Racing Heart: 5# Race
Ini
hari adalah hari sabtu; Sakura dan Sleeping Forest berada di rumah Tomoko, di
dalam biliknya. Sakura berada di katil Tomoko baring diatas perutnya dengan
tangannya dibawah dagu sebagai menyokong. Di tengah tiga rakannya, Ren, Yumi
dan Jue terdapat sebuah kek, biskut, dan minuman yang telah disediakan oleh
pembantu rumah Tomoko. Tomoko baru sahaja keluar dari bilik air baru
menyelesaikan hajat takbur dan melabuhkan punggung di sebelah Sakura.
“Korank
ada dengar ke? ni malam ada race tapi secara kecil-kecilan. Taklah secara
rasmi,” Jue memulakan sambil mngunyah biskutnya. Sakura terus memasang telinga.
“Betul
ke? Aku tak tahu pula.” Kata Yumi pula sambil menghirup jus orennya.
“Yup!
kat centre.” Tambah Ren.
Tomoko
turun dari katil dan menyertai mereka bertiga. “Jom pergi. Boleh renggangkan
otot sikit.”
Yumi
menggeleng dan mendongak kepalanya keatas. “Entahlah… rasa malaslah nak turun
malam ni.”
“Aku
mungkin pergi, tentu seronok nampak mereka berlumba. Siapa tahu, mungkin
kumpulan lain ada turun ni malam.” Jue kata mengangkat tangannya.
“Ini peluang yang bagus juga untuk berlatih.” Tomoko
mengangguk setuju dengan Jue. “Ada sesiapa lagi?”
“Aku
pass ni malam. Nak dating.” Kata Ren mengenyit mata. “Dengan Babyku.” Mereka
semua tertawa.
“Okay,
nampaknya aku dan Jue jelah yang gerak ni malam. So, Sakura kau nak join ke?”
“Nah….
Winter Sonata ni malam main.” Sakura menggeleng tapi matanya bersinar-sinar.
Pusat bandar ye? Desis hatinya. ada udang disebalik batu.
“Baiklah!”
Tomoko tersenyum kepada Jue. “Jam berapa start?”
“9pm.
Litarnya pun senang juga. Hanya putar2.”
“Great!”
=X=
“Shou,
kau turun malam ni?” Yui soal sepupunya yang terlantar diatas katil dengan mata
tertutup.
“Nah…
Tak berminat.” Jawabnya tanpa membuka mata.
“Kenapa?”
Yui bangkit dari sofa yang tersedia di bilik Shou dan bergerak ke katilnya.
“Sebab
aku tak naklah.” Jawabnya ringkas.
Terdengar
orang mengetuk pintu bilik yang terbuka. “Race tu terlampau kecil untuknya
masuk.”
“Get
Lost!” Shou mengapai satu bantal di kepalanya dan lempar kearah lelaki
tersebut.
Shinn
dapat menangkapnya. “Tsk, Tsk… kenapa ni Shou-Shou?” katanya dengan nada
mengusik.
“Aku
bagi kau lima saat untuk pergi berambus, Shinn.” Dia merenung kearah lelaki di
pintu biliknya dengan senyuman melekat diwajahnya.
Yui
mengendahkan atmosfera tegang mereka dan memandang kearah Shinn. “Kau ikut?”
Shinn
menggeleng. “Winter Sonata main ni malam. Aku tak nak miss favorite show aku.”
“Kau
nonton benda menjijikan tu?” Yui menjungkit kening.
(Soooory!! Angah bukan tak suka Winter Sonata. Angah
suka… SUKA sangat sampai ada CD animenya lagi >Swear angah ada<.. hehehe
saja nak buat Yui Lan anti-kor sikit.)
“Hey, Romantik apa? Kau tahu apa pasal cerita
cam ni. Yang kau tahu, Race, shopping, race, shopping, race shopping, tidur.”
Shou
menjungkit kening double jerk. “Gay. Aku tak tahu kenapa lelaki suka cerita
Korea. Bukan cute pun.”
(Sorry lagi! Tolong faham situasi sekarang >~<..
kepada boy yg minat Korea di luar sana… please don’t blackmail me!! I’m to
young to be threatned)
“Kejamnya
kau, Shou. Aku patut balik ke bilik dan menangis di penjuru bilik. Sendiri.
Dalam gelap. Kecewa.” Dia mengangis dengan dramatiknya meninggalkan dua sepupu
di bilik Shou.
