Racing Heart: 7# Race


Sebelumnya:

“Kau!” Temperature Sakura terus naik mendadak dan menuding jari kearahnya.

Lelaki tersebut tersenyum nakal. “Kita berjumpa lagi, little girl.”

Sekarang:

Semua orang dalam keadaan terkejut melihat mereka berdua.

“Kau kenal dia?” Tomoko soal melihat Sakura yang menuding jari kearah Shou. Malu dengan Shinn dilupakan buat sementara.

“Ini mamat bebal yang aku beritahu dengan korang tu,” jawab Sakura memandang kearah rakannya dan kembari menjeling kearah lelaki didepannya.

“DIA?!” Sleeping Forest soal dengan serentak dalam situasi yang sama, terkejut. Manakala Shinn dan Yui hanya melihat kejadian di hadapan mata mereka blur.

“So.. Aku ni mamat bebal la yea? Little girl?” Shou mula menyakatnya.

Jangan panggil aku dengan nama tu!” Jeritnya naik okta tiga. Tidak sangka dia jumpa lagi Lord of Annoying di café. Tak dia sangka dalam masa yang singkat.

“Kau kenal sepupu aku, Sakura?” Yui soal akhirnya.

“Mamat sengal ni sepupu mu?” Sakura tanya dan Yui mengangguk. Dia kembali menjeling kearah Shouran, membayangkan 1001 cara untuk bunuh lelaki di depannya dan membuang senyuman sinisnya yang tertampal di wajah hodohnya itu.

Sakura duduk di sebelah Shinn dan menghirup airnya, tanpa henti, menjeling kearah Shou pada masa yang sama.

Yui melabuhkan Pungungnya di hadapan Sakura dan memerhatikan mereka, dengan penuh minat.

“Hati-hati, nanti tercekik mati baru tahu.” Shou mengejek dan duduk di sebelah Sakura, hanya untuk buat sakura tambah sakit hati. Dia sendiri  juga terkejut kerana dia bukannya selalu berparangai seperti ini tapi bila dia jumpa perempuan di depannya, tak tahu kenapa dia tak boleh hentikan dirinya dari menyakat dia. Shou suka buat dia marah, dia cute sangat. Shou terdiam. Jangan cakap dia baru saja fikir dia… cute?

Sakura hanya merenung kearah Shou dengan lebih tajam. “Pergi duduk di tempat lain.” Katanya meluat nampak lelaki di depan matanya.

Dia memerhatikan Sakura tanpa bersuara, memandang kearah matanya bertukar dari hijau muda ke dark forest. DIa suka matanya. Sangat jujur dan plus, dia suka warna hijau. “Aku duduk dimana saja aku mahu.” Jawabnya ringkas merelaxkan badanya di kerusi tersebut sebelum melontarkan lagi satu senyuman nakal kearah Sakura.

“Urrrgggghhh!!” Sakura terfikir jika dia patut cekik-cekik lelaki didepannya sekarang. Pro: dia lenyapkan mamat sengal tu dari muka bumi buat selama-lamanya. Con: Dia sepupu Yui dan bunuh dia buka idea yang bagus.

Yui orang yang paling confuse di antara mereka semua. Tapi benda ni tak boleh di teruskan. “Umm… Sakura.. perkenalkan sepupu aku. nama dia---”

“Shou Lan, gembira bertemu dengan kamu, littler girl.” Shou memotong ayat Yui dan menyambungnya.

Mata Sakura terbeliak besar. “The number one racer?!”

Shou tersenyum. “Jadi, kau pernah dengar pasal aku.”

“Aku tak pernah agak yang kau adalah dia,” Kata Sakura, mula memandang kearah lain, selain muka Shou. Dia gembira dan kecewa pada masa yang sama, kenapalah takdirnya jadi cam ni?

Dahi Shou berkerut. “Apa yang kau maksudkan tu?”

“Kalau kau cukup bijak, kau boleh cari jawapannya sendiri.” Kata Sakura meramas mukanya masih tak percaya orang yang paling dia impikan(dah jadi idolnya) mau jumpa adalah lelaki yang paling dia benci dan tak mahu jumpa.

Shou semakin keliru. “Apa?”

Yui mendengar pertengkaran mereka berdua dan mula menyoal. “err… korang dua kenal satu sama lain ke?”

