Unexeption: Eleven

Sulfur berada di depan pintu balcony Raven, hannya termenung kearah pintu kaca itu. “Rav…. Di mana kau?” katanya sendiri risau. Hampir tiga bulan dia tak jumpa Raven, sejak bawa dia shopping… dia tak jumpa Raven atau bayangannya lagi.

Dia merasakan ada kehadiran di belakangnya dan mengeluh. “Kau buat apa di sini ayam putih?”

Sky mencebik. “Kau dah jumpa Raven?” Sky mendarat di pagar balcony itu.

Sulfur menggeleng. “Dia lenyap begitu sahaja. Claw pun tak dapat di kesan, aku hairan kenapa mereka berdua hilang secara tiba-tiba dan meninggalkan misinya?”

“Kau ada dengar tentang pencerobohan Fallen Angel di heaven?” Sulfur mengangguk. “Fallen Angel tu adalah Raven. Dia datang untuk menyelamatkan Claw yang di tangkap oleh kami.”

“APa?!” Sulfur mencengkam collor baju Sky. “dia di mana sekarang?”

Sky menepis genggaman Sulfur. “Manalah aku tahu, selepas dia bawa Claw pergi dari Heaven, dia dah tak dapat di kesan. Sekarang Worrior Angels sedang memantau semua kawasan ni untuk mencari Raven. Apa kita boleh buat ialah berharap yang dia akan selamat dan..”

“Berharap? Dia di bawa ke heaven dan dapat jumpa kau ya. Kau boleh berharap dia akan selamat DAN jumpa kau tapi…” Sulfur naik marah. “Aku devil, aku tinggal di Underwolrd di mana aku TAK AKAN jumpa Raven lagi!”

Sky terkejut. “Apa, tak.. aku tak pernah terfikir nak Raven di tangkap dan di bawa ke Heaven.”

“Oh come on lah Sky, Admit it yang kau lebih suka Raven daripada Girlfriend kau tu.” Protest Sulfur membuat Sky terkejut. “Kenapa? Kau ingat aku tak tahu pasal kau dan Blossom? Ingat, kami Devil juga up to date dengan perkembangan musuh kami dan let me tell you one thing.” Katanya mendekati Sky. Dia melontarkan renungan seriusnya. “Kalau kau pernah sakiti Raven, kau mati. I mean literally dead, got that?”

“Cheh, kau siapa kepada Raven? Kau ada hak ke nak cakap cam tu?” Sky takkan kalah dengan Devil ni. Walaupun Devil makhluk yang kejam, dia tidak akan tunduk pada devil.

Sulfur tersenyum sinis. “Listen Kid, aku hanya cakap sekali, loud and Clear. Aku SUKA Raven.” Katanya terang menderang. “Aku harap dia half human dan Devil supaya hubungan kau dan Raven menjadi tulah tapi…. Heh, dia boleh di claim oleh Angel dan Devil.” Katanya sakit hati.

“K-kau…”

“Ya, aku suka Raven dan nak kau tak masuk campur dengan goal aku nak dapatkan dia. Ingat Pale Face, kalau kau cuba sakiti Raven. You are dead.” Dengan itu, Sulfur terbang pergi meninggalkan Sky dalam sekadaan shock.

“Tak guna….  Raven, aku tahu mitos menyatakan yang Fallen angel is a beautiful goddess tapi ini dah melebihi mitos. Fallen Angel takes the heart of men.” Katanya melihat Sulfur pergi. Kalau ada lelaki lain berjumpa dengan Raven sepanjang 3 bulan ni… adakah dia turut jatuh cinta dengan Raven? Desis hatinya risau.

<><><><><><> 

“jadi, selama 800 tahun aku hidup aku tak pernah tahu yang aku ada kakak yang Half Devil? Kenapa Mama?”

Lady Rya hanya duduk diam tidak tahu apa nak cakap pada anaknya Cyrus. “Sayang, mama nak beritahu tapi…” Lady Rya menggeleng. “ianya sukar. Firold dan Zeus beri Mama kesempatan kedua untuk kembali ke Heavens dan masa silam mama dengan Rin akan tersimpan rapi tapi Mama tak tahu yang…” Air mata lady Rya jatuh lagi. “Yang… Rin akan di bunuh dan tinggalkan Raven dengan Claw.She’s becoming a monster.” Lady Rya rasa bersalah selama 1000 tahun tinggalkan anaknya. 1000 tahun! Kalau 2-3 tahun tak pa ini 1000! Entah apa Claw dah buat pada Raven sepanjang masa tu.

