Twenty-first L.O.V.E
Poisonous Ivy
“Diaval?”
Ivy baru sahaja
bangun dari tidurnya dan perasan yang burung gagak yang sentiasa berada di
tiang rehatnya, setia menjaga ivy semasa dia tidur tiada berada di dalam bilik
itu. Malah Ezra juga tiada dibilik tersebut dan bilik air juga tiada bunyi. Kalau
dia keluarpun, pasti Ezra akan tanpal nota di depan pintu bilik mereka.
Ezra mungkin
dingin dengan Ivy kadang-kadang tapi dia sentiasa beritahu Ivy kalau dia keluar
ke tak. It’s not like Ivy kesah dia keluar ke mana tapi macam tu lah Erza. Bila
dia tak buat macam tu ia agak pelik bagi Ivy.
Diaval pun satu.
Dia tiada berada di sisi Ivy semasa dia bangun. Ke mana burung gagak tu pergi?
Ivy menggeleng
kecil. Mungkin dia keluar awal untuk ke pixie hollow or something. Ahli sihir
muda ini turun dari katilnya dan semasa dia nak bangun, kakinya gagak berfungsi
membuat dia jatuh berlutut di tepi katil.
Penglihatannya
kabur untuk seketika dan jantungnya berdegup dengan kencang tanpa sebab. Ivy
menyentuh dadanya yang rasa panas semacam. Dia rasa gelisah dan cemas.
Kenapa dengan dia
ni?
Ivy menarik nafas
dalam beberapa kali dan cuba bangun semula. Nasib baik dia dapat bangun dan
masuk ke dalam bilik air dengan perlahan.
Usai membersihkan
diri dan mengenakan pakaian dari wardrobe yang telah diubahsuai oleh empat
kawannya, dia terus bergerak ke academy untuk memulakan kelas yang akan mula
dalam kurang dari 20 minit.
Ivy dapat rasakan
beban dari pandangan pelajar lain semasa dia masuk kedalam Wing C. pandangan
mereka sangat tidak selesa, sepertinya mereka merenung Ivy seperti hari pertama
Ivy berada di Academy itu. Renungan yang jijik, membenci kehadiran Ivy di tempat
itu. Berbisik sesama sendiri tentang keburukan Ivy di sekolah itu, seorang yang
keji, kejam, jahat, Evil, Villain.
“Traitor!”
Ivy berpaling
kearah seorang budak kecil lelaki yang menjerit kearahnya dengan nada jijik.
Budak yang memberi bunga kepada Ivy dahulu. Dia menuding jari kearah Ivy,
mengutuk, memakinya tanpa henti. Selepas itu, mereka yang lain juga mengikut,
mencaci Ivy.
“Talam dua muka!”
“Penipu!”
“pembelot!”
“Lying B*tch!”
Ivy membelakangkan
diri tapi lebih banyak cacian datang dari belakangnya membuat dia berputar.
Matanya terbeliak bulat melihat siapa yang turut memakinya.
“Kau penipu!”
Sahut Apple Red dan melontarkan sekotak cupcake ke kaki Ivy membuat ahli sihir
ini terkejut. “Ambil balik ‘gratitude’ palsu kau ni! Kau tak pernah ikhlas nak
bagi cupcake tu kepada kami pun!”
“T-tak, Apple
listen—”
“No!” Apple
menutup telinganya sambil menggeleng laju. “Aku percayakan kau tapi kau
khianati aku! I hate you! I hate you!”
“Kau mempergunakan
kami untuk musnahkan Enchanted!”
Ivy berpaling
kebelakang, sekarang Hanna dan Gweneth berada di belakangnya. Tiada lagi
pelajar-pelajar academy yang mencaci di sekelilingnya. Hanya tiga rakannya
berada di laluan kosong itu.
“You Sly little wh*re…. Kau sememangnya Evil, kau takkan
pernah berubah. You are rotten to the Core.” Gweneth merenung tajam kearah ivy
sambil memeluk tubuh. “Dan kami ingatkan kau betul-betul baik. Tapi…..” Dia
menggeleng sambil memandang Ivy dari atas hingga bawah. “Disgusting creature.”
Pandangan Ivy
berubah dari Apple Red ke Hanna dan Gweneth. Keliru dan Cuak kerana mereka
bertiga sudah tahu tentang dirinya, mempermainkan mereka dan mengambil
kesempatan kearah mereka.
Dari mana mereka tahu? Siapa beritahu
mereka? Ini tak mungkin terjadi… macam mana perkara ni boleh terjadi.
“See, aku dah kata
dia ni keji. Semua tu hanya lakonan.” Gretel muncul dari kegelapan dengan
senyuman sinis terukir pada bibirnya.
Ivy baru perasan
yang mereka bukan lagi di laluan Wing C, tapi di suatu tempat gelap. Tiada
apa-apa di sekeliling mereka. hanya empat kawannya mengelilingi Ivy,
merenungnya dengan penuh kebencian pada mata mereka.
“Gretel….” ahli
sihir ini berdesir dengan penumbuk yang digenggam erat di sisinya. “Kau
beritahu mereka?”
“Heh..” Gretel menarik
sengih. “Akhirnya aku dapat lihat kau tergugat dengan aku. Of course aku
beritahu mereka. mereka tidak layak dipermainkan oleh perempuan keji macam
kau.” Gretel menolak bahu Ivy membuat dia mengambil selangkah kebelakang. “Kami
perhatikan kau dari awal kau masuk sini Ai. Jangan pandang rendah dengan
orang-orang The Great Wizard Merlin.”
