FDO: bab 10

Sedutan lalu……

“lepas?”

“Tak.”

“Please”

“Still tidak.”

“Why?” Accel mencebik.

“No reason.” Jawabnya dengan muka masam. Hehehe…. Faham-fahamlah.

Accel memandang kearah tangan mereka. Toshiro memegang pergelangan tangannya membuat dia sedikit blushing. Terlintas dalam fikirannya yang dia nak berpegang tangan dengan Toshiro-eh? Tak-tak-tak-tak!! Dia dah janji takkan fall dengan mamat tu. so, keluar kau dari fikiranku keluar!!

“kita dah sampai!” Kata Hades menunjukkan pintu bertemakan metal black kepada mereka. pintu yang sangat besar dan mengerikan membuat bulu roma Accel remang satu badan.

“Okay, mari kita berdepan dengan Monster kita ni.” Medeis memandang kearah Accel yang ketakutan dan tersenyum nakal. “Mungkin dia ada gigi yang tajam dan mata yang terkeluar dari kepalanya. Masih tergantung-gantung lagi. Atau tengkorak yang berlumuran darah dan membuat bunyi yang menyeramkan... dan-

“Medeis!” Medeis tertawa mendengar jeritan Accel ketakutan.

Scy hanya menggeleng. “Okay-okay. Jom masuk dan selesaikan menatang satu ni. kalau dah selesai boleh kita balik atau survey tingkat baru tu.”

Mereka semua mengangguk kecuali Accel yang menggeleng seperti kepala robot yang rosak. Mereka tak menghiraukan Accel dan Membuka pintu besat itu dan masuk kedalam bilik yang tersangatlah gelap.

“Sedia Transportation stone kamu.” Kata Akira kepada mereka semua. Seperti yang diarahkan, mereka mengeluarkan batu tersebut untuk kecemasan. Mana tahu mereka tak sanggup berhadapan dengan menatang tu, boleh selamatkan diri dari terbunuh.

Tetiba, lantai yang mereka pijak tetiba berlubang dan mereka semua jatuh ke dalam lubang yang gelap itu. “AAAAAHHHHHH!!!!!!”

Toshiro terus memeluk Accel yang menjerit dengan Air matanya sudah mengalir keluar kerana takut. Babak-babak horror cam ni memang bukan makanan Accel. “Semuanya akan okay…” bisiknya membuat Accel terhenti menjerit dan memeluk Toshiro dengan erat.

Akhirnya mereka jatuh di hujung lubang itu. life bar mereka dah jadi setengah disebabkan terhempas tadi. Accel jatuh di atas Toshiro mengakibatkan nyawa toshiro di tahap oren. Mereka segera mengeluarkan Healer dan kembalikan Hp mereka ke hijau.

“kau okay?”

Akira melihat kemesraan Toshiro dan Accel. Dia berdegus kecil dan Hades mendengarnya membuat Hades perasan apa yang Akira maksudkan.

Accel mengangguk. “Aku O-o-o-o….” Accel menuding jari kebelakang Toshiro kerana dia nampak sepasang mata merah menyala di dalam bayang. Apabila wajah sepasang mata itu keluar…. “AAAAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!”

Sekarang….

“WWWWAAAAARRRRGGGGHHHH!!!” suara jeritan raksasa itu membuat mereka semua ketakutan dan bergetar satu badan. Ini ialah saat yang paling menggerunkan, berhadapan dengan Reaper, si pengambil nyawa. Adakah itu bertanda mereka akan mati ditangannya?

“Guna Transportation Stone!” jerit Toshiro memberi kesedaran kepada mereka dari memandang raksasa menggerunkan itu.

Mereka terus mengeluarkan batu tersebut dan menyeru keluar tapi tidak berhasil. Ia tak memberi sebarang riaksi! Ia tak berkesan.

Kedengaran raksasa itu mentertawakan mereka semua yang dah naik takut dan menghayunkan scepternya kearah mereka.

Toshiro segera mengangkat Accel bridal style dan mereka semua melompat kebelakang menyelamatkan diri dari terkena senjata maut itu. malangnya salah satu dari rakan Akira tidak dapat menyelamatkan diri dan mati.

