The Chosen One: Chapter 8
Bab 8
Zack berada di padang pertempuran menunggu kedatangan Alex
untuk menerima cabarannya. Padang pertempuran telah disediakan oleh sekolah
untuk latihan dalam subject Charm amali dan Ujian pertarungan.
Dimana pelajar
akan diuji, sejauh mana pengetahuan dan kuasa magic mereka.
Zack mengenggam seuncang illusion dust. Suatu serbuk yang
bercampur dengan habuk dragon scale dan fairy dust. Serbuk ilusi ini adalah
khas untuk padang pertempuran sahaja. Kegunaannya ialah untuk mencipta pelbagai
jenis tempat pertempuran yang mencabar untuk pelawan. Pelawan ada di padang
tersebut, dengan menggunakan serbuk ilusi mereka akan berada di tempat lain.
Para penonton pula, mata mereka dipukau seolah-olah mereka melihat perlawanan
mereka dengan jelas. Walaupun mereka berada ditempat lain.
Bayangan empat orang jejaka muncul dari pintu gerbang
gelanggang. Phoenix tiba di hadapan Zack
dengan wajah yang yakin.
“Sorry lambat. Gang nak nonton sekali.” Alex tersenyum
sinis.
“Good luck man.” Luhan menepuk Bahu Alex memberi semangat
kepadanya.
“Hey, jangan malukan kita orang okay?” Jun dan Alex membuat
handshake mereka.
“Walauapapun, ingat jangan over sangat.” Cloud memandang
Alex dengan wajah yang serius. “Kalau kau hilang kawalan, tak teragak-agak aku
nak cederakan kau.”
Alex mengangguk. “Aku tahu.” Rakan mereka berjalan keluar
dari gelanggang dan duduk di tempat penonton.
Zack tersenyum sinis. “Jom bertaruh.”
“Okay. Who wins gets one wish. Hows that?”
Zack mengangguk bersetuju. Uncang ditangannya di buka dan
serbuk ilusi beterbangan di sekeliling padang tersebut. Secara tiba-tiba,
gelanggang itu berubah menjadi suasana yang berlainan. Mereka sekarang berada
di padang pasir yang mendung. Kilat sambar-menyabar. Guruh berbunyi dengan
kuat. Angin kencang bertiup dari arah Utara.
Alex mengeluarkan wandnya bersedia untuk menyerang. “Kau
sudah buat apa yang aku suruh?”
“Tak sangka aku akan dengar arahan dari budak sengal macam
kau ni.” Zack mrnghalakan wandnya kearah Alex. “Jangan risau, mereka tidak akan
ganggu kita.”
Alex tersenyum sinis dan mulakan serangannya dengan jampi
serangan. “explosion!”
XXX
Aoi berada di makmal potion bersama Sora, Violet dan Leiya.
Mereka sedang menolong Leiya dalam membuat satu shield potion yang telah
diarahkan oleh Zack.
“Sora, gaul potion tu satu arah je!” jerit Leiya apabila
melihat Sora menggaul potion didalam cauldron dalam pelbagai arah. Kadang kala kekiri,
pastu kekanan.
Sora mencebik. “Apa kes aku kena join sekali hah?” Sora
menarik keluar senduk besar dari cauldron dan menukarkan dengan yang baru. “Baunya
macam bau mayat. Menusuk kehidung!”
Bukan Sora sahaja yang menutup hidung, Violet dan Aoi juga
tidak tahan dengan bau mayat potion tu. Kalau Leiya lain cerita. Dia sudah lali
dengan bau-bau potion. Ini disebabkan dia ialah representative of Potion
studies. Yang lagi menyedihkan ialah Nightwalker yang mempunyai hidung yang
eman kali ganda kuat dari mereka, kesihan dia nak lari tak boleh sebab setia di
sisi tuannya. Terpaksa bertahan di bilik itu walaupun rasa nak gugur semua
bulunya menghidu bau busuk potion itu.
“Ala, Senior Zack dah arahkan kita buat. Dia sepatutnya
tolong aku, tetapi dai tiba-tiba ada urgent duties.” Leiya memasukkan pixie
eggs kedalam cauldron itu. Liquid yang berwarna hijau terang berubah menjadi warna
biru apa bila pixie eggs mula larut dan baunya tambah kuat dari sebelumnya.
