The Chosen One: Chapter 12

Bab 12


Elli berada dipejabat Aoi sedang membongkar segala harta benda didalam pejabat tersebut. Kalau-kalau ada sesuatu yang berkaitan dengan Black. meja yang berselerak diselongkar, Laci meja dibuka, rak buku dan fail di bongkar setiap satu. Tiada satupun yang berkaitan dengan buku kecil atau perkara yang berkaitan dengannya.

Elli meramas rambutnya. “Tak guna!” Dia menendang kerusi beroda Aoi melepaskan geram. Satupun takda fail laporan tentang Black menyatakan tentang buku kecil bewarna coklat. Yang hanya tertulis ialah barang yang tersembunyi didalam sekolah. Mereka tiada clue tentang barang tu atau dimana ia tersembunyi.

Elli memetik jarinya dan muncul ditaman sekolah. Dia duduk dibangku yang telah disediakan dan mendongak kelangit malam. Kelihatan Bintang yang bertaburan didada langit, beberapa Bayangan hitam terbang jauh dihadapan Elli. “Inner planet akan berbaris selari dalam masa beberapa hari lagi. Dark, Angelica dan Cine tengah menungguku mendapatkan buku tersebut dan berkumpul di tempat yang telah dijanjikan. Masalahnya sekarang ialah Dimana nak dapatkan buku tersebut tanpa menyakiti Aoi?”  Elli mengeluh panjang memikirkan cara untuk mendapatkan Buku tersebut.

“Pressure sangat nampak.” Aoi menyapa Elli yang kebetulan berada disitu.

Elli tersentak melihat Aoi berada ditaman tengah malam begini. “kau buat apa kat sini?”

Aoi duduk disebelah Elli dan tersenyum manis. “Release tension. Disebabkan kes Black yang sedang bangkit secara perlahan membuat otakku rasa macam nak pecah.” Aoi memicit-micit dahinya. Pening dengan masalah yang dihadapinya.

Elli mendapat satu idea. “Yang kau perlu buat ialah luahkan segalanya kepada seseorang.” Elli menjungkit keningnya. “Luahkan sama aku, I’m here to listen.”

Aoi tergelak kecil. “Nak tahu sesuatu?”

“Apa dia?” Soal Elli memandang muka Aoi yang tiba-tiba berubah. Kelihatan gembira tapi bersedih.

“First time aku berkawan dengan lelaki tanpa berkenalan dengan pergaduhan. You are really something, kau tahu...” Aoi memerhatikan kelip-kelip yang sedang terbang diatas tasik. “Apabila aku sama kau, aku rasa seperti aku berada ditempat yang tenang. Tiada kerumitan dan tiada masalah yang datang kepadaku. Aku tak tahu kenapa aku dapat bergaul dengan kau tanpa rasa teragak-agak atau rasa nak meluat pandang lelaki macam Senior Zack dan Senior Jeff.” Aoi tergelak kecil apabila teringat dua lelaki yang paling menjengkelkan dalam hidupnya. Lelaki yang selalu memarahinya tentang tanggungjawab sebagai Penolong setia. “Boleh aku percayakan kau?”

Jantung Elli mula berdegup laju apabila mendengar kata-kata Aoi. Tak jangan cakap cam tu, aku tak nak kau terluka nanti desis hati Elli.

“Elli?” Aoi memandang kearah Elli kerana tidak menjawab pertanyaannya. “Kenapa bersedih?” Aoi tergelak kecil. “kata-kata aku touching sangat yea?”

Elli tergelak kecil dan menggeleng. “Tak lah. Mahal air mata aku nak nangiskan ayat kau tu.”
Aoi mencebik. “habistu, apa kes kau sedih hah?”

Elli jauhkan pandangannya dari Aoi. “ Aku terfikirkan abang aku. Dah lama aku tak jumpa dia.” Elli cuba mengubah topic mereka.

“Kenapa pula?”

“Dulu aku dan abangku hanya anak yatim yang tak berumah. Dialah yang aku ada dalam dunia ni. Semasa umurku tujuh tahun, Dia menghilangkan diri secara misteri dan pada hari tu juga aku diambil menjadi anak angkat kepada seorang wanita tua. Dia mendidikku untuk menjadi seorang yang Berjaya. Aku turuti apa dia nakkan, dalam masa yang sama aku juga cari cara untuk mencari abang aku.”

Aoi mengangguk. “Patutlah kau boleh lompat kelas. Hebat kau ni.”

Elli memukul bahu Aoi. “Woi, kau fahamkah juga apa yang aku cakapkan ni?”

Aoi menggosok-gosok bahunya yang sakit dipukul. “Mestilah! Siapa nama abang kau?”

“Nama dia Athrien, masuk bulan ni umurnya sudah masuk… 18 tahun.”

“Boleh aku nampak mukanya macam mana?” Aoi memandang Elli dengan serius. Mesti muka Athrien sama dengan muka Elli desis hati Aoi.

“Alu tak ingat macam mana muka abang aku. Plus, aku takda gam…..”

“Takpa kita boleh tengok kedalam kotak memori kau.” Kata Aoi memotong ayat Elli.

“Cam mana kau nak buat tu?” Dahi Elli berkerut. Tak faham aku dengan budak ni desis hati Elli.

