Axerialeth: SOD -Behind the sad orbs-

Bab 5

Ini lebih teruk dari apa yang aku bayangkan. Aku tak tahu yang Mesin ni boleh buang tabiat pula!!! Arrrgghhh! Stupid machine jerit hati Rick dan menendang mesin supernova itu.

“kenapa Miracle tak beritahu aku cam mana nak baiki machine ni dulu?” soalnya pada diri sendiri. Dahulu Miracle ialah Engineer kapal sebelum Nuez mengambil alih, dia nampak je sweet, loving, caring and fragile tapi otak perempuan tu cam computer, senang copy apa orang buat. Bila dia mula minat dengan mesin dan pelbagai ni, terus dia belajar dengan Nuez hingga dia lebih pandai dari Engineer mereka. Setelah itu, dia mula upgrade kapal kargo buruk ni ke kapal yang boleh di bawa berperang. Masalahnya ada beberapa bahagian kapal yang belum lagi selesai, Nuez nak habiskan kerja Miracle tapi dia tak dapat buat kerana ia sangat rumit.

Termasuk Mesin Supernova ni desis hati Rick. Sehingga dia sendiri belajar Engineer hanya untuk mesin durjana tapi berguna ini.

Rick terdengar bunyi tapak kaki naik naik tangga ke bilik mesin dan berputar melihat Nuez tersenyum manis. “Amacam kerja tu? Boleh?”

Rick meramas rambutnya geram. Dah tahu, Tanya lagi? “Kalau kau datang ke sini untuk itu, baik kau lari sebelum playar ni terbang ke lubang hidung kau.”

Nuez tersengih-sengih melihat muka geram Rick. “Ala… relaks lah bro. Kita dah nak berlabuh di pekan Athens, dah, tinggalkan kerja kau dulu tu. Jom!”

Rick menghembus nafas lega, akhirnya mereka tiba juga setelah lima hari berperap di dalam kapal itu.

Mereka berdua turun ke Third base di mana yang lain sudah menunggu tapi masalahnya… kenapa mereka semua kelihatan berlainan?

Rick mengerdip mata beberapa kali dan menggosok matanya cuba memastikan yang penglihatannya tak main-main. Tapi Tak.

“Okay, mana satu Pole?” Soal Rick melihat empat orang kawannya.

Perempuan berpakaian seperti petani mengangkat tangan, dia nampak agak tua sedikit tapi tetap cantik. “Aku Pole. Nah, makan ubat ni dan baju korang ada di dalam bilik tu.” Pole melontar satu botol kecil kepada Nuez dan mereka berdua bergerak ke bilik yang di katakan.

Tak lama kemudian, dua lelaki tersebut keluar dari bilik itu dengan pakaian berlainan dan juga wajah yang berlainan.

“Wah! Hensemnya korang!” sahut Manda, menyamar sebagai seorang wanita pengembara, lengkap dengan senjata lagi.

Nuez tersenyum. “Thanks. So, aku jadi apa?”

“Kau akan jadi Suami aku.” Sahut Pole sambil mengenyit mata membuat yang lain ketawa. “Ben pula akan jadi Anak sulung dan Spring jadi anak bongsu.”

“Dan aku?” Soal Rick yang lengkap berpakaian seperti seorang pengembara.

“Kau akan jadi abang kepada Manda. Cerita kita ialah, kami sekeluarga minta tolong dengan korang berdua untuk menemani kami ke pekan bandar besar dan singgah di pekan tu untuk beli barang. Understand?” Soal Pole dengan senyuman manis. Terlalu manis untuk mereka. Memang drama Queen betul minah ni. eh? Minah ke mamat?

“Okay, jom turun. Ingat penyamaran korang, jangan sampai terbongkar.” Sahut Ben dan mereka semua bergerak ke Sky-Bike masing-masing. Di sebabkan Spring tiada kenderaan sendiri, dia tumpang Sky-Bike Manda.

Sky-Bike itu sama seperti Motorbike Cuma ia boleh terbang ke udara dan mencecah kelajuan 250km/h. 

Mereka bergerak keluar dari kapal tersebut dan turun ke darat 2km jauh dari pekan tersebut dan sembunyikan Sky-Bike mereka di dalam semak.

Setelah itu, mereka teruskan perjalanan mereka menggunakan kaki ke lokasi yang mereka ingin tujui.