Violet yang sedang menumbuk Black bones sehingga menjadi
serbuk berair matanya disebabkan habuknya yang memediskan mata. “Uish… untuk apa
potion ni?” Violet mengelap air matanya dengan robenya.
“Untuk membuat pelindung sekolah.” Aoi sedang menyelak buku
runes curcle mencari circle pendinding yang kuat. “Disebabkan dua pelajar di
sekolah kita diserang oleh makhluk mistery, kami kena mengambil langkah
berjaga-jaga supaya perkara tersebut tidak berlaku lagi.”
Violet memandang Aoi dengan muka tak puas hati. “Selama kita
berkawan, baru sekarang aku tau kau ni penolong setia The Four Lords.” Violet
menumbuk black bones dengan lebih kuat. “Begitu ke kawan?”
Aoi tersengih-sengih. “Ala, kalau aku beritahu kau tentu kau
sebarkan satu sekolah. Kaukan penggosip nombor satu di sekolah, tak nak aku
jadi bahan perhatian orang.”
“Okay apa. Biar budak macam si Jess tu sedar yang kau bukan
orang yang sembarangan. Buat dia tertunduk malu kerana menghina orang penting
di sekolah!” Violet memasukkan serbuk Black Bones kedalam cauldron sebuah letupan
kecil terjadi dan warna liquid itu bertukar menjadi warna ungu gelap.
“Tengok, potion ni pun setuju.” Violet menggunakan reaksi
potion itu sebagai penyokongnya.
Mereka semua tergelak. Ada-ada saja Vee ni desis hati Aoi.
Dia akhirnya jumpa circle yang dia cari dan menandanya.
“Baiklah. Mari kita habiskan potion busuk ni dan lindungi
sekolah!” Aoi terasa sangat bertenaga tapi tak tahu kenapa. Ah! Lantaklah,
bukan selalu aku dapat semangat cam ni desis hati Aoi.
Usai menyelesaikan potion tersebut. Mereka bergegas ke gate
utama sekolah mereka untuk memulakan tugasan mereka. Lebih cepat, lebih bagus.
Lagipun, waktu persekolahan akan bermula dalam masa sejam.
Mereka keliahatan kepenatan disebabkan potion shield mereka
tadi mengalami sedikit masalah. BOOM!!! Liquid potion itu bersebar merata
tempat dan terkena mereka. Dengan itu, bukn sahaja mereka buat potion itu
sekali lagi, mereka juga kena membersihkan bilik itu. Ini semua salah Sora
kerana menggaul liquid itu dalam berbagai arah.
“Eww… badan aku bau mayat.” Violet mengipas-ngipas badannya.
Tak tahan bau yang melekat dibadannya.
“Woi, janganlah kipas arah sini!” Sora menutup hidungnya.
“ini semua salah kau. Disuruh jangan gaul dua arah, kau
tetap buat!” Leiya bercakap seperti orang sengau kerana menutup hidung.
Walaupun sudah lali, hidung tetap hidung. Dapat menghidu bau busuk.
“Aku tahu aku salah.” Sora mencebik.
Nightwalker menggoncangkan badannya sekuat yang mungkin
untuk menghilangkan liquid yang melekat di bulunya tetapi tidak Berjaya kerana
ia melekat dengan kuat.
Aoi menggeleng kepala. “Boleh tak kau orang sambung nanti?”
dia membuka buku runes circle dan menyelak mukasurat yang telah dia tanda.
“Kita kena selesaikan tanggungjawab ni sebelum Senior Zack datang.”
Mereka terdiam. Mereka rasa sedikit tidak selesa dengan
perangai Aoi yang tiba-tiba menjadi serius. Selalunya Aoi akan join sekali
mengusik antara mereka. Mungkin disebabkan tanggungjawbnya yang berat sebagai
pengganti Permaisuri Biru.
“Leiya, tolong berikan potion tu kepadaku.”
Leiya hanya member tanpa mengadu. Dia hairan mengapa Aoi
minta potion sebelum minta bulatan. Apa yang Aoi buat ni desiskejut hati Leiya.