“Aku dilahirkan dengan kuasa yang istimewa.” Aoi menarik tangan Elli dan letakkan tangannya di atas telapak tangan Elli secara terbalik. “Iaitu membaca fikiran orang lain.” Bayangan mula muncul ditelapak tangan Aoi.

Ellii tergamam melihat bayangan yang kabur muncul didepan matanya. “Apa tu?”

Aoi tergelak kecil. “Ini ialah memori kau. Cuba kau fikirkan kenangan manis kau bersama abang kau. Cuba focus dalam kenangan tersebut.”

Elli menurut kata Aoi. bayangan tersebut mula kelihatan jelas. Seorang lelaki dalam lingkungan lapan tahun sedang memegang erat tangan Elli dengan senyuman yang manis.

“Itu abang kau ke?” Aoi memandang Elli. Elli kelihatan sangat gembira apabila melihat muka abangnya. Aoi turut tumpang gembira melihat Elli tersenyum.

Aoi dan Elli melihat kenangan manis Elli bersama abangnya.

“Itu kau ke Elli? Comelnya!” Aoi lihat Elli kecil yang tersenyum dengan mulutnya yang penuh dengan makanan di mulut. “Kuat makan juga kau ni.”

Elli tergelak kecil, matanya tak terlepas dari memorinya. “Abang aku selalu bawa makanan yang sedap-sedap kalau dia balik ke treehouse kami.”

Elli kecil bersama dengan abangnya sedang memanggang ikan ditepi sungai sambil baring ditanah melihat bintang yang berkelipan didada langit. Mereka sedang bercerita sesama sendiri tentang ibu bapa mereka.

“Abang, rupa mama cam mana?” Elli soal sambil melihat bintang dilangit malam.

“Rupa mama…. Hmm?” Athrien cuba menyakat adiknya.

“Abang, cepatlah!”

Abangnya ketawa mendengar adiknya hilang sabar. “Tentulah cantik tiada lawannya. Mama mempunyai rambut hitam yang ikal hingga lengan dan mata coklatnya bersinar bak mentari. Mata menawan mamalah yang buat papa tergoda.” Athrien tersenyum manis teringatkan tentang ibu kesayangannya.

“Bestnye abang.” Elli mengeluh kecil. “Dapat jumpa Mama.” Elli tidak ingat wajah mamanya kerana semasa mereka mengalami kemalangan semasa Elli berumur empat tahun. Dia dan abangnya sahaja yang terselamat dari kemalangan tersebut.

Athrien dan adiknya tiba di Allyway dan memulakan kehidupan mereka bersama dengan bantuan penduduk kampung yang sudi menolong dua anak yatim ini. Seorang tua tukang kayu telah menolong mereka mambuat treehouse di tepi sungai tanda terima kasih kerana menolong dia dalam kedainya.

Athrien bangun dari baringnya dan memandang ke wajah Elli kecil. “Kau nak aku cincang mulut kau tu ke?”
Elli kecil menggeleng. “Yalah, abang dapat lihat muka mama. Elli rindu mamalah…” riak wajah Elli mula berubah menjadi sedih. “Mereka semua tinggalkan kita sendiri….”

Athrien meramas rambutnya dan baring balik disebelah adiknya. “Mama dan Papa tak tinggalkan kita. Mereka sentiasa ada di sini.” Athrien menunjuk kearah hati Elli. “Walaupun mereka tiada didepan mata, mereka tetap berada dihati kita. Jangan lupa tentang tu, Okay?”

Elli kecil memegang dadanya. “Okay.”

 Athrien mengusap rambut adiknya. “Satu lagi, Mama selalu beritahu ini kepada kita. Apabila kita rindu seseorang, dongak kelangit dan lihat bintang. Jika kita berhutang dengan seseorang, kita kena bayar dan jangan berhutang. Jika kita dalam kesulitan, jangan biarkan hati kita hilang”

Tiba-tiba, air mata Elli turun kepipi. Wajah abangnya dan ayat yang sudah lama dilupakan kembali segar didalam ingatannya.

“Aoi…” Elli memandang Aoi dengan wajah yang gembira. Bayangan ditangan Aoi mula kabur.

Aoi mendongak kepalanya dan terkejut melihat Elli menganis. “Kenapa kau menangis pulak ni?”

Elli terus memeluk Aoi dengan erat. “Thank you. Thank you Aoi.” Elli menangis dalam pelukan Aoi.

Aoi yang tak tahu apa yang berlaku hanya mengusap-usap rambut Elli, cuba menenangkan Elli. “Apa yang berlaku?”

“Sumpahanku dah hilang. terima kasih Aoi.”

Aoi tersentak dan melepaskan pelukan Elli. Memandangnya dengan serius. “Sumpahan apa? Explain it…”
Elli mengelap Air matanya dan menarik nafas dalam. “Maafkan aku tapi,….”

“Well, well, well….” Suara tersebut menarik perhatian mereka berdua.

Elli terkejut melihat seorang perempuan berambut hitam pendek paras bahu dan tattoo ular berkepala dua di bahu kanannya berada didepan mereka. Elli segera melindungi Aoi. “Macam mana kau boleh masuk ke sini?”

“Siapa tu Elli?” Aoi keliru kenapa Elli tiba-tiba melindunginya dari perempuan tersebut.

“Angelica, pengikut Black.” Muka Elli kelihatan serius memandang Angelica. “jawab soalanku!”