The Believers…. Jadi betullah Gretel
berkomplot dengan Pengetua Merlin untuk korek rahsia Ivy. Dia dekati Ivy untuk
dapatkan info tentang dirinya. “Dan Hansel?”
“dah tentu aku
bantu.” Hansel muncul di sebelah Gretel juga tersenyum. “Surprise seeing me
here? Aku bagi informasi kat Gretel dan sebagai ganjaran,Wizard Merlin benarkan
aku balik ke Enchanted.”
“Kau Pembelot! Aku
ingatkan kau kawan aku!” marah Ivy, bajunya terbakar dengan api kemarahannya,
membakar lantai di sekelilingnya tapi tidak capai kearah mereka. Kenapa? Ivy nak bakar mereka semua! Dia nak
hapuskan mereka semua termasuk Hansel!!
“Kawan? Heh..”
Hansel tergelak. “Aku tahu rancangan kau Ivy, kalau Enchanted musnah kau akan
seksa adik aku. Aku takkan benarkan kau sakiti orang yang aku sayang. Tak akan.”
Ivy memandang
kawan-kawannya dengan rasa marah, kecewa, takut, berang dan banyak lagi
perasaan yang bercampur aduk dalam dirinya. Ia buat Ivy keliru, sakit pada
dadanya tidak dapat dia tampung.
“Ivy…”
Ivy mendongak
melihat Louis yang kelihatan sedih, berdiri sedepah jauh darinya. Dia juga
perasan sekarang mereka berada di dalam hutan Mahligai, di tempat rahsia mereka
di tepi tasik. Bukan itu sahaja, rakan-rakannya juga berada di belakang Louis,
menghalang lelaki itu mendekati Ivy.
“Louis….” Ivy
menahan dirinya dari mengalirkan air mata. Jantungnya sakit melihat muka kecewa
Louis. “kau percayakan aku kan?... kau tahu aku takkan buat macam ni…. Kan?”
Louis berpaling
muka, tidak sanggup untuk melihat tepat ke mata perempuan yang dia sayangi. “I
don’t know what to believe anymore…” Louis kembali melihat Ivy tapi kali ini
pandangannya membuat Ivy ingin menangis. Pandangan jijik yang dilontarkan dari
lelaki itu. “Aku dah tak tahu kau siapa… kau bukan Ivy. kau pembelot… kau ingin
musnahkan kerja keras aku selama ni… kau bagi aku harapan palsu dan
musnahkannya. Kau ingin musnahkan Enchanted…” Louis menggeleng, kecewa dan
sakit. “I don’t want to see your face anymore… tak boleh… aku tak sanggup.” Dan
Louis berpaling dan bergerak pergi bersama yang lain. Julliana yang berada di
belakang kawan-kawannya muncul dan menyentuh bahu Louis dan memberikan kucupan
di pipi sebelum membawa Louis pergi dengan berpimpin tangan.
“Tak… Tak—Louis!!!”
Jeritnya, dia jatuh berlutut di atas tanah, merelakan dirinya berlutut, meminta
untuk Louis kembali. Tapi jeritannya, pintanya diendahkan dan melihat
kawan-kawannya itu, orang yang penting baginya pergi. “Please… come back..”
Kenapa boleh jadi
macam ni? Kenapa rancangannya boleh rosak tanpa dia sedari? Ini kerana dia
lemah, dia cuai, dia terlalu yakin dengan dirinya sendiri! Kecuaiannya telah
memakan diri Ivy. Dia tak patut tolong Hansel berjumpa dengan adiknya, Dia tak
patut cuba berkawan dengan orang Enchanted, dia tak patut dapatkan kepercayaan
sesiapa dan berkawan dengan mereka… tidak Apple Red, atau Hanna, atau Gweneth,
atau Louis… Dah tentu bukan Louis…
Kenapa dia buka hatinya untuk mereka??
“You
insolent Fool!!”
Ivy rasa sesuatu
panas di belakangnya dab berputar memandang perempuan yang dia tidak akan
jangka berada di situ sekarang.
“I-Ibu—”
“You are not my
child…” Ibunya berdesir, menjeling kearah Ivy yang berlutut. “Kau berlutut,
berkawan dengan Enchanted, mencintai
seorang Enchanted.” Katanya dengan nada rendah tapi kemarahannya bertambah
tinggi dan itu boleh dilihat dengan api kemarahan ibunya yang membakar hutan
Mahligai itu. “You beg for them…. We never beg for anyone.”
“Saya tak—” Ayat
Ivy tergantung bila dia dengar bunyi gagak menyahut dan Diaval muncul dari
langit dan mendarat di atas tongkat sakti ibunya.
“Turn into a
bird.” Ibunya menghayunkan jarinya dengan kasar menukar Diaval menjadi manusia.
“Tell me. Everything.”
Ivy menjadi cuak
bila dia lihat Diaval tunduk kepada Ibunya mengikut perintah tuannya. Beritahu
segala-galanya tentang Ivy selama berbulan dia di Tanah Enchanted, dia menukar
magicnya ke sumber magic baik, membuat amalan baik bersama rakan-rakannya,
menyukai seorang Putera Enchanted dari kecil lagi. selalu menyelinap ke hutan
mahligai dari kecil. Setiap kelakuan Ivy yang Diaval beritahu kepada Ibunya
membuat Ibunya makin berang dan matanya menyala.
“Disgusting.” Ibunya menjeling kearah
Ivy dan berputar kearah Tanah Vicious. “Jangan pernah muncul didepan muka ku
lagi. Kalau aku lihat kau atau ketahui kau kembali ke Vicious. Mark my word; I
will kill you.”
