The Chosen One: Special (Part 3)

Part 3

Aoi dan Aily duduk berdepan di dalam bilik Aoi dengan sehelai kertas di atas coffee table dan uga beberapa buah buku tebal yang bergunung tingginya.

Aily mendongak memandang kakaknya dan tunduk semula bila melihat ajah Aoi masih lagi garang seperti sebelumnya.

Dah tiga hari dia terseksa begini dan dia sanggup terseksa demi rakan-rakannya!

“Kenapa?”

Aily mendongak memandang kakaknya dengan muka buntu. “Apa kenapa?”

“Gred kau!” sahut Aoi lebih kepada Kecewa. Aoi menarik nafas panjang menenangkan hatinya yang membara. “Okay… cool down..”

Aily nak je ketawa nampak kakaknya cuba kawal marah tapi tak…. sadis jawapannya tu.

“Kau ada mock exam minggu depan dan kalau gred kau tak naik kau tahu apa maksudnya kan?” soal Aoi risau.

Aily mengangguk. “Kena make up assagment untuk kekal di sekolah. Iaitu ujian fizikal dalam hutam larangan.”

“Tahu pun. Kau tahu kan di hutan larangan tu me--”

“merbahaya sebab kita takkan tahu apa akan terjadi kalau sesat dalam tu. Aily tahu… Aily dah masak dengar ceramah Kak Aoi ni.” Dia memutarkan bola matanya.

Aoi tersenyum kecil. “Tahu tak pe.”

“But seriously..” Aily bangun dari menghadap buku dan memeluk tubuh memandang kakaknya. “Kenapa Kak Aoi risau sangat Aily keluar sendiri?”

AOi turut memeluk tubuh dengan nada slamber. “Some reason.”

Aily menjungkit kening. Dia nak tahu kenapa kakaknya terlampau overprotective kat dia. “Salah satunya ialah?”

Aoi dapat membaca fikiran adiknya dan menarik sengih. “Kau adik aku.”

“Awww… come on! Selain dari tu?” Rungutnya buat muka manja. Ini salah satu teknik mendapat manfaat 3 dalam 1. 1) dia boleh buang masa dari belajar. 2) cara melengahkan masa untuk parti mereka. Ya, party belum kantoi… lagi. 3) dia nak tahu kenapa kakaknya nampak risau sangat. Ada rahsia yang kakaknya sembunyikan dan dia nak tahu.

Aoi tertawa kecil. “Hmmm…. Aku kakak kau.”

“Kak Aoi!” Aoi tertawa melihat Aily marah.

>X<

Sementara di dapur sekolah….

Elli sedang menolong Beberapa Ketua sekolah membuat makanan dan Cake. Percayalah, ia tak semudah yang di sangka sebab….

CRASH!!

“Oi! Kan aku dah kata jangan sentuh tu mangkuk! Tak dengar bahasa ke?!”

“Bukan aku lah! Pixies ni yang tumpahkan tepung tu!”

“KOrang! Berapa darjah korang bakar Cake ni?!”

“Ahhhhh!!!! Biskut ni nampak cam muntah kucing je!!”

“KENA BUAT BALIK!!”

Elli yang memotong sayur, mengeluh panjang mendengar ketua pelajar bekerja di dapur. Nama je ketua sekolah, terer pasal hal-ehwal sekolah tapi…. Bila di dapur, masak air pun gagal.

“Cloud! Apa kau buat dengan bahan buat cake tu?!”

Mereka semua memandang kearah The Lord of Air element sedang bermain dengan telur, tepung, baking pouder dan bahan-bahan lain di udara menari-nari di sekeliling bilik. Cloud memutar-mutarkan jarinya sebagai tanda dia mengawal bahan tersebut sambil memandang buku resipi.

