New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Friday, 28 June 2013

Rose Princesses: I Do!!

 Chapter 32

 Bilik makmal yang mempunyai banyak potion dan ubat-ubatan yang sangat unique namun merbahaya. Berbagai jenis bentuk botol tersusun cantik di rak khas dengan kunci khas yang hanya si pencipta potion sahaja boleh mengambilnya. Namun, fakta ini akan terungkai apabila satu figura muncul dari bayang-bayang dengan mata merah memberi petunjuk di dalam gelap. Dia berjalan sesenyap semut ke almari tersebut dan dengan senangnya dia menebuskan tangannya melalui kaca yang telah dijampi sesiapa sahaja yang cuba akan menceroboh akan terkena renjatan electric dan si pencipta akan mengesan siapakah penceboroh itu. Tetapi, figura mistery ini hanya mengambil sebotol potion dari almari tersebut tanpa sebarang renjatan diterima.

Setelah berjaya mengeluarkan satu potion yang tidak di ketahui, figura bermata merah itu merenung lama cecair pink itu dan akhirnya di genggam erat menandakan dia yakin dan akan melakukan rancangannya.Dengan itu, lenyap di dalam bayang dan tidak kelihatan lagi.


XOXOXOX

Ramai tetamu yang datang pada petang itu sedang menunggu majlis perkahwinan antara rose princesses dan Putera Raja Robella bermula. Ann dan Teamin pula bertambah sibuk apabila masa perkahwinan mereka semakin suntuk.

“MANA KAK EL!!” jerit Ann di dalam bilik persiapan pengantin perempuan. 15 minit lagi ke empat-empat pengantin perempuan kena jalan di isle tu! dah lah Ann sibuk mengurus dewan untuk malam ni, Luna pula menghilangkan diri? Apa lagi masalah yang akan datang dalam jadualnya yang dah sibuk sesibuk-sibuknya ni?

Si kembar hanya tertawakan muka Ann yang tegang sejak dari pagi. Kenapa? Ann kan pemalu, tak nak in the spotlight, dan selalu bersabar tapi Ann kali ni langsung tiada ciri-ciri yang dinyatakan tadi. Pemarah, tegas, penyibuk dan berkarisma. Hebat sangat ke mengurus perkahwinan ni sampai boleh ubah personality orang?

“Takpa, kejap lagi dia datanglah.” Kata Mea dengan tenang.

Viola menyiku bahu Mea sambil menjungkit kening. “Ya lah tu… asalkan minta Luna lambat..”

Fiona mengangguk setuju. “Meakan orang pertama jalan di isle. Isteri putera sulung kena first jalan.”

Mea memandang si kembar dan mencebik. “Korang nak aku stress out ke? Kenapa bukan Luna yang dulu? Diakan ketua dan penjaga Heart of Robella?”

Si kembar menggelengkan kepala dengan senyuman nakal mereka. “No, no, no…”

“Putera lebih penting dari penjaga Negara. Kalau urusan berkaitan Rose Princesses , barulah Luna yang mulakan selepas tu kita.”

“Begitulah peraturan darjat dalam dunia fulus!” kata Fiona menyambung ayat kakaknya. Ya, untuk golongan orang kaya dan bangsawan, darjat lebih penting dari segala-galanya.

Mea mengeluh panjang. Luna… baik kau lambat sikit, aku belum steady lagi ni desis hati Mea risau. Walaupun dah bergelar suami dan isteri hampir sebulan, dia tetap takut bukan takut menghadapi masa depannya tapi mengangkat sumpah cara tradisi Robella. Dia bukan hafal sangat ayat ikrar tu. baru je tadi pagi mereka bertiga menghafal cara-cara perkahwinan tradisi kerajaan Robella.

“Sorry aku lambat!” kata Luna baru sahaja tiba di pintu kelihatan keletihan akibat berlari. “Sorry, sangat-sangat. Aku ada hal dengan En Edward tadi so…”

“No alasan! Cepat head wedding eccesories tu. kita kena ke Green House segera!” Kata Ann sedikit menengking membuat Luna terkejut.

