The Chosen One: Chapter 6
Bab 6
Mereka masuk kedalam bangunan tersebut dan kagum melihat keadaan
dalam library tersebut.
Aoi berada di dalam bilik mesyuarat meneruskan perbincangan
mereka yang telah tertangguh. Aoi menguap beberapa kali disebabkan kurang tidur
dan terasa matanya sangat berat.
Semua disebabkan Alex sengal tu, sempat lagi dia buat hal
lepas confession semalam desis hati Aoi. Aoi dapat rasakan mukanya hangat
kerana perkara memalukan itu. Sangat-sangat memalukan….
“apa status kita sekarang?” Aku hanya menyoal untuk mendapat kepastian.
Alex tersenyum sinis. Aku tak suka riak wajahnya tu. “Just friend.”
“A… apa? Just friend?’ tak guna punya mamat sengal! Aku memukul-mukul
dada Alex. “Bagi balik first kiss aku!”
Alex tiba-tiba tergelak berguling-guling dilantai. Saja nak sakitkan
hati aku ke dia ni? Dia bangun menahan ketawanya dan memelukku. Tak terkejut giler
aku dibuatnya. Harap dia tak dengar degupan jantungku yang laju macam racing
car, tak cam roket!
“Aku tak pernah sehappy sebegini.” Aku tergamam mendengar ayat Alex.
Rasa terharu juga bila aku yang buat dia happy.Dia lepaskan pelukannya dan
melihatku dengan wajah yang membuatkan aku tak senang hati.
“Apa?”
“I love you.” Wei lamak! Dia confess balik! Terkeluh lidahku. Tak tau
apa nak cakap.
Mukanya berubah menjadi sedikit serius. Mukanya mendekatiku,dan bibir
kami bertemu.
BAM!! (pintu bilik dibuka dengan kasar)
“AOI! MY DREAM HAS COME TRUE!!”
Malunya!!! Sora Nampak aku kiss dengan Alex…..
“….. selepas tu…” Leiya mengeradi Aoi tidak menumpukan
perhatian kepadanya. “Cik Aoi…. Cik Aoi, dengar ke??”
Ark!!! Otakku dah tak boleh tahan! Aoi meramas-ramas rambutnya.
Jantungnya berdegup kencang, mukanya merah panas, mindanya bercelaru. Rasannya
macam skru otaknya sudah longgar. Semalaman dia tak tidur desebabkan Sora
mengusiknya sampai jam tiga pagi. Tambah pula urgent meeting awal-awal pagi.
Jam tujuh pagi! Empat jam tidur memang tak cukup!!
“Cik Aoi okay?” Soal Leiya, R.P.S sekolah. “Kau demamkah?”
Aoi tersedar dari hayalannya, segera membetulkan rambut dan
kedudukannya. “ehem.. maaf pasal tu. Saya ada masalah sedikit.” Aoi cuba
menahan malunya. Tak disangka-sangka dia buat hal depan orang ramai.
Leiya hanya menggeleng. “Seperti saya katakan, pelajar yang
menjadi mangsa semalam telah sembuh sepenuhnya. Nampaknya badan mereka dapat
bertahan sehingga hari ini.”
Itu disebabkan air liur Nightwalker dicampurkan dengan
usable potion membolehkan mereka sembuh dengan serta merta desis hati Aoi.
Sebelum pulang ke asrama, dia sempat mengelinap masuk kedalam bilik rawatan dan
memberi mereka minum potion khas tu. Walaupun ia agak menjijikkan, ia sangat
berkesan. Badan Nightwalker mempunyai banyak kegunaan dalam membuat potion.
“Baguslah kalau begitu.” Aoi menguap kecil. Dia mengerdip
beberapa kali dan minum coffeenya.
Senior Zack iaitu Ketua pelajar menyedari bahawa Aoi kurang
tidur dan mengemas fail didepannya. “Kita tamatkan perbincangan ini. Pasti Aoi
telah berjaga semalaman untuk selamatkan pelajar kita.”
