Unexeption: Last Day
Vyle
menyerang Sulfur dan Sly dengan hanya satu serangan tapi cukup untuk
menghapuskan kedua devil itu menjadi habuk dan mengambil roh mereka.
Luciefer
ini berubah bentuk sekali lagi menjadi lebih mengerikan dari sebelumnya dan
cahaya biru yang terbentuk dari rantai Vyle muncul lebih banyak dari sebelumnya
mengelilingi Vyle. Dia memandang dua roh dalam tangannya itu.
Dia
tertawa sendiri sambil bermain dengan roh Sulfur dan Sly. “Apa aku nak buat
dengan Roh ni? Lengkapkan jumpah hajat aku?” Vyle menggeleng dengan senyuman
sinis. “Hajat tu dah tak berguna bagi aku setelah aku tahu potensi sebenar
aku..” Dia memandang suasana di sekelilingnya. Semuanya hancur sejauh mana mata
boleh memandang. Dan Vyle belum rasa penat dari buat semua kehancuran itu,
setitik peluh pun dia belum tumpahkan.
Luciefer
ini terapung di udara secera terbalik memikirkan misinya sebelum ini. Dia
merancang untuk membuat hajat yang memerlukan 100 juta nyawa… Dia ingin buat
hajat membunuh.. dan cara untuk mendapat 100 juta nyawa dalam masa yang singkat
ialah menggunakan kuasa Devilnya. Menggunakan keperayaan Hades boleh menaikkan
lagi keberangkalian dia mendapat 100juta nyawa dalam masa yang tersangat
singkat.
Setelah
mengenali potensi kuasanya, adakah dia perlukan hajat itu lagi? Lagi pun,
kehidupan yang dia idamkan semuanya telah hancur. Orang yang dia sayangi telah
mati depan matanya dan juga… Ean…
Vyle
berputar kembali kaki di atas tanah dan kepala menjunjung langit. “Dia dah tipu
aku…” dia menarik nafas dalam menepikan perasaan yang boleh melemahkan dia dan
melontar dua roh dalam tangannya keudara. “Oh well, Vyle… kau tak sesuai untuk
kehidupan seperti itu. Masa untuk terima hakikat yang kau seekor Luciefer…”
Vyle memandang rantainya dan tersenyum sinis. Bermaksud dia tak perlukan rantai
ini lagi.
“V-Vyle?”
Niat
Vyle ingin mencabut rantainya dari lehernya terbatal bila dia dengar suara
memanggil namanya.
“Ean…”
Minda Vyle kosong buat sementara waktu agak terkejut melihat Ean berada di
depan matanya sebelum perasaannya berubah menjadi marah. “Apa kau buat di
sini!”
Ean
menelan air liur cuak melihat perubahan Vyle tapi dia beranikan diri. dia nekad
untuk selamatkan perempuan di depannya walaupun dia kena berkorban nyawa untuk
Vyle.
“Vyle…
apa dah jadi dengan kau ni? Hades telah pengaruh minda kau kan?”
Vyle
terbang kebelakang sikit bila Ean ingin dekatkan diri dengannya. “Jangan dekati
aku!” jeritnya marah. “Kau siapa nak bercakap dengan Almighty Luciefer.”
“Kau
bukan Luciefer Vyle. Kau ialah Vyle, Vyle yang aku kenal, yang suka kenakan aku
dan—”
“Tidak
tahu siapa diri dia sebenarnya!” dia sambung ayat Ean. “Itu Vyle yang kosong,
tiada pendirian dan hala tuju. Sekarang aku tahu siapa aku. Aku bukan manusia,
atau Angel mahupun Devil.” Vyle tersenyum sinis. “Aku ialah Luciefer!!” Dia
terbang kearah Ean dan menyerang dengan kuku tajamnya.
Ean
mengelak setiap serangan Vyle yang datang. “Vyle aku tak nak lawan kau!”
“Arrrggghh!”
Vyle berputar 360 darjah membuat tendangan di kepala. Ean melindungi dirinya
dari tendangan tersebut membuat dia terlempar ke bangunan berdekatan,
menghancurkan bangunan itu. “Then Die!”
>X<
Sky
mengetap bibir menahan rasa marah yang amat kepada Ketua Underworld di depannya
itu.