Woah…. Wedding planning betul-betul ubah personality seseorang desis hati Luna shock dan akhirnya dia tertawa kecil. “Okay. janganlah marah.”

Dengan ayat pertama Luna, Meira dan Maya mendekati the Red Rose, memperbetulkan gaunnya yang sudah kelihatan not perfect. Setelah memperbaiki perfectionist Luna, mereka berlima bergerak ke green house menggunakan kereta kuda yang di khaskan dalam planning Ann. Wah! Ala-ala classic gitu.
Sebaik sahaja mendekati Green House, perut mereka semua kecut apabila melihat tetamu yang tiba di dalam green house melalui dinding kaca. Terutamanya ialah Mea, dia orang pertama yang akan turun masuk kedalam green house, bergerak melalui isle dan ke *gulp* ke Onew.

Si Kembar berbisik keriangan melihat muka Mea semakin pucat setiap jarak kenderaan mereka mendekati pintu utama Green House. Ini adalah satu perkara yang paling mengujakan dalam hidup mereka melihat muka pucat Mea. Mereka berputar pula memandang Luna, senyuman nakal mereka pudar apabila riak wajah Luna tidak sepadan dengan situasi mereka sekarang. dia merenung nun jauh kesana seperti sedang memikirkan sesuatu dan ditambahkan satu keluhan panjang memang bukan perasaan yang patut ada dalam Luna.

“Luna, kau kenapa?” Soal si kembar serentak membuat Luna tersentak dari lamunannya.

“Sepatutnya kau gemuruh cam Mea.”

“Ya” Fiona setuju. “bukannya mengeluh, tak senang duduk cam tu. Kau okay ke?”

Luna tersenyum tawar dan menggeleng lemah. “No worries, just butterflies in my stomach that’s all.” Kata Luna lemah dan memandang Ann. “Thank’s to her aku terjebak dalam situasi yang sukar di jangkakan ini.”

Ann tersengih-sengih mambuat muka tidak bersalah. “What? Okay lah tu kan? Aku makbulkan impian kamu semua malah buat ia lebih hebat!”

Mereka berlima tertawa, ada betulnya juga dengan ayat Ann tu. mereka berempat memang ada rancang nak kahwin serentak tapi taklah sampai jadi kenyataan seperti ini dan Ann buatkan majlis perkahwinan yang paling Epic dalam hidup mereka. THANK YOU ANNTOINETTE!!

Di pentas perkahwinan, Putera-putera idaman telah bersedia menanti ketibaan wife-to-be mereka. mereka hanya tersenyum manis di hadapan tetamu penting mereka tetapi dalam hati nak je larikan diri dan bersembunyi tapi, kalau mereka buat cam tu, bila lagi mereka nak kahwin dengan bidadari kesayangan mereka kan?

Senyuman mereka lebih menyerlah apabila melihat kereta kuda tiba di depan pintu utama Green House dan pengawal istana membuka pintu untuk mereka sebaik sahaja Mea melangkah turun disertakan music wedding di mainkan oleh seorang pianist professional.




Mea melangkah masuk dengan elegentnya dengan kepala terangkat dengan agungnya seperti etika jalan seorang puteri sebenar melalui isle. Rasa gementar di buang jauh kedalam lubuk hatinya dan mencari semangat untuk melangkah masuk tanpa membiarkan dirinya pengsan di tengah jalan. Mea berpakaian serba putih melambangkan dia seorang White Rose membuat tetamu terpegun melihat kecantikan wanita yang bertuah ini.

Setelah 1/3 di jalan isle, Viola pula menyusuli langkah Mea dengan yakin walaupun sedikit gementar dalam hati. Dia melangkah seperti seorang wanita tulen tanpa kelihatan perempuan brutal membuat Jonghyun tertawa dalam hati melihat telatah Viola yang control jalannya.

Luna memandang Viola dan Fiona berjalan menuju ke pentas perkahwinan membuat Luna rasa resah dari sebelumnya, Dia rasa seperti kakinya terpaku pada lantai kenderaan tersebut melarang dia untuk melangkah turun.

