Rose Princesses: Recollecting Lost Memory
Chapter 37
3 tahun berlalu…..
Minho masuk kedalam istana dan menuju ke biliknya. Sebaik
sahaja pengajiannya tamat di U nya, dia terus balik ke rumah. Malas nak
berparty dengn yang lain. Takda faedahnya.
Dia merebahkan tubuhnya diatas katil king sizenya dan
memejam mata cuba untuk melelapkan mata tapi gagal kerana wajah seorang wanita
mirip wajah Elizabeth muncul setiap kali dia ingin melelapkan mata. Itu buat
dia kurang tidur setiap hari dan being a grumpy man. Dia membelai rambut
hitamnya dan mengeluh. Dia penat memikirkan siapa perempuan itu. Dia tak
mungkin Elizabeth sebab tunangnya dah mati semasa mereka masih kecil lagi.
Mustahil wajahnya time dewasa kembali.
Bam! Pintu bilik dibuka oleh Jonghyun. “Minho! kau skip
ceremony last day di kampus kenapa?” soalnya dengan nada marah. Dia sendiri tak
tahu kenapa dengan Minho ni. dia bukan sahaja anti perempuan malah dia juga
semakin pendiam. Perasaan cintanya kepada Eliza sangat mendalam hingga ia
menjadi racun padanya.
“Aku malas lah… entah kenapa aku rasa lemas ni hari..” kata
Minho dengan tangany menutup matanya.
Onew mengetuk pintu bilik Minho dan masuk kedalam. “Minho,
ini malam ada majlis harijadi Elizabeth ke-27, jangan kau bertandang tempat
lain sudah. Kau kena hadir faham?” Minho tidak memberi sebarang respon. Onew
mengeluh. “Jom Jonghyun. Kita kena buat persediaan untuk majlis ni.”
Apabila terdengar bunyi pintu biliknya tertutup. Minho
akhirnya bangun dan bergerak keluar bilik. dia berada dalam lamunannya sendiri
berfikir kenapa dia rasa begitu lemas tidak seperti hari-hari yang lain.
Kakinya terhenti apabila melihat dua figura sedang berdiri
tidak jauh darinya sedang bergaduh. Salah satunya ialah… Dia?? Dan siapa lagi
perempuan yang berteriak kat muka yang sama dengan Minho tu? Minho terus
memandang dua figura itu; tidak berganjak. Sepertinya, dua figura tu tak nampak
kewujudan dia kat situ.
“Apa yang kau
rancangkan lagi ni?” Soal Minho tersebut kepada perempuan berambut hitam itu.
“Minho? apa kau- kenapa kau ad…”kelihatan riak
wajah terkejut minah satu tu.
Lelaki itu tersenyum
nakal dan mendekati perempuan tersebut.“Aku rasa sesuatu fishy time kau limpas
depan bilik aku mengekori Fiona. Jadi, aku ikutlah kau ke sini.” Minho rasa seperti dia(orang yangsama depan matanya) suka pada
perempuan itu. “jadi, kau nak
beritahu ke tak nak?”
Perempuan tersebut
mengambil selangkah kebelakang kelihatan seperti nak larikan diri tapi dihalang
oleh Minho. “Aku kira sampai lima. Kalau kau tak nak bersuara aku kerjakan
kau.” Minho menjungkit kening tiga kali. “1… 2…. Cakap, kalau tak kau
menyesal..”
Perempuan tersebut
menggeleng. “Kau ingat kau boleh ugut aku?”
“Okay, jangan cakap
aku tak bagi amaran… 3… 4… 5…” Minho
melihat dirinya mendekati wajahnya kearah perempuan itu. Nak di kiss ke?
Minho tergelak kecil
melihat perempuan itu memejam matanya dan mencium dahi perempuan itu, bukan di
bibir. “Kan aku dah bagi amaran tadi.”
Perempuan tersebut
membuka mata dan wajahnya bertukar merah menahan marah. “T-tak guna! Ka-kau
mainkan aku! aku ingat kau nak ki…” Ayatnya terhenti apabila melihat Minho
tersenyum nakal.
“Nak apa? Kiss kau?”
Minho memeluk pinggang perempuan itu. “Kalau kau tak nak di K.I.S.S boleh tapi
kau kena beritahu aku rancangan kau. ama cam? Deal?” Bila Minho pandai buat benda cam tu? flirting dan menyakat? Minho tak
pernah buat benda cam tu!!