“Apa? Aku nak cepat supaya aku dapat keluar date dengan Sora.” Jawabnya slamber dan masukkan semua bahan mengikut recipe kedalam mangkuk besar di depannya. Telur secara magicya pecah sendiri dan keluarkan intinya kedalam mangkuk tersebut. Pack tepung di tuang ke mengkut sukatan, Sesudu baking pouder dan lain-lain lagi.

Semua orang kagum melihat kehebatan dan kesenangan Cloud buat cake hnya menggoyangkan tangan dan membaca buku, biarkan magicnya bergerak.

Elli melihat habuk tepung beterbangan di sekelilig Cloud dan mula panic. “Cloud taha---”

Terlambat.

“Ah-Ah-CHOO!!”

Poof! Magic Cloud jadi tak tentu arah dan semua bahan yang mula bertindak secara luar kawal. Telur mula beterbangan ke sana ke sini. Kena kepala Senior Lui, kena pada dinding, tepung pula naik ke tengah bilik itu dan mula berputar-putar menyebarkan semua isi kandungnnya di sekeliling bilik, baking pouder di tuang keatas Leiya dan banyak lagi lah!

“Oh tidak…” Jun yang berada di dalam dapur juga menjadi panic dan segera mengambil penutup periuk besar untuk lindungi dirinya dari “magic Food Attack’ .

Semuanya kelam-kabut! Huru-hara dan barang masakan berselerak di seluruh tempat di tambah lari dengan magic Cloud yang tak terkawal, habis semua usaha mereka buat makanan hancur akibat tepung yang berputar-putar terkena pada makanan yang sudah siap.

Leiya segera membuka penutup potionnya dan siram ke semua bahan yang terkena magic Cloud dan serta-merta barang itu berhenti. Jatuh ke tanah semula.

Mereka semua mengeluh lega dan melihat keadaan dapur mereka yang lagi berselerah dari sebelumnya.

“Nampaknya memasak taklah senang sangat..” kata Senior Junki kecewa kerana semua kerja mereka buat makanan, sia-sia kerana magic Cloud.

Mereka terpaksa mula masak dari mula sebab kebanyakan makanan yang dah siap terkena tepung. Ketua pelajar je tapi kes masak-memasak FAIL!

>X<

Hyomin berada di bilik Alex sedang menunggu tuan punya bilik pulang dari mana entah dia tak tahu. Dia sibuk menghias bilik mesyuarat untuk majlis hari jadi Aoi yang akan berlangsung 3 hari lagi dan tanpanya, berantakan bilik tu nanti!

Baik kau cepat Senior….. desis hati hyomin kesabarannya kini makin tipis.

Tingkap bilik terbuka dan Alex masuk kedalam dengan penyapu terbangnya. “Sorry lambat. Aku nak minta tolong sikit dengan kau.”

“pasal apa?”

Alex tersenyum manis. “Birthday date dengan Aoi.”

Muka masam Hyomin berubah jadi senyuman dan mengangguk. “Of Course aku akan bantu! Senior nak minta tolong dengan apa? Candle dinner date? Atau river boat date? Oh dengan sedikit bantu--”

“CHOP!” Alex suruh Hyomin berhenti dari keterujaannya. “Aku nak bawah dia ke hutan larangan malam birthday dia lepas party kita.”

“Hutan… LARANGAN?” Mata Hyomin terbeliak bulat. “NAk buat apa bawa Senior Aoi ke sana tengah malam? Nak kasih makan binatang buas ke?!”

Alex ketawa tapi menggeleng. “Tak! tak terfikir pun aku nak bagi dia kat binatang buas tu! aku sendiri…. belum makan dia..” Alex mengenyit mata membuat Hyomin naik merah.

“M-m-makan Senior Aoi? Senior nak m-m-ma…. Maksud Senior Alex…”

Alex tertawa melihat Hyomin menggelebah. “Acah jelah!” Hyomin akhirnya lega mengetahui Alez hanya main-main. “Aku nak bawa dia ke Enchanted mountain sebab ada sesuatu kat sana aku nak tunjukkan pada Aoi. Tapi, penjaga gunung tu tak benarkan aku datang pi sana, sebab tu aku minta tolong kau berunding dengan kawan kita satu tu. Please?”

