NCK: Bab 10 -End-


Toshiro bangun dari tidurnya dengan pertolongan jam penggera yang dia takkan sangka dia akan beli hanya kerana dia kena ulang sekolah selama setahun untuk graduate. Dia meraba nightstand tepi katilnya dan matikan jam penggeranya dari menjerit.

Dia membuka mata dan berdengus. Ini hari ialah hari ke 32 dia ke sekolah dan ada lagi 333 hari sebelum graduate. Ugghh…. Dia benci sekolah, sebab tu dia main FDO, untuk lari dari sekolah tapi… seperti orang selalu kata, kita tak boleh lari dari kenyataan.

I hate you reality…..

Dia melompat bangun dari katilnya dan bergerak masuk kedalam bilik air.

Usai mengenakan uniform sekolah, dia menjejak keluar dari rumahnya, melompat naik motorsikal kesyangannya dan tunggang ke Sekolah.

Satu lagi hari untuk dia menunggu Accel bangun dari tidurnya, kalau dalam sebuah buku cerita dongeng, untuk bangunkan puteri yang tidur perlukan satu kucupan di bibir oleh seorang putera tapi malangnya, Accel bukanlah seorang puteri tapi permaisuri dan Toshiro bukannya Putera atau raja. Dia seorang warrior, Pahlawan, satria seperti Akira, Cuma lebih handal dan kuat. Dia seorang Hero.

Sebaik sahaja dia tiba di sekolah terdapat sekumpulan perempuan menjerit nama dan mengelilinginya. Ini perkara kedua yang Toshiro tak suka pasal sekolah. Dia di kenali sebagai Black Warrior, Hero FDO dan juga NCK. Dia dihormati dan juga dijanjungi oleh semua pelajar dalam sekolah itu, termasuk juga guru-guru.

Hari pertama dia masuk kesekolah, dia dapat tahu yang dia sudah ada fan club sendiri yang di bina oleh pelajar sekolah itu. Dari sini Toshiro dah tahu hari sekolahnya tidak seperti biasa seperti 2 tahun lalu. Sederhana dan simple. Dia rasa dirinya seperti seorang artis, bintang J-pop tapi masalahnya dia tak suka popularity ni!!

Toshiro menarik nafas dalam bersedia untuk menengking kepada para peminatnya. “Tol—”

“BERSURAI SEMUA!!”

Mereka semua memandang kearah perempuan yang menjerit seperti satu choir dan fan girl itu terus jauhkan diri dari Toshiro.

Hades, Medeis dan Scy berdiri sambil memeluk tubuh melihat perempuan-perempuan yang tak tahu malu.

“Tolong jaga maruah perempuan sikit!” sahut Medeis melontarkan renungan mautnya kearah pelajar perempuan.

Scy mengangguk. “Aku tahu yang Toshiro tu handsome, macho, hero dan—aku ada cakap handsome kan?—okay, tapi dia juga perlu kan privasi. Korang tak Nampak ke betapa tak selesanya Black Warrior bila korang kerumun dia cam tu?”

Hades pula tidak banyak bersuara, hanya lontarkan renungan mautnya kepada setiap satu pelajar perempuan. “Pergi” tanpa banyak songeh mereka terus melarikan diri sebelum Hades mula berceramah. Dia tak berceramah guna mulut, dia guna tangan, kaki dan kepala. Kepala bukan bermaksud gunakan otak tapi tanduk guna kepala.

“Thanks korang.” Kata Toshiro lega. Nasib baik tiga perempuan ni ada kalau tak, ada karang dia jadi ikan sardine dalam tin.

Mereka tersenyum bangga. “No Problem.”

“Big Problem.”

Hades merasakan sepasang tangan memeluknya dari belakang membuat dia naik merah tahap gaban. “A-Akira?”

Akira mencium pipi Hades membuat yang lain tertawa. Akira murung. “Sampai bila kau nak bela Toshiro huh? Boyfriend kau sendiri kau tak hiraukan? Cam mana kalau aku di bawa lari oleh peminatku?”

Hades menutup mukanya dengan satu tangan cuba menyembunyikan mukanya. Dia rasa malu sebab Akira buat public lovey-dovey depan kawannya, tambahan pula dia juga rasa gembira secara senyap kerana Akira akhirnya jadi miliknya.

