Axerialeth: SOD -In the Arm of an Angel-

Bab 6

Spring mendengar suara-suara halus datang dari luar biliknya. Dia membuka mata dengan perlahan melihat jam penggera yang berada di katil nightstand, 6.45am. Dia bergelut tak puas hati. Kenapa mereka bangun awal sangat?? Something happen ke?”

Spring bangun dari katilnya, sempat memandang sekeliling cuba menyesuaikan matanya dengan sekeliling. Spring tersenyum kecil. Mimpi indah sekali lagi. Dia bukan di dalam bilik kurungannya.

Experiment ini melompat turun dari katilnya dan bergegas keluar dari biliknya untuk melihat apa yang kecoh sangat awal pagi itu. Langkahnya terhenti bila dia lihat sekumpulan lelaki berada di Second Base, sedang bercakap dengan Axerialeth Crew. Kakinya terpaku di depan biliknya. Siapa lelaki ni semua? Adakah mereka datang nak ambil dia?

Pole berpaling kebelakang dan tersenyum, perasan Spring berdiri di tingkat dua. “Come down here honey, we have guess.”

Spring mengangguk teragak-agak dan turun ke sebelah Pole. Dia perpaut pada scarf buluh pole.

Ben tersenyum kecil. “Spring, ini pelanggan kami. Ingat tak kami pernah beritahu yang kami ni kapal pertolongan bergerak?”

Spring memandang lima lelaki berpakaian serba bersih ini dan tersenyum kecil. “Hello.”

Tetamu mereka juga tersenyum dan tundukkan kepala sedikit tanda perkenalan. Mereka kembali kepada Ben. “Bagaimana? Boleh tolong kami?”

Ben menutup matanya sambil memeluk tubuh. Dia memikir tawaran lelaki di depannya ini. Boleh tahan juga, wang dan harta yang banyak di tawarkan. Persoalannya kenapa dia nak berikan kepada kami sejumlah ganjaran yang besar hanya untuk memburu seseorang di Bandar Fyielhen?

“Say…. Who is this person yang kau nak kitorang hapuskan?” Satu suara kedengaran dari tingkat dua second base membuat mereka berputar kearah Suara tersebut.

“Rick! Aku dah kata jangan bangun dari katil.” Manda bercekak pinggang melihat Rick yang masih berbalut dan luka masih lagi fresh.

Rick menarik sengih. “Sorry, tapi misi ni sangat interesting. Tak boleh ke aku join sekali?” Soalnya sambil berjalan turun ke sisi mereka. Dia tunduk kepalanya sedikit menyapa pelanggan mereka.

Rick memandang tetamunya dari atas hingga bawah dan tersenyum. “Kami terima.”

“Apa?!” mereka semua memandang kearah Rick terkejut. Dia dah gila ke? Nak terima macam tu je selepas dia keluar dari bilik? Dia dengar ke semua pembicaraan mereka tadi?

“Apa? Aku rasa ini peluang yang baik untuk panaskan enjin korang yang dah berkarat. Dah berapa lama kita tak buat misi cam ni?”

“Ya, tapi kau sakit. Macam mana kalau something happen kat kau? Misi kita di Bandar, macam-macam boleh berlaku.” Kata Manda memeluk tubuh.

“Kalau cam tu, aku out dari misi ni.” Jawabnya membuat kawannya melihat dia seperti dia menipu. Rick tertawa kecil. “I’m serious, kita akan bergerak ke timur untuk sementara waktu, untuk korang jalankan misi korang. Aku akan tinggal di sini untuk berehat. Lagipun aku perlu sihat sepenuhnya untuk misi kita.” Katanya memandang yang lain. “Don’t worry, kali ni aku tak ikut. Peluang keemasan cam ni jarang melompat masuk ke kapal kita. Takkan korang nak lepaskan je?”

Nuez memandang tetamu mereka. “Well, aku tak nafikan ia ganjaran yang sangat baik. Ben?”