Angelica ketawa melihat Elli yang kelihatan serius. “Bukan susah  nak masuk kedalam sekolah ni. Dengan sedikit magic. Badabeem badaboom, masuk!” Angelica mengeluarkan wandnya dan bermain dengannya. “Tak sangka budak hingusan tu boleh angkat sumpahan kau kan? The pure tears will lift your curse.” Angelica menghalakan wandnya kearah Elli. “One question. Kau nak belot ke?”

Aoi terkejut beruk mengetahui yang Elli adalah salah seorang dari orang-orang Black. Dia hanya berdiam diri. Dia nak lihat adakah Elli akan melindunginya atau tidak.

Elli tersenyum sinis. “Jangan harap.” Mata Elli berubah menjadi warna kuning dan rambutnya bertukar berwarna putih. Lambang thunder muncul di lehernya. Tangannya mula mengalirkan renjatan electric dan wandnya yang bewarna putih muncul ditangan kanannya. “Kali ni aku takkan tersalah orang lagi.”



Angelica rasa sangat menjengkelkan. “Explosion!”

Elli segera mengangkat Aoi bridal style mengelak serangan Angelica. Elli meletak Aoi diatas pokok. “Tunggu di sini.” Elli segera turun dari pokok tersebut dan menyerang Angelica.

Aoi masih lagi kaku melihat Elli sedang berlawan dengan Angelica. “Dia…..” Oh My Gawsh! Tak mungkin, tak mungkin! Desis hati Aoi menafikan kenyataan. “Elli, aku nak tanya boleh?!” Aoi menjerit kearah Elli, inginkan kepastian.

Elli yang sibuk menyerang Angelica terkejut dan memandang Aoi. Budak ni giler ka? Desis hati Elli. Dia terus mengelak serangan Angelica dan melemparkan serangan lightning kearah Angelica. “Apa?!”

Aoi melihat serangan Lightning dari Elli. “Kau….” Aoi rasa aku sedang bermimpi. Tak mungkin ia masih wujud. Terbukti kaum seperti ini telah lenyap didunia, tak mungkin! Kan? Desis hati Aoi. Dia mengeluarkan wandditangan kiri dan menyentuh hujungnya. “Electria…” renjatan electric terkena jari telunjuknya membuat dia terperanjat. “Aku tak bermimpi. Dia…. Lord of the Thunder! Kaum magician yang mempunyai kuasa semula jadi. hanya keturunan yang terpilih sahaja yang bertuah mendapat kuasa hebat ini.”

Aoi melompat kegembiraan. Dia hanya gemar membaca buku sejarah tentang Lord of the Thunder tapi tak pernah lihat dengan mata sendiri. Ini ialah perkara yang paling menggembirakan dalam hidupnya. 
Senyumannya hilang apabila  Elli terlempar jauh terkena serangan Angelica.

Elli mengerang kesakitan apabila dia terheret ditanah. “Damn!”

Angelica ketawa puas hati. “Sekarang… kaummu akan pupus buat selama-lamanya!” Angelica menghalakan wandnya kearah Elli. “scop… AH!!” Angelica terlempar jauh apabila Aoi menyerangnya dari atas pokok.

Aoi terjun ketanah dan bersihkan bajunya. “Sorry tapi aku tak benarkan kau bunuh idola ku.” Aoi tersenyum nakal. “Lets dance?”

Angelica bangun dan meludah darah dimulutnya. “Kau memang berani budak.” Angelica memetik jarinya dan wandnya berubah menjadi pedang. “How about a battle?”

Wand Aoi juga berubah menjadi sebilah pedang. “Agree.”

Angelica mulakan langkahnya dengan berlari kearah Aoi. mereka berdua muka berperang antara mereka. pedang mereka bersilang beberapa kali.

Angelica melompat kebelakang cuba mengambil sedikit udara selepas menyerang Aoi bertubi-tubi. “I Underestimate you tapi boleh kau lawan dengan ni?!” Angelica mendepakan tangannya dan Aoi terlempar terjatuh ketanah.

“Aoi!” Elli ingin menyelamatkan Aoi tetapi Angelica mengenakan Elli satu jampi mengunci pergerakannya. “You B*s**rd!”

Angelica menggeleng kepalanya. “Tsk. Tsk. Tsk. Jangan pernah masuk campur apabila wanita berlawan.” Angelica mematah-matahkan jarinya dan lehernya. “Dah lama rasanya tak bergaduh dengan perempuan.”

Aoi terbatuk, cacair berwarna merah keluar dari mulutnya. Dia mengelap darah tersebut dan meludahkannya. “Begitu rupanya kau nak main. Aku pun boleh.” Kata Aoi seolah –olah berbisik. Aoi berdiri tegak memandang Angelica. Dia tersenyum sinis.

“Kau masih tersenyum? Boleh tahan kau ni.” Kata Angelica tertawa. “Kali ni, aku takkan berlembut dengan kau!” Angelica berlari kearah Angelica.

Aoi hanya berdiri tidak berganjak. “Nightwalker….”

Nightwalker tiba-tiba muncul dihadapan AOi dengan bentuk sebenarnya melindungi Tuannya.

Angelica berhenti dari lariannya dan melompat kebelakang. “Apa? Kenapa serigala tu ada dengan kau?” Angelica tersentak. “Kau dapat cabut rantai tu dari lehernya?”