>X<

“Tuan, 3 kapal Celestic No. 003 dah bersedia untuk berlepas. Hanya tunggu arahan dari Tuan untuk mulakan misi.” Sahut Ly sebaik sahaja dia masuk ke dalam pejabat Zeloid dan tunduk hormat.

Zeloid bermain dengan anak patung usang di dalam pangkuannya, terdapat seutas rantai yang tergantung di leher anak patung tersebut.

Ly mula rasa simpati atas Tuannya tapi tidak tunjukkan pada wajahnya. “Dia sudah tiada Tuan.”

Zeloid mendongak melihat P.A nya. “Jangan beritahu aku benda yang aku dah tahu, Ly. Mula menyerang bila mereka tiba dekat dengan bandar Chonxier.”

Ly tunduk faham dan keluar dari bilik itu untuk memberitahu yang lain.

Zeloid kembali melihat anak patung dalam tangannya dan menghembus nafas lelah. Dia akan kembali, aku pasti dia akan kembali tak lama lagi desis hatinya dengan sebuah senyuman seribu makna terukir pada bibirnya.

>X<

“woah!!” mata Spring bersinar-sinar melihat pekan kecil itu. Ia lebih hebat dari apa yang dia bayangkan! Lebih hebat dari apa M27 cuba sampaikan kepadanya!

Matanya meliar melihat dari satu kedai ke satu kedai, dari gerai ke gerai, kepalanya berputar ke kiri dan kekanan, ada juga sampai dia berputar 360 darjah kerana tida puas lihat suasana di sekelilingnya.

“This is awesome!” jeritnya berbisik.

Kawan-kawannya tertawa kecil melihat gelagat Spring, dia seperti budak lima tahun dalam masuk wonderland theme park!

Melihat penduduk kampung sedang menjalani jadual harian mereka di pasar sangat mengujakan bagi Spring. Dia nak tahu apa makcik tu ceritakan dengan penjual ikan. Dia nak tahu apa kenapa dua budak tu berlari, berkejaran sesame sendiri. Dia nak tahu apa yang lelaki besar tu tengah bawa di belakangnya; beras? Gandum? Kacang? Tepung? DIa nak tahu semuanya!

Matanya melekat pada seorang perempuan membawa sebakul bunga di tangannya, ke mana perempuan tu nak bawa bunganya? Dia nak jual ke?

Spring mula mengambil langkah untuk mengekori perempuan itu tapi terbatal bila seseorang menangkap lengannya.

“Spring, jangan berpisah dari kami.”

Spring berputar melihat Rick dan tersenyum rasa bersalah. “Sorry, tapi pekan ni hebat sangat! Ini kali pertama aku ke tempat cam ni.” Dia terus bergerak ke sebelah Pole.

“Po-Mak, kita nak ke mana sekarang ni?” Hampir penyamaran mereka terbongkar di sebabkan keterujaan Spring.

Pole tersenyum manis. “Kita akan temankan dua pengembara ni beli makanan untuk bekalan mereka.”

Spring mengangguk faham maksud Pole. “Abang dan Ayah mana pula?” kenapa dia rasa sebut nama Abang dan Ayah ni buat perutnya melompat? Mungkin sebab selama ni dia inginkan sebut perkataan tu tak?

“Mereka pergi ke pelabuhan untuk dapatkan makanan mentah.”

Spring membalas senyuman Pole dan beralih pada Rick yang berjalan selangkah kehadapan dari mereka. Wajahnya nampak tegang dan matanya tak berhenti memandang ke kiri dan kekanan.

“Err… Tuan?”

Rick berpaling memandang Spring dan menjungkit kening. “Apa?”

Uish… ini lakonan ke betul-betul? Menggerunkan sangat matanya tu. “Tuan tak apa-apa ke?”

Rick memandang satu arah untuk seketika dan menggeleng. “Jangan risau pasal saya, kamu teruskan membeli bekalan kamu. Saya teruskan memantau.” Katanya tapi ini bukan lakonan. Dia tak sedap hati sebaik sahaja dia menjejak kaki ke pekan tersebut. Dia kena membuka mata dan sentiasa berjaga-jaga. Tiada siapa tahu apa akan terjadi nanti kan?

“Oops, maafkan saya…”

“Tak, takpa…”

Rick berputar memandang Spring yang tersenyum pada seorang perempuan yang baru je berlalu pergi.