“No.” “Yes.” Sakura dan Shou jawab dengan serentak. Dahi Yui berkerut, sementara yang lain mengeluh panjang.

“Jadi.. itu ya atau tidak?”

“tak.” “yup.” Mereka berdua merenung satu sama lain. Tomoko menggeleng kepala dan memberi tahu Shinn dan Yui apa yang berlaku antara mereka.

“Oh… cam tu.” Yui baru faham, Dia memandang kearah Shu dan berkata; “Apa kau cakap ke Sakura tu tak baiklah, Shou.”

Shou mengangkat bahu. “Manalah aku tahu.”

“Cam mana dia nak tahu kalau dalam kepala hotaknya tu kosong.” Sakura pula mengejek balik.

“Apa?!” Shou menjeling kearah Sakura yang menghirup airnya buat muka innocent.

Dia mula tersenyum semula, dia takkan kalah dengan perempuan di depannya ni. “Alah… mengaku jelah yang kau tu pemandu yang teruk, Little girl.”

Sakura berhenti dari menghirup airnya dan menjeling kearah Shou lagi. “Aku boleh memandu lah.” Kalaulah jelingan mata boleh membunuh, Shou mungkin sudah mati untuk ke-100 dengan renungan maut Sakura. “.. dan jangan panggil aku nama tu!”

“Jadi, kau nak aku panggil kau apa, hmm? Nama Little girl lebih sesuai untuk kau.”

“Sakura, Nama aku Sakura Hinamori. SAKURA dan BUKAN little girl,” Sakura memeluk tubuh menjeling kearah Shou entah sudah ke berapa kali.

“Baiklah,” Shou mengangguk dan menarik sengih. “Little Blossom..”

“Eeeeee!” Sakura mengangkat gelasnya dan mendongak minum menghabiskan airnya berharap hatinya membara akan redah tapi mungkin tak.

Sepanjang tengahari, mereka; Shou dan Sakura terus-senerus bergaduh tanpa henti! Shou akan ejek dia sehingga Sakura naik berang dan membalas semula ejekan Shou. Rakan-rakannya hanya mengeluh tapi menonton mereka dengan penuh minat.


Jue, Yumi dan Ren menggeleng melihat dua rakan mereka di meja makan; Sakura tak henti-henti bergaduh manakala Tomoko memerhatikan dua kapel bergaduh sambil merancang sesuatu yang berkaitan dengan SAkura dan Shou.

Shinn dan Yui pula agak terkejut melihat perangai Shou yang keluar dari wataknya, terutamanya terhadap perempuan. Selalunya, Shou tidak akan melayan semua perempuan dan cuba menghindarinya, kalau boleh tak nak jumpa perempuan tu.

Riak wajah Yui yang terkejut berubah menjadi sebuah senyuman ke telinga. Shou masih ada harapan lagi desis hati Yui berniat.

=X=

Hari Sabtu telah tiba dan selepas dua hari berdebat dengan Shou Lan, Sakura telah berupayah untuk melupakan mamat sengal dari mindanya. Tapi, sekuat mana dia ingin lupakannya, wajah Shouran tetap muncul dalam mindanya terutamanya bila bFFs nya menyebut nama lelaki tersebut kepadanya setiap saat!

Sakura merebahkan badannya diatas katil bujangnya dan mengeluh panjang sambil melihat kearah siling pink muda biliknya. Dia melelapkan mata dan wajah lelaki bermata misteri muncul dalam bayangannya membuat matanya terbuka semua dan bangun.

Sakura mengambil bantalnya dan menutup mukanya. “Go awaaaaaaaay!!” Dia menjerit sekuat hati di sebalik bantalnya sehingga dia puas hati. Dia melontar bantalnya di katil semula dan menjeling kearah Jam penggeranya. Tujuh malam.

Aku nak keluar… desis hatinya turun dari katil dan mengenakan seluar jeans biru malap dan baju-t hitam no sleeve. Sakura mengambil kunci keretanya serta topi Nikenya  dan bergerak ke garage.

Sakura memandu tanpa halatuju di badar Hong Kong untuk menenangkan fikirannya dan setiap saat had lajunya makin meningkat apabila jantungnya juga berdegup laju memikirkan mamat sengal itu. Dia perasan dari jauh yang traffic light tidak lama bertukar ke warna merah tapi ini malam dia malas nak stop di tengah jalan jadi, dia menekan paddle minyaknya dan memecut laju tanpa menghiraukan lampu trafik yang sudah bertukar merah.

