New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Thursday, 30 April 2015

Axerialeth: SOD -Tracking Victim-

Bab 4

Manda menyentuh palang tangga dengan jari telunjuknya di second base dan mengeluh. “Hei korang! Dah berapa lama korang tak bersihkan kapal ni? dah berhabuk dah!”

Nuez mendongakkan kepala 180 darjah melihat Manda secara terbalik. “Entah. Setahun atau dua? Tiada siapa sanggup kemas satu kapal besar ni. kecuali…..” ayat Nuez berhenti di situ sahaja tidak sanggup nak sambung.

Manda faham maksud Nuez. “Kalau dia ada dah tentu dia kemas satu kapal ni dalam masa sehari.”

Nuez mengangguk kecil. “clean-maniac.  Selepas dia tiada, takda siapa lagi yang risaukan kebersihan kapal ni.”

Manda duduk di sebelah Nuez dan mengeluh. “Apa perasaan Rick sekarang ni ye? Adakah dia masih ingatkan Miracle atau dah moving on?”

“dia moving on secara perlahan tapi lupakan Miracle adalah benda mustahil untuk dia dan juga kita.”

Manda mengangguk setuju. “Eh? Cakap pasal Rick, mana mamat tu? Ben dan Spring pun tak nampak.”

“Aik, mereka tiga je? Pole kau tak cari?” soal Nuez sambil menjungkit kening.

Manda bagi muka tak percaya. Seriously?

Ben dan Rick berada di bilik peta sedang merancang perjalanan balik mereka ke Bandar Chonxier yang merupakan lokasi Organisasi Clow Reign itu.

“Kita tak boleh terbang atas bandar ni, terlalu bahaya. Kita tak nak mana-mana kapal menyerang kita.” Kata Rick menuding jari ke atas tempat yang dia maksudkan. “Kita kena terbang mengelilinginya.”

“Okay. Kalau cam tu, kita berputar ke timur 100km jauh dari bandar tersebut. Kita akan sampai di pekan kecil untuk beli beberapa stok. Aku rasa di pekan ni ada semua barang yang kita perlukan.”

Rick melihat jalan dari pekan tersebut ke bandar Chonxier. Di dalam perjalanan itu terdapat tasik panjang yang besar menjadi titik pertengahan jalan mereka. “Tasik Zucholget…”

Ben terus memandang di mana Rick lihat. Hati Ben tenggelem melihat tempat itu. Dia kenal sangat tasik tersebut. “Kita boleh singgah di sana kalau kau nak.”

Rick tersentak dari lamunannya dan memandang Ben. “Apa?”

Pilot itu tertawa kecil. “kita ke sana untuk berehat sebentar. Kau nak ke?”

Rick kembali memandang tasik tersebut dan mengangguk, terukir sebuah senyuman di bibirnya. “Alright.”

Spring melihat Pole sedang mengangkat beberapa kotak kayu dari satu tempat ke satu tempat dengan tangan sendiri. Woah!!! Bagi seorang Transsexual, tak sangka Pole sekuat ini!

Bila di fikirkan balik, ini juga kali pertama dia lihat Pole tanpa make up atau berpakaian 100% perempuan. Dia pakai T-shirt merun yang kotor dengan jaket lama di ikat pada pinggangnya dan memakai seluar baggy yang lama. Pole juga tak pakai kasut tinggi, dia pakai kasut boot lelaki. No heels!

Bila Spring nampak betul-betul, Pole ni tak kurang hansem juga dia ni. walaupun dia dah buang sebahagian besar ototnya untuk kelihatan langsing dan seksi. Dia tetap nampak tegap dan macho. Kenapa dia nak jadi lelaki ye? Hmmm….

“Spring, tolong periksa berapa buah kotak kat bahagian sana tu.” Pinta Pole sambil menuding jari ke kotak kayu di hujung stor besar itu.

Spring tersenyum. “Okay!”

Dia mula mengira kotak dalam satu kumpulan itu dengan perlahan-lahan. Sempat lagi dia buat math. Nasib baik dia mempunyai IQ tinggi sikit dari manusia biasa, boleh dia kira dalam masa beberapa saat sahaja.

“Semuanya 43 kotak!”

Pole menjungkit kening. “43?” Dia terus berlari mendekati Spring untuk pastikan yang Spring tak salah kira. Setelah Pole puas kita sebanyak dua kali, kening nya kembali terjungkit. “Pelik ni.”

“kenapa Pole?”

Pole menggeleng kecil. “Tak, setahu aku stok ni hanya ada 42 je. kenapa lebih satu pula?” Dia melihat kotak-kotak besar itu sekali lagi dan dapati salah satu darinya agak berlainan dari yang lain. Dia turunkan kotak tersebut di lantai.

