FDO: Bab 16
Mereka berlawan
dari tingkat 96 hingga 98 dan betul tekaan Accel. Raksasa mereka lawan kali ini
bukanlah minion tapi Big Boss. Banyak Pemain telah tumpas dalam perjalanan
mereka Tapi terima kasih kepada Accel, dia dapat mengurangkan kematian pemain
dengan cara menyibuk dengan planning Highlifth membuat arahan.
“Hiiiiiiaaaaarrrrrrgggghhh!!!!!”
Jerit Toshiro mengalahkan Big Boss Tingkat 98.
Mereka semua
bersorak gembira melihat kejayaan Black Worrior mengalahkan raksasa Cleopatra
itu. Highlifth juga bangga, nampaknya vice president Royal Blood Oath dah
semangat kembali.
“baiklah semua.
Apa kata kita rehat sebentar sebelum pergi ke tingkat 99?” kata Highlight
kepada pemain lain dan tanpa bantahan, mereka semua terus terduduk di lantai
dan menghembus nafas lega.
Toshiro
mendekati rakannya dan duduk bersama mereka semua.
“Hebatlah
Shiro-nii!” Scy memberi thumbs up kepada Toshiro.
Hades tersenyum
nakal. “Kau semangat sebab Accel masih hidup kan?”
Accel yang minum
Healer tersedak manakala Toshiro menutup mulut memandang kearah lain.
Yang lain
ketawakan muka merah mereka. “A-Apa… Apa kau merepek ni??!” jerit Accel.
Medeis dan Hades
tersenyum sesama sendiri. Dah mula sesi membalas dendam.
“Ala…. Ai, kau
rasa Accel sesuai dengan Toshiro kan?” Medeis memeluk bahu Ai dan Ai mengangguk
setuju.
“Nampak? Budak
ni setuju. Kenapa korang tak couple je?” Soal Hades menambah perisa.
Accel memandang
muka Toshiro dan menggeleng. “Korang.. ini bukan masanya nak cakap pasal benda
ni.”
Toshiro sendiri
setuju. “Misi kita ialah mengalahkan Ayaka Nigoshi. Tiada misi sampingan, Jadi
focus dengan misi ni.”
Medeis dan Ai
mencebik. Elleh! Korang nak mengelak lah tu, focus pada misi konon.
Accel memandang
kearah Highlifth. Ada sesuatu tentang lelaki itu yang buat hatinya tidak tenang.
Memang sah dia benci lelaki itu tapi dia tak tahu cam mana nak benci dia,
ikutkan hati dia nak bunuh lelaki tu sekarang tapi orang lebih percayakan dia
berbanding Accel. Pros; Dia dapat membalas dendam. Pros2; Highlifth takkan
mengganggu lagi. Cons; mereka kehilangan ketua. Cons2; Dia akan di benci oleh
pemain lain. Cons3; angkatan tentera bubar dan misi menamatkan permainan maut
itu akan tertangguh. Bermaksud mereka akan tinggal di tempat tu lama lagi. Heh…
nampaknya keburukan lebih banyak dari kebaikan. Terpaksa tahan hatilah Accel
untuk kali ni.
“Accel…”
Accel berputar
memandang Toshiro yang tetiba berbisik. Accel mendongak. “Apa?”
Toshiro
tersenyum dan menggeleng. “Tak, It’s nothing.”
Apa? Kau panggil
aku dan it’s nothing? Accel mencebik. “Cakap lah apa kau nak cakap. Jangan nak
buat postpone kat situ plak.”
Toshiro
menghembus nafas panjang dan mendekatkan mukanya dengan muka Accel. Accel
terkejut. “A-Apa?”
“Listen, aku
akan beritahu kau selepas kita keluar dari tempat ni. So, pastikan kau hidup dan
aku pastikan yang kita berdua akan survive.” Toshiro menarik semula kepalanya
kebelakang dan minum healernya.
Accel blur.
Hah?? Apa yang dia merapukan ni?
“Baiklah semua! Kita teruskan perjalanan
kita.” Kata Highlifth dan bergerak ke pintu seterusnya. “Toshiro!”
Toshiro
mengangguk dan bergerak kearah Highlifth. “Kita akan keluar dari sini.”
Highlifth
mengangguk. “Dua tingkat lagi.”
Mereka semua
bangun dan bersedia untuk ke tingkat seterusnya. Nampaknya, mereka ada peluang untuk menang
dalam perlawanan ini. Di tingkat seratus pula… Accel bertekad untuk berlawan
dengan Ayaka seorang diri. Mereka tentu bunuh Ayaka, dia tak boleh biarkan
benda itu berlaku. Dia tentu ada sebab dia buat seperti ini.
