Seventh F.A.T.E

I won’t let go
Louis….!”

“It’s okay! Don’t worry….” Mata Louis meliar ke sekelilingnya dan jatuh kearah bahagian ais yang tidak retak lagi, lebih tebal kerana retakan tersebut berhenti di situ. Dia kembali memandang Ivy dan mengambil selangkah kehadapan, membuat satu lagi bunyi retakan.

“Louis!!”

“Sambut tangan aku!” arahnya, mendepakan tangan sejauh yang mungkin. “Trust me Ivy. Take my hand.”

Ivy mengangguk kecil dan kembali mencapai tangan tersebut dengan penuh berhati-hati. Setiap kali rekahan berlaku, dia teragak-agak tapi suara Louis, menyokong dia dengan perlahan membantu dia untuk kembali mencapai tangan Louis.

Charlotte yang berada di hujung tasik tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kecuali berharap yang mereka berdua akan selamat dari rekahan ais itu dan tidak jatuh ke dalam air yang mempunyai suhu kurang dari 0 darjah selsius.

Harapan Charlotte naik bila abangnya dapat mencapai tangan Ivy. Dalam sekelip mata abangnya menarik perempuan itu dengan sekuat tenaga dan lontar Ivy bahagian ais yang selamat, membuat dirinya jatuh terduduk di atas rekahan ais tersebut.

Ivy yang terselamat berpaling memandang Louis dengan senyuman lega tapi hilang dengan serta merta melihat rekahan tersebut pecah dan menelan Louis masuk kedalam air beku itu.

“LOUIS!!!”

>X<

Sambungan~~

Charlotte menangis teresak-esak sambil memeluk erat pinggang abangnya yang diseliputi dengan selimut putih. Hanya tangisan si puteri kecil sahaja kedengaran di dalam rumah yang gelap itu. Ditemankan api membara, membakar longgokan kayu api yang disediakan oleh teman kecilnya yang setia, menjadi satu-satunya sumber kehangatan pada malam musim salji itu.

Teman kecil Charlotte, enam Pixie kebanggaan Pixie Hollow duduk di meja kopi dengan kepala tertunduk, sedih, tidak menjangka kemalangan yang tidak diduga itu berlaku keatas Putera Sulung kerajaan Camelot, turut bersimpati melihat betapa pilunya si puteri kecil itu mendakap badan abangnya yang sejuk bak ais, terlentar di atas sofa tidak bermaya.

Kalau lah mereka boleh terbang dalam cuaca sejuk… ayat itu terngiang-ngiang dalam minda mereka, tangan digenggam erat atas pangkuan masing-masing rasa geram pada diri mereka sendiri kerana tidak imun dengan cuaca sejuk. Kalau mereka boleh bertahan dalam cuaca sejuk, kalau sayap mereka boleh bertahan dalam salji seperti mana Winter Pixie, dah tentu mereka ikut sekali dan akan menolong Putera George dan Ivy keluar dari rekahan ais di tasik dalam hutan mahligai itu.

 Kalau aku tak suruh mereka tunggu untuk beberapa minit sebelum keluar untuk aku minta pertolongan dari Periwinkle untuk temankan mereka… tentu perkara seperti ini tidak akan terjadi desis hati si Pixie tukang, menggenggam penumbuknya dengan kedua tangan dengan mata dipejam erat. Rasa bersalah kerana tidak fikirkan keselamatan Putera itu juga. Putera George juga sama penting seperti kerjanya. Walaupun Tinkerbell patut mengetahuinya yang bila melibatkan kerabat diraja, dia dan rakan-rakannya patut risaukan mereka dahulu sebelum tanggungjawab mereka.

Ini semua salah aku….

Tinkerbell rasa sentuhan lembut dibahunya dan memalingkan kepada kearah Silvermist, tersenyum nipis kepada Ivy seperti senyuman itu memberitahu dia yang kemalangan itu bukan salah Tinkerbell.

Tapi Tinkerbell menggeleng kecil. Dia bersyukur kawannya cuba sedapkan hatinya tapi dia sebagai ketua dan berpengalaman dalam berinteraksi dengan manusia patut tahu lebih baik dari mereka semua.

Silvermist mengeluh kecil. Tinkerbell always takes the blame… desis hatinya dengan senyuman tawar. Pixie air ini memanjangkan lehernya untuk melihat sumber cahaya lain dibelakang tinkerbell sebelum kembali memandang pixie tukang itu. “Apa kata…. Kau pergi lihat keadaan Ivy. I’m sure she needs someone by her side right now.”

Tinkerbell memaling kebelakang, melihat cahaya dari pintu dapur dimana ahli sihir muda itu berada sebelum memandang silvermist. “Aku tak rasa aku patut—”

“Semua orang perlukan teman bila bersedih Tink.” Potong Silvermist dengan nada suaranya yang lembut bak hembusan angina bayu. “Aku rasa kau patut pergi.”

“Tapi apa patut aku buat? Dia hanya benarkan Diaval mendekatinya.”

Silvermist diamkan diri untuk seketika, alihkan pandangannya kekiri untuk memikir fakta yang Tinkerbell katakan.

Betul, Ivy takkan tunjukkan perasaannya kepada sesiapa. Mungkin sebab maruahnya sebagai Ivy The Devil yang buat dia seperti itu. Sentiasa bersemangat dan kuat pada setiap masa dalam apa jua keadaan. Dia takkan benarkan sesiapa untuk melihat kelemahannya, walaupun dia kalah, dia akan menafikannya dengan alas an tersendiri dan membantah sekuat hatinya.

Dia takkan dengar cakap sesiapa, kecuali Diaval. Dia takkan dengar arahan enam pixie ni kalau bukan sebab Diaval yang suruh. Kalau tidak mereka masih bermusuhan sampai sekarang.

Tapi, macammanapun tinggi ego ahli sihir itu. Dia tetap seorang manusia, mempunyai hati dan perasaan. Mempunyai kelemahan dan kecacatan. Apatah lagi bila orang yang dia sayang dalam bahaya.

Mata silvermist jatuh pada Putera George dan senyuman halus terbentuk di hujung bibirnya.

Orang yang Ivy sayang.

“Mungkin tak kali ni.” Pixie air itu kembali bersuara dan pandang Tinkerbell semula. “Kau tak perlu kata apa-apa. Just be there for her.”

I know but—”

“Aku akan pergi.” Vidia menyampuk, bangun dari duduk dan tersenyum kecil kepada mereka berdua. “Dia berlembut sikit dengan aku dari korang semua.” Dengan itu dia terbang ke dapur, meninggalkan kawan pixienya di kopi meja itu.

Silvermist kembali memandang Tinkerbell. “Tink…”

Tinkerbell mengetap bibir bila lihat mata merayu Silvermist, ada sebab kenapa pixie air itu suruh dia pergi. Dan sebab itu ialah untuk sedapkan hati Tinkerbell sendiri, dia mungkin tak dapat selamatkan mereka semasa mereka dalam bahaya tapi dia boleh temankan Ivy dalam kesedihannya.

“Alright. Aku pergi.” Dia mengalah dan tersenyum bila silvermist mengangguk tanda dia berterima kasih kepada Tinkerbell. Tinkerbell bangun dan terbang mengejar rakan pixie anginnya.

