Unexeption: Eight


Breeze berada di rumah Lady Rya bersama dengan abangnya Sky. Untuk apa? Sky ada meeting dengan Cyrus manakala Breeze nak minta tolong dengan hajat misteri itu.

Beberapa minit menunggu, akhirnya Lady Rya keluar dari bilik kerjanya dan duduk bersama Breeze. “Maaflah lama sangat. Ada apa yang saya boleh bantu kamu?”

“takpa, saya faham Lady Rya sibuk.” Katanya dengan senyuman. “Sebenarnya, beberapa hari yang lalu, sepucut surat hajat datang ke office kami tanpa ada Prex Angel datang memetiknya. Apabila kami baca, kami tak tahu apa nak buat dengan hajatnya. Nak buang, susah pula kerana hajatnya terlampau kuat hingga ia datang ke sini. Nak tunaikan….” Breeze mengeluh dan menggeleng menandakan dia tak tahu apa nak buat. Dia menghulurkan surat itu kepada Lady Rya.

Lady Rya mengambil surat tersebut dan membaca Hajat misteri itu. Matanya terbeliak besar membaca nama si penghajat, Vyle.

Dear Heaven,

Vyle nak Tanya sesuatu, kenapa Angel Ambil Mama dari Vyle? Apa salah mama hingga dia di ambil dari Vyle dan Papa? Setelah mama pergi ke sana, Papa dibunuh oleh Angel.. Apa salah papa sampai di bunuh? Vyle nak mama kembali pada Vyle, Vyle tak marah sebab Vyle tahu Angel takkan membunuh sesuka hati. Vyle hanya nak satu, Mama Vyle. Hanya mama je yang Vyle ada. Tolong kembalikan Mama Vyle?

Breeze melihat Lady Rya mengalirkan air mata membaca surat tersebut. Tangannya bergeletar dan letakkan di pangkuannya, dia memandang kearah Breeze. “Bila surat ni di hantar?”

Breeze kaku, dia kagum melihat kelembutan hati lady Rya menangis hanya kerana sepucuk surat hajat.

“Breeze, Bila surat ni datang kepada kamu!”

Breeze tersentak. “Err.. um… seminggu yang lalu.”

“Saya minta tolong kepada kamu Breeze. Tinggalkan saya bersendirian buat seketika, biar saya uruskan hal ni sendiri.”

Dia uruskan? Wah…. Untungnya kau budak, Elder akan tolong kau makbulkan hajat kau yang complicated tu desis hati Breeze. Dia mengangguk. “Baiklah.”

Angelica itu bangun dan tunduk hormat kepada Elder sebelum bergerak pergi keluar dari rumah Lady Rya.
Setelah melihat bayangan Breeze hilang dari pandangan mata, Lady Rya segera bangun dan masuk kedalam bilik kerjanya. Dia  melihat surat itu kembali.

Vyle, kau berada di mana?”

<><><><><><><><> 

“Raven! Tak boleh ke kau tunggu aku?” jerit Ean mengejar Raven yang berada jauh di hadapan.

Raven berhenti dan berputar memandang Ean. Dia bercekak pinggang. “Slow betul lah kau ni. Cepat lah! Dah nak hjan ni!”

“Kau nak buat apa awal sangat ke sekolah hah?” Ean akhirnya dapat mengejar Raven dan berjalan disebelahnya. “Kan ada payung, selalunya hujan tak jadi masalah kat kau.”

“It’s a secret. Kalau kita sampai di sana 30 minit awal dari biasanya… aku beritahu kau satu rahsia.” Katanya dengan riang.

“Rahsia? Rahsia apa?”

Raven menggeleng tidak mahu beritahu kepada Ean. “Aku kata kat sekolah bermaksud kat sekolah!”

“Clue? Bagi aku satu clue baru aku semangat nak ke sana.” Ean berjalan kebelakang di hadapan Raven.

Raven tersenyum dan memandang kearah lain. “satu clue kecil.” Raven menyentuh dadanya.

Ean melihat clue Raven dan tersenyum gembira. “Okay! Apa tunggu lagi? Jom pergi!” Ean menggenggam tangan Raven dan menariknya pergi. Mereka berlari sekuat yang mungkin menuju kesekolah sambil tertawa.

Ya, aku dah give up dengan mengumpul nyawa ni. Aku nak hidup seperti mana aku hendakkan, tiada orang akan menyuruh apa yang aku harus lakukan dan tak lakukan. Termasuk Claw, maafkan aku Pak Cik Claw tapi, aku nak cintai lelaki ini. Aku nak bahagia walaupun ianya tulah. Jika Papa dan Mama boleh… aku pun boleh! Kata hatinya dengan riang berlari bersama Ean.

