Rose Princessses: Reunite once again


Chapter 14
“Will you marry me?” Soal Danny kepada Luna menghulurkan sebentuk cincin kepadanya semasa mereka berada di Angel of Heart Fountain.

Luna kaku, tidak tahu apa dia nak buat. “Well.. ermm….”

“Well?” Danny sedang munggu jawapan Luna.

“Ini bukan trick kau kan?” Luna memandang wajah Danny dengan serius. Bukannya aku tak tahu cam mana perangai budak ni, selalu kenakan aku desis hati Luna tidak yakin dengan Danny.

Danny tertawa melihat muka curiga Luna. “Aku seriuslah.” Danny mengusap kepala Luna. “aku ulang sekali lagi. Will.. You… marry me?”

Luna mengambil cincin tersebut dan memakainya. Ditenung lama cincin yang berada di jari manisnya. “Okay.” katanya setuju.

Danny tersenyum gembira mendengar jawapan Luna dan memeluknya. “Thank you! Luna, Thank you!”

Luna tersenyum. “Sure…” Luna memandang Jarinya manisnya. Bestnya!!! Trep cool time dia ramal aku memang susah desis hati Luna gembira hingga tak terkata.

XOXOXOXOX

Mea dan Jessica berada di bilik mesyuarat sedang berbincang tentang watak Red Rose. hanya mereka berdua. Tiada En Edward, tiada Shinee, Si kembar dan Ann juga tidak tahu tentang ni.

“Aku? Red Rose?” Jessica soal, tidak percaya apa yang dia dengar. “Dari mana kau tahu?”

Mea mengurut kepalanya yang berdenyut sekarang ni. “Dari Luna….”

“Luna? Dia tak tahu apa-apa pun pasal semua ni! kenapa dia yang tahu aku Red Rose?” Soal Jessica tidak percaya yang Luna beritahu semua ni.

Mea mengangguk setuju. “Aku sendiri shock tapi.. tiga hari lepas semasa aku lalu limpas biliknya aku dengar dia bercakap sendirian.” Mea risau dengan keadaan Luna yang sejak kebelakangan ni selalu bercakap sendirian. “Dia menengking sendiri di bilik berkata, dia takut yang kita berlima tidak akan dapat bersefahaman dan tidak dapat naik ke Awakening kedua.”

Dahi Jessica berkerut. “Kau tak rasa dia gila kan? Dari apa aku dengar ni… dia memang gila.”

Mea menghentak meja, sakit hati dengan perangai Jessica yang selalu memandang rendah terhadap orang di sekelilingnya. “Kau boleh jaga mulut kau tu ke sikit? Kau nak bekerja sama dengan kami untuk lindungi Robella atau tidak?”

Jessica mengangkat bahu. “Sure whatever… Tentu Minho tertarik dengan aku pastu minta date dengan dia kalau aku jadi Red rose. jadi… aku akan join in.”

Mea hanya menggeleng melihat perangai Jessica yang memang, dah sah, tak syak lagi meluatkan.

XOXOXOXOX

Si Kembar sedang melayari internet selepas pulang dari kelas mereka. dari kelmarin mereka terfikirkan tentng usikan Luna tentang mereka sukakan Key dan Jonghyun.

Kerana perasaan mereka yang tidak tenang dan tidak pasti. Mereka berdua akhirnya mengambil keputusan untuk membuka satu laman web yang berkaitan dengan C.I.N.T.A….

“kau yakin ke kau nak buka web ni?” Soal Fiona melihat Viola rancak menaip nama laman web tersebut.
Viola mengangguk. “Aku takkan jatuh cinta dengan dia… tak mungkin!”

Fiona mengeluh melihat kakaknya yang kepala batu. Hah! Ini perangai Vee yang aku tak suka. Suka menafikan sesuatu yang dia tidak suka desis hati Fiona. “Cari cepat pastu kita teruskan rancangan Anti-D kita.”

“Apa tu Anti-D?”

Si Kembar tersentak apabila terdengar suara Luna datang dari belakang mereka. Luna tertawa melihat riak wajah terkejut mereka. “Apa kamu tengah buka tu?” Luna mendekati Si Kembar dan membaca header laman web tersebut.

“step 1: who is he/she . Syarat-syarat untuk memastikan siapa jejaka atau wanita pilihan mu?” Luna tertawa. “untuk apa?”

