New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Wednesday, 4 June 2014

Unexception: Seven


“Papa, Mama di mana?” Vyle melihat papanya sedang duduk di sofa kelihatan sangat murung. “Papa… Mama mana?”

Papanya memandang kearah Vyle dengan  riak wajah yang sedih. Dia mengangkat anak tunggalnya di pangkuannya. “Mama?” soalnya dengan sisa air mata yang tinggal. “Mama kamu dah pergi.”

“pergi? Ke mana papa?”

“Ke Heaven. Dia takkan kembali lagi. Mereka dah jumpa dia dan bawa dia pergi dari kita.” Kata papanya mula mengalirkan air mata. “Kita takkan jumpa Rosella lagi.”

“Papa! Siapa bawa mama? Angel ke? kenapa mereka bawa Mama pergi? Apa salah mama?” Soalnya bertubi-tubi dengan tangisan yang sudah bermula. Dia taknak mamanya pergi. Dia tak mahu mamanya pergi.

“Ya sayang. Mama dan Papa dah buat salah besar. Sangat besar…” katanya memeluk anaknya tidak sanggup ceritakan kepada Vyle yang baru berumur 7 tahun.

Tetiba, Papanya menjadi cemas dan membawa anaknya ke satu Almari antic yang besar di ruang tamu itu. Dia meletakkan Vyle di dalam almari bawah yang kosong. “Vyle, apapun yang terjadi jangan pernah keluar dari tempat ni.  Jangan menjerit, jangan buat apa-apa. Faham?”

“Kenapa Papa?” Dia mahu keluar tapi di halang oleh papanya.

“Papa cakap Jangan keluar!” Dia menolak anaknya kedalam dan menutup almari itu.

Vyle agak terkejut mendengar Papanya menjerit dan membuka pintu Almari itu sedikit supaya dia nampak apa yang sedang terjadi di luar.

Papanya berdiri tegak dengan muka yang tegang dan tetiba datang dua makhluk bersayap putih di hadapan papanya. Mereka sedang bercakap tentang sesuatu tapi Vyle tidak dapat mendengarnya kerana jantungnya yang berdegup terlalu kuat. Dia terkejut apabila melihat dua makhluk bersayap hitam itu mula menyerang papanya dan membunuh di depan matanya. Vyle segera menutup pintu itu dengan rapat dan menutup telinganya. Apa akan terjadi padanya selepas ini? Apa akan berlaku jika dua makhluk kejam itu jumpa dia dalam almari itu? Adakah dia akan kena bunuh?

Dia tak tahu… dia terlalu takut untuk mengetahuinya..

Mama…. Mama…. Papa kena bunuh… apa patut Vyle buat? Mama mana? Kenapa mama pergi? Kenapa Mama? Kenapa! Mama sepatutnya ada di sini dengan Vyle, dan papa… Mama, mama di mana! Jerit hatinya menyalahkan kehilangan Mamanya.

Dia berada dalam Almari itu trauma takut keluar dari tempat tersebut. Dia tak tahu berapa lama dia dalam tempat tu, dia tak dapat kira kerana memori melihat Papanya di bunuh depan matanya sering berulang di mindanya tanpa henti.

Tetiba almari itu terbuka membuat Vyle ketakutan apabila melihat seseorang bersayap kelawar di depannya. “Kau Vyle ke?”

Rose mengangguk ketakutan. “K-Kau nak bunuh aku ke?”

Lelaki itu menggeleng. “Tak, aku datang sini sebab papa kau suruh. Nama aku Claw, Adik Papa kau." Katanya sambil menghulurkan tangan. “Jom, kalau kau disini, dah tentu kau akan mati. Taknak ke kau balas dendam atas kematian Papa kau?” 

Vyle melihat tangan lelaki yang mengaku dirinya pakciknya. Patutkah dia percayakan lelaki yang kelihatan kejam ini? dia bersayap kelawar, dah tentu kejam kan? tapi....dia teringat semula dua makhluk bersayap putih telah membunuh papanya tanpa belas kasihan. Perasaan marah mula menggeledak dalam diri.

Vyle mendongak memandang Claw dengan pandangan gelap; keinginan membalas dendam. "Aku boleh balas dendam kat mereka yang bunuh Papa aku?"

Claw tersenyum sinis. "Ya." 