Setelah mereka
membuka pintu tersebut, mereka sekarang berada di atas bumbung Aircraft itu. Pemandangannya sangat tenang. Awan berarak ke utara dengan perlahan bersama
angin bayu yang membelai rambut dengan lembut. Pagar di bumbung itu diperbuat
dengan marmar berwarna putih bercorak hitam dan di seliputi dengan tumbuhan
liar yang mencantikkan lagi suasana itu.
Mereka semua
terpukau dengan tempat itu. Sangat cantik, sangat aman dan sepertinya mereka
puas dengan penyampaian mereka sekarang.
“Ianya sangat
cantik.” Kata Haghlifth tersenyum memandang suasana di tempat itu. “Sayangnya
kita akan tinggalkan tempat ini dalam beberapa minit lagi.”
Toshiro
mengangguk setuju. “Ya, kita bina banyak memori di sini.”
Accel hanya
memandang pemandangan di tempat itu. Sekarang dia bertambah risau… Ayaka
membuat tingkat yang sangat cantik. Kenapa? Adakah kerana dia tahu apa yang
pemain rasakan sekarang? Dia tahu betapa risaunya mereka untuk dalam menempuhi
peperangan ini dan dia buat tingkat ini untuk menenangkan hati mereka. Begitu
ke?
Accel terpandang
sesuatu dari hujung pemandangan itu. Dia tak dapat melihatnya. Apa tu?
“Hades, guna
device kau dan Nampak apa yang ada di sana tu?”
Hades mengangguk
dan menekan butang pada devicenya. Screen merah muncul dan Zoom pada gambaran
yang kecil yang Accel tunjuk. Matanya terbeliak besar memandang apa yang
terbang laju kearah mereka seperti sebuah jet.
“EVERYONE TAKE
COVER!!” jerit Hades kepada mereka semua. Semua buntu, tak cover? Di mana nak
bersembunyi di balcony kosong ni??
Accel faham
maksud Hades dan turut menjerit. “Lari jauh dari bahagian ni!! Ke belakang
semua!”
Pemain lain
kelihatan seperti ketakutan apabila mereka memandang kebelakang Accel dan
hades. Mereks semua lari menuju ke bahagian sebelah Balcony itu.
“Accel! Hades!
AI! Lari!” jeit Toshiro kepada mereka.
Accel dan Hades
memandang kebelakang dengan penuh rasa gerun dan ketakutan menguasai diri
mereka apabila angina kencang bertiup dari belakang mereka. Mereka mendongak
keatas melihat satu figura dengan ketinggian 15 meter tinggi. Berperisai serbah
putih, bersayap dan mempunyai dua pedang crystal.
Ia mengangkat
pedang kanannya keatas kepala dan menghayunkanya dengn kelajuan 120km/j.
“Hati-hati!!” Accel segera memeluk Ai dan mereka bertiga termasuk Hades segera
bertiarap di lantai mengelak serangan tersebut.
“Accel! Hades!”
Medeis segera menolong mereka dengan mengenakan jampi terbang membawa mereka
bertiga ke sisinya. “Korang okay?”
Accel mengangguk
dan menolak Ai ke tangan Luciey. “jaga dia, walauapapun yang berlaku jangan
biarkan dia dekati aku atau raksasa tu, FAHAM?” Luciey mengangguk ketakutan.
Beater
mengeluarkan dua bilah pedang di belakangnya dan berdepan dengan Raksasa itu.
Nama; The Heaven’s Guardian. Bar life ada 5 dan level 145.
Hades, Medeis,
Scy, Toshiro, Akira, Loky, Neon dan Enddy maju kehadapan ke sisi Accel dengan
senjata mereka. “Kami tunggu arahan.”
Accel tersenyum
sengih. “Ini je yang sokong aku dari 90 pemain?” Soal Accel tapi dia tak
hairan. Dia tahu yang lain hanya mendengar arahan ketua mereka yang sebenar.
“Baiklah. Hades, Loky, Scy; jarak Jauh. Hades, pastikan kau cari kelemahan dia.
Medeis; seperti biasa, serang dari atas dan pastikan Mp kau sentiasa penuh
untuk menyerang secara berterusan. Swordsman; Serangan secara bertubi-tubi,
pastikan kamu selamat dan Cereal!” Naga yang berada di sisi Hades segera
terbang ke atas mereka. “Dia dah tahu tugasnya.” Kata Accel tersenyum.
Dia memandang
rakannya yang berada di kedua sisinya. “Kita akan selesaikan dia dengan tangan
kita sendiri.” Selepas itu dia memandang kearah Highlifht. “Kau pimpin yang
lain, aku rasa kau tahu apa nak buat kan?”