“Mama tinggalkan keluarga mama untuk dapatkan peluang kedua? That’s it?!” Marah Cyrus masih belum redah, dia tidak sangka mama yang penuh dengan kasih sayang rupanya selfish.

“Tak, mama di tangkap oleh Worrior Angel dan mengancam mama untuk bunuh Rin kalau Mama tak kembali ke Heaven dan tinggalkan dia. Mereka tidak pernah tahu pasa Vyle. Mahu tak mahu mama terpaksa tinggalkan mereka untuk keselamatan mereka. Mama yakin Rin akan jaga kakak kamu dengan baik tapi mama… mama tak tahu yang Zeus akan hantar Angels untuk… bunuh… Mama, ialah mama yang paling teruk.” Katanya tambah bersalah. “Mama rindukan kakak kau, setiap malam mama akan mimpikan senyuman manis Vyle dan bergembira di taman belakang rumah. Mama rindukan wajah kecilnya yang sering membuat muka comel kalau nakkan sesuatu, keriangannya dalam setiap perkara, bertanya seribu soalan tentang dunia manusia dan ingin menerokainya. Mama tenggelam dalam memori lama.

Apabila berjumpa dengan Vyle balik… dia dah berubah.” Katanya mengenang semula wajah Raven yang menggerunkan seperti Devil tulen. “Mama takut dia akan dihapuskan oleh Elder yang lain…”

Hati marah Cyrus redah melihat mamanya menangis. Seriously, siapa yang boleh marahkan perempuan ni? 
“Mama kena tukar nama dan di larang keluar ke dunia manusia. Sebab itu ada pelindung di Heaven gate?” Lady Rya mengangguk.

“Claw ada kata yang hati Raven sekarang rapuh dan akan hancur pada bila-bila masa sahaja jika ada orang sakiti dia lagi jadi Cyrus… tolong pujuk kakak kau dengan baik, jangan gunakan keganasan atau melawannya. Kita taknak dia bertukar menjadi Luciefer.”

Cyrus mengangguk faham dan tersenyum nipis. “mama jangan risau, aku akan cari cara untuk pujuk Vyle.”

Setelah bercakap dengan mamanya, Cyrus keluar dari rumah dan bergerak ke padang latihan Worrior Angel. Entah kenapa, dia tenang melihat Angel muda melakukan latihan fizikal mereka. Dia mungkin agak ‘muda’ menjadi ketua Trupnya tapi pemikirannya lebih matang dan tajam dari Captain yang lain.

“Yo Cyrus, kenapa tegang muka tu?” Lay terbang mendekati Cyrus dan menyapanya. “Kau fikirkan tentang Fallen Angel tu?”

Cyrus mengangguk dan mengeluh. “Who knows…. Aku ada kakak half Devil dan dia akan jadi Luciefer. Aku tak sangka mama akan rahsiakan perkara ni dari aku.”

Lay tersenyum nipis dan berpaling memandang para Angel muda yang menjalankan latihan mereka, dia dulunya sama seperti mereka 100 tahun lalu, menjalani latuhan tanpa henti untuk memastikan diri mereka bersedia dalam apa jua keadaan dalam segi fizikal dan mental. Terutamanya fizikal.

“Well, sekarang kau patut bangga sebab kebanyakan Angel tambah takut dengan kau.” katanya ketawa tapi mendapat renungan dari Cyrus. Dia berdehem. “Ehem.. maksud aku.. Hey Dude, cheer up!” Lay nak tepuk bahu Cyrus tapi renungan Captain Trupnya masih belum redah. Dia tarik balik tangannya dan mengeluh. 
“Shis….jangan bagi aku mata tu boleh tak? Kalau pasal mama kau, aku rasa dia rahsiakannya sebab terpaksa. Untuk kebaikan kakak kau juga.” Lay memandang kearah Cyrus dengan senyuman nipis cuba menenangkan hati resah Cyrus.