Vyle terus menyambut tangan Claw tapi hatinya mula berasa lemas seperti di tarik kedalam lubang hitam membuat dia memegang dadanya. Belakangnya mula rasa sakit, seperti ada sesuatu benda di belakangnya sedang bergerak-gerak ingin keluar mengoyakkan kulitnya.

"Arrgghh!!" jerit si kecil kesakitan yang amat tidak dapat dia tanggung. "A-Apa kau dah... buat kat aku, NI!!" Nada terakhir Vyle kedengaran garau dan dalam dari suaranya yang tinggi dan riang.

Claw memegang kedua bahu Vyle, biarkan kepala anak buahnya menyandar pada dadanya. Dia hanya melihat sesuatu bergerak disebalik kulit belakang Vyle. Tak mungkin....

"Aaahhhh!!!" Mata Claw terbeliak bulat bila kulit belakang Vyle koyak dan sepasang sayap hitam yang kecil keluar dari belakangnya berlumuran dengan darah.

Rin, kau dah besarkan Lucifer dalam dunia ini.....

….

Sepasang mata Trauma terbuka luas dan Raven bangun dari sofa bernafas dengan berat akibat mimpikan memori lama itu. Dia menarik nafas dalam dan meramas mukanya ketika menghembus. Di situlah dunianya yang cerah di selaputi dengan kegelapan buat selamanya.... 

Raven bangun dan bergerak ke peti sejuk mencari minuman untuk menghilangkan dahaganya. dia pandang gelasnya dengan lama sebelum bersuara; “Nak balas dendam? Aku dah penat nak teruskan misi tu.” Katanya sebelum meneguk air kosong.

Miey terbangun apabila dia tak rasakan Raven di sisinya. “Rav-Rav…. Kenapa ni?” soalnya sambil menguap. Ini baru pukul 3 pagi. “Mimpi tu ke lagi?”

Raven mengangguk. “Aku tak tahu nak buat apa… salah kan Mama? Tapi pada waktu yang sama aku rindukan dia. Apa Papa akan kata kalau dia nampak aku cam ni?”

Miey mengeluh. “Tentu dia suruh Kau pergi jumpa Mama kau tapi itu…”

“Sangat merumitkan.” Sambung Raven mengeluh panjang. “Aku nak lawat rumah lama tu, nak join sekali?”

Miey mengangguk gembira. “Yes Please!!

<><><><><><><><> 

Sky tidak boleh tidur, dah nak dekat jam empat pagi tapi matanya tidak boleh terlelap. Kenapa dengan dia ni? Selepas berjumpa dengan Sulfur, mindanya dah bercelaru!

“Oh… kau dah jatuh cinta dengan manusia tu?”

Aku jatuh cinta dengan Hal Blood tu? Eh bukan… dia Contractor. Eh? Entahlah, aku sendiri tak tahu apa dia sebenarnya. Siapa sebenarnya dia? 

Sky bangun dari katilnya dan bergerak keluar bilik dan terjumpa dengan Breeze yang sedang duduk di meja makan minum teh. “Breeze? Kenapa tak tidur lagi?”

Breeze memandang abangnya dan menggeleng. “Aku tak leh tidur dengan satu hajat ni. Aku tak tahu kepada siapa aku nak bagi.” Breeze hulurkan sebuah sampul surat kepada Sky.

Sky membuka dan membacanya

Dear Heaven,

Vyle nak Tanya sesuatu, kenapa Angel Ambil Mama dari Vyle? Apa salah mama hingga dia di ambil dari Vyle dan Papa? Setelah mama pergi ke sana, Papa dibunuh oleh Angel.. Apa salah papa sampai di bunuh? Vyle nak mama kembali pada Vyle, Vyle tak marah sebab Vyle tahu Angel takkan membunuh sesuka hati. Vyle hanya nak satu, Mama Vyle. Hanya mama je yang Vyle ada. Tolong kembalikan Mama Vyle?

Sky menutup sampul surat itu. “Bila benda ni sampai?”

“Kelmarin. Dia muncul secara tetiba tanpa ada Prex Angel memetiknya. Kami semua hairan, dia tak sebut pun siapa nama parentnya.” Kata Breeze. “Nak buang tak boleh sebab ia permintaan yang kuat. Hatinya sangat kuat sehingga ia terhantar ke sini dengan sendirinya. Kalau nak tunaikan…” Breeze mengangkat bahu. “how?”

“Dah Jumpa Elder? Mungkin mereka tahu tentang benda ni.”