“Kotak ni bukan bahagian sini.” Katanya sambil bercekak pinggang melihat kotak aneh itu.

Spring berlutut di depan kotak itu dan mengetuknya. “Jadi, ini kotak apa?”

Wanita Transsexual ini mengangkat bahu. “One way to find out.” Dia mengambil linggis dan membuka kotak tersebut.

Pole agak terkejut melihat apa yang ada dalam kotak tu. “Barang Miracle?”

Spring turut terkejut. Barang perempuan yang dia tak kenali? Apa ia buat kat sini? Spring mula membongkar barang-barang itu. Sebuah music box, buku?

Spring membuka buku tersebut. Tak, ia bukan buku biasa, ia buku gambar dan bukan gambar dalamnya tapi pelbagai jenis bunga yang telah layu dan juga namanya.

Spring kembali membongkar kotak tersebut. Tiga jenis anak patung berlainan; teddy bear, bunny doll dan menatang apa ni? harimau? Ia comel tapi mata tajam harimau ni menggerunkan Spring. Dia teruskan membongkar. Sebuah beg kain yang berisikan kerang laut yang cantik.

“Woa…. Dia suka kumpul barang ke?”

Pole yang melihat bunga dalam buku gambar itu mengangguk matanya tidak lepas dari buku itu. “Dia suka buat koleksi cam ni. Kalau kau jumpa dia tentu korang jadi kawan baik.”

“Really? Jadi, mana dia?” soal Spring teruja. Dari hari pertama dia berada dalam kapal ni, tak pernah sekali pun dia jumpa perempuan bernama Miracle ni. mungkin dia suka keluar kot?

Pole memandang Spring dengan senyuman tapi matanya tunjukkan kesedihan. “Dia dah tiada.”

“T-tiada? Maksud kau dah…” dia tak boleh habiskan ayatnya.

Pole mengangguk meng’iakan perkataan dalam minda Spring.

“Oh… I’m sorry.”

“It’s okay. kami boleh terima pemergian Miracle tapi tak bagi Rick. Mira umpama jantung bagi Rick. Tanpanya, dia tak boleh bernafas.” Pole tertawa sendiri dengan ayat jiwangnya. “Hatinya hancur bila dapat tahu yang Miracle dah pergi. Dia berubah, pendiam dan suka menyendiri.”

Spring tertunduk rasa simpati atas kehilangan mereka, terutamanya Rick. Adakah ini sebab nya Rick dingin kepadanya pada kali pertama mereka berjumpa?

“Dia masih tak boleh lepaskan Miracle ke?” soal Spring dengan nada kecil, entah kenapa dia rasa dadanya sangat sakit dan nak menangis sekarang ni. dia tak pernah rasa seperti ini.

“Belum lagi tapi dia sedang mencuba.” Kata Pole. “eh—Nanti, aku rasa ada sesuatu…” Dia mula membongkar kotak tersebut dan tersenyum. “Ini dia!”

Rick menggosok telinganya yang sakit akibat jeritan Ben yang nyaring kalah jeritan perempuan. “Dude, aku masih di sini. Tak perlu menjerit.”

“Cam mana aku tak menjerit kalau kau masih belum betulkan injin kapal ni?!” soalnya hysteria. “apa jadi kalau kapal ni terhempas? Apa jadi kalau Pillar kapal berhenti berputar? Apa jadi kalau kuasa kapal ni tetiba mati?? Semua pintu dalam kapal ni automatic Rick, AUTOMATIC!! Kita boleh mati dalam kapal ni!!” Ben termengah-mengah setelah menjerit sekuat hatinya hampir membuat jantungnya keluar dari mulut.

Rick rasa dia betul-betul perlukan doctor telinga sekarang ni. gegendang telinganya dah pecah fruency yang tinggi dari suara Ben. “Kerosakan Supernova takkan menjejaskan injin utama Ben, tak perlu risau.”

“Oh, Okay. Jadi cam mana kalau kita di serang musuh huh? Kita terpaksa lawan dan cam mana kalau kita kalah?” soalnya sambil bercekak pinggang. “balik ke ayatku yang terakhir tadi. Kita akan MATI!!!

“Sebelum ada Supernova pun kita boleh hidup kan? Tiada siapa boleh baiki mesin tu ke—”

Pandangan mereka beralih pada pintu bilik bila mereka dengar seseorang mengetuknya.

“Masuk.”

“Masuk!”

Rick berputar memandang Ben. “tak perlu menjerit.”

“Oops… rasa Cuak masih lagi ada.” Katanya tersengih-sengih.

Pintu bilik Peta itu dibuka dengan kasar dan kelihatan Pole membawa sebuah kotak masuk dengan Spring di belakang nya.