Vidia terhenti di pintu dapur, mula teragak-agak untuk masuk dan menegur Ahli sihir muda itu. Macam mana kalau Ivy marah Vidia? Macam mana kalau Vidia menganggu masa bersendiriannya? Macam mana kalau Ivy buat sesuatu kepada Vidia? Betul pixie angin ini merupakan pixie kurang Ivy tak suka tapi kalau Vidia masuk, adakah Ivy akan kembali membencinya?

Pixie angina ini menggeleng kecil, dan bersembunyi di sebalik pintu dapur untuk mengintip keadaan pelajar jagaan mereka di dalam dapur.

Vidia terkejut. Dia takkan menjangka untuk melihat Ivy, ahli sihir angkuh itu menangis di meja makan dengan senyap. Walaupun ahli sihir itu membelakangkan pixie angin ini, Vidia boleh lihat dari bahunya yang bergoncang dan rintihan kecil Berjaya terlepas dari kedua tangan yang menutup bibirnya dengan erat. Serta lengan bajunya basah dari air mata sedih yang tidak henti bergelinang seperti rantai.

Keadaan Ivy juga tidak kurang semaknya. Rambutnya yang tak terurus seperti ditiup angin kuat kerana sebaik sahaja fairies music menyelamatkan Putera George yang lemas didalam tasik itu, mereka terus bergegas pulang ke rumah dengan menunggang Knight. Charlotte pula menunggang Majestic dan tiba di rumah beberapa minit lambat kerana Ivy taknak sesuatu buruk pula berlaku pada adik Putera raja itu.

Setiba sahaja dia sampai, enam pixie yang rehat di atas tempat api terkejut dan terus bergegas menolong Ivy sambil ahli sihir itu terangkan bagaimana Putera George boleh basah kuyup dalam keadaan tidak sedarkan diri. Enam pixie ini buat sebaik yang mungkin untuk menolong Ivy menyelamatkan Putera George yang kesejukan itu. Iridessa mengalihkan cahaya kepada Putera itu sahaja, Silvermist meresap air pada badan Putera George secepat yang mungkin, Vidia bergabung dengan cahaya panas Iridessa untuk menghasilkan angin panas untuk mengeringkan sisa air pada baju Putera George. Sementara yang lain menolong Ivy menyediakan selimut, air untuk dipanaskan dan juga barang-barang yang perlu untuk selamatkan putera raja itu dari mati kesejukan. Juga menenangkan Charlotte dari jatuh menangis dan beritahu dia semuanya akan jadi baik-baik sahaja.

Sekurang-kurangnya itu yang mereka juga harapkan.

Ivy tiada masa untuk tukar baju walaupun selepas bertungkus-lumus untuk selamatkan Putera Raja itu, dia endahkan dirinya yang juga kesejukan, baju basah kuyup kerana terjatuh diatas ais dan percikan air yang terkena padanya. Sekarang, sebahagian bajunya mengeras, terutamanya bahagian hadapan dan bawah skirtnya. Dia lakukan apa sahaja dia boleh buat untuk selamatkan Putera raja itu, sanggup endahkan pertolongan iridessa untuk keringkan dia dan suruh bagi semua cahaya itu kepada George; tapi akhirnya…

Hanya Charlotte sahaja yang menemani abangnya di Ruang tamu. Ivy tidak sanggup untuk berdepan dengan lelaki itu; kerana dia rasa bersalah, dia yang menyebabkan rekahan ais itu berlaku, dia membahayakan nyawa Louis. Ivy juga tidak boleh berada di sisi Louis, menangis bersama Charlotte kerana dia rasa dirinya tidak layak. Tidak layak kerana dia sebagai perempuan yang lebih tua sepatutnya kelihatan lebih kuat untuk Charlotte, meyakinkan puteri kecil itu yang abangnya tidak akan apa-apa. Tidak layak kerana… siapalah dia kepada dua adik beradik kerabat diraja itu? Dia seorang Villain di mata orang ramai. Dia menangiskan Putera George adalah sesuatu yang mereka tidak patut lihat. Kerana Ivy tidak ingin mengambil sebarang risiko. Risiko yang akan membongkarkan hubungan antara dia dan Louis.

Tidak ingin mewujudkan sebarang salah faham diantara mereka berdua dan merosakkan nama baik Putera Raja Camelot itu.

Kerana dia seorang Villain.

Tidak layak berada di sisi seorang Putera Raja yang dipandang mulia orang rakyatnya.

 Jadi, dia merintih dengan pilu berseorangan di dalam dapur itu. Tiada siapa akan melihatnya. Tiada siapa akan mengetahuinya. Tiada siapa akan mengadili mereka.

Vidia menyentuh dadanya, dapat rasa kesedihan yang Ivy alami. Untuk seekor Pixie yang sentiasa melihat Ivy suka besarkastik dan kejam, wajah yang penuh sinister dan senyuman nakal yang sentiasa terpapar… melihat bahagian Ivy yang ini buat dia pandang Ivy dari persepsi lain. Ivy the Devil juga mempunyai perasaan sedih seperti mereka semua. Dia juga seorang manusia.

Vidia rasa seseorang menyapa bahunya dan dia memaling ke sisi. Pixie angin ini tersenyum tawar. “Oh, Tink…”

“Dia okay ke?” Soalnya tapi Vidia tidak beri sebarang respon, hanya menyuruh Tinkerbell untuk melihat keadaan Ivy dengan matanya sendiri. Wajah Tinkerbell menjadi murung. “She’s crying.” Tinkerbell menjilat bibirnya, rasa sesuatu menarik jantungnya dari dalam. Tidak selesa? Bersalah? Simpati? Mungkin kerana dia tak pernah lihat Ivy seperti ini. Sama seperti Vidia. “…Alone.”

Vidia mengangguk kecil. “Kalau dia tunjukkan kat Charlotte tentu susah nak terangkan kepadanya. Jadi dia menangis sendiri di sini.” Katanya dengan nada simpati sebelum dua pixie ini berpaling kearah Si puteri kecil di ruang tamu itu.

Ivy terpaksa merahsiakan hubungan mereka kerana ada orang lain tidak mengetahui hubungan mereka. Puteri Charlotte. Enam Pixie ini tahu, tapi Ivy tak tahu yang mereka mengetahuinya. Jadi dia menahan diri dihadapan mereka.

Dua Pixie ini saling berpandangan, seperti mereka mata mereka sedang berbicara ingin menghentikan kesedihan Ivy. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk mendekati ahli sihir itu. Ini mungkin ambil risiko yang tinggi, kemungkinan mereka akan kena marah kerana mengganggunya tapi kali ini mereka sanggup dari melihat Ivy seperti itu bersendirian. Sekurang-kurangnya mereka boleh alihkan perhatian pelajar jagaan mereka dari kesedihannya.

Ivy segera mengelap air matanya dengan tangan yang menggeletar bila dia dengar deringan loceng halus datang mendekatinya, menyembunyikan kepiluannya dengan sebuah senyuman. Yang teramat pahit. “Oh so-sorry. A-Aku Cuma..Aku —” Ivy menggigit lidahnya sendiri. Dia tak dapat sembunyikan perasaannya dengan baik bila bibirnya menggeletar seperti itu. Sukar untuk dia berkata-kata apatah lagi menghasilkan sebarang bunyi. Dia memejam matanya dengan erat, menahan segala perasaan itu untuk seketika sebelum bersuara semula. “Air dah masak ke?” Ya, nada tu boleh guna untuk seketika dan dia segera bangun dan bergerak ke tempat memasak, dimana dia sedang memasak air panas di dalam periuk.