Highlifth
mengangguk dan dengan itu, mereka berlapan mula bergerak mengikut planning
ringkas mereka.
Heaven’s
Guardian itu hanya menghayunkan dua bilah pedangnya kearah mereka dan angin
kencang terbentuk dan ssangat sejuk mengakibatkan keadaan sekeliling menjadi
ice. Cyril tidak boleh mendekati raksasa itu kerana ia tidak memberi peluang
kepadanya. Hades mula risau dan line bar pada devicenya sudah naik tiga bar.
Setiap tali panah di lepaskan melontar lima batang anak panah secara serentak
dan memakan Mpnya dengan banyak dan memberi kesan yang sikit pada Raksasa itu.
Kalau ini berterusan, dia akan gagal dalam misinya.
Scy pula tidak
dapat menembak Raksasa itu kerana anginnya yang sangat kuat dapat mematahkan
semula pelurunya. Serangannya hanya akan serang dia kembali erti kata lain,
senjata makan tuan. “Ahhh!!!” Scy terlontar jauh akibat serangannya sendiri.
Bar lifenya turun ke kuning dan Cyril segera terbang menolong Scy. Bar life
naik ke hijau muda semula.
Medeis yang
berada di udara agak senang sedikit kerana dia tak perlu risau tentang
serangannya berpatah balik atau Mpnya mengurang sebab Medeis seorang Sorcerer
mempunyai Mp yang cukup banyak untuk menghantar serangan magic tanpa henti
dalam jangka masa yang lama. “Heh, walaupun serangan aku beri kesan yang sikit
kat kau, aku tetap boleh teruskan juga.” Katanya dengan yakin.
Raksasa itu
memandang kearah Medeis dan terbang kearah Medeis. “Apa?” Medeis melihat Heaven’s Guardian itu
mengacuhkan pedangnya kearah Medeis dan si Sorcerer segera membuat spell
pelindung. Walaupun dia selamat dari serangan itu, bar lifenya turun mendadak
ke oren dan jatuh seperti bom atom dari langit.
Loky segera
bertindak dan menyelamatkan Medeis. Dia meletakkan Medeis bersama Luciey dan
Ai. “jaga dia sehingga dia bangun semula. Pastika Hpnya tak jatuh ke merah.”
Luciey mengangguk dan melihat abangnya kembali berperang dengan yang lain.
Luciey hanya
melihat pahlawan Highlifth bekerjasama dengan Beater mengalahkan Heaven’s
Guardian itu. Baru satu Bar life tumpas. Masih ada lagi empat dan sudah 12
pemain terbunuh. Adakah mereka akan Berjaya menumpaskan raksasa level 145 itu?
Raksasa tingkat 99. Kalau ia sebegini kuat, bermakna Ayaka lebih kuat dari yang
ini. Adakah itu bermaksud… mereka takkan keluar dari tempat itu?
Luciey memandang
kearah Ai yang sedang memerhatikan Accel sejak dari permulaan pertempuran ini.
“H-hey Ai, k-kau rasa mereka…”
“Accel!!” Jerit
Ai melihat Accel terlempar jauh akibat serangan Heaven’s Guardian itu. Dia
melihat Bar life Accel yang hijau mudah ke oren. Ai segera bangkit tapi Luciey
segera menarik lengan Ai sebelum dia lari kearah Accel. “lepas! Accel perlukan
aku, mereka takda can nak lawan ia! Lepaskan aku Luciey!”
Luciey enggan
melepaskan Ai membuat Ai tiada pilihan lain. Dia terus menjentik dahi Luciey
membuat dia pengsan dengan serta merta. “kau dah Log-out.”
Accel yang tidak
bermaya di lantai mendongak memandang kearah Raksasa Guardian itu dan terkejut
melihat Guardian itu melontar salah satu pedangnya kearah Accel. Toshiro
melihat tindakan itu dan segera melindungi Accel dengan menghalang senjata
besar itu dengan pedang Heave Sword yang sama Cuma lebih kecil dari pedang
Heaven’s Guardian. Malangnya, pedang yang lima kali kecil dari Heaven Sword,
Guardian patah akibat tidak dapat melawan pedang gergasi itu. Toshiro segera
mengelak pedang besar itu tetapi lengan kanannya tercedera akibat lambat
mengelak. Bar lifenya turun ke kuning. Dia terkejut melihat Accel masih
tercegat di situ setelah dia memberi masa untuk Accel untuk lari. “ACCEL! LARI
BODOH!”
Accel hanya
memandang pedang itu terbang kearahnya walaupun masah sudah diberikan untuk dia
melepaskan diri. Aku akan mati di sini? Accel segera tundukkan kepala dan
memejam mata dengan erat apabila pedang itu semakin hampir.