Ben tersenyum nakal. “Captain kata dia terima jadi aku pun terima.”

Pole tertawa kecil, menolak rambutnya kebelakang dengan bangganya. “Siapa takkan tolak tawaran lumayan seperti ini? Of course kami akan buat.”

Spring memandang kearah mereka yang bersemangat dan tarik baju lengan manda. “Misi apa?”

Manda tersenyum manis Keara Spring. “Nothing big. Kau akan lihat bagaimana Exerialeth beraksi secara live nanti.”

Rick mengangguk, melihat rakannya telah bersetuju dan memandang tetamu mereka. “So, what’s the plan?”

>X<

“Tuan Zac, tolong jangan berjalan laju sangat!” rayu Personal Assistantnya,berlari anak mengejar Majikannya. “Mereka takkan pergi ke mana-mana—Ack!”

Lelaki bernama Tuan Zac ini sengera menangkap P.A nya yang tersandung kerana kaki sendiri. Zac mengeluh. “Seriusly Lily, I have to catch you everytime you fell dan kau selalu jatuh!” katanya sambil tertawa kecil. Muka Lily merah padam kerana usikan lelaki tersebut.

“I’m fine!” Lily menolak tangan Zac dan bergerak di hadapannya. “Tuan ada urgent meeting, kita kena cepat.”

Zac hanya tertawa dan mengekori Lily dari belakang. Dia tak tahu berapa lama dia bersama perempuan ini. Tak silapnya dah 20 tahun. Dari sekolah menengah lagi Lily sentiasa berada di sisinya. Mungkin ini takdir untuk Lily tidak meninggalkan dia dan juga Zac juga takkan lepaskan Lily kepada orang lain. Walaupun perasaannya terpaksa di pendam untuk perempuan clumsy itu.

 Mereka berdua tiba di suatu tingkat di mana bilik meeting di tempatkan dan Lily berdepan dengan Zac sebelum mereka masuk ke dalam bilik tersebut. “kau pasti ke nak buat benda ni?”

Zac mengangguk. “Mereka yang terbaik. Aku pasti orang-orang mereka juga cam tu.” Jawab Zac dengan senyuman. Dia memulas tombol pintu tersebut memberi Lily masuk dahulu dan menutup pintu tersebut setelah dia juga masuk.

Sementara itu, Bangunan sebelah yang dua kali ganda rendah dari bangunan di mana Lelaki bernama Zac dan Lily berada, Ben dan Manda sedang menjalankan misi mereka dengan memerhatikan target mereka.

“Ooo…. Looks like a secret meeting. Siapa lelaki tu eh?” Manda melihat mangsanya menggunakan binocular. Dia tak dapat lihat lelaki yang sepatutnya jadi client lelaki bernama Zac itu. “Hmmm… dia belakangkan kita, semua business man kena ada P.A ke? Lelaki tu pun ada P.A, kecil pula tu.” Katanya memandang P.A client mangsa dan menarik sengih. “She has flat butts, tak attractive langsung. Anyways, Kau rasa dia merbahaya tak?”

Ben menggeleng, alihkan binocular dari mukanya. “Well, siapa kesah mereka merbahaya ke tak? Yang penting kita selesaikan misi ni dengan lancar. Hanya seorang lelaki tidak boleh kalahkan Axerialeth.” Katanya dengan bangga.

Manda tertawa meluat. Kalau ada Rick bukan main dia maki hamun Axerialeth dengan kapal buruknya, tapi kalau takda, sampai ke Bintang Arjuna dia puji-puji Axerialeth. Man and his Ego.

Ben melihat seorang perempuan bersuit sext hijau di luar meeting tersebut dan tersenyum sinis. “Pole dah dapat masuk.”