Vidia dan Tinkerbell hanya melihat Ivy melarikan dari mereka. Ivy terlalu rapuh untuk marah mereka. Terlalu sakit untuk menjadi dirinya yang angkuh semula.

Dua Pixie ini terbang mendekati Ivy, risau melihat tangan menggeletar itu mencedok air panas dalam periuk itu kedalam botol air panas. Takut air itu tumpah dan tangan Ivy melecur disebabkan tangan menggeletar.

Tinkerbell tak sanggup melihat Ivy seperti itu dan terbang untuk menolong Ivy, memegang tangan ahli sihir itu menolong dia tuang air tersebut kedalam botol.

Ivy tak kata apa-apa kepada Tinkerbell tapi tidak apa. Tinkerbell faham mengapa dia tidak bersuara dan terus bergegas mengambil empat cawan kosong, keluarkannya dari Cabinet dapur. Dia hampir jatuhkan salah satu cawan tersebut tapi Vidia pantas bergerak dan menyambut cawan itu sebelum ia capai lantai dapur.

Pixie Angin itu terbang separas dengan wajah Ivy, memandang wajah Ivy dengan risau dan ragu-ragu untuk berikan cawan itu kepada Ivy. Jadi dia letak diatas kaunter, tidak percayakan tangan rapuh itu.

“Aku…” Ivy ketawa walaupun bibirnya jatuh kebawah. Dia segera palingkan mukanya, rehatkan tangannya di kaunter dapur kerana wajahnya mula mengkhianatinya lagi. Perasaannya ingin naik ke dasar semula. “Heh… cemerkap betul aku ni.” Ivy menggeleng kecil, cuba membuang air mata degil yang terlepas dicelah kelopak matanya. “Korang jangan risau pasal aku.” Suara Ivy mengatakan sebaliknya dan dia lap air mata itu dan pandang mereka dengan senyuman yang sama. “Aku tak apa-apa.”

“Oh okay that’s sit!” Vidia mengangkat tangannya keudara dan berpaling kearah Tinkerbell. “Tink! Kita buat air.” Arahnya dengan nada fed up sebelum terbang kearah Ivy dan lontarkan angin kuat, menolak Ivy beberapa langkah kebelakang menjauhi kaunter dapur.

Ivy hampir jatuh terduduk kerana serangan mengejut Vidia tapi meja dapur menyelamatkan dia. Ivy terlalu terkejut untuk beri sebarang riaksi kepada serangan tersebut dan hanya melihat Vidia berdering dengan nyaring kearahnya, menggoyangkan jari telunjuknya seperti memarahi Ivy sementara Tinkerbell menggantikan kerja Ivy dalam membuat air.

Ivy pecah dari riak wajah terkejut kepada ketawa pahit bila Vidia terbang pergi untuk membantu Tinkerbell. Baru faham apa yang Vidia marahkan padanya dan kenapa mereka yang buat air. Dia ketawa memeluk perut dengan satu lagi tangan menutup sebelah matanya. “Do I really look that pathetic…?” senyuman sakarstik itu jatuh murung dengan air mata yang kembali menggugat untuk turun. Kali ini dia tidak sembunyikan perasaan sebenarnya kerana apa gunanya lagi? Dua Pixie tu takkan termakan dengan lakonan buruk Ivy. Dia dah tak dapat untuk pasang facadenya dan berlagak yang kejadian di tasik itu satu perkara yang normal.

Kemalangan itu tak normal. Kalau normal Ivy takkan jatuh terduduk diatas lantai dengan kaki yang sudah mengalah denganya seperti mana perasaannya juga. “Aku tak pernah rasa sebegini takut…. Oh Lord, Why do all this happen?” nada suaranya pecah menjadi ribuan serpihan kaca halus diantara sebak kecil. “And I can’t even be by his side… I can’t—Aku…. A-aku tak boleh buat apa-apa untuk Louis.”

Tak boleh buat apa-apa?? Tinkerbell bercekak pinggang, tidak setuju dengan penyataan Ivy dan terbang mendekati ahli sihir itu sebelum Vidia sempat menghalangnya. Pixie tukang ini menarik rambut Ivy untuk mengambil perhatiannya sebelum tuding jari kearah cawan dan botol-botol air panas yang dah tersedia di atas kaunter dapur. Memberi ceramah deringan nyaring dengna muka merah seperti mana Tinkerbell selalu jadi bila dia marah.

Tapi ekspressi marah itu melembut dan diakhiri dengan keluhan mengalah. Tinkerbell memberi senyuman kecil kepada Ivy sebelum menarik jari telunjuk Ivy, menyuruh dia bangun dan bawa dia ke tepi kaunter itu semula.

Pixie tukang itu menarik tangan yang pucat itu untuk menyentuh salah satu botol air panas itu.

Sebuah senyuman rapuh terbentuk di bibir Ivy, faham maksud Pixie tukang itu dan mengangguk. “You’re right. Aku ada buat something…” Ivy mengelap air matanya menggunakan kain lengan baju sebelum mengusap seluruh mukanya, seperti memperbetulkan semula wajahnya yang hancur dari tangisan ke ekspressi wajah yang lebih sesuai. Mungkin mata merah dan sembab masih ada tapi taklah Nampak seperti dia mengalami break down seperti sebentar tadi.

Setelah memperbetulkan wajah dan rambutnya, Ivy mengumpul botol-botol merah itu kedalam tangannya dan bergerak keluar dari dapur itu untuk merawat Louis tapi langkahnya terhenti di tepi sofa panjang bila dia dongakkan pandangannya dan lihat Louis berada di tepi sofa dua, sedang menyelimutkan Charlotte yang telah tertidur lena.

“Louis…”

Mendengar namanya dihembus, Louis memaling untuk melihat Ivy. Bibir biru mengukirkan senyuman halus diatas wajah pucatnya. ketara pada mata biru itu yang dia kelihatan penat dan tidak bermayah membuat Ivy rasa bersalah. “She fell asleep…”

Kening hitam Ivy bertembung, tidak suka melihat Louis bangun dari sofa panjang, dan berikan selimut itu kepada Charlotte sedangkan dia lebih memerlukannya. “Louis, apa kau buat di bawah tu?”

Louis ketawa kecil cuba tenangkan perasaan risau Ivy dan kembali duduk di sofa panjang yang bertentangan dengan adiknya, melihat Ivy bergerak ke sisinya dengan botol-botol merah didalam tangannya. “Jangan risau aku okay—” Ayatnya terhenti bila Ivy mencapai untuk menyentuh pipinya..

Tangan yang sememangnya pucat itu, mengusap halus tulang pipi Louis turun ke dagunya, keningnya makin berkerut dari sebelumnya. “Jangan jadi bodoh. Kau demam.” Belum sempat Louis nak membantah, ivy dah pun jatuhkan botol-botol panas itu keatas pangkuan Louis dan bergegas pergi ke tingkat atas. “Aku cari selimut lebih.” Dia sempat bersuara sebelum menghilang diri di lubang siling tingkat bawah.

