L.O.V.E -Prologue-
Prologue
Hutan
Mahligai, yang terletak di antara dua kerajaan, menjadi dinding melindungi
Kerajaan Enchanted dari kerajaan Vicious yang membencikan kerajaan Enchanted.
Akar berduri tumbuh menjadi pagar sepanjang hutan Mahligai pada bahagian
kerajaan Vicious tersebut untuk menghalang orang Vicious untuk menyeberangi ke
tanah Enchanted. Tiada siapa pernah lepas dari pagar berduri itu, tidak orang
Vicious malah orang Enchanted juga. Ini kerana Magic Pari-pari telah membuat
pagar tersebut untuk mengelakkan peperangan dan malapetaka berlaku di kerajaan
Enchanted itu lagi. setelah memisahkan orang berhati hitam dan berhati mulia
kepada dua kerajaan, tanah besar tersebut kembali hidup dengan aman dan
tenteram setengah dekad lamanya. Ketenteraman yang mereka tinggal di Kerajaan
Enchanted inginkan selama ini.
Hanya orang Enchanted sahaja boleh
masuk ke dalam hutan Mahligai, melihat keindahan kehidupan di dalam hutan itu,
kejaiban yang hanya wujud di dalam hutan tersebut. Makhluk enchantic, seperti
unicorns, fairies, sprites, nymphs dan banyak lagi makhluk ajaib yang hidup di
dalam hutan tersebut.
Kisah ini bermula dari sebuah
pertemuan antara dua kanak-kanak berumur 8 tahun di tepi tasik twilight jauh
terletak di dalam hutan Mahligai. Seorang budak lelaki berpakaian serbah mewah,
kain di perbuat dari fabric terbaik yang ada di tanah tersebut dan di sulam
dengan tangan yang pakar. Berambut emas, bercahaya bila terkena mentari. Di
lengkapkan dengan sepasang mata biru bak langit cerah pada pagi hari. bersinar
bak pantulan cahaya pada air sungai dan memenangkan hati yang melihta sepasang
mata biru itu.
Mata yang penuh dengan ingin tahu
ini memandang ke kiri dan ke kanan, memastikan tiada siapa mengekorinya masuk
ke dalam hutan. Setelah itu, dengan hati yang penuh girang, dia berlari masuk
menuju ke hutan Mahligai, terus ke tempat pertemuan dengan seorang gadis kecil
misteri. Seorang gadis yang dia jumpa beberapa minggu yang lalu tanpa
mengetahui asal usul perempuan tersebut.
āPerempuan
itu lain dari yang lain!ā Desis hati kecil budak lelaki ini sebaik sahaja
dia mengenali si gadis kecil itu.
Usai sahaja dia tiba di tasik
tersebut, langkah si lelaki muda ini terhenti pada hujung hutan yang
mengelilingi tasik tersebut kerana matanya terpaku kepada teman barunya yang
sedang duduk di tengah-tengah taman bunga yang berwarna ungu; sedang
mendendangkan lagu yang dia tidak ketahui dengan halus sambil membuat mahkota
bunga.
Gadis kecil itu mempunyai rambut
berwarna hitam pekat yang lurus bak air terjun. Pada hujung rambutnya berwarna
ungu yang lebih pekat dari warna bunga yang mengelilinginya. Wajah yang bulat,
kulit putih dan bibir berwarna kemerah-merahan. Sama seperti pipinya.
Lelaki kecil ini tersenyum lebar,
mata bersinar mengetahui teman barunya datang seperti mana yang mereka
janjikan.
āIvy!ā sahutnya menarik perhatian
teman baru untuk melihat dia.
Sepasang mata berwarna hijau, hijau
seperti batu Jed; dan ia kelihatan bercahaya bila dia mula tersenyum melihat
rakannya berlari kearahnya. āLouis!ā
Louis berdiri di sebelah Ivy dengan
senyuman lebar terpapar pada wajahnya tanpa berkata apa-apa. Hanya melihat Ivy
yang juga memandang tepat kearah matanya.
āOh! Maafkan sayaāā Louis akhirnya
hulurkan tangan dan tunduk tanda perkenalan. āApa khabar?ā
Ivy tertawa (Tidak sesopan yang Louis
selalu dengar tapi dia tak kisah) dan tepuk tempat di sebelahnya, menyuruh
Louis untuk duduk. āTak perlu nak formal sangat dengan saya lah.ā Katanya
sambung menyulam mahkota bunga dalam tangannya.
āAwak datang.ā Sahut Louis sebaik
sahaja dia melabuhkan punggung di sebelah Ivy. Dia perasan Ivy berhenti
menyulam untuk beberapa saat sebelum menyambungnya.
āSaya tak nampak apa salahnya saya
datang.ā Ivy memandangnya dan tersenyum. āSaya dah janji saya akan datang kan?
Dah tentu saya tunaikannya.ā
Louis mengangguk sekali. āUrrmā¦
tapi masa tu awāawak kelihatan seperti nak tak nak je datang.ā
Ivy kerutkan hidungnya mengingatkan
kisah tersebut dan mengangguk. āYa. saya tak pasti saya akan datang lagi ke tak
tapiā¦ā ayatnya terhenti seperti mana tangannya menyulam. Dia memandang
sekelilingnya yang penuh dengan keindahan. āSiapa taknak datang ke tempat
seperti ini?ā Dia mendepakan tangannya bila seekor rama-rama datang dan
rehatkan diri pada jari telunjuknya. āIa menakjubkan.ā Katanya dan melepaskan
rama-rama itu terbang semula.
āAwak datang hanya untuk lihat
suasana tepi tasik ni?ā Soal Louis tak puas hati dan meluk tubuh. āItu sahaja?ā
āOf course untuk jumpa awak juga!ā
Ivy tertawa dan habiskan sulaman terakhir pada mahkota bunganya. āSelesai!
Amacam? Okay tak?ā soalnya tunjukkan pada Louis.
