New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Tuesday, 4 June 2013

Rose Princesses: Double the Surprise!

Chapter 31 

Matahari terbit dari timur mencurahkan cahaya paginya ke sereta tempat sepanjang mana mata boleh memandang. unggas berkicauan di atas dahan seperti sedang menyanyi menyambut hari yang telah di nanti-nantikan beserta dengan dedaun di dahan bergerak umpama melambai-lambai menyapa makhluk yang ada. Nyanyian unggas tersebut juga disertakan dengan tarian daun yang berguguran di pertengahan musim bunga.

Luna, penghuni istana yand pertama bangun seperti biasa berarak menuju ke bilik Si kembar manakala Ann pula belum sempat melelapkan mata dan berjaga di Green House bersama Teamin untuk menyelesaikan persiapan terakhir sebelum acara perkahwinan bermula.

Luna membuka pitu bilik si kembar dan seperti yang dia agak. Mereka tidur sebilik selepas seharian menjadi bodyguard Mea. Kasihan… kasihan….

Luna mendekati si kembar dan membangunkan mereka dengan menarik selimut mereka ke lantai. “bangun! Kita ada majlis nak dijalankan ni. bangun! Bangun!” kata Luna sambil membuka langsir tingkap mereka membenarkan cahaya matahari masuk kedalam. “Cuaca yang sangat cantik untuk menyambut majlis yang hebat!”

Mereka berdua menggeliat serentak tapi membuat reaksi yang berlainan. Viola meraba katil sehingga jumpa satu bantal dan menutup mukanya dari pancaran matahari manakala Fiona membuka sebelah matanya yang berat memandang kearah Luna yang berdiri ditengah-tengah cahaya yang membutakan mata. Silau!

“bukannya acara tu ni malam ke?” soal Fiona bangkit dari baringnya sambil menggosok mata yang berat cuba sedarkan diri sendiri.

Luna menggeleng dan merangkak keatas katil di antara si kembar. Luna memukul bahu Viola. “bangun lah! Kau nak jadi Andalusia ke?”

Viola terus banggit dan memandang wajah Luna dengan muka yang bengkak. “kerajaan mana pula tu hah? Apa kena mengena aku dengan kerajaan tu?”

Luna tertawa. “An.Da.L.Usia…. Anak Dara Lanjut Usia. Kau nak Jonghyun tarik balik ayat dia ke?”

Viola menggeleng keras hingga rambutnya terhuyung-hayang macan tangan sotong kurita yang berputar. “TAK NAK! Apa lagi, jom bersiap!”

Luna terus memegang kedua tangan si kembar dan matanya bercahaya merah buat seketika. Dengan sekelip mata sahaja, Si kembar dan Luna sudah tiba di bilik jahitan utama.

“Mea?”

“Vee? Fee? LUNA!” Mea menjerit marah apabila orang yang dia cari akhirnya berada di depan mata. Maya dan Meira sedang mendandan Mea dengan gaunnya di badan.

“My Lady, tolong jangan banyak begerak.” Kata Maya sambil menjahit bahagian kain yang longgar.

Mea berdengus. “Apa yang kau rancangkan ni hah Luna? kenapa upacara majlis menyambut keselamatan Robella ni awal sangat?”

Luna tersenyum manis dan memetik jari tanpa menjawab soalan Mea. Empat orang tukang jahit professional tampil masuk kedalam bilik tersebut dan bergerak menjalankan tugas mereka. mereka mendekati Si Kembar dan segera membuka baju tidur mereka dan tukarkan ke gaun.

“Hey- Woi!Nan- Aku boleh buka sendiri lah!” Jerit Viola menolak salah seorang tukang jahit tersebut dari membuka pajamanya.

“nanti- eh? AH!” Fiona terus menarik Viola masuk ke bilik persalinan dan cepat-cepat tukar baju sebelum empat tukang jahit itu yang buka baju mereka.

Luna hanya tertawa melihat telatah si kembar bergegas masuk kedalam bilik persalinan. Luna melabuhkan punggung di kerusi yang telah tersedia di bilik tersebut dan melihat Mea di dandan oleh dua orang tukang jahit yang dipercayai sambil menghirup purple tea.

“Lu…. Kenapa kau tak bersiap hah?” Soal Mea dengan nada curiga sambil mendepakan tangannya membenarkan Meira memperbetulkan lengkukan gaun mengikut bentuk badannya.

