Rose Princesses: Unpleasant Reunion


Chapter 9

“Eliza! Eliza!” Jerit Jessica memanggil Eliza yang berada dalam biliknya. “Eliza keluar sekarang!”

Pintu dibuka oleh Eliza dengan senyuman terukir di wajahnya. “Oh my, Jessy? Bila kau tiba?”

Jessica terus menolak Eliza masuk kedalam bilik dan mengunci pintu. Hanya mereka berdua berada dalam bilik tersebut. “Buang senyuman hodoh kau tu!”

Senyuman manis Eliza berubah menjadi senyuman yang menjengkelkan. Di buka gaunnya dan di lontar ke katil begitu sahaja. Dia hanya berbaju no sleeve dan seluar pendek. Rambut yang di ikat dengan kemas di buka semula dan di ikat satu. “Apa kau nak?” Soal Eliza duduk di atas katilnya tanpa ada sopan dan santun.

“Cheh! Tetap dengan acting alegant kau. kau tak rasa bersalah ke?” Soal Jessica memeluk tubuh.

Eliza menggeleng dan turun dari katilnya, mendekati tingkap biliknya. “Feeling guilty?” Eliza menarik sengih. Dia mula memanjat tingkap tersebut dan menyandar. “Mereka nak Eliza yang elegant, dan feminine. Jadi, aku bagilah Eliza tu. apa salahnya beri apa yang mereka nak?”

Jessica mendekati Eliza. “kau menipu semua orang! Kau tipu Shinee, kau tipu raja Alexander dan Mama kau sendiri!”

Eliza mendepakan tangannya kearah Jess. “Shut it!”

Jessica rasa seperti ada yang mencekiknya dan terangkat dengan sendirinya ke udara. “El.. Eliza lep…. Lepaskan aku.” katanya bergelut.

Eliza lepaskan Jessica dan dia terjatuh ke lantai. Jesica termengah-mengah mendapatkan udara. Rasa sangat takut melihat wajah Eliza yang menggerunkan. “You Devil!”

Eliza tertawa melihat wajah Jesica yang ketakutan. “So? Kenapa kalau aku devil? Kau tak puas hatilah?” Eliza memandang suasana senja dari tingkapnya, tangannya di depakan seperti ingin terbang. “Atau.. kau cemburu aku dan Minho bertunang?” Eliza menjeling kearah Jessica yang memberi respon dengan ayatnya.

Jessica menggenggam penumbuknya. Rasa nak sangat belasah Eliza tapi tidak boleh kerana Eliza dah dapat kuasanya manakala Jesica belum lagi.

Eliza tertawa melihat muka merah jesica menahan marah. “bukan nasib kau dapat Minho tapi aku…” Eliza terjun dari tingkap biliknya. Tak kelihatan dia land di tanah atau terbang ke udara, dia hanya lenyapkan diri begitu sahaja.

“Tak guna kau Eliza…. Kau devil, kenap? Kenapa?!” jerit Jessica rasa sangat takut dengan Eliza. Kalaulah dia dapat buktikan kepada semua orang yang dia tu jahat, tentu dia tidak di jodohkan dengan Minho. Tapi, setiap kali dia ingin buktikan, ada saja cara Eliza untuk cover niat jahatnya.

XOXOXOXOX

Luna di tarik oleh Jessica ke taman utama istana. mereka masuk jauh kedalam di mana fountain Angel of Heart berada.

Luna menarik tangannya dari Jessica apabila dia rasa dirinya semakin jauh dari istana. “kau siapa?!”
Jessica yang terhenti langkah selepas Luna menarik tangannya segera berputar dan menampar Luna. “Tak Guna!”

Luna terkejut menerima tamparan perempuan yang tidak dia kenali tanpa mengetahui apa kesalahannya. Dia menyentuh pipinya yang pedis, merah.

“Kenapa kau datang? kau nak teruskan rancangan mayat tu ke?!” Suara Jessica naik volume tiga. “Aku takkan benarkan orang seperti kau mendeka…”

Pack!! Luna membalas tamparan Jessica. Rasa sangat marah apabila di tampar tanpa sebab.

“Tak guna punya minah! Tegur orang dahlah rude, tarik orang ke sini dengan paksa, tampar orang tanpa sebab dan marah orang tanpa usul periksa!!” Suara Luna naik volume empat.

Jessica terkejut menerima tamparan Luna tapi dia memang dah agak yang itu akan berlaku. Eliza tentu akan balas balik perbuatan orang yang cuba melawannya. “Kau memang licik. Kau ingatkan air mata kau boleh ubah fikiran aku? sorry sikit. Aku tahu Eliza dari kecil lagi, itu hela kau yang paling berkesan untuk tipu semua orang.”