Louis melihat mahkota tersebut dan
mengangguk. āAwak pandai menyulam. Mama awak ajar ke?ā
Senyuman Ivy pudar dan menggeleng.
āIbu takkan bagi saya belajar seperti ini. dia kata ia tak berfaedah.ā Dia
tertawa tapi matanya menunjukkan sebaliknya. āDia kata saya patut belajar
menjadi perempuan yang berdedikasi, penuh dengan disiplin dan tahu cara guna
magic. Dia takkan bagi saya berseronok macam ni.ā Katanya bermain dengan
mahkotanya.
Louis hanya tundukkan diri. rasa
kasihan dengan Ivy dan juga bangkitkan tentang mamanya, sedangkan Louis tahu
Ivy tak suka mereka bercerita tentang mamanya.
āTapi awak berseronok.ā Katanya
dengan senyuman. āDisini. Dengan saya. Awak dah langgar arahan ibu awak.ā Dia
cuba sedapkan hati Ivy.
Ivy kembali tertawa dan menggeleng.
āYeaā¦. Ia berbaloi. So, Ini untuk awak!ā Ivy meletak mahkota bunga itu atas
kepala Louis.
āWhat?! Noāā Louis nak menanggalkan
mahkota tersebut tapi Ivy memukul tangannya. āHey! Saya lelaki, tak perlukan
bunga macam ni atas kepala saya!ā sahutnya dengan muka merah dan mahkota itu
jatuh menutup matanya dan tolak nak ke kepalanya semula. āDan ia besar!ā
Ivy mengendahkan rungutannya dan
memakai Tiara bunganya sendiri. āSekarang kita sama!ā katanya dengan senyuman
lebar membuat Louis terdiam. āLihat tengah tiara ni bunga daisy, seperti
Permata putih Enchantia. Seperti yang awak katakan tentang tiara Permaisuri
Enchanted!ā Ivy bangkit dan bersihkan seluarnya. āIni hari kita main
Rumah-rumah! Or patut kata Istana.. Hmmmā¦ā Ivy menggeleng. āApapun, Awak putera
raja dan saya seorang puteri.ā Ivy memegang hujung blousenya dan tunduk ala-ala
puteri raja. āSelamat Berkenalan Putera Louis.ā Katanya dengan suara penuh
sopan santun. Bila Louis tidak memberi respon dia mendongak tanpa bergerak dari
posisinya untuk melihat Louis. āSay something Lu!ā bisiknya dan kembali tunduk.
Muka Louis naik merah dan dengan
gopoh dia juga tundukkan diri. āY-Ya, Se-selamat berkeāAh!ā Mahkotanya hampir
jatuh dari kepalanya tapi Louis sempat menyelamatkannya dan betulkannya semula.
āSorry.ā
Ivy menggeleng. āSaya buat mahkota
awak besar sangat. Nak saya betulkan ke?āā
āTak perlu!ā dia menggeleng laju
sambil memegang mahkotanya supaya tidak terlontar. āAwak dah susah payah buat
untuk saya. Biarkan awak buat semula kira sia-sia.ā Louis betulkan mahkotanya
dengan sangkut mahkota itu di sebalik kedua telinganya mengelakkan mahkota itu
jatuh. āSee⦠tak perlu nak betulkannya.ā
Ivy tersenyum dan mengangguk. āBaiklah. Tapi kalau dia jatuh lagi saya
tak nak betulkan untuk awak.ā
Louis tertawa besar. āBaik lah,
baik lah.ā Katanya dan kembali tersenyum. Dia tundukkan diri dengan satu tangan
pada dadanya dan sebelah lagi di belakang. āSalam perkenalan puteri Ivy. Saya
Putera Louis dari Kerajaan Enchanted.ā
Ivy turut tunduk sambil memegang
hujung blousenya. āSalam perkenalan Tuanku.ā
Louis dan Ivy tertawa sesama
sendiri dan berdiri tegak. Louis menghulurkan tangannya kepada Ivy. āSudikah
Tuan Puteri menari dengan saya?ā
Ivy menjungkit kening. āTapi kita
tiada music.ā
Tak lama selepas itu, sekumpulan
makhluk kecil muncul dari celah-celah pokok, mengelilingi mereka sambil
menyanyi dengan merdu.
āWhat theā¦.ā Bila salah seekor
fairy tersebut mendekati Ivy dia nak menepisnya tapi Louis memegang tangan
tersebut. āWhat?ā soalnya sakit hati.
āMereka fairy music. Kita tak boleh
sakiti mereka.ā
āYeah? Tapi mereka menjengkelkan.
Kenapa mereka tiba-tibaāā Ivy menghembus fairy itu bila ia terbang dekat
dengannya. āādatang menganggu! Ow! Stop
that!ā Ivy menggeleng laju cuba membuang fairy yang menarik-narik rambutnya.
Louis hanya tertawa. Menyentuh
rambut Ivy yang di pegang oleh fairy tersebut dan memujuk mereka untuk lepaskan
Ivy. āDia tak biasa dengan Fairy. Tolong maafkan dia?ā pintanya dan Fairy itu
melepaskan Ivy. Mereka terbang jauh dari Ivy dan berada di belakang Louis.
āNow Shoo.ā Arah Ivy.
Sekali lagi Louis ketawa sambil
menggeleng. āAwak sendiri kata kita tiada music, jadi mereka datang untuk
hiburkan kita. Sekarang awak nak halau mereka pula?ā
Ivy menjeling kearah pari-pari
kecil itu membuat mereka jadi takut dan bersembunyi di belakang Louis. āSaya
kata tiada music tak bermaksud kita menari tiada music. Saya maksudkan saya tak
nak menari.ā
āAwak nak kata macam tu sebab tak
sanggup nak reject saya? Awak takut sakiti hati saya ke?ā soalnya mengusik
membuat muka Ivy naik merah. āAww⦠baiknya awak Ivy!ā
āT-Tak! Issshh!ā Dia menghentak
kaki dan bergerak menjauhkan diri dari Louis ke tepi tasik. āIts not funny!ā
Pari-pari music itu mengekori Ivy dari
belakang sambil menyanyikan irama baru dan juga bertukar pelbagai jenis warna
merah.