Aoi tersenyum sinis. “Yup, easy cheezy. Tak sangka kau dapat kesan dimana tempat persembunyian Nightwalker dan pakaikan rantai ni.” Aoi menunjukkan rantai tersebut kepada Angelica dan menghancurkannya.

Angelica menukarkan pedangnya kembali keasalnya. “Tak guna! Aku akan kembali.” Angelica lenyap dari pandangan dengan sekelip mata.

Aoi terus berlari kearah Elli dan membatalkan spell Angelica. “Kau okay?”

Elli menggangguk. “Aku okay. Thanks.”

Aoi terus memukul belakang Elli. “Mantap wei! Tak sangka kau Lord of the Thunder. Aku minat sangat dengan nenek moyang kau tu!! Tapi pa kes kau lembik sangat hah?”

“Aduh!!” Elli mengerang kesakitan di belakangnya. “Kau nak bunuh aku ke?”

“Ooops, Sorry-sorry. Kau cakap kau okay tadi?” Aoi mengusap belakang Elli.

Elli menggeleng kepalanya. Budak ni lebih gila dari aku sangkakan desis hati Elli.

“Whateverlah!” AOi dapat membaca fikiran Elli. “Jom ke bilik rawatan dan rawat luka kau ni. Time tu, kau kena jelaskan semuanya kat aku. Dari mula okay?” Aoi tak sangka yang Elli ialah orang Black yang dia ingatkan orang baik.

 Aoi memapah Elli. “Night, berubah.” Nightwalker segera berubah menjadi kecil dan landing di kepala Aoi.

Elli melihat keadaan sekeliling. Habis hancur taman sekolah disebabkan mereka berdua. “Kau rasa apa Ketua pelajar cakap kalau dia nampak ni?”

Aoi menutup mulut Elli. “Jangan tanya.” Aoi tahu apa yang Zack akan buat kalau dia tahu siapa yang buat benda ni, confirm masak Aoi kali ni.

Aoi memetik jarinya dan mereka lenyap dari taman tersebut secara magicnya.

sementara di hutan larangan, Angelica terbaring ditanah. tercugap-cucap kepenatan disebabkan membuat magic duplicate untuk masuk kedalam sekolah tersebut. clon kedua dibuat dari dalam benteng sekolah untuk memberi informasi kepada Elli yang Cine telah dihapuskan tetapi nampaknya Elli telah dapat batalkan sumpahannya. 

"Tak guna! Cam mana perempuan tu boleh batalkan curse Elli dan Nightwalker?" Angelica menumbuk tanah melepaskan geramnya. dia seorang ahli sihir yang pandai memberi sumpahan kearah orang. tidak semua orang dapat membatalkan dark magicnya dengan mudah. "Tambahan pula, benteng ni bukan sembarangan orang yang buat. Tentu dia seorang yang kuat, tapi.... Siapa?" Angelica cuba untuk bangun dan menyandar di pokok yang tersedapat disebelahnya. "Aku kena inform benda ni ke Dark." Dia mula bergerak secara perlahan menuju ke tempat persembunyian mereka. 

XXX

“APA KES NI???!!!”

Aoi yang nyenyak tidur dikatilnya terbangun dari tidurnya apabila suara Zack sudah kedengaran di seluruh sekolah. Aoi segera melihat kearah luar tingkap.

Mak oi!!! Mukanya macam nak makan orang, ngeri joe!! desis hati Aoi. Dia segera menutup langsir tingkapnya dan bersembunyi ditepi tingkap.

Zack yang panas mambara sumpah serana budak yang hancurkan taman sekolah yang berpuluh tahun usianya. “Kalau aku dapat budak ni.. aku cincang-cincang dagingnya kasi makan haiwan liar di dalam hutan larangan. Kalau takpun jadi mangsa bayangan hitam.”

Phoenix muncul dihadapan Zack secara magic dengan Aily bersembunyi dibelakang Luhan. Mereka berempat terkejut beruk apabila taman sekolah hancur.

“Aku ingatkan sekolah dah berubah selepas kita balik dari tugasan. Ini over doing sudah ni.” Jun memandang sekeliling.

“Apa dah berlaku?” Soal Cloud memandang kearah Zack dengan baju joggingnya.

“Aku sendiri buntu.” Zack memeluk tubuh. “Kenapa kamu kembali kesekolah?” Zack menjeling kearah Aily buat seketika. “Siapa tu?”

“Dia Aily. Luhan bertanggungjawab atas perempaun ni.” Alex mengangkat kening double jerk. “kan Luhan?”
Luhan mencebik. “Kami datang kerana ada tugasan baru disekolah ni.”

Zack mengangguk. “Apa tugasannya?”

Alex tersenyum nakal. “Masanya sudah tiba untuk memberitahu kepada semua ketua-ketua.”

Zack tergelak kecil. “Nak buat meeting awal pagi ni? Okay jugak tu.”

Aoi dan Sembilan ketua sekolah yang masih mengantuk berada di bilik mesyuarat menunggu ketibaan Zack dengan berita pentingnya. Elli juga diheret join in oleh Aoi.

Hyomin menguap. “Cik Aoi, kenapa ada orang asing disini?” Hyomin juga kurang tidur kerana berparti dengan roommatenya semalaman sebaik sahaja berbincang dengan Aoi dibiliknya.

