FDO: Bab 13
87th Floor, Mont Blanc. 25 May 2025,
HDe’O’s House
Medeis baring
diatas sofa sambil memandang siling ruang tamu yang membosankan. Hades’ pula
mengemas kini Akaunnya. Scy pula bertiarap di lantai dengan surat khabar
sebagai sumbe bacaan.
Mereka bertiga
kebosanan tahap gaban entah apa mereka nak buat sekarang. Setelah kematian
Accel, mereka hidup kucar-kacir. Rasa bersalah dan hampa bercampur aduk dalam
hati mereka.
Hades’ pernah
mengambil keputusan untuk bergerak solo seperti Accel tapi dihalang oleh Scy.
Sebab Scy ingin memenuhi hasrat terakhir Accel iaitu membuat kumpulan. Walaupun
Accel sudah tiada, Scy tetap nak teruskannya. Itu sahaja yang mereka boleh buat
untuk Accel setelah apa yang Accel lakukan kepada mereka.
“So, ada cerita
baru?” Medeis bersuara memecahkan kesunyian.
Scy menggeleng,
dia berputar baring sambil membaca surat khabar itu. “Seperti biasa, penghinaan Beater.”
“Chis, nasib
baik pembuat berita ni NPC. Kalau tak, dah lama aku bunuh si sengal tu!” Hades
swipe close Akaunnya dan merebahkan dirinya di sofa. “semuanya dah berubah.”
Mereka bertiga
mengeluh serentak. Ya, semuanya dah berubah semenjak Accel mati. Tiada lagi
gelak ketawa, tiada lagi muka kuat mencebik, muka merah tahap gaban, muka yang
mereka suka usik setiap masa. Toshiro yang penyayang dan peramah menjadi dingin
dan sangat serius. Toshiro sudah jarang mereka temu sebab dia sering keluar
untuk naik level. Black Worrior tumpukan perhatian pada kekuatannya sahaja. Lebih tinggi level mereka, bebih kuat mereka jadi dan boleh keluar dari
permainan maut itu.
Akira pula
memantau gerak-geri Toshiro di luar sana sebab takut. Orang Heartbroken boleh
buat apa sahaja. Termasuk melakukan sesuatu lain dari personality mereka;
Membunuh pemain lain. Walaupun Akira juga Heart broken, dia masih boleh
mengawal perasaannya kerana dia tahu apa perasaan seorang wanita jika lihat
lelaki yang mereka sayangi hilang kawalan seperti Toshiro. Akira tahu sebab
dia… bukan Pondan tapi kehidupannya penuh dengan perempuan. Bukan playboy! Dia
seorang designer baju avatar dan keluarganya hanya ada mamanya dan kakaknya.
Dari umur lima tahun hingga sekarang, orang yang ada dalam hidupnya ialah dua
ahli keluarganya yang tercinta.
“Hades, Jom
keluar. Hirup udara segar sekali sekala. Medeis, nak join in?” Scy bertiarap
semula dengan tangan menyokong dagunya memandang dua rakannya terlantar di sofa
seperti mayat hidup.
Hades bangun dan
mengangguk. “Cyril, bangun… kami nak jalan.” Naganya yang tidur di coffee table
bangun dan terbang dalam dakapan Hades sebelum dia terlena balik. “Senangnya
hidup kau.
Medeis turut
bangun memandang mereka berdua. “Boleh ke aku keluar? Ada dua pakguard kita di
luar tu.”
“Boleh
lah…. Kami ada untuk ‘jaga’ kau.” Hades
menarik sengih.
“Sejak aku jadi
buruan, Highlifth kawal aku cam banduan. Tak guna, Patut ke aku salahkan
Accel?” Soal Medeis. “Tak….” Jawabnya sendiri. “Anyways, Jom pergi. Aku nak
relaxkan minda aku ni.”
Mereka bertiga
terus bergerak keluar dari rumah dan seperti yang di jangka dua pahlawan Royal
Blood sedang menjaga di luar rumah.
Scy mendekati
mereka. “Yo! Kami bertiga nak keluar beli barang dapur.”
Mereka
mengangguk. “Kami akan menjaga keselamatan kamu-”
“Tak perlu.”
Hades menegas. “korang yang tak boleh kalahkan kami nak jaga kami? Tak perlu
susah susah. Jaga rumah.” Dia terus
berjalan dan diekori oleh Medeis dan Scy. Dua pengawal itu hanya duduk diam
tanpa membantah. Siapa tak takutkan Hades? Nampak namalah. Maksud hades ialah
King of the underworld. Kau nak jadi penghuni seterusnya di underworld ke??
Setelah jauh
dari dua pengawal itu, Medeis dan Scy tertawa kecil manakala Hades tersenyum
bangga.
“Hebatlah
Had-Had~~!” puji Scy memeluk Hades.
“Heh… tentulah.”
Katanya dengan bangga.
Medeis tertawa.
“Kalau cam ni, taklah aku rasa terkurung sikit. Thanks Hades.”
Hades mengenyit
mata kepada Medeis. “What friends are for right?”