“Aku? aku tak makan masa nak bersiap. Plus, gaun korang tu ya-”

RING>>>> RING>>>>>>

Ayat Luna terpotong apabila dia mendapat panggilan dari >Old Wicked< Luna tersenyum nakal dan mengangkat panggilan tersebut.

“moshi, moshi~~? <3” katanya dengan nada menyakitkan hati.

“…….!!!”

Apabila mendengar suara yang sangat dikenali menyumpah serana Luna, satu senyuman meleret terbentuk di wajahnya. “Kan aku dah kata aku akan urusakannya. Jangan risau, semuanya akan berjalan dengan lancar. Tetamu dah datang jadi kita tak boleh batalkan.”

“????....... !!!”

Luna tertawa mendengar lelaki di dalam panggilan itu memberontak. “Apa boleh buat. alang-alang dah mencelup pekasam, so, biarlah sampai ke pangkal lengan. Don’t worry, everything is going to be alright. Trust me.” Katanya dengan nada yang meyakinkan.

“You better be!” kata En Edward sebelum mematikan talian mereka.

“Lu… Apa kau tengah buat ni?” Soal Mea semakin curiga dengan Luna.

“Huh?” Luna beralih pandangan dengan Mea dan Si kembar keluar dari bilik persalinan dan empat tukang jahit itu memulakan kerja mereka.

“Kita tengah bersiap untuk majlis perkahwinan korang bertiga lah.” Kata Luna dengan senyuman manis.

“APA???!!!” jerit mereka bertiga serentak. Dun! Dun! Dun! Hari keramat mereka telah tiba.

“Apa? Kau merapu kan Lu? Kau ingatkan benda ni main-main ke?” Viola mula bersuara cemas mendengar yang dia akan berkahwin. NI HARI!!

“Serius. Jangan risau, semuanya akan okay.” respon Luna slamber.

“Kau macam mana?” soal si kembar serentak. Ini tak boleh jadi ni, mereka dulunya rancang nak kahwin bersama tapi, hanya mereka tiga je? Ini tak boleh jadi ni!

“Aku?” Luna menyoal mereka balik dengan wajah ringan. “selepas Minho selesai dengan urusannya.”
Mea memandang Luna dengan riak wajah tidak meyakinkan. “…dan sampai bila tu?”

Luna mengangkat bahu buat muka tak bersalah. “Who knows…”

Mereka bertiga naik berang melihat perangai licik Luna. Kenapalah mereka senang terjebak dengan Luna? kenapa mereka tak syak pasal si kembar di suruh jauhkan Mea dari Green House? Kenapa mereka selalu trust 100% kepada Luna???

Luna hanya tertawa melihat wajah merah menahan marah mereka. “Ala…. Time wedding aku, koranglah yang conquer planningnya.” Luna cuba menenangkan api yang membara dan wow… mereka termakan.

“okay… tapi, ingat. Kami akan ajar kau cukup-cukup hingga kau tak nak keluar bilik lagi.” Kata Viola dengan nada mengancam.

“tema wedding, bright clown colour.” Sambung Fiona mula menyakat Luna.

“kek dua tingkat bertemakan ayam dan unta.” Tambah Mea pula. Eh? Bila Mea join in jadi kembar ke tiga ni?

Luna menjelir lidah kepada mereka tanda protest yang dia tak takut dengan ugutan mereka. walaupun senyuman manis terpapar di wajah Luna, namun hati dan mindanya berada dalam perasaan kecewa. Dia nak sangat berkahwin setarikh dengan rakan karibnya tapi, apakan daya…. Dia harus mengelak dari mencapai awakening ketiga. Syarat awakening ketiga ialah rose princesses berkahwin dengan lelaki yang dia cintai. Jika mereka kahwin serentak, tentu mereka berempat akan dihantar ke dunia mereka semula sebaik sahaja angkat sumpah perkahwinan selesai. Jadi, salah seorang dari mereka harus berkorban dan Luna menjadi wakil untuk tidak berkahwin sebab, jika Luna tak capai awakening ke3 maka mereka tak dapat pulang ke dunia mereka.

Biarlah… aku nak mereka bahagia, kebahagiaan mereka lebih penting dari kebahagiaanku desis hati luna tersenyum tawar melihat Mea dan si kembar membebel tentang gaun kahwin mereka.

XOXOXOXOX

Sementara itu di Green House, Ann sedang melayan tetamu yang hadir di acara perkahwinan tersebut. Well, bukan semua keluarga tapi ada hubungan dengan Robella jadi tak pa kan? Lebih ramai lebih meriah.

“selamat datang Dutches Lyiela. Kami sangat berbangga permaisuri dapat hadir.” Kata Ann dengan senyuman.