Mereka semakin takut sekarang. “mati dalam satu hayunan? Akira, kita takkan dapat kalahkan dia.” Kata salah seorang kawan Akira.

Akira menelan air liur sambil mengangguk. “Korang bertiga serang bahagian belakang. Korang berlima lvl berapa?”

Scy mengeluarkan senapangnya dengan senyuman walaupun dia agak takut sekarang. “Don’t worry, Meddy, Had-Had dan Scy boleh lawan haiwan ni. Kan korang?”

Hades mengangguk, dia menekan salah satu butang di devicenya; keluar screen Biru. Dia menarik tali panahnya menandakan dia bersedia. Dia menjeling kearah Akira dan tersenyum sinis

Akira faham maksud senyuman itu. Senyuman ‘Jangan-pandang-rendah-dengan-kami’. Ikutkan hati nak dia tendang tomboy satu tu tapi ia kena ditangguhkan. Sekarang mereka kena lawan dulu haiwan durjana ni.

“Toshiro! Kau tolong bantu budak penakut tu dulu!” Medeis memandang rakan-rakannya dan tersenyum. “Sedia? Serang!!”

Mereka semua mula menyerang Reaper itu tanpa Accel dan Toshiro menyertai mereka.

“Kau tinggal di sini, Aku akan selesaikan semua ni dan kita boleh balik okay?” Sahut Toshiro dengan lembut. Dia boleh nampak ketakutan dalam mata Accel sekarang. Dia tentu pernah mengalami sesuatu yang teruk sehingga dia takut sebegini desis hati Toshiro.

DIa bangun dan mengeluarkan pedangnya. “Wait for us.” Dengan itu, dia terus menyertai yang lain berlawan dengan Reaper yang besar itu.

Accel memandang kearah Reaper itu dengan ketakutan dalam dirinya. Mengapa dia takut sangat? Selalunya dalam pertempuran yang lainnya dia tak kisah sangat. Kenapa?

Ini semua disebabkan Atuknya yang telah mempengaruhi otaknya semasa kecil. Ia untuk membuat Accel bertambah kuat dan tak takut dalam apa jua keadaan. Atuknya selalu kata jika mereka bertemu dengan Reaper itu bermaksud mereka akan mati. Ia dah melekat dan jadi kepercayaan Accel sejak dari itu. semasa majlis pengebumian papanya juga dia soal mamanya dengan penuh perasaan takut. ‘Papa dan terjumpa reaper kan mama?’ mamanya hanya memeluknya tidak memberi jawapan yang dia ingini. Dari situ jugalah dia bertekad tidak ingin bertemu dengan Dewa maut ini. Ingin menjadi kuat dan jauhkan ajalnya sendiri. Tapi semangat itu hilang apabila terjumpa dengan…. Ayaka? Dia berhenti kendo di sebabkan Ayaka. Dia sanggup hilang kasih sayang atuknya di sebabkan Ayaka. Dia masuk dunia yang penuh computer di sebabkan Ayaka. Dia jumpa hidup baru dan inspirasi baru disebabkan Ayaka dan sekarang? Dia akan bertemu ajal di sebabkan orang yang dia sanjungi, Ayaka Nigoshi.

Dia melihat rakannya berlawan bersungguh-sungguh. Matanya tertumpu pada salah seorang rakan Akira. *Slash!* dia terbunuh di depan matanya. Accel Automatik ingin berdiri tapi kakinya terlalu takut untuk menyokong badannya. Matanya mula berkaca. Tidak, sampai bila dia nak jadi takut ni? sampai semua kawannya mati? Sampai dia turut mati sekali?

*Slash!* rakan terakhir Akira tumpas di depan matanya. Dia hanya duduk diam melihat tiga orang pemain mati. Mati disebabkan dia tak boleh buat apa-apa.

