Racing Heart: 14# Race
“….. thanks for flying with us. Enjoy your stay in Japan and have a nice afternoon.” Kata pramugari itu sebaik sahaja kapal terbang itu mendarat. Sakura bangun dari tempat duduknya dan merenggangkan otot. Mengambil barangnya dan menunggu untuk turun dari kapal terbang itu. Dia memegang scarf Shou di lehernya dan menghidu scarf itu. Ianya Bau Shou… campuran Almond dan black forest. Sakura tersenyum gembira.
Sementara itu, di luar airport…
“mana dia ni? Lambatnya!” rungut lelaki berambut hitam spiky. Dia berjalan ulang-aling dan melihat jam setiap 5 saat.
“Ryo, berhenti sekarang.” Ryo berhenti buat seketika tapi bergerak semula dan sekarang menggigit kuku.
Mana budak ni? Dah lah sejuk kat luar ni dan kena tunggu kau pula? Nak bunuh aku ke? Desis hati Ryo.
“Ryo dude, Abangnya tak lah secemas cam kau ni. Cuba relax sikit.”
“Shut up Takeshi! Aku tak sabar nak jumpa budak tu!” katanya membuat Takeshi menggeleng mengalah.
“Ryo… baik kau berhenti sebelum kau menyesal.”
Ryo break mati. “Oh come on lah King, aku tak salah pu---”
Ayatnya terhenti melihat renungan maut lelaki bergelar King. Dia masih bad mood sebab bergaduh denga Asuna. Baik dia diam, jangan main-main dengan singa yang tengah lapar.
Ryo diam buat seketika tapi kedengaran kaki di hentak di lantai membuat King naik berang. Takeshi pula tertawa kecil.
“Ryo…..” katanya memberi amaran terakhir.
“Wha— Princess Cherry!” Ryo melihat satu figura kecil berlari kearah mereka dan Ryo memeluk perempuan itu dan berputar-putar gembira. “Welcome back!”
Sakura mengangguk. “Thanks!” dia memandang kearah Takeshi dan memeluknya.
“Tak sangka setengah tahun ni kau dah membesar, Queen Squirt.”
Sakura berdengus tapi tersenyum gembira. “Aku naik pangkat ke? dan aku bukan Squirt kalau aku dah besar. BTW Thanks.”
Sakura memandang kearah Abangnya yang berdiri machonya sambil membuka tangan memanggil Sakura kedalam dakapannya. Sakura nak menangis, dia rindukan abangnya dan lari masuk kedalam dakapan Yamato.
“I miss you.” Katanya memeluk erat.
Yamato tersenyum dan mengusap kepala adiknya. “Aku tahu. Jom balik.” Dia dan sakura berpegangan tangan ke tempat letak kereta.
“Takeshi, Ryo… bawa beg Sakura balik.” Katanya dengan dingin sambil lontarkan renungan mautnya.
Mereka berdua kecut perut. “Apa salah kita?” mereka mula berfikir dan Oh! Yamato dah beri amaran jangan sentuh adik dia dan mereka…. Peluk Sakura.
“Matilah kau Ryo…. Tak nampaklah kita matahari esok..”
Ryo menelan air liur 3 kali. “Aku tak nak mati awal…”
Takeshi tertawa kecil. Dia suka kenakan Ryo yang lembap sikit ni. Walaupun dia akan kena hukuman juga tapi menyakat Ryo takkan terlepas. I love my life desis hatinya.
>X<
Sejam lebih kemudian, sebuah kereta black Spider parking di tepi sebuah rumah yang di kenalo. Sakura dan Yamato keluar dari kereta tersebut dan masuk kedalam rumah.
“Waaah… Home sweet home!” Dia bergerak mengelilingi tingkat satu dan akhirnya duduk di ruang tamu. “Tiada yang berubah selepas aku pindah.”
“kenapa nak ubah?” Soal Yamato masuk kedalam ruang tamu dengan dua gelas jus oren. Dia duduk di sebelah Sakura.
“cakap jelah abang tak suka mengemas.” Katanya mengusik. Pada masa tu, dia terdengar Ryo merungut tentang sesuatu sambil masuk ke rumah.
“Kau jangan main-main Takeshi. Aku tak pernah dengar King buat cam tu?” soal Ryo risau dengan kawannya satu ni.
Dengan senyuman, Takeshi mengangguk. “aku pernah tipu kat kau ke?”
Ryo mengeluh. “Sebenarnya, aku tak boleh bezakan bila kau menipu atau tak.”