Lord
Hades hanya tersenyum sinis. “Kenapa ni? Marah? Adik kau mati di dalam tangan
aku sendiri?” Dia mangangkat tangannya yang mana telah menyekik adiknya
sehingga badan dan kepala terpisah. “Kau nak balas dendam atas kematian adik
kau?” Lord Hades melihat pandangan mata Sky yang penuh dengan kebencian. “Mata
tu… mata yang aku suka! Tiada Angel yang dapat buat mata seperti itu. Termasuk
papa kau. Kau seorang yang istimewa Sky.”
“Shut
up!” Sky menghayun pedangnya kearah Lord Hades dan mereka saling bersilang
pedang tapi kali ini Sky menguasai perlawanan ini. Di sebabkan kemarahannya
yang teramat sangat, dia memberi sepenuh tenaganya untuk berlawan dengan Hades
tapi serangan Sky tidak menakutkan Hades malah membuat dia tambah teruja.
Walaupun dia mengalami kesukaran sedikit.
“That’s
all you’ve got? Come on Son of Lord Firold!”
“ARRGGGHHH!!”
Sky menepis pedang Lord hades dari tangan lelaki itu dan mencucuk dada makhluk
itu. “Die!” rasa marah Sky hilang menjadi keliru bila jasad Lord Hades yang dia
tikam menjadi habuk hitam. Clon.
Dia
segera berpaling ngina lain mencari di mana kelibat makhluk itu. Tetiba, dia
rasa sesuatu yang tajam tembus dari belakangnya. Dia tunduk ke bawah, sebilah
pedang hitam tembus di dadanya.
Lord
Hades tersenyum sinis. “Ini akibatnya kamu berlawan secara membabi buta! Kau
Cuai!” Dia menyucuk pedang itu lebih dalam membuat Sky menjerit kuat kerana
sakit. Dengan itu, Lord Hades telah menumpaskan Sky.
Lord
Hades tersenyum sinis, matanya memandang kekiri ngina kanan mencari Lord Firold
dan senyumannya semakin lebar bila dia dapat jumpa mangsanya.
“Lord
Firold!” sahutnya menarik perhatian Elder itu. “Aku dah bunuh kedua anak kau!
Apa kau nak buat sekarang ni hah?!”
Darah
Lord Firold naik menggeledak. Rasa tenang dan tegas sudah hilang dalam dirinya,
hanya memikirkan cara untuk membunuh Makhluk jijik itu sahaja. “Tak guna kau
Hades!!!”
>X<
Ean
termengah-mengah, badannya cedera parah, lengan kirinya patah kerana lawan
dengan Vyle, cuba sedarkan siapa diri Vyle sebenarnya.
“Vyle..
Ini bukan kau.” Katanya di antara nafas berat. Dia tidak boleh pitam, siapa
lagi nak sedarkan Vyle kalau bukan dia?
Vyle
berdesir seperti ular. “Kau tak faham bahasa ke? Ini adalah aku dan nama aku
bukan Vyle tapi Luciefer!” Dia mengangkat tangannya ke udara mencipta bebola
hitam dan lontar kearah Ean secara bertubi-tubi.
Ean
membuat shield dengan satu tangannya sahaja, membuat dia tertolak kebelakang
setiap serangan dia terima. Serangan terakhir membuat dia terlontar kebelakang
tapi dia segera kembali imbangkan badannya di atas udara.
“Tak!
Kau bukan Luciefer! Vyle ingat siapa diri kau sebenarnya, jangan biarkan Devil
dalam diri kau menguasai kau!” sahutnya masih tidak mengalah. “Kau sendiri kata
yang kau taknak menjadi Devil, kenapa kau berubah fikiran? Vyle Wake Up! Ini ke
yang kau nak?!”
Vyle
menutup telinganya sakit kerana dengar Ean asyik-asyik panggil dia Vyle dan
suruh dia sedarkan diri. “Tak! Aku tak pernah minta ini semua berlaku tapi
mereka ganggu aku! Aku hanya nak hidup dengan aman tapi tak!” kedua tangannya
keluar aura hitam yang sangat gelap. “Heaven dan Hell yang buat aku cam ni dan
sekarang… mereka akan terima balasannya kerana ganggu aku!!” Dia depakan
tangannya keudara aura hitam itu menyelubunyi langit menjadikannya gelap dan
menggerunkan. Perit hitam sambar menyambar dan gurun yang sangat kuat
berdentum. Puting beliung terbentuk di setiap tempat memusnahkan kawasan itu
dengan sekelip mata.