Louis menghembus nafas mengalah dan menyandar pada sofa tersebut dan bawa dua botol panas itu ke lehernya, sebelihnya dibiarkan diatas perut. Merasakan kehangatan botol itu pada kulitnya yang sejuk bak ais. Badannya sudah berhenti menggigil beberapa minit yang lalu, terima kasih kepada iridessa yang pancarkan kehangatan api dari tempat api sebaik sahaja matahari terbenam jadi dia tetap mendapatkan kehangatan yang dia perlukan untuk turunkan suhu badannya.

Bila Louis memejam kedua matanya, Ekspressi wajah Ivy masih berlegar di ruang mindanya. Wajah cemas, takut seperti Louis akan pergi untuk selamanya. Ini buat Putera Camelot ini risau, Apa akan terjadi jika Louis betul-betul meninggalkannya? Adakah dia akan beri ekspressi wajah menghancurkan hati itu lagi? Membayangkan wajah sedih Ivy sudah membuat jantungnya berhenti berfungsi seperti darah dalam salur darahnya enggan masuk kedalam jantung untuk berikan udara baru untuk dia bernafas. Dia taknak melihat Ivy bersedih seperti itu. apatah lagi memikirkan untuk tinggalkan ahli sihirnya itu. It petrified him.

Tapak kaki Ivy kedengaran turun dari tingkat atas membuat Louis memalingkan kepala untuk melihat perempuan itu datang dengan satu selimut berwarna hitam pudar didalam tangan. “Ivy—”

“Jangan bangun.” Ivy memberi amaran dengan renungan mautnya bila Louis ingin berdiri dari sofa itu. “Aku tak dapat jumpa selimut lebih di bilik Gretel jadi guna je lah selimut aku—”

“Tapi aku—”

Ivy menolak Louis untuk duduk semula, dia takkan ulang ayatnya sekali lagi dan mengenakan selimut itu di sekeliling bahu Louis. “Baring.” Arahnya dengan tegas, bila Louis enggan mendengar cakap, Ivy besarkan matanya memberi amaran.

Louis mengeluh, terpaksa mengalah dan baring semula di atas sofa itu. Ivy tak buang masa, dia terus selitkan botol-botol merah itu di sebalik selimut, celah-celah badan Louis memastikan dia dapat kehangatan yang dia perlukan.

Pada masa itu, Dua pixie datang dari dapur denga setalam minuman diimbangkan didalam tangan kecil mereka. Ivy segera menolong mereka, mengambil talam tersebut, dan berikan satu dari hot chocolate itu kepada Pixie itu, tanda terima kasih kerana menolong untuk selamatkan Louis. Selebihnya dia letak di atas meja kopi.

“Ai—”

“Minum ni.” Dia berikan secawan hot chocolate itu kepada Louis, hampir memaksa. “Badan kau kena kekal panas kalau tak….” Sebaik sahaja dia angkat pandangannya semula, sepasang mata hijau itu bertemu dengan sepasang mata biru, membuat ayatnya lenyap diantara angin halimunan. Bad mistake… Dia segera alihkan matanya dan bangun dari berlutut tepi sofa secepat yang mungkin. “Um—A-Aku pergi masak air untuk kau dulu. nanti botol tu dah kurang—” Sekali lagi dia kaku, bukan kerana terlihat sesuatu. Tapi merasa lengannya dipegang dengan erat.

Ivy tundukkan kepalanya sambil menggigit bawah bibir menahan diri dari berputar dan melihat Louis. Sentuhan beku lelaki itu buat dia rasa lega dan takut pada masa yang sama. “Let go Louis.” Pintanya hampir tidak kedengaran.

“Kau menangis.” Louis bersuara dengan nada risau. Meletakkan coklat panas itu di meja kopi semula dan tangannya lagi satu menyentuh jari jemari Ivy dengan lembut. Ivy menarik jari jemarinya menjadi satu penumbuk; dahi Louis berkerut. “Kau mengelak dari aku.”

Ivy memejam matanya. Cuba menahan perasaannya dari jatuh bertaburan di depan lelaki itu—tak… didepan pixie-pixie itu. menarik nafas dalam, Dia kembali bersuara dengan nada mendatar. “Aku okay. Seseorang kena jaga kau kalau tak kau akan sakit. Apa Raja Arthur akan kata kat kau nanti bila kau balik dalam keadaan demam?” Ivy tetap dengan pendiriannya tidak memaling kebelakang dan cuba menarik lepas tangannya tapi genggaman lelaki itu makin erat. Ivy menghembus nafas lelah. “Louis…”

“Ivy…” Rayuan lembut lelaki itu hampir mencairkan hati Ivy yang rapuh. “Kalau kau okay, putar, pandang aku dan kata kau okay.” Ivy tetap tidak berganjak membuat Louis tersenyum tawar. “Come here.”

“Aku dah ada di sini. Ke mana lagi aku nak pergi?” Louis tertawa membuat Ivy berpaling memandangnya. “You think this is a joke? You almost die!—” Ivy menarik nafas tajam, seperti menarik balik kata-katanya kerana ia keluar dengan lantang. Dia teringatkan si kecil yang berada di sofa lagi satu, tidak ingin bangunkan Charlotte. “kau hampir mati, Louis…!” bisiknya, mula rasa matanya kembali menyengit.

Akhirnya dia berputar….. Louis murung bila dia lihat mata Ivy yang merah, Kristal air masih melekat di celah-celah bulu matanya menandakan dia sememangnya menangis tadi. Bersendirian di dapur. Melihat ekspressi wajah Ivy seperti ini buat dia teringatkan akibat jika dia pergi. Ivy pasti akan buat wajah seperti itu jika dia tinggalkan Ivy. “Maafkan aku…” ayat itu keluar dari mulutnya tanpa dia sedari.

Bahu Ivy jatuh. Kenapa Louis meminta maaf? Dia hampir terkorban kerana selamatkan Ivy, kenapa dia pula yang rasa bersalah? Ivy yang sepatutnya meminta maaf bukannya Louis. Ivy yang rasa bersalah kerana buat dia jatuh kedalam tasik tu. Ivy yang sepatutnya yang jatuh. bukan Louis… Dia tak bersalah. Dia tak salah… Dia tak patut minta maaf.

Mata Ivy kembali berair dan bibirnya mula menggeletar kerana dia dah tak boleh tahan rasa sebak di dalam dadanya lagi. Tidak selepas Louis meminta maaf sedangkan ivy yang bersalah. “Why?” soalnya dengan nada pecah, hampir tidak kedengaran.

Louis berikan senyuman tawar dan menarik Ivy dengan lembut, meletak Ivy diatas pangkuannya sebelum memeluk perempuan itu dengan erat.

“Louis, lepaskan aku.” arahnya tapi tangannya memegang erat selimut yang memeluk bahu Louis. Tangannya menggeletar kerana mencengkam kain itu dengan erat. “Aku kena masak air.” Bisiknya, lebih kepada beritahu dirinys sendiri dari pada Louis. Mereka tak patut berpelukan sekarang. Mereka tak patut berada dalam posisi itu sekarang.