Shou
memutarkan bola matanya melihat perangai Shinn yang mengada-ngada. Terlampau
banyak nonton cerita sedihlah tu.
Yui
hanya boleh menggeleng kepala melihat dua lelaki di depannya. Aku takkan faham
mereka berdua ni…. terutamanya dia ni desis hatinya melihat Shou yang kembali
memejam mata.
“Yui,
bila kau keluar dari bilikku beritahu si bebal tu bagi balik bantal aku.”
Yui
mengeluh kecil. “Fine. Aku tahu aku tak diperlukan.” Dia bangun dari katil
tersebut dan begerak ke pintu bilik.
“Tutup
pintu tu sekali.” Kataya dengan mata tertutup.
Yui
berdengus dan menutup pintu Shou dengan kuat, pergi menghentak kaki.
“Thank…”
Katanya sebelum dia terlena.
=X=
Sakura
tiba di rumah pada jam 6 malam dan terus ke dapur di mana papanya berada sedang
masak makan malam.
“Sakura
dah balik.” Katanya mencium pipi papanya.
“Baguslah
kau dah balik. Tolong papa ambilkan pack pasta tu?” Papanya menuding jari
kearah cupboard yang jauh sebelah kanannya.
“Okay.”
Sakura bergerak ke cupboar tersebut dan menjungkit kaki untuk mengambil paket
pasta dari almari tersebut. “Nah.”
“Thanks,
Pumpkin.” Papanya mengambil paket tersebut dan membukanya menggunakan pisau. Memasukkan pasta tersebut kedalam periuk yang sedang mendidih.
“Ada
apa-apa yang Sakura boleh tolong?” Soal Sakura melihat papanya masak.
“Tak
perlu, sayang. Papa dah nak siap dah ni.” Kata En Fujika tersenyum manis kearah
anak kesayangannya dengan nada yang lembut. “Apa kata kamu pergi mandi dulu dan
papa akan panggil kamu bila makan malam dah siap.”
“Okay.”
Sakura mengangguk dan naik ke bililnya.
Limabelas
minit kemudian, Sakura turun semula kebawah dengan seluar pendek hitam dan pink
tank top. Dia masuk kedalam dapur dan melabuhkan punggung diatas kerusi
bertentangan dengan papanya.
Sakura
melihat makan malam mereka dan tersenyum “Sedapnya bauu….” Katanya hampir
keluarkan liur.
Papanya
tertawa. “Harap ia rasa sedap dari baunya.”
Sakura
tertawa kecil dan mengambil sesuap kedalam mulutnya. “Sedapnya!! Papa memang
pandai masak!”
Papanya
turut merasa masakan pertamanya dan mengangguk setuju. “Tak sangka sedap juga.”
Selepas
makan malam, Sakura punya giliran untuk mencuci pinggan dan papanya sudah naik
ke biliknya semula. Setelah dia selesai membuat kerjanya, Sakura naik semula ke
dalam bilik.
Pada jam
9 malam, Sukara sudah melangkah keluar rumah. Dia memandu dengan tenang, relak
ke pusat bandar. Makan masa lebih kurang 30 minit untuk dia tiba di lokasi dan dia
mengetahui terdapat ramai orang menghadiri perlumbaan tersebut, separuhnya
sudah mula berlumba. Dia memperlahankan keretanya dan berbaris di belakang
kereta berwarna putih. Sementara menunggu, Sakura mencapai topi Nike hitam di
belakang poket kerusinya; memakainya dan menunggu arahan. Beberapa minit
kemudian, seorang lelaki mengetuk tingkap kaca kereta Sakura yang telah di
tinted.
“Ya?”
dia menyoal sambil menurunkan tingkapnya.
“Cik,
pun turut serta ke?” soal lelaki berambut perang kearahnya.
Sakura
mengangguk. “Ya.”
Lelaki
tersebut turut mengangguk, memberi dia satu keping nombor. Nombor 5.
“Itu
numbor kereta cik. Tapi tak ikut urutan.” Kata lelaki itu. “Kami akan keluarkan
nombor secara rawak jadi, tiada hela okay?” Sakura mengangguk tanda faham.
“Nama Cik apa?”
Sakura
tersenyum. “Cherry.” Jawabnya dengan yakin.
“Okay
Cherry, anda akan race dengan…. 25” Sakura menghalang lelaki tersebut dari
bergerak pergi.
“Cam
mana aku nak tahu bila giliran aku?”