Manda kembali memerhatikan tempat itu. “Here he goes…”

Pole berdiri di sebalik pintu tersebut sambil mendengar perbualan mereka dari dalam. Semasa dia masuk kedalam bangunan ini, dia perasan lelaki tersebut. Lelaki yang menjadi client target mereka. Dia sepertinya pernah nampak lelaki tersebut tapi dia tak tahu di mana. Dia agak kacak dan just Pole taste. Mungkin ex-lovers pole? Dia dulu playgirl handalan, dia tak ingat semua wajah ex-boyfriend dia.

Whatever the case, lelaki itu mungkin berkomplot dengan mangsa mereka untuk melakukan wicked plan mereka.

“Jadi, semuanya berjalan dengan lancar?”

Pole dekatkan telinganya pada pintu tersebut mendengar lebih jelas perbualan mereka. Lelaki kacak tu bercakap….

“Jangan risau, Encik Wong. Semua dalam rancangan saya. Terima kasih sebab membantu kami dalam project besar ni.”

“I don’t want empty word Mr. Zac, I don’t like people who make promises that they cant fulfil.”

“There’s nothing to worry about. All our bait are in one place, we just have to wait for them to strike.”

Pole menjungkit kening. Umpan? Apa dia cuba katakan ni? Cepatlah cakap apa yang kamu rancangkan!

“I’m glad to here that. Di mana mereka berkumpul?”

“Di sini.” Jawab Zac dengan yakin. “Mereka memerhatikan kita dengan dekat tanpa mereka tahu kita juga memerhatikan mereka. Remember your promise…”

Pole menjauhkan diri dari pintu tersebut, terkejut. Adakah dia maksudkan kami?

Derapan tapak kaki berbunyi membuat Pole berputar melihat lima orang lelaki berbaju hitam berlari kearahnya.

Ben pula yang meneropong tempat mereka perasan sesuatu yang tak kena. “Wait the second..” Dia mendekatikan lagi view teropongnya dan perasan yang lelaki yang merupakan client mereka sedang menjeling kebelakang. Memandang kearah mereka. “Shit! Dia perasan kita!”

“Pole dalam bahaya!!” Jerit Manda pula. Dia memandang kearah Ben. “This is a trap! Kita kena selamatkan Pole!”

Ben berlari kearah Sky-bikenya dan call Nuez. “Dude! Back fire, semua ni perangkap!”

“Too late Axerialeth.”

Bukan Nuez…. “Siapa Kau! Dan mana Nuez?!” Dia menumbuk badan Sky-Bikenya sangat marah. Sebab tu dia rasa pelik semacam misi mereka. Ia perangkap!

Lelaki berbaju hitam sedang bercakap dengan Ben memandang Nuez yang telah pitam kerana kepalanya di pukul dari belakang. “Jangan risau. Dia sedang tidur. Tak lama lagi dia akan mimpi indah yang tiada penghujungnya.”

Damn you! If your dare hurt him—” lelaki itu matikan penghubung antara mereka dan memandang kearah Nuez, terukir senyuman meleret pada bibirnya. “This is going to be fun. Tuan Zeloid pasti suka experiment baru yang Genius macam lelaki ni.”

Pole pula bergelut melepaskan diri dari lima lelaki itu. Dia berlawan tanpa senjata, menumbuk dan menendang mereka. Pole sepatutnya boleh bodyguard ini tapi entah kenapa mereka sukar nak di jatuhkan. Badan mereka keras! Macam batu.

Pole melontar penumbuknya kearah salah satu man in Black itu tapi malangnya, lelaki tersebut Berjaya menangkap penumbuk Pole, menggenggamnya dengan erat membuat Pole merintih kesakitan. Lelaki tersebut memulas tangannya dan menolak Pole ke lantai. Dia segera di ikat menggunakan sejenis constaction rope yang mengikat tangan Pole dengan ketat.

Lelaki tersebut menarik rambutnya dengan kuat memaksa Pole untuk bangun dan bawa lelaki itu masuk ke dalam bilik mesyuarat berjumpa dengan yang sepatutnya jadi mangsanya sekarang dah jadi predator baginya.

