The Chosen One: Special (Part 2)

Special Episode (part 2)


sehari sebelum hari kantoi…..

Elli, Hyomin dan Luhan berada di jambatan utama ke hutan larangan. Kenapa? Bukankah mereka sepatutnya naik kereta api untuk ke bandar? Bukan ke itu satu-satunya cara untuk keluar dari sekolah tu? apa mereka buat di jambatan pula ni??

“Senior…. Senior yakin ke ini akan berhasil?” Soal Hyomin untuk kesekian kalinya dengan plan yang Luhan telah rancangkan.

Luhan mengangguk yakin. “Ini cara yang terbaik dan takda pilihan lain lagi. Kalau dari minggu lalu lagi Aily dan yang lain beritahu pasal event ni, kita boleh guna train tapi… apa boleh buat, terimalah seadanya.”

Elli menelan air liur tiga.. tak, empat kali. “Hoi Lu… bukan aku tak percayakan kau tapi…..” Elli memandang kearah pusaran air yang besar dibawah mereka, dia memandang kembali kewajah Luhan. “K-Kau pasti ke kita kan selamat kalau lompat kedalam benda tu?”

Luhan menjungkit kening kanannya. Kau tak percaya, korang takut mati ditelan air ke? desis hati Luhan marah kerana kekuasaannya diragukan. “kan Air dalam dunia ni saling berhubung, so…. Kalau kita terjun kedalam pusaran tu, kita akan timbul ketempat yang kita inginkan. Yang penting destinasi kita kena tepat kalau tak nak mati lemas.”

“Senior!! itu bermaksud Senior tak jamin keselamatan kami!” Hyomin mula risau, bukannya apa… mana tahu dia tertukar lokasi pula nanti… kan dalam air, siapa tahu nanti Hyomin terfikir pula bandar atlantik dan muncul di bandar tu sendiri; Tak tahu jalan balik. Siapa nak tanggungjawab?!

Luhan memandang kearah mereka berdua. “Nak ke tak nak? Kalau tak nak, kita boleh tunggang Pegasus dalam hutan larangan tu. tapi menatang tu lebih teruk, kalau kau tak bagi dia makan sebelum masa makannya, masak kita di tinggalkan tengah jalan. Kau nak?” Mereka menggeleng. “Haah… kalau tak nak, cepat pilih destinasi kita. Lebih cepat lebih bagus.”

“Navy Mall.” Kata Hyomin masih teragak-agak nak masuk dalam pusaran air maut itu. (Siapa berani angkat tangan?)

Luhan memutarkan bola matanya kepada dua couple pengecut di sebelahnya. Dia mengambil selangkah kebelakang dan bergerak keantara mereka berdua. “see y’guys at Navy Mall.” Katanya menolak mereka berdua jatuh ke dalam pusaran air itu.

“Ahhhh!!!”

“LUhaaaaann!!!”

Luhan tersenyum mendengar jeritan mereka sebelum dengar bunyi SPLASH! "Aaaahhh.... music to my ears" 

dia berputar kebelakang. “My turn.” Dia pula terjunkan diri masuk ke pusaran tersebut secara merebahkan ke kebelakang.

Mereka bertiga akhirny muncul. Cuba teka di mana? haha… di fountain yang terdapat di hadapan Navy Mall.

“Kita dah sampai!” Kata Luhan dengan happy.

Hyomin keluar dari fountain tersebut dengan bantuan Elli. “Dan basah. Senior, takda ke benda yang boleh keringkan baju? Takkan nak masuk cam ni?”

Luhan menghayunkan wandnya dan menyerap air keluar dari baju dan rambut mereka dan lontarkannya kedalam fountain semula. “Selesai.”

“Good, kita di sini sampai dapat berita dari Sora dan Violet tentang hadiah yang Aoi nak. Harap dorang cepat sikit, kita ada masa 4 jam jak sebelum mata hari naik. Kalau Aoi perasan kita tiada di hall, masak kita nanti.” Kata Elli.

XOXOXOXO

Sementara itu, Aily dan Alex berada di asrama Bolt berhadapan dengan ketua pelajar dan pengawas sekolah, Senior Zack dan Jeff. Seperti yang kita jangkakan, ini bukan rundingan yang baik apabila dua rival bertemu.

“Tak.” Kata Senior Zack.

Alex meramas rambutnya. “Tapi, kami belum cakap lagi apa kami nak!”