Mereka couple setelah urusan mahkamah dan hukuman Izumi telah di jatuhkan. Cara Akira ajak Hades keluar ialah perkara yang tidak boleh Hades lupakan.

Dia berdiri di depan pintu dewan mahkamah bersama mereka berdepan dengan para wartawan dan luahkan perasaannya kepada Hades. Dia masih ingat ayat yang Akira katakana padanya.

“Aku tahu yang kau selalu panggil aku pondan dan sangat… sangat bencikan aku dan mungkin kau akan tumbuk aku hingga aku terlentar di atas katil hospital selama sebulan lebih tapi…. Aku tak kisah kerana aku nak beritahu kau sesuatu.” Katanya membuat Hades blur untuk sementara. “Aku panggil kau Unkown spicies sebab kau lain dari perempuan lain. Kau saja yang buat aku naik gila dan tak tenang sebab kau sentiasa ada dalam mindaku, tiada perempuan boleh buat aku cam tu. kau ialah Unkown spicies yang sangat istimewa bagiku.” Ayat tu buat Hades naik merah dan memandang wartawan yang mula mengambil gambar. Hades ada suruh dia diam tapi Akira tetap teruskan.

“Aku kata kau macam wanita zaman neolitik kerana..” Akira tertawa kecil. “Kau tahu kan wanita dulu-dulu semuanya seksi?” Ini buat semua oran kata ‘Ooooooo….’ Dan buat Hades naik malu. “Aku pernah kata kau ni seperti binatan buas dalam hutan safari, itu kerana you are one wild girl. Satu-satunya perempuan yang buat aku angau setiap malam, kau selalu berlegar-legar dalam mindaku sehingga aku tak dapat tidur!” Akira menarik nafas dalam sebelum menyambung, di sini Hades rasa dah nak pengsan. “Aku juga kata kau ialah most wanted Criminal kerana kau telah mencuri hatiku.”

Hades berdehem teringatkan apa yang berlaku setelah ayat tu. Dia rasa perkara tu tak perlu di ceritakan sebab ia memalukan. Biarlah ia jadi rahsia(walaupun satu dunia dah tahu).

“a-Aku tahu yang peminat kau takkan dekati kau sebab mereka takutkan aku.” Dia tersenyum bangga. “Dan aku tahu kau takkan curang dengan aku, kan?”

Akira tertawa kecil. “Yup, never.”

“Awww…. Sweetnya korang.” Sahut Scy cemburu. “Kalau Yuki di benarkan sekolah dengan kita kan bagus, dah tentu aku berlovey-dovey cam korang.”

Toshiro menepuk bahu Scy. “Kita sama.”

Scy mendongak memandang Toshiro yang lebih tinggi darinya dan berikan senyuman simpati. Dia faham perasaan Toshiro sekarang ni, tentu dia rindukan Accel dan sabar menunggu Accel bangun dari tidurnya.

“Alright-alright…. Kita kena masuk kelas sebelum loceng berbunyi, tak nak pelajar contoh cam kita ni lambat pula kan?” Medeis bergerak masuk sambil menarik tangan Scy dan Toshiro, dia tak nak ber’emosi Jiwang karat sekarang, dia tak nak fikirkan perkara sedih. Mereka mesti tersenyum setiap masa untuk elakkan fikiran negative menguasai minda mereka.

><><><><>< 

Yuki melihat jam tangannya sambil menunggu di depan pintu rumah. Ini hari dia mengambil cuti sekolah kerana ada urusan penting yang dia perlu laksanakan. Masalahnya, orang yang berkaitan dengan urusan penting ini belum turun-turun lagi.

“Uggh… baru aku tahu kenapa aku jauhkan dari dia.” Katanya berbisik. “Tapi, sekarang dia kurang menyakitkan hati.” Dia tersenyum kecil, dulu orang yang Yuki tunggu sekarang suka berceloteh tanpa henti dan selalu mengomel tentang semua perkara yang dia buat, oh not to mention kuat mengarah. Tapi sekarang, dia hanya ada buku kecil dengan marker pen dalam tangan untuk bercakap. Happynya dia sebab tak dengar jeritan pagi dari orang tu.