Hyomin menjungkit kening. Dia tak tahu pula enchanted mountain ada penjaga? Tapi dia ada dengar yang tempat tu memang magical, full of magical creature. “Okay, bila nak gerak?”

Alex memandang jamnya. 2.35pm. “Apa kata sekarang. Lebih cepat, lebih bagus kan? Thanks tu Aily, kita dapat alihkan tumpuan Aoi buat sementara waktu.”

Alex menghulurkan tangannya menunggu Hyomin menyambut. “Kita kena jumpa Erik dulu, kita perlukan dia untuk ke sana.”

Hyomin menyambut tangan Alex. “Erik? SIapa tu?”

Api mula muncul di kaki mereka tapi hyomin tak perasan. “kawan. Seorang Vampire.” Dengan itu, mereka lenyap menggunakan magic api Alex.

Sementara di pejabat di mana Aoi sedang mengajar Aily untuk mock examnya yang akan diadahkan dalam masa minus 7 hari.

“Arrrggghhh!!” Aily mengangkat tangannya keudara cuba tegakkan tulang belakangnya yang dah bengkok akibat tunduk belajar sepanjang hari. “kak Aoi, da siap.” Aily perasan yang Aoi tak bersuara dan memandang kakaknya yang sedang mengelamun di sofa yang tersedia. Aily belajar di meja kerja Aoi.

Aily bangun dan memetik jari di depan mata Aoi. “Kak aoi!”

“Oh mak engkau!” tak kau melatah di buatnya. Aoi berputar memandang Aily dan memukul bahunnya. “Jangan kejutkan kakak cam tu.”

Aily tersengih-sengih. “Sorry-sorry, kakak mengelamun kenapa?”

“Huh? Nothing” Aoi menggeleng dengan senyuman. “Just thinking. Kenapa semua ketua sekolah dan Lords berperangai pelik depan akak sejak beberapa hari ni.

Aily menelan air liur 3 kali. “L-Lain? Lain cam mana tu kak?” dia cuba tahan nadanya yang menggeletar.

“entahlah, akak dapat rasakan mereka cuba sembunyikan sesuatu tapi… kenapa setiap kali akak nak baca fikiran mereka tentu lain jadinya. Mereka pandai sembunyikan rahsia.” Aoi tak puas hati dan memandang adiknya. “Aily tahu apa rahsianya?”

Aily menggeleng laju. “T-t-t-tak! Mu-mustahil Aily tahu sebab dua tiga hari ni Aily dengan Kak Aoi je, mustahil Aily tahu rahsia dorang.. he-hehehe..” tawanya janggal sambil bermain-main dengan tangannya. Dia cuba tak renung kearah mata kakaknya sebab Aoi merenung tajam kearahnya.

Aoi mengangguk terpaksa bersetuju walaupun hatinya tetap rasa musykil. “Whateverlah! Jom balik asrama. Sekolah dah nak mula.”

Aoi bangun dan ingin keluar pintu tapi Aily segera bangun dan menarik tangan Aoi yang nak tegang tombol pintu. Dia bawa Aoi ke tingkap. “Buat apa susah-susah guna pintu kalau kita boleh guna penyapu terbang? Kan lebih cepat?”

Aoi menjungkit kening hairan kenapa adiknya berperangai pelik tapi dia endahkan. “Okay.”

Aily tersenyum melihat kakaknya tak syak apa-apa dan mereka terbang kembali ke asrama mereka untuk persiapan ke sekolah yang akan berlangsung dalam masa sejam.

>X<

“Seriously?”

Hyomin mengangguk dengan berat hatinya. “Kita masih ada tiga hari lagi sebelum B’day Senior Aoi tapi makanan untuk party masih belum siap lagi. Thanks tu Senior Cloud semuanya kena buat dari mula!”