Scy dan Medeis
mengangguk lemah. Ya, apa gunanya kawan kalau tak saling bantu-membantu? Tapi,
mereka layak ke jadi kawan kepada Accel? Bantu dia….
“AZUSA!!!”
Mereka bertiga
tersentak dan memandang kearah suara yang nyaring itu. Mata Medeis terbeliak
besar melihat empat orang pemain yang sudah lama dia tak jumpa.
“APA??” soal
Azusa sakit hati. “Aku dah bawa korang di sini kan? Apa lagi? Aku nak jalan dah
ni.” Azusa memandang mereka berempat. Di tenung wajah mereka satu per satu.
“Ala…. Tolonglah
kami..” pujuk Luciey.
Azusa menggeleng
tapi gelengannya terhenti apabila dia Nampak tiga orang perempuan sedang
memerhatikannya. Seperti, Jantungnya telah berhenti buat seketika.
Ai dapat baca
perasaan Azusa dan memandang kearah mana pesakitnya pandang. “HDe’O!!!”
jeritnya dengan riang. DIa berlari kearah mereka bertiga dengan senyuman
gembira. “Yeah! Tak sangka dapat jumpa dengan HDe’O di sini. Sekarang, pada
waktu ni!!”
Loky dan yang
lain memandang kearah mereka tapi tumpukan perhatian pada Medeis. Inilah
saat-saat yang paling mereka tunggu-tunggu. Berjumpa dengan Medeis dan minta
maaf. Persoalan sekarang ialah, bagaimana?
Loky? Apa dia
buat di sini? Siapa perempuan tu dan budak ni?
Desis hati Medeis terkejut. Medeis berasa gembira dan risau pada masa
yang sama. Dia gembira berjumpa dengan Loky dan yang lain tapi risau kerana
kalau mereka masih belum terima dia dan apa hubungan mereka dengan perempuan
serba hitam itu.
Azusa memandang
Medeis dan Loky saling berpandangan dan takda seorang pun nak bertindak. Dia
mengeluh sendiri. Dia swipe open akaunnya dan keluarkan twin stone. Satu di
berikan kepada Loky dan satu lagi di beri kepada Medeis.
Medeis mengambil
batu itu dengan penuh persoalan. “Apa ni?”
Azusa memeluk
tubuh. “Kau pengawal. Fikir tempat yang paling kau suka sekarang.”
Medeis tambah
blur. “Sekarang?” time genting cam ni?
“Ya, SEKARANG!
Nak aku ejakan sekarang untuk kau ke?” soal Azusa dengan tegas.
Mereka semua
terkejut melihat tingkah lagi Azusa yang ganas. Ai hanya menggeleng melihat
cara Azusa menyelesaikan masalah. Azusa… Azusa… kau memang licik desis hatinya.
Medeis hanya
memandang batu tersebut dan fikirkan tempat yang dia suka dalam permainan itu
dan POOF!! Loky dan Medeis lenyap di depan mata mereka.
“MEDEIS!!” jerit
mereka semua terkejut termasuk Ai dan kecuali Azusa membuat muka slamber.
Scy terus
mengacuhkan snipernya kearah muka Azusa yang tidak memberi sebarang riaksi
dengan tindakan Scy. “Apa kau buat pada Medeis?”
“Cinta jarak
jauh.”
Hades dan Scy
blur. “Apa?”
Azusa menepis
senapang Scy. “They both need to ‘talk’. Faham maksud aku kan? ‘talk’ pasal
ini.” Azusa menunjukkan dadanya. Hati, maksudnya perasaan.
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
73rd Floor, Nera Castle. Accel’s house.
Medeis dan Loky
muncul didalam salahs satu bilik dalam istana Accel. Mereka saling berpandangan
dengan Twin Stone masih dalam genggaman mereka.
Apa dah
jadi???!!!! Kenapa aku tetiba sampai di sini dengan loky? Fungsi Twin stone ni
untuk hantar si pemegang twin stone ni ke suatu tempat serentak ke?? Kalau ya…
kenapa dengan Loky? Aku belum sedia nak jumpa dengan dia, aku tak tahu apa nak
cakap dengan dia aku perlu buat apa sekaran?? Desis hatinya mula gemuruh.
Apa patut aku
cakap dengan Medeis? Aku dah bertekad jumpa Medeis tapi apa aku nak cakap
dengan dia? Ada banyak perkara tapi dari mana aku nak mula? Desis hati Loky
memandang wajah Medeis. Dah setahun lebih aku tak jumpa dia dan dia kelihatan
seperti Medeis yang sama seperti tahun lalu desis hatinya lagi.
“Medeis…” Loky
akhirnya bersuara dahulu. “Kau okay?”
Muka Medeis naik
merah. Dia akhirnya dapat dengar suara Loky, kenapa jantungnya berdegup tetiba
ni? Riaksi gemuruh ke atau perasaan satu lagi yang Medeis belum perasan? “Y-Ya,
aku ok…”
Loky tersenyum nipis.