Apa perempuan giler ni merapukan? Hela yang paling mujarab? Aku licik seperti Eliza? Kenal Eliza tu pun tidak ini nak selicik dia? Go to hell lah! Desis hati Luna tidak faham dengan perempuan di hadapannya.

“Dahlah! Aku malas nak layan orang cam kau ni. Aku blah dulu.” Luna meninggalkan perempuan tersebut.

Jessica rasa sangat sakit hati apabila Luna mengendahkan dia. Orang cam aku? kenapa? Aku masih tak setanding dengan kau ke?!

Ya.. dia anggap kau cam sampah. Hanya tinggal di tendang dan di lempar begitu sahaja. Senang patah seperti pencungkil gigi. Dia anggap kau seperti semut kecil yang senang di hapuskan.

Muncul  kain putih selebar tiga inci dari tangan Jessica membalut badan Luna. “Aku lebih kuat dari sebelumnya! Jadi, Lawan aku!”

“Wha…” Mulut Luna di tutup oleh kain putih Jessica. Luna cuba bergelut tetapi setiap kali dia bergelut, semakin ketat balutan kain di badannya.

Jessica mendekati Luna yang di balut rapi oleh kainnya. “Kenapa Eliza? Kau tak nak lawan ke? kau takut ke?” Jessica tertawa terbahak-bahak melihat wajah Luna yang ketakutan.

Luna terkejut melihat anak mata Jessica yang kelihatan seperti di rasuk. tetiba telinganya mendengar satu bunyi loceng membuat dia tersentak dari lamunannya. Luna menggigit kain putih di mulutnya dan mengoyaknya. “Jess! Snap out of it! Kau tengah di rasuk oleh Shadow!” jerit Luna dengan kuat.

Jessica memandang tajam kearah Luna dengan senyuman jahat terukir di bibirnya. “So, kenapa?”

Luna terkejut mendengar suara Jessica seakan-akan suara lelaki. “kau… Shadow?!”

Aura hitam muncul di sekeliling Jessica. Dia terangkat ke udara dengan bantuan kain putihnya. “Nampaknya aku kena tidurkan kau supaya kau tak bising.” Kata Shadow  yang berada dalam badan Jessica.

Kain putih yang terdapat ubat tidur itu membalut semula mulut Luna membuat Luna menjadi lemah dan tidak berupayah. “Aku akan hentikan kau…” Kata Luna dengan mata yang sangat berat.

 Dia memandang kearah Angel of Heart yang berdekatan dengan Jessica dan patung tersebut tetiba pecah dengan sendirinya membuat Jess membalutkan  dirinya seperti kepompong melindungi dirinya dari tercedera.
pembalut tersebut terbuka dan Jessica tertawa. “Itu memang taktik yang sangat lemah..”

Luna menarik sengih. “Itu.. taktik yang he… bat..” Luna akhirnya pitam setelah menahan dirinya untuk melawan matanya yang berat.

Sebotol test tube dilontar kearah Jessica membuatkan dia segera bertindak melindungi dirinya. Kainnya terbakar akibat letupan dari test tube tersebut.

Jessica terkejut melihat Rose Princesses berlari kearahnya. “Apa? Tapi bagaimana?” Jessica memandang kearah patung tersebut. “Tak guna, dia mengambil perhatian mereka! Dia tahu yang salah satu dari mereka akan keluar dari majlis tu.”

“Luna!?” Viola terlihat Luna yang di balut seperti mumia.

“Lepaskan dia!” Mea mendepakan tangannya kearah Jessica dan tumbuhan di sekeliling mereka memberi respon menyerang Jessica.

Jessica menarik sengih. “Kacang putih!” katanya memberi arahan kepada kain putihnya membelit akar tumbuhan Mea.

Mea menghayunkan tangannya dengan segera dan duri tumbuh dari akar tumbuhan tersebut membuat kain putih Jessica koyak. “jangan pandang rendah dengan lawan kau.” kata Mea dengan senyuman.

“Kau takkan kalahkan aku… Kau tak boleh kalahkan AKU!!” jerit Jessica aura hitamnya semakin kuat dari sebelumnya.

“Mea, sekarang!” jerit Ann memberi singnal.

Mea mengangguk tanda faham. “Vee, fee bersembunyi!” Mereka berdua membaca satu mentera dengan serentak dan berubah menjadi Rose Princesses. Kelopak rose putih dan pink beterbangan mengelilingi mereka.

Viola dan Fiona kagum melihat perubahan mereka menjadi Rose princesses.

Mea tersenyum tenang memandang lawannya menakala Ann melambai happy kearah Jessica seperti menyapa seorang kawan.