“Kami
akan panggil nombor. Jadi dengar baik-baik kalau tidak keluar dengan cepat, kau
akan terus terkeluar.”
=X=
“Wah…
banyak juga orang di sini.” Kata Tomoko melihat keadaan sekeliling, nampak
macam race secara besar-besaran jak ni.
“Yup,
siapa sangka akan ada ramai orang join in.” Jue turut bersetuju dan menjeling
kearah kad di tangan Tomoko. “Apa nombor--”
“Jue!
Tomoko!” ayat Jue tergantung apabila Yui datang menyapa mereka.
“Yui!
Aku tak tahu yang kau turun malam ni.”
“SAmalah.”
Kata Yui. “So, apa nombor kamu? Aku 15.”
“42” Jue
menunjukkan kadnya.
“25”
Tomoko kata pula.
Jue
mengeluarkan hembusan nafa lega. “Thank goodness, tak lawan korang…”
“Woi!
Apa pulak tu?” jerit Tomoko dan YUi serentak.
Jue
tersengih-sengih. “Joking,joking..”
Yui
mencebik manakala Tomoko menjelir lidah kearah Jue membuat si budak cina
tertawakan dua rakannya. Tapi, nasib baiklah dia tak lawan kawannya sendiri
sebab, dia tahu dia tentu kalah kalau lawan salah satu dari mereka lagipun, tak
bestlah lawan kawan sendiri kan?
=X=
“GO!”
jerit lelaki berrambut hitam spiky menggunakan megaphonenya sambil tangan
dijatuhkan, memberi signal yang perlumbaan bermula.
“Next,
Nombor 5 dan nombor 25. Tolong bergerak ke garisan permulaan.”
Tomoko
mendengar namanya di panggil dan terus masuk kedalam kereta. “Wish me luck,
korang!”
Jue dan Yui tundukkan diri memandang Tomoko dan naikkan thumbs up. “Do you bestest
Tomoko!”
Tomoko
mengangguk bersemangat dan pandu ke garisan permulaan. Menemui yang dia akan
berlawan dengan pink Spider.
Aku
boleh menang ni desis hati Tomoko mengenggenggam erat stering kereta cuba
memberi semangat pada dirinya sendiri.
=X=
Sakura
sedang menunggu lawannya di garisan permulaan. Terasa excited dan dia bersedia
untuk berlumba, sangat, sangat bersedia.
Sakura…
ini kali pertama kau race di HK.. semuanya akan jadi seronok. Sangat seronok
desis hatinya sudah tidak sabar untuk memulakan perlumbaan pertamanya.
Dia
tersenyum apabila mendengar bunyi injin kereta mendekatinya dan memandang
ketepi. Sebuahh Mazda putih paking di sebelahnya.
Matanya
terbeliak bulat melihat kereta yang sangat dikenali muncul sebagai lawannya.
“Tomoko?” soalnya sendiri tapi rasa terkejut akhirnya bertukar menjadi perasaan
gembira. Dia sudah membara dan lebih bersedia dari sebelumnya.
Orang
yang aku nak sangat berlumba desis hatinya lagi.
Seorang
lelaki sebagai pengadil datang diantara dua kereta tersebut dan menyuruh mereka
membuka cermin tingkap mereka. pertama, dia bercakap dengan Tomoko dahulu.
Pelepas itu dengan Sakura, disebabkan sakura berada di sebelah kanan dan lelaki
tersebut berdiri si sebelah kiri, sakura menurunkan tingkap kirinya. “semasa
kamu drive, nanti ada direction untuk kamu ikuti.”
Setelah
memberi pesanan ringkas, pengadil tersebut kembali ke tempatnya iaitu dihadapan
kereta mereka. “Get Ready!” jerit pengadil tersebut menggunakan megaphonenya.
Sakura
dan Tomoko menghidupkan injin kereta mereka dan mula menunjuk-nunjuk dengan
menekan minyak mengeluarkan bunyi ‘roar!’ seperti kereta mereka tak sabar untuk
memecut.
“Dari
kiraan 5…4….3….2….1… GO!”
Tomoko
mendahului perlumbaan mereka dengan Sakura yang dekat dengannya di belakang.
Tomoko drive terus, lepas itu pusing ke kiri, dan pusing kanan dengan tajam.
Dia menjeling kearah cermin depannya dan mendapati pink Spider tersebut masih
berada dekat dengannya.