Aoi membuka penutup botol potion itu dan menuang keluar
liquid tersebut ke tanah membuatkan yang lain terkejut.
Dah gila ka budak ni? Penat-penat kita buat potion tu,
senang-senang dia buang ketanah desis hati Violet rasa marah dengan tindakan
Aoi.
Leiya dan Sora hanya memandang tanpa mengadu. Mereka tahu
Aoi ingin membuat runes circle tetapi apa kaitan membuang potion ke tanah?
Aoi mendepakan tangannya kearah sekolah dan mulutnya
berkumat-kamit membaca jampi. Tiba-tiba, muncul garisan merah diatas tanah dari
seluruh sekolah. Pelajar yang berjalan di atas tanah tergamam melihat garisan
merah itu bersambung antara satu dengan yang lain sehingga menjadi membentuk
satu runes circle yang besar dibawah sekolah mereka yang besar itu.
Air muka Aoi kelihatan seperti orang yang mengalami sedikit
kesukaran kerana runes circle itu sangat besar untuk dia tanggung. Mata Aoi
berubah menjadi warna merah berlian menandakan Aoi menggunakan sedikit kuasa yang
dimiliki oleh Permaisuri Biru.
Kuatnya Aoi desis hati Leiya apabila dia merasakan kuasa Aoi
tiba-tiba naik mendadak dan boleh menampung runes yang besar itu.
Nightwalker yang disebelah Aoi berlari mendekati Sora secara
tiba-tiba. Kerana dia tahu Aoi menggunakan kuasa Permaisuri Biru.
Cahaya merah keluar daru runes circle itu dan terbentuk
benteng halimunan untuk melindungi sekolah mereka.
Aoi menjatuhkan tangannya menandakan jampinya telah selesai
dan tersenyum lega. “Kerja kita sudah selesai.”
Sora tersentak kerana dia dapat rasakan suara Aoi berlainan
dari yang biasa. Dia terfikir tentang Permaisuri Biru. Mungkinkah itu.. tak
mungkin desis hati Sora menafikan ramalanya. Berfikir orang itu bukan Aoi
tetapi permaisuri biru.
Aoi berputar kearah rakannya dengan senyuman yang manis.
“Kerja selesai. Jom balik mandi, sokolah dah nak mula.”
“Okay!” Violet dan Leiya memberi thumb up.
Sora pula akhirnya lega kerana tekaannya salah apabila
melihat mata Aoi berwarna biru bukan merah. Mungkin aku tersilap dengar desis
hatinya.
Nightwalker masih lagi bersembunyi di belakang Sora.
Ketakutan kerana aura Permaisuri Biru masih belum hilang di sekeliling Aoi.
XXX
Alex terlempar jauh disebabkan magic Zack. Mulut yang
berdarah dilap dan diludahkan. Alex bangkit dan memandang Zack dengan wajah
yang tidak takut.
“Boleh tahan kau budak.” Zack tersenyum sinis. “Aku tak
sangka kau masih boleh berdiri selepas semua serangan tu.”
“Don’t underestimates your
apponent Senior.” Alex hanya berdiri tegak. Tidak menunjukkan yang dia
berjaga-jaga atau bersedia. “Biar aku Tanya kau sesuatu. Pernah tengok tak aku
ikut aktiviti amali dikelas?”
Dahi Zack berkerut. Dia hanya menggeleng. “Kenapa?” Zack
menggenggam erat wandnya tanda berjaga-jaga. Alex mungkin mencuba mencari
strategic untuk kalahkannya.
Luhan tergelak kecil. “Dia nak dedahkan?”
“Yup, dia nak dedahkan.” Jun mengangguk. “Amacam, Cloud?”
“Lantak dia lah. Yang penting dia tak bunuh ketua pelajar
sudah.” Cloud memeluk tubuh melihat perlawanan mereka yang sengit itu.
Alex terseyum sinis. Warnah rambutnya berubah menjadi warna
merah dan matanya berwarna oren. Symbol element fire muncul di lengan kanannya.
Dia melontar bebola tersebut kearah Zack.