“Luna… kau okay?” Fiona membongkokkan dirinya memandang wajah luna dan terkejut. Ini kali pertama dia melihat Luna secemas seperti ini. Tanpa memikir panjang, Fiona turun dahulu dan melangkah masuk ke isle. “Take your time” katanya sebelum melangkah turun.

Ann memandang wajah Luna dan menjadi cemas sendiri. “Kak El kenapa? Kak El selalunya okay je time-ti-”

“Kali ni lain okay!” jerit Luna berbisik membuat Ann terkejut. Luna tersentak sendiri dengan ayat yang keluar dari mulutnya dan tersenyum nipis memandang Ann. “Maaf….”

Ann menggeleng. “Tak, Ann yang sepatutnya minta maaf sebab rahsiakan perkara ni kepada Kak El.” Ann tersenyum nipis meminta maaf. “Ann terlampau memuja keyakinan Kak El yang selalu tenang dalam apa jua keadaan jadi Ann ingat Kak El juga akan tenang dalam situasi cam ni dan..”

Ayat Ann terhenti apabila melihat Luna tertawa kecil. “Okay, Anny betul. Kakak patut tenangkan diri dan lalui perkara seperti ini kan? So, thank you Anntoinette.” Kata Luna memberi satu kucupan di dahi Ann sebelum turun ke isle.

Para tetamu semua terpegun melihat kecantikan Luna yang sepersis dengan puteri Elizabeth yang sememangnya orang yang sama. Luna cuba membentukkan senyuman di wajahnya untuk menyembunyikan rasa sedih yang melimpah ruah setiap langkah yang dia ambil masuk ke pentas perkahwinan.

Dia memandang wajah Minho yang tersenyum manis memandangnya membuat dia rasa lebih bersalah dari sebelumnya. Jangan menangis Luna… senyum-senyum desis hatinya cuba memberi sedikit semangat untuk menguatkan diri sendiri.

Luna memandang ke tepi dan melihat Danny memandangnya dengan senyuman manis membuat Luna turut tersenyum walaupun tawar. Matanya mula berkaca apabila dia berada di hadapan Minho dan menyambut tangan tunangnya itu.

“You look beautiful today.” Kata Minho berbisik kepada Luna.

Luna makin rasa sebak di dada apabila mendengar ayat Minho. patut dia rasa gembira atas pujian itu atau bersedih? Tanpa disedari air mata mengalir turun ke pipi. “Bodoh…” katanya berbisik membuat Minho tertawa kecil.

Ann pula melabuhkan punggung di sebelah Teamin sebaik sahaja Luna tiba di pentas perkahwinan. “Cam mana dewan?” itulah soalan pertama Ann tanpa melepaskan pandangannya dari Luna. Dia agak risau juga dengan situasi Luna sekarang ni. ini first time dia nampak Luna begitu… tak misteri. Selalunya dia tentu akan beri senyuman sinisnya seperti dia selalu buat kalau dia sedang alami situasi yang genting. Kenapa kali ni menangis? Terlampau happy ke atau terlampau risau? Atau…. Entahlah tapi yang pastinya firasat Ann menyatakan bahwa Luna mempunyai masalah. Entah masalah apa.

Teamin mengangguk tanpa memandang Ann, dia tumpukan kepada abang-abangnya yang akan bergelar suami isteri walaupun yang sulung dah memangnya berkahwin. “Dah… dan, kenapa Luna menangis? 

Bukannya dia tu demon ke? dia sepatutnya tersenyum sinis sambil menyakitkan hati Edward y jadi pembaca ikrar tu.”

Ann mengangkat bahu sendiri tidak tahu. “Dia dah insaf kot atau dia tak nak rosakkan hari bahagianya.” Ann menjungkit kening kepada Teamin mengejek Luna membuat Teamin tertawa.

“Mungkin…” Kata Teamin sendiri tak yakin tapi, tak boleh berfikiran negative selalu tentang She-Devil ni.