Dia dengar seseorang berdehem dan segera berputar memandang perempuan beruniform sekolah, dengan beg belakangnya. Dalam tangannya ada buku kecil dengan marker pen. “Akhirnya….. Jom pergi.” Dia menganggam tangan perempuan itu dan masuk kedalam kereta dengan berhati-hati.

Walaupun Yuki kekadang sakit hati dengan perempuan ni, dia tetap kena jaga kesihatannya kerana dia masih dalam proses baik pulih.

Sebaik sahaja mereka masuk kedalam Limo, perempuan itu menulis sesuatu dalam bukunya dan beri Yuki baca.

Yuki tersenyum. “Jangan risau, aku tolong nanti.”

Perempuan itu tersenyum dan memeluk Yuki.

><><><><>< 

Toshiro sedang perhatikan gurunya mengajar dengan kebosanan tahap dewa. Dia sendiri tak tahu apa yang gurunya sendang sampaikan kepada mereka. Dia rasa dia nak tertidur je mendengar gurunya mengajar, ia umpama sebuah lagu lullaby baginya.

Gosh… bila loceng nak berdering ni?

Seperti ada orang sedang mendengar Doa Toshiro, jam loceng bordering menandakan waktu rehat telah tiba. Dengan segera Toshiro melangkah keluar ke kantin untuk membeli makanan dan seperti biasa terserempak dengan rakan-rakannya.

“Makan dengan kami kali ni?”soal Akira bila Toshiro berhenti di depan mereka.

Toshiro menggeleng. “Tak. Bukan hari ni. mungkin lain kali, jumpa korang nanti balik okay. Bye.”

Mereka hanya melihat Toshiro bergerak pergi dengan sebotol jus oren dan sebungkus sandwitch di tangan kirinya manakala di sebelah tangannya pula buku nota yang mereka tak pernah tahu untuk subjek apa.

“Dia menyendiri selama 4 hari dah ni. kau rasa dia okay ke?” Soal Loky risau.

Yang lain mengangkat bahu kecuali Hades. Walaupun dia paling lasak, dia orang yang memahami perasaan kawan-kawannya. “Dia rindukan Accel.”

><><><><>< 

“Kakak tunggu di sini. Biar aku masuk dan bercakap dengan pengetua, okay?”

Accel mengangguk tanpa bersuara.

Yuki tersenyum dan masuk kedalam bilik pengetua meninggalkan Accel duduk depan bilik pengtua. Dia mengeluh kerana dia tak berupaya untuk bersuara. Sekurang-kurangnya belum lagi.

Dia sedarkan diri dari tidurnya 2 minggu lalu dan dapat berita buruk dari doctor yang keadaan badan Accel sangat lemah dan keupayaan untuk bergerak dan bercakap telah hilang. Ini kerana badannya tidak berfungsi selama 2 tahun lebih. Ototnya tidak dapat beroperasi seperti selalu menyebabkan dia tidak boleh gerakkan tangan dan kakinya. Dia juga tidak boleh bercakap kerana otot mulutnya yang lemah.

Doktor kata Accel mempunyai harapan untuk sembuh seperti sedia kala kalau dia menjalani terapi gerakkan badan dan juga bercakap setiap hari. Tanpa banyak Fikir, Accel bersetuju dan menjalani terapi pertamanya iaitu berjalan.

Yuki ingin beritahu yang lain tapi Accel menghalangnya. Dia tak nak mereka Nampak dia seperti itu, lemah dan tak bermaya. Dia nak beri kejutan kepada mereka bila dia masuk sekolah nanti. Orang pertama dia nak jumpa ialah… tak lain dan tak bukan, Toshiro.

Walaupun dia dah boleh berjalan, dia tidak boleh berdiri lama sangat dan masih perlukan banyak rehat. Doktor sendiri mengatakan yang Accel belum bersedia untuk ke sekolah tapi siapa tak kenal Accel? Dia akan buat juga walaupun dunia melarangnya.

Pintu bili pengetua terbuka dan Yuki memandang kakaknya dengan senyuman. “Pengetua nak jumpa kakak.” Katanya dan membantu Accel bangun dengan perlahan dan bukakan pintu untuknya.