Perempuan itu
berpaling muka dan menolak Minho dari dakapannya. “Okay-okay! Ikut aku…”
Minho tersenyum
gembira. Nak ke mana?”
Perempuan itu berjalan kearahnya dan Minho baru sedar siapa perempuan itu.
Elizabeth… Minho ingin menegurnya tapi apabila dia ingin menarik lengan
perempuan itu…. Tembus. Kembarnya yang limpas depan mata seperti tidak nampak
dia langsung mengekori perempuan yang bernama Elizabeth itu..
“Eliza… Elizabeth!” Minho menoleh kebelakang ingin melihat
dua figura misteri itu tapi Dah hilang.
“Apa dah terjadi?” Langkah minho secara Automtiknya mengikut
haluan kemana Dua figura itu menghilang. Entah ke mana dia pergi dia sendiri
tidak tahu dan akhirnya berhenti apabila melimpasi sebuah pintu bilik tetamu.
Dia terus membukanya seperti mana hatinya inginkan. Kenapa
dia rasa cam tu?! Dia melihat sekeliling bilik tersebut, bilik yang bertema
ringan dan banyak canvas tersusun di tepi meja kerja. Terdapat kesan-kesan oil
paint, pastel dan cat di lantai merata tempat kecuali tilam.
Angin bayu bertiup masuk kedalam bilik membelai langsir di
pintu verenda. Minho terlihat sejambak bunya rose merah sudah layu di tepi
pintu verenda menjatuhkan kelopak bunganya ke lantai.
“Bilik… Siapa ni?” Minho melihat satu per satu lukisan di
tepi meja dan dapati kebanyakannya tentang tiga watak yang sama.
DIa terhenti pada satu lukisan canvas bersaiz sederhana
besar dan diangkat separas kepalanya. “Ini….” Sebuah portrait perkahwinan
bertemakan Merah putih. Dia dan perempuan yang dia jumpa bersama dirinya sebentar
tadi.
“Elizabeth?” persoalan: kenapa ada lukisan mereka berdua
pakai baju kahwin? Kenapa Eliza dalam bentuk dewasanya asalkan dia dah
meninggal time mereka masih kecil lagi? Siapa pernah tinggal di bilik ni? dan
siapa tiga perempuan ni lagi? Apa sebenarnya yang berlaku ni?
Tetiba, minho mendapat klip bayangan yang dia berada di
Green House, memakai suit beraja dan berhadapan dengan perempuan yang ada dalam
gambar tersebut. sedang mengusap lembut pipi wanita yang menangis itu…
sekali lagi… Dia rasa keliru. Kepalanya tetiba terasa sakit
apabila mengingati cebisan-cebisan memory yang dia sendiri tidak tahu wujud
atau tidak. Dia jatuh terduduk di hujung katil tersebut dengan canvas masih
lagi di tangannya. lukisan itu ditatap lama dan fikirannya mula berfikir.
“Adakah apa yang aku nampak tadi tu betul? kalau betul….
kenapa aku tak ingat? Pasti ada sesuatu disebalik lukisan ini. Tentu ada tandatangan,
atau logo di lukisan ni…” Dia mula memerhatikan setiap sudut lukisan itu dan
terjumpa tandatangan di hujung bawah sebelah kanan lukisan tersebut.
“Luna?”
Sekali lagi cebisan memori muncul semasa Minho tangkap Luna
keluar dari library, angkat dia di bahunya dan bergerak ke bilik Luna. Mata
Minho membulat dan memerhatikan bilik itu sekali lagi.
“Ini bilik Luna? Luna tu… Eliza ke?” Tanpa berfikir panjang
dia mula membongkar bilik tersebut mencari apa-apa petunjuk jikalau tunangnya
Eliza dan pelukis bernama Luna ni ialah orang yang sama. Dia terjumpa Diari
berwarna coklat di laci nightstand.
Dia mula membacanya setiap lembar yang tertulis dalam buku
itu memberikan Minho gambaran cebisan memory yang terpadam dari ingatannya.
Semakin banyak memory itu kembali, kepalanya bertambah sakit seperti kuasa
elektriknya cuba menghalang dia mengingati memory itu.. Badannya menjadi kaku
dan buku di tangannya jatuh terbuka ke lantai sebelum dia berlutut di depan
buku itu dengan menggenggam kepalanya yang sakit menerima semua cebisan memory
itu, dia tidak dapat tahan lagi kesakitan yang teramat sangat.
“AAARRRRGGGHHH!!!!”