Mereka limpas pintu ruang tamu dan Ryo kaku melihat Yamato. “King, aku minta maaf sangat-sangat! Aku berjanji takkan ulang lagi dan aku sanggup buat apa saja untuk itu!” katanya tunduk 90 darjah minta maaf. Dia mengambil semua barang Sakura dan bawa ia naik ke atas tinggalkan Takeshi di pintu ruang tamu dengan senyuman nakalnya.
Yamato dan Sakura menjungkit kening. “Kenapa dengan dia tu?”
Takeshi tertawa kecil. “Jangan risau, biar aku check dulu.” Takeshi terus naik ke tingkat atas bersedia untuk menyakat Ryo sekali lagi.
Sakura hanya menggeleng. Satu pun tak pernah berubah. Dia mencapai remote dan hidupka TV. Dia tengah nonton drama jepun yang terbaru.
Yamato memandang adiknya dengan penuh rasa hairan. Kenapa? “Sakura, kau ada tukar apa-apa kat badan kau ke? Fashion?”
Sakura menggeleng. “Tak, malas nak tukar fashion.” Jawabnya khusyuk dengan TV di depannya.
Yamato menjungkit kening. “Bila kau minat warna lelaki ni hah? Aku tahu scarf yang kau pakai ni bukan kau punya.” Yamato mendapat jawapan yang dia inginkan dari riaksi terkejut Sakura. “K-Kau ada Boyfriend ke?” Yamato mengambil hujung scarf itu dan melihat sulaman yang tertulis SL.
Sakura terus menggeleng keras. “N-no-no! sumpah Sakura takda boyfriend.”
“Betul?”
“Betul.”
“Really?”
“Really!”
Yamato berdengus tak percaya apa adiknya katakan tapi dia taknak bergaduh pasal benda tu. “Okay, tapi aku tak nak Nampak kau pakai scarf tu lagi. Ia buat aku fikir kau ada pakwe dan…” Yamato menumbuk tangannya. “Nak belasah orang je. Kalau aku tahu kau ada boyfriend kat HK, aku cintang-cincang badan mamat sengal tu. faham?”
Sakura menelan air liru tiga kali dan mengangguk. “Understand.”
>X<
Lima hari dah berlalu keberadaan Sakura di Tokyo. Hari pertama dia balik dan berehat sepanjang hari serta sembunyikan scarf Shou dari abangnya. Dia kenal abangnya akan bakat scarf tu. hari kedua pula dia pergi melawat sekolah lamanya walaupun sekolah tutup, tapi dia dapat jumpa beberapa orang kawan lamanya dan bekas guru di sana. Hari ke tiga, dia pergi shopping untuk beli hadiah X-mas untuk rakannya. Hari yang berikutnya dia buat hal ikut mood dia. Berjalan di taman kalau bosan, ke Bandar untuk hiburan dan pulang rumah sebelum abangnya balik dari University. Dia perasan yang Tokyo tak di liputi dengan salji tahun ni. Mungkin lewat kot salji turun?
Hari yang di tunggu-tunggu, hari Jumaat iaitu hari abang dan rakan-rakannya cuti, bermaksud dia akan di bawa tempat yang istimewa kan?
Pada waktu tengah hari itu, Sakura berada di ruang tamu sambil membaca sebuah majalah kereta kepunyaan abangnya. Dia belek-belek dan ternampak sesuatu budak di bawah umur cam dia tak boleh Nampak. Ini majalah kereta ke majalah H? desis hatinya dan membuang majalah itu ke dalam tong sampah. Tak sangka orang dalam rumah tu baca majalah cam tu. harap abangnya tak… kot?
Dia terdengar pintu rumah terbuka dan kelihatan abangnya, Ryo dan Takeshi masuk. Dua roommate abangnya mendekati Sakura di ruang tamu manakala abangnya naik ke tingkat atas.
“’Ello M'Queen!” sapa si periang Ryo dan duduk di sebelahnya.
“Hi Ryo, Takeshi. Cam mana hari korang? Okay?” Sakura memukul tangan Ryo dari mengambil sandwichnyadi coffee table. “Buat sendiri.”
“okay… tapi akan jadi lebih baik kalau kau bagi aku makan sandwich kau.” Katanya dengan mata target pada sandwich yang sedap di atas meja itu.
“Nice try Ryo tapi no way!”
“hari ku okay je. Kau cam mana?” kata Takeshi melihat Sakura dan Ryo lawan mata.