Tetiba….

HONK!! HONK!!! SCREEEEEECCHHHHH!!!!!!

“Hati-hati!!”

BOOMM!!!

Raven membuka matanya dan mengetahui dia berada dalam dakapan seseorang. “Sulfur?” dia memandang kearah jalan raya dan rasanya seperti satu pukulan kuat di kepalanya. “kenapa kau selamatkan aku? KENAPA TAK SELAMATKAN EAN!!!”

Awan yang mendung mencurahkan isi kandungannya turun ke tanah membasahi bumi.

Dia melihat Ean terlentar di atas jalan raya berlumuran dengan darah. Dia segera mengangkat kepala Ean ke pangkuannya. “Ean… Ean! Bangun!” jeritnya menampar-nampar pipi lelaki itu.  “Tolong bangun! EAN!!”

Sulfur hanya melihat Raven menangis memeluk Ean. Apa yang dia buat? Dia menyelamatkan nyawa seseorang? Kenapa dia rasa sakit hati nampak Raven memeluk lelaki yang dah nak mati tu?

Sulfur mendekati Raven yang sedang mendail nombor kecemasan. “Kau patut berterima kasih aku selamatkan kau.”

“SHUT UP! Aku takkan mati kalau aku kena hempap bulan sekalipun!” dia terdengar suara dari phonenya. “Hello?  Hello… Ini kecemasan.. kawan saya.. ka-kawan saya…” tangan  dan suara Raven bergetar kerana traumanya kembali. Orang yang dia sayangi mati di depan matanya sekali lagi.

*Cough!*Cough!* Ean membuka matanya dengan perlahan dan tersenyum tawar melihat Raven. Dia mengambil phone yang ada di tangan Raven dan jauhkannya dari Raven.

“kenapa? Kau masih boleh-” Ayat Revan terpotong apabila melihat Ean tersenyum sambil menggeleng.

“Tak… aku dapat lihat kawan hantu kau…” katanya ketawa kecil dan terbatuk.

Sulfur dan Raven saling berpandangan dan Raven kembali memandang Ean. “Tak… Ean kau tak boleh… Bukan sekarang..” Matanya mula berkaca tidak dapat menerima kenyataan ini. Orang yang akan mati sahaja dapat nampak makhluk seperti Devil dan Angel.

“Smile Rav, aku nak pergi dengan memandang senyumanmu buat kali terakhir.” Ean mengusap air mata Ean yang jatuh ke pipi. “Please?”

Raven cuba untuk tersenyum. Walaupun sebuah senyuman terukir di bibirnya, Air mata turut bergelinang. “Ean….”

“That’s my Girl….” Mata Ean semakin berat. “Rav, I…. I love…. U…” tangan Ean jatuh ke tanah dan matanya juga tertutup.

“Ean…..” Raven memeluk lelaki itu dengan erat. “Ean…. Ean….!” Kenapa? Kenapa bila aku dah nak terima hidupku, bila aku nak mencintai Ean, kenapa dia mesti pergi? Kenapa semua ini terjadi? Salahkah aku bahagia bersama seseorang aku cintai? Adakah aku ni jijik sangat sehingga aku tak layak mendapat kebahagiaan yang berkekalan? Aku tak faham… aku tak faham… Mama, Papa.. dan sekarang Ean? Selepas ni siapa lagi yang akan pergi?

Sulfur melihat Raven menangis teresak-esak memeluk lelaki yang dia cintai. Kenapa dia rasa sakit bila nampak perempuan itu nangiskan lelaki yang sudah mati? Kenapa dia rasa cam nak tarik je Raven dalam dakapannya? Kenapa dia rasa begini?

Sulfur melihat Roh Ean keluar dari badannya dan Sulfur menangkapnya. “Rav, aku rasa kau yang layak dapatkan ni.” Raven berputar memandang Sulfur dan mengambil roh  Ean. 

Dia memeluknya dengan erat dan menangis sekuat hati kali ini. Apa patut dia buat sekarang? Dia nak hidup dengan insan yang dia cintai dan tinggalkan mimpi buruknya tapi mimpi tu bertambah ngeri setiap kali dia cuba tinggalkan. Dia dah salah langkah, dia dah bunuh Ean, dia dah bunuh Ean…..