“Ya itu aku tahu tapi yang masalahnya sekarang ialah… aku kena pujuk dia untuk menyerah diri dan tak berlawan. Masalahnya, aku tak tahu cam mana perangai kakak aku. Aku hanya nampak…” Cyrus mengenangkan pertemuan pertama dengan Raven di kemalangan maut. “Aku hanya nampak kebencian di matanya, seperti Seekor Devil. Aku rasa dia bencikan aku.”

Lay memetik jari “Oh ya! Aku rasa aku tahu cam mana nak bantu kau dengan conflik kau sekarang ni.”
Cyrus menjungkit kening. “Cam mana?”

“Kau jumpa Sky.”

“Untuk?” Cyrus tambah blur.

“Satu-satunya Angel yang tahu saaaaangat kakak kau ialah Sky, anak Lord Firold tu.  Cuba minta tips atau clue tentang kakak kau tu. Mungkin membantu.” 

Wajah muram, stress Cyrus menjadi ceria bak mentari. “Thanks Comrad! Kau tentu akan naik pangkat sebabkan ni!” katanya berjenakan menepuk-nepuk bahu Lay sebelum terbang pergi mencari Anak lelaki Lord Firold.

Setelah mencari hampir seluruh Heaven, heh… taklah, dia pergi ke tempat yang kemungkinan Sky akan ada dan seperti yang dia jangkakan. Sky ada di Holy Ground di mana terletaknya colloseum.

“Yo Sky, apa kau buat di sini?” Sapa Cyrus duduk di sebelah Sky yang duduk di penjuru tanah Holy Ground. “Kenapa kau tak sama Blossom?”

Sky ketawa kecil. “Kau pula? Apa kau buat di sini?” dia tak menjawab soalan Cyrus. Patutkah dia jawab?

“Aku cari kau lah. Aku dengar kau kenal Vyle, betul ke?” Soalnya dengan tenang. The cool and slumber Captain Cyrus is back.

“Vyle?” Sky menjungkitkan kening. “Oh, maksud kau Raven. Ya aku kenal dia.”

“Raven?” sekarang Cyrus menjungkit kening.

“Ya, nama dia sekarang Raven dan bukan Vyle lagi. Aku tak tahu kenapa dia tukar, kenapa kau Tanya?” 

“Aku nak minta tolong dengan kau. tolong aku untuk kenal Vy-Raven.” Kata Cyrus. “Lady Rya nak aku pujuk Raven untuk menyerah diri, Dia tak nak kakak aku di hapuskan sebab dia nak tebus kesalahannya 1000 tahun lalu. Aku tak tahu cam mana nak pujuk dia dan aku tak pasti kalau aku boleh pujuk Raven sebab….” Cyrus menghembus nafas berat. “Dia bencikan aku.”

Sky mengangguk. “oh yea… aku ingat tentang tu..” dia mengusap dagu mengingatkan Raven menjadi Luciefer depan Heaven Gate, mengejar Cyrus dengan penuh benci di matanya. “Tapi jangan risau, aku dulu pun cam tu, more less cam tu.” Katanya tersengih mengingatkan pertemuan kedua mereka. Ala…. Yang ‘kiss’ tu…

“kenapa muka kau merah?”

Sky tersentak dan menggeleng keras. “Apa-what? NO!” katanya menafikan. “Kakak kau… Raven. Dengar sini Cyrus, kakak kau nampak Devilishly Sexy Evil Bi-” Ayatnya terpotong melihat Cyrus buat renungan ‘tu’. “Eherm… maksud aku, dia nampak jahat tapi hatinya baik. Dia tak pandai benci sesiapa mahupun Devil atau Angel. Dia sebanarnya…” Sky tersenyum sendiri apabila terkenang wajah Raven.

“Dia seorang yang ceria dan suka membuat benda di luar jangkaan. Walaupun dia nampak marah tapi sebenarnya tak, dia hanya kecewa dan sedih ataupun dia nak mengelak dari situasi yang buat dia rasa cam tu. She’s a cry-baby dan selalu memeluk lutut dan menangis sendiri. Dia caring dan tidak suka bermanja tapi dia suka bergaul dengan siapa sahaja.” Kata Sky panjang lebar sambil mengingat kembali saat-saat bersama dengan Raven. “Kau tak boleh marah dia balik kalau dia marah kat kita. Entah kenapa tapi kalau kau nampak mukanya tentu kau cair dan mengalah serta merta. Yang paling penting ada pada Raven ialah senyumannya, jarang dia tunjukkan senyuman dan tawanya kecuali kalau kau berkawan dengan dia dan-”

“Kau dah jatuh cinta dengan Raven kan?”