“boring seperti biasa. Aku ke taman sekejap, ke mall untuk beli beberapa barang dan majalah untuk di baca da---- Hey! Itu aku punya!”
Ryo tertawa sambil menjilat jari. “Tak lagi.” Dia menelan sandwich terakhir Sakura. “Tapi, ia memang sedap.”
Sakura mengambil cushion sofa dan mula memukul Ryo.
“Hey—Ow ow. Sto—ow! Kepala ak—ouch! Tak… sudah!!” Sakura tak hiraukan rayuan Ryo dan teruskan memukul Ryo manakalah Takeshi hanya tertawa. “No! jangan—ouch! Rambut ku!!” Sakura berhenti memukul dan mula kusutkan rambut kesayangan Ryo. “Are you done yet woman?” Soalnya dengan seluhan sedih.
“Boleh lah.” Dia memandang hasil seni nya. Muka Ryo hodoh akibat kena pukul dan rambut yang dia selalu jaga dah jadi kusut masai.
Takeshi tambah ketawa dari sebelumnya mendengar Ryo menumpah seranah perempuan di sebelanya. “Diam kau!” sahut Ryo sakit hati.
Yamato turun dari tangga dan tersenyum terhibur melihat muka Ryo. Dia duduk di sebelah Takeshi. “Gaya baru ke?”
“Ya.. how do I look?” dia buat ala-ala menolak rambutnya di telinga dengan senyuman gedik. “Do I look sassy like beyonce?” Dia buat blow kiss pada Yamato.
Mereka semua tertawa pecah perut termasuk Ryo. “Godzilla adalah.” Tawa mereka tambah besar mendengar komen Yamato tapi kali ni Ryo terdiam.
“Gee King, baiknya hati kau kan? Kenapa kau kejam sangat?”
Yamato tak menjawab hnya tersenyum nakal memberi petunjuk yang dia memang kejam sejak azali lagi.
>X<
Malam yang sakura tunggu-tunggu pada hari tu sebab dia dah agak abangnya akan race dengan pasuka lain. Semasa dalam perjalanan ke destinasi mereka, Yamato sempat beritahu Sakura tentang lawan yang mereka akan lawan. Ini malam Spider berlawan dengan Thunder.
Apabila mereka sampai di tempat perlumbaan mereka, Sakura berdiri di sebelah Yamato, Ryo dan Takeshi yang sedang beri semangat kat salah seorang kumpulan Spider yang berlawan ni malam, Akira.
“Queen Cherry, welcome back girl.” Setelah ceramah dari king Emperor, Akira menyapa the famous Cherry pelumba wanita nombor satu di Bandar Tokyo.
“Thanks, kenapa korang suka panggil aku Queen?" katanya dengan senyuman. "Anyway Good luck dengan perlumbaan kau. Aku dengar Yamato akan sebelih kau kalau kau kalah” Sakura tertawa melihat mula murung Akira. “Jangan risau, aku akan bersedia tolong kau. Tolong galikan kubur kau nanti.”
“Queen!” Sakura tambah ketawa dan lari ke tepi Yamato.
“Best kenakan orang?” Soal abangnya Nampak Sakura tersenyum gembira. Adiknya mengangguk.
Hampir sejam kemudian, perlumbaan itu dah tamat dan seperti apa yang Sakura jangkakan yang Spider menang. Alah, memang senang pun nak kalahkan pasukan lemah tu. oleh itu, mereka menyambut kemenangan mereka di subuah kelab yang bernama ‘Nightfury’
Mereka masuk kedalam club tersebut dan di sapa oleh seorang perempuan yang sangat di kenali. Berambut coklat paras pinggang ikal. “Good evening King(s), Takeshi dan oh my, welcome back Princess Cherry.”
Yamato ialah Tokyo King sebab dia pemandu nombor satu yang tak pernah di kalahkan di Bandar itu dan Ryo pula Shadow king, nama gelaran mereka sangat popular hingga keluar kawasan Tokyo dan kebanyakannya untuk pelumba-pelumba kereta. Ryo pula di gelar Shadow King sebab teknik dia yang sama seperti bayang-bayang yang meniru skill driving orang lain dan gunakannya untuk dirinya dalam perlumbaan. Dia suka tiru cara mereka sebelum memenangi pertandingan race.
"Thanks aku rasa kau je yang panggil aku princess" kata Sakura gembira.
Asuna tertawa kecil. "Kau lebih layak di panggil Princess dari Queen. bunyi tua sangat."