Alex tertawa melihat muka Hyomin yang berang. “Ala, itu kan eccident, janganlah marah sangat.”

“Ya tapi-”

“Besides,” Alex menyambung ayatnya sebelum Hyomin memprostest. “kalau semua ni party ni rosak, back up kan ada?” Alex menjungkit kening tiga kali.

“Cheh, sambut b’day Senior Aoi untuk Senior sendiri ke?” Soalnya mengusik. “Sorry tapi kami takkan bagi hari tu untuk Senior je okay?” Alex tertawa mendengar ayat Hyomin. “Oh ya Senior, ada apa di Enchanted mountain tu sampai nak bawa Senior Aoi kat sana?”

Alex hanya tersenyum tidak mahu beritahu satu pun rahsianya. “Oh kita dah nak sampai sekolah, nasib baik sempat sebelum sekolah bermula kan?”

Hyomin mencebik. “tukar topic lah tu.”

Mereka berpisah sebaik sahaja tiba di kawasan sekolah. Alex terbang ke asrama manakala Hyomin terbang ke Bangunan terlarang.

Alex tiba di Asrama Thunder dan mendarat di dalam bilik Aoi secara senyap. Dia melihat Aoi sedang mengemas bukunya kedalam beg dan dengan perlahan dia bergerak ke belakang Aoi.

Setelah mengemas semua buku yang perlu untuk subjek ni hari dia berputar dan..

“Boo…”

“Ahhh!”

Alex tertawa melihat riaksi terkejut Aoi dan terima pukulan di bahu. “Buat terkejut orang je.”

Haaa… dia tak pernah bosan sakat Aoi. Alex tersenyum nakal. “Ada sedikit urusan kat luar sekolah dan mungkin dua tiga hari ni Alex akan sibuk. So, Tak dapat nak sama Aoi selalu. Sorry yea.”

Riak muka Aoi jatuh kecewa. Baru je dia planning nak date dengan Alex tapi… seperti prinsip budak skema ni… Kerja di dahulukan. “okay…”

Senyuman Alex hilang dan memegang kedua tangan Aoi mula rasa bersalah. “Alex memang nak bawa Aoi keluar seperti mana Alex janji sebaik je Aoi habis buat laporan tu. Alex minta maaf banyak-banyak.”

Aoi menggeleng dengan senyuman tapi Alex boleh lihat yang Aoi sedih. “It’s okay. Lain kali kan ada?”

Alex memeluk Aoi dan mengusap rambutnya yang lembut. “Miss me don’t you?”

Aoi mengangguk. “Yup. Alex nak ke mana dua tiga hari ni?”

Alex merenggangkan pelukan mereka dan melontatkan senyuman 1000 makna. “Planning a surprise…. Kot?”

“Kot?” Aoi menjungkitkan kening. “Surprise ap-”

Belum sempat Aoi habiskan ayatnya, bibirnya telah di ‘claim’ oleh Alex. “Surprise.” Katanya dengan senyuman nakal.

Sementara Hyomin yang land di bangunan terlarang dan bergegas ke bilik mesyuarat, dia percaya yang kawannya akan siapkan decoration bilik tersebut sebab mereka bukan boleh di harap sangat.

“Korang dah sia---- APA NI!!” Dia melihat keadaan dalam bilik mesyuarat yang beselerak dengan confetti yang sudah di letupkan, ayat ‘Happy 16th Birthday Aoi!’ dah ada nombornya tertanggal dan Habis di penuhi dengan habuk-habuk berkilau yang warna warni. Not to mention barang yang rosak! “Siapa buat semua ni!!”


(A/N: Kenapa? Apa dah jadi? Makanan kena buat balik, dah satu masalah dan sekarang? Siapa rosakkan decoration di bilik mesyuarat? Nak tahu??? Tunggu Part seterusnya ^^)

Comments

Popular Posts