Apabila tiba di suatu kawasan, Sakura mula tertarik dengan suasana kawasan tersebut. Bangunannya, lampu sisi yang menyinari malam hari di bandar dan satu sign board yang betul-betul menarik minat Sakura hingga dia stop di depan signboard tersebut. Dia membuka tingkap keretanya dan membaca ia.

WELCOME TO SHINTO’S RACE COURSE. Buka: Isn-Sab 10am-11pm.

Sakura tersenyum, akhirnya benda yang boleh buat hatinya tenang dapat juga dia temui dan masuk kedalam bersama keretanya. Apabila dia didalam, Sakura diberi tiket dan arahan di dalam litar. Dia mula memarking keretanya dan membaca arahan tersebut. Terdapat lima jenis litar: Litar yang lurus, putara, normal, advance dan litar expert. Sakura memerhatikan litar tersebut satu persatu dan tertarik dengan litar yang kelima iaitu litar expert. Litar tersebut mempunyai banyak selekoh susah dan Sakura suka babak-babak selekoh ni, lebih susah lebih baik.

Sakura mula memandu kebahagian litar expert yang terletak jauh di bahagian belakang. Dia mula perlahankan keretanya apabila tiba di tempat tersebut. Sakura perasan terdapat beberapa pelumba sudah tiba di litar tersebut. Dia mengeluh. Ingatkan nak drive bersendirian tanpa ada orang menonton.

Apapun, alang-alang sudah mencelup pekasam, biarlah sampai kepangkal lengan. Jadi, Sakura masuk kedalam litar dan tertarik dengan satu lagi perkara. Dia berhenti disebelah kereta putih. Nissan Skvline GTR.

Dahi Sakura berkerut. Dimana aku nampak kereta ni ya? desis hatinya.

Dia ingin mula bergerak tapi seseorang perempuan mengetuk tingkap cerminnya.

“Ya?” Soal Sakura apabila cermin tingkapnya diturunkan.

“Nak tak race dengan kawan aku? Dia perlukan lawan.” perempuan berambut perang paras bahu itu berkata.

“Siapa?”

Perempuan tersebut menunjuk kearah kereta Nisan putih yang berada di sebelah keretanya. Matanya terbeliak apabila cermin tingkap kereta Nissan itu diturunkan dan menunjukkan si pemandu.

Loue?!

“Ya, Loue.” Kata perempuan itu. Sakura terus mengalihkan pandangannya apabila dia sebut nama Loue dari mulutnya tanpa dia sedari.

“So? Nak ke tak nak?”

Sakura memandang kearah lain dari mereka dan tersenyum gembira supaya mereka tak perasan. “Ok.”

“Harap ini bukan perlumbaan pertama kau di sini.” Kata perempuan itu setelah mengangguk mendapat jawapan dari Sakura.

“memangpun. Kenapa?”

Perempuan bertambut perang tersebut menarik sengih. “Jangan berharap sangat nak menang. Sebab Loeu masak dengan litar ni. tiada siapa pernah kalahkan Loue di sini.” Katanya dengan bangga dan tinggalkan Sakura.

Kita tunggu dan Lihat desis hati Sakura tersenyum sinis sambil cermin tingkapnya dinaikkan semula. Walaupun dia tidak pernah menjejaki litar tersebut, dia sudah melihatnya di atas peta dan lagipun dia boleh berlumba sambil belajar betul?

Perempuan yang sama berdiri diantara dua kereta di garisan permulaan dengan tangannya naik ke atas kepala. “Ini perlumbaan dua pusingan dan peraturannya adalah simple; siapa pertama dia menang. Baiklah racers, kamu semua dah bersedia?” Jerit perempuan itu; dengan mendengar bunyi injin kereta di naikkan, dia menyambung. “dari kiraan 5… 4… 3… 2… 1… Go!” Dia menjatuhkan tangannya dan perlumbaan pun bermula.

Nissan putih memecut laju dihadapan dan diekori oleh pink Spider dari belakang. Loue menekan minyak lebih kuar dan meluncur kedepan lebih laju. Sakura melihat tindakan Loue dan memecut juga.