Tetiba, cahaya
datang dari depan Accel membuat dia mendongak semula. Dia melihat Ai
melindunginya dari pedang tersebut. Pedang besar itu tidak menembusi badan Ai
malah ada pelindung di hadapan MHPC ini. Satu logo maya muncul warna merah
menyatakan ‘immortal object’. Objek yang tidak boleh di hapuskan. Pedang itu
jatuh di lantai.
“Ai… APa kau
buat di sini?!!” Jerit Accel marah. Semua orang tahu siapa Ai sebenarnya dan
kemungkinan besar dia akan di hapuskan oleh Program atau staff permainan MMO
ini.
Ai tersenyum dan
mengutip pedang itu. Saiz pedang Heaven sword berubah menjadi saiz yang sesuai
baginya. “Gomenei Accel… aku tak boleh biarkan kau mati…”
“Tapi aku taknak
kau yang mati!” kata Accel lagi, dia sedih sangat sebab Ai sanggup bongkar
identitinya demi dia.
“Accel! Walaupun
aku selamat nanti, aku tetap akan di hapuskan. Setelah kamu semua keluar dari
permainan ni, semua NPC dan program dalam permainan ni akan dihapuskan.
Termasuk aku!” katanya dengan suara okta 2 bercampur dengan nada sedih.
“Daripada aku Nampak kau mati, lebih baik aku yang dihapuskan!” Ai terus
terbang mendekati heaven’s Guardian itu meninggalkan Accel dalam keadaan
bergelinang air mata.
Dia menggunakan
kebolehannya dan mengubah data senjatanya menjadi 10 kali lebih kuat dari
sebelumnya. Dia terus menghayunkan pedang itu kearah dada raksasa itu dan
dengan serta merta empat Bar life Heaven’s Guardian habis. Ai telah mengalahkan
Big Boss Tingkat 99.
Pada mulanya
mereka terkejut melihat kehebatan Ai tetapi mula bersorak gembira. Ai menjadi
penyelamat mereka. Mereka boleh menang permainan ni. Satu lagi tingkat mereka
akan keluar dari permainan maut itu!! Mereka dapat rasakan yang mereka akan
menang dalam pertempuran mereka dengan Ayaka Nigoshi. Mereka akan menang! Kami
akan menang!
Accel memaksa
dirinya bangun dan mendekati Ai dengan perasaan marah yang teramat sangat.
“Baka!!”
PACK!!
Mereka memandang
Accel dengan penuh persoalan dan terkejut melihat tindakan Accel. Ai menyentuh
pipinya dan memandang Accel turut dengan penuh persoalan.
“Ai kau bodoh!
Kenapa kau buat cam tu? kenapa?!” jerit Accel naik okta 3. Accel mencapai pipi
Ai dan diusap lembut. Dia memeluk Ai dengan erat. “kau…. Kau tak patut pergi.
aku tak sanggup Nampak kau dihapuskan..”
Ai membalas
pelukan Accel dan turut menangis. “Maafkan aku… Accel, aku rela dihapuskan dari
Nampak kau mati.” Ai mula bercahaya membuat Accel memeluknya dengan erat.
“jangan pergi….
mereka tak patut bawa kau.. bawa kau pergi..” katanya dengan tangisan.
“Ini hukumannya
kalau Ai menolong pemain berlawan…. Selamat tinggal Accel… Selamat…. Tinggal..”
Ai lenyap dari dakapan Accel membuat Accel memeluk diri sendiri dan jatuh
berlutut di lantai. Dia menangis secara senyap sambil memeluk tubuhnya sendiri.
Mereka hanya
melihat Beater menangis seorang diri kerana ini kali pertama mereka melihat
Beater yang bongkak dan sombong menangiskan orang lain.
“Beater, bangun.
Kita masih dalam pertempuran ni.” Kata Highlifth sedikit tegas kepada Accel.
“Tak guna…. Tak
guna… kau….” Accel bangkit semula dan mengeluarkan kedua bilah pedang di
belakangnya membuat mereka semua terkejut.
“Accel? Kau okay
ke?” Hades menyoal tapi dia takut mendekati Accel. Ini kali pertama dia melihat
Accel marah seperti nak makan orang.
Accel melontarkan
renungan mautnya kearah Highlifth dan menggenggam erat pedang dalam
genggamannya. “MATI KAU AYAKA!!!!” jeritnya berlari kearah Highlifth dengan
penuh rasa dendam.
“Apa?”
(A/N: Mwhawhawhawhawha!!!! Ada komen??? siapa sangka yang Highlifth tu Ayaka??? Hehehe)
Comments
Post a Comment