Jessica terkejut melihat riak wajah mereka yang sebentar tadi tegang da sekarang kelihatan tidak tergugat apabila rakannya menjadi hostage. “Aku takkan tertipu lagi! Aku benci orang yang berpura-pura!” Jerit Jessica dan kain putihnya menyerang mereka berdua.

Mea mengelak tanpa bersuara dan melindungi dirinya dengan kuasa naturenya. Manakala Ann melompat-lompat dengan gembiranya seperti ia suatu permainan mengelak serangan Jessica.

Ann melontar beberapa botol test tube kearah Jessica dan meletupkan benteng pertahan Jessica. “Darn! Aku miss lah…” Katanya sedikit manja.

Mea mendepakan tangannya dan tumbuhan hijau menyerang Jessica tetapi dihalang dengan kain putih Jessica.

Jessica kesemputan melawan Mea dan Ann yang hanya mengelak dan mempersendakannya dengan senyuman mereka yang tenang dan satu lagi ceria. Dia bertambah marah dan aura hitam semakin banyak menguasainya. Matanya berubah hitam semuanya.

“Aku kata hentikan senyuman kamu tu!” jeritnya keudara dan kain putih berubah menjadi kain hitam. Kain tersebut mematikan apa sahaja yang ia sentuh. Jessica mengarahkan kain hitamnya membunuh semua tumbuhan di sekeliling mereka dan menangkap Mea dan Ann.

Mereka cuba bergelut untuk melepaskan diri tetapi tidak berdaya kerana kuasa mereka di serap oleh kain hitam tersebut.

Jessica ketawa kemenangan. Dia memandang kearah si kembar yang bersembunyi di seblik semak. “Ajal kamu akan tiba bersama dengan rakan kamu ni.” Kata Jessica menunding kearah Luna yang kelihatan sangat pucat.

Fiona keluar dari semak tersebut ingin menyelamatkan rakannya tetapi di halang oleh Viola. “Apa kita boleh buat? Mea dan Ann tidak dapat kalahkan Dia apatah lagi kita!”

Fiona menepis tangan Viola. “Aku tak kisah! Aku rela mati dari lihat kawan aku mati di depan mata!!” Fiona bergerak untuk menyelamatkan rakannya.

Dia berdepan dengan Jessica yang tersenyum melihat keberanian Fiona. “Tak sangka manusia yang lemah nak lawan aku.. kau patut dapat hadiah..”

Tangan Fiona menggeletar melihat Jessica tapi dikuatkan hatinya untuk berhadapan dengannya. Tetiba, tangannya di genggam oleh Viola. “Aku tak nak kau dapat spot light sendiri.” Viola menjungkit kening.

Fiona tersenyum nipis. “Kita dah berjanji senang susah bersama dan sekarang…”

“Hidup mati juga bersama.” sambung Viola.

(Fiona) Walaupun kami dianggap satu oleh orang ramai, kenyataannya kami ialah dua dan orang yang pertama sedar tentang hal ni ialah Luna. Dia yang membuka mata kami untuk menerima orang lain ke dunia kami untuk membuat orang lain memahami kami.

(Viola) Kami tidak kisahlah kami di anggap satu atau seiras. Tak kisahlah kami berlainan atau tidak sama, yang penting kami tidak bersendirian lagi, tidak tersingkir lagi dan tidak rasa terseksa lagi…

“Ready to Roll sister?”

“Ready as I ever be!!”

Cahaya berwarna biru muncul di sekeliling mereka dan kelopak bunga rose berwarna biru mengelilingi mereka dan bertukar menjadi Rose Princesses.

Jessica terkejut melihat perubahan Si kembar dan segera menyerang mereka tanpa memberi mereka peluang.

Fiona segera bertindak bagai angin yang tenang.dengan memotong kain hitam tersebut. “pedang ku, blazing sword.” Fiona tersenyum sehingga ke paras telinga.

“Tak Guna! Makan ni!” jerit Jessica memberi mereka serangan yang lebih mantap.

Viola bergerak kedepan Fiona dan memacukan machine gunnya kearah Jessica. “Ready? FIRE!!!” Viola menembak semua kain hitam Jessica sehingga lenyap dari pandangan mereka. “senjataku, Stunning Gun..” Viola tersenyum sinis memandang wajah takut Jessica.

“Fee, sedia untuk main?” Soal Viola dengan semangatnya.

“Requept.” Pedang Fiona berubah bentuk. “Sedia.” 


“Mula!”