Louis endahkan Ivy dan bawa perempuan itu baring dengan Ivy diatasnya.  “Aku tak perlukannya.” Balas Louis dengan hembusan nafas panjang. lega dia akhirnya dapat kembalikan Ivy kedalam dakapannya.

“Kau kesejukan nanti.” Dia bertegas walaupun nada suaranya beralun.

“Kau boleh panaskan aku.” Louis ketawa bila dia dapat pukulan dari Ivy. “I’m serious. Kau panaskan hati aku. That’s enough for me.”

Damn this man…. macam mana dia cakap semua tu dengan senang? Dia meluah sesenang bernafas. Ivy mengalah. Dia tak boleh lawan lelaki ni secara fizikal ataupun lisan. Jadi dia memejamkan matanya, diamkan diri untuk seketika untuk tenangkan diri tapi apapun dia buat, dia tetap tak boleh duduk diam atau mendapat keselesaan yang dia inginkan. Kerana enam pasang matas sedang memandang tepat kearah mereka.

Lou… This is not working.” Dia ingin bangun tapi pelukan Louis pada pinggangnya makin erat.

“Sebab pixie tu ke?”

Ivy menjungkit kening hairan. How???? Macam mana dia tahu apa yang Ivy fikirkan?

“….. Tak?”

Louis menarik sengih. Dah tentu pasal Pixie tu…. Putera raja ini dongakkan kepalanya untuk melihat enam pixie yang duduk di atas tempat api melambai kearah Louis dengan senyuman nakal terpapar pada wajah mereka sambil menikmati hot chocolate mereka menggunakan straw.

Louis mengenyit mata kepada mereka tanpa pengetahuan Ivy, memberi signal kepada mereka untuk bagi mereka ruang peribadi. Pixie itu berdering tanda mereka faham dan terbang naik ke tingkat atas. (Confirmnya mereka fangirling di atas tu)

Louis kembali baring dengan keluhan kecil. “Ai, Pixie tu tahu pasal kita.” Dia rasa Ivy menjadi tegang dalam dakapannya. “5 bulan memantau kau kat library mustahil mereka takkan perasan tentang kita.” Ivy ingin melepaskan diri dari Louis tapi dia tidak membenarkannya. Jadi Ivy memalingkan kepalanya ke tempat api. “Don’t worry. Dorang dah naik atas.”

Kali ini Ivy menghembus nafas lelah. Dia sempat melihat Charlotte yang bertentangan dengan mereka, memastikan budak kecil itu tidur sepenuhnya sebelum relakskan badannya semula. Agak lega yang dia akhirnya dapat masa bersendirian bersama Louis.

Ivy menanamkan wajahnya pada dada Louis dan selitkan kedua tangannya ke belakang lelaki itu. “I’m so sorry…” Pintanya dengan nada perlahan. Lantaklah maruahnya sebagai Ivy the Devil, ahli sihir heartless yang tidak pernah minta maaf atas perbuatannya, dia tendang gelarannya tu jauh-jauh dan sebut perkataan keramat bagi orang Vicious itu. Dia sudah tidak kisah. Tidak lagi bila Louis hampir terbunuh atas perbuatannya sendiri.

Insiden tadi pagi berlaku dengan begitu pantas sekali; keseronokan, perbualan, pertengkaran dan rekahan ais… ia seperti baru sahaja berlaku beberapa minit lalu sedangkan dah berjam lamanya, masih bermain di dalam kotak memorinya tanpa henti. Terutamanya semasa Louis jatuh ke dalam tasik setelah menyelamatkan Ivy.

Memikirkan Louis mati menyeramkan dia. membuat bulu romanya meremang satu badan. Dia rasa Louis memeluknya dengan lebih erat. Memerangkap Ivy didalam tangannya. “Kau sejuk?”

Ivy hanya menggeleng. Biarkan dirinya tenggelam didalam dakapan itu dan hilang diantara tangan yang buat dia selamat dan tenang.

Ivy dapat rasakan sentuhan bibir diatas kepalanya sebelum hembusan angin dari Louis. “I’m so glad you’re safe.” Bisiknya dengan nada lega seperti dia juga dalam ketakutan seperti Ivy.  

Ivy membalas pelukan tersebut. “aku kata aku rela jadi punca kau hidup dari mati. Do you even listening to me?”

Louis ketawa mendengar Ivy memarahinya. “Dan biarkan kau mati lemas? No. aku rela lemas seribu kali kalau aku kena selamatkan kau dari kematian. Aku takkan pernah maafkan diri aku kalau sesuatu terjadi kat kau…. I won’t let you slip away again.”

Ivy rasa sesuatu didalam dadanya mendengar Louis berkata seperti itu. Hati yang terkandung didalam dadanya itu berdegup dengan perlahan, terasa sakit. Tapi ia sakit yang baik. Perasaan seperti ini yang dia dah lama tidak rasa. Tidak selepas hatinya dikunci selama bertahun, tidak selepas kematian ayahnya.

Perasaan yang menenangkan seluruh tubuh badannya dan menghangatkan dadanya dengan sentuhan lembut seperti ciuman matahari pagi pada pipinya. Ya… rasa sangat asli bagi hati yang rapuh itu.

Somehow… Dia dapat merasakan keaslian perasaannya yang sekian lama menghilang selama bertahun-tahun ini.

Rasa selamat dalam dakapan seseorang, tanpa ada kerisauan pada dunia. Itu mungkin kerana Lelaki itu telah menyelamatkan nyawanya, tiada siapa pernah selamatkan Ivy seperti Louis dan ia buat Ivy ingin berikan kepercayaan sepenuhnya kepada Putera raja ini. Dan…. Dilubuk hatinya yang kosong, Dia berharap untuk tidak dipisahkan dari lelaki yang memeluknya itu. Tidak ingin berpisah. Sentiasa berada di sisi lelaki itu. Dalam apa jua keadaan.

Cliché… Itu yang Ivy fikirkan tentang perasaannya tapi dia tak menafikannya. Dia sendiri tak tahu kenapa dia boleh mempunyai perasaan sebegitu kuat terhadap lelaki yang mungkin akan menghancurkan hidupnya di masa hadapan.

Mungkin?

Pasti.

Tapi walaubagaimanapun dia taknak kehilangan lelaki itu. melihat Louis jatuh kedalam tasik itu dah buat Ivy ketakutan sehingga menggigil satu badan. Macam mana kalau dia betul-betul kehilangan lelaki ini? adakah dia akan menerima pemergian Louis? Adakah dia akan menangis seperti sekarang?

Dia tak tahu.

Dia taknak tahu.

Dia taknak berdepan dengan perasaan itu lagi.

Apatah lagi ia berkaitan dengan Louis.

Mungkin ini yang Ayah katakan… The feeling of won’t let go… desis hatinya teringatkan orang tua yang telah lama pergi. Matanya tertumpu pada api yang menyala dengan megah di tempat api, menghangatkan ruang tamu itu dengan begitu baik sekali. Api tersebut teringatkan dia padam malam punca dia mendapat mimpi ngeri pertamanya. Cuma api itu berwarna hijau.

Ivy memejamkan matanya dengan perlahan, menghembus nafas panjang yang agak berat. “Aku harap kita boleh putar masa ke masa lampau.” Ivy akhirnya bersuara dengan nada rendah setelah membuka matanya semula, memecahkan kesunyian di dalam ruang tamu itu.

