magik pun jadilah desis hati
Luna. Dia menggenggam erat rantai itu
dengan kedua tangannya dan menutup matanya. “Grant my wish, beri Minho petunjuk
dimana Kotak itu berada.”
best giler...sambung lg please...takpun wat speacial entry...
ReplyDelete