Aily memandang kearah Senior Jeff, kalau tunggu Alex dan Senior Zack berhenti bergaduh. Hah… alamatlah hingga Dooms day pun belum tentu mereka berhenti. “Senior, kami nak minta kebenaran nak guna bilik mesyuarat minggu depan. Boleh?” Soal Aily dengan sopan santun.

Jeff yang duduk di meja belajarnya berjungkit kening. “untuk apa? Kan Lords boleh guna bilik tu sesuka hati dengan pantauan penolong setia, kenapa nak minta kebenaran dari kami?”

Aily menggaru pipinya yang tidak gatal, mencari alasan yang munasabah. “Well… sebab penolong setia tak boleh tahu pasal ni. jadi, sebab tu minta kerjasama dari korang.”

Senior Jeff menggeleng kepala memandang Senior Zack dan Alex berperang mulut. “Boleh tapi untuk apa? aku rasa Zack takkan benarkan korang guna bilik tu kalau mereka terus bergaduh.”

Aily memandang kearah dua monyet yang memang pain in a neck. “BERHENTI!! Please bagi kerjasama sikit? B’day Kak Aoi dalam seminggu lagi dan minta korang tolong sekali!! berhenti ber-ga-duh!!” Aily ganas mengambil alih dan mencengkam colar baju mereka.

“A-apa? B’day Aoi?” Senior Zack menjeling kearah Alex. “Kenapa kau tak cakap awal-awal bebal?”

“Sebab kau tak bagi aku chan nak jelaskan, dongok.” Jelingan maut turut diberikan kepada Senior Zack.

Aily melepaskan mereka berdua dan bercekak pinggang. “kami perlukan kerjasama semua ketua sekolah untuk menjayakan plan ini so, are you with us or not senior?”

Senior Zack dan Jeff mengangguk setuju. “Asalkan parti ni tak liar sangat sampai rosak harta benda sekolah dan penjenayah yang hancurkan taman sekolah belum lagi ditemui.”

----

“Ah-choo!” Aoi menggosok hidungnya yang tetiba gatal. “siapa umpat aku lagi ni?” orang sibuk-sibuk tekun buat kerja, tetiba bersin menyampuk tengah jalan. Hey… so ruin the mood lah! Haha

XOXOXOX

Manakala Sora dan Violet telah mula menyelongkar barang Aoi di bilik. Dari atas katil ke bawah katil, dari luar laci meja kerja ke almari fail sulit, dari luar closet ke dalam closet. Ah!! akhirnya dapat satu petunjuk.

“Apa kau jumpa?” Violet melabuhkan punggungnya di lantai didalam closet Aoi.

“Diari Aoi. tapi ada dua. Kau rasa yang mana satu patut dibuka dulu?” Soal Sora dengan senyuman  nakalnya. Sekodeng diari orang? tak malu.

Violet memandang kedua diari tersebut. Warna hitam plain dan fluffy blue. Kenapa Aoi ada dua diari? “Yang ni lah! Cam mana nak buka kuncinya ni?” Violet memandang diari fluffy blue Aoi yang bermangga dan tiada lubang kunci atau nnombor. Hanya diamond berwarna merah.

Sora mengambil diari itu dari tangan Violet dengan senyuman meleret ke telinga. “Aku pernah Nampak cara dia buka Diarinya sekali. vox mutandis..” sahutnya membuat satu spell.

Dia berdehem dan menarik nafas dalam.“Blue… buka kunci.” Suara Sora kedengaran seperti suara Aoi telah beberi respon kepada Diari biru empuk itu.

Voice notification… Please state the password please.”

“Alex dari kumpulan Naked Bird, Sangat…. Sengal..”

“Apa?” Violet terkejut beruk. Bukannya Aoi Cintakan Alex ke??

Password accepted.” Diamond biru itu bercahaya dan manga tersebut terbuka.

“Huh… Aku memang bijak!” sorak Sora dengan bangga dan segera membuka lembaran Diari itu satu persatu.

Violet masih dalam keadaan blur. “Woi Sora, kenapa Aoi kata Alex sengal asalkan dia suka kat mamat tu?”

“Sebab password ni di buat sebelum Alex dan Aoi berkapel. Haa!!!!” Sora menjerit terkejut melihat lembaran itu tamat setelah lima muka surat.

Violat juga terkejut. Melihat betapa pendeknya diari Aoi. “Kau rasa patut ke kita buka yang plain ni??”

Sora menggeleng. “Aku tahu apa si Aoi try buat…” Dia berdehem sekali lagi. “Blue…. Buka muka surat di mana aku pernah tulis yang aku nak sesuatu.”