Mereka berdua segera bertindak melawan Jessica dan berlaku pertempuran yang sangat hebat. Tanpa berkomunikasi, si kembar dapat berlawan dengan lancar seperti mereka telah rancang perlawanan mereka. semuanya hancur, apa saja di sekeliling mereka berkecai kerana mereka yang sedang seronok menumpaskan lawannya.

Jessica tiada tandingan untuk melawan mereka kerana keserasian mereka dalam perlawanan. Fiona memotong kain hitam dan menyelamatkan rakannya manakala Viola memacukan mechine gunnya di bawah dagu Jessica supaya dia tidak bergerak. “Game over…”

Fiona mendekati Jessica dan merenung matanya. Mata kirinya yang berwarna api biru boleh membawa si kembar masuk kedalam badan Jessica dan tanpa membuang masa si kembar menghapuskan aura hitam di hati Jessica.

“Itu..... sana!” jerit Viola melihat Shadow didalam bebola aura hitam itu.

Fiona dan Viola mengangguk sesama sendiri dengan senyuman yang nakal.

Viola menumbuk tapak tangannya rasa. “Masa untuk take out the trash…” katanya dengan nada gembira.

Fiona tertawa dan dia mulakan langkahnya untuk melawan Shadow dan seterusnya Viola menembak dari jauh tanpa tersasar satu tembakan pun.

Shadow terus beredar dari badan Jessica tanpa berkata apa-apa sebelum dia mati di bunuh si kembar gila.

Viola dan Fiona membuka mata mereka dan melihat matahari mula terbit di hadapan mereka. mereka ber’high five akhirnya mereka dapat watak Rose Princesses mereka dan lebih menggembirakan lagi ialah mereka adalah Rose yang sama iaitu Blue Rose.

Mea menyapa mereka dari belakang. “Tahniah.”

Mereka berdua tersenyum gembira. Mea terus menarik telinga mereka berdua. “Korang kena fikir juga kalau nak kalahkan musuh…. Jangan hancurkan benda lain okay?” kata Mea dengan senyumn yang tenang

“Aduh! Aduh!” telingku dah nak tercabut desis hati Viola.

“Sorry! Lepas! Please….” Rayu si kembar.

Ann pula sedang memberi minum Luna satu Liquid yang boleh mengembalikan tenaganya yang telah banyak diambil oleh Jessica. “Luna akan okay selepas ni!” Kata Ann memberi thumbs up kepada mereka.

Mereka bertiga berputar kearah Ann dan tersenyum gembira. Si kembar mendekati Ann dan memeluknya.

“A.. Apa dah jadi?” Soal Ann yang rasa sedikit sesak kerana pelukan si kembar.

Viola dan Fiona tidak bersuara. Mereka akhirnya menerima Ann sebahagian dari hidup mereka dan membuka peluang kepada yang lain untuk mendekati mereka lebih dekat lagi.

Mea menghembus nafas lega. “Nampaknya  biji benih yang Luna taman selama ni dah tumbuh lebih besar dari dia sangkakan. Mereka dah berkembang menjadi dua kuntum bunga yang sangat cantik.”

Shinee akhirnya tiba ke taman tersebut apabila melihat di tengah taman utama istana hancur.

“Apa dah jadi?” Soal Key sebaik sahaja tiba di tempat kejadian.

Mereka melihat Jessica dan Luna terlantar pengsan manakala Rose Princess berubah.

“Vee? Fee? Kamu berdua Blue Rose?!”

Si kembar memandang kearah Teamin. “Yup! Epic betul tak?!”

Mereka semua bersorak kerana akhirnya Si kembar telah bangunkan watak rose mereka.

Onew dan Minho segera mendekati Luna dan Jessica. Mengangkat mereka ke istana.

“baiklah, jom balik ke istana.” Kata Minho yang beredar sambil membawa Luna dalam tangannya. Dia memandang wajah Luna dengan lama. Rasa risau tentang keadaan Luna yang tidak lama akan menjadi korban.

“Minho.. Nampaknya bukan Vee ataupun Fee Red Rose. Kau rasa siapa yang akan jadi Red Rose?” Soal Onew seolah-olah berbisik. Yang lain berada di belakang mereka berdua sedang rancak berborak.

Minho menggeleng. “Entahlah. Nampaknya Edward kena cari Red Rose sebelum terlambat. Kalau tidak, apprentice Lycant akan mendapat memori hitam yang dia perlukan untuk membina jasadnya semula. Setelah itu, it’s dooms day for our world.”

Sementara itu, seorang lelaki bertapuk didalam udara sedang memerhatikan mereka dengan senyuman yang sangat memuaskan. “Luna akan jadi milikku tak lama lagi…” katanya dengan senyuman yang berniat jahat.

Comments

Popular Posts