āStop following me!ā marah Ivy
sambil mengipas-ngipas pari-pari tersebut pergi darinya tapi mereka berkeras
menyanyi di atas kepalanya. āUrrrggghh!ā Dia mengalah dan duduk memeluk lutut
di tepi tasik.
Louis menutup mulutnya, menahan
diri dari mentertawakan Ivy. Kasihan Ivy kena usik oleh pari-pari music yang
berputar di atasnya sambil menyanyikan lagu mengejek. Warna pink juga tidak
membantu kerana pari-pari music boleh bertukar warna mengikut perasaan manusia
yang berdekatan dengannya.
Louis berjalan mendekati Ivy dan
duduk di sebelahnya. āAwak okay?ā
Ivy menjeling kearah Louis dan
alihkan mukanya, tidak ingin memandang Louis. āI hate this.ā
Louis memujuk pari-pari music itu
pergi dengan lembut sebelum memandang Ivy semula. āBenci apa?ā
āPari-pari, bunga..ā Dia membuka
tiaranya dan letakkan ketepi. āAwak.ā
āSaya?ā Soal Louis hairan. āApa
salah saya?ā
Ivy menggeleng. āTak. takda apa-apa.ā
Dia kembali bangkit dan bersihkan keluarnya.
Louis turut berdiri, hairan kenapa
Ivy berperangai seperti kali pertama mereka bertemu. Dingin dan jauh. āAwak dah
nak balik ke?ā
Ivy mengangguk tanpa senyuman. Dia
melihat matahari yang dah nak jatuh sebelum memandang Louis. āIbu akan cari
saya kalau saya keluar rumah lama sangat. Saya takut dia soal mereka saya lari
ke mana lagi.ā
āMama awak pernah perasan awak
menghilang?ā soal Louis risau.
āYa, tapi selalunya dengan yang
laināā
āyang lain?ā
āBudak sebaya dengan saya.ā
Jawabnya. ākalau ibu tanya ke mana saya menghilang dan bukan dengan yang lain,
tentu dia musykil dan hantar gagak dia ekori saya.ā
āOh⦠burung tu boleh sampai ke
sini?ā
āhanya ke pintu ke sini. Dah cukup
buat Ibu musykil kat saya.ā Katanya dengan keluhan. āSaya pergi dulu.ā
āA-Awak akan datang ke sini lagi
ke?ā Soal Louis dengan segera sebelum Ivy sempat mengambil langkah untuk pergi.
Ivy berpaling memandang Louis dan
menggeleng. āSaya tak tahu. Mungkin. Mungkin tak lagi. Saya tak boleh selalu
datang ke sini. Ia merbahaya.ā
Louis diamkan diri. Dia tidak faham
apa yang bahaya sangat sampai Ivy tak boleh datang ke hutan itu setiap hari. Bukannya
Ivy buat hal pun. Kenapa mama Ivy protective sangat dengan Ivy?
āJanji dengan saya.ā
āhuh?ā
Louis mendongak memandang Ivy.
Mereka pernah berjanji untuk berjumpa dan Ivy tunaikannya walaupun dia kata dia
MUNGKIN takkan datang. Tapi dia tetap datang. Mungkin kali ini kalau mereka
berjanji sekali lagi dia akan datang juga.
ājanji kita akan berjumpa lagiāā
āItu tak mungkin.ā
āBukan hari-hari. mungkin seminggu
sekali? Sebulan sekali? Please, Ivy. Saya taknak persahabatan kita terhenti di
sini sahaja.ā
Ivy terdiam untuk seketika sebelum
menghembus nafas lelah. āBaiklah. Dua minggu dari sekarang? Saya mungkin boleh
senyap-senyap keluar.ā
Sebuah senyuman lebar terukir pada
wajah Louis dan mengangguk. āBaiklah. Kita jumpa kat sini dua minggu dari
sekarang. Janji?ā Dia keluarkan jari kelingkingnya.
Ivy nak ketawa melihat jari Louis
tapi dia ikut sahaja dan simpul jarinya dengan jari Louis. Louis yang ajar dia
berjanji guna jari kelingking. dia fikir ia mengarut tapi melihat keyakinan
pada muka Louis, nak tak nak Ivy buat juga.
āJanji. Tapi saya tak pasti.ā
Louis mengangguk, tetap tersenyum.
āYang penting awak Janji. Itu cukup untuk saya.ā
Begitulah persahabatan antara Louis
dan si gadis misteri Ivy. Pertama kali mereka bertemu di tepi tasik tersebut,
Louis sedang mencari kudanya yang menyorok darinya (Dia tak faham kenapa
kudanya suka buat hal dengan dia). Tapi dia terjumpa Ivy yang sedang
memerhatikan ikan yang berada di dalam tasik. Menyucuknya dengan batang kayu.
Louis tegur Ivy sebab menyakiti
ikan tersebut. Walaupun suara Louis menegur Ivy tidak kuat, Ivy melompat terkejut
dan jadikan batang kayu tersebut sebagai pelindungnya.
Ia agak susah nak yakinkan Ivy yang
dia tak akan apa-apakan Ivy. Sangat
susah. Dia dapat yakinkan Ivy bila Kuda Louis, Majestic datang dan gunakan
kuda itu untuk dekati Ivy. Sepanjang hari, Ivy taknak bercakap dengan dia hanya
dengan Majestic. Kalau dia nak bercakap dengan Louis pun melalui Majestic.
Sebelum matahari terbenam, dia dah menghilangkan diri tanpa Louis sedari.