Encik Wong tersenyum sinis. “Well, well what do we have here….”

Pole mendongak melihat lelaki yang bernama Encik Wong dan perutnya kecut. Perasaan tersebut berubah menjadi marah yang membarah, dia mula bergelut ingin menyerang lelaki tersebut. “You!!” Dia meraung dengan kuat. “Give my baby Girl back!! Kau ambil Miracle dari kami!!” jeritnya dengan marah.

“Oh, ini tentu Pole, Am I right? Miracle nama dia? Cantik nama tu, tahu tak dia sentiasa ceritakan korang semua kepada kami?” Katanya bangun dari tempat duduknya, berjalan mengelilingi meja meeting itu dan berhenti di hadapan Pole. “Dia terseksa, menjerit tanpa henti sambil membebel tentang korang semua. Hmmm…. Malangnya dia tak bertahan dengan lama.”

Riak wajah menjadi gelap. “How dare you…. Arrrgggghhh!” Dia mula bergelut ingin melepaskan diri tapi lelaki berbaju hitam menumbuk perut Pole membuat dia jatuh terbaring di atas lantai.

Encik Wong menarik sengih. “Pethatic—”

*CRASH!

Tingkap kaca bilik meeting itu pecah di sebabkan tembakan bertubi-tubi dari Ben dan Manda membuat mereka semua bersembunyi menyelamatkan nyawa mereka sendiri.

Manda dan Ben lompat masuk kedalam bilik tersebut dari Sky-Bike mereka. Mereka terus berlawan dengan mereka tanpa lawan mereka bersedia lagi.

Zac melindungi Lily di belakangnya, memandang lelaki baju hitam berlawan dengan orang Axerialeth. Dia memandang P.A Encik Wong yang bersembunyi di bawah meja. Tuannya hanya berlawan tanpa hiraukan P.Anya..

Zac memandang keudara melihat sesuatu kabur dan entah macam mana lelaki misteri muncul dekat dengan Encik Wong. “Wong! Hati-hati!”

Lelaki itu berputar dan segera melindungi dirinya menggunakan tangan tidak sempat nak mengelak tendangan udara lelaki misteri itu. “Luck.” Kata lelaki misteri itu dan sekali lagi menyerang encik Wong.

BAM! Pintu bilik mesyuarat itu di terbuka dengan badan Encik Wong dan terhempap pada dinding. Encik wong terbatukkan darah dan segera mengelapnya. Satu tendangan buat dia berdarah dari dalam. Dia memandang lelaki tersebut. Matanya berwarna emas bercahaya. Dia seorang experiment. “Apa kau buat ni?! Kau nak bunuh aku ke?” marahnya melihat experiment CR ini melawannya.

Lelaki itu tersenyum sinis. “Shut up, kau bukan Wong Fei.”

“Dia bukan Encik Wong?” Soal Zac terkejut. Dia memegang tangan Lily dengan erat. “This is bad.”

Lelaki Experiment CR mengankat penumbuknya bersedia menghapuskan nyawa lelaki itu tapi sepasang tangan kecil menangkap penumbuk itu.

Lelaki tersebut terus menolak si kecil itu dengan kuat ke tepi. “Kau nak mati?” Soalnya memandang P.A Encik Wong palsu.

P.A tersebut memandang kearah Si Experiment. “LK54! Berhenti!” jeritnya, matanya bercahaya biru dan penyamarannya telah hilang dan begitu juga Encik Wong.

“Rick? Spring?!” Manda sempat lihat siapa si penyamar semasa nak lepaskan Pole. “Apa korang buat kat sini?!”

Rick memaksa dirinya untuk bangun dan tersenyum nakal. “Just saving your ass.”

Lelaki yang bergelar LK54 mendepakan tangannya kearah kearah Spring, membuat Spring terangkat keudara sambil memegang lehernya. Lelaki tersebut menyekik Spring menggunakan kuasanya.