Si kembar memandang sesama sendiri. Manalah dorang nak beritahu perkara sebenar. Tentu Luna tertawakan dorang hingga pecah perut.

“ermm… Well, kami..” Viola cuba mencari alasan untuk menyembunyikan kebenaran.

“Saja nak main-main! Kau nak join sekali? Boleh kita uji diri sendiri.” Fiona menolak Viola dari kerusi dan memberi Luna duduk menghadap computer. “Kau baca, okay?”

Viola menunjukkan penumbuk kepada Fiona. Tega kau tolak aku? desis hati Viola.

Fiona menunjukkan tanda maaf. Terpaksa untuk mengelakkan kebenaran terbongkar.

Luna melihat soalan pertama ‘Siapakah dia’. “Okay. Soalan pertama, Jejaka dalam minda kamu sekarang ialah….”

Bayangan Key keluar di minda Fiona. Jonghyun di dalam minda Viola. Manakala Luna…

“NEXT!” jerit Luna menbuat Si Kembar terkejut. “Soalan kedua,  Apabila kamu happy atau sedih kamu akan beritahu lelaki pertama ialah….”

“Key!” jerit Fiona.

“Jong…hyun????” Viola terkejut nama lelaki tersebut keluar dari mulutnya dengan automatiknya.

“M… Danny??” Luna teragak-agak untuk bercakap. 

“Next! Next! Next!” Jerit Luna dan Viola menafikan apa yang mereka cakap tadi.

“Soalan seterusnya!” Fiona turut gemuruh mengetahui yang nama Key keluar dari mulutnya.

“S.. Soalan terakhir, Adakah kamu gemuruh menerima kenyataan yang dia jejaka kamu? Itu bermaksud dialah jejaka…. Arrrrgggghhhh!!!!” Luna menekan X dan bergerak keluar dari bilik Si kembar. Tak tahan lagi dengan soalan mengarut dari laman web tersebut.

Luna menutup Pintu bilik si kembar, terduduk ke lantai dan menutup mukanya. Ahhh!!! Kenapa bukan Danny? Kenapa Minho?? desis hati Luna. Mukanya Merah dan jantungnya berdegup seperti racing car.

“Kau permainkan aku lagi ke Eliza?” Soal Luna seolah-olah berbisik. Tiada respon dari budak yang Luna cari. “El? Kau tak buat jantungku berdegup kencang kan? Kau saja buat cam ni supaya aku lepaskan Danny kan?”

“Luna? Apa kau buat di depan pintu Si Kembar?”

Luna mendongak melihat Danny sedang risaukan tentangnya. “Danny…” Luna terus memeluk Danny.

Danny terkejut Luna tetiba memeluknya tanpa sebab. “K.. Kau di kenakan oleh budak dua tu lagi ke?”

Luna menggeleng. “Tolong aku…”

“Apa? Cakap je apa kau nak.”

Luna memeluk erat Danny, rasa sangat berat untuk bersuara. “Ce.. cepatkan…”

“Cepat? Cepatkan apa?”

Minho sedang berjalan dengan buku di mata dan sebuah epal untuk di kunyah. “Love is in the air… hmm… Sebuah cinta telah berputik.” Buat pertama kali, telah tercatat dalam buku sejarah yang Minho, putera raja ke-3 Robella membaca buku tentang C.I.N.T.A. 

Minho tersenyum. “Cinta? Kalau Lu…” ayatnya terhenti apabila terlihat Danny dan Luna berpelukan di depan Bilik sikembar.

“Danny, cepatkan perkahwinan kita…” Akhirnya ayat yang Luna ingin sebut terkeluar jua. “Aku nak kita cepatkan perkahwinan kita esok malam. Boleh kan?”

Danny tersenyum gembira. “Baiklah. Untuk kau, aku sanggup buat apa saja.”

Minho menutup buku di tangannya dan berputar balik dari mana dia lalu. Rasa seperti jantungnya di panah seribu. Rasa sangat-sangat sakit.

Setelah jauh dari Luna dan Danny,  dia rebah menyandar di dinding. Perasaan sangat kecewa melihat Luna bersama Danny.

“Arrrrgggghhhh!!!” satu tumbukan electrick land di dinding membuat dinding tersebut meninggalkan tanda yang sangat besar. “Bodoh! Kenapa? Kau tahu Luna dan Danny bercinta. Kenapa kau tetap jatuh cinta dengan dia?”