Hari kedua, Louis datang kembali ke
tepi tasik atas perasaan ingin tahu. Adakah perempuan itu akan datang? Ingin
mengetahui kenapa perempuan itu berperangai pelik, dia tak pernah jumpa Fairy
dan kelihatan seperti semua benda di dalam hutan itu perkara baru yang dia
lihat. Seperti yang Louis jangka, perempuan itu datang. Bukan untuk menerokai
hutan tu tapi untuk berjumpa dengan Louis.
Persahabatan mereka terjalin, kali
ke-empat mereka berjumpa. Ivy mula bercakap dengannya, tidak banyak tapi banyak
menyoal tentang kehidupan dalam hutan tersebut. Dia tak pernah tanya siapa nama
Louis dan tak nak beritahu namanya yang sebenar. Dia sendiri teragak-agak bila
Louis tanya namanya. Kedua-dua rakan ini tidak tahu asal-usul rakan mereka
sendiri. Mereka dari mana? Keluarga? Kehidupan? Louis tak tanya sebab sebaik
sahaja tahu Ivy tak suka bercerita tentang mamanya, Louis tak bangkitkan lagi
tentang kehidupan Ivy. Dan Ivy tak pernah nak tanya tentang kehidupan Louis. Lagipun,
bukannya Louis nak beritahu Ivy tentang kehidupannya pun.
Begitulah persabahatan mereka.
Sebuah persahabatan yang pelik, berjumpa hanya untuk seketika. Hanya mereka
berdua. Tidak terikat dengan perkara lain di dalam hidup mereka. Hanya dua
rakan misteri yang berseronok tanpa memikirkan masalah dalam kehidupan mereka.
Sebuah persahabatan yang di
rahsiakan. Rahsia hanya mereka sahaja yang tahu.
.
.
āPatutkah kita hentikannya di
sini?ā
Louis yang berumur 12 tahun yang
termenung melihat ikan yang berwarna-warni di dalam tasik tersebut, mendongak
memandang Ivy. Hampir buat lehernya patah sebab mendongak laju sangat. āTak.ā
jawabnya dengan yakin.
Ivy yang termenung ke udara,
memutar kepalanya memandang Louis. Matanya kelihatan sedih walaupun dia tersenyum.
āCome on Lu, aku tahu kau fikir tentang ni juga. Bukankah 4 tahun cukup lama
dari apa yang kau nakkan?ā
āTak boleh ke lebih lama dari ini?ā
Soal Louis, hampir berharap. āKita boleh bertahan selama 4 tahun. Kenapa nak
berhenti sekarang?ā
āSebab ia tak berbaloi.ā Kata Ivy
bangkit dan membersihkan seluarnya. Dia sempat mengusap rambutnya yang dah
panjang cecah belakang sebelum tunduk memandang Louis. āKita hanya buang masa
Lu. Ada benda lebih penting perlu di buat.ā
āApa yang lebih penting dari ini?ā
Soal Lousi, juga berdiri dan memeluk tubuh melihat Ivy. āIvy, kau bercakap
macam orang tua.ā
āHa-ha very funny.ā Ivy memutarkan
bola matanya. āAku serious ni. Kita dah 12 tahun. Dah start sekolah. Kau ada
kerjaājangan nak tipu aku. Majestic selalu pujuk kau balik setiap kali kita
berjumpa.ā Ivy cakap cepat bila Louis nak bagi alasan. āBila cuti sekolah ni
tamat, aku tak tahu bila lagi kita akan jumpa. Dalam masa setahun ni kita hanya
berjumpa lebih banyak pun 5 kali. Tahun ni hanya 3 kali.ā
āTapiāā
ākau sibuk Lu. Kau mungkir janji
dengan aku dah banyak kali, you big jerk!ā Dia memukul bahu Louis dan tuding
jari kearahnya. āItu membuktikan kau sibuk.ā
Louis menggosok bahunya dan
mencebik kearah Ivy. āKau cakap macam ni sebab kau marah aku mungkir janji ke?ā
āTak, you butthead.ā Ivy menarik
nafas dalam sebelum mengusap rambutnya sekali lagi. āAku cakap benda yang
betul. Aku pun dah mula sibuk. Ibu aku mula mengawal aku dengan ketat. Aku
mungkin tak dapat datang lagi.ā
āKau sentiasa cakap tu Ivy. Mungkin
tak datang. Mustahil datang. Tak dapat datang⦠tapi kau tetap datang.ā Louis
memegang erat penumbuknya disisi. Dia tak faham kenapa Ivy bangkitkan subjek ni
dan mencari cara untuk hentikan persahabatan mereka. āKau tak pernah mungkir
janji kau.ā
ātapi kau pernah.ā Bisik Ivy tanpa
memandangnya. Bisikan itu boleh di dengar oleh Louis.
Louis mengetap gigi. Jadi Ivy nak
salahkan dia sebab dia mungkir janji? Ivy tahu Louis sibuk dan faham kenapa dia
sibuk. Tak pernah tanya pun kenapa dia sibuk. Kenapa sekarang dia bangkitkan
tentang ni? Dia sepatutnya faham kenapa dia sibuk. Louis bukan macam budak 12
tahun yang lain. Ivy patut faham. Ivy sentiasa faham.
Louis menarik nafas dalam sebelum
menghembusnya. Dia buat perkara ini untuk beberapa kali untuk tenangkan
perasaannya yang membara. āAku minta maaf sebab mungkir janji. kau tahu aku
sibuk kan?ā Ivy mengangguk. āAku tak tahu macam mana nak tebus kesalahan aku
kat kau. Kau sentiasa jadi kawan yang baik untuk aku. Sentiasa ada untuk aku
tapi akuā¦ā Dia mengeluh. āMaaf.ā
Ivy kembali memandang Louis yang
tundukkan diri rasa bersalah. Matanya beralih kearah Majestic yang berada di
sebelah Louis sebelum kembali kepada si Tuan. āKau tak perlu minta maaf. Bukan
salah kau tak dapat datang. Orang yang buat kau sibuk yang salah.ā Kata Ivy
dengan nada mengusik membuat Louis tersenyum. āApa kata kitaāā Ayat Ivy
terhenti bila dia lihat Majestic mula menarik lengan baju Louis. āBila kau
free?ā
Louis menolak Majestic ketepi
sebelum memandang Ivy. āKau dah nak balik?ā Dia pandang matahari di kepala
mereka sebelum pandang Ivy semula. āHari masih awal.ā
Ivy masukkan kedua tangannya
kedalam poket seluarnya dan mengangkat bahu. āAku dah kata Ibu aku mula kawal
aku dengan ketat.ā
āSejak bila Mama kau tak kawal kau
dengan ketat?ā Louis menolak kepala Majestic bila ia menarik lengan baju Louis
lagi. āNot now boy.ā Bisiknya.