“kenapa dia tu?” Soal Rick rasa curiga dengan perempuan tadi.

“Oh, dia buta. Jangan risau pasal dia”  sahut Spring dengan senyuman manis. “Dah-dah! Jom pergi ke gerai seterusnya!”

Mereka teruskan tugas mereka untuk membeli beberapa lagi barang dan dalam tugas mereka itu Rick sentiasa berjaga-jaga kerana dia dapat rasakan ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka. Persoalannya; Dari mana?

“Cik adik, nak rasa gula-gula ni? ia sangat sedap hingga buat kamu rasa gembira sepanjang masa. It make you go high.” Kata seorang pak cik yang datang mendekati mereka.

Pole sedang buat tawar-menawar dengan penjual sayur manakala Rick melihat sekeliling. Sampai dia tak perasan lelaki yang bersama Spring.

Spring melihat gula-gula pelbagai warna dalam satu beg kecil dalam bakul pakcik tersebut. Wha… ini ke gula-gula? M27 kata gula-gula rasanya manis, nak satu lah!

Spring mengangguk kepada Lelaki itu dan ingin memberi wang kepadanya tapi di tolak.

“Tak perlu, untuk adik manis seperti kamu saya bagi percuma.” Katanya dengan senyuman seribu makna.

“Really? Thanks!” Spring mengambil sebungkus gula-gula itu dari bakul dengan senyuman.

“Apa kata kamu cuba? Ia sedap.” Pujuk si penjual ini. Makan satu dan semuanya akan berakhir, makan cepat desis hatinya dengan mata sentiasa memandang Rick. Dia takut nanti lelaki tu akan berpaling kearah mereka dan misinya gagal atau lebih teruk, nyawanya akan hilang.

Spring membuka bungkus tersebut dan mengambil satu dari bungkusan itu. Dia ingin masukkan ke dalam mulutnya tapi entah dari mana, sebatang anak panah memanah bungkusan gula-gula di tangan Spring, melekat pada dinding kedai.

“Ahhh!” Gula-gula di tangan Spring jatuh ke tanah, begitu juga dengan badannya jatuh terduduk.

“Spring!!” Pole dan Rick terus berlari mendekati Spring dan melihat anak panah yang melekat pada dinding kedai.

“Hei! Tunggu!” sahut Pole melihat Lelaki yang inginkan Spring dah melarikan diri.

Rick pula melihat dari mana anak panah itu datang dan terlihat satu figura di atas kedai sedang melarikan diri dengan sebusur panah di dalam tangannya.

Tanpa banyak cakap, dia terus mengejar si pemanah yang hampir bunuh Spring. “Jaga dia!!”

Spring mendongak melihat Rick berlari pergi tenggelam dalam lautan manusia, entah ke mana dia tak tahu. “A-Apa dah jadi?”

Pole mengambil gula-gula yang bertabur di tanah dan merasanya dengan hujung lidah. Dengan segera dia ludah bila dia tahu apa benda tu. “Phantasy Drug. Mereka dah tahu keberadaan kita.” Pole segera menyentuh telinganya, menghidupkan communicator telinga.

“korang, kita kena balik ke kapal sekarang. Penyamaran kita dah kantoi.”

“Roger that.” Sahut yang lain serentak.

Pole kembali memandang Spring dengan senyuman nipis. “kau boleh berjalan tak?”

Spring mengangguk kecil dan bangun dengan pertolongan Pole. “Cam mana dengan Rick?”

“Jangan risau pasal dia, aku pasti dia takkan apa-apa. Lagipun, dia takkan menjadi captain kalau dia lemah kan?”

Spring hanya mengangguk dan berjalan dengan Pole keluar dari pekan tersebut dengan segera. Dia sempat lihat pekan itu semula dan berharap yang Rick takkan apa-apa.

Please Rick, kembali dengan selamat desis hatinya risau.

Ben mengejar si pemanah itu di dalam hutan, lihat dari badan si pemanah, dia seorang perempuan dan sangat pantas orangnya. Siapa perempuan ni? cam mana dia tahu siapa kami walaupun kami dalam penyamaran? Siapa pun perempuan ni dia—Lompat jurang??