Aoi hanya melihat Senior Zack. Tak juga desis hatinya.
Senior Zack menepuk bahu Aoi. “Ambil cuti ini hari dan tidur
secukupnya.” Dia tersenyum manis.
Mata Aoi bersinar-sinar mendengar kata-kata Senior Zack. Tak
sangka Senior Zack beri dia rehat.
“Tapi esok pagi kita buat assignment dibandar esok sebagai
ganti cuti ni hari.”
Aoi hampa. Dia tak patut menaruh harapan yang Senior Zack
akan memberi suatu dengan percuma, mesti ada upahnya. Mustahillah Ketua Pelajar
yang suka ambil kesempatan memberi sesuatu dengan free tanpa syarat.
XXX
Aoi menghempas badannya di katil bersama dengan uniform
sekolahnya. Tak larat nak tukar, mengantuk sangat. Aoi melihat Sora yang masih
lena tidur di katilnya. Dia Nampak happy sekali. Tentulah, dia dah jadi Gf
Cloud. Siapa tak suka, kan?
Masih awal lagi sebelum breakfast, tidur dulu lah desis hati
Aoi. Mata Aoi semakin berat dan akhirnya dia terlena dalam keadaan terlentang.
Aoi merasakan ada sepasang tangan memeluk pinggangnya dari
belakang. Dia membuka matanya yang dan terlihat Nightwalker di katil Sora.
Sedang menggaru-gatu badannya dengan kaki belakang.
Nightwalker? Bukan dia tidur dengan Alex ke? Desis hati Aoi.
Aoi berputar kearah berlainan menggeliat mencari tempat yang selesa. It’s feels
warm desis hatinya lagi.
Mata Aoi terbeliak apabila dia baru tersedar sesuatu.
“Alex!!” Aoi bangun dari tidurnya dan menjauhi dirinya dari Alex yang sedang
tidur dikatilnya. Jantungnya nak tercabut sekarang ni. Entah bagaimana Alex
boleh masuk kebiliknya. Aoi melihat sekeliling. Jam didinding menunjukkan sembilan
sepuluh pagi.
Patutlah Sora tiada dibilik, sudah sampai waktu makan
rupanya. Tapi, apa dia buat di bilikku? Desis hati Aoi. Rasa cemas melihat Alex
tetiba tidur disebelahnya.
Tangan Alex meraba-raba katil seperti mencari sesuatu.
Matanya terbuka dan melihat Aoi diatas lantai bersandar di katil Sora dengan
riak wajah yang terkejut beruk.
“Apa kau buat dibawah, jatuh katil?” Alex tersenyum sinis.
“A… Apa kau buat dibilikku? Plus, t… ti…”
“Kenapa? Kan kita in a relationship?” Alex mengangkat kening
dan membuat putaran dilitam dengan jarinya.
Relationship kepala hotak engkau! Tak sampai 24 hours kita kapel
dha cross the line!
“Pervert!” aku berdiri dan berlari masuk kedalam bilik air.
Tak guna punya Alex!!!
Alex yang melihat kelibat Aoi masuk bathroom tergelak
sendiri. Dia baring dikatil Aoi dan melihat keluar tingkap. Burung bernyanyi
dengan merdunya diatas pohon. Matahari menyinari alam mambuatkan suasana yang
ceria dan tenang. Hati Alex sungguh gembira pada hari ini disebabkan Aoi.
Nightwalker bergerak kearah Ale dan menjilatnya. Dia
seolah-olah berterima kasih dengan Alex kerana membahagiakan Tuannya.
XXX
Jam dipergelangan tangan sudah menunjukkan jam 11.30 pagi. Aoi
memandang kekiri dan kekanan. Line clear. Dia bergerak secara senyap supaya
tiada yang menyedari kehadirannya. Aoi merentasi jambatan utama iaitu
satu-satunya jambatan untuk ke hutan larangan. Jambatan yang sangat panjang dan
berisiko tinggi . kemungkinan 80% kantoi kalau ikut laluan ini. Dia
mengeluarkan invisible potion dan meminumnya. Ia boleh menghilangkan dirinya
selama 10 – 15 minit. Selamat dari kena tangkap.