Sakura di panggil Princess sebab dia pelumba wanita nombor satu di Tokyo dia tak di panggil Queen sebab abangnya dah naik Raja. Lagipun, lebih sedap di dengar kalau Sakura jadi Princess.
“Good evening to you, m’lady Asuna.” Sapa Takeshi balik dengan gentlemen dan mencium belakang tangan Asuna.
Yamato yang melihat tu cuba menahan rasa amarahnya membuat Ryo dan Sakura tersenyum lebar.
“Charming seperti selalu.” Kata Asuna slamber.
“Tentulah.” Takeshi mengenyit mata sebelum melepaskan tangan Asuna.
Asuna Miyako, pemilik pada club itu membawa mereka ke bilik VIP. Asuna juga di syaki mempunyai hubungan dengan Yamato. Entah mungkin ya dan mungkin tidak tapi hanya beberapa orang sahaja yang tahu kebenarannya.
Sakura boleh Nampak yang dua couple ni tak bertegur bermaksud tengah perang dingin dan dengan itu, dia merancang nak satukan mereka berdua sebelum balik HK.
Di dalam bilik VIP itu yang hanya untuk Team Spider terdapar sebuah large flat screen TV tertampal di dinding dengan dua mega speaker di tepinya.. mini-bar di penjuru bilik tersebut, tersedia gelas dan beberapa minuman. Ada pintu kaca besar di belakang bilik tersebut yang orang luar takkan dapat Nampak. Plus, bilik tu kalis bunyi, so sekuat mana pun lagu mereka pasang, tiada siapa akan dengar.
Hampir di tengah bilik tersebut ada medium size coffee table yang di kelilingi oleh beberapa sofa. King(s) dan sakura duduk di sofa tersebut dengan sakur di sebelah abangnya, Ryo di sebalah sakura dan Takeshi sebelah Ryo.
“Seperti biasa?”
“Yes. Thanks Asuna.” Ucap Takeshi.
“Aku akan kembali.”
Setelah Asuna pergi, Sakura terus berbisik denga Ryo. “Asuna dan abang begaduh ke?”
Ryo mengangguk dan berlakon seperti dia tak dengar apa yang Sakura katakan. Dia menghidupkan TV untuk nonton movie – The Lone Ranger.
“Kau rasa dorang boleh bersatu ke?” Soal Ryo manipulasikan keadaan. Orang ingat dia cakap pasal cerita di TV tapi sebenarnya tak… dia cakap pasal Yamato dan Asuna.
Sakura mengangguk. “Dah tentu pengarah ada plan kenapa dorang cam tu. dah tentu mereka jadi team kan?”
Ryo tertawa dan mengangguk. “Kita tunggu dan lihat.”
Sakura rasa tercabar dan mengeluarkan phonenya. “Abang, kak Asuna panggil kat bawah oh dan pinjam phone? Kredit habis.”
Yamato menjungkit kening dan memberikan phonenya kepada Sakura. “Nanti abang datang balik.” Dengan itu Yamato keluar dari bilik tersebut. Sakura segera text seseorang menggunakan phone abangnya.
“Kau fikir kau boleh Berjaya ke?” Soal Ryo masih tak percaya Sakura boleh buat
“Nak bertaruh?” Soal Sakura. “Siapa kalah kena cukur rambut sampai botak amacam?”
Ryo start memikir dan terbayang muka sakura kalau botak. “Okay deal!”
Takeshi hanya tertawa melihat dua kawannya ni. “Aku pun nak bet. Kalau Sakura menang, Ryo kena cuci kereta 50 buah dan kalau Ryo menang. Kau boleh jadikan Sakura hamba kau sehingga dia balik HK.”
“kau pula?” Soal mereka serentak.
“Aku? Penonton je…”
Beberapa minit dah berlalu, Yamato dan Asuna tak kelihatan di bilik tu. “Yo Ryo kau rasa dorang perang kat dapur ke?” Sakura mula risau.
Ryo turut risau dan dalam kepalanya macam-macam boleh jadi antara dua pasangan berperang tu. “Jom check, mana tahu Asuna dah panggang Yamato hidup-hidup.”
Sakura mengangguk. “Takeshi, nak join?”
Takeshi mengangguk nak matikan TV tapi di larang. “Sekejap je…” kata Ryo dan mereka turun ke bahagian belakang bangunan di mana dapur berada. Ryo berada di hadapan memimpin, kedua adalah Sakura dan terakhir adalah Takeshi, mereka berjalan sesenyap yang mungkin di lorong ke dapur.