Zack dapat mengelaknya dengan menggunakan magic defence
shield. “Lord of the fire element..” Zack tergamam. Tidak disangka bahawa Alex
ialah salah seorang dari the four lord. Semangatnya tetap tidak luntur dan menyerang
Alex dengan serangan magic. Dia menghayunkan wandnya dan membaca satu jampi dan
petir dari langit menyambar Alex.
Alex mengelaknya dengan melompat kebelakang. Agak terkejut
juga dia dibuatnya yang Zack tetap melawannya walaupun mengetahui Alex adalah
Lords of the Fire Element. “Hebat. Tahniah Senior.”
Alex menumbuk tanah dengan sekuat hatinya. Tanah tersebut
menjadi hancur dan keraknya menuju kearah Zack.
Zack melompat sejauh yang mungkin dan mengenakan jampi
shield apabila api lava mengalir keluar seperti fountain dari kedudukan asalnya
dan lava tersebut terpercik dimerata tempat.
Alex berdiri semula dan memeluk tubuh. “Aku tahu kenapa kau
masih berkeras untuk melawanku walaupun
kau tahu kau tiada peluang untuk
menang.” Alex menggunakan kuasanya untuk menghentikan lava tersebut dari terus
mengalir. “Kau suka dengan Aoi kan?”
Zack menghilangkan shieldnya apabila lava itu sudah tiada
dan tergelak kecil. “Ya. Memang aku suka Aoi.”
“Woah!! Cinta tiga segi, cinta tiga segi!” Luhan exciting
mendengar pengakuan Zack.
Jun dan Cloud tertawa besar. Tak sangka skema Aoi ada
peminat rupanya desis hati Cloud.
“Kenapa kau masih mahu berlawan dengan aku asalkan kau tahu
aku dan Aoi suka sama suka?”
“Sebab aku tak trust kau. Budak sengal macam kau tak mungkin
boleh protect Aoi.” Zack meninggikan suaranya ke volume 2. “Tapi…” Zack
terduduk. “Nampaknya kau taklah sengal sangat. Mala lebih kuat dari aku.” Zack
tertawa kerana selama ini dia hanya fikir Alex sebagai orang yang tidak
berguna.
Alex mendekati Zack dan menghulurkan tangan. “Jadi,
pertarungan ni aku yang punya?”
Zack mengangguk dan menyambut tangannya. “Asalkan kau janji
tidak akan sakiti Aoi dan selalu melindunginya.”
“Deal.” Mereka bersalaman tanda keamanan. “Sekarang untuk
wish aku.” Alex mengangkat kening double jerk.
Zack tidak senang hati melihat riak wajah Alex. “A.. apa kau
mahu?”
“Aku nak kau tolong aku lindungi Aoi sekali.”
Zack terkejut. “Apa maksud kau?”
Alex menarik nafas dalam. Itu adalah ayat yang sangat
menyakitkan hati tetapi dia juga minta pertolongan Zack juga kerana orang yang
ambil nyawa Aoi bukan calang-calang orangnya.
Usai menceritakan segalanya tentang Aoi. Zack terkejut beruk
mengetahui Aoi ialah pengganti Permaisuri Biru. “Tapi, The Black Hole belum
lagi bebas kan? Aoi tak cakap apa-apa tentangnya kan? Aoi akan okay betul tak?”
Zack tidak ingin menerima kenyataan bahawa Aoi kemungkinan besar tidak akan
kembali setelah Black dikalahkan.
Alex mengeluh kecil. “Aku pun berharap begitu tetapi
Permaisuri Biru akan bangkit apabila Black bebas dari sangkarnya. Aoi tidak
berkata apa-apa kerana dia tidak mahu kita risau.”
“Walaupun Aoi tu pandai giler, dia tetap lembab.
Walaubagaimanpun dia sembunyikan, kami tetap akan ketahui. Hanya dengan syarat
Permaisuri Biru.” Luhan berkata dengan muka yang slamber.
“Kita harus mengelakkan Aoi menggunakan magic yang melebihi
had badannya. Ini untuk mengelakkan dia menggunakan kuasa Permaisuri Biru dan
secara tidak langsung membangkitkannya.” Sambung Jun.