><><><><>< 

Toshiro duduk di bawah sebuah pohon rendang di tepi padang sekolah. Di situlah tempat yan dia suka, ia sunyi dan aman. Sejuk dan menenangkan. Semua ini membuatkan dia teringatkan pada Accel. Senyuman Accel. Ia buat dia rasa tenang dan aman melihat senyumannya dan sejuk hati memandang.

Dia tersenyum sendiri bila teringatkan pelbagai jenis riak wajah Accel yang dia pernah lihat.. Dia pernah buat Accel marah, ketawa, merajuk, murung, sakit hati, malu, blushing, terkejut, dan paling dia suka tidur. Wajahnya Nampak tenang dan suci bila dia tidur. Ia buat Toshiro gembira Nampak Accel tidur dengan lena.
Dia membuka buku nota yang selalu dia bawa dan mula menulis sesuatu..

29 May 2026….

Sehari lagi untuk merindui si dia… seperti biasa aku berada di bawa pohon bersendirian terkenangkan si dia yang masih lagi tidur dengan lena. Walaupun aku suka melihat wajah tidurnya, aku juga terseksa menunggu. Aku cuba bersabar kerana aku yakin Accel akan bangun dan kembali dalam dakapan ku…

Aku mungkin kedengaran cliché tapi siapa boleh halang cinta? Aku rindukan pelukannya, rindukan senyumannya, gelak tawanya, ciumannya, bau manis rambutnya.. aku rindukan setiap satu tentang dirinya…..

Aku tak tahu mengapa keluarga Accel melarang kami melawat Accel, dan ini buat aku risau, adakah Accel akan okay? Adakah dia akan bangun? Aku tetap dapat tahu tentang keadaan Accel dari Yuki, dia kata Accel baik seperti biasa, degupan jantungnya stabil dari biasa dan jangkaan Doktor yang dia akan bangun tak lama lagi. Aku harap dia akan bangun secepat yang mungkin dan meluangkan masa dengannya sekali lagi. mengutip semula masa-masa yang telah tertinggal dulu…

Ini hari, aku berharap sekali lagi Accel akan membuka mata dan kembali tersenyum….

Toshiro menutup notanya dan letakkan di sisi. Dia menyandar pada pohon tersebut sambil merenung jauh dengan pemikirannya tetap melekat pada Accel. Dia berharap Accel akan membuka mata dan tersenyum semula…

><><><>< 

“Baiklah Cik Minamoto, saya tak sangka yang Beater masih lagi hidup.” Katanya dengan senyuman gembira. “Saya tak tahu apa saya nak katakan. Seorang penyelamat yang telah di sangkakan sudah tiada berada di depan mata. Apa pelajar lain akan fikir?”

Accel hanya tersenyum dan menulis sesuatu. Dia tunjukkan kepada Pengetua.

Mungkin tak terkata bila mereka tahu saya tak boleh bercakap… :9

Pengetua tertawa kecil. “Mungkin, tapi kawan-kawan kamu yang tolong kamu ‘bercakap’ kan?”

Accel teringatkan Medeis dan yang lain dan mengangguk. Mereka mesti akan menolong dia.

“Baiklah Encik Minamoto. Saya telah uruskan jadual Cik Minamoto supaya dia tidak terlalu penat dan di kecualikan dalam subjek P.E dan juga aktiviti luar, serta kokum. Kamu boleh ambil Jadual sekolah kamu dengan kerani di luar dan Cik Minamoto boleh masuk ke dalam kelas.”

Mereka berdua mengangguk. Yuki berdiri dahulu untuk menolong Accel bangun dan mereka berdua tunduk hormat.

“Terima kasih.” Kata Yuki dan dua beradik ini berjala keluar dari bilik tersebut.

Pengetua sekolah melihat pintu biliknya tertutup dan tersenyum gembira. Dia doakan Accel cepat sembuh dan bersemangat seperti di dalam permainan FDO.

Accel teringat sesuatu tentang pengetua sekolah dan menulis sesuatu pada notanya dan berikan kepada Yuki.

“Kau pernah Nampak dia?”

Accel mengangguk. Dia tulis sekali lagi.

Tak silap aku dalam permainan FDO, tapi aku lupa siapa namanya.