Sky tersentak dari lamunannya tapi dia mengangguk tidak menafikannya. “Ya…. Aku cintakan kakak kau.”

Cyrus tertawa kecil. “Okay…. Kenapa kau dengan Blossom asalkan kau suka Raven?”

“Sebab, time aku ambil Blossom… aku ingat Raven tu half Devil half human. Sebab tu aku pilih Blossom dan time tu aku belum tahu lagi aku dah fall kat dia.” Katanya mencebik. “Sekarang bila aku dah pastikan dia Half Angel, Fallen Angel…. Aku tak boleh patah balik dan buang Blossom begitu saja.”

Cyrus tambah ketawa. “Se-Seriously?! Kau memang terlampau baik! Kenapa kau tak tegas cam Lord Firold hah?”

Sky menumbuk bahu Cyrus. “Shut up! Kalau kau di posisi aku, tentu kau akan temui jalan buntu. Lagipun, aku tak nak lukakan hati Blossom.”

“Mana lebih baik? Lukakan hatinya dengan beritahu kebenaran atau lukakan hatinya dengan perlahan dalam penipuan kau tu? Memberi dia harapan palsu.”

Sky meramas rambutnya. “For Heaven’s sake! I don’t know. Breeze suruh aku terus terang tapi aku tak pasti jika itu akan membantu. Kau rasa apa patut aku buat? Kau kan beratus tahun lebih tua dari aku.”

“Aku? Hmmm….” Cyrus mengusap dagunya buat ala-ala Einstein. “Aku akan beritahu dia kebenarannya. Setiap kebenaran tak semestikan berita gembira kan?”

Sky tersenyum nipis dan mengangguk. “Yea… I guess you right.”

><><><><><><><><>< 

“*Cough*Cough*!” Claw terbatuk berkali-kali tanpa henti membuat Raven terbangun dari tidurnya, di sofa ruang tamu dan bergegas naik ke tingkat atas melihat keadaan Claw.

“Claw! Kau okay?”

“*Cough*Cough*! Ya, jangan risau sangat tentang orang tua ni…” kata Claw dengan senyuman tawar, terlentar di katil tidak bermaya.

Raven duduk di penjuru katil dan menyentuh dahi dan lehernya. Sejuk. “Claw, kau janji takkan tinggalkan aku. Kau takkan tinggalkan aku kan?”

Claw memegang erat tangan anak buahnya dan menggeleng. “No you brat. Kau terlampau manja, siapa nak tampar kau kalau kau sedih nanti?”

Raven tertawa kecil tapi nak menangis. “Claw, cam mana kau bertahan di heaven selama seminggu lebih?”

Claw tersenyum nakal. “Sebab aku jaga Angel seperti anak aku sendiri. Aku ada sedikit kebaikan dalam hati keji aku ni. Sebab tu aku *Cough*Cough* dapat bertahan hingga ke hari ini.” Katanya dengan senyuman tawar.

“Angel?” Air muka Raven jatuh. “Ya, aku boleh dikatakan anak Angel tapi hati aku Hati Devil. Dah nak jadi Luciefer.” Katanya mula nak memeluk lutut tapi Claw menghalang kakinya naik keatas katil.

“Nak aku patahkan *Cough*Cough* kaki kau tu ke?” katanya beri amaran. Ini yang dia tak suka pasal anak buahnya, kalau rasa sedih, kecewa putus asa tentu memercilkan diri dan berpeluk tubuh seperti bola. Tak sama dengan Rin langsung.

Raven turunkan kakinya dan memandang Pak ciknya yang terlentar sakit. “Claw, kenapa kau tolong aku? Aku tahu kau bencikan Angel kerana mama dah ambil Papa dalam keluarga kau tapi kenapa kau tetap tolong aku?”

