Rose Princesses: Mission Impossible
Chapter 21
Ann berada di makmal privitenya sedang menjalani experiment
yang Luna minta. Sudah seharian dia di makmal tapi ujikajinya belum membuahkan
hasil. Formula sudah berulang kali di ubah, bahan ujikaji selalu di tambah dan
dikurangkan tapi… semua itu tak menjadi sehinggalah Ann menemui jalan buntuh.
Ya Ampun!! Kenapalah Kak El nak aku buat potion yang memang
mustahil! Desis hati Ann dah nak give up dengan permintaan Luna.
Dia bergerak ke sofa putih yang tersedia di makmalnya dan
merehatkan badan, akal dan mindanya sebelum menyambung kerja. Mata di pejamkan.
“Anny, Tolong aku buat satu ubat. Boleh?” Soal Luna ke Ann dengan wajah
yang serius.
Ann mengangguk. “Ubat jenis apa?”
Luna menarik nafas panjang cuba mengatur ayatnya supaya Ann boleh
menerima permintaannya. “Aku nak kau… buat ubat yang boleh membawa roh orang ke
dunia lain.”
Terbeliak mata Ann mendengar permintaan Luna yang mustahil. “Tapi Kak
El, Ann tak rasa ubat cam tu ada…”
“Aku tahu tapi, aku yakin kau boleh buat. Anny..” Luna memegang tangan
Ann dengan erat, merayu kepadanya.
Ann dapat rasakan yang tangan Luna sejuk dan sedikit menggeletar
seperti dia sendiri tidak mahu lakukannya. “Betul ke Kak El nak potion ni?”
Luna mengangguk. “Aku percaya kau boleh buat sebab ini satu-satunya
cara supaya aku tak mati…”
Ann tersentak apabila Luna menyebutkan perkataan mati. “Apa maksud Kak
El?”
Luna hanya tersenyum. “kau akan tahu nanti…”
Ann membuka matanya semula dan mengeluh kecil. “Kalau potion
tu tak dapat dibuat, tentu Kak El buat cara yang membunuh.” Katanya dengan
perlahan, memandang siling putih kosong tanpa sebarang ukiran.
Ann bangkit semula dari sofa dan bergerak ke meja
experimentnya. “Ini sahaja yang aku boleh buat untuk Kak El, jadi tak boleh
mengalah dengan cepat.”
Ann mula menyambung kerjanya semula mencari formula yang
tepat untuk membuat potion yang Luna inginkan.
XOXOXOXOX
Sementara itu, Viola pula berada di gelanggang tennis istana
sedang bermain tennis bersendirian bersama mesin lontar bola.
Setiap bola yang tiba di pukul dengan sekuat hati.
melepaskan kemarahannya yang tidak menentu.
Sudah dua hari Fee tak tegur aku.. kenapa dengan dia tu?
desis hatinya sambil memukul bola tennis. “Tak Guna!!” sekali lagi dia memukul
bola tennis dengan raketnya dengan sepenuh tenaganya.
Bola tersebut meluncur ke sebelah jaring dengan laju menuju
mesin bola tennis tersebut.
Tetiba, sebatang raket bewarna jingga membalas bola Viola
membuat Viola terkejut. Dia akhirnya tersenyum melihat wajah si pemilik raket
jingga dan membalas semula bola tersebut. Mereka berdua mula bermain Tennis.
“Don’t you miss me?” Soal Jonghyun bermain Tennis bersama
Viola.
“Mungkin… mungkin tidak.” Viola kata acuh tak acuh sambil
melawan Jonghyun
Jonghyun berdengus. “Cheh, Itu kurang 50% rindu.”
“Salah kau juga pergi tanpa beritahu. Sampai sana baru nak
SMS.” Viola membalas pukulan bola Jonghyun dengan kuat. Melepaskan geram.
“Kau lonely ke?” Jonghyun membalas bola Viola dengan usikan.
“SO WHAT if I’m Lonely!” Viola membalas bola Jonghyun dan
terkena jaring. “Kau tiada di sini untuk ku!”
Jonghyun terkejut mendengar ayat Viola. Bola Tennis
berguling ke kaki Jonghyun. “Apa maksud kau…”
“Aku sunyi okay!” Kata Viola dengan tangisan air mata. “Aku
bergaduh dengan Fee. AKu tak dah sesiapa di sini time semua orang ada masalah
sendiri. Kau pun tiada time aku perlukan kau… kenapa kau, kena…”
Jonghyun berlari kearah Viola dan memeluknya dengan
erat. “Kenapa kau tak call aku!!” Viola
tersentak. “Kalau kau sunyi, kau patut call aku dan suruh aku balik!”