”Wishes granted.” Buku  tu terus mengeluarkan ayat-ayat tersembunyi tertulis semula diatas muka surat yang kosong membuat Sora tersenyum gembira. Aoi memang pandai tapi bodoh.. ehehehe

Violet menarik buku tersebut dari tangan Sora dan segera membacanya. “Call Luhan…” kata Violet dengan senyuman lebar.

Sora membaca diari Aoi dan tersenyum manis, tersentuh. “Dia memang  the best.” Sora segera dia mengeluarkan phonenya dan mendail nombor Luhan.

Sementara bahagian Luhan….

“Hello??” Kata Luhan sambil melihat Elli dan Hyomin sibuk membeli barang untuk party mereka. “Hmm… itu ke? Ok. Aku rasa aku tahu di mana nak cari benda tu. Thanks for the info.” Dia mematikan talian mereka dan memandang dua rakannya.

“korang. Vee dan Sora dah tahu hadiah apa dia nak untuk B’day Aoi.” Luhan terus beritahu hadiah yang patut mereka beli.

Elli dan Hyomin saling berpandangan dan tersenyum lebar. “Aoi tetap Aoi.”

<XOXOXOXOX

Sementara bahagian Jun dan Cloud pula, mereka dengan slambernya bergerak pejabat Aoi. Mereka mengetuk pintu pejabat itu dan membukanya setelah mendapat kebenaran dari penolong setia.

“Sorry ganggu Cik Aoi…” Katanya dengan slamber membuat Aoi mendongak memandang Jun.

“Apa kau nak?” Soalnya. Aoi malas nak berborak semasa kerjanya belum siap ni.

“Alex suruh ambil Night untuk jalan-jalan.” Kata Jun slamber dan cuba tak fikir apa-apa selain itu. Sebab Aoi ni boleh baca otak orang. Ngeri….

Aoi menjungkit kening dan cuba membaca fikiran mereka sebab dia dapat lihat muka dorang ni terlalu innocent untuk di percayai. “Pelik….” Katanya curiga. “Apa-apa jelah, beritahu Alex sorry sebab tak dapat temankan dia belatih dengan korang. Okay?”

Cloud beri signal okay. “Thanks Cik Aoi.”

Jun dan Cloud mengangkat Night yang tidur sekali dengan bakulnya secara perlahan supaya dia tak terbangun. Susah kalau serigala kecil ni bangun, rosak semua rancangan mereka.

Aoi melihat mereka membawa Night keluar dengan penuh berhati-hati membuat dia tambah musykil tapi dia mengangkat bahu cuba tak hiraukan benda tu. Lagipun, Night tak rapat sangat dengan yang lain kecuali dia, Aily dan Alex.

“Kerja lebih penting dari dorang.” Katanya dan sambung kerja.

Jun dan Cloud ber’high five setelah selamat sampai di bilik Alex. Mereka melihat haiwan kecil itu tidur nyenyak dan memandang sesama sendiri.

“Kau pasti serbuk tu selamat?” soal Cloud melihat sebotol serbuk kecil warna merah di tangan Jun.

Jun menganguk. “Guna magic kau supaya tak kena kita.” dia menuang serbuk itu di piring kecil dan menggunakan wandnya untuk nyalakan api. Dia membakar serbuk itu dan ia mengeluarkan asap warna merah didalam bilik Alex.

Cloud segera menggunakan kuasa anginnya untuk manipulasikan asap itu supaya tak kena mereka berdua. “Berapa lama ubat tidur ni bertahan?”

Jun mengangkat jarinya. “tiga. Nanti kita kena tukar lagi kalau tak kena gigit kita oleh menatang kecil tapi ganas satu ni.”

“Mission accomplish, sekarang kena berkumpul untuk plan seterusnya.”

Dengan itu misi mereka berhasil dan keluar dari bilik dengan gembiranya.

XOXOXOXOXOX

Keesokan harinya…

Ketua sekolah dan The five lords serta yang terlibat sedang menghiasi bilik mesyuarat itu sesenyap yang mungkin supaya Aoi tak dengar apa-apa. Tapi…

“Luhan! Pastikan belon tu cukup! Mana Cloud? Bukan itu kerja dia ke?” Hyomin memandang sekeliling bilik mesyuarat itu sambil bercekak pinggang.

“Aku di sini!” jerit Cloud membawa masuk sekotak perhiasan untuk perti mereka. “Shiiish, Hyomin, berapa banyak decoration kau beli hah? Ini kotak ke tiga dah aku bawa masuk.”