Sementara
di medan perang Heaven dan Hell, Lord Zeus memberi pertolongan kepada Lord
Firold untuk menumpaskan Lord Hades. Peperangan mereka tertangguh untuk
seketika bila perasan langit menjadi lebih gelap dari sebelumnya.
“Luciefer
keluarkan kuasa terunggulnya…” Lord Hades tertawa besar. “Bumi akan hancur! Kau
takda peluang untuk kalahkan dia!”
Kelima-lima
Elders berkumpul di hadapan Lord Hades. Walaupun mereka rasa sangat takut
sekarang ni tapi mereka telah bersepakat untuk selamatkan bumi walau apa jua
yang terjadi. Walaupun nyawa mereka terkorban sekalipun.
Lord
hades kebelakang sedikit bila lihat lima Elders Heaven masih tidak mengalah.
“Kamu dah kalah! Heaven tak boleh halang malapetaka ini! kenapa kamu masih nak
berlawan?!”
“Sebab
kami dah bersumpah untuk lindungi dunia ni dari kau.” Sahut Lord Zeus dengan
tegas. “Dan selagi kami belum tumpas, kami takkan benarkan makhluk sejijik
seperti kau bermaharaja lela di dunia ini!”
Lima
Elders ini terus melawan Hades bertubi-tubi tanpa henti, tanpa memberi belas
kasihan kepada makhluk tersebut. Perlawanan berat sebelah antara lima lawan
satu. Dah tentu Lord Hades tidak dapat melawan mereka semua dalam satu masa.
Dia terkena serangan Elders tanpa henti. Setiap sudut di serang.
“Kau
takkan boleh bunuh aku! Aku tak boleh di hapuskan!” jeritnya melawant dengan
lima Elders itu sekuat tenaganya.
Kembali
kepada Vyle dan Ean, Ean mengangkat tangannya keudara membuat bebola cahaya dan
lontarkannya kearah Vyle. Membuat perempuan itu menjerit kesakitan,
menghentikan dia buat lebih banyak malapetaka.
Vyle
menjeling kearah Ean. “Berani kau… kali ni aku takkan benarkan kau hidup!” Dia
mula menyerang Ean dengan kelajuan cahaya.
“Same
here sebelum Vyle yang aku tahu hilang.” Katanya dengan nada berbisik, Dia juga
kali ni menyerang Vyle tanpa belas kasihan. Kedua Angel dan Luciefer ini saling
berlawan tanpa henti, laju seperti kelajuan cahaya. Letupan sana sini terjadi
kerana serangan mereka yang tertembung.
“Kenapa
kau kumpul nyawa?” Soal Ean kepada Vyle semasa dia berlawan dengan perempuan
itu.
“Not
your Problem!” sahutnya melontarkan serangan bola hitam kearah Ean. “Hajat aku
takkan pernah termakbul dan aku tak inginkan lagi hajat itu!”
Ean
mengelak serangan itu, hampir buat dia kena serangan yang tersangatlah laju
itu. “Apa hajat kau?” Dia melontar cahaya bola kecil kearah Vyle. Membuat Vyle
mengelak serangan itu dengan mudah. Dia ingat itu sahaja, Vyle terkejut Ean
berada di depan matanya dan menumbuk mukanya dengan kuat.
Vyle
meludah cecair merah dalam mulutnya. Berani dia sentuh badan Luciefer. “Aku
Buat hajat untuk hentikan nyawa aku!” sahutnya membuat Ean berhenti serang dia.
Tumbukannya terhenti di atas kepalanya.
“Apa?
Vyle
mengambil kesempatan ini dengan menendang dagu Ean membuat lelaki itu terlontar
kebelakang, jatuh ke tanah. BAM!
Vyle
mendarat di atas tanah di mana Ean jatuh dan tersenyum sinis. “Nak aku ulang
ke? Aku kata aku nak hentikan nyawa aku sendiri.” Katanya seperti itu satu
gurauan. Dia bercekak pinggang sambil melihat kukunya yang hitam. “Aku dah
penat hidup dalam dunia yang tak terima makhluk macam aku ni. Aku dah penar
dengan semua sanduwara ini. Jadi, cara untuk hentikan semua penderitaan yang
aku rasa selama 1000 tahun ini ialah dengan…” Vyle buat isyarat tangan sembelih
leher dan keluarkan lidah. “Kill myself dan dengan nyawa kau, jumlah nyawa aku
dah lengkap dan aku akan buat hajat aku.”