Viola kaku. Tidak tahu apa yang dia nak katakan kepada
Jonghyun. “K.. Kau ada kerja dan ak.. aku tak nak ganggu kau…” bukan… bukan ini
aku nak cakapkan, bukan yang ni desis hati Viola.
Jonghyun memandang wajah Viola dan mengelap air matanya.
“Bodoh..” Dahinya dijentik. “Kau nak tipu aku ke? Viola yang aku kenal tak
pernah fikirkan tentang situasi orang lain. Kau perempuan yang ikut suka hati
mak nenek kau je, asalkan kau happy. Tak mungkin kau akan fikir tentang kerja
aku di gurun.” Jonghyun memegang kedua tangan Viola. “Cuba cerita apa yang buat
korang dua sampai perang dingin cam ni.”
Viola memandang kearah lain, blushing, tidak mahu lihat
wajah Jonghyun. “Kau jangan ketawa pula.”
Jonghyun mengangguk dan mengangkat tangan. “Sumpah. Hah, apa
halnya?”
“A.. AKu cemburu nampak Fee dan Key…” katanya dengan
Perlaaahan.
“A.. APa?” Jonghyun menahan tertawa. “Cuba ulang sekali
lagi?”
Viola memukul dada Jonghyun. “Kau ingat aku nak repeat lagi
ke?”
Jonghyun tertawa besar mendengar Viola cemburu dengan
adiknya bermesra dengan Key. “Kau jealous sebab Key lebih rapat dengan Fee atau
kau cemburu sebab aku tak dah nak manjakan kau cam mana Key manjakan Fee?”
Viola menjelir Lidah. Jangan Harap aku nak jawab tu desis
hati Viola.
Jonghyun mengangguk faham apa maksud disebalik lidah yang
menjelir. Dengan segera Jonghyun mengeluarkan phonenya dan mendail satu nombor.
“Hello Key, Aku dengar Vee dan Fee begaduh betul ke?”
“JO…” ayatnya terhenti apabila Jonghyun mengucup dahinya.
Mukanya berubah warna ke merah. Panasnya hingga ke telinga.
Senyap juga kau desis hati Jonghyun. “Aku rasa sebab Kau
terlalu manjakan sangat si Fee tu sehingga kakak dia sendiri cemburu nampak
korang dua bermesraan.”
Kedengaran suara ketawa dari lubang speaker phone Jonghyun.
Viola tambah malu apabila Jonghyun beritahu perkara sebenar ke Key.
No!! Sengal punya Jonghyun!! desis hati Viola malu habis
kerana Jonghyun.
Jonghyun melihat wajah Viola yang merah dan tersenyum.
“Okaylah Key, aku nak selesaikan urusanku di sini and nanti kita sambung okay?
bye.” Jonghyun mematikan dailnya dan di masukkan kedalam poket seluar.
Jonghyun menghulurkan tangan kearah Viola. “Vee, Jom. Aku
nak bawa kau ke tempat yang akan buat kau lupa tentang kesunyian kau.”
Viola menyambut tangan Jonghyun. “Ke mana?”
Jonghyun mengenyit mata. “Adalah. Tapi yang confirmnya kau
pasti suka.”
Viola tersenyum manis. “Okay. Asalkan bukan tempat yang…”
“Aku tahu, tempat yang feminine bukan taste kau. Ah! hampir
terlupa.” Jonghyun mengeluarkan phonenya balik dan sms seseorang.
Viola memanjangkan lehernya ingin lihat siapa yang di smsnya
tapi jonghyun di bawa lari skrin phone dari Viola. Viola mencebik. “Siapa kau
sms tu?”
Jonghyun menekan butang send dan masukkan kan dalam poke
seluar. “Key.. Beritahu dia yang aku bawa lari kakak iparnya.”
Kedengaran bunyi deringan sms datang dari phone Luna dan dia
mengeluh kecil. “Siapa yang kacau aku lagi ni?” Soal Luna yang sedang sibuk
dengan kerja di library.
Di lihat manusia durjana mana yang berani kacau harimau
betina dan dia menghembus nafas give up. >Putera no manner< tertera di
skrin phonenya.
“Apa yang dia nak cakap lagi ni?”
From: Putera no
manner
Subject: (No subject)
Text: Ini ke sebab
kau panggil aku balik? Aku dah beritahu sebab sebenarnya jadi pandai-pandailah
kau settle hal dorang dua.
Luna tersenyum melihat SMS Jonghyun. “Jadi Viola dan Fiona
bergaduh sebab cemburu je? Aku rasa tak. Viola takkan cemburu pasal benda yang
dia sendiri boleh dapat dari Jonghyun.” Luna menutup buku yang dia sedang baca
dan bergerak ke tingkap yang berdekatan.