“Raven, tiada gunanya kau nangiskan dia lagi. Kau boleh simpan Rohnya dan-”

Raven menggeleng dia bangun dari berlutut. Dia memegang erat roh Ean. “Sulfur…. Aku nak balik, tolong aku…” Sulfur mengangguk. “Tolong uruskan jasad Ean boleh?”

Raven mengeluarkan sayapnya, sayap yang tidak pernah dia keluarkan di dunia manusia dan terbang pergi.

Sulfur terkejut melihat sayap Raven. Dia tidak pernah nampak sayap seperti itu, rupanya seperti sayap Angel tetapi warna hitam. “Siapa dia sebenarnya?”

….

Sky baru sahaja menyelesaikan misi bersama kawan sepasukannya dan ingin terbang ke Heaven tapi dia merasakan sesuatu yang sangat kuat berhampiran dengannya. Dia melihat sekeliling dan ternampak seseorang terbang dengan sayap warna hitam.

“What the…” tanpa berlengah lagi dia mengekori makhluk misteri itu.

Raven terbang dengan tangisan Air mata, laju sepantas kilat ke rumahnya semula. Dia membuka pintu balcony nya dan terus terjatuh ke lantai memeluk roh Ean. Tangisannya belum redah lagi malah bertambah kuat.

“Maafkan aku…. Maafkan aku….” Katanya berulang ulang kali. Maafkan aku sebab lambat, maafkan aku sebab buat kau tertunggu, maafkan aku sebab menolak takdir kita, maafkan aku kerana tidak dapat menyelamatkan kau!

Sky mendarat di balcony Raven dan terkejut melihat siapakah gerangan si bersayap hitam. “Raven…”

Raven berputar memandang orang yang menyebut namanya dan segera berpaling. Dia tak mahu berjumpa dengan sesiapa, terutamanya orang yang dia memang tek mahu jumpa.

Sky terus berlutut di hadapan Raven. “Hey, kau kenapa ni?”

Raven menggeleng, cuba menahan tangisannya tapi entah kenapa ia melimpah keluar seperti sungai mengalir dengan deras.

“Itu bukan jawapan yang betul.” Sky melihat Raven memeluk sesuatu. “Apa ada dalam tangan kau tu?”

Raven meregangkan genggamannya dan tunjukkan sebuah roh kepada Sky. “Ia…. Ia….” Raven tambah menangis dan merebahkan kepalanya di bahu Sky. “Dia takda… Ean dah tak dah Sky! Ean dah tiada lagi…” jeritnya sekuat hati. “Apa patut aku buat sekarang?”

Sky hanya memeluk Raven dan mengusap rambutnya dengan lembut cuba menenangkan hatinya. Dia sendiri tak tahu apa dia nak katakan. Sebenarnya Sky tak tahu apa nak lakukan. Nak rasa gembira? Kenapa? Sedih? Untuk apa? tapi satu yang pasti, dia tak mahu nampak perempuan yang dia cintai menangis.

Beberapa minit kemuadian, si Devil pula datang dan melihat Raven dalam dakapannya. Dia mendekati mereka berdua dan ingin belasah Sky. “Angel…..!”

Sky berputar kearah Sulfur dan suruh dia senyap. “Raven dah tidur.” Dia tunjukkan Half Blood yang tertidur dalam dakapannya. Dia bangun dan mengangkat Raven ke dalam biliknya tapi Sulfur menghalang.

“Ini bukan masanya untuk bergaduh Sulfur.” Kata Sky beri amaran.

Sulfur membuka pintu bilik Raven. Kosong. “Aku nak beritahu kau tapi lebih baik kau nampak sendiri.”

Dia tiada katil? “Jadi dimana dia tidur?”

Sulfur memuncungkan mulutnya menunjuk kearah sofa. “Jangan Tanya aku kenapa.”

Sky meletakkan Raven ke sofa tersebut tanpa banyak songeh. Raven tidak lagi menggenggam roh Ean dan Sky mengambilnya. “Cam mana Ean boleh mati?”

Sulfur menyandar di belakang sofa tersebut. “Kemalangan. Hanya Raven yang selamat.” Katanya tidak beritahu perkara yang selanjutnya. Takkan dia nak katakana dia selamatkan Raven. Devil selamatkan manusia? That’s nuts!!

“Aku tak faham. Kenapa Ean boleh mati asalkan jodoh mereka dah terpanah?”

Sulfur memandang Sky. “terpanah? Cupid pernah panah hati mereka ke?”