Aoi mengangkat kepalanya yang sedang enak landing dimeja. “Shh… it’s a surprise.” Aoi letakkan kepalanya atas meja kembali.

Nightwalker juga turut menyertai. Dia berada dalam dakapan Elli, lena tidur. Elli pula tidur dalam keadaan menyandar. Mereka berdua tidak dapat tidur semalaman kerana merawat luka-luka mereka. Apabila mereka dapat merehatkan mata, urgent meeting pula diadahkan awal  jam lima pagi.

Yang lain hanya menggeleng melihat mereka bertiga tidur dibilik mesyuarat. Jeff tidak boleh buat apa-apa kerana Aoi tahu rahsianya tentang dia dengan Leiya. Takut nanti Aoi lepaskan semuanya kerana tidurnya diganggu.

Pintu bilik mesyuarat dibuka oleh Zack dan mereka berenam masuk duduk tempat masing-masing.
Alex terkejut melihat Elli berada di bilik mesyuarat sekali. Apa dia buat di sini desis hati Alex.

Aily pula tidak mahu berjauhan dari Luhan kerana takut dengan yang lain. “Luhan, meeting apa ni?”
Luhan tersenyum manis. “Meeting yang sangat penting.”

Yang lain terkejut melihat phoenix masuk ke bilik meeting bersama perempuan yang tidak dikenali.
Aoi yang duduk di kerusi boss dibangunkan dengan pukulan dibahu oleh Zack. “Eh mak engkau terbang ke jurang!” tak kau melatah orang yang tidur ayam. Elli dan Hyomin turut terbangun apabila Aoi melatah.

Aoi memandang sekeliling dengan wajah half-asleep. Matanya terus terbeliak apabila dia terlihat phoenix di bilik mesyuarat. “Apa dah jadi?”

Yang lain tergelak melihat muka terkejut Aoi. lebih tetuk dari riaksi mereka.

Zack hanya menggeleng kepala. “Saya panggil kamu kesini kerana ingin memberitahu perkara yang mustahak.” Zack bersimpul kaki. “Alex, Jun, Cloud dan Luhan berada di sini kerana mereka adalah The Four Lords.”

Semua orang dibilik tersebut terkejut beruk dan beralih pandangan kearah Phoenix. Elli juga terkejut, termasuk Aoi. Aoi terkejut kerana phoenix akhirnya membongkarkan rahsia mereka tanpa memberitahu dia dulu.

“Aku, Lords of the Fire Element.” Alex berubah menjadi rupanya yang sebenar.

“Lords of the Water element.” Luhan mengenyit mata sambil berubah.

“Lords of the Wind Element.” Cloud dengan bangganya berubah.

“Aku… siapa lagi.” Dengan slambernya Jun berubah ke Lord of the Earth Element.

“Dan dia the legendary, Lord of the Thunder.” Aoi menunjuk kearah Elli.

Elli hanya mengikut signal dan berubah menjadi rupanya yang sebenar. “Betul cakap Aoi.”

Lagi terkejut beruk ketua-ketua sekolah. Lords of the Thunder yang khabarnya telah lenyap dari dunia ada didepan mata mereka. Aoi hanya tergelak melihat expressi wajah mereka. Buruknya muka korang desis hati Aoi.

“Satu lagi.” Aoi tersenyum nakal. Mereka semua memandang kearah Aoi. “Anjing yang comel ni.. sebenarnya Nightwalker.”

Nightwalker berjalan ketengah meja panjang dan berubah kebentuk asalnya. Dia merenung satu-satu dengan mata garangnya.

Mereka semua terkejut sehingga ada yang terjatuh dari kerusi. Aoi ketawa besar melihat wajah ketua-ketua sekolah yang blur.

Zack mengetuk meja dan Aoi terdiam. Nightwalker berubah menjadi kecil dan pergi kedapakan Aoi.

“Kau memang fikir benda ni main-mainkan?” Zack sudah mula serius memandang Aoi. “Serius sikit boleh tak?”

 “Janganlah marah sangat.” Aoi tersenyum nakal. Lagipun, timeku dah nak habis desis hati Aoi. “Baiklah, disebabkan The Four Lord telah menghadiri perbincangan kita. Aku dah tak berguna lagi, tinggal dengar je.”

“Well, Err.. cam mana nak mula ya?” Jun tak tahu dimana dia mahu mula dahulu. Maklumlah first time meeting.

“Apa yang kamu takutkan, cakap jelah tujuan kamu kembali kesekolah.” Aoi berfokus kearah Phoenix. “Silakan.”

 Mereka tak pernah menghadiri meeting seramai begini. Sedikit gemuruh menguasai diri. Mereka berempat tidak dapat bersuara.

“Aoi, boleh kau tolong ke?” Alex berbisik kepada Aoi.

Aoi tergelak kecil. Nampaknya, Aoi tetap berguna dalam meeting walaupun The Four Lords ada dalam perbincangan.