Di situ, dia dapat lihat Fiona berada di pondok taman sedang
memandang phonenya dengan lama. Kelihatan seperti menunggu SMS atau paggilan datang.
“Dia tentu nak call Viola atau tunggu panggilan dari
kakaknya.” Luna menyandar di cermin tingkap dan memandang ke langit. “Satu
kepala batu dan satu lagi pemalu. Kalau mereka dua ni berterusan tidak
bertegur, mereka takkan sampai ke Awakening kedua. Aku perlukan korang dalam
awakening kedua.”
Luna mengeluarkan phonenya dan mendail nombor Key. “Hello?
Key, aku nak kau dan Jonghyun aturkan sesuatu….”
XOXOXOXOX
Manakala, Onew berada di Green house bersama Mea. Dia hanya
perhatikan Mea berkebun dengan senyap sementara dia sedang meninkmati honey
tea.
Dia rasa janggal sejak beberapa hari ini Mea tidak banyak
bercakap dengannya. Ini buat dia risau apabila masanya sudah semakin suntuk.
“Mea, kau okay ke?” Akhirnya Onew mula bersuara selepas
sekian lama memerhatikan gerak geri Mea.
Mea mengangguk tanpa memandang Onew. “Aku tak apa-apa.
Kenapa?”
“It’s nothing. Mea, kalau aku tiada di sisi kau apa kau akan
buat?”
Mea terkejut mendengar soalan Onew. Dia teringat tentang
fail perkahwinan Onew dengan Luna. “Apa kau merepekkan ni? Tak mungkin raja
Pervert akan pergi kan?”
Onew tertawa kecil. Raja Pervert lagi desis hati Onew. “Aku
tak pernah jemuh dengar kau panggil aku itu.”
Hentikan… apa maksud kau tak pernah jemuh? Desis hati Mea
sakit.
“Mea, kalau Luna…”
“Hentikan!” Jerit Mea apabila mendengar nama Luna keluar
dari mulut Onew. “Kenapa Luna? Apa istimewanya Luna sampai kau sanggup buat cam
tu? Apa kurangnya aku dari Luna? Aku tahu dia penjaga Heart of Robella tapi
takkan kau sanggup sakitkan hati aku sampai cam tu sekali!”
“Mea… apa kau cakapkan ni? A.. Aku tak faham.” Onew ingin
melangkah mendekati Mea tapi Mea terus berlari keluar dari Green House
meninggalkan Onew.
Onew, kau bodoh! memang bodoh! aku benci keu desis hati Mea.
Langkah Mea terhenti apabila terserempak dengan Luna di
laluan ke Green House. “Luna…”
“Mea?” Luna melihat mata Mea berkaca. “Kanapa dengan Kau?
Kau okay ke?”
Mea menggenggam tangannya di sisi rasa sangat marah dengan
Luna. Kau masih lagi buat tak tahu padahal kau dah rampas Onew dari aku? Kau
sama je dengan Raja Pervert tu! desis hati Mea.
Mea melihat fail di tangan Luna tertulis, ‘borang
perkahwinan’. “Kau dah puas?!” Soal Mea melepaskan geram. “Aku lebih suka Luna
dunia manusia dari Luna yang datang dari Dunia ni! Aku benci kau! Benci!”
Luna terkejut. Rasa geram mendengar ayat keluar dari mulut
rakan karibnya sendiri. “Jadi apa yang kau nak dari aku?”
Mea terdiam. Buat pertama kali dia mendengar Luna
menggunakan suara dingin kepadanya. “Ak.. Aku…”
“Kau nak Apa?!” Jerit Luna tidak puas hati dengan perangai
Mea yang tetiba berang dengannya. “Kalau kau marah dengan aku cakap jelah apa
masalahnya! bukan tetiba teriak dan cakap kau benci aku!!” Luna melontar fail
di tangannya ke kaki Mea dan beredar dari tempat itu.
Mea hanya berdiam diri melihat Luna berjalan pergi dari
pandangannya. Setelah bayangan Luna tidak kelihatan, Mea memungut fail tersebut
dan memihat isi kandungannya.
Terbeliak mata Mea melihat namanya dan nama Onew tertulis di
borang perkahwinan itu. Siap dengan tandatangan Luna sebagai saksi lagi.
“Tak mungkin… Dia buat cam ni?”
Onew yang dari Green House akhirnya dapat mengejar Mea.
“Mea, Kau kenapa?”
Mea memandang kearah Onew dan berikan fail tersebut kepada
Onew. “Luna.. Dia..”