Yuki menjungkit kening. “Percayalah kak, aku pasti semua orang dalam sekolah ni kau pernah Nampak sebab sekolah ni di khaskan untuk Pemain FDO.” Katanya dengan senyuman nakal.

Dia memukul bahu Yuki, menyatakan dia tak main-main.

“Okay-okay… aduh…” dia mengusap bahunya yang sakit. “Betul ke Doktor kata Kakak belum sembuh sepenuhnya? Pukulan cam kena renjat elektrik.”

Accel mengangkat tangannya memberi amaran dan Yuki segera mengangkat tangan menyerah kalah. “Sorry-sorry…”

Yuki tertawa kecil melihat kakaknya mengetap bibir kerana mulutnya gatal nak menjerit. “Jangan nak paksa mulut tu.  nak parmenant silent ke?”Accel menggeleng. “Good, jom—”

Ayat Yuki terhenti bila loceng sekolah berdering seketika.

“—Oh, waktu rehat dah habis.” Dia bergerak ke meja kerani dan mengambil jadual dan kunci locker kakaknya. Setelah itu, dia kembali ke sisi Accel. “ Ini jadual kelas, dan kunci locker. Nombor 270. Kakak nak kita round-round sekolah ke?”

Accel mengangguk dan menulis sesuatu. Yuki segera membacanya dan tersenyum. “Ok. Tapi kakak kena tunggu di loby sementara aku cari mereka. Kakak okay kan?”

Accel menjadi murun dan mengangguk perlahan. Kekadang dia tak suka juga tak dapat bergerak kemana-mana kerana stamina yang lemah.

Yuki membawa Accel ke kerusi yang terdapat di lobi sekolah dan bergerak pergi setelah memastikan yang kakaknya betul-betul okay dan tidak bergerak. Dia kenal kakaknya ni, kalau dia bosan dah tentu dia mula berkeliaran, seperti di hospital. dia buat jururawat cemas bila Accel tidak balik-balik ke biliknya dan buat semua staff dalam hospital tu cari dia. Rupa-rupanya dia berada di dalam tandas perempuan kerana dah tak larat nak bangun. Di sebabkan dia tidak boleh bersuara, dia hanya tunggu hingga orang datang mencarinya. Siapa tak risaukan kakak sendiri kan? Walaupun dia menyusahkan dan menyakitkan hati. Tapi tetap di 
sayang.

Accel menunggu adiknya dengan senyap sambil memandang laman sekolah yang agak luas. Matanya mula berat kerana bosan tahap gaban. Dia berjanji yang dia takkan bergerak dari tempat tu tapi dia nak juga bergerak ke tempat lain.

Kalau sekitar sini tak salah kan?

Accel tersenyum sendiri dan cuba bangun dengan sendirinya. Dia tahu yang dia boleh bangun sendiri Cuma Yuki yang risaukan sangat pasal dia. Doktor sendiri kata dia perlu kerap berjalan untuk kembalikan kekuatan ototnya. Tapi taaaaaak… Yuki terlalu risaukan dia. Tadi pagi hampir Yuki suruh dia pakai kerusi roda atau tongkat. Apa? Ingatkan dia ni nenek-nenek ke?

Dia mula berjalan ‘sekeliling’ kawasan yang dia patut berada. Persoalannya sekarang, kenapa depan sekolah ada padang bola? Bukannya itu di belakang sekolah ke?

Accel tak kisah sangat pasal semua tu dan terus memerhatikan sekolahnya. Dia tak sangka yang dia akan kembali ke dunia reality dan akan menjalani hari persekolahan dengan rakan-rakannya. Dulu semasa dia di junior high school, dia selalunya budak pendiam dan tak banyak kawan, mungkin dia di sekolah ni lain sikit. Sikit je lain sebab dia masih belum boleh bercakap. Tetap di panggil pendiam kan? Tapi dia ada kawan, banyak kawan yang sentiasa bersamanya melalui saat susah dan senang.

Accel mula rasa penat dan segera memandang sekeliling kalau ada tempat dia boleh berehat sebentar. Dia ternampak pohon rendang di tepi padang bola dan mengumpul tenaganya yang tinggal ke tempat itu.