āFerret.ā Kutuk Ivy dengan
senyuman. āAku kena pergi. So⦠bila?ā
āhuh? Oh.. UmmāLusa?ā
āLusa?ā Ivy lebih persoalkan tanda
soal dalam ayat Louis. āBe serious Lu. Aku taknak bersendirian dengan pari-pari
jahanam tu lagi.ā
Louis tersengih-sengih sambil
mengusap lehernya. āOkay. Lusa. Aku janji jumpa kau lusa.ā
Ivy kecilkan matanya, tidak yakin
dengan Louis. āyou better be here. Promise?ā Dia angkat jari kelingkingnya.
Louis mengangguk dan simpulkan jari
mereka. āCross my heart and hope to die.ā
āKau mesti berada di sini lusa
kalau tak, aku yang bunuh kau.ā Katanya memberi amaran tapi senyuman kecil
terukir di hujung bibirnya.
Sebuah persahabatan yang ingin
berkekalan akan mendapat pelbagai ujian. Apatah lagi persahabatan yang
dirahsiakan dari dunia. Malah, persahabatan mungkin akan berkembang kearah yang
lebih jauh.
.
.
āFuck! Aku lambat!ā Jerit Louis berlari masuk kedalam kandang
kudanya.
āLanguange!ā tegur seorang pekerja
perempuan didalam kandang kuda tersebut
āSorry!ā sahutnya dan pandang
Majestic yang meringkik seperti mentertawakan dia. āShut up. Ivy bunuh aku kali
ni tapi⦠Hey, kau rasa dia terima ni tak? sekali, tidak. Dua kali, ya.ā Louis
mengeluarkan seutas rantai dari poket seluarnya tunjukkan kepada Majestic. Kuda
itu meringkik sekali lagi sambil menghentak kaki dua kali.
Louis melihat rantai yang mempunyai
batu jade berukirkan kucing yang memeluk berlian biru. āYea. Dia mungkin akan
sukakannya. Jom gerak!ā Louis tunggang kudanya ke Hutan Mahliagai sepantas
Majestic boleh bawa mereka.
āCome on boy, Ivy akan marah kalau
dia fikir kita tak datang lagi.ā pujuk Louis kepada Majestic untuk lajukan lagi
lariannya.
Setiba sahaja dia di tempat
perjumpaan mereka, seperti yang dia jangka seperti selalu, Ivy dah pun tunggu
di tepi tasik. Berdiri dengan kedua tangan masuk ke dalam poket jaket leather
hitamnya sambil termenung jauh ke tengah tasik. Melihat dari wajahnya Louis
tahu Ivy tunggu dia dengan lama kerana bibirnya yang mencebik dan dahi yang
berkerut.
Iām
dead⦠Itu ayat pertama keluar dari kepalanya dan ingin berpatah balik tapi
bunyi kaki Majestic berputar menarik perhatian Ivy dan berpaling kearah mereka.
Shit.
āLouis!!!!ā
Louis segera turun dari Majestic
bila Ivy berlari kearahnya. āIāIvy maaf aku lambat aku ada halāā
āSorry my ass!ā Ivy lontarkan satu penumbuk kearah Louis tapi Louis
dapat mengelaknya dengan mudah.
āKau pakai lipstic ke?ā Soal Louis
dengan senyuman nakal. Menjungkit kening melihat lipstic purple Ivy.
Muka Ivy naik merah. āArrrgggh!ā satu lagi penumbuk dari
tangan sebelah terbang ke muka Louis tapi lelaki itu dapat menangkapnya dan
memutar badan Ivy dengan belakang Ivy di depannya. Memerangkap perempuan yang
lebih kecil darinya dalam tangannya.
āSeriously Ai? kau tahu kau tak
boleh kalahkan aku kan?ā katanya mengusik Ivy.
āThink again Butthead.ā Dia gunakan
kepalanya sebagai senjata ke muka Louis. Membuat Louis mengerang kesakitan dan
lepaskan Ivy. āHah! Jangan pandang rendah dengan akuāLu?ā Dia melihat warna
merah keluar dari celah jari Louis. āOh MyāLu! Hidung kau berdarah!ā
āThank you captain obvious.ā
Katanya dengan suara sengau. Dia melihat tangannya dan menyentuh hidungnya
semula. āteruk ke?ā
āTeruk?āMusnah! Mari sini!ā Ivy
menarik lengan Louis ke tepi tasik dan suruh dia baring atas pahanya dengan
segera. āIām so-so-so-so-so sorry! Aku tak sengaja..ā Ivy mengeluarkan sapu
tangannya. āPakai ni.ā
Louis menggunakan sapu tangan Ivy
untuk mengelap darah dari hidungnya. āTahniah, Kau berjaya patahkan hidung
aku.ā
āOh shut your trap.ā Marahnya.
ādongakkan kepala kau sedikit. Aku nak lihat hidung kau.ā Louis hanya akur dan
dongakkan kepalanya. āOh god⦠Mak kau akan bunuh aku kalau dia tahu aku
patahkan hidung kau.ā
āTak. dia marah aku kalau sebab
ingat aku bergaduh dengan budak lelaki. Dia tak tahu kau wujud Ai.ā
āIssh⦠faham lah sikit maksud aku.ā
Katanya lebih kepada risau dari menjengkelkan. āOh! Aku tahu macam mana nak
betulkan hidung kau.ā
Louis melihat Ivy mencapai sesuatu
di belakangnya yang Louis tak dapat nampak dan dia kembali memandang Louis.