“Jadi… misi kita ialah jangan membiarkan Aoi menggunakan
Kuasa Permaisuri Biru untuk mempercepatkan pertukaran roh. Setelah magic
Permaisuri biru berada dibadan Aoi. Mereka akan bertukar jasad dan Aoi mungkin tak
akan kembali.” Cloud berkata melihat rakannya satu-satu.
“Baiklah.” Zack bersetuju untuk bekerjasama dengan The Four
Lords.
XXX
Aoi baru sahaja keluar dari bilik air membersihkan dirinya
dari liquid menusuk hidung itu. Tak pasal-pasal habis satu botol besar sabun
badannya. Nasib baik baunya sudah hilang kalau tak, confirm Aoi tak ke sekolah.
Dia memandang jam didinding biliknya sudah menunjukkan jam 5.45. terbeliak
matanya dan segera mengenakan baju
sekolah.
Aoi mengambil penyapu terbangnya dan membuka tingkap bilik. Confirm
tak sempat kalau berlari menuju ke sekolah. “Night!”
Nightwalker yang berada dibakulnya segera berlari melompat
keluar tingkap dan disambut oleh Aoi. “Good boy..” Aoi mengusap badan
Nightwalker dan mereka terbang ke sekolah menggunakan penyapu terbang.
Sora berada dikelas sendiri menunggu Phoenix dan Aoi. Sora
awal bersiap dan meninggalkan Aoi di asrama kerana ingin bersama Cloud di
sekolah tetapi hajatnya tidak tercapai apabila kelibat Phoenix tiada didalam
kelas.
Aoi masuk kedalam kelas melalui tingkap membuat yang lain
terkejut. “Hah.. sempat juga akhirnya!”
Aoi meletak penyapunya di belakang kelas dan duduk ditempat
duduknya. “Hoi, apa kes muka murung semacam ni?” Aoi menepuk bahu Sora
Sora mencebik. “Cloud belum datang lagi… tak ke sedih aku. Entah
pi mana dia orang sampai nak rahsiakan dari kita.”
Aoi menggeleng kepalanya. “Alah.. merekekan…” Aoi
merendahkan suaranya. “The Four Lords. Tentulah sibuk 24/7. Kau jadi Aweknya
kenalah bersabar. Okay?”
“Ye lah, ye lah…”
Aoi tersenyum manis sambil mengusap-usap Nightwalker yang
tertidur dalam pelukannya.
“Dari pada kau usap si Night tu, bagus kau layan aku sampai
mereka masuk kelas.”
Senyuman Aoi hilang apabila dia merasakan sesuatu yang tak
kena datang dari luar kelas. Dia memandang kearah luar dan melihat sesuatu yang
jauh dari tempatnya sedang memandang kearahnya. Aoi cuba menguatkan semangatnya.
“Black…” dia seolah-olah berbisik apabila dia dapat rasakan kuasa yang amat
luar biasa. “Dia lebih kaut dari aku sangkakan.” Aoi menelan air liurnya, masih
takut berhadapan dengan The Black Hole.
“Aoi, apa kau tengok tu?” Sora memukul belakang Aoi.
Aoi kembali ke posisinya dan memberi senyuman tawar kepada
Sora. “Aku tengok burung hantu.”
Sora berdengus. “Kau saja nak takutkan aku ye?”
“Hmmm… mungkin.”
“BARK!!”
“Ahhhh!” Sora melompat ketakutan apabila mendengar
Nightwalker menyalak di belakangnya. “Night!”
Aoi ketawa besar melihat muka Sora yang merah menahan marah.
“Hodohnya muka kau!”
“Aoi!!!” Geram dibuatnya si Aoi ni.
“Kau juga cakap layan kau sampai Phoenix datang. Aku laying kau
la ni.”
“Ini bukan layan. Tapi menyakat!” Sora menggoncang-goncang
badan Aoi. Marah kerana Aoi masih belum berhenti ketawakan dia.
“Okay-okay. Aku stop. Senget otak aku nanti.” Aoi memeluk
perutnya yang sakit akibat ketawa.
“Heh, baru kau tahu. Ketawa lagi. Biar senget, asalkan aku
puas.”