Claw mengeluh. “Dah beratus kali aku cakap; kau anak buah aku. Lagipun, wajah kau sama dengan Rin, personality kamu. Keras kepala, suka marah dan suka buat benda bodoh. Cam mana aku tak boleh selamatkan kau? kau keluarga terakhir yang aku ada. *cough*Cough*” mata Claw semakin berat. “Apa yang aku nak dari kau ialah… lakukan sesuatu yang buat kau gembira. Aku tak halang kau dengan Ean sebab kau layak mendapat kegembiraan seperti abang aku dapatkan mama kau… aku tak halang kau….” nada percakapannya semakin perlahan. “Tak halang kau kumpul roh-roh di belakang aku sebab kau *cough*Cough* layak tentukan hidup kau dan bukan orang lain… dan…” Claw mengeratkan genggamannya pada tangan Raven. “Aku nak kau sentiasa berdiri tegak walaupun aku… dah……. Tiada…..” mata Claw tertutup dan begitu juga jantungnya berhenti berdegup.

Raven mengalirkan air mata melihat Pak Ciknya, orang yang dia sayangi mati di depan matanya sekali lagi dan dia tak dapat lakukan apa-apa, hanya melihat mereka mati di depan mata. “Claw… C-Claw…. Jangan kau n-nak main cam ni…. Ak-Aku…” Dia menggoyangkan badan Claw yang tak bernyawa. “Aku…..” matanya terbeliak besar melihat bebola cahaya muncul dari dada Claw, ia warna merah lembut, tidak sama dengan roh devil yang lainnya; merah pekat.

Air mata Raven mengalir dengan lebih deras lagi. “CLAW!!!! JANGAN TINGGALKAN AKU!!!” jeritnya melihat jasad Claw; secara perlahan, jasad itu bercahaya lenyap setiap detik sehingga jasad Devil itu tiada lagi di depan mata Raven. Setelah itu, Roh Claw terbang keluat tingkap dengan laju.

“Tak….” Dia terus mengeluarkan separuh dari badannya dari tingkap itu untuk mencapai roh Claw tapi tidak dapat. “TAK! CLAW! Jangan…. Jangan pergi!!!” Jeritnya menangis tanpa henti kearah Roh merah itu bersatu dengan ribuan bintang di atas langit.

“Tidak….. tak mungkin…” dia jatuh ke lantai, kakinya bergeletar tidak bermaya untuk menampung badannya. Raven menarik rambutnya dengan kuat, satu badannya bergeletar dan hatinya rasa seperti di tusuk seribu panah beracun tanpa henti menerkamnya bertubi-tubi. “Tak… ja-jangan tinggal… tinggalkan aku….” Katanya trauma, mengingati memori tentang kematian Papa dan Ean berulang-ulang kali di tayangkan di kepalanya tanpa henti membuat dia tidak kecaruan. Jantungnya berdegup sangat kuat,hanya itu yang dia dengar di telinganya. Panas, sangat panas dan kepalanya seperti nak pecah! “AHHHH!!!!!!”

 Lagi sekali, orang yang dia sayangi mati di depan matanya. Pertama papa, selepas itu Ean dan kali ini…. Claw, pak cik yang paling kejam tapi penyayang yang pernah dia ada dalam hidupnya, yang memberi dia tujuan untuk teruskan hidup walaupun penuh dengan kegelapan tapi dia juga memancarkan cahaya dan harapan baru kepadanya untuk tinggal di dunia manusia dan bukan dalam dimensi yang tiada penghuninya. Dia berikan dia kehidupan baru dengan menjadi apa yang dia nak. Menjadi remaja biasa tanpa ada masalah, menjadi devil, menjadi Angel dengan membuka kedai bunga, segala-galanya tapi dia tidak pernah hargai apa yang Claw lakukan kepadanya.  Dia seorang yang tak berguna!

Nafasnya berat dan dia sudah terlentar di lantai bilik memegang lehernya yang terasa seperti ada sesuatu di lehernya menahan dia dari bernafas. Keringat turun ke dahi dan kepalanya sakit, teramat sakit hingga dia tak dapat berfikir dengan lurus. Jantungnya, ya, di situ yang sangat sakit, rasanya seperti ada sesuatu menyekat salur darahnya membuat ia susah untuk berdegup. Sakit, sangat sakit, dia perlukan oxygen tapi tak boleh… Kenapa dengan dia ni? Kenapa dia rasa begitu terseksa? Apa semua ni?

Tetiba….


*CRASH!!* 

Comments

Post a Comment

Popular Posts