Sky mengangguk. “Ya, ada sesuatu yang tak kena di sini. Pertama….”

“Siapa sebenarnya Raven?” kata mereka serentak dan saling berpandangan.

“kau pun? Bukan kau cakap dia contractor ke?”

Sulfur menjungkit kening. “Kau pula? Kau yakin sangat yang dia tu Half Blood Devil”

Sky mengangguk. “tapi setelah nampak sayap hitam dia… aku sendiri dah tak pasti.”

Raven bergerak meraba sofanya dan tangannya sampai ke lantai mengutip teddy bear berwarna putih biru dan memeluknya. Dua lelaki itu tertawa kecil.

Sky memandang kearah roh Ean. “Aku akan bawa roh ni ke heaven.”

Sulfur menggeleng. “Aku rasa itu bukan Idea yang baik.”

“Jadi cam mana? Kau ada plan lain selain jadikan mereka hamba abdi korang?”

“Hoi! Jaga mulut kau tu sikit, apa kau tahu cari kami devil hidup hah?”  kata Sulfur memberi amaran. Dia tiada hak nak cakap buruk tentang cara hidup Devil.

“Jadi? Cam mana korang layan roh mereka selain jadi hamba abdi?” protes Sky.

“Berhenti…”

Sky dan Sulfur memandang kearah Raven. Aduh… mereka bangunkan dia.

Raven bangun dan mengambil semula roh Ean dari tangan Sky. “Aku ada cara sendiri.” Raven memandang mereka berdua dan tersenyum tawar. “Boleh temankan aku?”

<><><><><><><><> 

Malam sudah tiba dan mereka bertiga berada di tepi pantai. Sky dan Sulfur tidak tahu apa tujuan Raven ke pantai tapi mereka akan tahu jua nanti jika mereka bersabar.

Mereka melihat Raven bersendirian sambil menggenggam roh Ean. Dia teruskan langkahnya dengan masuk kedalam laut hingga ke paras pinggang.

Raven memandang dua lelaki di belakangnya sebelum mengeluarkan sayap hitam yang tidak pernah orang lihat sebelum ini. Dia memandang roh Ean buat kali terakhir. “Selamat tinggal Ean.” Dengan itu, Raven mengucup roh itu dan bebaskannya keudara.

Titisan Air laut mengikuti roh tersebut dan menyelubunginya. Roh itu terbang semakin tinggi jauh meninggalkan Raven yang mengalirkan setitis Air mata.

Aku sentiasa memerhatikan kau, Love…”

Kelihatan bayangan Ean yang tersenyum manis sambil melambaikan selamat tinggal kepada Raven sebelum dia pecah, bersatu dengan ribuan bintang di angkasa.

“Wow…” itu yang keluar dari mulut mereka berdua. Tidak sangka yang Raven boleh berbuat sedemikian.
Sky turun menolong Raven keluar dari Air dan pakaikan dia tuala. “Kau okay?”

Raven mengangguk. “Ya, thanks sebab temankan aku dan…. Tolong rahsiakan perkara ni okay?”

Sulfur mengangguk. “Dengan satu Syarat.”

“Sulfur…” Sky memberi amaran.


“Apa? kau pun nak tahu juga kan?” Kata Sulfur. “Raven, kau ni siapa sebenarnya?”

5 comments:

  1. best...
    cool...
    mantap...
    terbaik...


    macam iklan plak... he he he
    tapi memang gempak!!

    huhuhu want moreeeee

    ReplyDelete
  2. ya ke?
    betul ke?
    Serious ke?
    Really???

    Perrggh! cam ada keraguan girang dalam tu.. haha Thank Syu! D akan usaha untuk update secepat yang mungkin ^_^

    ReplyDelete
  3. Lg...lagi...tak puas baca...best giler. ..

    ReplyDelete
  4. lagiiiiiiiiiiii plssss plssss...pendeknyeee...selalunya panajang ...puas jugak bacaaa...plssss update la cepat2....ari2 bukak blog dgn sejuta hrapan...new entry coming!!!!~~~ huhuhuhu...hehehe xcited tlajak nieh...kikiki peace.... >cepat update tau tau tau< ......from cik cekelat

    ReplyDelete
  5. Salmi fasliena: x puas?? hahaha, harap bertenang my pwenzz... bab dalam perjalanan ke sini ^_~

    Cik Cekelat: Too much sugar rush honey! hahaha, Bab seterusnya is on the way so sementara tu tahan perasaan nak makan cekelat banyak10x hehehehe

    ReplyDelete