“Then kill me
now.” Ivy bersuara dengan segala tenaganya yang tinggal. Dia mendongak melihat
ibunya yang hanya menjeling melalui bahunya.
“Jangan fikir aku
akan biarkan kau mati begitu sahaja.” Katanya dan berdecit. “Aku akan biarkan
kau hidup dan berdepan dengan orang yang benci kau. Terseksa bersendirian tanpa
arah tuju. Vicious dan Enchanted tidak lagi menerima kau. That is you
punishment and will always be. Forever.” Dan dengan itu Maleficent pergi
menghilangkan diri didalam api kemarahannya bersama Diaval, burung gagak yang
setia dengannya; sempat memaling kebelakang melihat bekas anak jagaannya yang
berlutut tidak bermaya di tengah-tengah hutan yang terbakar. Hanya melihat
tanpa apa-apa perasaan sebelum berubah menjadi seekor burung semula dan terbang
pergi.
Ivy hanya berlutut
di atas tanah itu tidak berbuat apa-apa, tidak bertindak atau pun memikir. Dia
dah tak tahu nak buat apa. Selalunya pada masa sekarang dia akan minta
pertolongan dari Diaval untuk nasihat. She
is just a young villain. Semua kerja kerasnya berakhir dimana dia bermula.
Di tasik tersebut. Semua bermula di situ, dan juga ia berakhir di tempat yang
sama.
Idiot… kalau kau tak buka hati kau kepada
mereka dah tentu kau takkan berada di sini. Kau patut buang hati kau empat
tahun lalu… menguncinya tidak cukup. Ia akan terbuka tanpa kau sedari. Kau tahu
akibatnya tapi kau tetap simpan hati kau…
Bodoh..
Lemah…
Tidak berguna…
Ivy kembali marah
dan apinya kemarahannya marak secara perlahan dan membakar hutan tersebut
dengan sisa api ibunyanya. Ia bercampur aduk, api Ivy melawan api Maleficent,
memakan api hijau itu dan menjadi lebih besar menjadi api hitam. Api ungu Ivy
memakan api Hijau Malefient menjadi api hitam yang besar, membakar hutan itu
lebih cepat dari sebelumnya bukan itu sahaja, air dalam tasik mula menjadi
kering disebabkan kepanasan api hitam itu.
“Now whom the shame one?”
Ivy tidak bergerak
dari posisi berlutut bila dia dengar suara dikenali; Jack muncul di depannya
dengan senyuman sinis, terhibur melihat Ivy jatuh didepannya. Suatu pemandangan
yang sangat indah bagi Jack.
Jack mengelilingi
perempuan itu untuk beberapa kali, memijak api hitam tanpa terkena sebarang kesan
kepadanya sebelum mencangkung di depan ahli sihir muda yang telah gagal
melakukan misinya.
“This is what
happen bila kau bergaul dengan Enchanted. Mempercayai mereka dari percayakan
aku.” Katanya sengetkan kepalanya untuk melihat wajah Ivy dengan lebih jelas.
“In the end they will betray you. In the end, kau yang di sakiti, in the end…
kau keseorangan. Ketakutan unggul kau. Pada akhirnya kau bersendirian. Hanya
seorang diri seperti kau kecil. Pathetic little lonely witch—”
Ivy terus
menerkam leher Jack dengan erat. Matanya bercahaya, menjeling kearah Jack yang
bergelut untuk melepaskan diri dari cengkaman maut Ivy.
Mata Ivy tajam
seperti mata seekor naga dan kesemua giginya berubah menjadi gigi taring yang
sangat tajam, tersenyum gila kepada Jack. “Shut… the f*ck… up.” Dia berdesir
dengan perlahan. Mulutnya mengeluarkan asap putih seperti api ingin keluar dari
mulutnya. “Kau ingatkan aku perlukan mereka? Kau ingatkan aku perlukan kau? Kau
ingatkan aku perlukan Maleficent?”
Ivy kembali berdiri dengan membawa leher Jack naik ke udara dengan muda. “I
don’t need anyone. Aku boleh hapuskan semua orang atas tanah durjana ni
dengan tanganku sendiri dan Tiada siapa
boleh hentikan aku.”
Jack menarik
sengih walaupun nyawanya tergugat sekarang ni. “K—Kau? Itu hanya cakap ko—” Dia
tidak dapat bersuara bila Ivy menguatkan genggamannya.
“Don’t underestimate me Jack. I am stronger than The
Wee Wizard Merlin and The Evil Wh*re Maleficent.” Dia terus melepaskan Jack.
Melihat lelaki itu terbatuk-batuk di atas tanah, cuba bernafas melalui
kerongkong yang hampir dipatahkan oleh Ivy.
Jack mendongak
memandang Ivy dan perasan sesuatu yang baru tentangnya. Dia tiada ekspresi
wajah langsung. Dia memandang Jack dengan pandangan kosong dan sepasang mata
itu boleh masuk kedalam jiwa Jack. Membuat dia lemah lutut dan menggeletar satu
badan.
Bukan itu sahaja
api kemarahan milik Ivy bukan lagi warna ungu tapi warna hitam. Ia membentuk
sepasang sayap di belakang Ivy dan sepasang tanduk besar di kepalanya.
Adakah ini Ivy yang sebenarnya?
Jack menarik
sengih. “Then unleash your full power Ivy
the Devil.”
Api hitam Ivy
marak dari sebelumnya, dan awan hitam berkumpul di atas mereka, petir berwarna
hitam sambar menyambar dan angina taufan bertiup kencang secara tiba-tiba.