Langkah Ringk terhenti di hujung jurang konkrit dan melihat si pemanah berguling mendarat di lantai simen. Rick tak percaya apa yang dia lihat. Perempuan ni melompat kebawah? Jurang 15 kaki tinggi ni?

Apa yang buat Rick lebih hairan ialah si pemanah itu tidak melarikan diri tapi hanya berdiri memandang Rick secara diam. Tidak buat sebarang posisi bersedia atau apa-apa sahaja. Hanya memandang Rick dalam diam.

Nanti, dia tu….

Bila perempuan itu mula berpaling, Rick menjerit. “Berhenti!” Kaptain tersebut melompat turun ke tempat perempuan itu. Kelihatan dari matanya, dia nampak terkejut.

 “Laju kau berlar, Pelari pecut di sekolah dulu ke?” Soal Rick sebaik sahaja dia kembali berdiri.

Si pemanah mengangkat bahu Slamber. Dia tak bersuara…

Rick terus buat posisi bersedia setelah yakin siapa perempuan itu. “Biar aku teka, tak bercakap, bertopeng dan misteri; kau NightBlue.” Katanya bukan satu persoalan tapi satu penyataan.

NightBlue mengangguk dan tanpa amaran, dia terus menghayun panahnya ke muka Rick.

Rick segera mengelaknya dengan bengkokkan badan ke belakang. Dia kembali berdiri tegak dengan sepantas kilat penumbuknya melayang ke muka NightBlue. Assassin itu menukar senjatanya dari tangan kanan ke kiri dan menggunakan tangan kanan itu menghalang penumbuk Rick, dia berputar ke kanan membawa kakinya ke muka Rick.

PACK!!

Rick kebelakang beberapa langkah akibat tendangan kuat musuhnya. Dia menyentuh bibirnya yang ada cecair merah. Dia segera meludah cecair tersebut. “Cheh, aku pandang rendah kat kau. Jadi betullah khabar angina selama ni, kau berlawan sepantas kilat.”

Sekali lagi NightBlue mengangkat bahu slamber. Adakah itu bermaksud dia tak nafikan apa yang Rick katakan? Cheh, bangga diri.

Kepala Rick mula pening dan dia hampir jatuh tapi dia berjaya kembalikan komposisi dirinya. Ini bermaksud ubat penyamaran Rick dah sampai masa tamatnya dan wajah sebenar Rick kembali ke mukanya.

Great! NightBlue nampak wajah sebenar aku desis hatinya menyumpah serana ubat Pole yang tak tahan lama.

Rick melihat riak mata NightBlue. “Like what you see?”

NightBlue mengangguk jujur masih lagi terkejut.

What? Biar betul perempuan ni? desis hatinya hairan. “Oh okay, well… malangnya wajah terakhir kau akan nampak dalam hidup kau.” Dengan itu Rick menyerang NightBlue.

Mereka berdua bermula berlawan dan kedua-dua musuh mempunyai kekuatan yang hampir sama rata. Rick kuat dalam serangan dan NightBlue pula kuat dalam kepantasan. Kedua-dua berlawan tanpa memberi belas kasihan terhadap satu sama lain.

Siapa akan menang?

>X<
            
    Spring berjalan mundar-mandir di hadapan Sofa bulat dimana kawan-kawannya duduk sambil menggigit kuku. Ubat penyamaran mereka dah tamat masa dan mereka semua kembali ke diri mereka yang asal.

Mangsa Eksperimen ini tidak senang duduk walaupun dia dah selamat dalam kapal tu. Ini kerana dia risaukan tentang keselamatan Rick. Bagaimana kalau dia cedera parah? Cam mana kalau dia tak dapat kalahkan orang yang ingin bunuh dia tadi? Atau…. Dia mati? Tak-tak-tak-tak-tak! itu tak mungkin berlaku. Tak boleh berlaku!

“Spring honey, percaya cakap aku, Rick akan selamat.”

Spring berhenti dari buat lantai kapal itu kehausan dan memandang Pole. melihat matanya kalau apa yang dia cakap itu betul. Tapi dia tetap tak percaya. Spring memandang Ben pula minta kepastian yang apa Pole cakap tu sangat-sangat betul.

Ben mengangguk sepertinya tahu apa yang Spring rasakan. “Dia akan selamat Spring, dia bawa balik souvernier untuk Manda sekali kalau kau nak aku sedapkan hati kau.”