“Baguslah. Aku gembira dengar tu. Medeis…”
Muka Witch itu
tambah merah hanya disebabkan namanya disebut. “Y-Ya…”
Loky tertawa
kecil. “Kenapa kau gemuruh?”
Mata Medeis
terbeliak. “Apa taknya gemuruh? Kalau kau di tempat aku, tentu kau rasa cam
mana jantungku berdegup dengan laju cam oket ke bulan tanpa sebab. Lututku
bergetar cam baru je lari marathon 15km. dengar kau sebut nama aku dah buat aku
nak peng-” Medeis segera menutup mulutnya apabila dia sedar apa yang dia cakap.
Loky pula
terkejut. “Ap-Apa? Aku buat jantung kau berdegup laju?” soalnya balik. Dia
mendekati Medeis tapi Medeis mengambil langkah kebelakang.
“Bu-Bukan itu
maksud aku!” jeritnya gabra. “Bu-bukan itu.. kenapa kau datang dekat???”
Loky tertawa dan
memeluk Medeis. Membuat Medeis terkejut ditambah dengan muka merah padam. “Pervert!! Apa kau buat ni?!”
“nak tahu apa
maksudnya tu?” Soal Loky dengan senyuman. Medeis menolak Loky minta untuk di
lepaskan tapi Loky enggan malah mengeratkan pelukannya.
“Ap-Apa
maksudnya?”
“Kau-Cintakan-Aku.”
Katanya sebutir-sebutir
“WHAT!!!!!”
“Aduh, boleh tak
jangan jerit di telinga aku?” Loky
tertawa. “Aku nak balas cinta kau. I-Love-U-Too.”
Muka Medeis naik
merah. Dia akan kena Strok Haba kalau berterusan darah naik ke kepala. “Baka…
Loky no Baka!”
Loky merenggangkan
pelukannya dan memandang wajah wanita yang dia cintai selama ini. “Yeah, Aku
bodoh. Maafkan aku?”
Medeis mengeluh
dan memijak Kaki Loky. “OUCH!!!” Loky terus melepaskan pelukannya dan memegang
kakiya yang sakit. Dia mendongak memandang Medeis, marah. “APa kess??”
Medeis bercekak
pinggang memandang Loky dengan wajah marah. “Aku takkan maafkan kau! TAK AKAN.
Ingat tu.” Dia duduk berlutut di hadapan Loky. “Tapi…. Errmmmm…..” Dia mencium
pipi Loky. “I love you.”
Senyuman Loky
terukir lebar di wajahnya. “Nak tahu sesuatu?” Medeis mengangguk. Loky terus
mengucup Medeis di bibir. “Itu cara yang betul nak luahkan perasaan and I love
you too…”
<><><><><><><><><><><><>
“Really!!!”
Azusa mengangguk
dengan senyuman sinisnya. “Nampaknya korang ada subjek untuk main dengan couple
baru korang tu.” Azusa menjungkit kening kepada mereka semua.
Apa dah jadi kat
sini? Azusa tengah explainkan rancangannya menggunakan Twin Stone dengan Loky
dan Medeis. Mereka perluka private place untuk berbincang dan private place tu
kenalah tempat yang tenang dan selesa.
Nampaknya, Plan Azusa dah pastinya 50% Berjaya dan 50% lagi terpulang pada Loky
apa yang dia akan lakukan. Tapi, Azusa tahu yang Loky akan Berjaya.
Hades dan Scy
tersenyum lebar dan mereka ber’hih Five. “Yeah!!”
Luciey dan Ai
bertepuk tangan teruja mendengar berita tersebut. Ini ialah berita yang
tersangat gembira bagi mereka. Sangat-SANGAT gembira!!!
Neon tertawa,
Nampaknya lelaki matang mereka betul-betul malang. Dapat couple cam Medeis,
doakan je lah yang Loky selamat dari cengkaman maut Medeis lepas ni. Enddy pula
hanya minum minumannya tanpa banyak bersuara. Dalam fikirannya ialah kenapa
Azusa orang yang tak mahu tolong mereka akhirnya menolong? Sebab apa?
Azusa hanya menggeleng
melihat gelagat mereka dan tersenyum nipis. Mungkin mereka takkan Berjaya
satukan mereka kalau Dia tiada di situ, nampaknya berguna juga dia kan? Mata
Azusa tertumpa pada arah lain dan menarik sengih. “New Couple dah sampai.”
Mereka terus
memandang kearah Medeis dan Loky yang baru sampai. Dan tersenyum lebar.
“Omedeto!!!”
Muka meeka terus
merah naik malu. Azusa pula terus tak ambil kisah. Nampaknya misinya dah
selesai di sini.
Ai perasan wajah
pesakit di sebelahnya dan mendekati telianga Azusa. “Nak selesaikan masalah?”
Azusa memandang
wajah Ai yang buat muka Innocent. “Kau tahu semuanya kan?” Ai mengangguk
membuat Azusa menarik sengih. Mungkin dia akan selesaikan masalahnya tapi bukan
sekarang.
Comments
Post a Comment