Breeze menggeleng dan menghirup tehnya. “Nak jumpa siapa soalannya? Papa? Tentu dia koyakkan hajat ni. Lady Venus? Dia akan tolak bulat-bulat sebab ia suatu perkara yang mustahil. Mungkin Lady Rya tapi dia sibuk sejak kebelakangan ni. Dua Elder lagi tentu koyakkannya seperti papa.”

Sky melabuhkan punggung di kerusi meja makan. “Vyle …. Cam pernah dengar nama ni. Kenapa Angel nak bunuh papa dia? Ini memang merumitkan. Patut ke kita ke Bilik simpanan?”

“No! aku dah fed up pergi ke sana!” kata Breeze membantah. “Tak boleh ke cari cara lain selain bilik simpanan?”

Sky mengangkat bahu. “Aku rasa kau kena fikir sendiri tentang benda ni. Aku tak dapat menolong.”

Breeze mengambil sampul surat itu dan mengeluh sekali lagi. “Kau pula cam mana?”

Sky menjungkit kening. “Maksud kau?”

Breeze memandang Abangnya dengan serius. “Aku dapat rasakan yang kau mengalami sedikit masalah dengan Blossom. Betul kan?”

“Tak juga. Kami okay je.” Kata Sky.

“Tak, Blossom ada cerita tentang perasaannya setiap kali kamu berdua turun ke Dunia manusia bersama-sama. Dia rasa yang kau berubah, kau hanya tumpukan pada benda lain dan Blossom kau singkirkan. Adakah ia pasal budak Half Blood tu?”

“Tak… Aku dah kata, aku nak jalankan misi aku dengan sempurna.”

“SAmpai mengabaikan Blossom? Itu bukan Sky yang aku kenal. Abang, kita saling terjalin sebab kita Twin Angel. Kita ada keistimewaannya. Aku dapat rasa yang kau sedang bercelaru sekarang.” Dia memegang tangan abangnya. Dia sangat risau dengan abangnya sekarang ni, dia takut sejarah berulang sekali lagi. “Sky, jawab soalan aku dengan jujur. Kau dah jatuh cinta dengan Half Blood tu kan?”

Sky hanya berdiam diri. Apa patut dia katakan?

Silent is the only thing that Breeze want to know. “Sky! Kau cintakan Half Blood tu? Kau tahu apa akan jadi kalau kamu berdua-”

“Dia cintakan orang lain.” Potong Sky. “Dia cintakan seorang manusia. Aku tak boleh buat apa-apa selain melupakan dia tapi setiap kali abang cuba lupakan dia. Half Blood tu muncul dalam minda ku membuat aku tambah rumit!”

“Sebab tu kau ambil Blossom? Kau guna dia sebagai alat melupakan Half Blood tu? Sky, dia bukannya alat yang kau boleh bawa main!!”

“Aku tahu… Aku tahu…” Kata Sky menunduk ke lantai.  “Aku dah tak tahu apa aku nak buat sekarang. Kalau Elder yang lain tahu tentang ni, balah jadinya. Apa patut aku buat?”

“Lepaskan Blossom. Lepaskan Half Blood tu. Abang kena hilangkan perasaan tu dan jangan seksa Blossom. Kasihan dia. Berdepan dengan Lady Rya, dia orang yang paling memahami kesulitan abang sekarang atau tidak pun, jumpa Half Blood tu dan beritahu dia yang kau nak lupakan dia. Ia mungkin membantu.”

Sky mengeluh panjang. “Breeze…. Aku akan buat sesuatu tentang tu tapi bukan sekarang. Aku nak selesaikan dulu masalah Claw ni.”

“Masih lagi? Bila korang nak gerak?”

“Tunggu penyiasatan tentang tempat persembunyian Claw di temui. Setelah itu, kami akan menyerang.”

<><><><><><><><> 

Claw berada di sebuah kelab malam sedang berfoya-foya dengan perempuan seksi seperti rutin hariannya. “Alright babe! Tonight, is my treat!”

Para perempuan itu menepuk tangan dan menuang wine kedalam setiap gelas mereka. “To Master Claw!”

Claw mengangkat gelasnya dan minum. Ahhh…. Nikmatnya hidup begini, orang lain membuat kerjanya dan dia dapat nama plus dapat berfoya-foya. Now this is Life!!

Dia duduk di kerusi yang sudah di tempah untuknya dan memandang wine itu dengan lama.