Ryo ingin belok ke kiri tapi segera bertapuk bila Nampak sesuatu. Ryo berkeringat habis membuat Sakura nak tahu kenapa. Dia keluarkan kepalanya nak Nampak di laluan sebelah kiri tapi segera di tarik oleh Ryo, dia menutup mata dan mulut Sakura. “Shhhhhhhh….!!
Takeshi turut hairan kenapa dengan Ryo yang tetiba kerigitan. Jadi dia mulang mengintip dan dapati yang Yamato dan Asuna bercium. Hot kiss.
Takeshi memukul bahu Ryo cemas, suruh mereka balik ke bilik sebelum kantoi oleh Yamato. Dengan itu mereka menarik budak bawah umur itu kembali ke bili VIP sementara menunggu dua couple yang dah berbaik itu.
Beberapa minit kemudian, Yamato datang dengan pesanan mereka dengan Asuna.
“S-Selamat kembali..” kata Ryo janggal tak tahu nak buat apa. Ryo segera mengambil minuman sebaik sahaja Asuna letakkan di atas meja dan minum dengan one-shot!
Takeshi tersenyum seperti biasa tapi tak cakap apa-apa sebab masih shok dari apa yang dia Nampak tadi.
Mereka berdua melihat Yamato duduk di sebelah adiknya dan Asuna di bahagian sebelahnya lagi. Nasib baik Sakura tak Nampak kejadian itu kalau tak dah tentu trauma budak satu ni. Plus, dah tentu Ryo dan Takeshi kena bunuh oleh Yamato sebab buat Sakura Nampak Yamato cam tu.
Mereka tak tahu… satu pun tak tahu yang Sakura sebenarnya Nampak apa yang berlaku walaupun untuk sesaat lebih. OMG! OMG! OMG! Dia tak sangka abangnya ada perangai cam tu! Sakura rasa nak pitam je setiap kali fikirkan benda tu tapi dia cuba untuk bertahan walaupun ianya satu nightmare baginya.
Taruhan antara Ryo dan Sakura telah di lupakan.
>X<
Esok paginya….
“Arrrghh…. I hate hang-over.” Ryo merungut dan duduk di kerusi meja makan dan rebahkan kepalanya.
“Good morning!”
“Tolong jangan menjerit. Kepala aku dah nak pecah!” kata Ryo sambil memicit-micit dahinya.
“Padan muka.” Takeshi tersenyum nakal. “Siapa suruh kau minum sampai 3 gelas besar hah?”
“jangan salahkan aku, salahkan Yamato. Sampai sekarang aku masih ingat pasal tu.” katanya.
Sakura hampir terjatuh bila Ryo cakap pasal kejadian bebaik antara dua couple tu. “n-nah, ia boleh bantu kau sikit.”
“Thanks cher!” dia mengambil coffe tersebut dari tangan Sakura dngan senyuman dan menghirupnya. “hmmm… sedapnya Cher, boleh jadi isteri misali ni dan kalau boleh---”
“nak masuk hospital ke Ryo?”satu suara menyampuk membuat Ryo menelan air liur 4 kali.
“Ha… ha-ha-hahahaha…” tawanya dengan takut. “Morning King. The Sun ‘kiss’ your face to early ke?”
Mata Yamato terbeliak bulat mendengar penakanan ayat kiss keluar dari mulut Ryo manakalah Sakura?
Sprurururururu!! Jus oren yang di minum tersembut di muka Ryo. Takeshi sahaja yang tertawa besar manakalah, Sakura dan Yamato ketawa paksa. Ryo? Ketawa kecewa.
>X<
Di Hong Kong….
“Kenapa aku tak leh join?” Yui merungut.
“Berhenti merajuk Yui.”
“aku TAK merajuk!!”
Shou memberi renungan ‘dari kau jelah’ kepada Yui membuat perempuan itu mencebut dan memeluk tubuh
“Dah sedia Shou?” Shinn masuk kedalam bilik Shou. “Yui? Kau merajuk ke?”
Yui melontarkan renungan mautnya kepada Shinn. “Heck No! nak aku ulang berapa kali hah?”
Shinn terus mengangkat tangan mengalah. “Okay-okay… jangan makan aku sudah.”
“I don’t like You!” jeritnya dan menghentak kaki keluar, menutup pintu sekuat hatinya.
Shou dan Shinn saling berpandangan dengan muka confuse. “Siapa? Aku atau Kau?”