Dutches Lyiela mengangguk setuju dengan senyuman yang sama. “Saya yang sepatutnya berbangga melihat Rose Princesses berkahwin dengan putera raja Robella. Tidak lama lagi, kamu dan Putera Bongsu, Teamin akan bersatu pula.”

Ann tersengih kecil dengan cara sopan. “Saya juga berharap seperti itu.”

Sementara itu, di bilik persiapan pula dimana Shinee sedang bersedia untuk majlis perkahwinan ini.

“Serius ke ini bukan mimpi?” Soal Key memandang badannya yang lengkap dengan suit beraja di cermin panjang buat yang sekian kalinya. “Tak sangka tak sampai sebulan aku lamar Fee, dah nak kahwin.”

“Aku tahu. Aku sendiri tak percaya.” Jonghyun turut bersetuju.

“Kau pula Min? kenapa tak bersiap? Kau tak join sekali?” Soal Onew yang nampak segak di hadapan cermin panjang memandang adiknya yang sedang membaca di sofa yang telah tersedia melalui cermin.

Minho mendongak memandang abangnya dan tersenyum. “kenapa? Aku jadi saksi lelaki dengan En Edward je. Aku dan Luna tak rancang nak kahwin lagi. Lagipun, kami ada rancangan tersendiri.”

“Cheh. Nak buat sendiri-sendiri ke?” Jonghyun memperbetulkan rambutnya yang kelihatan sedikit kusut sambil mentertawakan adiknya.

“Begitulah nampaknya. Kami buat time per-”

“SEKARANG!”

Ayat Minho terpotong apabila Teamin masuk kedalam bilik tersebut dengan sebuah fail di tangannya dan menghulurkannya kepada Minho. “Kau dan Luna dah di rasmikan sebagai suami isteri dan kamu kena join sekali perkahwinan ni.”

Mata Minho terbeliak bulat melihat sijil perkahwinan yang mempunyai namanya dan Luna tertulis di atas kertas tersebut, siap dengan cop rasmi lagi tu. “Bila?”

“kelmarin tengahari, kau berada di meja kau tengah sibuk. Kau ingatkan aku datang ke mejamu and minta tandatangan. Kau sibuk sangat sampai benda hapa kau tanda kau sendiri tak tahu.” Kata Teamin dengan senyuman bangganya. “So, Suit kau ada di dalam bilik tu dah aku sediakan. So, cepat bersiap. Nanti ada beberapa orang M.I.B datang escort korang ke Green House. Ok? Ok. Aku pergi dulu.” Kata Teamin tanpa mendengar apa abangnya ingin katanya dan bergegas keluar dari bilik tersebut.

Minho hanya tertawa. “Kau nampak tak apa Teamin dah buat?” yang lain mengangguk dengan senyuman. Minho menggeleng gembira melihat adiknya yang bongsu. “Dia memang dah matang da serius sangat. Boleh jadi raja seterusnya ni kalau dia kekalkan attitude tu.”

Minho memandang kearah abang dan adiknya disertakan senyuman. “Guys, aku join sekali.”

XOXOXOXOX

Setelah Mea dan si Kembar di dandan, mereka bertiga masih belum boleh keluar dari bilik jahitan sehingga ada M.I.B datang mengambil mereka. Jadi, mereka melihat Luna di dandan sebelum dia memakai gaunnya.

“Kenapa kau tak join sekali hah, Luna?” Soal Viola yang masih tidak puas hati dengan Luna yang enggan berkahwin serentak dengan mereka.

Luna mengeluh. Matanya tertutup kerana Meira sedang letakkan eye liner di matanya. “Mea, berhenti gigit kuku tu.” Katanya tanpa mengetahui apa yang berlaku.

Mea menjauhkan tangannya dari mulut dan mula bermain jari. “Aku gementar okay. kau ingatkan perkahwinan surprise ni kerja giler ke? rasa cam jantungku ni nak keluar dari tempatnya dan larikan diri.”

Fiona pula hanya duduk diam masih tidak percaya yang dia akan berkahwin. Dari tadi lagi mukanya merah padam mengetahui yang dia akan berkahwin dengan Key. Ini memang mengejutkan.

Setelah Luna siap di dandan. Luna di pakaikan gaun berwarna putih merah yang bertemakan Red Rose.

“hold it. Kenapa aku pakai head eccesories yang ni? Jap. Meira, Maya? Apa ni?” Luna akhirnya bersuara apabila dia melihat dirinya di cermin. Seperti seorang….