Rin, Kau tahu tak apa anak kau buat sekarang ni? Dia ingat aku tak tahu kea pa dia sedang buat? Kumpul Roh? Untuk apa? Rin, kau je yang tahu anak kau. Kalau Rosella tahu pasal ni, tentu dia sembelih Raven sekarang ni desis hatinya.

Dia nak juga Tanya tapi dia takut. Kenapa? Kerana Claw tahu kuasa Raven lebih hebat dari dia. Dia sendiri tak boleh lakukan misi lebih dari empat dalam masa sehari. Kalau Raven ada plan tersendiri, tentu sesuatu yang sangat besar tapi apakah dia? Ini buat Claw risau. Harap dia tak babitkan sesuatu berkenaan dengan kemusnahan dunia sebab, dunia manusia musnah, mereka juga musnah.

Rosella, kalau kau berlawan dengan mereka time tu… dah tentu kau hidup bahagia dengan anak dan Suami kau. Kenapa kau terlalu percayakan Mereka? Desis hatinya lagi. Wine di tangannya pecah disebabkan rasa marahnya terhadap Mama Raven A.K.A Rosella.

<><><><><><><> 

Raven tiba di rumah yang sudah di tinggalkan. Ia sangat usang tapi nampak seperti apa yang dia tinggalkan rumah itu hanya ada sedikit decoration iaitu di liputi dengan tumbuhan liar. “Walaupun dah seribu tahun aku tak datang sini, tempat ni tetap ada walaupun dah nampak cam Ruins.” Raven tertawa kecil tapi matanya menunjukkan kesedihan. Selama seribu tahun?

Miey keluar dari beg samping Raven dan memandang rumah tersebut. “Antic! Rav-Rav, Jom kita masuk dalam!”

Raven masuk kedalam rumah itu, pintunya susah juga nak buka kerana dah berkarat. Bila dia masuk kedalam, ia kelihatan seperti apa yang di tinggalkan. Tiada perubahan. Tiada habuk, tiada sesawang dan tiada kesan kerak pada dinding. Raven tertawa kecil. “Kuasa Papa masih kuat hingga ke hari ini walaupun dia dah takda.”

Vyle, Rumah ni khas untuk kamu. Walaupun Papa dan Mama takda, Rumah ni akan bertahan dan sentiasa melindungi kamu dari bahaya.”

Raven pergi ke ruang tamu dan melihat beberapa frame gambar yang terhias di atas tempat api. Dia mengambil salah satu darinya. “Papa… Mama….”

Vyle! Hadap camera ni dan say cheese!”

Dia tersenyum sendiri. Dia berputar ke almari Antic di mana kenangan terindahnya berubah menjadi mimpi ngeri. “Itu dia, Miey. Di situlah tempat aku bersembunyi semasa Papa di bunuh.”

Miey mendekati Almari Antic itu dan melihat setiap satu barang tersebut. “Wow,  Parents Raven suka kumpul barang dari seluruh negara ke?”

Raven mengangguk. “Jom ke laman belakang?”

Miey mengangguk. “Di sana ada apa?”

Raven bergerak ke dapur dan membuka pintu belakang. Sebuah taman kecil yang agak luas untuk seorang budak bermain di tempat itu. “Duniaku. Di sinilah tempat aku bermain dengan Papa dan Mama.”

“Mama, kenapa Vyle tak boleh keluar?”

“Sebab kamu belum bersedia lagi. Apabila masanya sudah tiba, Mama dan Papa akan bawa kamu ke mana kamu mahu.”

“Dah akhirnya, bila aku dapat keluar… aku menjadi tahanan Claw selama 992 tahun.”

“kau bercakap dengan siapa Rav?”

Raven menggeleng. “Nothing. Jom naik tingkat atas pula.”

“Yeah! Aku nak nampak cam mana bilik kau!”


Kenapa aku nak kembali ke rumah ni? Kenapa dengan aku ni? Aku kena bersabar. 54 roh lagi dan aku bebas dari semua ni. Tapi, adakah aku akan…. Bahagia?

1 comment:

  1. haaaaaa new entry plsss.....u knoq wat...cik writer.....sy dh khatam hdo 3x.... n now....plsss update nee enrry asap..!!!!! pls pls...ari2 dh bukak blog ni dgn hrapan..ting!!!!!!! new entry coming!!!!!! huhuhu really loves ur story babe...^_^

    ReplyDelete

Savior of Tales