“Buah tangan? Apa maksud kau?”

Manda keluar dari bilik peribadinya dengan tangan di lap pada tuala, menandakan dia baru cuci tangan. “Bullet, Bruise and Scratch. Mungkin tangan patah kalau lawannya tu sekuat dia.”

“Nope, hanya Bruise, Blood and sprain Arm.”

Mereka semua berputar ke arah suara itu datang dan terkejut beruk. Rick kelihatan dah kena belasah habis, darah keluar dari hujung kening dan juga mulutnya, badannya lebam-lebam biru. Dia menyandar pada pintu masuk tingkat bawah sepertinya dia dah tak bermaya untuk berdiri lagi. Rick juga memegang tangan kirinya.

“Mercyless Gods! Apa kau dah buat pada diri kau ni!” marah Manda. “Nuez, Ben! Tolong mamat ni masuk ke bilik aku!”

Ben dan Nuez segera melompat keluar dari sofa bulat dan membawa Rick masuk ke dalam bilik peribadi Manda.

Spring nak ekori mereka tapi di halang oleh Pole. Dia berputar melihat half-man, half-women itu, merayu dari mata yang dia nak temankan Rick.

Pole menggeleng. “Aku tak rasa itu idea yang baik. Apa kata kita naik ke Third base, sementara kita tunggu mereka rawat luka Rick?”

Spring hanya mengangguk akur. Ikutkan hati dia nak bantah dan berlari masuk temankan Rick tapi lihat dari mata Pole, dia tahu yang Pole takkan benarkan dia. Kenapa tak boleh?

Ben dan Nuez letakkan Rick di atas katil dan segera mengambil barang rawatan untuk Manda rawat pesakit tetapnya satu ni.

Manda mula memeriksa Rick, dari mata, mulut, telinga, dan akhirnya badan. Dia dah lama tak nampak badan Rick separah seperti ini. Sesiapa sahaja lawam Rick ni hari, bukan calang-calang lagi orangnya.

Dia mengelap darah yang mengalir dari kening  kirinya. “Siapa buat cam ni kat kau?” Soal Manda sambil gam luka di kening Rick. Ia tak perlu di jahit kerana ia tak dalam sangat.

Rick berdesir rasa pedis dari gam luka itu. “orang yang hampir panah Spring. Dia tahu keberadaan kita.”

“Nu, tolong Rick buka bajunya.” Pinta Manda sementara dia keluarkan bandage dari almari biliknya.

“Do what the doctor says, Rick. Bangun cepat.”

Rick di bantu bangun oleh Ben dan di sebabkan dia tak boleh mengangkat tangan, Nuez terpaksa menggunting baju itu di bahagian belakang dan menarik keluar ke depan. Setelah itu, dia kembali baring di katil.

“Relakskan otot kau tu…” kata Ben tapi matanya tak lari dari badan Ben. Lebih banyak lebam pada dada ke perutnya.

Manda kembali ke pesakitnya dan dan melihat badan half-naked Rick. Ooo… six packs! Badan berketul-ketul… giler lelaki ni desis hatinya tapi dia segera menggeleng. Sekarang bukan masa untuk puji badan Rick.

Manda meletakkan portable X-ray dan letakkan di tangan kiri Rick. Ia mula scan tangan Rick yang tercedera dan muncul gambar X-ray di monitor. “Hmm… tak patah, baguslah.” Dia matikan portable X-ray tersebut dan melontar ‘Tisue restorer’ dan sekotak jarum merah kepada Ben dan Nuez. “Sapu benda tu kat bahagian lebam benda Rick, pastikan letak losyen dulu. Takut terbakar pula tisu kulit ketua kita.” Katanya kepada Ben.

“jarum tu pula..” Manda hidupkan lampu dinding yang berada atas kepala katil Rick dan pancarkan pada bahu si pesakit. Bintik-bintik merah muncul di bahu lebam Rick. “Cucuk atas lampu merah tu.”

“N-Nanti, kau suruh Nuex cucuk benda tu kat ak—Aarrggh!” Rick mengerang kesakitan bila Nuez cucuk salah satu jarum kecil itu di bahunya, darah hitam keluar membuat Manda terkejut.

“God, lawan kau tu kuat giler.” Katanya dengan nada terkejut.

“Tell me about it. Dia lebih kuat dari apa yang aku bayangkan—Argh! Lord sake Nuez!”