Rick terus menghayunkan penumbuknya ke muka lelaki tersebut membuat dia terjatuh ke tanah dan tangannya terhayun. Spring turut terhayun keluar dari bangunan itu.

“Spring!!”

“Ahhhhhh!!!”

Rick berlari ke tingkap pecah itu tapi di halang oleh LK54 dan mereka berlawan sesame sendiri. “Kau bunuh rakan kau sendiri! Kau tak berperikemanusiaan!” jerit Rick marah tahap dewa. Menumbuk LK54 tanpa henti.

“Dia bukan rakan aku.” Jawab LK54 dengan emotionless. “Dia hanya benda experiment. Dia tidak layak hidup di muka bumi ni.” Dia mengelak tumbukan Rick dan menghantar tendangan kepada lawannya.

“DAMN YOU!” Rick menangkap tendangan itu dan memulasnya membuat LK54 bertiarap di tanah. “Then kau pun patut mati!” Rick mengeluarkan pedang kecilnya ingin menikam lelaki tersebut tapi LK54 terus menghilangkan diri dari bawah Rick.

“What the…”

“To slow.”

Rick berputar kebelakang melihat lelaki tersebut dah naikkan tangan ingin menamatkan riwayat Rick tapi penumbuknya berhenti di udara. Matanya terbeliak bulat seperti sesuatu yang buat dia terkejut.

“That’s impossible. Retreat!” jeritnya dan menghilangkan diri dari tempat tersebut.

Rick hairan, kenapa lelaki tu? Dia terus pergi begitu sahaja? Dia endahkan perkara itu dan berlari masuk ke bilik mesyuarat. Dia terus mendekati Zac sambil mencengkam collar bajunya. “Kau bekerjasama dengan Organisasi CR untuk tumpaskan kami? Kau kan yang upah empat lelaki tu datang supaya kami terima tawaran mereka dan kejar kau? Jawab!”

Zac mengangguk laju, takut melihat riak wajah Rick yang menggerunkan. Dia tak tahu ketua Axerialeth mempunyai wajah sengeri itu. “M-Maafkan aku tapi aku takda pilihan… K-Kalau aku tak buat benda ni mereka aka—” Rick terus menumbuk muka Zac. “Kau dah bunuh Spring! Kau memang tak guna! Kau--!” Sekeli lagi dia ingin menumbuk lelaki itu tapi Lily memeluk Zac, menghalang Rick dari menumbuknya.

“Tidak!” jeritnya menggeletar. “Zac tak bersalah, dia hanya terpaksa!” sahutnya membuat Rick berhenti dari niatnya. “Dia di ugut oleh CR kalau tak dia akan buat hasil kerja keras Zac bankrupt! Tolong jangan sakiti dia. Please.. I’m begging you…”

Pole yang selesai mengikat orang-orang Man In Black dengan tali yang dia di ikatkan tadi memandang kearah Rick yang berlutut depan mereka kelihatan lemas. “Rick, that’s enough.”

Captain kapal itu menumbuk lantai sambil menjerit sekuat hatinya. Dia gagal! Dia tak patut bawa Spring bersama dalam penyamarannya! Kenapa dia bodoh sangat?!

“This is all my fault! Tak guna! I fail to protect her!” jeritnya sekuat hati. Badan Rick di putar oleh Ben dan
 satu tumbukan land ke mukanya.

“You Idiot! Apa yang kau fikirkan hah? Spring tak tahu berlawan apatah lagi melindungi dirinya sendiri!”

Manda meluku kepala Ben dan tarik dia dari atas Rick. Ikutkan hati Manda pun akan bunuh Rick sekarang juga tapi ada yang lebih penting dari ini sekarang. “Ben, Nuez masih dalam tangkapan mereka. Aku nak pergi selamatkan Nuez.”

“I don’t think that’s necessary.” Sahut seorang lelaki yang di kenali yang berada di tingkap kaca dengan sky-bikenya.

“Nuez!”