Ivy tersenyum
sinis, senyuman yang boleh buat orang berharap mereka tidak akan pernah
berhadapan dengan Ivy. Diri Ivy yang sekarang ni. “Let’s start with you.”
Dan Ivy bangun secara mengejut.
Perkara pertama
dia perasan ialah sepasang mata biru yang cemas tunduk memandangnya, nafasnya
berat seperti ivy sekarang ni dan dia menggigil? Diaval juga berada di tepi
katil Ivy, menjerit dengan kuat cuba bangunkan Ivy dari tidurnya.
“Ivy! Thank god
kau dah bangun!” sahut Ezra agak lega tapi masih lagi cemas. “Kau kena hentikan
semua ni!”
Ivy terus bangun
dari katilnya bila dia perasan bilik mereka dalam kebakaran. Api hitam menjilat seluruh bilik mereka dan juga
lantai bilik itu basah.
Kenapa ia basah?
“Aku cuba redahkan
api ni guna kuasa aku tapi…” Ezra menggeleng dan mengelap peluhnya yang jatuh
di dahi. “Ia terlalu kuat untuk aku.”
Ivy segera mengeluarkan
kayu saktinya dari bawah bantal dan mendepakan keudara. Dia mula membaca
mantera membuat matanya bercahaya dan menghayunkan kayu saktinya, mematikan
semua api hitam tersebut dengna cepat sebelum ia menghancurkan bilik mereka.
Setelah api tersebut
mati, Ivy jatuh terduduk di atas katilnya dengan keluhan panjang. matanya
melihat setiap sudut bilik mereka yang telah hangus terbakar akibat apinya
sendiri.
It’s just a nightmare…..
“Ezra… kau okay
ke?” Soal ivy berpaling kepala kearah roommatenya yang berpeluh. “Aku cederakan
kau ke?”
Ezra menggeleng.
“Tak tapi ia menakutkan.” Katanya memandang Ivy penglihatan trauma. “Kau
menakutkan. Kau meronta-ronta dalam tidur Ivy. Kau okay ke?”
Ivy menghembus
nafas panjang dengan senyuman tawar. “Yeah… aku hanya stress beberapa hari ni sebab final exam dah nak dekat. Aku rasa ini sebab kurang tidur, selalu
bergadang di library sampai tengah malam.” Katanya memicit tulang hidungnya.
“Hey Ezra, aku rasa kita patut report kat Penjaga Wing Winter tentang bilik kita.”
Ezra mengangguk
setuju. “Kau stay di sini. Aku keluar panggil Encik Carlos.” Katanya dan
bergerak keluar meninggalkan Ivy berseorangan bersama burung gagaknya.
“Turn into a
bird.”
Diaval berubah
menjadi manusia dan berdiri di hadapan Ivy, wajahnya kelihatan cemas, takut.
“Apa dah jadi?”
“A nightmare.”
Katanya dengan nada rendah. Tundukkan dirinya memandang karpet bilik yang dah
hangus.
“A Villain having
a nightmare?” Soal Diaval agak terkejut. “kau tak boleh dapat nightmare. Itu
mustahil.”
“Aku tahu.” Ivy
menarik nafas dalam, cuba tenangkan dirinya bila dia ingatkan balik mimpi
ngerinya. “Hey D…”
“Hmm?” Diaval
melihat Ivy kembali rebah atas katil dengan kedua tangan didepakan kesisi
dan memandang siling bilik.
Ivy teringatkan
mimipinya dimana Diaval beritahu segala-galanya kepada Ibunya tanpa
teragak-agak.
Ivy memejamkan
matanya. “Nothing… Winter dah nak tiba… it always bad luck for Vicious setiap
kali musim sejuk bermula.”
Diaval bergerak ke
tepi katil dan duduk di sebelah Ivy. “Kau rasa sesuatu yang tak kena? Sebab tu
kau dapat mimpi buruk?”
Ivy mengangguk.
“Ada seseorang mengugut aku beberapa hari lalu… Kau kenal Jack and Jill kan?”
Soalnya memalingkan kepala ke tepi, melihat wajah Diaval. “Jack. Dia boleh guna
Black magic.”
Diaval menjungkit
kening. “How. Di sini bukan tempat yang senang untuk hasilkan black magic.”
“Aku tahu.” Ivy
duduk di atas katilnya dan mengeluh. Dia
rasa sangat penat. “Dia hanya boleh buat jampi kecil. Little tricks tapi
dia tetap merbahaya.”
“setinggi mana dia
merbahaya?”
“Dia tahu banyak
benda tentang Enchanted. Termasuk tentang aku. Dia terlalu merbahaya kepada
kita.” Bisiknya membuat Diaval tersenyum kecil.
“Kau akhirnya rasa
tergugat.” Katanya sedikit terhibur membuat Ivy mencebik. “Looks like the game
has begun.”
“What game?” Soal
Ivy sakit hati. “Aku boleh bunuh dia dengan mudah.”
“Kau boleh tapi…”
Diaval memuncungkan mulutnya kearah kayu sakti didalam tangan Ivy. “Kau guna
magic baik. Kau hanya ada one shot menggunakan magic tu kearah kebukuran Ivy. membunuh serangga
kecil tidak berbaloi.”
“Then apa aku
patut buat dekat budak durjana tu?”
Diaval menyentuh
bahu Ivy. “You a smart girl. Aku pasti kau dapat fikirkan sesuatu tentang dia.”
Ivy kembungkan
pipinya, merajuk dengan penjaganya. “Cakap je lah kau taknak bantu aku.”