Semua orang berdiam diri apabila en Edward meminta para tetamu untuk diam dengan sopan-santun. Dia berdehem sebelum memulakan pembacaannya sambil merenung kearah Luna. Apa rancangannya ni? desis hati En Edward hairan dengan Luna yang menangis, kelihatan sangat innocent. Tak sesuai untuk wanita licik seperti dia. “baiklah, ini hari kita semua berhimpun di dalam Green House ini untuk mengadahkan hari perjalinan antaraPutera sulung, Kedua, Ketiga dan Keempat Robella dengan White Rose, Red Rose dan Blue Roses….” En Edward memulakan pembicaraannya tentang ikrarnya yang panjang lebar.

Keempat-empat pasangan memandang satu sama lain di mata dengan senyuman yang manis tidak pudar di wajah mereka. hari yang dinanti-nanti akhirnya tiba dan akan berakhir dengan gelaran baru sebagai Suami Isteri. Mea yang menggeletar tahap gaban akhirnya lega setelah menyambut tangan Suami yang tercinta. Viola pula tersipu malu untuk memandang Jonghyun tepat di matanya kerana dia tak seberapa selesa dengan babak-babak romantic ni. manakala Fiona pula lain, merenung mata Key dengan penuh kasih sayang, pandangan Romantic antara dua insan yang bercinta. Di bahagian dua musuh ketat pula ni lain ceritanya, Luna tetap menahan tangisannya yang dah mengalir setitis. Minho hanya tersenyum nipis memandang tunangnya menangis dengan senyap. Dilihat setiap sudut wajahnya yang selalu memikat hatinya.
Malangnya, kedua-dua pasangan ini mempunyai hati yang sangat sedih. Minho memandang wajah Luna kerana dia ingin ingatkan wajah manis itu untuk selama-lamanya, berharap yang dia akan ingat wajah manis ini. Selama-lamanya.

Tangan Minho mencapai pipi Luna dan mengelap air mata yang bergelinang turun. “Hey, senyumlah. Takkan nak nangis time-time gembira ni?” Soal Minho dengan nada lembut.

Luna tersenyum tawar dan memegang tangan Minho yang berada di pipinya. Dia akan rindukan tangan ni, rindukan usikan Minho, rindukan semuanya tentang lelaki yang berada di depan matanya sekarang ini.

“…Adakah kamu, Rose Princesses akan mengambil Putera Raja Robella sebagai teman hidupmu buat selama-lamanya, saat susah, senang, sakit dan sihat?” Soal En Edward memandang satu-satu pengantin perempuan.

“ya.” jawab Mea dengan yakin.

Muka Viola tambah merah. “S…Setuju”

Fiona mengangguk. “I do..”

Luna tersenyum memandang Minho dan mengangguk. “Aku sentiasa berada di sisimu.” Kata Luna sambil memegang dada Minho. Di sini…. desis hati Luna.

“Adakah Kamu, Putera Raja Robella akan mengambil Rose Princesses sebagai teman hidupmu buat selama-lamanya, saat susah, senang, sakit dan sihat?” Soal En Edward pula.

“Dah terjalin.” Jawab Onew dengan senyuman nakal memandang Mea. Dah sah kedua kali.. kata minda Onew kepada Mea membuat Mea merah padam.

“Tentulah.” Jawab Jonghyun.

“Yes.” Kata Key

“ya dan aku takkan biarkan kau tinggalkan aku lagi.” Kata Minho dengan yakin menggenggam tangan Luna yang berada di dadanya. “Aku akan pastikannya.”

En Edward memetik jjari dan empat pasang cincin muncul terapung dihadapan mereka.
Luna&Minho
Mea&Onew
Viola&Jonghyun

Key&Fiona

         
“sarungkan cincin ini kejari pasangan kamu dan cincin ini menjadi bukti perkahwinan kamu ini hari.” Kata En Edward.

Mereka mengambil cincin tersebut dan sarungkan pada tangan pasangan mereka. Luna pula teragak-agak.
Kami akan capai Awakening ketiga ke jika pakai cincin ni? kami akan pergi ke tinggalkan mereka ke?desis hati Luna gementar. Dia tetap sarungkan cincin tersebut ke jari manis Minho dengan harapan tiada apa-apa yang akan berlaku.