āApa dia?ā
āMagic.ā Katanya sambil
menggoyangkan jari jemarinya. āJust a little magic boleh betulkan hidung kau.ā
āK-K-kau pasti ke?ā Soal Louis
ingin bangun tapi Ivy menahannya.
āRelaks⦠Aku dah berlatih magic
dari umur 10 tahunāwell, selalunya gagalātapi sekarang aku dah kira pangkat
reben perak. So, aku rasa aku boleh buat.ā Dia mematah-matahkan jarinya dan
juga lehernya.
Louis menelan air liur tiga kali
melihat jari jemari Ivy mula bercahaya hijau bila mulutnya berkumat-kamit
membaca mentera.
āN-Nanti!ā Ivy berhenti dan
memandang Louis dengan kening terjungkit. āK-Kau pernah buat magic ni ke?ā
āPractice magic ni pada dummy? Ya.
Real human? No. So, kau patut berbesar hati menjadi orang pertama. Ready?ā
soalnya dengan senyuman nakal.
Louis menggeleng.
āOh come on. Aku janji aku baiki
hidung kau, tanpa kecederaan lebih teruk.ā
Louis merenung kearah Ivy dengan
lama sebelum mengeluh. āFine. Promise?ā dia angkat kelingkingnya.
āPromise. Now, stay still dan
alihkan tangan kau ketepi.ā Ivy tertawa melihat Louis ragu-ragu. āTrust me
okay?ā
āI do trust you. Aku tak percayakan
magic kau.ā Louis melihat Ivy memutarkan bola matanya, tahu sangat bermaksud
Louis dah mula berdramatic dan Louis tak suka Ivy fikir dia ni Mr. Drama. āFine.ā
Dia ketepikan tangan dari hidungnya. āDo it.ā
Ivy tersenyum dan menggoyangkan
jari jemarinya dengan mulutnya berkumat-kamit membaca mentera. Aura hijau
keluar dari tangannya membuat Louis memejam matanya dengan erat. Berharap magic
tersebut tak cederakan dia lebih teruk. Dia dapat rasakan hidungnya mula rasa
gatal seperti ada bulu pelepah mengusik hidungnya. Dia rasa nak bersin. Dan
selepas ituā¦
*PACK*
āFucking heāarrgghh!!ā Louis
berguling, bertiarap di atas tanah, memegang hidungnya yang sakit. Mengerang
kesakitan yang amat. āKau kata kau takkan sakiti aku!ā
Ivy hanya tersenyum dengan
innocentnya. āAku kata aku takkan cederakan
kau. Bukan sakiti kau. Aku tak janji yang magic ni takkan sakiti kau.ā
Louis mendongak merenung Ivy. āI
hate you.ā
āAwwwā¦. Sweetnya kau.ā Ivy mencuit
pipi Louis dan di tepis oleh Louis membuat Ivy tertawa. āSo, kau kata kau ada
surprise untuk aku. Apa dia?ā
Marah Louis terus hilang bila dia
ingatkan barang di dalam poketnya. āOh ya. Tunggu kejap.ā Dia duduk di depan
Ivy dan keluarkan seutas rantai tersebut. āTaa-daa! Suka tak?ā
Ivy mengambil rantai tersebut
dengan kasar dan melihat Jade kucing tersebut. āEww⦠kucing ni macam kucing
Makcik Godzilla.ā
Louis berdengus. āOh come on Ai,
Tak boleh ke kau berlagak gembira?ā
āNak buat apa? Aku tak cakap pun
aku akan terima rantai ni. Nak buat apa berlagak gembira pulak?ā
Louis mengeluh panjang. Dia
berpaling kearah Majestic yang meringkik seumpama mentertawakan dia. āShut up!ā
Dia kembali memandang Ivy. āKalau macam tu bak sini rantai tu balik.ā Dia nak
ambil rantai tersebut dari tangan Ivy tapi Ivy menghalangnya.
āAku tak juga tak cakap aku tak
sukakan rantai ni. Kau nak buruk siku ke ambil barang yang kau dah bagi kat
aku?ā
āTadi kau kata kau taknak
terimanya.ā
āAku kata aku tak cakap aku
terimanya sebab aku tak cakap lagi. Sekarang aku cakap aku terima rantai ini
walaupun nampak macam kucing makcik Godzillah.ā
āKau mengelirukan aku kadang-kadang
tau tak? suka memanipulasikan ayat.ā
Ivy mengangkat bahu dengan senyuman
tidak bersalah. āDeal with it.ā Dia berikan rantai tersebut pada Louis semula
dan berputar, duduk membelakangkan Louis.
āKau buat apa sekarang? Jangan
cakap kau tak terima pula rantai ni.ā
āPakaikan untuk aku lah. Duh!ā
sahutnya membuat Louis kerutkan hidungnya. āCepat lah, aku nak pakai rantai tu
sekarang.ā Dia mengumpul rambutnya dalam genggamannya untuk menyenangkan Louis
memasangkan rantai tersebut pada lehernya.
Setelah pasangkan rantai tersebut
kepada Ivy. Ivy kembali berdepan dengan Louis untuk Louis melihat bagaimana
rupa Ivy dengan rantai tersebut. āSo, sesuai tak dengan aku?ā
Louis hanya mengangguk kerana
tergamam melihat Jade rantai itu sesuai dengan mata Ivy.
āDude, say something.ā
āH-Happy 15th birthday?ā
Ivy tertawa besar. āLu! Birthday aku
5 bulan akan datang!ā
āHadiah birthday untuk tahun lalu.ā
jawab Louis selamba.