Diaval tertawa
kecil. “Tak, aku nak kau selesaikan masalah kau sendiri. Aku boleh tolong
sedikit kalau kau nak.”
“Fine…” katanya
sambil mencebikkan bibirnya. “Carikan aku sejarah tentang Jack dan Jill. Aku
perlukan untuk ‘nagotiate’ dengan mereka. terutamanya Jack.”
Diaval tertawa
kecil dan mengangguk. “Okay. Mereka akan sampai dalam beberapa minit lagi. kau
patut—”
“Turn into a
bird.” Ivy menghayunkan tangannya menukar Diaval menjadi burung gagak semula
dan berikan senyuman tayang gigi. “I know. Nampaknya aku akan dipindahkan ke
bilik lain.”
Beberapa minit
kemudian, Ezra dan Penjaga Wing Winter kembali ke bilik mereka dan Ivy
diberikan ceramah sebelum subuh oleh Encik Carlos kerana menggunakan magicnya
sehingga menghancurkan harta Sekolah. Setelah kena marah sehingga matahari nak
terbit, Ivy dan Ezra diarahkan untuk ke kelas seperti biasa sementara Encik
Carlos berbincang dengan Penjaga Wing lain tentang bilik untuk mereka berdua.
Ivy dan Ezra
terpaksa meminjam baju orang lain kerana baju mereka dah terbakar sekali semasa
kebakaran tersebut. Tak Kau Ezra menjerit hampir membekukan Ivy hidup-hidup.
nasib baik Hanna dan Apple Red sampai ke bilik mereka tepat pada waktunya untuk
menghalang puteri ais itu dari menyerang Ivy.
Tak lama selepas
tu Gretel dan Gweneth datang dan terkejut melihat keadaan bilik mereka.
“Babe! Kau nak
buat BBQ kat bilik sendiri ke?” Soal Gweneth sambil ketawa terbahak-bahak.
“Nah. Ini baju
tergelap aku ada.” Gretel serahkan satu beg pakaian kepada Ivy dengan wajah
kurang tidur. “Berani kau suruh gagak kau pecah masuk bilik aku untuk pinjam
baju aku je. Kau tahu tak time tu aku baru nak tidur??”
Ivy tersenyum
tayang gigi. “Sorry tapi baju kau je aku rasa normal.” Katanya dan melihat isi
kandungan beg plastic Gretel. “AKu hidup guna baju ni.” Bisiknya agak lega
melihat baju Gretel.
Dia diamkan diri
untuk seketika bila dia teringatkan mimpinya. Gretel sebenarnya menyiasat tentang Ivy…. The Believer…
“Oi. Aku tahu baju
aku bukan taste kau tapi jangan lah tenung lama sangat!” marah Gretel tapi
tidak tinggikan suara. Kang dia kena migraine pagi-pagi.
“Oh-sorry.” Dia
tersengih-sengih. Kena berjaga-jaga bila
bersama Gretel lepas ni….
Setelah memakai
baju milik Gretel—gosh Ivy rasa geli pakai baju orang lain, tambahan pula baju
tersebut mempunyai warna terang—Ivy dan yang lain terus pergi ke Academy dengan
Ivy ceritakan kenapa Bilik mereka boleh terbakar.
“Mimpi ngeri?
Woa…. rumah kau pernah terbakar ke kalau kau dapat mimpi ngeri kat Vicious?”
Soal Hanna agak teruja mendengarnya.
“Tak.” Ivy
menggeleng. “Ini first time.” Ivy maksudkan ini pertama kali dia dapat mimpi
ngeri, tapi biarlah mereka fikir ia tentang kebakaran.
Ivy baru perasan
sesuatu… Api yang membakar biliknya
berwarna hitam...
Ivy menggeleng
secara mental, bukan sekarang untuk fikirkanya. Bukan didepan kawan-kawannya. “Mungkin
sebab aku masih baru dengan ‘good magic’ ni, so susah sikit nak kawal. Meh,
selepas ni aku kena berhati-hati.”
Ahli sihir muda
ini berpaling melihat dada langit melalui tingkap academy. Dahinya berkerut.
Ada sesuatu tak kena. Ivy dapat rasakan kelainan pada hari ini. A little bit gloomy atau ia hanya
perasaan Ivy?
“Ivy!”
Lamunan Ivy
tersentak, dia hampir jatuh terduduk bila Charlotte tetiba menyerangnya dengan
pelukan erat.
“Oppfft!—Cherr!”
Ivy terbatuk kerana serangan mendadak itu.
Charlotte
tersenyum riang, tidak melepaskan pelukannya pada Ivy. “I heard the news!”
sahutnya teruja. “Bilik Ivy terbakar kan? Apa kata Ivy tinggal kat bilik Char?
Char ada kawan! Dan bilik Char lebih besar! We can play, dress-up party, main
pillow fight, evening tea sambil menikmati pemandangan yang sangat—sangat cantik dari tingkap bilik Char!
Dan-dan—”
“That’s enough
Cherr. Dia ada kelas nak pegi.”
Ivy mendongak
melihat Louis datang mendekati mereka dengan senyuman.
I don’t want to see your face anymore…..
Ivy segera
memalingkan pandangannya kearah lain selain mata Louis. “Char, aku rasa itu
mustahil.”
“ia tak mustahil!”
Charlotte tetap berkeras. “Kalau Char pujuk kat Penjaga wing Spring dan abang..
ABANG!” Dia melepaskan Ivy dan memeluk abangnya pula, berikan puppy eyes kepada
abangnya. “Please-please-please-Puh-lease~~~~~
bagi Ivy tinggal dengan Charlotte!!”