Luna tersenyum gembira, setelah mereka menyarungkan cincin, tiada apa-apa yang berlaku. Luna tertawa kecil rasa bodoh juga risau tahap gaban. “OCD…”

Minho menungkit kening. “Siapa?” soalnya berbisik serendah suara Luna.

Luna menggeleng dengan senyuman lega. “kau…” katanya dengan mengusik.

Minho tertawa kecil. “Miss She-Devil dah kembali.”

Mereka berdua tertawa, berbisik tidak menghiraukan En Edward yang berceloteh tentang ikrar perkahwinan. Mea, Si Kembar dan Shinee hanya tertawa kecil melihat mereka tidak ambil hirau tentang En Edward. 2x5, 5x2 lah mereka dua ni, sebab mereka berdua memang anti sangat dengan En Edward.

Perbualan senyap mereka tertangguh apabila ampat orang dayang datang mendekati setiap pasangan dengan dua cawan antic di atas dulang yang terikat dengan benang merah.

En Edward mengangguk.  “….Dengan itu, mengikut tradisi Robella, cawan infirnity  yang telah diikat dengan benang merah ini akan menyatukan kamu buat selama-lamanya. Minumlah dan kekalkan hubungan kamu demi Robella kita.”

Mereka mengambil cawan tersebut dan memandang satu sama lain sebelum menerima isyarat dari En Edward untuk meminumnya. Luna memegang cawan tersebut dengan kedua tangannya merenung air yang terkandung dalam cawan silver itu. Aku tak boleh… aku kena yakin! Tiada apa akan berlaku selepas minum air ni. aku kena yakin! Desis hati Luna kali ini dia lebih menaruh harapan dengan nasib mereka berempat.

“Setelah kamu minum air ini, hubungan kamu akan terjalin sebagai suami isteri dan kami harap kamu semua akan menjadi pasangan yang akan membangunkan Robella kita yang tercinta.” Dengan kata-kata itu, mereka berlapan minum air yang terkandung dalam cawan tersebut.

Tiada apa akan berlaku… aku yakin yang kami takkan capai awakening ketiga setelah minum air ni desis hati Luna sambil meneguk air tersebut sehingga habis.

XOXOXOXOX

Sementara di bahagian lain di dalam Green house itu, Danny melihat Luna meneguk air mutlak itu sehingga habis membuat dadanya sangat berat entah apa sebabnya. Dia mula sukar untuk bernafas, matanya menjadi kabur dan mindanya bercelaru. Tanpa membuang masa dia bergerak keluar dari Green House tersebut dan berehat di tepi fountain kecil yang terdapat di hadapan Green House.

“A… Apa kau dah buat dengan aku ni??” Soal Danny dengan nada yang teramat marah.

Terdengar satu suara mentertawakan Danny dan ia muncul dihadapan Danny dengan menggunakan portal. “Perjanjian kita telah selesai..” katanya dengan senyuman lebar di wajahnya. “puteri kesayangan kau bukan lagi dibawah jagaan kau dan kau bukan lagi Servant. Kau bebas!”

“Aku tahu itu! Tapi kenapa aku rasa cam ni!!” laung Danny dadanya semakin panas setiap kali dia menarik nafas.

Figura didalam bayangan itu tersenyum sinis. “Kau ingin aku ambil kesengsaraan kau supaya kau tetap menjadi servant Luna dan aku buat cam tu untuk aku teruskan hidup. Apabila Luna berkahwin, maka kau bukan lagi servantnya dan kesengsaraan yang kau alami kembali menghantui dirimu dan dengan itu…” ia tertawa gembira apabila dia memikirkan kemenangannya. “Kau turut jadi milikku sebab aku dan kesengsaraanmu adalah satu.”

Danny tersentak mendengar ayat itu dari mulut lelaki itu. “Tak guna… TAK GUNA KAU SHADOW!!!!”


“HAHAHAHAHA” 

No comments:

Post a Comment

Savior of Tales