Nuez tersengih-sengih. “Sorry, aku buat apa yang di suruh.”

Ben hanya menggeleng sambil menyapu alat penyembuh otot itu atas badan Rick. “Don’t be such a baby, dah berkali-kali kau buat ni dan baru sekarang kau menjerit?”

Rick mengangkat kepalanya sedikit merenung kearah Ben. “Cuba kau di tempat aku dan lawan NightBlue. kau akan tahu cam mana rasanya sekarang ni.”

“NightBlue?”

Mereka bertiga berhenti dari merawat Rick bila mereka dengar nama Assassin terkejam itu.

“Kau lawan denga—Dia nak Spring?!” sahut Ben cemas. “kau tahu tak apa maksudnya tu?”

Manda mengangguk. “Kita takkan dapat lari dari perempuan tu. Apa patut kita buat?” manda kembali dengan kerjanya, spray pain killer pada tangan Rick dan membalutnya. “Ben dah sapu?”

Ben mengangguk. Dia kembali tumpukan perhatian pada Rick. “nampaknya kita tak boleh turun ke darat lagi.”

Nuez mengelap bahu Rick setelah menyucuk setiap lampu merah yang di suluhkan di bahu Rick. “Done. Apa sekarang?”

Manda lontarkan bandage kepada mereka. “balut. Apa lagi?” katanya.

Rick duduk di atas katil sementara mereka balut badannya. “Arrggh… tolong balut perlahan sikit.” Rayunya dengan kasar. “Aku rasa NightBlue takkan bergerak untuk sementara waktu ni. sebab kecederaan kami hampir sama, Cuma dia berdarah lebih banyak dari aku.”

Ben menarik sengih. “Seperti yang di jangka dari Boss kita. Sentiasa ada jalan untuk selesaikan masalah.”

Rick tersenyum bangga tapi tak boleh kerana rahangnya yang sakit. “Dia kuat untuk seorang perempuan.”

Manda tertawa dan mengambil sesuatu dalam laci tepi katil. Membukanya dan tampal di rahang sebelah kiri Rick.

“Ouch! Perlahan lah sikit!”

>X<

Kedengaran seorang perempuan berdesir menahan kesakitan yang amat dari dalam tandas, dia sedang menahan darah yang tidak berhenti mengalir di lengan kanannya.

Damn Rick memang licik! Dia tak sangka yang lelaki tu akan cederakan dia guna daggernya sendiri tapi dia tak terkejut sebab mustahil Rick takkan cederakan dia untuk lindungi Eksperiment itu.

NightBlue membuka topeng dan jaketnya, terus membuang ke dalam bakul kosong sebaik sahaja dia duduk di bangku tandas. Darah di lengannya masih lagi mengalir dan NightBlue mula rasa pening.

Dia segera membuka kotak kecemasannya dan mengambil satu pack kecil, membukanya dengan mulut dan taburkan pada lengannya yang berdarah.

“Uuurrrggghh….” Dia cuba tahan dirinya dari menjerit. Serbuk pengering luka tu seperti membakar kulitnya. Melecur!

Kepalanya semakin pening, dia rasa seperti semua udara dalam otaknya di sedut keluar. Matanya mula kabur dan nafas semakin sesak.

Adakah dia akan mati di sini? NightBlue menggeleng lemah. “Tak… aku takkan mati sekarang.”

Dia memaksa dirinya berdiri dan bergerak ke singki. Dia membuka almari cermin, mengeluarkan suntik dan sebotol cecair yang tidak di kenali.

Aku dah bersumpah takkan guna benda ni lagi tapi… NightBlue menggeleng laju bila dia mula rasa nak pitam. Hanya sekali ni je. untuk kali terakhir.

Dia menyuntik dirinya sendiri dan tak lama kemudian, dia jatuh pitam dalam tandas itu.

>X<

Sepasang mata terbuka menunjukkan mata emas yang bercahaya di waktu malam yang sunyi. Ia tersenyum sinis melihat sesuatu yang sangat berguna baginya. “This going to be easy.”

2 comments:

  1. Kena BC Dr Bab first lagi nih

    ReplyDelete
  2. Hahaha.... nampak sangat angah malas nak update kat facebook sampai ketinggalan cerita. Maafkan kami~ maafkan kami~ :P

    ReplyDelete