Harap Nightwalker sampai dulu di rumah Grum desis Hati Aoi.
Dia menyuruh Nightwalker menggunakan jalan yang melalui jalan bawah jambatan
supaya orang tidak shock apabila lihat Nightwalker berkeliaran di sekolah. Aoi
belum minta kebenaran lagi dari pengetua untuk bela Nightwalker disekolah.
Dengan peluang yang ada dia berlari secara senyap melalui
jambatan tersebut. Akhirnya dia selamat tiba dirumah Grum tanpa diketahui dan
potionnya sudah hilang kesannya. Nightwalker juga selamat sampai bersamanya
sekarang.
Aoi mengetuk pintu rumah grum. “Grum buka!” kata Aoi
seolah-olah berbisik.
Grum membuka pintunya dan meluhat Aoi berada depan rumahnya.
Dia buat muka.
“kau kenapa?” Aoi sedar tentang riak wajah kehairanan Grum.
“Bila kau bawa kawan hah?” Grum menunjuk orang
dibelakangnya.
Aoi sendiri hairan dengan soalan Grum, dia tak mungkin bawa
orang kalau jumpa Grum. Aoi putar kebelakang dan melihat Phoenix, Sora dan
Violet dihadapan matanya.
“K… Kamu buat apa disini?”
“kau cakap kau nak skip lunch.” Sora bersuara. “Dah lah
breakfast tak datang. Sekarang nak skip lunch pula?”
“Luhan dapat rasakan yang kau hiding something jadi kami
ekori kau.” Jun menjungkit kening dua kali.
Alex berpeluk tubu, mukanya serius memandang Aoi. “kau masih berahsia dengan aku?”
Aoi menelan air liurnya. “Kenapalah kamu semua ni busybody
sangat.” Aoi menggeleng kepala. “Aku nak masuk hutan larangan. Nak check
sesuatu yang mustahak. Nak Join?”
Mereka melihat antara satu dengan yang lain. Mereka semua
mengangguk.
Grum tergelak kecil. “Tak sangka Aoi akan ada body guard.
Baiklah, mari kita mulakan!” Grum mengambil kapaknya dan yang lain mengekorinya
dari belakang.
Dalam perjalanan didalam hutan menuju suatu tempat. Sora,
Aoi dan Violet menuggang Nightwalker disebabkan penat berjalan.
“Jauh ke lagi?” Kaki Luhan sudah lenguh berjalan selama 30
minit.
“Kita nak ke mana ni?” Jun juga mula bersuara.
Aoi tersenyum manis. “to the enchanted library.”
Mereka semua ternganga mengetahui yang mereka akan ke suatu
tempat yang mustahil wujud.
“Bukan itu Cuma cerita rekaan ke?” Sora melihat Aoi dengan
penuh misteri. Berapa banyak rahsia ada pada c Aoi ni desis hati Sora.
“Sebenarnya tidak. Aku jumpa tempat tu semasa aku dan Grum
mencari herba di hutan.” Katu Aoi.
“Macam mana nak ke sana?” Jun bertanya. Mustahil Enchated
library boleh dilihat dengan mata kasar. Hanya orang yang bertuah sahaja dapat
menjumpai tempat tersebut.
“Tak susah. Believe and trust. Itu sahaja.”
Semua buat muka blur. Tak faham apa sebenarnya yang
dimaksudkan oleh Aoi.
Grum berhenti tetiba dan meletakkan kapaknya ditanah. “Kita
dah sampai.”
Yang lain melihat sekeliling. Tiada apa-apa petanda yang
menunjunkan tempat itu sebuah library. Mereka berada di tengah hutan dan tiada
satu naskah buku yang mereka Nampak.