Aily yang sedang melekat ayat ‘Happy Birthday Ke-16’ di dinding di bantu oleh Sora mengeluh. “bolehnya markah exam aku rendah… kalau Kak Aoi tahu ni nahas aku.”

Sora tertawa kecil. “So, diam-diam jelah. Tentu kau kena dera oleh Aoi kalau dia tahu.”

Aily mengangguk setuju, tak dapat dia bayangkan apa Aoi akan buat pada Aily kalau dia tahu keputusan ujiannya teruk. Remang bulu roma Aily memikirkannya. Sadis…. Sadis…

“Mana Alex bebal tu?” Soal Zack yang sibuk mengubah suai kedudukan bilik itu.

“Dia keluar ke Bandar ada hall sikit. Kau boleh tak jangan fikirkan dia sangat? Aoi lebih penting.” Tegur Jeff.

“disebabkan Aoi lebih pentinglah aku cari Alex. Sepatutnya dia tolong kita di sini bukan berkeliaran di luar cari awek lain”

Senior Jeff memutarkan bola matanya. Kenapa Zack masih tak nak mengalah dan masih berharap dengan Aoi? Desis hatinya tapi dia tahu jawapan tu. Sebab Zack takut yang Aoi akan terluka oleh Alex sebab dia terlalu sayangkan Aoi plus, dia sebenarnya percaya yang Alex boleh bahagiakan Alex lebih dari dia.

Sementara di pejabat Aoi….. Dun-Dun-Dun….

 “Yes!!” Aoi menjerit keudara dengan tangan keatas, memandang siling pejabatnya. “akhirnya siap juga kerjaku!” Aoi mengemas fail terakhirnya dan letakkan di atas fail yang lain. Dia memandang kekiri dan kekanan, setiap sudut bilik tersebut. “Mana Night? dah sehari suntuk aku tak nampak dia…” Aoi mengangkat bahu sambil mencebik. “oh well, mungkin dia dengan Alex. Baguslah, aku nak tidur sepanjang hari ni!! vacation here I come!!”

Aoi bangun dari kerusinya dan renggangkan pinggangnya yang sakit akibat duduk sepanjang hari. Dia mula bergerak keluar dari pejabatnya dengan hati yang riang. Perkara pertama dia nak buat ialah jumpa Alex. Nak make up kat dia selama beberapa hari ni tak bersama Alex sebab kerja-kerja yang berlambak.

Aily tertawa sambil membawa kotak sampah melihat Luhan membawa sampah lebih banyak, dua kotak di tangannya dan berat pula tu. “Hati-hati, nanti jatuh pula.” Katanya dengan manis.

“Kalau cam tu, kau pimpin aku.” Kata Luhan dengan manja cuba buat-buat tak bermaya.

Aily keluar dari bilik mesyuarat itu dan terkejut. Dengan cepat dia membuang kotak di tangannya kearah Luhan membuat Lord of Water jatuh terduduk. “Aily! Kena-” Aily menutup pintu tersebut denan kuat.

“Kak Aoi! Apa kakak buat kat sini?” Soal Aily dengan senyuman innocentnya. Sebenarnya dia rasa cemas, sangat cemas. Kenapa Aoi keluar dari pejabatnya time-time cam ni?!

Aoi tersenyum gembira dan memeluk adiknya dengan gembira. “Kerja kakak dah selesai! Sekarang akak nak cari Alex dan-”

*POP!* *CRASH!* “Senior Zack!!”

Aoi dan Aily berputar memandang pintu bilik mesyuarat itu. Ack! Bodoh dorang ni! Desis hati Aily garang menyumpah serana orang di dalam tu.

“itu suara Hyomin kan? Senior Zack tak papa ke?” Aoi ingin membuka pintu tersebut tapi segera di halang oleh Aily yang kerigitan.

“Tak-tak-tak-tak… Tak BOLEH!”

Aoi terkejut. “Aily, ada sesuatu yang kamu sembunyikan ke?”

“TAK!” jeritnya secara cemas dan segera menggeleng. “Maksud Aily… err…” dia tertawa janggal sambil matanya meliar sekeliling mencari alasan. “Ah! Night lapar dan nak Kak Aoi beri dia makan!” sahutnya gementar.

Sementara di dalam bilik mesyuarat, mereka yang ada di dalam bilik itu memasang telinga di pintu sambil menepuk dahi. Aduh! Tak da alasan lain ke?!

Aoi tertawa. “Dia mungkin dengan Alex sekarang. Now, tolong ke tepi sikit, Akak nak masuk.”