“Apa yang puas?” Cloud menyapa apabila mereka tiba di kelas
melalui teleport.
Aoi hanya berdiam diri biarkan dua pasangan kekasih ni
beramah mesra.
“Aoi, rindu Alex tak?” Aoi beralih pandang kearah Alex dan
terkejut besar melihat muka Alex bertampal-tampal.
“Alex kenapa?!” Aoi segera memegang muka Alex memandang
setiap sudut kalau ada yang parah.
Alex tersengih, menggaru pipinya yang tidak gatal. “Alex…
err… buat latihan.. dengan dia orang kan?!” Alex memberi signal kepada gengnya
untuk bersetuju.
“hah? Oh, Ya.. betul tu, betul.” Luhan mengangguk ikut saja
isyarat Alex.
“Biasa, lelaki kalau berlatih memang lasak.” Jun menunjukkan
penumbuknya dengan senyuman terpaksa.
Aoi memukul pipi Alex dengan kuat. “Penipu!”
“Aduh, du, du, du, sakitlah!”
“Alex bergaduh dengan Senior Zack lagi kan?!” Aoi memeluk
tubuh memandang Alex dengan tajam. “Betul kan?”
Alex meramas kepalanya. “Ya. Kami lawan tadi, tapi…”
“Alex! Kan Aoi dah kata jangan!”
Mula lagi pergaduhan macam anjing dengan kucing. Yang lain
hanya melihat mereka berperang mulut dua-dua tidak mahu mengalah.
“Kamu berdua tolong diam dan duduk tempat masing-masing!”
Guru kelas mereka yang masuk kedalam kelas sudah berteriak melihat Aoi dan Alex
bertekak seperti biasa. Pelajar yang lain segera bergerak ketempat duduk
mereka.
“Ini hari kita ada pelajar baru. Cikgu harap kamu akan
berkawan dengan dia. Kamu boleh masuk.”
Pelajar tersebut masuk kedalam kelas dan perempuan yang lain
berteriak kegembiraan melihat pelajar tersebut.
“Evening everyone. Nama saya Ellison, tapi kamu boleh
panggil saya Elli.”
Ahh!!! Hensemnya!!
Elli is so cute!!!
Oh My Gawsh!
Thank you God!!!
Macam-macam perangai perempuan apabila melihat Elli yang
hensem lagi macho muncul di kelas mereka.
“Dah-dah. Tenang semuanya.” Guru kelas 4 storm cuba
menenangkan mereka. tetapi tidak Berjaya. Elli hanya tersenyum malu mendengar
compliment dari perempuannya.
Aoi tiada mood ingin melihat muka budak baru tu disebabkan
marah dengan Alex. Dia focus dalam pembacaannya tanpa menghiraukan suasana
didalam kelas.
“Aoi tolong diamkan mereka ni.” Gurunya memandang pelajar
kesayangannya Aoi yang sedang tekun membaca. Elli mencari-cari perempuan yang
bernama Aoi.
Aoi mengeluar wandnya dan menghayunkan dari kiri kekanan. “silenzioso” pelajar yang berteriak dan
berbuat bising menjadi senyap apabila mulut mereka dizip dengan jampi Aoi.
“Woah…” Elli kagum dengan Aoi yang boleh mendiamkan semua
orang dengan ssatu jampi sahaja.
“Baiklah. Ellison, kamu boleh pergi ke tempat duduk didepan
Aoi.”
Elli tunduk kearah Guru kelas barunya tanda berterima kasih
dan ketempat duduknya. Dia meletakkan beg sandangnye ditepi dan berputar kearah
Aoi. “Hai, saya Elli.” Elli menghulurkan tangannya.
Aoi mengangkat mukanya melihat Elli. Aoi menjeling kearah
Alex yang membesarkan matanya memberi amaran. Aoi tersenyum sinis dan berjabat
tangan dengan Elli.
“Hai juga, Aku Aoi. Gembira bertemu.” Aoi melemparkan
senyuman manis.
Degupan jantung Elli tiba-tiba
berdegup laju apabil melihat senyuman Aoi. Kenapa jantungku race secara
tiba-tiba ni? Desis hati Elli.
Comments
Post a Comment