“Sini?” Tanya Cloud kepada Aoi yang sedang turun dari
nightwalker. “Betul kah kau masih waras hah? Atau otak kau dah jem?”
Aoi berjalan kehadapan dan memegang udara. Tetiba,
ditangannya muncul satu buku tua dan Aoi membacanya. “Bukan yang ni.” Aoi
menolak buku tersebut di udara san ia hilang dari pandangan.
Mereka tergamam. Aoi selamba sahaja mengambil dan menyimpan
buku itu semula. Enchanted Library ni Aoi sahaja ke yang boleh Nampak?
“Apa tadi tu?” Soal Violet juga terkejut melihat Aoi
mengambil satu buku diudara.
“ Macam mana Aoi beloh tahu dimana buku tu?” Jun memandang
yang lain dan mereka hanya mengangkat bahu.
“Aoi takkan dengar kamu sekarang.” Kata Grum melihat Aoi
sedang kushuk membaca buku. “Dia berada didalam enchanted library, sesiapa yang
tak dapat melihatnya, mereka tak dapat berkomunikasi dengan orang di dalam.
Sebentar lagi Aoi akan hilang.”
Mereka beralih kearah Aoi. Bayangannya mula kabur dari kaki.
Alex menarik nafas dalam. “Kata Aoi cara nak masuk ialah
Believe and Trust right? Jadi itu akan kita buat.” Alex memandang rakannya.
“kita kena believe yang library tu ada dan trust kepada kewujudan library tu.”
Mereka mengangguk. mereka memejam mata mereke perlahan dan
menarik nafas beberapakali. Cuba mempercayai kewujudan Enchanted Library.
Apabila mereka buka mata, mereka berhadapa sebuah bangunan lama dan kelihatan
nak roboh bila-bila masa sahaja.
“Woah! Usangnya!!” jerit Sora melihat library yang dipenuhi
dan diselaputi dengan tumbuhan liar. Buku-bukunya kelihatan lama. Fontainnya
tidak lagi hidup dan bangunan itu hanya diterangi cahaya matahari dari tingkap
atap.
Mereka teruskan pencarian mereka apabila Aoi tiada dibilik
itu. Mereka melihat banyak bilik yang hanya dipenuhi oleh buku.
Akhirnya mereka sampai dibilik yang terakhir. Pintu itu
kelihatan lain daripada yang lain. Sangat besar dan ukirannya yang unik. Tidak
mustahil Aoi tiada di sini.
Cloud memulas tombol pintu tersebut dan mereka semua
tergamam melihat buku yang bertaburan di merata tempat dan ada yang terbentuk
sebuah gunung mencecah ke siling.
Di hujung bilik tersebut. Aoi sedang duduk diatas timbunan
buku sedang membelek-belek buku yang dipegannya.
“AOi!’ Violet menjerit nama Aoi.
Aoi memandang kearah mereka dan melambai. “Saya dah jumpa
beberapa petunjuk! Tunggu disana!”
Mereka tergelak kecil. Melihat Aoi yang bersungguh-sungguh
mencari bahan rujukan.
“Dia tak berubah langsung.” Sora menggelengkan kepalanya
melihat telatah Aoi yang kushuk mencari buku dalam timbunan yang bergunung itu.
“Skema tetap skema.” Luhan menyiku perut Alex. Dia
menjungkit kening tiga kali.
Alex mengangguk. “Sebab tu aku suka dia. Aoi selalu tekun
dalam sesuatu perkara dan tak pernah leka.”
“Uish.. defence awek Nampak.” Jun start mengusil Alex yang
sedang dilamun cinta sekarang.
“Aaaah!!!” jeritan Aoi kedengaran. Mereka semua cemas
apabila Aoi tiada ditempatnya.
“Aku Okay!” Aoi melambai tangannya. Sekarang dia ada dibawah
kaki gunung buku tersebut.