Accel segera swipe open akaunnya dan pergi ke equiptment. Dia tap ‘double sword’ dan keluar dua pedang di tangannya. Screaming Death dan Heaven Sword.
Heaven Sword

Accel kuatkan semangatnya untuk bangun dan bergerak kearah Reaper tersebut. Ayaka sengaja buat raksasa Reaper ni sebab dia tahu yang aku akan buka pintu ni, dia sengaja kerana dia takut yang aku akan rosakkan impian mengarutnya. Dia dah gila, dia sanggup korbankan berjuta nyawa untuk permainan bodohnya ini. Ayaka kau BODOH! jerit hati Accel, dia kembali normal malah, api kemarahannya sedang membara dan bersedia mengalahkan Reaper ini.

Dia kumpulkan tenaga di kedua bilah pedangnya dan berlari kearah Reaper yang memang meluatkan hatinya. Dia takkan kalah hanya disebabkan perkara bertemu ajal ini.

Reaper itu melihat Accel berlari kearahnya dan terus tumpukan perhatiannya kearah Accel dan mengabaikan yang lain. Sepertinya ia tunggu Accel untuk bertindak. Reaper itu menghayunkan scepterny kearah Accel dengan kelajuan 100 km/j dan senjata mereka terus bertemu.

*SHING!!* Accel terlontar ke belakang tapi dia berjaya mengimbangkan dirinya sebelum terhempas ke lantai. Dia kembali berlari kearah raksasa itu dan kali ini, bertindak mengikut otak. “Hades, Kiri! Scy, Kanan! Medeis, slowkan pergerakannya! Akira dan Toshiro, Serang!”

Mereka mengangguk gembira dan lega akhirnya Accel dah kembali membara seperti sebelumnya. Mereka ke posisi mereka masing-masing dan menyerang Reaper itu. Scy dan Hades berada jauh dari Reaper itu dan melontarkan serangan bertubi-tubi dengan senjata terkuat mereka. Medeis berada di udara sambil mulutnya berkumat-kamit membaca mentera dan muncul satu circle runes dibawah reaper itu yang telah mengakibatkan pergerakan Raksasa itu menjadi perlahan dari sebelumnya.

Akira, Toshiro dan Accel pula menyerang secara jarak dekat. Mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mati tapi mereka tahu yang Accel, beater FDO mempunyai plan untuk kalahkan raksasa ini.

Dia hanya tumpukan perhatiannya pada aku? kenapa? Ayaka sengaja ke buat cam ni sehingga aku-“AH!” Accel terkena serangan Reaper itu. Dia terlempar jauh dan life barnya turun ke warna oren. Cyril bergerak mendekati Accel dan menyeliputi Accel dengan cahayanya. Life bar Accel kembali naik ke warna hijau muda. “Thanks Cyril.” Accel segera bangun dan menyerang semula. Note yourselves, FOKUS!!

Langkah Accel terhenti apabila muncul bebola hitam di sekeliling Reaper itu dan menyerang mereka semua apabila life bar raksasa itu tinggal satu. Mereka cemas melihat senjata baru Reaper itu. Mereka semua tak boleh mendekati Reaper. Scy dan Hades tak boleh lontarkan serangan sebab mengelak bebola hitam itu. Medeis masih boleh bertahan dengan membuat jampi pelindung diri tapi dia takkan bertahan lama. Mp’nya lama semakin lama menurun hanya tunggu masa untuk terkena serangan tu je.

Hades terus memutar sejenis roda di devicenya dan cahaya bar di device nya tu meningkat ke Lima bar. Dia menarik tali panahnya dan lepaskan Beratus anak panah kearah bebola Hitam yang kacau daun itu.

Akira terkejut melihat kehebatan Hades dan apa yang dia dapat? Senyuman sinis Hades yang memberi maksud yang sama. Jangan pandang rendah dengan perempuan atau lebih kepada dia sendiri.

Hades dah uruskan bebola hitam tu sekarang mereka boleh kembali ke misi asal mereka iaitu; mengalahkan Reaper Durjana ni.

Akira terlontar jauh akibat serangan Reaper dan life barnya sudah menyalah merah. Cyril segera menolong Akira sebelum terlambat.