Ianya sudah di pertengahan jalan dari litar tersebut dan Loue masih lagi mendahului.

“Ini kacang putih.” Kata Loue dengan yakin memandang kearah cermin depannya. “Aku mengaku, yang perempuan di belakang ni boleh tahan hebatnya tapi ini semua akan tamat SEKARANG!” Loue memecutkan keretanya lebih laju dan meninggalkan Sakura di belakang.

Sakura dapat lihat menerusi Loue apa yang si Nissan putih ini cuba lakukan. Sakura juga memecut tapi disebabkan dia tidak tahu sangat tentang litar tersebut, dia tidak boleh menekan minyak sekuat tenaganya.

Litar tersebut kelihatan gelap walaupun ada lampu jalan dan Sakura tidak boleh ambil risiko… buat masa sekarang. jadi, Dia hanya mengekalkan had lajunya pada 170 dan teruskan mengkaji litar tersebut.

Ini lebih mencabar dari apa yang aku sangkakan desis hati Sakura kagum dan kali ini dia tidak boleh pandang rendah dengan litar tersebut.

Sakura menekan peddle break untuk melakukan drift untuk putar tapi kiraannya lari sedikit menyebabkan dia hilang kawalan. Terima kasih kepada tindakan refleknya yang tinggi, dia dapat mengawal semula keretanya kembali di atas litar.

D*mn! Sikit lagi nak terbabas. Kena tumpukan perhatian kali ni desis hatinya lagi dan stering keretanya di genggam lebih erat.

Dengan masalah didalam fikirannya, Sakura cuba melupakan semuanya hanya tinggalkan litar dan kereta dalam minda. Dia biarkan dirinya bersatu dengan kereta pink spidernya(bukan bersatu; bersatu. Hanya focus.). Sakura dapat rasakan bagaimana keretanya bergerak dan bagaimana mindanya bergerak seiring dengan kereta.

Satu pusingan telah tamat. Sakura perasan hanya dengan sepintas lalu terdapat lebih banyak penonton dari sebelumnya dia tiba di litar tersebut. Dia mengendahkan perkara tersebut dan meneruskan perlumbaan mereka.

(Haha..) Sekarang Sakura telah melihat bagaimana rupa litar tersebut dan savekan dalam kotak memorinya. Dia dah tahu di mana selekoh dan tahu bagaimana ingin putar tanpa hilang imbangan di selekoh tajam. Dia dah ready untuk menumpaskan Loue.

Here I come Loue… Bersedia untuk berhadapan dengan kekalahan!

Sakura mula memecut keretanya dengan lebih yakin; naik ke 190 dan semakin laju setiap saat. Dia sudah agak yang Lisa mungkin sudah di pertengahan jalan sekarang. Jadi Sakura menekan minyak tanpa mengalihkan kakinya dari paddle tersebut walau apapun termasuk drift memutar keretanya di selekoh tajam.

Satu lagi di hujung jalan Harap ini akan berjaya desis hatinya focus pada litar di hadapannya. Dia menganggar 60m sebelum dia tiba pada selekoh tersebut dan memutar keretanya dari bahagian luar dengan lancar, tidak terlampau laju dan tidak terlampau perlahan.

Dia kembalikan kereta di bahagian yang dia inginkan dan bertahan, Keretanya drift melalui litar tersebut. Sakura tetap bertahan kerana jika dia menekan brake, keretanya akan akan hilang kawalan. Setelah drift tersebut berjaya di lengkapkan, Dia menegakkan keretanya dengan membiarkan putarannya berputar dengan lancar setelah itu memutar steringnya membuatkan tayar depannya berada diatas garisan putih.

Hell Yeah! Feint drift jadi makananku! Ambik engkau Yamato!

Sakura tersenyum sinis apabila dia sedang memecut melalui litar tersebut. I see you…..

Loue pula tersenyum bangga. Dia tahu tiada siapa boleh kalahkan dia di litarnya terutamanya si Pink Spider loser tu. Cubalah sedaya mana kau mampu, kau takkan dapat kalahkan Loue. Tapi, senyuman kemenangannya tamat serta merta apabila dia melihat lampu dari belakangnya.

Apa?! Cam mana dia boleh kejar aku desis hatinya mula risau. Mustahillah orang boleh kejar dia dengan begitu cepat dengan ada selekoh tajam yang susah dan tambahan pula Loue time tu sudah di pertengahan jalan. Siapa si pink Spider ni?