Bila dia tiba di pohon itu, dia terus melabuhkan punggung dan menyandar pada batang pohon itu. Dia menghirup nafas dalam menikmati suasana tenang.

It’s Official! Dia akan lepak di tempat ni time rehat.

Dia mendongak memandang dahan-dahan pokok. Terdetik di hatinya nak panjat pokok ni dan menjerit sekuat hatinya, memanggil nama Toshiro suruh dia datang cari dia di tempat tu dan berikan kejutan besar.

Tapi….

Tak guna punya badan! Kenapa kau tak pandai bekerja sama hah! Aku nak panjat tapi kalau aku jatuh cam mana? Tentu Yuki mengomel kat telingaku tanpa henti sepanjang minggu! Selalunya aku buat cam tu kat dia tapi…. Uggghhh!!!!

Accel menumbuk tanah sekuat hatinya, matanya terbeliak bulat dan matanya mula berkaca.

Ouch…. Ow-ow-ow…. Tanganku tak sekuat dulu…

Dia menggosok dan meniup penumbuknya berharap sakitnya akan hilang. Bila kesakitan itu mula redah, dia terus relakskan dirinya pada pokok itu.

Dia pasti sekarang ni dah tentu Yuki mula cemas dan mencari dia satu sekolah bersama yang lain. Dia minta Yuki untuk panggil yang lain supaya dia boleh round-round sekolah dengan mereka. Dia rindukan kawan-kawannya.

Accel baru teringatkan sesuatu. Kalau dia tunggu di lobby, dah tentu dia terus jumpa Toshiro kan? Tak perlu tunggu mereka cari dia kan?

Accel menghentak kepalanya pada pokok dengan perlahan. Bodohnya dia…. Sekarang dia kena tunggu sehinga salah satu dari mereka jumpa dia, semasa dia terperangkap dalam tandas perempuan, nak hampir sejam lebih baru mereka jumpa dia.

So, dia kena tunggu lebih kurang sejam sebelum mereka jumpa dia? Oh great… just great!

Accel terkejut bila dia dengar sesuatu dar sebalik pohon yang dia sandar.

Bunyi apa tu? setahu dia semua pelajar dah masuk kelas beberapa minit yang lalu. Sekali lagi dia terdengar bunyi yang sama.

Sekolah ni benarkan haiwan perliharaan masuk sekolah ke? Bunyi macam haiwan menggeliat di tanah…
Dengan perasaan ingin tahu, Accel merangkak berputar ke bahagian sebelah pohon itu dan tersenyum gembira.

“Toshiro…”

Mata Accel terbeliak bulat dan menutup mulutnya. Ayat pertamanya! Dia dah boleh bersuara! Walaupun sepatah dan sedikit pelat tapi tetap boleh kan? Yeay!!!

Accel memandang wajah tidur Toshiro dan tertawa kecil. Ini kali pertama dia Nampak Toshiro tidur, dia cam bayi… senyap dan tenang.

Dia ingatkan lelaki selalunya tidur berdengkur, kenapa Toshiro tidak? Mungkin teorinya salah. Yuki berdengkur ke?

Accel mengangkat bahu malas nak tahu dan tak nak tahu. Dia merangkak dan duduk di sebelah badan kekasihnya yang tidur.

Accel memeluk lututnya dan memerhatikan setiap sudut wajah tidur Toshiro.

Dia tak pernah tahu yang kening Toshiro lebat. Dia tak pernah perasan yang Toshiro ada bulu mata. Bukan nya botak ke?

Accel menggeleng sendiri. Mungkin dia tak pernah nak ambil tahu, sebab tu dia tak tahu.

Dia perasan ada buku nota di sebelah Toshiro dan mengambilnya. Dia membuka buku nota itu dan mula membaca muka surat pertama. Matanya terbeliak bulat membaca ayat yang Toshiro tulis.

Hari pertama setelah Izumi di hukum atas kesalahannya dan juga hari pertama aku berjanji pada Accel yang aku akan tunggu dia untuk kembali…

Aku akan tunggu dia walaupun ia mengambil masa bertahun sekali pun. Aku akan tunggu dia tanpa rasa jemuh kerana aku percaya, Accel mempunyai kekuatan yang sangat kuat untuk bangun.