“kau tak jatuh cinta dengan Luna.” Jessica datang menyapa Minho apabila dia kebetulan lalu di situ dan melihat Minho menumbuk dinding melepaskan geram. “Kau tak pernah pun jatuh cinta dengan dia.”
Minho menggenggam erat bahu Jessica. “Kau nak Mati ke?!”

Jessica menelan air liurnya. Dia tahu, tiada siapa boleh mendekati Minho kalau dia sedang marah. “K.. Kau masih sayangkan Eliza dan menganggap Luna itu Eliza!” Jessica tetap memberanikan dirinya walaupun dia tahu mungkin kali ni dia akan di penggal. “Kau patut lepaskan Eliza. Kau ingat rohnya akan aman ke kalau kau masih belum lepaskan dia? Kau anggap Luna sebagai Eliza, kau kena sedar dan lepaskan Eliza. Kau tak dapat buat Eliza gembira, tapi Kau dapat peluang kedua. Kau kena turut tumpang gembira untuk Luna dan terus maju kehadapan.”

Minho melepaskan bahu Jessica. “Kau betul.” Minho sudah dapat tenangkan diri. “Aku patut lepaskan Eliza dari dulu lagi. Aku tak patut simpan rasa bersalahku selama ini. Thank Jess, kau buat aku sedar tentang tu.” Minho mencium dahi Jessica dan bergerak pergi meninggalkannya sendiri.

Jessica kaku, dia tidak akan menyangka perkara seperti itu akhirnya berlaku juga. Dia menyentuh dahinya dan blushing. Minho Kiss aku! OMG!! This is the happiest day of my life desis hati Jessica melompat gembira.

XOXOXOXOX

Luna berada didalam kereta bersama Ann, Mea dan si kembar menuju ke sebuah kedai bernama ‘Wedding Love’ dimana semua gaun pengantin yang cantik, mahal, berjenama dan berkualiti ada di dalam kedai tersebut.

Perkahwinan Luna dan Danny akan diadahkan secara kecil-kecilan hanya kerana Luna inginkan begitu. Dia nak perkahwinan mereka di buat di Robella kerana itu tempat pertama dia jejak kaki dan berjumpa dengan Danny.

Danny sebagai putera Ageha pula diharamkan berkahwin di kerajaan lain selain kerajaannya sendiri. Tapi ini kerana kehendak Luna, Danny terpaksa bersetuju dan buat secara kecil-kecilan. Apabila mereka balik ke Ageha, mereka akan berkahwin sekali lagi dan mengikut adat perkahwinan di Ageha.

Mereka berlima masuk kedalam kedai tersebut dan mula memilih baju pengantin yang sesuai untuk Luna.

“Lu… cam mana yang ni? cute sangat kalau kau pakai!” Ann menunjukkan satu baju yang kelihatan sesuai untuk Luna.

Luna menggeleng. Dia tidak bersuara dari tadi pagi, perasaannya sangat berat untuk memilih baju pengantin untuk perkahwinannya sendiri.

“Dia tak suka. Jom cari di sana.” Viola meletak Gaun pilihan Ann ke tempatnya.

“Rak sana lebih cantik!” Fiona menarik Ann meninggalkan Mea dan Luna bersendirian.

Mea mendekati Luna yang sedang menyelak gaun pengantin satu per satu. “Ada yang berkenan?”

Luna menggeleng lagi. “Mea? Kalau kau kahwin dengan Onew. Apa kau rasa kalau kau di tempat aku sekarang?”

Mea terkejut mendengar Luna tahu Dia dan Onew ada hubungan. Mea tertawa. Dia memang luar biasa desis hati Mea. “Kalau aku di tempat kau, tentu aku gemuruh dan gembira. Akhirnya aku dapat juga berkahwin dengan jejaka pilihan aku!”

Luna tertawa tapi matanya menunjukkan kesedihan. “Samalah kita.”

Mea meluku kepala Luna. “Kau nak tipu aku dengan senyuman murahan kau tu ke?” Mea memandang tepat ke wajah Luna dengan Serius. “Kau kenapa? Kau sepatutnya gembira dapat kahwin dengan Danny. Pujaan hati kau tu.”

Luna mengangguk. “Aku tahu… tapi, mungkin aku sedikit kecewa kot… sebab perkahwinan aku diadahkan standard orang miskin.”