Ean
memaksa dirinya untuk bangun walaupun dia sememangnya tidak berupaya lagi. Dia
kena cari cara untuk hentikan Vyle dari serang dia. Dia juga kena hentikan Vyle
dari menggila.
“kenapa
kau nak bunuh diri kau sendiri?” Soalnya masih tidak faham.
Senyuman
sinis Vyle berubah menjadi sedih, air matanya mul bertakung. “Sebab aku tak
boleh bersama kau!” jeritnya sekuat hati. “Dahulu aku tak boleh dengan kau
sebab kau manusia! Sekarang juga aku tak boleh bersama kau sebab kau Angel yang
di takdirkan untuk bunuh aku! Jadi apa gunanya aku hidup kalau lelaki yang aku
sayang ingin bunuh aku sendiri?” Vyle kembali menjadi marah. Air matanya
berubah menjadi air mata darah. “Aku hanya nak hidup dengan kau Ean! Tapi
Heaven tidak benarkan. Jadi sebelum kau bunuh aku…” Dia mendepakan tangannya
kearah Ean sedia untuk menyerangnya. “Aku bunuh kau du—”
Vyle
terkejut bila Ean berlari kearahnya dan memeluk Vyle dengan erat. “E-Ean?”
“Aku
pun.” Jawab Ean. “Aku pun nak hidup dengan kau. Kau tak tahu betapa aku
sayangkan kau Vyle. Kau tak tahu betapa sedihnya aku bila tahu takdir kita tak
sehaluan Vyle. Aku ingin Hidup dengan kau. Bersama kau selama-lamanya tapi Vyle
yang aku sayangi telah tiada… dia di pengaruhi oleh Devil. Tolong.. kalau Vyle
yang aku sayangi masih ada dalam sana… tolong kembalikan dia..” bisiknya di
telinga Vyle. “Please Vyle… come back.”
Tangan
Vyle sepertinya bergelut samada ingin memeluk lelaki itu atau tikam dia guna
tangannya sendiri. Mata Vyle kembali berubah menjadi biru langit dan memeluk
Ean. Menanam wajahnya di antara leher dan bahu Ean. “Aku tak ke mana-mana…”
katanya dengan nada menggeletar.
Ean
tersenyum tawar. “Vyle… tolong jangan takutkan aku cam tu lagi.. Aku… ingatkan
kau dah tiada.” Sahutnya dengan lemah.
Vyle
menggeleng. “Maafkan aku Ean…” Vyle mula menangis dalam dakapan Ean. “Ean
tolong jangan tinggalkan aku. Hanya kau sahaja yang tinggal. Kalau kau pergi…”
ayatnya mati di situ sahaja, di ganti dengan tangisan senyap.
Ean
mengusap kepala Vyle dengan lembut. Kedua mereka jatuh berlutut di atas tanah.
Kedua-dua tidak bermaya untuk berdiri setelah berlawan sesame sendiri.
“Aku
takkan tinggalkan kau Vyle.” Katanya dengan lemah. “Aku berjanji takkan
tinggalkan kau.”
Tangisan
Vyle tambah kuat dengar suara Ean. “Ean… Ean….” Hati Vyle hancur. Dia yang buat
Ean macam ni, dia hilang kawalan. Dia cederakan Ean. Dia bodoh, naïve!
Ean
merenggangkan pelukan mereka dan mengusap air mata Vyle. “Vyle… Ingat hajat
kau?”
Vyle
mendongak memandang Ean. Dia menggeleng. “Tak Ean… aku tak nak hajat tu lagi.
Aku nak hidup. Hidup bersama kau.”
“Aku
tak pasti aku boleh hidup Vyle.” Dia berterus terang. Dia takkan berbohong lagi
kepada Vyle. Tidak selepas dia sembunyikan siapa Vyle sebenarnya. “Guna nyawa
aku untuk hajat kau yang terakhir.”