Louis juga membuka matanya dengan perlahan. Matanya dah sememangnya berat, Bau kehadiran Ivy seperti padang bunga lavender masuk kedalam rongga hidungnya, menenangkan minda dan hatinya. Hanya dengan kewujudan wanita itu dalam tangannya buat dia rasa seperti didalam alam mimpi yang indah.

“Why?” perkataan yang keluar seperti hembusan angin malam pada pertengahan musim bunga.

Ivy diamkan diri untuk seketika, mata tidak lepas pada api itu dengan minda memikir lebih dari satu perkara. “Supaya kita kembali ke 5 tahun lalu dimana kita pernah merancang untuk melarikan diri bersama.” Bisiknya membuat Louis tersenyum kecil dalam mata yang terlelap. “Membuat rancangan tu jadi kenyataan dan kita takkan terperangkap dalam sandiwara dunia ni.”

Louis mengucup ubun-ubun rambut Ivy sebelum rehatkan pipinya di atas kepala perempuan itu. “Hmm… Kita akan cari cara untuk keluar dari masalah ni bersama. Aku pasti kita boleh.”

Ivy kembali diamkan diri. memikirkan kemungkinan tersebut. “I hope so.”

“Hold on to it.” Bisik Louis membuat Ivy mengangguk kecil.

Mereka berbual kosong sepanjang malam itu sambil memerhatikan cahaya tunggal yang berada di tempat api seperti setiap perbualan mereka dapat digambarkan di dalam api yang membara itu. Memanaskan kesejukan malam pada pertengahan musim salji itu.

Didalam dakapan sesama sendiri disebalik selimut, jari-jemari tersimpul lembut dan kata-kata manis dikongsi bersama didalam keheningan malam itu. malam yang begitu sunyi tapi sangat menenangkan.

pertengkaran kecil turut berlaku dalam perbualan mereka. ada sahaja subjek remeh-temeh yang dijadikan punca pergaduhan dan pasti ada salah satu dari mereka enggan mengalah; samada sengaja untuk mengusik atau sememangnya keras kepala tidak ingin mengaku salah. Tapi ia diakhiri dengan senyuman dan tawa yang riang keluar dari celah bibir mereka.

Waktu umpama berhenti seketika hanya untuk mereka berdua menikmati kehadiran masing-masing. Merasakan yang hanya mereka sahaja wujud di dunia itu seperti dahulu. Seperti di Hutan Mahligai dan Juga di bumbung Perpustakaan.

Cuma…

Kali ini lain. Mereka tidak lagi di dunia kecil itu, dimana mereka tidak boleh pergi ke mana-mana bersama. Hanya boleh bertemu di tempat tiada siapa mengetahuinya. Mereka dapat rasakan kelainan tentang dunia mereka. secara perlahan ia makin luas, ia menakutkan juga kerana mereka tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan tentang dunia mereka itu. Tapi mereka tahu mereka boleh menempuhinya dengan perlahan bersama-sama. Kali ini mereka berdua berusaha untuk tampil kehadapan dan teruskan langkah mereka walauapa jua halangan akan menempuhi mereka.

Ia bukan perjalanan yang mudah. Itu yang pasti tapi dengan harapan dan keyakinan tersemat di dalam jiwa mereka. dua pasangan ini mungkin dapat menempuhi halangan tersebut bersama sehingga ke penghujungnya.

Namun, pada waktu sekarang. Dimana dunia mereka masih lagi hanya ada Louis dan Ivy, biarlah mereka menikmati setiap detik berharga itu sehinggalah waktu bergerak semula dan matahari kembali terbit dan bayang kembali bersembunyi didalam kegelapan.

Atau…

Sehingga Hansel pulang ke rumah pada malam itu.

>X<

Ezra mencurah air kemukanya untuk beberapa kali sebelum melihat wajahnya pada cermin bilik air itu. Mukanya kelihatan pucat dan tanda hitam di bawah matanya memandakan dia kurang tidur selama beberapa hari ini kerana mengalami mimpi ngeri sekali lagi. tapi kali ini ia terjadi lebih kerap dari sebelumnya.

Dia rehatkan sikunya pada singki. rasa penat secara mental, walaupun sepanjang hari itu dia tak buat apa-apa langsung kecuali berlatih untuk Upacara pembukaan Gracious Academy tahun depan. Masih ada sebulan lagi untuk upacara itu dijalankan di Camelot, masih jauh tapi dia risau mimpi ngeri itu akan memberi kesan kepada kuasanya pada hari upacara itu.

Jeritan orang ramai yang lari lintang pukang, melarikan diri dari dia…

Jeritan minta tolong…

Jeritan amaran…

Jeritan rakan-rakannya…

Jeritan The Great Wizard Merlin..

Jeritan tawa seorang wanita…

Jeritan kematian seorang Putera Raja…

Pelbagai jenis jeritan bercampur aduk didalam mimpinya dan ia kedengaran begitu jelas walaupun dia dalam keadaan sedar sekarang. apatah lagi bila dia bersendirian, berlatih dengan kuasanya. Makin lama dia berlatih, jeritan halus yang sepatutnya tersemat dibelakang kotak memorinya menjadi lebih jelas sehingga ia kedengaran seperti jeritan itu betul-betul berlaku didunia reality dan gambaran tersebut berada di hadapan matanya.

Wajah horror Putera George yang menunggu maut darinya jelas pada penglihatan Ezra.

“Dia akan menghalang kau dari mendapat mahkota Enchanted itu.”

Erza membelakangkan dirinya dari cermin singki bila melihat wajah seorang wanita yang menggerunkan pada cermin itu. “Bloody mary!” Sahutnya dan arahkan tangannya ke cermin tersebut, melontar kepingan salju membuat lingkaran salju merentasi cermin bulat itu menyeliputi refleksi Ezra.

Ketukan pintu hampir buat Puteri ais ini menjerit ketakutan atau lebih teruk menyerang pintu tak bersalah itu. “Y-Ya??”

“It’s Hanna, Ernest kata kau ada kat bilik so what are you doing in there??” soal sepupunya disebalik pintu bilik air.

Ezra menghembus nafas lega mengetahui Hanna yang mengetuknya dan bukan seseorang yang merbahaya.

Dia kembalikan komposisi dirinya, memperbetulkan rambut dan bajunya dari kusut masai sebelum keluar dari bilik air. Menutup pintu sebelum Hanna sempat menjenguk keadaan bilik tersebut.

“Okay…” Ezra agak terkejut melihat penampilan sepupunya sekarang ni. Dia ingatkan dia je yang rasa kusut masai tapi Hanna… Sheeeiisssshh! Rambutnya dah macam sarang burung dan—itu rumpai laut ke tu? apapun, dia basah kuyup dari hujung rambut ke hujung kaki dan mukanya tersangatlah kotor seperti dia baru sahaja bermain didalam lumpur atau masuk pertandingan makan pie tanpa gunakan tangan.

Ezra hanya menggeleng melihat penampilan sepupunya yang sememangnya Clumsy. “Kau agak lambat dari kebiasaannya. Tukang Jahit diraja dah hantar gaun-gaun kita dari semalam lagi… ke mana kau menghilang tadi pagi?” soal Ezra beredar dari bilik tidurnya dengan Hanna di sisi.