Mea tertawa. “jangan risau, parkahwinan kau nanti di Ageha tentu 100x lebih meriah! Aku yakin tentang tu.” Mea menepuk bahu Luna. “Ini perkataan Mama aku selalu beritahu kepada aku. Jika mahu menggapai cahaya yang nun di sana, ikut kata hati kita dan jangan nafikan apa yang ada di depan mata. Kalau kita terima semua seadanya, yakinlah yang kita akan temukan kebahagiaan.”

Luna mengangguk. “Mungkin mama kau ada betulnya.” Luna menyelak satu lagi gaun dan matanya terpaku kepada gaun pengantin tersebut. “Mea, kau rasa ini Okay tak?”

Mea tertawa melihat riak wajah Luna semakin ceria. “Sangat, sangat okay!” Mea memberikan thumbs up untuk baju yang Luna pilih. Luna, apa yang sedang mengganggu fikiran kau sekarang ni desis hati Mea dapat merasakan yang kes Perkahwinan secara sederhana bukan punca kesedihan Luna.

XOXOXOXOX

Setelah memilih gaun pengantin, mereka segera ke istana semula dan tidak membuang waktu untuk perkahwinan Luna.

Luna berada di bilik persiapan bersama Meira dan Maya, mereka berdua masih setia menghias dan mendandan Luna.

“Cik Luna akan memilih gaun yang sangat sesuai dengan mata Cik Luna.” Meira memuji Luna memilih baju yang sesuai sambil membetulkan baju Luna.

Maya mengangguk setuju sambil meletakkan make up di wajah Luna. “Cik Luna tak rasa gemuruh ke? Tak lama lagi Cik Luna akan jadi isteri kepada Putera Danny. Selepas itu kamu berdua akan menjadi Permaisuri dan Raja.”

Luna mengangguk perlahan takut make-upnya senget pula. “Adalah sikit. Kalau gemuruh sangat takut pula tak boleh mengangkat sumpah kan?”

Mereka bertiga tertawa. “Putera Danny sangat beruntung mendapat Cik Luna sebagai isteri.” Kata Meira memuji Luna sekali lagi.

Luna hanya tersenyum membalas ayat Meira. Tak tahu kenapa,dia tidak boleh menjawab ayat Meira.

“Dah siap. Kau Meira?”

Meira mengangguk. “Sekarang, Cik Luna akan jadi puteri sehari dan permaisuri selamanya.”

Luna tertawa. “Thanks, membantu aku dengan gaun ni.”

Meira dan Maya tunduk hormat. “it’s been an honour untuk berkhidmat dengan Cik Luna buat kali terakhir.” Mereka berdua bergerak keluar meninggalkan Luna bersendirian di bilik persediaan itu.

Luna melihat jam dinding. Sejam dari sekarang, perkahwinan mereka akan di mulakan dan Key akan datang membawa Luna ke Angel of Heart.

Luna memandang kearah luar tingkap. “Kenapa dengan aku ni? kenapa aku tak rasa gembira langsung?” Luna mengeluh kecil, bergerak ke cermin besar.

Dipandang dirinya dari atas ke bawah. “Aku… akan gembira di kemudian hari kan?”

“Tentulah.”

Luna berputar kearah pintu apabila terdengar suara Minho. “Minho…” Luna tersenyum gembira melihat Minho di hadapannya.

Minho terkejut melihat Luna berpakaian gaun pengantin dengan senyuman manisnya. Jantungnya berdegup kencang, rasa sakit sangat melihat Luna bergaun pengantin bukan untuknya tapi Danny. 

Dia bukan Eliza… aku takda hak untuk menghalang kebahagiaannya, aku bukan tunangnya desis hati Minho menguatkan dirinya sendiri.

Minho mengukirkan senyuman dibibir. “tak sangka budak cam kau ni pun akan berkahwin dengan putera raja.”

Luna mencebik. “Hey! Aku budak hingusan … jangan pandang rendah dengan lawan kau okay..”

Minho tertawa. “Kau tak setaraf jadi lawan aku. aku lebih, leeebih hebat dari kau!”

Mereka berdua tertawa. “nampaknya, ini kali terakhir kita bergaduhkan?”

Minho menggeleng. “Aku boleh lawat kau di Ageha kalau aku rindu seksa kau.”

Minho mendekati Luna. Ingin dia peluk Luna dengan erat tapi di tangguhkan. Minho hanya menepuk bahu Luna. “Tahniah. Harap kau bahagia denga Danny.”