Oh gosh… dia buat muka merayunya lagi Desis
hati Louis cuba mengelak dari termakan dengan muka comel adiknya. “Cherr… lets
discuss this later okay? sekarang kamu kena masuk kelas dan kami juga ada kelas
nak pergi.”
Charlotte
melepaskan abangnya dan mencebik. “nanti petang okay? Char tak kisah, Char nak
Ivy juga ke bilik Char.” Katanya menghentak kaki tanda dia serious sebelum
memeluk Ivy semula. “See you this evening Ai.” Katanya dengan senyuman sebelum
beredar pergi dengan riang. Sempat ‘hmmp’kan abangnya kerana merajuk dengna
Louis.
“Nampaknya kau ada
beban baru princy.” Gretel merehatkan sikunya pada bahu Ivy sambil tersenyum
nakal kerana Putera George yang mengeluh dengan perangai adiknya.
“Looks like it…”
Louis memandang kearah mereka dan perasan kelainan pada Ivy. dia kelihatan
tidak selesa dengan sentuhan Gretel dan juga mengelakkan pendangannya dari
Louis.
Tapi dia
lepaskannya untuk waktu itu. “So, sebagai Putera Raja di Kerajaan ni, saya kena
soal kamu semua; macam mana study kamu? Everything will go well in the finally
exam hujung bulan ni kan?” Soalnya dengan senyuman menawan tapi terdapat nada
mengusik dalam ayatnya.
Mereka berempat mengeluh
panjang. “Tolong jangan ingatkan aku tentang final axem!” sahut Gretel sakit
hati. “Maaf Tuanku, dua tiga hari ni kitorang tak dapat tidur dengan lena
kerana late-night-pull-off dan kawan kita sorang ni sampai dapat mimpi ngeri.”
“Gretel.” Tegur Ivy
dalam nada berbisik dan menyiku perut Gretel. “Shut. Up.”
Gretel tersenyum
nakal. “Don’t be shy baby~ Dia dapat mimpi ngeri teruk sangat sampai tak dapat
kawal api kemarahannya. Sebab tu bilik dia terbakar.”
“Gretel!” sahut
Ivy dengan muka merah. “Urrgghh! Kalau korang nak malukan aku baik aku blah
dari sini.” katanya bergerak pergi dengan menghentak kaki membuat
rakan-rakannya tertawa.
Semasa dia lalu
sebelah Louis, Ivy sempat dengar Louis berbisik ayat pendek kepadanya; ‘I’m
worried’ membuat Ivy agak terkejut tapi tidak menghentikan langkahnya ke
Locker.
Dia risau? Dia perasan ke aku dalam masalah
sekarang?
Ivy menyentuh
dadanya bila dia rasa sesuatu yang dia tidak ingin rasa. Ivy menggeleng kecil.
Tak, dia tak boleh macam ni. Dia kena lawan perasaan tu.
Aku kena kuncinya semula… maybe ada jampi
lain untuk memastikan ia tidak terbuka lagi… Desis hatinya memikirkan cara
untuk mengelakkan diri dari melalukan sesuatu yang akan buat dia menyesal pada
kemudian hari.
Bila dia sampai di
lockernya, ivy mengeluh sekali lagi kerana dia tahu, sebaik sahaja dia buka
lockernya tentu surat-surat cinta akan jatuh bertaburan di kakinya.
Tapi… masalahnya
sebaik saja dia buka pintu lockernya, surat cinta yang sepatutnya berlambak
dalam lockernya terus lenyap di depan mata Ivy; terbakar dengan sekelip mata
dan meninggalkan satu nota terbang ke tangan Ivy.
“you welcome’—Jack.” Ivy meremuk kad tersebut. Geram. Disebabkan lelaki tu
dia ada mimpi buruk. Ivy menyesal tidak bunuh lelaki tu dalam mimpinya,
sekurang-kurangnya Ivy dapat rasa macam mana dia bunuh lelaki tu. walaupun ia
hanya satu mimpi.
Ivy menghempas
lockernya yang tidak bersalah itu sehingga ada kesan hentakan pada hujung pintu
locker itu selepas mengambil buku dan bergerak pergi ke kelasnya dengan
perasaan murung, sakit hati dan berang yang di tahan dalam hati. Tak berang
sangat kerana api kemarahannya tidak marak langsung. Ia lebih kepada
menjengkelkan.
Sepanjang hari,
Mood Ivy sangat Down dan dia seperti menjadi dirinya pada mula dia datang ke
Academy. Menyendiri, suka menjeling orang dan memaki sesiapa sahaja yang berani
menegurnya.
Dan ini semua
kerana dia rasa gelisa. Dia tak tahu kenapa tapi dia tak boleh duduk diam. Pada
mulanya dia ingatkan hanya perasaannya sahaja yang udara di sekeliling Academy
itu agak janggal tapi seharian dia berada di situ, dia mula rasakan ia bukan
perasaannya tapi kenyataan. Di dalam kelas, laluan setiap Wing, Cafeteria…
semuat tempat dia pergi mempunyai atmosfera yang sangat gloomy. Sepertinya
sesuatu buruk akan terjadi.
Dia dapat
rasakannya. Tapi apa? Lets call it a Villain Instinct. Seorang villain dapat
rasakan sesuatu yang tidak kena dan sesuatu yang buruk akan berlaku nanti.
“Arrrgghhhh! This
is frustrating!” sahut Ivy keudara membuat Apple Red tertawa menutup mulut
dengan sopan.