“Oh you know… Pigs.. pie.. Maksud aku Pigs and Pie… Oh dan laut.”

“laut?” Ezra terjungkit kening memandang Hanna. Menjawab persoalan kenapa dia basah kuyup tapi persoalan baru muncul; “Kau berenang time sejuk-sejuk macam ni?”

 “It’s a loooong story!” sahutnya dengan muka merah.

Ezra menggeleng dan melihat pekerja istana datang mendekati mereka dengan sehelai tuala. Ezra mengambil tuala tersebut dengan senyuman kecil sebelum memakaikannya di bahu Hanna. “What am I going to do with you… kalau kakak kau tengok kau sekarang ni tentu dia kena hysteria lagi.”
“Thank you—Oh her… Dia takkan tahu kalau kau tak bagitahu dia. Cakap pasal Minnie, dia kata dia tiba di Erendelle lusa. She has something to do with the Great Wizard Merlin she said… hmmm… dia sentiasa sibuk sejak kebelakangan ni.”

Itu sebab dia the Believers, sedang mengkaji kes Losing Heart di Camelot desis hati Ezra hanya orang tertentu sahaja tahu tentang kewujudan The Believers itu.

“Yang penting dia datang.” Komen Ezra.

Mereka masuk kedalam sebuah bilik yang merupakan bilik dressing di raja dan beberapa gaun tergantung cantik di tempatnya membuat Hanna menjerit riang. “Oh my gosh! Aku nak try yang ni.. dan ni... Ooooo yang ni!” dia mengambil tiga helai gaun dari penggantung baju dan bergegas masuk ke sebalik tirai almari.

Ezra hanya menggeleng melihat sepupunya yang sentiasa teruja dengan semua benda. Haiiihlah…. Harap dia tak rosakkan lagi gaunnya lagi desis hatinya dengan senyuman kecil.

Tumpuan Ezra diganggu dengan bunyi loceng kecil datang dari belakangnya dan snow bunny melompat-lompat di udara, lalu di sisinya dan berputar mengelilingi Ezra sebelum ia melompat naik atas dan meletup menjadi kepingan salju yang cantik.

Ezra alihkan pandangannya pintu bilik persalinan. “Ernest… apa kau buat kat sini?” soal Ezra dengan penuh sopan santun dan juga kelembutan.


Ernest tersenyum nakal seperti mana budak lelaki berumur 18 tahun akan tersenyum dengan satu tangan terseluk didalam poket seluarnya dan masuk mendekati kakaknya. “Running away dari Tutor—”

“Ezra! Kau ada tengok Gaun Rosey aku tak??”

Mereka berdua berpaling kearah tirai almari itu dengan senyuman yang sama tertampal pada wajah mereka.

“It’s still recorvering dari kejadian majlis minggu lalu remember? koyak bahagian belakang?” sahut Ezra membuat Ernest ketawa kecil.

“Oh yeah… aku ingat! Okay!” sahut Hanna balik sebelum sebelah kasut tinggi terbang keluar dari tirai tersebut kearah mereka.

Dua beradik ini segera mengelak dari ia tertempel ke muka mereka dan hanya melihat kasut tidak bersalah itu terhempap di dinding sebelum jatuh ke lantai.

“Hanna, please don’t make a mess.” Ezra mengeluh dan mengutip kasut tersebut dan juga beberapa helai gaun yang dah dilontar oleh sepupunya. Meletakkannya semua ke kerusi yang tersedia di dalam bilik itu.

“Sorry—Oooo.. How about this??” Hanna keluar dari sebalik tirai tersebut dengan mengenakan gaun berwarna hijau almerald dan jalur corak bunga emas turun dari pinggang ke kaki gaun tersebut, serta batu-batu manik di bahagian atas gaun. dia tersengih-sengih kearah Ezra dan perasan Ernest juga berada di dalam bilik itu. “Oh hey twerp. What do you think??”

“Kau tahu aku lebih tinggi dari kau sekarang ni kan?” Soal Ernest sakit hati. Panggilan tu masih lagi melekat padanya walaupun mereka dah besar. Ini kerana dahulu kecil,Ernest adalah orang yang paling pendek di kalangan kakak dan sepupu-sepupunya membuatkan dia mendapat gelaran ‘twerp’ dari Minnie dan Hanna. Nasib baik kakaknya tak usik dia dengan gelaran itu jugak kalau tak tentu zaman ais di Erendelle dah berlaku selama berpuluh tahun.

“Hanna, kau takkan pakai gaun tu ke upacara Academy nanti. you look like a Christmas tree.” Ezra bercekak pinggang dengan kening terjungkit tinggi.

“Okay-okay…” sahutnya dengan riang dan masuk semula ke sebalik tirai almari.

Ernest dan Ezra saling berpandangan sebelum menggeleng sesama sendiri.

“Kakak okay ke time upacara tu nanti?” soal Ernest membuat senyuman Ezra pudar.

Dia perasan ke?

“Huh?” Ezra buat-buat tak tahu apa yang adiknya katakan. “Of course kakak akan okay. Kau patut risau giliran kau pula nanti tahun depan. Mungkin kau akan buat sekali dengan kakak.”

Ernest mengangkat bahu. “Adik tak kisah sangat. Oh dan roommate kakak tu. Who’s the name? The Devil?”

“Ivy The Devil.” Ezra menyembut nama perempuan itu umpama racun dalam mulutnya. “Dia hanya timbulkan malapetaka di Academy je. I don’t even know why they want her to stay here.” Ezra mengeluh berat.

Ernest menarik sengih. “Adik dengar akak pun tolong dalam royal petition tu—”ayatnya terhenti bila Ezra mengangkat tangan kearahnya.

“I did it because everyone wants it. Akak penat dengar tentang royal petition tu sepanjang hari dan akak ikut serta sebab akak nak balas dendam kat dia.” Ezra menggeleng. “Why do I have to stuck with her…”

Ernest hanya perhatikan wajah kakaknya yang berkerut memikirkan young Villain yang telah buat semester pertamanya di Gracious Academy umpama neraka—Litterally. Ernest juga bersekolah di Gracious dan sentiasa dengar berita tentang ahli sihir Vicious itu. Tentang kemalangan di Museum, kejadian di ladang kuda, Mempergunakan adik beradik Gingerman, Mempermainkan The Great Wizard Merlin, dan juga bilik mereka yang terbakar; berpunca dari ahli sihir itu sendiri.

Dia hampir bakar kakaknya hidup-hidup. young villain itu sememangnya buat kehidupan tenang kakaknya umpama neraka alam reality. Ernest risau yang emosi kakaknya akan terganggu bila dia bersama Villain itu.

Ye lah, kuasa ais mereka dipengaruhi dengan perasaan mereka sendiri. Jika emosi mereka terganggu, mereka tak dapat nak kawal kuasa mereka dan mungkin akan mencederakan seseorang.