Ivy hanya menggeleng mendengar
alasan Louis. āCheesy. Anyways, aku sukakannya. Thanks Lu.ā
Louis mengangkat bahu dengan
senyuman bangga terpapar pada wajahnya. āDonāt mention it. Lagipun aku memang
nak bagi kat kau.ā
Sepanjang hari mereka hanya
bercerita kosong dan bermain seperti biasa, melepaskan stress masing-masing
dengan senyap. Beginilah cara mereka hilangkan rasa tertekan dalam menjalankan
kerja harian mereka yang makin bertambah setiap tahun. Hanya dengan mereka
berdua bersama dan berbual kosong cukup untuk membuat mereka lupakan dunia
luar. Melepaskan tekanan di dalam diri mereka.
āYa, minggu depan aku dah masuk
private schoolātapi aku mungkin boleh keluar senyap-senyap dari asrama untuk
jumpa kau di sini! Jangan risau!ā
āDan biarkan kau kena tangkap dan
gantung sekolah?ā Ivy menggeleng. āItu kerja aku escape sekolah. Bukan kau.ā
āhey, kau ingatkan lelaki tak boleh
escape ke?ā
āBudak lelaki Enchanted? Tak.
Langsung tak.ā Ivy tertawa melihat Louis terngangah. āRahsia kita dah bertahan
selama 7 tahun. Kau nak lebih dan kau dapatkan apa yang kau nakkanā¦ā Ivy
berhenti seketika. āmasa untuk berhenti Lu. Kau akan masuk Private school dan
aku akan jadi apprentice Ibu aku. Kita mustahil akan berjumpa lagi.ā
ākau jadi apprentice Ibu kau?ā Soal
Louis agak terkejut. āBila?ā
Ivy mengalihkan pandangannya ke
tengah tasik. āMinggu depan. Sama hari kau masuk Private School tu.ā
Louis segera bangun kerana perasaan
marah menggeledak di dalam dirinya. Apa yang dia marahkan sangat dia tak tahu.
Samada sebab Ivy menjadi Apprentice Ibunya yang Ivy sendiri tak suka atau
menjadi Apprentice ibunya pada hari dia masuk sekolah? Kenapa tak setahun
selepas dia masuk Private School? Kenapa dia nak jadi Apprentice Ibunya? Atau
Louis marah sebab persahabatan rahsia mereka telah sampai ke penghujungnya.
āTapi⦠aku tak nak hentikannya. 7
tahun Ivy. Kau⦠kau kawan aku dari kecil. Satu-satunya kawan yang aku percaya
dan aku taknak hilangan kau.ā
Ivy menarik tangan Louis untuk
duduk di sebelahnya semula. āJangan macam ni Lu. Kau sendiri tahu ini mustahil
kan?ā
ātapi kita sentiasa dapat
melakukannya. Selama 7 tahun.ā Louis mencebik sambil memeluk lututnya. Tidak
ingin memandang Ivy.
Ivy mengeluh panjang dan jatuhkan
badannya di atas rumput. Memandang langit biru dan awan yang berarak dengan
perlahan. āLuā¦.ā
āHmm?ā
āBaring sebelah aku.ā Katanya lebih
kepada pujukan dari arahan seperti selalu.
Louis memutar bola matanya dan
baring di sebelah Ivy. āThen what?ā
āKeep quite.ā Marah Ivy dan memejamkan
matanya. menikmati suasana di sekelilingnya.
Louis hanya pandang Ivy seperti
kawan di sebelahnya ini telah berubah warna kulit. āIvy?ā
āShut up.ā
Louis terus menutup mulutnya. Dia
tahu apa Ivy cuba sampaikan. Suruh dia tenangkan diri dan fikir tentang
persahabatan mereka. Sebenarnya dia dah fikir dan dia tahu persahabatan mereka
takkan bawa mereka ke mana-mana. Suatu hari nanti ia akan berakhir juga Cuma
Louis tak nak ia berakhir sekarang.
Dia hanya pandang wajah Ivy dengan
senyap. Memerhatikan setiap sudut wajah perempuan itu. Dia masih ingat kali
pertama mereka jumpa. Betapa jauh beza wajah Ivy semasa kecil dan sekarang.
Dahulu Ivy kelihatan suci dan periang. Suka buat benda yang dia nak. Seperti
perempuan yang bersopan-santun. Agak pemalu. Tapi semakin mereka membesar
bersama. Setiap kali berjumpa dengan Ivy. Perempuan itu makin berubah. Mula
berpakaian serba gelap. Pakai Boot, jaket rock dan jeans koyak-rabak.
Perangainya juga berubah menjadi lebih ganas dan suka bersarkastik. Tambahan
pula make up dia. Louis tak merungut bila Ivy mula pakai make up. Cuma make up
itu menyembunyikan wajah sebenar Ivy. Wajah yang Louis kenal dan tahu.
āAi..ā
āHmm?ā
āMungkin kau betul. Kita patut
akhirkannya.ā
Ivy membuka matanya sebelah untuk
melihat Louis. āYou serious? Kau bersetuju untuk tamatkan persahabatan kita?ā
Louis mengangkat bahu sambil
mencebik. Dia berpaling memandang langit biru. āIa untuk kebaikan kita berdua.
Kau betul. Kita tak boleh bersama. Ia mustahil. Ia kena berakhir sooner or
later.ā
Ivy mengunakan tangannya sebagai
tongkat untuk kepalanya untuk memandang Louis dengan lebih jelas. āSo, kita
jadikan pertemuan terakhir kita ni lebih bermakna.ā Ivy memandang kearah
matahari yang ingin menyentuh pokok dalam hutan tersebut. ātakda banyak masa.ā
Louis mengangguk kecil. āJust a few
minutes.ā
Mereka berdua diamkan diri, tidak
cakap apa-apa kerana tenggelam dengan pemikiran masing-masing. Tidak tahu nak
buat apa dan tidak inginkan ia berakhir begitu sahaja. Ia terlalu cepat untuk
satu jangka masa yang sangat panjang.