Hati Luna tetiba terasa sangat sakit apabila Minho menyebut ayat itu. Tolong jangan sebut ayat tu, ia sangat menyakitkan desis hati Luna menahan sebak di dada yang entah apa puncanya.

“Baiklah, aku nak tolong yang lain di Angel of Heart fountain. Jumpa di sana.” Kata Minho dan bergerak keluar dari bilik.

Jangan pergi desis hati Luna. Dia ingin mengejar Minho tetapi dibatalkan. “Aku tak boleh….” Luna berjalan perlahan bergerak ke pintu dan menguncinya. Setelah seminit berdiam diri, Mutiara mata jatuh kelantai kerana hati yang terasa seperti di panah-panah sudah tidak dapat di tahan lagi. “Kenapa? Kenapa aku jadi begini?”

Eliza muncul dari bayangan Luna dan mentertawakan Luna yang sedang menangis. “kan aku dah kata kau akan menyesal.”

Luna berlutut dilantai, menutup mukanya dari di lihat oleh Eliza. “Aku benci semua ni! kenapa aku kena fall dengan Minho? Kenapa sekarang?”

Eliza tersenyum sinis dan mendekati perempuan itu. Eliza memungut sebutir mutiara mata Luna. “Kau tahu tak yang aku pun menangiskan mutiara?” Eliza menggunakan kuasanya untuk menukar mutiara itu menjadi serbuk. “Aku nak beritahu kau sesuatu yang kau sendiri tak tahu.”

Luna memandang Eliza. “Apa dia?”

Eliza menarik tangan Luna dan bergerak ke tepi tingkap. Eliza duduk di tingkap tersebut dan menunding kearah bulan penuh. “Kita akan bergabung semula apabila kau menerima aku dalam hidup kau. Sebab tu aku namakan kau Luna, kerana kita akan bersama diatas cahaya bulan penuh.”

Luna memandang bulan tersebut. “Kenapa kau mengaku aku ni kau asalkan kau dah mati dan aku datang dari dunia lain.”

Eliza memandang kearah Luna. “Sebab, Aku belum mati lagi. Aku ialah memory lama kau pada umur lapan tahun. Aku terkunci dalam kotak memory kau selepas kematian Mama. Kau tak terfikir ke kenapa kau tak ingat semasa kau kecil kecuali malam tragedy mama di bunuh?”

Luna menggeleng. “Aku pernah terfikir tentang tu tapi aku hanya fikir yang aku lupa kerana penyakitku.”

Eliza mengangguk, logic juga. Patut Luna tak percayakan dia. “Sebenarnya, kau mudah lupa tentang kejadian silam kau kerana memory kau di Robella telah di kunci. Jadi, ia memerlukan memory baru untuk kekalkan kotak memory tu terkunci buat selama-lamanya. Penyakit yang kau katakan semakin parah kerana kau berada di Robella yang boleh membuat kotak memory kau mudah terbuka.” Kata Eliza dengan Lembut.

“Jadi, cam mana kau dapat keluar?” Soal Luna ingin mengetahui semuanya.

“Semasa kau denga loceng berbunyi, semasa itulah kotak memory retak. Hanya aku yang berusia lapan tahun sahaja dapat keluar. Aku mengambil keputusan untuk menyedarkan kau tentang diri kau sebenar. Bukan kerana Eliza tapi kerana rakan kau, insan yang kau cintai, rakyat jelata dan masa hadapan Robella. Semua ini terletak di tangan kau sejak pertama kali kau jejak di Robella ni.”

Luna menggeleng masih tidak faham dengan Eliza. Masih banyak teka-teki yang masih belum diselesaikan. “Jadi, kenapa kau ke dunia manusia?”

“Untuk melindungi diri aku dari Lycant dan Shadow. Serta untuk mencari Rose princesses.” Kata Eliza menujukan kepada Mea dan Si kembar. “Ann sudah lama menjadi Pink Rose sebelum aku pergi ke manusia lagi. Jadi aku terfikir, kalau aku jumpa lagi dua orang…. Tentu mereka boleh tolong aku dalam mengalahkan Shadow! Tetapi, aku di kunci semasa tragedy mama. Aku rasa kita bernasib baik kerana naluri kau, Luna. kau menemui Rose Princesses mengikut gerak hati kau tanpa menggunakan otak.”