Aoi memegang tangan Alex dan tersenyum. Dia dapat lihat apa tujuan Alex kembali kesekolah dengan menggunakan kuasa mind readernya. “The Four Lordsmenghadiri meetingi dan menunjukkan diri mereka buat kali pertama kerana masanya sudah tiba. Mereka ditugaskan untuk melindungi sekolah ini dari pengikut Black dan bayangan hitam. Bukan itu sahaja, mereka juga ditugaskan untuk mencari barang yang boleh bebaskan Black dari sangkar dimensinya.” Aoi menerangkan semuanya yang ada difikiran Alex. “Seperti yang kita tahu. Inner planet tak lama akan berbaris selari. Tentunya Pengikut Black akan cari cara untuk menembusi benteng sekolah kita dengan apa cara sekalipun.”Mereka dah masuk pun desis hati Aoi. “Sebab itulah mereka berada disini untuk melindungi kita.”

Mereka semua mengangguk tanda faham. Aoi memang pakar dalam perbincangan. Semua ketua dapat memahami Aoi.

“Bagaimana pula Lords of the Thunder?” Senior Joan menyatakan soalannya.

Aoi tersenyum manis. “Elli sebelumnya ialah salah seorang dari pengikut Black. Tapi, thanks to me…..” Aoi tersenyum bangga. “Elli berpihak kepada kita.”

Elli tertawa kecil melihat Aoi tersenyum. “Betul kata dia. Saya akan tolong kamu dalam mengalahkan Black. Rancangan pengikut balck ialah seperti yang kamu fikirkan iaitu dengan mengambil barang yang tersembunyi dalam sekolah ini. Pengikut Black ialah Angelica, Dark dan Cine.”

Alex memandang kearah Elli. “Salah satu dari mereka… adakah perempuan yang berperangai sedikit… gila?”

Elli mengangguk. “Itu Cine.”

Cloud tersenyum gembira. “Kami telah hapuskan perempuan tu.”

“Oh ya?” Elli terkejut mendengar berita tersebut. Dia tidak sangka Phoenix boleh kalahkan perempuan gila itu. “Bermaksud yang tinggal hanyalah Dark dan Angelica.”

Aoi memandang muka phoenix dan Elli. Wujud satu renungan menunjukkan mereka akan bergaduh tak lama lagi. Nak memprotes powerlah ni desis hati Aoi. dia hanya menggelang. “Apapun, kita kena bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berhadapan dengan mereka. Hentikan renungan maut kamu tu!” Aoi memetik jari dan mereka terus berhenti.

Aily mangangkat tangannya tanpa memperdulikan orang disekelilingnya. Dia tahu dia orang luar tetapi dia tetap melakukannya. Riak wajahnya yang pemalu lagi penakut berubah menjadi seorang yang serius dan menakutkan. “Boleh saya cadangkan sesuatu?”

Aoi perasan perubahan terhadap perempuan tersebut. “Silakan.” Aoi memberi kebenaran.

“Saya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku atau tahu. Tetapi, kamu patut membuat perangkap untuk mengalih perhatian Pengikut Black yang sedang mencari barang tersebut. Kalau kita tahu apa barang itu, kita boleh bodek mereka dengan barang palsu. Biarkan mereka mengambilnya dan lengahkan masa mereka untuk membuka dimensi Black. Bukan sahaja kita dapat mengelakkan Black terlepas malah berpeluang memerangkap Pengikut Black dalam satu tempat.” Panjang lebat Aily memberi pendapatnya.

Yang lain tergamam. Aily berkata-kata sama seperti Aoi. Phoenix pula terkejut kerana Aily yang mereka tahu seorang yang pemalu dan takut untuk bersuara. Aily yang ini pula, bercakap lebih dari yang selalunya.
Riak wajah Aily berubah kepada Aily yang pemalu. “Saya cakap terlampau banyak ke?”

Aoi tersenyum kerana dia dapat rasakan sesuatu datang dari perempuan tersebut. Dia Aily desis hati Aoi.
Aoi menghentak meja. “Stuju! Sekarang tinggal buat buku palsu je.” Aoi tersenyum nakal. Tak sangka geliger juga otak si Aily garang ni desis hati Aoi.

“Buku?” yang lain memandang kearah Aoi.

Aoi tersedar yang dia terlepas cakap. Elli menepuk dahinya. “Oops. Aku terlanjur. Sebenarnya buku yang dicari oleh black ialah sebuah buku yang confirmnya aku tak tahu. Elli yang beritahu aku segalanya.” Aoi cuba menyembunyikan kebenaran yang buku tersebut ada bersama dia.

Elli hanya menggeleng pedap dengan perangai Aoi. Budak ni semalam dia cakap nak rahsiakan barang apa yang dicari desis hati Elli.

Dia berdehem dan beralih kearah yang lain. “Rancangannya begini. Pelajar akan di lindungi di bilik bawah tanah. Pelajar yang boleh berlawan akan membantu kita. Ketua-ketua Sekolah pula, tolong ikut plan kita time di bilik kelmarin. Okay?” Aoi memandang wajah Zack yang tidak tahu apa-apa. “Hyomin, terangkan plan kita kepada Zack nanti.”

Hyomin mengangguk tanda faham. “Baiklah”

Aily menarik sleeve Luhan. “Dia memang begitu ke?” Soal Aily seolah-olah berbisik.