Rick mendongak melihat Nuez yang terselamat, matanya membesar bila lihat Spring berada di dalam dakapan Nuez tidak sedarkan diri. Dia selamat… dia tak cedera langsung…

Nuez tersenyum gembira. “Surprise right? So, apa rancangan kita seterusnya Captain?” Soalnya memandang dua mangsa mereka.

Zac melindungi Lily di belakangnya, takut untuk tahu apa yang Axerialeth akan buat kepada mereka. This is it…. Zac dah tahu mereka akan mati dari awal lagi tapi sekurang-kurangnya dia ada Lily bersamanya.

“Kalau korang nak bunuh kami, tolong lepaskan Lily, biar aku yang tanggung semunya.” Katanya setelah mengumpul keberanian untuk bersuara. “Please…”

Axerialeth hanya memandang kearah mereka berdua yang ketakutan. Ben tersenyum sinis. “Okay…”

>X<

“You Idiot. Ini ialah misi terteruk pernah aku jalankan selama aku jadi anak kapal ni!” sahut Manda, menjatuhkan punggungnya di atas sofa bulat sebaik sahaja mereka selamat tiba di kapal mereka. Dia memandang kearah Spring yang berada di dalam dakapan Ben. “Hmmm…. Aku tak sangka Nuez dapat selamatkan Spring tepat pada masanya. Oh, cam mana kau terselamat dari mereka hah?”

Nuez juga duduk di sebelah Manda. Dia mengangkat bahu. “Aku tak tahu, sebaik sahaja aku buka mata, aku dah di Sky-bike ku dengan Spring tidak sedarkan diri di sebelahku. Trust me, aku tak boleh selamatkan orang dalam tidur okay. I don’t have supernatural talent.”

Pole menjungkit kening hairan. “Jadi siapa selamatkan kau? Siapa selamatkan Spring?” soalnya memandang yang lain.

Rick menarik nafas dalam dan mula fikir tentang itu. “That’s weird, ada sesuatu yang tak kena di sini.”

Ben meluku kepala Rick. “Stop thinking Rick. Di sebabkan misi rahsia kau membunuh Encik Wong dan gantikan tempatnya, hampir buat Spring terbunuh. Sakit kau dah rosakkan sel otak kau yang bijak tu.”

Rick menggosok kepalanya yang sakit. “Woi! Otak bijak aku dah kehilangan 50000 sel! Aku perlukannya untuk misi CR nanti! Okay, sorry aku tak dapat selamatkan Spring tapi aku tak jangka dia akan ikut sekali!”

Ben merenung tajam kearah Rick. “Apa maksud kau, kau tak jangka hah?”

“Ini salah aku…” Mereka semua memandang kearah Spring dalam dakapan Ben.

“Kau dah sedarkan diri?” Soal Ben lega.

Spring menyembunyikan mukanya pada baju Ben. Dia menahan dirinya dari menangis. “Aku halimunankan diri sendiri untuk ikut Rick membuat misi. Dia dah suruh aku tinggal dalam kapal… tapi…” Spring diam seketika. “Setelah dia bunuh Encil Wong, penyamaran aku terkantoi…”

“Spring? Apa kau buat di sini?! Bukan aku suruh kau tinggal ke?”

Spring hanya kaku memandang pistol di tangan Rick yang telah membunuh lelaki yang berlumuran darah itu. Rick dah bunuh dia…. D-Dia…. Spring mengambil langkah kebelakang takut dengan Rick. “Kenapa k-kau bunuh dia?”

Rick menyimpan pistolnya semula dan dekati Spring. Sepasang mata yang menggerunkan yang spring tak pernah lihat. “Listen, Ini adalah kerja kami dan membunuh adalah sesuatu yang perlu dalam menjalankan misi. Got That?”

Spring mengangguk laju. Dia tak pernah tahu Axerialeth membunuh. M27 tak pernah beritahu dia yang Axerialeth boleh membunuh.