Aku
takkan biarkan kau lepas! Desis hati Tomoko dengan menekan minyak lebih kuat
dan meluncur laju di jalan yang lurus. Keretanya hebat apabila di jalan lurus
dan kelajuannya boleh sampai ketahap Max. dia menjeling kearah cermin depannya
sekali lagi dan melihat si pink Spider sudah ketinggalan di belakang. Tomoko
akhirnya tersenyum dan terus menekan paddle minyak lebih kuat.
Sakura
melihat kereta Tomoko yang lebih kurang 100m dari keretanya dan memuji
kehebatan kawanya tapi dia boleh buat lagi baik. Sakura tersenyum apabila
mereka akan sampai di round about.
Tomoko
menekan brake sebaik sahaja dia tiba di round about. Dia memutar tayarnya apabile
di hujung bulatan.
Watch
and Learn my BFF desis hati Sakura menekan brake lebih kuat dan cepat sebelum
dia tiba di round about. Apabila dia sesuku jauh di jalan, dia menekan breaknya
lagi sekali tapi tidak mengangkat kakinya yang menekan minyak. Sakura
menggunakan salah satu teknik yang menyebabkan keretanya melunucur di hujung
bulatan tersebut dengan baik.
Mata
Tomoko terbeliak bulat melihat pink Spider meluncur melimpasinya dan tinggalkan
roundabout dengan dia dekat dibelakang kereta tersebut.
Cam
mana itu… mustahil? Tak mungkin dia bolah buat cam tu!! desis hatinya melihat
lawannya dihapadan. Rasa kagum dan juga kecewa.
Kereta
Sakura sampai di garisan penamat dahulu; dia menekan breaknya dan melakukan
putaran 360 darjah dengan sempurna membuat semua orang di tempat itu kagum
dengan persembahannya, plus dia juga telah kalahkan pelumba top six racer pula
tu.
Tomoko
memarking keretanya di sebelah kereta kawannya selepas perllumbaan itu tamat.
Dia melihat kearah kereta pink Spider tersebut dan mengeluh panjang. Dia keluar
dari keretadan bergerak kearah kawan-kawannya.
“Tomoko,
perlumbaan yang bagus.” Kat Jue cuba menenangkan perasaan kecewa Tomoko kerana
dikalahkan oleh orang asing.
“Ya..”
Katanya dengan senyuman walaupun perlahan. “Ia memang bagus.”
Jue
memanjangkan lehenya memandang kearah kereta pink spider tersebut. “Siapa
agaknya pemandu Spider tu yea?”
Yui
yang baru sahaja datang dari tempat pink Spider tersebut menyapa mereka dengan
riak wajah terkejut. “Si pemandu Pink Spider tu ialah Perempuan!”
“Aku
terkejut tapi sudah dijangka.” Kata Tomoko matanya belum berganjak dari Pink
spider tersebut.
“Huh?
Maksud mu?” Jue blur, tidak faham maksud Tomoko.
“Maksud
aku, Lelaki, pakai kereta pink? Tak ke giler tu?”
Jue
mengangguk faham. “Betul tu… Apa lagi yang kau dapat tahu, Yui?”
“Nama
Minah tu…. Cherry.”
“Cher----ry?”
Tomoko mengusap dagunya sambil menyebut nama perempuan itu dengan perlahan.
Macam pernah dengar tapi di mana ya?
“Dia
hebat. Memang hebat.” Yui terus-menerus memuji perempuan mistery(bagi mereka)
itu.
“Yup.
Dia memang hebat dan dia dah kalahkan aku. bermaksud dia dah jadi top six
female racer.”
Yui
tertawa kecil. “Tomoko, ini perlumbaan tak rasmi lah. Kau masih pegang lagi
pangkat kau tu.”
Jue
mengangguk setuju. “Betul tu. tak payahlah kau risaukan sangat pasal budak
Cherry tu. Lain kali kau boleh kalahkan dia lagi.”
Tomoko
menggeleng menafikan kenyataan Jue. “Rasmi atau tidak, dia dah kalahkan aku dan
aku tak fikir aku boleh kalahkan dia lagi lepas ni selepas apa yang dia
tunjukkan…..” teknik mustahil tu tadi desis hatinya. Tomoko memandang semula
kearah tempat kosong dimana Pink Spider tersebut sudah berlalu pergi. “Aku ada
firasat yang dia tak tunjukkan potensinya yang sebenar.”
Kau ni sebenarnya
siapa?.... Cherry?
Comments
Post a Comment