Ahli sihir itu dah banyak menyusahkan kakaknya. Dalam seumur hidup Ernest, dia tak pernah lihat kakaknya sebegitu serabut sehingga stressnya ketara sangat pada wajahnya. Ezra sentiasa bersopan santun dan tidak pernah menunjukkan sebarang kesulitan pada wajahnya. Komposisi dirinya tak pernah jatuh bila dia menempuhi sebarang kesukaran. Ini kali pertama Ezra menjerit, menengking dan merungut tentang Villain itu.

Ernest bencikan Young Villain itu.

Dia juga berfikiran seperti kakaknya. Mengapa mereka nak sangat Young Villain itu berada di Enchanted sedangkan dia hanya bawa malapetaka kepada mereka semua?

Ernest mungkin tak pernah lihat Ivy The Devil dekat depan matanya kerana jadual kelasnya dari pagi hingga petang dan tidak pernah bertembung dengannya tapi melihat dia dari jauh dan mendengar berita buruk tentangnya dah cukup untuk Ernest menilai perempuan kejam itu.

Dan penilaiannya ialah; Ivy The Devil is a dangerous person. Terlalu merbahaya untuk sesiapa sahaja mendekatinya.

“Kakak patut pindah bilik—” Cadangan Ernest terbantut bila Hanna melompat keluar dari tirai almari dengan gaun berwarna hijau yang mempunyai lapisan kain yang banyak sehingga membuat ia kembang dari setiap sudut pinggangnya.

Ernest dan Erza menahan diri dari ketawa pecah perut.

“Ooo lala… my Hips are here… my hips are there…” Hanna goyangkan pinggulnya ke kiri dan ke kanan sambil buat posing yang menggoda tapi ekspressi wajahnya langsung tidak menawan. Dua beradik ini pecah perut bila Hanna senggolkan pinggulnya kebelakang. “Opps, pardon my behind sir!” sahutnya sambil menutup mulut berlagak sopan santun.

Ezra menepuk dahi sambil menggeleng, masih ketawa melihat telatah sepupunya ini. “Hanna, stop playing around. Pilih gaun cepat.”

Hanna ketawa tersengih-sengih sebelum kembali membuka tirai almarinya. “I barely fit the door~!” dia sempat bergurau membuat dua adik beradik ini kembali ketawa sebelum masuk ke dalam; menukar ke gaun yang lebih sesuai.

Ezra menarik nafas dalam sambil menyentuh dadanya. Cuba tenangkan diri tapi tawa kecil tetap keluar dari mulutnya. “Oh dear… Ada je karenah dia ni.”

Ernest tidak bagi komen apa-apa, hanya melihat kakaknya menggeleng kecil kerana penat ketawakan perangai Hanna yang tak matang-matang walaupun dah nak masuk 20 tahun pada tahun depan.

Si adik ini masih memikirkan keadaan kakaknya dengan Ahli sihir muda itu. Api dan Ais… mereka tidak patut berada di dalam bilik yang sama. Apatah lagi dengan ahli sihir itu lebih kuat dari Kakaknya. Ernest taknak mengaku yang ahli sihir itu lebih kuat tapi kakaknya sendiri mengaku yang young Villain itu terlalu berkuasa.

Lamunan Ernest terhenti bila kakaknya memalingkan kepala kearahnya dengan senyuman kecil. “Dik, jangan risau pasal kakak. Akak boleh tahan dengan dia.”

Ernest hanya mengangguk, agak kagum yang kakaknya perasan yang dia risaukan tentang bakal permaisuri Erendelle itu.

Tapi Ernest tetap risau.

Ezra boleh tahan dengan dia tapi tidak dapat nak lawan the Young Villain.

>X<

Sebuah senyuman halus terukir pada bibir melihat ‘dia’ berdiri di dalam taman bunga mereka, bersama scarf merun memeluk bahunya, melindungi kulitnya dari angin sejuk sedangkan dia sedang menikmati langit malam yang cerah dengan ribuan bintang dan bulan mengambang.

“Love… you’ll catch a cold. Come back inside.”

Si dia memaling kebelakang dengan senyuman kecil terukir manis dan dia menghulurkan tangan. “Come here. Bukan selalu kita dapat malam yang tenang seperti ini.” katanya dengan lembut. Matanya bersinar dibawa cahaya bulan.

“Tak. you come here. Come back to bed.”

“Please…” Rayu si dia.

Mengalah. Mengatur langkah keluar rumah dan menyambut tangan si dia sebelum memeluk pinggangnya dengan erat. “You are so stubborn sometimes.” Berbisik sebelum mengucup belakang telinganya. Mengusap tangan si dia untuk mengekalkan kehangatan badannya.

Si dia ketawa kecil, menyandarkan diri pada pelukan itu. menerima kehangatan badan itu dan menghembus nafas panjang. “You still loves me.”

“Always.” Pelukan dieratkan tanda perkataan itu adalah benar.

Mereka menikmati malam itu dengan tenang, didalam dakapan masing-masing dan hanya deruan nafas halus sahaja kedengaran dan yang lain senyap. tiada siapa di situ dan tiada suara yang muncul.

Sehinggalah si dia bersuara. “Bila semua ni akan berakhir?”

“Peperangan ni?”

Si dia mengangguk.

“I wish I can say; soon enough. Tapi kita berdua tahu ia takkan berakhir secepat tu. Not while we running away like this.”

“Then… lets go back.” Bisik si dia. “I want a future untuk kita berdua. Kemungkinannya agak tipis tapi aku nak berlawan. Untuk kita.”

“…”

Si dia mendongak, matanya merayu dalam senyap. mata yang penuh harapan yang tidak pernah punah. “Please…”

“Alright… for us.”

Sepasang mata terbuka dengan perlahan sebelum keluhan kecil keluar dari celah bibirnya. Matanya mula rasa menyengat dan dadanya rasa sakit, seperti sesuatu telah mencengkam jantungnya dengan erat dan enggan untuk melepaskannya.

It just another dream.

And the future for us never exist.

>X<

(A/N: Hmm…. Another Sappy Story… hahahaha dah lama tak buat cliché macam ni. Anyhow babak Ezra dan Hanna diambil dari Cut scenes ‘Disney’s Frozen’. Angah rasa seronok jugak masukkan babak tu dalam citer angah dan sekali perkenalkan adik Ezra

Oh pasal Adik Erza… He-he-hehehehehehe… I CAN’T HELP IT!! I HAVE TO PUT TOM FELTON A.K.A DRACO MALFOY DALAM CITER NI JUGAK!! I’M OBSES WITH HIM!!


Anyhow; See you in ze necz Chapitar! (^w^)/ )

P/S: you don't know how fast I type as soon as this laptop return to my hand... Hahahahahahaha (setengah hari menaip untuk bab panjang ni)

4 comments:

  1. Angah. Tenkiu. Lama tak komen. Haha. Good luck for ze necz chapitar. ^_^. -Epi-

    ReplyDelete
    Replies
    1. U welcome epi! Angah pun dah lama x dpt komen dr awak d(-_^) And thanks for the luck! *kisses*

      Delete
  2. huhuhu im cryingggg...... oh my....so sad....thanks angah..... ^________^ ...nak lagiiiiiii
    ~ccc(,)(,)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alololo jgn la nangis.. Nak tisu leftover dari bab lalu *bagi tisu jenama tesco* and u welcome too!!! Chapter seterusnya is on the way.. Masih bergelut dgn plot.. Hehehehe

      Delete