Loue menekan minyaknya dengan lebih laju berharap pink spider di belakangnya hilang dari pandangan tapi apabila dia melihat kebelakang; Itu dia! Dia masih lagi di belakangnya dengan dekat seperti dia menunggu saat sahaja untuk melambungnya.

Mustahil dia dapat tangkap aku dengan cepat…! Dammit!!

Loue mula naik berang dan stering keretanya di genggam erat ehingga memberi kepas kuku pada kulit stering tersebut. Dia merenung semula cermin tepinya dan si Pink Spider masih lagi hangat di belakangnya. Tinggal ¾ meter lagi sebelum mereka sampai di garisan penamat dan ia buat Loue tambah risau.

Aku takkan benarkan dia melimpasi aku! desis hatinya menekan minyaknya lagi.

Sakura tersenyum ke telinga kerana dia menikmati saat-saat genting ini. DIa mengaku yang Loue memang pemandu yang pro tapi dia jenis senang dibaca tambahan pula terlebih yakin. Itulah kesilapan yang paling besar untuk seseorang pemandu.

Aku hanya ada satu peluang untuk menang perlumbaan ni. Aku mesti mendahuluinya atau tak aku kalah desis hati Sakura dan menekan peddle minyak lebih sedalam yang dia boleh. Dia ingin menggunakan ingin drift lagi sekali. Dia gerakkan keretan ke bahagian dalam dan mengukur jarak sebelum dia memutar keretanya  keluar. Dia masih lagi dibelakang Loue tapi dia mengendahkannya dan tumpukan perhatian sepenuhnya untuk melengkapkan driftnya.

Loue menekan break dan driftkan keretanya memalui litar tersebut. Sakura juga buat sedemikian tapi membawa keretanya dibahagian dalam jalan. Mata Loue terbeliak bulat apabile si Pink Spder berputar bersebelahan dengannya. Dia mendapati yang dia telah kalah dalam perlumbaan tersebut. Betullah, bahagian dalam kereta lebih bagus dari bahagian luar dan dengan fikiran yang terkejut, kereta pink tersebut sekarang berada di hadapannya dan memecut laju.

Di garisan penamat, semua penonton rasa teruja dan menunggu dengan sabar untuk kereta pertama tiba. mereka semua sangka yang Loue akan tiba dahulu tapi apabile si Pink Spider melimpasi garisan penamat; penonton hanya berdiam diri kerana terkejut. Kepala mereka berputar kearah si Pink Spider apabila kereta tersebut berputar 360 darjah dan berhenti dengan lancarnya seperti street racer professional.

Beberapa minit kemudian, Nissan putih tiba pada garisan penamat dan berhenti di sebelah kereta pink spider. Loue menurunkan cerim tingkap bahagian tempat duduk penumpang, memandang kekiri. Sakura turut menurunkan cermin tingkapnya dan memandang kearah Loue.

“Ak- AKu tak percaya aku boleh kalah di tangan KAU! di tangan orang asing!” Jerit Loue tidak puas hati dengan stering kereta di genggam erat mencengkap kulitnya dengan kuku. “Tapi, aku mengaku yang…. Perlumbaan ini memang bagus. Kau hebat mengendalikan kereta.”

Sakura tersenyum manis. “Ya, memang seronok. Kau pun hebat Loue.”

Loue tersentak melihat senyuman yang dilontarkan dari Sakura. Dia nampak tenang seperti perlumbaan mereka kacang putih baginya.

“Apa nama kau, budak? Kau tak suka kalah dengan orang tak bernama.” Loue mengibas rambutnya kebelakang.

“Cherry.” Jawabnya ringkas dan menjeling kearah jam kereta. 22.30pm.

“Shoot!” Jeritnya terkejut. “Aku kena pergi dulu dan seronok berlumba dengan kau. Bye!” Katanya melambai sekejap dan terus meluncur laju meninggalkan Loue merenung kearah tempat kosong tergelam kedalam lamunannya. Dia mengerdip beberapa kali dan akhirnya gelak tawa terbentuk diwajahnya.

Budak Cherry tu memang lain dari yang lain desis hatinya menahan ketawa dengan melanding kepalanya di stering.

No comments:

Post a Comment