“Rick! Rick! Tengok apa kami jumpa ni!” Pole letakkan kotak tersebut di atas meja peta.

Rick dan Ben terus melihat isi kandungan kotak itu dan terkejut. “ini barang Miracle.”

Pole mengangguk meng’yakan ayat Ben. “Kami terjumpa dalam bilik Stok besar. Tak sangka yang Miracle sembunyikan barang dia selama ni kan? Aku ingat dia dah buang semua ni.”

“Aku tak sangka yang Miracle ni jenis mengumpul koleksi.” Sahut Spring pula dengan riang. “kan Rick?” senyuam Spring pudar bila dia lihat apa yang Rick sedang buat.

Rick hanya diamkan diri hanya membongkar barang dalam kotak itu. Buku yang penuh dengan koleksi bunga, beg kerang laut, anak patung kesayangannya; terutamanya Harimau ni. dia tak tahu kenapa ia jadi favourite Miracle asalkan teddy bear ni lebih comel. Kotak music yang Rick berikan kepada Miracle pun ada tapi….

“Ia tiada di sini.” Rick akhirnya bersuara.

Ben dan Pole memandang kearah ketua mereka. ‘Apa yang tiada?”

Rick tak tahu nak rasa apa, gembira atau sedih? Hadiah yang dia berikan kepada Miracle tiada dalam kotak itu. Adakah itu bermaksud dia bawa rantai tu bersamanya? Tapi kenapa dia rasa sedih pula? Dia sepatutnya rasa gembira kerana Miracle tunaikan janjinya… kenapa dia nak menangis?

Pole melihat riak wajah Rick. Dia tak suka nampak Rick cam tu, ia menyedihkan dan menarik Rick ke dalam kemurungan sekali lagi. Tiada siapa nak Rick seperti itu.

Pole terus menarik lengan Rick membuat Ketua mereka terkejut. “Apa kau buat ni?”

“Hukum kau. Ingat apa aku cakap pasal buat kau menyesal sebab rosakkan rantai batu supernova tu?” Pole tersenyum sinis dan memakaikan seuntas gelang pada pergelangan Rick. “Dah!! Kan cantik??”

Rick terkejut melihat gelang silver yang ada accessory bintang-bintang kecil pada gelang itu, dia cuba membukanya tapi tak boleh. “Cam mana nak buka benda ni!!!”

Pole tertawa besar melihat muka cemas Rick. “Relaks lah, tak seteruk mana pun gelang tu.” Katanya dengan senyuman nakal.

“Tak teruk? Kau dah gi….” Ayat Rick mati bila dia lihat betul-betul gelang di tangannya itu. “Ini gelang Miracle.”

Pole mengangguk. “Yup. Gelang yang kau cakap hodoh tu, sekarang.... aku cabar kau untuk rosakkan gelang tu kalau kau berani.”

Rick merenung tajam ke wajah Pole. “Kau tahu aku takkan rosakkan gelang Miracle, sebab tu kau pakai gelang dia kan?”

“Oh! Pandai rupanya captain aku sorang ni. Baguslah, tak perlu aku bertahu panjang lebar kan?” katanya dengan senyuman innocent. “Ia dah tak boleh di buka tapi aku beritahu kau yang kau boleh tarik batu tu dari gelang cam ni.” Dia mengambil tangan Rick semula dan tunjukan demonstrasi. Batu tersebut di tarik dan terdapat rantai putih bersambung pada batu dan gelang itu. “Kalau kau lepas, ia akan kembali dekat dengan gelang. Aku dah pastikan yang tali tu takkan putus so, kau tak perlu risau lagi untuk tarik batu tu dari leher kau sampai putus.”

Rick agak kagum dengan ciptaan Pole. Nampaknya dia tak perlu risau kalau dia rosakkan gelang kesayangan Miracle. “Okay. thanks.”

Ben melihat Rick mengangkat kotak yang mengandungi barang Miracle dan bawa ia keluar dari bilik tersebut.

“Kau nak kemana tu?”

“ke bilik aku.” jawabnya tanpa memandang rakannya. “Oh, dan Pole. Thanks sebab jumpa kotak ni.”

Pole menggeleng sambil mengangkat tangan. “BUkan aku tapi Spring.”

Rick berputar memandang tetamu mereka dan lontarkan senyuman manis. “Thanks Spring.”

Spring terus tunduk malu dan mengangguk. “N-no Problem…” Dia dapat rasakan jantungnya berdegup laju dan mukanya naik merah panas! Kenapa dia tetiba rasa cam ni? M27 tak pernah beritahu dia yang kalau berada di dunia luar dia akan rasa seperti ni? Dia sakit ke? mungkin dia perlu jumpa Manda, dia kan doctor.