“Lah, tersandung rupanya.” Luhan lega yang Aoi tak apa-apa.
Ingatkan dia di makan oleh hantu buku atau penjaga library tadi.
Aoi terpengang satu buku kecil dan rasa suspicious kerana
tiada tajuk yang tertulis di cover buku tersebut. Dia membukanya dan terpapar
hologram rantai bersimbol ular berkepala dua. Aoi mengeluarkan rantai yang
Nightwalker pernah pakai dan membezakan kedua-duanya.
Dia tersenyum kegembiraan. “Dah jumpa!” jeritnya. Dia
memetik jarinya dan buku-buku tersebut membentuk sebuah jambatan kearah pintu
masuk bilik tersebut.
Aoi berlari anak di atas jambatan buku tersebut sambil
memegang bererapa naskah buku ditangannya. Sedang dia berlari cerianya, kakinya
tersandung dengan salahsatu buku tersebut.
Nasib baik Alex sempat menyambutnya. Kalau tidak confirm Aoi sudah
terkubur dalam buku-buku di dalam bilik tersebut.
Aoi didalam dakapan Alex. Mereka merenung mata antara satu
sama lain. Getting closer and closer.
“Woi, Woi…. Agak lah depan orang.” Sora menolak kepala
mereka, dan berdiri di antara.
Aoi dan Alex hanya membisu. Tak sedar yang mereka automatic
bergerak.
“Haa… kuasa cinta memang tiada tandingannya.” Luhan
mengangkat bahu dan menggeleng. “dalam geng
kita aku je yang single. Tak laku
ke aku ni?”
Aoi tergelak kecil. “Bukan tak laku. Kau comel sangat macam
perempuan. Tak manly sangat.” Aoi menepuk bahu Luhan. Luhan hanya mencebik.
“Ala…. Jodoh tak ke mana Luhan. Esok esok datang lha partner
kau tu. Jangan risau.” Jun mengangkat kening double jerk. “Jom keluar dari
tempat ni.”
Mereka mengangguk dan keluar dari anchanted library dengan
selamat.
Apabila mereka melangkah keluar dari bangunan itu, warna
langit sudah berubah kepada warnah jingga kemerahan menunjukkan hari sudah
petang.
Mereka berenam terkejut melihat jam sudah menunjukkan jam
lima petang bermaksud dua jam lagi waktu persekolahan akan bermula.
“Mak oi!! Cepat nya jam. Aku rasa tak sampai sejam kita
didalam bangunan ni tak kan dah petang?” Sora menggaru kepalanya yang tidak
gatal.
Jun melihat sekeliling tidak Nampak kelibat Grum dan Nightwalker dimana-mana. “Grum tiada? Aoi macam mana ni?”
“Apa?” mereka mula panic dan memandang kearah Aoi yang
sedang membelek-belek salah satu bukunya.
Dia tak risau pun desis hati violet. “Aoi, fikir lha pasal
kami.”
Kening Aoi berkerut, tidak dapat focus dalam bacaannya. “janganlah
panic sangat. Bukan kita akan mati di sini.”
“Malam dah nak tiba!! kau tahu kan bukan main bahaya time malam di hutan larangan?!” Luhan
sudah hilang sabar dengan Aoi. “Alex ko ajar dia ni sikit.” Luhan menolak Alex kea
rah Aoi.
Alex mengeluh kecil. “Kau baca apa tu?”
“Cari spell yang boleh keluarkan kita dari sini. Waktu di
dalam enchanted library lebih cepat dari waktu di dunia kita. Lima jam lebih
cepat.” Aoi mengambil batang kayu dan mengukir sebuah bulatan di tanah.
“Teleport
boleh bawa kita keluar.”
“Tapi, hutan larangan hanya boleh keluarkan kita jika kita
ada teleport stone.” Sora merungut. Dia hanya melihat Aoi yang kusyuk melakar
sampai mengendah penyataannya. “Dia terlampau focus sampai tak layan kita.”