Kedua-dua tidak ingin hentikannya.
Mereka taknak hentikan hubungan mereka. Tapi terpaksa. Mereka ingin hentikannya
tapi tidak seperti itu. Ada banyak benda mereka ingin lakukan. Berjanji untuk
buat bersama. Nampaknya mereka tak dapat nak buat semua tu lagi selepas mereka
berpisah.
āLu..ā
āHm?ā Louis berpaling melihat Ivy.
āTutup mata kau.ā Louis menjungkit
kening. āTutup je lah.ā
Louis akur dan menutup matanya.
āThen what?ā
āJust shut your trap.ā Arah Ivy.
ādengar apa yang aku nak cakap sebab aku hanya cakap sekali ni je.ā Katanya.
āAku nak kau tahu aku sayangkan persahabatan kita selama 7 tahun ni. Ia
merbahaya tapi kita sanggup ambil risiko setiap kali kita berjumpa. Ia
berbaloi. Meluangkan masa dengan kau selama 7 tahun ini sangat bermakna bagi
aku.ā Ivy menutup mata Louis bila dia ingin membuka matanya hanya kerana suara
Ivy yang menggeletar. āJangan buka.ā
āIvyā¦.ā Louis memegang tangan Ivy
yang menutup matanya.
āPlease Lu. Buka mata kau bila aku
suruh. Okay?ā
āIvy.ā
āPromise!ā
Louis menghembus nafas panjang dan
mengangguk. āJanji.ā
Louis dapat rasakan Ivy menarik
tangannya semula dari matanya. seperti yang dia janjikan, Louis tidak membuka
mata.
āAku nak buat banyak benda lagi
dengan kau. Tapi itu dah tak mungkin berlaku selepas ni. So, aku nak buat satu
benda ni. Hanya satu perkara yang aku nakkan dari kau. Aku tak tahu apa yang
kau rasakan sebenarnya tapi aku tak kesah. Untuk kali terakhir⦠benarkan aku
untuk buat perkara ni kat kau.ā
Louis hanya menunggu apa yang Ivy
nak buat kat dia. Louis tahu Ivy nak sangat kalahkan Louis dalam perlawanan
mereka. Dia kata dia nak tumbuk Louis sampai lebam. Kalahkan dan mentertawakan
Louis sehingga hatinya puas. Adakah Ivy nak belasah dia semasa matanya tertutup
seperti ini?
Louis hanya mengangguk. Benarkan
Ivy untuk belasah dia. āTapi lepas ni kau kena sembuhkan aku dengan magic kau
okay?ā
Ivy hanya tertawa. Louis dapat
rasakan deruan nafas Ivy pada pipinya. āAku tak rasa magic aku boleh sembuhkan
kau.ā
Kenapa suara Ivy dekat sangat?
Tanpa Louis jangkakan, dia dapat
rasakan benda lembut di tekankan pada bibirnya. Pada mulanya dia agak terkejut
tapi bila dia tahu ia rupanya milik Ivy. Dia kembali relaks dan menerima
kucupan tersebut.
Ia tak lama. hanya beberapa saat
sebelum Ivy menarik diri.
āIvy?ā Louis memanggil bila Ivy tak
cakap apa-apa. āBoleh aku buka mata sekarang?ā
Tiada respon.
Ia membuat Louis rasa cemas dan
segera membuka matanya. duduk dengan tegak untuk melihat sekelilingnya. Mencari
kelibat Ivy.
āIvy?ā
Dia dah pergi.
āIVY?!!ā
Dadanya mula rasa sebak dan matanya
rasa seperti nak terbakar. Dia segera memeluk lututnya dan menyembunykan
mukanya pada celah lutut. Menahan, menyembunyikan rasa sedih yang dia rasa di
dalam hatinya.
Adakah Ivy menyukai dia juga? Dia
perlukan keterangan itu tapi dia takkan pernah jumpa Ivy lagi. Dia dah tiada.
Persoalan tersebut menyakitkan hati Louis. Umpama racun yang membakar
jantungnya. Sumpahan yang memakan dalamannya.
Sumpahan yang tidak boleh
dibatalkan. Tiada magic yang boleh batalkan sumpahan tersebut. Seperti yang Ivy
sendiri katakan;
Magic Ivy pun tak dapat nak
sembuhkan luka di dalam hati Louis.
.
.
āmaafkan
aku. Aku pentingkan diri sendiri. Aku tak patut buat macam tu tapi aku taknak
tinggalkan sebarang penyesalan. Aku tahu kau akan bencikan aku selepas ini. Apa
yang aku nak dari kau hanyalah satu. Bahagia untuk aku. Kalau boleh biarlah aku
hanya menjadi kenangan lama di dalam hidupmu. Hanya cebisan kisah pendek dalam
kehidupanmu. Suatu hari nanti kau akan melupakan aku. Mungkin akan bermusuhan
dengan aku bila kau mula membenciku. Tapi, perasaan ini. perasaan di dalam hati
ini biarlah aku simpan sebagai tanda betapa pentingnya kau bagiku. Yang
mengubah, memberi harapan di dalam kehidupanku.ā ā Ivy
āBagaimana
aku boleh bencikan kau kalau kau telah mencuri hatiku dari mula lagi? Aku yang
pentingkan diri sendiri kerana tidak ingin melepaskan kau dari dulu lagi. Aku
seorang pengecut kerana tidak dapat menghuraikan perasaan aku dekat kau semasa
kita masih bersama. Kalau lah aku lebih berani, yakin yang kau juga mempunyai
perasaan yang serupa, mungkin ini bukan penghujung hubungan rahsia antara kita
berdua. Tapi⦠semua itu telah terlambat. Dan semuanya menjadi sebuah kenangan
di dalam kehidupan. Sebuah kenangan yang indah namun pada masa yang sama sangat
pahit. ā Louis
Comments
Post a Comment