Sekarang tinggal Toshiro dan Accel untuk menamatkan raksasa durjana itu. Mereka serang bersama-sama dengan menghentam kepala tengkorak itu menggunakan pedang mereka. AKHIRNYA! Mereka berjaya mengalahkan Reaper itu dan muncul mesej maya besar ‘Congratulation’ di hadapan mereka.

Toshiro dan Accel mendapat reward disebabkan mereka yang menamatkan riwayat raksasa itu.

“Apa kau dapat?” Accel memandang kearah Reward Toshiro dan OMG!!

“Huh? Kenapa kita punya cos-” Accel menutup mulut Toshiro dan memberi amaran kepadanya untuk senyapkan diri.

Medeis, Hades dan Scy terus mendekati mereka untuk melihat apa yang buat Accel menutup mulut Toshiro tapi tak kesampaian sebab Accel cepat-cepat menutup mesej mayanya. Tidak, dia takkanbenarkan mereka nampak reward yang mereka dapat. TAK AKAN!

Muncul mesej maya di hadapan Toshiro dan Accel.


Mereka saling berpandangan dan akhirnya memandang yang lain. “korang nak peek in?” Soal Accel dan dapat persetujuan dari mereka. Accel tap ‘O’ pada mesej itu dan mereka semua di transportkan ke tingkat 73.

<><><><><><><><> 

73rd Floor, Nera Castle.


Mereka kagum melihat Tingkat 73 ini. Mereka tak sangka ada tingkat yang sebegini cantik. Nampaknya berbaloi juga mereka lawan reaper tu. Mereka melihat mata hari yang terbenam dan sinaran mentari senjanya mencantikkan lagi suasana tempat itu.

Accel berpaling kearah Akira. “maaf tentang kawan-kawan kau.”

Akira memandang Accel dan tersenyum tawar. “Takpa, aku tak salah kan kau.”

Medeis dan Hades’ terus memeluk Leher Accel dengan senyuman nakal mereka. “Tak sangka kau boleh lawan raksasa tadi tu kan?” kata Medeis mengusik.

“Firstnya, bukan main aku nampak kau cam orang trauma. Pastu, Api membara dan semangat!” Hades’ tambah lagi memuji Accel.

Akira menjungkit kening. “Kau boleh bercakap juga rupanya.”

Hades’ memandang kearah Akira dengan renungan mautnya. “Kau ingat aku ni bisu ?” Akira mengangguk slamber.

“Eeee….. Madeis, Scy! Tahan aku, nak aku bunuh-bunuh mamat Setan ni!” Medeis dan Scy terus menahan Hades dari membunuh. Tapi Cyril bebas dan terus menyerang Akira dengan mencakar mukanya. Hah!

Accel tertawa melihat telatah empat rakannya dan terhenti apabila Toshiro menyapa bahunya. “Tahniah.”

“untuk apa?” Soal Accel menjungkit kening. Setahu dia mereka berdua yang kalahkan Reaper tu.

“Sebab berhenti jadi penakut.” Toshiro menjungkit kening tiga kali membuat Accel naik berang dan menendang kakinya.

“Kau saja nak buat orang marah kan?” Accel bercekak pinggang. Ish, benci aku dengan mamat satu ni desis hatinya.

Toshiro mengusap kakinya dan tersengih-sengih. Dia kembali berdiri dan dekatkan mukanya dengan Accel. “Hey, pa kata kita guna Costume couple yang kita dapat tadi tu?” soalnya berbisik.

Accel bertambah merah dan ingin menumbuk mukanya tapi terbatal apabila dia menerima cube mesej dari seseorang. Dia tab buka untuk mendengar siapa yang hantar mesej suara kepadanya.

“Tahniah, akhirnya kau dah berjaya rintangi ketakutan kau. Aku harap kau sudi terima hadiah aku yang ada di tingkat 73 tu. Aku dah tetapkan lokasi hadiah kau di dalam peta dan selamat bersuka ria.”

Mereka semua mendengar mesej itu dan memandang kearah Accel. “Ayaka yang hantar mesej ni. Apa yang dia rancangkan sebenarnya??”