Aoi sudah habis melakar. Membuang kayu tersebut dan menyuruh
mereka ketengah bulatan. Mereka hanya menurut apabila wajah Aoi kelihatan
serius.
“Betul kata Sora, tetapi ada cara lain untuk keluar iaitu dengan
runes circle.” Aoi mengeluh, mengeluarkan pisau poketnya dan memotong telapak
tangannya.
“Aoi! Apa kau buat tu?” Alex bergegas kearahnya dan cuba
menolong tetapi Aoi tepis tangan Alex sambil tersenyum tawar menahan pedis di
tangan.
Cecair berwarna merah pekat mengalir keluar dari tangannya di
ukir suatu tulisan di satu sudut bulatan tersebut. “hutan larangan tak akan
lepaskan kita semua. Dengan itu darah orang yang buat bulatan ni mesti
dikorbankan.” Setelah menulis suatu tulisan kuno. Dia berjalan ke tengah
bulatan.
Alex memegang tangannya. “Budak skema tapi bodoh!” Alex
meluku kepala Aoi.
Aoi mencebik. Bagus apa aku tolong kasi keluar dari
sini dari di makan haiwan liar desis hati Aoi.
“Ini mungkin akan sakit.” Alex meletakkan tangannya diatas
tangan Aoi yang luka dan keluar cahaya berwarna jigga diantara tangan mereka.
Terasa suam-suam panas ditangannya. “Apa yang…. Ouch!!! Panas!
Panas!!” Aoi cuba menarik tangannya apabila rasa suam menjadi panas setiap
saat. Gila! Nak bakar awek sendirikah? Desis hati Aoi.
“Tahan!” Alex mengenggam lengan Aoi dengan erat. “Kalau kau
tarik sekarang nanti tangan kau melecur. Kau nak ke tangan ni hodoh kalah tangan
beruk hah?” Alex focus dalam merawat Aoi kerana takut kalau dia hilang
concentration tentu padah jadinya. “Aku tahu darah kau akan diracuni oleh magic
yang kau buat ni. Itu kesannya jika keluar dari hutan larangan dengan
menggunakan runes circle.”
Aoi menutup mulutnnya dengan tangan yang satu lagi menahan
sakit yang amat. Dia tahu Alex prihatin terhadapnya tetapi kepedihan di telapak
tangannya tidak dapat dia tahan sehingga mengalir Air mata. Sora dan Violet
cuba memberi semangat kepada Aoi dengan memeluk bahunya.
Cahaya tersebut makin malap menandakan Alex telah elesai
mengubati tangan Aoi.
Woah!!! Tak Nampak parut lah desis hati Aoi tetapi tangannya
masih panas seperti baru di rebus dalam air panas yang mendidih. Alex yang mempunyai kuasa api mempunyai kelebihan untuk mengubati seseorang. apa jua penyakit boleh dia ubati. semakin parah penyakit tersebut semakin panas haba yang digunakan untuk merawat.
Aoi mencium pipi Alex tanda terima kasih dan segera ke tengah bulatan. Alex
hanya tergamam di situ, memegang pipinya. Yang lain lagi terkejut, kemarin lihat senario Cloud dan Sora. ini hari pula Aoi dan Alex. kesian Violet terlepas nampak kejadian hangat semalam.
Aoi berdehem menahan malu. “C… Cepat kelilingi aku kalau
kamu nak balik. Tak lama lagi makhluk malam keluar mencari makanan.”
Mereka segera membuat bulatan di dalam rune circle dan
memejamkan mata.
Mulut Aoi berkumat-kamit membaca
suatu jampi. Bulatan tersebut mengeluarkan cahaya berwarna putih dan aura
disekeliling mereka terasa sangat tenang. Rambut mereka bertebangan sempoi
bahasa disebabkan reaksi jampi Aoi. Dengan sekelip mata mereka hilang dari
tempat tersebut.
Comments
Post a Comment