“Yup, Dia mungkin kelihatan gila tapi dia baik.” Luhan cuba elakkan Aily dari salah faham terhadap Aoi.
Aoi nampak Aily rapat dengan Luhan. Hoi! Jangan rapat dengan adik aku desis hati Aoi. jarak antara Aily dan Luhan tiba-tiba jauh disebabkan magic Aoi. Nanti kau aku kerjakan desis hati Aoi lagi. Dia beralih kearah Phoenix. “Kamu boleh latih Elli menguasai Kuasanya. Confirm kamu tak percaya betapa teruknya cara dia berlawan dengan kuasa yang luar biasa tu. Buat malu keluarga je.”

“Hoi! Jaga mulut tu!” Muka Elli merah menahan marah.

Aoi menjelir lidahnya. “Disiplinkan budak ni sikit. Okay?”

Jun mengangguk. “No problem.” Jun menumbuk tapak tangannya memberi amaran kepada Elli sepaya berjaga-jaga.

“Kau pula macam mana?” Alex memandang kearah Aoi.

Aoi mengenyit mata. “Aku pula ada urusan dengan perempuan tu.”

Aily menjadi takut. Apa dia nak buat dengan aku desis hati Aily takut.

XXX

Selesai sahaja mesyuarat. Aoi san Aily berada di pejabat Aoi. Aoi duduk berhadapan dengan Aily. Memandang Aily dengan posisi berpeluk tubuh dan kaki bersimpul. Aily hanya tertunduk memandang lantai takut dengan muka Aoi yang serius. teh di coffe table tidak disentuh.

Apa patut aku buat? Dia ngeri sangat desis hati Aily. Anak patungnya Mr. Brown dipeluk erat.

Aoi melihat Aily memeluk bekas anak patung Aoi. Dah besar si Aily ni, tapi tetap macam budak-budak dengan Mr. Brown ditangan. Kenapa dia dengan Luhan ya? Ada apa-apa ke dorang dua ni? Aily buat apa di sini? Tak sama mama ke? Banyak persoalan bermain dimindanya. Tapi tak naklah dia Tanya terus macam detective soal suspek.

“Dah besar kau Aily. Sampai kakak tak perasan kau didalam meeting tadi.” Aoi tersenyum manis memandang Aily. Cuba membuka teka-teki di minda Aily.

Kakak? Aku kenal dia ke? Desis hati Aily. Dia masih tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Aoi. Riak wajah Aily berubah lagi menjadi seorang yang berani dan garang. “Kita pernah jumpa ke?”

Aoi menarik sengih. “Kau berubah menjadi Aily ganas. Nampaknya dua personality ni berkawan dengan baik.”

Aily mengambil posisi yang sama dengan Aoi. menunjukkan dia tidak takut dengan perempuan dihadapannya. Patung di tangannya diletakkan disisinya. “Cam mana kau tahu pasal personality aku hah?”

“Kau boleh tipu orang lain tetapi kakak kau sendiri tidak boleh.” Aoi tersenyum manis, memberi tahu Aily yang dihadannya sekarang ialah kakaknya.

Aily tergamam. Orang yang sudah lama hilang dalam hidupnya berada didepan mata. Malah, dia menjadi pelajar di Xanvera Academy dan mempunyai jawatan sebagai Penolong setia The Four Lords, hanya orang yang mempunyai magic yang tinggi sahaja berpeluang duduk di kerusi boss. Aily tersenyum gembira tetapi dalam cara yang cool. “Macam mana kak Aoi boleh dapat magic?”

Aoi tidak dapat berkata apa-apa. “Itu… err…” Aoi mengeluh kecil. “Kamu nak tahu ke?”

“Ya. Kakak dilahirkan tanpa magic dalam diri kakak. Macam mana pula kak Aoi mempunyai magic pula?”

Itu sindiran ke? desis hatiAoi terapi dia bangga dengan Adiknya yang mempunyai pemikiran yang tajam. “kakak buat perjanjian dengan permaisuri biru. Kakak akan mandapat kuasa magic asalkan kakak tunaikan Syaratnya.”

Aily terkejut mengetahui Aoi membuat perjanjian dengan Permaisuri Biru. “Apa syaratnya?”

“kami akan bertukar roh apabila Black terlepas dari sangkar dimensinya.” Expressi muka Aoi berubah menjadi serius.

“Apa terjadi selepas tu? Kakak akan kembali kan?” Riak wajah Aily yang ganas berubah menjadi Aily yang pemalu. “Betulkan kak?”

Aoi hanya tersenyum tawar. Itulah soalan yang paling dia takuti. Soalan yang dia sendiri mahu tahu apa jawapannya. “Aily….”

Mata Aily berkaca.  “Kakak kemungkinan besar tidak akan kembali….”

Aoi segera duduk disebelah Aily dan memeluk adiknya yang sedang menangis. “Shhshsh….” Dia cuba tenangkan adiknya yang menangis teresak dalam dakapannya. Dia tidak ingin menangis kerana dia sudah penat menangiskan perkara yang sama berulang-ulang kali. Jika dia turut menangis, itu akan membuat orang sekelilingnya risaukan dia. Aoi tidak mahu bebankan orang lain dengan kesedihannya. Biarlah dia sendiri yang tanggung kesedihannya seorang diri untuk kebaikan semua orang.

Aily memeluk erat kakak dan menangis sekuat hatinya. Tangisan tersebut bukan tangisan sedih, kakaknya akan pergi tetapi menangis kerana Aoi telah menanggung tanggungjawab yang sangat seorang diri. Dia dapat rasakan kesedihan hati Aoi yang menangis ketakutan, takut dia akan menyakiti orang disekelilingnya dengan pemergian yang mungkin tidak akan kembali.