Mata Accel mula berkaca bila dia baca muka surat seterusnya dan seterusnya semuanya tentang menunggu dia dengan penuh sabar dan betapa Toshiro rindukan dia setiap saat dia bersendirian, dan dia sentiasa bersendirian supaya dia akan sentiasa mengingati Accel.

Mukanya naik merah bila dia membaca ayat yang memalukan. Aku rindukan ciumannya… tapi dia tertawa kecil selepas itu. Dia tak tahu yang Toshiro ni pandai berjiwang karat dan dia mengaku yang ayatnya Cliché.

Accel mengelap air matanya dan tunduk memberi sebuah kucupan manis di bibir Toshiro dan berbisik, “I love you…”

><><><>< 

Toshiro bermimpi yang dia berjumpa dengan Accel semula. Mereka berdua saling berdepan antara satu sama lain.

Toshiro tersenyum gembira bila Nampak Accel tersenyum kearahnya. “Toshiro…”

Toshiro rasa jantungnya nak melompat keluar dari dadanya bila dengar namanya keluar dari bibir Accel. Betapa indahnya dunia bila dia dengar suara itu lagi.

Toshiro melihat Accel mula mengalirkan air mata dan bergerak dengan perlahan kearahnya kelihatan seprtinya berjalan sangat susah bagi Accel. Toshiro terus melangkah kehadapan menyenangkan kerja Accel.

Mereka hanya beberapa sentimeter jauh dan kedua insan yang sedang bercinta ini tenggelam dengan pandangan masing-masing.

Toshiro tidak dapat bergerak, Accel yang menjungkit kaki dan memberi satu kucupan manis kepada Toshiro.

Dia rasa seperti satu kucupan itu sangat benar baginya. Dia harap ini bukan mimpi. Kalau ini satu mimpi, dia tak nak bangun dari mimpi ni tapi matanya terbuka dengan perlahan dan terkejut bila dia betul-betul di cium!

Bila perempuan yang cium dia mengangkat kepalanya, Toshiro terus menutup matanya berpura-pura tidur.

“I love you…”

Toshiro kenal suara tu… walaupun kedengaran lemah dan tak bermaya, dia kenal milik siapa suara itu. Dia tersenyum gembira. “I love you too…”

Mata Accel terbeliak besar bila Toshiro membalas luahannya sambil tersenyum. Dia bangun? J-Jadi.. d-dia… Haaaa….. malunya….

Toshiro membuka mata dan segera duduk. Dia murung bila perempuan yang dia pasti perempuan yang dia cintai menutup mukanya. Sekarang dia ragu-ragu… Dia pakai baju sekolah mereka, mustahil ini Accel kerana ia mustahil untuk seorang yang terlentar tidak bermaya di hospital boleh ke sini siap dengan baju sekolah lagi.

Itu bermaksud…. Dia cium perempuan lain?!!

Toshiro berdehem cuba menarik perhatian perempuan di depannya tapi dia tidak memberi respon. “H-Hey…”

Accel pula tak tahu nak buat apa. Dia tak sangka yang Toshiro sebenarnya sedar dan tahu yang dia… isssh…. Tentu Toshiro akan ketawakan dia tapi… tidak, dia menunggu Toshiro untuk gelakkan dia tapi tiada.

Accel mendongak memandang Toshiro dengan riak wajah terkejut terpapar jelas di mukanya. “A-Accel?”

Accel tersenyum kecil, masih lagi malu. Dia mengangkat tangan tanda ‘Hi’

Toshiro tersenyum gembira dan juga lega. “Aku ingatkan aku cium perempuan lain tadi.”

Accel tambah merah bila dia dah pastikan yang Toshiro tahu yang Accel yang cium dia dan kembali menutup mukanya. Sekarang Toshiro ketawa besar.

Toshiro dekatkan dirinya dengan Accel dan memeluknya dengan erat. “Welcome back… I miss you.”
Accel membuka matanya dan tersenyum gembira. Dia membalas pelukan Toshiro dan mengangguk.

I miss you too…

Toshiro merenggangkan pelukan mereka dan mengucup dahi Accel. “Kau patut balas apa?” Soalnya dengan nada sedih, dia sempat buat muka mencebik tanda tak puas hati.