Onew mengambil fail dari tangan Mea dan membacanya. Dia juga
turut terkejut melihat borang perkahwinan itu. “Apa yang dia rancangkan ni?”
“Onew, Apa maksudnya? Bukannya kau dan Luna akan berkahwin
ke? kenapa borang ni tertulis nama kita dan Luna jadi saksi?”
“Cam mana kau tahu pasal perkahwinan kami?”
Mea memandang ke tanah, rasa bersalah tetiba. “Aku terdengar
korang berdua bercerita tentang borang perkahwinan yang En Edward bagi. Aku
ingatkan kau…”
Onew menjentik dahi Mea. “Aku takkan duakan kau. lagipun,
Luna hanya untuk Minho seorang. Hanya Minho yang dapat buka hati batu budak
tu.” Onew tersenyum nakal. “Lain kali dengar dulu sebelum menuduh. Kalau Luna
tahu kau buat cam ni confirm dia meletup. Dah lah korang dua ni kawan baik.”
Mea tertunduk. Rasa sangat bersalah apabila dia menuduh Luna
sembarangan tadi sampai cakap dia membenci Luna. tentu Luna takkan maafkan dia
sebab rakan karibnya sendiri menuduh dia sebagai perampas lelaki orang lain.
XOXOXOXOX
“Ahhh!!! Tak menjadi!” Ann melontar beaker yang mengandungi
sejenis liquid berwarna hijau lumut ke dinding melepaskan geram kerana
formulanya tidak berjaya lagi. Liquid tersebut hangus memakan lantai sehingga
meninggalkan lubang yang agak dalam.
“Kenapa ia tak menjadi? Formula dah banyak kali aku ubah…
apa yang salah di sini? Apa yang kurang?” Ann membelek semula kertas yang
mengandungi formula potion yang Luna inginkan. “Apa yang salah?!”
Pintu bilik makmal Ann dibuka oleh Teamin dan dia terkejut
melihat lantai makmal yang berlubang-lubang di merata tempat. “Ann… Kau okay
ke?”
Ann berpaling kearah Teamin dan menggeleng sambil
bergelinang air matanya jatuh ke pipi. “Teamin… Aku dah gagal… A.. Apa patut
aku buat?”
Teamin melangkah secara perlahan mendekati Ann kerana takut
kakinya terkena liquid yang belum kering. “Apa masalahnya? Mungkin aku boleh
tolong?”
Ann memberi sehelai kertas yang mengandungi formula potion
kepada Teamin. “Kak El nak aku buat satu ubat yang boleh membawa rohnya ke
dunia lain. Tapi, aku belum lagi dapat jalan penyelesaiannya. Apa patut aku
buat Teamin?”
Teamin melihat kertas tersebut. Dah sah satupun dia tak
faham. Entah cam mana si Ann boleh faham semua nombor-nombor ni desis hati
Teamin sendiri pening melihat jalan pengiraan yang sangat, sangat panjang.
Tapi dia tak boleh cakap dia tak faham nanti lebih parah
pula si Ann tanggung sendiri. “Tiada cara lain ke selain membuat ubat ni?”
Ann menggeleng. “Kak El kata ini satu-satunya jalan yang
tidak membawa maut. Sebab tu aku setuju untuk buat.” Ann menggenggam tangannya
dengan erat. “Dia selalu sembunyikan maasalah dan selesaikan sendiri tapi kali
ini dia meminta pertlongan dari aku dan aku tak nak hampakan dia. Tapi, aku tak
dapat tunaikan permintaannya. Apa patut aku buat Teamin? AKu takut Kak El akan buat
cara lain yang mungkin akan membunuhnya…”
Teamin tersentak. Apa yang Luna sedang rancangkan sekarang
ni? untuk apa potion jenis cam tu desis hati Teamin mula tidak tenang.
Dia memadang wajah Ann dan tersenyum nipis menyembunyikan
rasa curiganya terhadap Luna. “Kalau begitu, janganlah kau give up dulu. Apa
kata aku di sini tolong kau dengan experiment kau.” Teamin mengusap kepala Ann
dan dahi mereka bersentuhan. “Aku mungkin tak banyak menolong tapi aku akan sentiasa
di sisimu untuk menyokong dan memberi semangat untuk kau.”
Ann blushing. Jantungnya berdegup kencang dan darahnya mula
cair dan bergerak laju ke satu badan. Ann memandang wajah Teamin dan mencium
pipinya. “Thanks.” Katanya dengan senyuman manis.
Teamin kaku apabila mendapat ciuman dari Ann. A.. Apa dah
jadi tadi? Desis hatinya.
Ann tergelak malu melihat wajah shock Teamin dan dia segera
membuat kerjanya semula.
Comments
Post a Comment