Esakan Aily semakin kecil menandakan dia sudah kembali tenang. Aily mendongak memandang wajah kakaknya yang tersenyum manis. Cam mana kak Aoi masih boleh tersenyum dengan hati yang bersedih? Desis hati Aily.

Aily melepaskan pelukannya dan memandang kakaknya dengan serius. Aily ganas mengambil tempat. “Berapa hari lagi yang tinggal?”

Aoi mengeluh kecil. “Kalau diikutkan pengiraan masa untuk inner planet berbaris selari ialah…. Enam hari.”
Aily memandang keluar tingkap. Waktu pagi yang mendung, awan kelabu menyembunyikan matahari yang sedang tegak keatas. Sama seperti Aoi yang sedang menyembunyikan kesedihannya yang semakin parah. Aily memandang semula muka kakaknya. “Yang lain tahu?”

Aoi menggeleng. “Representative of Astronomy sendiri tidak tahu bila empat planet berbaris selari. Runes circle hanya boleh berfungsi apabila bulan juga sebaris dengan empat planet dan memantulkan cahayanya atas runes circle tersebut.”

Aily mengangguk tanda faham. “Kakak tahu banyak benda tapi sembunyikannya. Kenapa?”

Aoi tergelak kecil. “kadang kala, bukan semua perkara patut diberitahu. Ia mungkin lebih baik dirahsiakan.”
Aily mengeluh kecil. Mengalah dia dengan kakaknya yang hanya tersenyum sambil bercerita perkara yang menyedihkan ni. Dia akhirnya faham kenapa kakaknya masih tersenyum. Ini disebabkan dia ingin hari-hari terakhirnya penuh dengan senyuman dan kegembiraan. “Okay.” Aily tersenyum Manis.

Aoi terkejut melihat Aily yang ganas tersenyum manis dan bukannya sinis. “Apa yang okay?”

“Kakak berjanji jangan beritahu Luhan tentang personality kedua Aily dan Aily akan berdiam diri tentang the promise day. Okay?”

Aoi ketawa mendengar apa yang keluar dari mulut Aily. “Okay-okay. Suka-suki jak kau beri nama hari dimana black dan Permaisuri biru akan bertemu lagi.”

Aily menjungkit keningnya tiga kali. “Itulah kelebihan Aily yang berani.”

Mereka berdua akhirnya ketawa selepas meluahkan kesedihan mereka.

Bunyi tapak kaki berlari semakin kuat kedengaran menuju ke pejabat Aoi. BAMM! Pintu dibuka dengan kasar oleh Sora dan Violet

“AOI!!” Sora melompat kearah Aoi dan menggoncang-goncang badan Aoi. “Kenapa kau tak inform dengan kami Phoenix dah balik hah?!”

Violet berada dibelakang sofa memandang Aoi yang digoncang oleh Sora. “Sekarang mereka dimana?”

“Aduh! Aku ada tetamu ni gilak!” Aoi menolak Sora ketepi. “Senget otak aku kalau begini!” Aoi meluku kepala Sora.

Aily membuat muka blur. Tidak faham apa yang sedang berlaku didepan matanya dan siapa dua perempuan ini yang berani masuk tanpa mengetuk.

Violet memandang kearah Aily yang kelihatan blur. “Kau siapa? First time aku nampak kau.”

Biadapnya budak ni desis hati Aily. Mukanya merah menahan marah. “Dahlah masuk tanpa ketuk. Tak kenalkan diri pulak tu. Plus, biadap campur kurang ajar.”

Violet menjeling kearah Aily. “Jaga mulut kau tu budak. Kau tak sayang nyawa ke?”

Aily menarik sengih. “Aku yang sepatutnya cakap cam tu.”

Mereka berdua merenung kewajah antara satu sama lain. Wujudnya petir berperang diantara renungan mereka. dengan serentak mereka mengeluarkan tongkat sakti mereka dan menghalakan kearah musuh.

“Cheh, laju juga kau budak.”

Aily tersenyum bangga. “Lebih laju dari kau sangkakan.”

“STOP!!” Sora dan Aoi segera menolak tangan mereka kearah lain.

“Relax Vee, jangan cari pasal dengan tetamu Aoi.” Sora cuba tenangkan api Violet yang membara terhadap Aily.

“Lepaskan aku! Biar aku ajar budak kurang ajar ni macam mana nak bercakap dengan orang yang lebih tua dari dia.”

Aoi pula membaca satu jampi disebelah telinga Aily. Aily pemalu mengambil tempat. Aily memandang wand ditangannya dan terus memandang Violet yang sedang membara.

 “Minta maaf!” Aily segera tunduk rasa bersalah. “I’m really, really sorry.”

Violet berhenti bergelut dari dakapan Sora. Mereka berdua hairan kenapa perempuan yang tadi kelihatan sombong tahap gaban tiba-tiba meminta maaf bebanyak

Aoi melepaskan nafas lega. “Sorry girls. Adik aku mempunyai dua personality. Satu pemalu dan satu lagi ganas.”

“ADIK?!” Sora dan Violet terkejut beruk.

Aily tunduk hormat dihadapan Sora dan Violet. “Saya Aily. Kak Aoi ialah kakak saya.” 

Comments

Popular Posts