Accel mengerdip mata beberapa kali tidak faham maksud Toshiro. Ah! Oh ya…

Dia tunjukkan jari telunjuknya memberi signal, ‘one moment’ dan mencapai buku kecilnya dan menulis.

Aku tak boleh bercakap…

Mata Toshiro terbeliak. “Kenapa? Tapi tadi tu…. nanti-nanti… lupakan semua tu. cam mana kau ada di sini? Bukannya kau sepatutnya ada di hospital ke? Dan kenapa pakai baju sekolah kami? Bila kau bangun? Kenapa tak beritahu aku kau bangun?” soalnya dengan nada tak puas hati. Yang buat dia tambah tak puas hati ialah Accel kena tulis semua di atas kertas putih.

        1.      Tak boleh bercakap kerana otot badan yang lemah dan juga tak boleh banyak bergerak.
        2.       Aku di sini sebab aku sekolah di sini.
        3.       Aku sepatutnya berada di hospital jalankan terapi tapi aku tak nak stuck 24/7 dalam hospital. cukup untuk 2 tahun.
       4.       Aku start sekolah ni hari
       5.       Aku bangun dua minggu lalu
       6.       Sebab aku nak bagi surprise…

Accel membuka lembaran baru dan menulis sesuatu dengan senyuman gembira. Dia tunjukkan kepada Toshiro.

SURPRISE!!!!

Toshiro tertawa membaca ‘surprise’ Accel. “jadi kau tak boleh bercakap?”

Hidung Accel berkerut dan dia tunjukkan signal ‘sikit-sikit’ menggunakan jarinya.

Toshiro tersenyum nakal. “Apa ayat pertama kau?”

Dia miming ‘To-Shi-Ro’ pada mulutnya membuat senyuman Toshiro tambah lebar.

“Ayat kedua kau?”

Accel menjungkit kening. Kenapa dia nak tahu. Tanpa banyak fikir dia miming ‘I-Love-U’ pada Toshiro.

Toshiro dah agak dah… mimpinya mendengar Accel sebut namanya bukan permainan minda tapi satu kenyataan.

“I love you too.” Katanya membuat Accel terkejut.

Dia baru faham! Patut lah dia suruh Accel sebut balik Ayat keduanya… Dia terus memukul dada Toshiro dan menuding jari kearah Toshiro, maksud ‘jahat’

Toshiro menggigit Jari Accel membuat dia menarik balik jarinya. Accel mencebik, kalau dia boleh bercakap, dah tentu dia menjerit di telinga Toshiro. Ini buat dia sakit hati.

Accel menjelir lidah. Toshiro hanya tertawa melihat gelagat Accel cam budak-budak.

Sementara Toshiro seronok kenakan Accel, seseorang lelaki rasa nak migraine mencari kakaknya satu sekolah dengan rakannya yang lain.

“Kau pasti ke Accel ada di sini! Mana dia?” Soal Medeis marah.

Yuki mengusap mukanya menahan marah yang amat. Dia dah agak yang kakaknya akan berkeliaran! Dia patut ikat perempuan tu!!

“Cari Kak Kumiko, dia tak boleh berjalan lama sangat sebab masih dalam proses baik pulih, dia takkan jauh dari sini.” Kata Yuki. Mereka semua terus berpecah mencari Accel yang entah ke mana mereka tak tahu.

 Toshiro ni pun satu, di mana dia agaknya? Dia tak masuk kelas membuat Akira takut yang Toshiro takkan tahu yang Accel hilang di sekolah.

Hades yang sememangnya berpecah dari mereka semua sudah pun jumpa Accel bersama Toshiro dan tersenyum gembira melihat mereka dari jauh. “Patut kah aku kacau dorang?—Taaakk…. Aku nak perhatikan dan sakat dia sampai dia terlentar balik di hospital untuk 2 bulan lagi.” Katanya dengan senyuman jahat. Mhwahwahwahwahwahwa~~~~

~The End~


(A/N: Alright!!! Siap, tamat, Fine, fin, Finalle!! Sekarang kita the Tree of Life pula! See you 400 tahun akan datang!!! ^_^)

No comments:

Post a Comment