>X<
Ia memakan masa 5 jam untuk Shou dan Shinn tiba di Jepun dan mereka dalam perjalanan untuk ke sebuah hotel 5 bintang berdekatan dengan airport dan booking bilik atas nama Lan.
Bilik Shou dan Shinn bersebelahan. Sebaik sahaja mereka masuk, Shou segera mengemas bawangnya dan setelah itu dia merebahkan dirinya atas katil Queen size.
Ini bukan kali pertama Shou datang ke Jepun. Dah tak terkira dia datang ke negara itu sama seperti dua sepupunya, Yui da Shinn. Bila dia difikirkannya, mindanya mula berkeluaran ke suatu tempat atau lebih kepada seseorang. Dia terfikir apa yang dia buat sekarang ni? Dia mengeluh rindu dengan Sakura dan menutup matanya.
Dia lupa minta address dan nombor phone sakura.
(A/N: di sebabkan Angah happy ni hari. Happy- Happy- Happy! Sangat-sangat sebab perkara tertentu berlandaskan situasi yang tertentu.. ^_^… angah bagi Spoiler kat korang!!!)
Preview untuk bab seterusnya…
Sakura nak bersuara apabila dia perasan dua jejaka muda berada di sisinya. Sakura terkejut beruk.
“Shou? Shinn? Apa korang buat kat sini?” soalnya dengan nada rendah. Melihat kedia lelaki itu denga rasa gementar. Harap mereka tak perasan dia dia… please jangan buat mereka tahu dia siapa!
“Kau kenal ke mereka ni sa--”
“Cherry!” jeritnya sedikit kuat membuat orang lain memandang kearahnya. This is bad.. really- really- really! Really bad! “y-ya aku kenal mereka di HK.” Dia cuba cover rahsianya.
Takeshi perasan yang Cherry sedan sembunyikan sesuatu dan tersenyum. “oh cam tu. jumpa ‘Cherry’ di sana. Anyway, meet Queen Cherry, baguslah korang dah kenal dia. Dulu nama dia princess tapi sebab dah---- Dia pernah ke HK, dia naik pangkat ke Queen.” Kata Takeshi mengenyit mata kepada Sakura sebab dia tahu Sakura tak nak Yamato tahu yang Sakura ialah pelumba wanita nombor satu kat Shinto.
Sakura rasa cam nak lempang ke muka Takeshi. Kenapa dia buat nada cam tu?! Sakura menjeling kearah dua lelaki di tepinya dan menghembus nafas lega mereka tak musykil terhadapnya. Walaupun, itu tak bermaksud Sakura takkan pukuk Takeshi dan dia buat.
“Aduh! What was that for?!”
Sakura melontarkan renungan mautnya sebelum menjawab. “Terasa nak lempang orang.” Sakura menjeling secara senyap kearah Shou membuat dia perasan betapa rindunya dia dengan Shou dan usikannya.
Yamato yang memerhatikan Situasi itu perasan riaksi muka adiknya pabila memandang kearah wajah dua lelaki HK itu. Cam mana dia sampuk ayat Takeshi dengan nama samarannya. Not to mention cara dia melihat lelaki berambut coklat tu. Yamato dah buat pilihan yang dia tak suka cara Sakura melihatnya. Terutamanya di tambah dengan blushing di mukanya. Tak, tak sama sekali.
Dia pasti ada sesuatu yang tak kena antara Sakura dan bebal HK tu dan dia akan cari hingga ke lubang cacing sekali pun! Dia terfikir tentang Scarf merun Sakura yang ada sulaman SL. SL maksudnya Shou Lan ke?
“It’s time.” Kata Yamato dan melontarkan renungan amaran kearah Shou dan menarik Sakura pergi ke garisan permulaan jauh dari dia budak HK itu. Shinn memandang Shou dengan rasa confuse manakala Shou hanya berdengus. Takeshi pula hanya tersenyum secara mental dah dapat agak situasi yang berlaki sekarang ni.
“Good luck Shou.” Takeshi menepuk bahu Shou umpama bagi dia semangat untuk marah kehadapan dan bergerak ke garisan permulaan.
“UNtuk apa? Dan kenapa Takeshi cakap kat kau good luck? Kau tak race pun ni malam.”
Shou mengangkat bahu malas nak tahu tapi entah kenapa renungan maut Yamato buat dia sakut hati.
woaa...tak sabar nak baca sambungannya...best giler la...
ReplyDeletethank you 'salmi' ^^... angah cuba post bab seterusnya secepat yang mungkin
ReplyDelete