“Ne Accel-Chan, jom kita pi tempat tu? mana tahu ada sesuatu yang berbaloi yang menunggu kita di sana.

Accel mengangguk dan mereka semua ke lokasi yang dinyatakan dalam peta itu. ia berada di pulau terapung yang agak jauh dari tempat mereka tiba dan kelihatan satu istana cantik. Bertemakan warna ringan dan di penuhi dengan tumbuhan dan bunga yang cantik.

“Kalau aku jadi king, kau jadi Queen ku. Amacam?”

“Boleh tapi Queen kena ada Castle sendiri”

Accel tersenyum nipis mengenangkan kenangan lamanya dengan Ayaka. Kenapa aku tak boleh bencikan kau Ayaka?

“Wow…. Tak sangka beater kenal Ayaka Nigoshi.” puji Akira melihat istana itu. “Kau pasti ke kau tak bersubahat dengan dia?”

Accel menggeleng. “kalau aku bersubahat dengan dia, dah lama aku selamatkan korang semua dari permainan maut ni.” Accel membuka pintu istana tersebut dan tertawa kecil. Sangat comel. Ayaka memang tahu taste istana idamannya. Tapi senyumannya hilang apabila terfikir apa yang Ayaka inginkan sebenarnya. Jika dia nak buat impian kita kenyataan kenapa dia buat permainan maut seperti ini desis hatinya.

Dia terfikir tentang Reaper yang mereka mati-mati nak hapuskan dan transportation Stone tak berfungsi di tempat itu. Adakah itu bermaksud di tingkat seterusnya Transportation stone juga tak boleh di gunakan dalam pertarungan tu nanti? Big Boss bertambah kuat dan peluang untuk menang bagi pemain berlawan sendiri juga semakin tipis. Dia sendir perlukan rakannya untuk menang dalam perlawanan itu. Tanpa mereka dia takkan berjaya sampai tahap ni.

Accel memandang tiga rakannya dan tersenyum manis. “Korang nak buat guild sendiri tak? hanya kita berempat?”

Medeis dan Hades saling berpandangan dan mengangguk gembira. “SETUJU!!”

“Tak setuju.” Mereka bertiga memandang kearah Scy. “Sebab Scy dah masuk Royal Blood Oath. Kalau Scy nak keluar, Scy kena minta izin dengan Highlifht dulu.” Scy memandang kearah Toshiro.

Toshiro mengeluh dan mengangguk. “betul kata Scy, kalau nak. kita boleh jumpa Highlifht.”

Mereka mengangguk setuju. Akira pula tak puas hati. “Hey, takkan korang berempat je. Kami dua cam mana?”

Toshiro memandang Akira dengan riak wajah meluat. Masih tak suka dengan mamat ni. “Aku tak kisah sangat kalau dorang nak buat guild sendiri. Aku rasa lebih bagus, dan kau, aku tak kisah sangat apa akan jadi dengan kau.”

Akira mengenggam penumbuknya. “Kau nak aku cabut semua gigi kau tu ke?”

“Cubalah kalau berani. Kau ingat aku takut ke?”

Akira naik berang tapi dia tahan. “Jangan ingat kau Vice president Royal Blood Oath tak bermaksud kau boleh buat apa saja!”

Accel meluku kedua kepala hotak tengkorang keras mereka. “Diam! Akira, kalau kau nak sangat masuk guild, masuklah Royal Blood!” Akira mencebik dan Toshiro tersenyum gembira kerana Akira yang kena. “Dan kau Toshiro. Stop being selfish! Aku perlukan korang berdua untuk bekerjasama, so damai sekarang!” 

Toshiro dan Akira memandang satu sama lain dan bersalaman. Salam tak ikhlas. “Sorry…” Kata mereka acuh tak acuh.


Hades pula tertawa terbahak-bahak melihat muka masam Akira. Memang melucukan. Bayangkan, dah kena marah oleh Accel, pastu di suruh berdamai pula dengan rival sendiri. Buat muka masam pula tu? haha, memang Hodoh!!

1 comment:

  1. Akhirnya...best giler...lama kot tunggu ni... thanks angah....nak lagi...

    ReplyDelete