Vyle
menggeleng laju. “Tak! Ean stop it.” Dia tertunduk tidak sanggup buat
permintaan itu.
Ean
menyentuh dagu Vyle menyuruh dia pandang tepat pada matanya. “Di kehidupan ni
kita tak boleh bersama, walauapapun kita lakukan.” Katanya dengan lembut. “Tapi
di kehidupan lain… Kita akan bersama. Aku janji aku akan tunggu kau Vyle.”
Vyle
terdiam. Kehidupan mereka yang seterusnya? “Betul ke?”
Ean
mengangguk lemah. “Lets end this nightmare Vyle dan bangun dengan senyuman
kehidupan seterusnya. Aku akan tunggu kau, walaupun aku kena tunggu ribuan
tahun atau kehidupan yang seterusnya lagi sehingga kita bersama lagi.”
Bersama
dengan Ean? Di kehidupan seterusnya? Dia memandang kedua anak mata Ean dengan
penuh harapan. “Tanpa halangan Heaven dan Hell?”
“Tanpa
mereka halang kita.”
“Bersama
dengan Pakcik Claw dan Papa?”
Ean
mengangguk. “Dengan mereka.”
“Bersama
dengan kau tanpa ada halangan seperti ini dan aku kena bunuh kau lagi sekali?”
Ean
tertawa kecil tapi mengangguk. “Ya.” Dahi mereka bersentuhan, Ean menutup
matanya yang sememangnya berat. “Aku akan bunuh mereka yang halang kita. I
swear it’s true. Make a wish my love…” Badan Ean mula bercahaya membuat mata
Vyle terbeliak bulat. “It’a okay… Aku takkan ke mana… walaupun kita berpisah
sekarang, aku akan cari kau dan takkan lupakan kau.” Badannya mula lutsinar.
Vyle
hanya kaku, tidak berbuat apa-apa, hanya melihat lelaki satu-satunya yang dia
sayangi mati di depan matanya meninggalkan roh yang dahulunya berwarna putih
sekarang berwarna biru muda. Air mata Vyle mengalir, tangan yang bergeletar
mencapai roh tersebut. “E-Ean…. Aku berjanji, aku juga akan cari kau di
kehidupan seterusnya… tunggu aku” Dia mencium roh tersebut dan masukkan kedalam
rantainya.
Dia
mencabut rantai tersebut dari lehernya dan menggenggamny dengan erat. Dia mula
membuat hajat membuatkan rantai itu bercahaya dan jutaan roh keluar dari rantai
tersebut mengelilingi Vyle. Roh tersebut melekat pada badan Vyle secara perlahan
menyelubungi setiap sudut badannya. Sayap hitamnya berubah menjadi sayap
aurora, satu badannya bercahaya dan matanya menjadi warna putih. badannya di
angkat ke udara jauh naik keatas awan dan meletup seperti bunga api,
meninggalkan serbuk-serbuk cahaya jatuh ke seluruh bumi.
>X<
Lord
Hades mendongak ke udara melihat langit kian cerah membuat dia kecut perut.
“Luciefer di kalahkan?” Pandanganya jatuh kearah lima Elders yang tersenyum
kearah kekalahannya.
“T-tak
mungkin… Dia undistrctable, immortal.. tiada siapa boleh bunuh Luciefer!”
jeritnya tersangatlah marah. “Ia mustahil! Sangat mustahil!”
Lord
Zeus menarik sengih. “Tiada yang mustahil dalam dunia ini Hades dan begitu juga
kau.”
Kelima-lima
Elders ini menggabungkan kuasa mereka mencipta satu gelombang kuasa yang sangat
kuat dan serang Hades, menghapuskan Lord of the Underworld itu dengan sekelip
mata. “Tidaaaaak!!”
>X<
World disaster has ended…
The destroyer had been
defeated..
Angel return to Heaven…
The Sinner face their
punishment….
Lady
Rya memandang matahari senja yang secara perlahan terbenam di horizon dunia.
Dia menarik nafas dalam memikirkan apa yang telah berlaku selepas peperangan
Heaven dan Hell.
Sebaik
sahaja mereka kembali ke Heaven, upacara penghapusan di jalankan. Setiap
pengikut Fallen Angel di hapuskan tanpa belas kasihan. Mereka yang di hapuskan
tidak memberontak ataupun merayu untuk berikan peluang kedua. Mereka terima
takdir mereka dan di hapuskan dengan penuh penghormatan oleh Para Angel.