Rick memandang kearah lelaki yang telah menjadi mayat dan kembali memandang Spring. “Aku kena tinggalkan misi… Damn…” katanya dengan nada berbisik. “Aku akan hantar kau balik dan suruh mereka retreat.”

Misi mereka gagal disebabkan aku? “A-Aku boleh bantu..”

Rick memandang Spring dengan muka menggerunkan. “Spring, misi ni merbahaya, kau tak boleh-”

“Kuasa aku boleh buat penyamaran macam potion Pole. Aku boleh jadikan kau Encik Wong kalau kau nak.” Katanya dengan yakin tapi ada sedikit ketakutan. “Aku nampak kau ambil potion Pole, mesti kau nak jadi lelaki tu kan? Kuasa aku bertahan lebih lama dari potion tu.”

Rick fikir untuk seketika sebelum bersuara. “Aku tak pasti kalau aku boleh lindungi kau.”

“Di sana, Ben dan yang lain ada. Mesti mereka lindungi aku. Rick please….”

Spring memeluk Ben dengan erat. “Kalau kau nak marah, tolong marah aku. Bukan Rick, aku yang nak buat semua ni.” Katanya dengan nada menggeletar.

Ben menarik nafas panjang. Cam mana dia nak marahkan perempuan ni? “It’s okay. Tak yah nak fikir sangat, benda dah berlalu.” Katanya memandang Spring dan tersenyum. “Kau perlukan rehat.”

Spring mengangguk kecil. “Okay.”

“Ah, Ben, bawa Spring ke bilik aku.” Manda membawa Ben ke biliknya dan suruh dia letak Spring di atas katil pesakit. “Okay, kau boleh keluar, aku nak rawat dia.”

Ben mengangguk dan bergerak keluar. Sebaik sahaja pintu bilik itu tertutup, Manda memandang kearah Spring dengan senyuman nipis. “First time nampak Rick cam tu?”

Spring mengangguk dan menyembunyikan mukanya di sebalik selimut. “Dia menakutkan.”

Manda tertawa kecil. “Dia sangat menakutkan. Anyways, aku nak tanya sesuatu.” Manda duduk di meja kerjanya sambil memandang Spring yang menjadi kepompong. “Kau tahu tak macam mana kau terselamat?”

Spring diam seketika sebelum menggeleng.

Manda mengangguk faham. “Okay. Rest Spring. Aku tahu kau penat dengan semua ni.”

Spring yang di sebalik selimut menutup mulutnya dari mengeluarkan suara. Dia tahu siapa selamatkan dia tapi dia tak pasti kalau dia selamatkan Spring. Ia berlaku sangat pantas…. Mungkin ia hanya ilusi? Tapi sepertinya ia berlaku secara real.

Dia masih ingat semasa dia jatuh, cahaya terang muncul di atasnya, mencapai Spring. Satu figura berbaju serba putih memeluk Spring dengan erat. Kehangatan pelukan tersebut sangat familiar… Dia tahu siapa selamatkan dia… Experiment yang telah tiada di dunia itu.

M27

>X<

Zac dan Lily berada di rumah Zac, setela berdepan dengan Axerialeth. Zac melihat tangan Lily yang menggeletar dan menyentuhnya. “Lily, esok kita akan pergi dari sini. Kita tinggalkan semuanya dan bersembunyi dari CR. Aku pasti mereka nak kepala kita.”

Lily mendongak memandang Zac dan mengangguk. Nasib baik Axerialeth lepaskan mereka setelah tahu situasi mereka. “Okay.”

Tanpa mereka ketahui, satu bayangan muncuk di belakang mereka dengan dua pistol di tangan. Dia acuhkannnya ke kepala mereka berdua. “Don’t move.”

Zac dan Lily kaki mendengar suara tersebut. Mereka berpaling dengan perlahan melihat siapa yang akan bunuh mereka dan terkejut. Sepasang mata yang bercahaya.

BANG! BANG!


>X<

No comments:

Post a Comment