“Cik Anntoinette arahkan kamu untuk dandan Cik Luna secantik pengantin dan itulah arahan yang kami akan buat. lagipun, bukan ini kali pertama kami dandan Cik Luna betul?” Jawab Maya sambil memperbetulkan perhiasan kepala Luna.

“Apa? Meira, bawa sini phone tu.” arah Luna yang semakin keliru. Dia mendail number Ann dan thank goodness dia jawab. “Hello Anny? Apa maksudnya ni?”

Sementara di bahagian si Kembar dan Mea. Fiona dan Viola tersenyum lebar sudah tahu rancangan Ann.
“Bijak budak ni. tak sangka dia boleh buat plan tambahan dan tak kantoi oleh Luna.” Mea sendiri memuji kepandaian Ann dalam menyembunyikan perkara.

“We know. Tabik hormat kepada Anntoinette.” Kata si kembar serentak. Ann memang yang terbaik. Tak sangka dia akan buat perkara yang si kembar inginkan tanpa si kembar bersuara. “Dia lebih licik dari Luna.”

“Ann, kakak tak setuju…”

Mendengar ayat itu, si kembar dan Mea segera mendekati Luna inginkan penjelasan. Kenapa? Bukankah bagus mereka berkahwin serentak tanpa Luna penatkan diri planning weddingnya sendiri bersama mereka?
Luna memandang mereka dengan riak wajah risau, sekarang dia yang menggigit kuku. Tak, tak boleh, walau apapun, aku tak boleh berkahwin! “Se-sebab…”

“No excuse! Kak El, kami semua nak Kak El join in sekali dalam perkahwinan ni. Please Kak El… Minho dah setuju dengan rancangan ni.. takkan Kak El nak hampakan Minho sekali lagi?”

Luna terasa seperti di tusuk tepat di jantungnya apabila Ann dalam talian menyatakan ayat itu. Dia hampakan Minho kali kedua? Patahkan hati Minho kali ke dua? Tentulah dia tak nak! Minho masih menyayanginya walaupun dah bertahun lamanya tidak berjumpa malah di sahkan mati! Kembali kedakapan Minho bagaikan satu mimpi indah bila Minho menerimanya sebagai tunangnya kembali. Dia tak nak lukakan hati Minho kali ke dua.. tak nak… tak ingin.. tapi…..

Mea mengambil telephone di tangan Luna dan bercakap dengan Ann. Manakala, Viola dan Fiona memujuk Luna dengan twin puppy eyes mereka.

“Please Luna.. jangan hampakan kami semua. Semua kerabat di raja dari pelusuk dunia datang untuk ini, takkan kau nak batalkannya? Ini akan menconteng arang keatas nama Robella dan Rose Princesses.”

Walaupun cute tahap gaban, Luna tetap dengan keputusannya. “Tak… Maaf tapi-”

Ayat Luna terhenti apabile Mea menghulurkan Phonenya semula. “Minho text kau.”

Luna mengambil phonenya dan melihat sms tersebut.

From: Julius Ceaser
Subjek: I Love You
Text: Thanks sebab agree untuk berkahwin dengan aku. tak sangka kau tandatangan tanpa pengetahuan aku kan? Hebat juga kau ni. Anyways, I’m looking forward to see my fiancée walking on the isle with her beautiful wedding gown.

Luna mengeluh panjang, memandang rakannya dan kembali membalas text Minho. sebelum menghantar text tersebut dia beri rakannya melihat isi kandungan sms tersebut.

Mata mereka terbeliak bulat tidak percaya melihat jawapan Luna. “SERIOUSLY??” Luna menjawab jawapan mereka dengan menghantar text tersebut kepada minho.

Minho yang sedang berhadapan dengan cermin melihat dirinya yang mengenakan suit beraja mendapat text dan segera di lihatnya. Terukir satu senyuman yang bersinar terpapar di wajahnya.

From: My seducing Medusa
Subject: Lurv u too
Text: Aku sendiri tertipu oleh Ann pasal tandatangan borang perkahwinan tu. jadi kita seri… satu lagi; jangan gelak kalau aku nampak gemuk dalam gaun ni nanti.

Onew dan yang lain melihat Minho tersenyum sendiri melihat text yang dia terima tumpang gembira.

“Luna setuju kan?” Soal Key kepada Onew


Onew mengangguk setelah membaca text Luna dalam minda Minho. “Yup. Dua insan yang pernah terpisah akhirnya bersatu jua.”

No comments:

Post a Comment

Savior of Tales