Luna tertawa. “Aku dekati mereka kerana aku dapat rasakan bagaimana kehidupan mereka sebagai seorang yang terasa terpinggir dan di pandang lain oleh orang di sekeliling kami. Satu lagi, apa maksud kau aku dan Danny tidak boleh bersama? adakah kerana aku hanya di anggap sebagai pembantunya?”

Eliza menggeleng. “Dialah yang sebenar servant. Anak pertama raja dari Kerajaan Ageha telah ditakdirkan untuk melindungi darah emas Robella akan melindungi dunia ini. Dia berkhidmat untukku hanya kerana itu dan tidak lain. Aku yang beritahu dia untuk memberi buku-buku Robella ke dunia manusia setiap kali dia nak menjenguk aku. Master dan Servant tak boleh bersama jika tidak, Robella akan hancur.”

Luna menutup telinganya tidak mahu dengar semua apa yang Eliza katakan setiap perkara yang keluar dari mulut Eliza membuat kepala Luna berdenyut kesakitan. “Kau nak katakana yang kau ialah salah satu memoryku yang terkunci selama bertahun-tahun? Kau nak aku terima kau dan tinggalkan Danny?”

Eliza mengangguk. “aku cuma nak kau sedar apa yang berlaku di sekeliling kau sebelum terlambat. Apabila perkahwinan ini berlangsung dan selesai, di saat itu jugalah Robella akan hancur di sertakan dengan satu dunia ni.”

Luna tersentak mendengar ayat Eliza. “Tak mungkin! Danny takkan sanggup buat cam tu kepada dunianya sendiri.”

“Sayang… kaulah dunianya dari kecil hingga sekarang, dia hanya bersembunyi di dalam dimensi lain untuk memastikan kau sentiasa selamat. Wajarlah kalau dia akan jatuh hati dengan kau dan rasa cemburu yang kau bertunang dengan Minho. Ooops… itu masa aku.”

Luna mengeluh panjang. “Jadi apa kau fikir dia nak langgar peraturan Master dan Servant tu?”

“Hanya satu kemungkinan, Shadow berada dalam bayangannya dan secara senyap dia menggunakan Danny untuk mengahwini kau.”

Luna menggenggam erat kedua tangannya. “Apa patut aku buat El? Kalaulah betul dia di kawal oleh Shadow, bolehkah kau selamatkan dia sebelum dia terjunam lebih kedalam kegelapan?”

“Maafkan aku tapi, aku hanya boleh mengawal kau dan kuasa aku boleh memberi kesan kepada kau.”

Luna membuka head Accessorynya. Dia dah tak nak teruskan perkahwinan ni kalau Danny di rasuk oleh Shadow. “Tak dah cara lain ke untuk lepaskan dia dari shadow?”

“hanya satu, iaitu kau menerima siapa diri kau sebenarnya. Kau boleh selamatkan dia dengan tangan kau sendiri. Hanya kau saja yang boleh menerangi jalan yang Shadow gelapkan dalam hati Danny. Sebab, kaulah segala-galanya baginya.” Eliza menggenggam erat tangan Luna. kali ni, tangan Eliza tidak sedingin selalu tapi sepanas tangan budak lapan tahun.

Luna memandang wajah kecil Eliza. “Aku akan buat… aku tahu aku takkan dapat bersama Danny tapi aku tak nak dia terjebak dengan Shadow. Tolong aku Eliza.”

Eliza tersenyum dan mengangguk. “Kau memang hebat..” dahi mereka bersentuhan dan tangan mereka di genggam erat.

Luna mengangguk sambil menutup matanya takut apa yang akan berlaku selepas itu. Adakah dia dapat menolong Danny? Dapatkah dia mengalahkan Shadow? Adakah Eliza berkata benar selama ni? banyak lagi persoalan dalam mindanya.

Cahaya bulan menerangi disekeliling mereka, Eliza mula pudar dan lama semakin lama Eliza hilang di depan Luna.

Luna membuka matanya perlahan dan tersenyum. Dia memandang keluar tingkap melihat kearah Angel Of Heart Foutain di mana perkahwinannya akan diadahkan.

Luna tertawa terbahak-bahak apabila terfikir yang dia akan berkahwin dengan servantnya sendiri. “Akhirnya… aku dapat juga!!” jeritnya dan baju pengantinnya bertukar bentuk. Dia memanjat tingkap bilik itu dan terbang menuju ke lokasi tersebut.

No comments:

Post a Comment