>X<

Pekerja dalam pelabuhan kapal udara terdiam dan memandang ke satu arah yang sama sebaik sahaja mereka mendengar satu tembakan di pintu pelabuhan mereka. Tindakan pertama mereka ialah bertindak untuk menyerang si pembunuh tapi terbatal bila mereka lihat the Infamous NightBlue.

Semua orang senyap, berdiri jauh dari laluan NightBlue, tidak bersuara walau sedikit pun kerana perasaan takut dalam diri mereka semua. Hanya bunyi tapak kasut NightBlue bergema di pelabuhan itu.

Apa yang NightBlue buat di sini? Adakah Assassin terkejam ini nak sesuatu dari pelabuhan mereka? Jangan kata dia ada misi untuk membunuh mereka yang ada di pelabuhan tu.

NightBlue bergerak ke counter laporan memandang lelaki yang bertanggungjawab membuat laporan tentang kapal kargo datang untuk berlabuh. Tanpa bersuara, NightBlue keluarkan sekeping gambar dan tunjukkan kepada lelaki tersebut.

“K-Kapal Axerialeth?” Dia dah di upah untuk kejar kapal ni juga ke? T-Tapi cam mana dia tahu yang kapal tu ada di sini pula?

NIghtBlue mengeluarkan Pistolnya dan acuhkan di kepala lelaki itu bila si lelaki tidak bersuara.

Pistol tersebut cukup untuk buat si lelaki ketakutan dan mengangkat tangan menyerah kalah.  “O-Okay m-mereka ada di sini t-tiga hari yang lalu. A-Aku tak tahu mereka nak pergi k-ke mana sebab m-mereka nampak s-seperti kejar masa.”

NightBlue menembak lantai di tepinya memberi amaran yang bukan itu yang dia cari dan kembalikan mulut pistol itu ke kepala si lelaki semula.

“A-Aku betul-betul tak tahu!” sahutnya ketakutan. “Aku boleh bagi kau senarai barang yang mereka borong kalau k-kau nak tapi tolong jangan bunuh aku….”

NIghtBlue beri signal suruh dia bawa senarai itu kepadanya dan tak sampai seminit, lelaki itu kembali memberi sebuah fail coklat kepadanya.

Assassin misteri ini mengambil fail itu dan bergerak pergi meninggalkan lelaki itu menghembus nafas lega kerana nyawanya masih selamat.

Setelah mendapat senarai barang Kapal Axerialeth, Si Assassin ini kembali ke bilik hotel yang dia sewa. Ia hanya hotel kecil yang tak seberapa terkenal, cukup untuknya bermalam untuk sehari.

Dia meletakkan fail coklat itu ke atas meja yang sudah berselerak dengan profile orang-orang Exarialeth dan gambar Eksperiment Off-Spring. Semua itu dia dapat dari orang yang mengupahnya.

NightBlue melihat senarai yang mangsanya telah borong di pelabuhan tadi.

Tak cukup untuk perjalanan jauh.  Pasti dia akan singgah di mana-mana pelabuhan berdekatan untuk tambah supply desis hatinya. Dia mengeluarkan sebilah pisau dari belakang seluarnya dan bermainnya di tangan. Dia berputar memandang dinding bilik yang sudah di lapik dengan peta Dunia dan di atas peta itu ada lagi sebuah peta kecil menyembunyikan tanah besar Grundella. Peta tersebut ialah peta jarak dekat Tanah Besar Grundella.

Terdapat 5 pelabuhan terdekat dari bandar utama Grundella. Salah satunya ialah bandar besar. Tempat tu ialah tempat yang paling sesuai untuk mendapatkan stok barang yang lengkap.

Matanya naik ke atas keluar dari peta kecil itu dan tertumpu pada Bandar Chonxier, yang berada di seberang laut.

Kenapa dia tak fikir dari sebelumnya? Kenapa Off-Spring melarikan diri ke Kapal Exarialeth; kapal pertolongan bergerak tu? Untuk minta pertolongan, dia mesti minta mereka bebaskan dia dari Organisasi CR! Dan bagaimana mereka nak buat tu? Dengan hapuskan organisasi itu. Itu sahaja caranya untuk lepaskan eksperiment penting seperti Off-Spring.

That’s it! Mereka akan ke Bandar besar ni dan terus ke Bandar Chonxier untuk teruskan misi merek—Nanti…. Ada sesuatu yang tak kena di sini. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena.

Dia melihat ke lima-lima tempat pelabuhan tersebut dan tersenyum. Dia membelakangkan peta tersebut dengan senyuman di sebalik topeng hitam. Dia mempunyai kepala yang genius!!

Si Assassin ini berputar dan melontar pisaunya tepat pada pelabuhan yang dia yakin mereka akan berlabuh nanti.


Bingo….

No comments:

Post a Comment

Savior of Tales