Orang dalam mula cemas dan memandang satu sama lain takut rancangan mereka tak Berjaya.

Cam mana ni?! Apa nak buat?!  Mereka dah tak leh cover semuanya dalam masa kurang seminit. Kerja mereka akan menjadi sia-sia….

“Nanti!” Aily menghalang sekali lagi.

“Apa lagi?”

Aily dah tak tahu apa nak buat. Dia biarkan Aily ganas mengambil alih badannya dan menuding jari kearah kakaknya. “Kau tak boleh masuk ke bilik ni!”

Aoi mula rasa musykil sebab Aily takkan buat watak ganasnya berdepan dengan kakaknya sendiri. Dia cuba membaca fikiran Aily.

Jangan nak baca fikiran orang! Sekarang balik ke asrama dan rehat!

Aoi terkejut dan tertawa kecil sambil mengangkat tangan surrender. “Okay-okay. Akak balik.” Aoi berputar ke pintu keluar membuat Aily termasuk orang dalam menghembus nafas lega.

Aily melihat kakaknya dan bergerak ke pintu keluar dan ingin membuka pintu bilik mesyuarat itu tetapi terbatal apabila Aoi berputar dan cuba menyerbu Aily.

“JAngan!” Jerit Aily apabila AOi Berjaya memulas tombol pintu tapi Aily segera bertindak dengan menarik pintu itu dari di buka oleh Aoi.

Orang dalam pula terus menyandar pada pintu menghalang Aoi membuka pintu. Tak kau cemas mereka dengar Aily menjerit dan pintu terbuka secara tiba-tiba. Jantung mereka dah nak tercabut dengan tindakan drastic Aoi.

Aoi memandang Adiknya masih lagi tak puas hati. “Aily, Apa ada di sebalik pintu ni?!”

“Nothing! Kak Aoi tak perlu risau.” Katanya tambah cemas dengan jantung berdegup kencang kalah orang dalam bilik itu.

Aoi tambah tak puas hati. “CIK Aoi.” Sahutnya membuat semua orang tambah takut. Mereka yang di dalam menahan pintu sekuat mungkin takut kalau Aoi serbu sekali lagi. Dengan mendengar Aoi sahut namanya dengan ‘Cik’ membuat mereka tak sedap hati.

“Saya sebagai penolong Setia The Five Lords perlukan penjelasan kenapa kamu berahsia dengan saya?” katanya dengan tegas.

Aily rasa nak pitam akibat darah dipam terlampau banyak ke seeluruh badan di tambah pula kakaknya guna kuasanya. Siapa boleh bantah?

“Errm.. ummm….”

Mereka yang ada di dalam bilik mesyuarat berada di jalan mati. Aoi takkan berganjak selagi dia tak tahu rahsia mereka. Apa mereka nak buat ni?

“Senior! Apa patut kita buat?” kata Hyomin tak mengeluarkan suara hanya pergerakan mulut dan tangan.

Zack mengangkat bahu turut cemas. “Tak boleh minta bantuan dari luar, tentu Kantoi nanti!” Zack juga miming dan gerakkan tangan.

“Luhan kau takda kuasa nak lepas dari masalah ni ke?” miming Jeff pula.

Luhan menggeleng sambil goyangkan tangannya. “Cloud boleh tidurkan dia tapi masalahnya Cloud di dapur dengan ketua yang lain!”

“Plus, kalau Aoi tahu kita salah gunakan bilik ni dah tentu kita kena Sebelih!” miming Sora membuat signal potong kepala.

Takdir mereka bergantung pada Aily sekarang. Aily adalah harapan terakhir mereka sekarang! Aily tolong buat sesuatu dan selamatkan party ni!

Aily yang kerigitan takut memandang kakaknya yang sudah menggunakan kuasanya menutup mata dan menarik nafas dalam beberapa kali.

Tiada cara lain aku terpaksa mengaku… desis hati  Aily membuat AOi tersenyum mendengarnya.

Aily membuka mata sebaik sahaja Aily ganas mengambil alih. “Kak Aoi, sebenarnya….” Dia bersuara.  Membuat orang di dalam bilik itu terbeliak bulat mendengar pengesahan Aily.

“APA?!” Aoi jerit terkejut dan juga kecewa. Plus, MARAH!!!


(A/N: OMG!!! Aily beritahu semuanya kat Aoi? Semua usaha mereka selama ni jadi sia-sia ke? dan Aoi marah?!! Apa akan jadi? Tunggu Part 3!)

Comments

Popular Posts