“Itu mungkin
perasaan kau je lah Ai. Kau stress dengan belajar, bilik baru kau dan mimpi
ngeri kau tu. aku rasa itu punca utama sour mood kau ni.” Katanya menuding jari
kearah bibir itik Ivy. “Aku tak pernah tengok kau se’down macam ni. Kau mimpi apa
sebenarnya?”
“Aku mimpi kena pijak.” Jawabnya cepat
tapi tidak secara detail.
Apple tertawa
kecil. “Sebab tu je ke sampai kau meletup bakar bilik kau sendiri?”
“Would you please
stop talking about my room?” soalnya sakit hati sambil memicit-micit dahinya.
“Its giving me a headache. I felt bad about it already so don’t rub it in
setiap kali Korang ungkit pasal mimpi buruk dan bad mood aku.”
Apple hanya
menggeleng, dah biasa dengan nada kasar Ivy. “Anyway, siapa pijak kau? Putera
George ke?”
“Jack…”
Langkah Apple Red
terhenti. “Jack…. Maksud kau pakwe Jill? Dia pijak kau ke?—”
“Tak-tak bukan
itu.” Potong Ivy cemas, matanya meliar keudara seperti dia sedang perhatikan
sesuatu yang tiada siapa boleh lihat. “Jack!”
jeritnya geram dan berlari bertentangan arah dari mana mereka datang.
“Hey Ai—Tunggu!” Apple Red terus
mengejar Ivy dan meminta maaf kepada pelajar lain bagi memihak Ivy yang
melanggar mereka. “Ivy! kenapa ni?!”
Ivy berdecit. “Dia
dah buat Hal.” Katanya dengan nada rendah hampir buat Apple Red tak dengar.
Mereka berlari ke
Wing C dan terus ke jambatan Academy di mana ramai pelajar berkumpul memandang
kearah menara Pengetua Merlin. Apple Red termengah-mengah kerana penat berlari
dan agak terkejut melihat Pelajar Academy sedang berkumpul dijambatan, memandang
ke bawah.
“Apa dah jadi—Oh my
star…” Dia juga perasan terdapat pelajar di tingkap Wing C di setiap tingkat
dan juga beberapa pelajar di bawah. “Ivy?”
Ivy mengendahkan
panggilan kawannya itu dan kembali berlari masuk ke dalam wing C untuk turun ke
bawah untuk melihatnya dengan lebih jelas.
“Move it—” Arah
Ivy kepada pelajar yang berada di depan pintu belakang Wing C dan Berjaya
berada di depan menara Pengetua Merlin. Matanya terbeliak bulat bila dia lihat
siapa yang berada di depan menara tersebut, berlutut dan terikat di hadapan the
Great Wizard Merlin.
Hansel….
Jill menarik tali
yang mengikat Hansel membuat dia berlutut di atas tanah. “Pengetua Merlin! Saya
jumpa dia berkeliaran di hutan Mahligai semasa saya pergi buat assignment
bersama pixie-pixie.” Katanya sedikit hilang nafas kerana berusaha menarik
lelaki itu ke Academy dengan bantuan tiga Pixie haiwan yang juga berehat di
bahu Jill. Penat.
“Dia nampak
mencurigakan sebab semasa saya tegur dia, dia terus melarikan diri.” katannya
lagi. “Jadi… saya dan pixie-pixie haiwan mengambil keputusan untuk
menangkapnya.”
“Tanpa bantuan?”
Soal Wizard Merlin sambil mengusap janggutnya.
“S-Saya minta maaf
sebab bertindak sendirian tapi… dia ni…” Jill jatuhkan pandangannya kearah
Hansel dan menelan air liur sekali. “Dia… sepertinya bukan dari Kerajaan
Camelot dan dia tiada kebenaran masuk ke hutan Mahligai.”
Pengetua Merlin
menggagguk faham, dia berjalan mendekati lelaki yang tundukkan diri itu.
“Hansel….”
Hanya dengan
menyebut nama Hansel membuat semua pelajar yang memandang berbisik sesama
sendiri tentang lelaki itu.
‘Hansel? Abang Gretel ke?’
‘Bukannya dia dah mati ke?’
‘tak! aku dengar dia dipenjarakan sebab
kesalahan yang tidak diketahui.’
‘Eh? Bukan dia dibunuh 10 tahun lalu ke?
pembunuh yang sama yang membunuh Fairy Fauna?’
Hansel mendongak
melihat The Great Wizard Merlin. Tidak berkata apa-apa, menunggu ahli sihir tua
itu untuk bersuara.
“Macam mana kamu
boleh melepasi Pagar tu?” soalnya dengan tenang tapi menimbulkan lagi persoalan
kepada pelajar Academynya.
Hansel menelan air
liur kelat. “S-saya—”
“Hansel!”
“Gretel!” Hansel
ingin berdiri tapi Jill menarik tali ikatnya membuat dia jatuh mencium tanah.
Dia hanya boleh melihat Gretel ditahan oleh pengajar the three musketeers
sambil meronta-ronta.
“Let go of me!—Abang!”
Gretel terkejut melihat abangnya jatuh keatas tanah dan menjeling kearah Jill.
“You idiot! Lepaskan abang aku!”
“I can’t do that.”
Kata Jill sambil menggeleng. “Dia sepatutnya dah mati. Kenapa dia tiba-tiba
muncul pula? Kau sembunyikan dia ke?—”
“No!” Gretel
memotong, masih bergelut untuk melepaskan diri. “Dia tak pernah mati dia—”
“Dia berada di
tanah Vicious.” Pengetua Merlin bersuara membuat mereka memandang kearah lelaki
tua itu. “It’s rather a complicated story.” Katanya dengan keluhan.