Lady
Rya mengeluh. Hanya dia yang merayu untuk beri belas kasihan kepada mereka.
Hanya dia yang merayu. Dia ingin anaknya bahagia seperti mana Angel yang telah
di hapuskan itu, mereka tidak merayu untuk nyawa mereka, tapi Lady Rya pula
merayu. Dia Ibu Vyle. Dia. Ibu. Vyle. Dan dia tak di hapuskan seperti mana,
anaknya Cyrus, Bloom, Light dan Lay di hapuskan.
Dalam
kalangan mereka semua, Dia lah yang berdosa sekali. Dia telah buat banyak
kesalahan terhadap mereka semua dan dia pemula semuanya. Kenapa dia tak di
hapuskan? Hanya kerana dia seorang Elders? Ia sangat tidak adil.
“Lady
Rya?”
Lady
Rya berputar memandang Lord Zeus dan tersenyum tawar. “afternoon My Lord.”
“Something
on your mind?” Soalnya mendekati Lady Rya.
Lady
Rya mengangguk. “Aku punca utama semua ini berlaku. Aku yang banyak bersalah tapi
kenapa aku tak di hapuskan?” Soalnya terus terang. “Walaupun aku ni seorang
Elders. Ia tetap tidak adil kepada mereka semua yang berkorban nyawa untuk
Vyle.”
“Rosella…”
dia memanggil nama Lady Rya yang sebenarnya. “Kau Angel penting dalam Heaven
ni. Kalau kau tiada, Five Pillar of Heaven tidak lengkap dan keselamatan Heaven
akan terancam. Jangan fikir macam tu.”
Lady
Rya menggeleng. “My Lord. Kau sendiri fikir apa yang aku fikirkan kan?” Lady
Rya membuka rantai yang melambangkan dia seorang Elders dan berikan kepada Lord
Zeus. “berikan kepada yang layak. Aku sudah tidak layak mendapat gelaran Elders
ke empat.” Katanya dengan senyuman tawar yang sangat cantik. “I’m curropted.
From the beginning. Lord Zeus, tolong lepaskan aku dan biarkan beban atas bahu ini
terangkat. It’s time for me to move on to my next life.”
Lord
Zeus memandang rantai berwarna ungu yang berbentuk bintang itu. “Baiklah Lady
Rya. Jika itu yang kamu inginkan tapi ingat… kehidupan kamu seterusnya akan
terpengaruh dengan tingkah laku kamu di kehidupan sekarang. Adakah kamu
bersedia?”
Lady
Rya mengangguk. “Aku nak bersatu dengan anak-anak aku lagi Zeus..” air matanya
mula bergelinang. “Aku menyesal dengan perbuatan aku selama ni, aku tak kisah
apa akan terjadi apa diri aku dalam kehidupan seterusnya yang penting aku nak
nampak anak-anak aku.” Lady Rya mula bercahaya warna ungu muda tanda dia
menghapuskan dirinya sendiri. “Selamat tinggal Zeus… kau sentiasa jadi kawan
yang baik bagi aku.” Dengan itu Lady Rya hilang meninggalkan roh berwarna ungu
muda di depan Lord Zeus.
Dia
mengambil Roh tersebut dan tersenyum nipis. “Hanya untuk kau Rosella.. Hanya
untuk kau.” Dia membawa Roh tersebut keluar dari bilik bekas Elder ke empat dan
menuju ke tempat penyimpanan roh.
Dia
akan turuti apa yang Lady Rya inginkan. Hukuman setimpal dengan perbuatannya
tapi penyeksaannya di Heaven telah membayar setengah dari dosanya. Lord Zeus
akan tolong Lady Rya makbulkan hajatnya.
Dia
masukkan Roh Lady Rya di dalam bekas baling khas yang berada di tengah-tengah
bilik ro itu. “Kau akan berjumpa dengan anak-anak kau. Aku akan pastikan itu.
Rest in Peace my Friend.”
~The End~
(Nope.. not yet. Tunggu Epilogue ^^)
Daebak!!!xsabaq nak tnggu epilogue akan dtg....well done
ReplyDeleteThank you fatin ,,^_^,, hehehe glad you like it <3 <3 <3
ReplyDelete