Hansel terus
tundukkan diri takut untuk bertentangan mata dengan Ahli sihir hebat itu.
Sekarang dia dalam ketakutan, dia terserempak dengan Jill di dalam hutan
Mahligai dan pandang rendah dengan kebolehannya untuk menangkap Hansel. Dia ada
bantuan dari 3 pixie haiwan! Dah tentu Hansel tidak boleh bersembunyi bila
haiwan dalam Hutan Mahligai bekerjasama untuk membantu Jill mencari dia.
Damn…. Apa patut dia buat sekarang? Dia
tak boleh beritahu Pengetua Merlin tentang Ivy menolongnya. Ivy akan dalam
bahaya nanti. Gretel juga dalam bahaya. Mereka akan dibuang ke Vicious semula. termasuk
Gretel.
Ivy akan kena hukum oleh Maleficent…
Hansel menelan air liur kelat, dia tidak dapat bayangkan apa ahli sihir jahat
itu akan buat kepada anaknya sendiri bila mengetahui Ivy telah menghampakan dia
sekali lagi.
“Hansel… angkat
kepala kamu.” Pengetua Merlin mengarah dengan suara tenang tapi kedengaran
sedikit tegas membuat Hansel akur. “Tell me boy, macam mana kamu boleh melepasi
tembok sempadan itu?”
Hansel menelan air
liur kelat. Dia sempat memandang kearah Adiknya dan juga pelajar yang sedang
memerhatikan mereka dari pintu dan tingkap academy dari setiap tingkat. “Saya—”
“Ia salah saya
Pengetua.” Hansel memandang kearah Gretel, terkejut mendengar pengakuan
adiknya. “Saya guna Black magic untuk bawa Hansel ke hutan Mahligai. Kami dah
berjumpa beberapa kali sebelum ni kerana saya menggunakan black magic untuk
membuka portal ke—”
“Gretel!” Hansel
menjerit, menyuruh adiknya diam. “Tuan, dia tak tahu apa-apa tentang ni. Semua
ini salah saya. saya hanya nak jumpa dengan Gretel sekali je untuk tahu macam
mana keadaannya tapi.. tapi saya terbawa-bawa dan sentiasa berjumpa dengannya
sampai sekarang.”
“Abang!” sahut
Gretel menahan tangisannya. “Tolong jangan bela aku!”
“Aku tak bela
sesiapa!”
“Enough!” Pengetua Merlin mengetuk
tongkatnya di tanah membuat angin kuat datang darinya meniup dengan kencang
hampir buat mereka semua terlontar tapi mereka telah tutup mulut.
“Saya hanya nak
kebenaran.” Katanya dengan tegas kali ini dia tidak sembunyikan lagi
perasaannya dengan ketenangan. Merenung kearah Hansel, kurang sabar dengan
lelaki muda di hadapannya ini. “Bukan pergaduhan bela-membela. Tell me the
truth.”
Hansel kembali
tertunduk. Menggeletar satu badan tidak tahu nak cakap apa sekarang. Mencari
alasan lain atau beritahu cerita yang sebenar kepada ahli sihir hebat ini.
Jangan khianati Ivy…. dia dah bersusah payah
datang ke sini dan belajar menjadi baik. Kalau beritahu ini semua rancangan Ivy
tentu dia terus dibuang Acedemy dengan serta merta. Segala usahanya menjadi
sia-sia dan sebaik sahaja dia kembali ke Vicious… Dia akan berdepan dengan
Penjahat terulung. Jack Skellington, Snow white stepmother, Jaafar, Maleficent…. She'll be dead for sure.
Hansel menarik
nafas dalam. cuba tenangkan mindanya dan memikirkan alasan baru. mengaturkan
dengan penuh berhati-hati supaya ia kedengaran meyakinkan.
“Baiklah..” Hansel
mengangguk kecil, kembali memandang Pengetua Merlin. “Sebenarnya ini semua
salah—”
“That enough
Hansel. Kau tak perlu nak cari alasan untuk bela aku lagi.”
Hansel berpaling
kearah Ivy yang keluar dari kalangan pelajar academy dengan wajah yang tidak
dapat dibaca. Dia melihat Ivy meletakkan sesuatu dalam poketnya dan burung
gagak hitam datang berehat di bahunya.
“Ivy…”
“Cik Ivy.”
>X<
~To be Continue~
(A/N:
Berhuhuhu kita bersama-sama!! Kali ni chapter agak gloomy dari biasa. Nampaknya
suspen dalam cerita ni makin menjadi-jadi! See you in the next chappy ^3^
*hug&kisses*)
ohhhh noooooo....too much suspennn...plsss..aaaaaaaaaarrrrr....angah u gonna b litle devil like ivy haaa..... u make me stressssss....haaaa stresss sb tetibe the story....>to be continue< ...... aaaahhhhhhhhh i cannot believe it..... cepat sambunggg angah......im totally crazy rite now.... huhuhuhuhu save me save me.... meroyan mak jemahhhhh
ReplyDelete~ccc(,)(,)
Arrgggghhhhhhh!!!!!!!!!stressssssnya!!!!!!stress homework sejarah tk habis lagi..angah dh tmbh stress baru!! Its will be a worst nightmare for me..hopefully kM ni tk bakar bedroom sdiri..hahaha..cepat smbung plisss~~~
ReplyDeleteangah please smbung citer ni......................please please please....!
ReplyDelete