Jeritan Minho menarik perhatian penghuni istana dan berlari
kearah suara tersebut. tanggapan pertama mereka ialah bilik siapakah yang penuh
dengan cat itu dan apabila anak mereka tertumpu pada Minho yang berlutut
terseksa di tepi katil, mereka semua bergegas mendekatinya.
“Minho kau okay ke?!” Key menggoncang-goncang badan Minho
dan memandang anak mata Minho yang menunjukkan dia terseksa dengan situasinya
sekarang ini.
“Arrrgghhh!!! Hentikannya! Hentikannya!!” jerit minho. dalam
fikirannya ialah cebisan memory itu datang dalam mindanya dengan drastic
membuat otaknya sakit, ditambah pula kuasanya sendiri menghalang memory itu
datang membuatkan ia bertambah sadis.
Ann terlihat buku coklat itu dan melihat isi kandungannya.
Kosong. Dia fikir ia tidak penting dan menutupnya.
Sakit kepala Minho redah dan dia akhirnya dapat bernafas
tanpa ada sesuatu yang menghalangnya untuk fungsikan paru-parunya untuk
menyedut udara.
Teamin perasan yang bila buku di tangan Ann di tutup, Minho
kembali baik dan segera mengambil buku itu dari tangan Ann. “Buku apa?” Teamin
tidak membukanya tapi hanya membaca cover buku tersebut.
Diary
Book Luna
“Minho… siapa Luna.” Soalnya memandang Minho yang bernafas
gelap. Minho mengambil buku tersebut dari Teamin.
“Dia…. Eliza.”
“Apa?!”
Minho menggeleng cuba menghilangkan sakit kepalanya kalau
boleh tapi tak. “Luna tu ialah Eliza. Aku dapat bayangan.. tak. lebih kepada
cebisan memory tentang pemilik buku ni dan aku dapati yang kita semua dah lupa
tentang Rose Princesses.”
Wajah mereka semua blur. “apa yang kau merapukan ni? Rose
Princesses? Bukannya itu mitos semata-mata ke? atau kau yang sakit ni?”
Jonghyun menyentuh dahi Minho kalau-kalau dia demam tapi tak juga.
Minho menepis tangan Jonghyun dan memandang Ann dengan
serius membuat Ann sedikit gemuruh. “Ann, kau Pink rose. Kau boleh jejak benda
dengan menggunakan potion kecil kau tu.”
Ann menggeleng. “Tak, potion Ann hanya boleh-”
“Kau boleh!” jerit Minho memotong ayat Ann. Dia penat dan
dia tidak mahu buang masa untuk mencari Lunanya, isterinya. “Kau kena yakin
yang kau Pink Rose. Kau mesti yakin yang kau boleh buat. itu sahaja caranya
untuk kembalikan Eliza.”
“Kak El?” Ann terus mengangguk. Minho takkan main-main kalau
tentang kak El, kalau dia kata untuk Kak El, Ann akan buat desis hati Ann.
Dia mengeluarkan sabotol test tube dan membuka penutupnya.
“Menjejak benda yang hilang.” Katanya dan liquid pink dalam test tube itu
bercahaya dan asap pink bercampur dengan kelopak bunga rose keluar dan bergerak
ke meja make up bilik itu dan mengelilingi kotak perhiasan dan masuk kedalam
celah tutup kotak itu.
Mereka semua bangkitan. Jonghyun membuka kotak itu dan
mengambil crystal cube biru dan tunjukkan kepada mereka. “Ini ke
bendanya?bukannya ini…”
Minho mengangguk tersenyum dan mengambilnya. “mesej cube.
Sejenis alat komunikas yang Ann cipta menggunakan potionnya.” Dia dah agak, Luna
akan tinggalkan sesuatu sebagai pentunjuk. Sudah menjadi lumrah yang Luna ada
plan yang tersendiri dan tidak akan abaikan situasi mereka sekarang.
Minho menggoncang crystal cube itu dan mengeluarkan cahaya,
terbang dengan sendirinya di hadapan mereka. terdengar suara yang dikenali
keluar dari cube tersebut.
“Hai, kalau korang
jumpa cube ini. Itu bermaksud kita ada harapan untuk memperbetulkan keadaan.”
Mereka memadang satu sama lain. Apa maksudnya memperbetulkan
keadaan?
“Jika korang nak tahu,
memory kamu yang telah dipadam ialah tentang pertemuan Rose princesses dan
kekalahan Shadow, apprientice Lycant. Kematian Danny, dan perisatiwa yang
berkaitan dengan keselamatan Robella semasa keberadaan Rose Princesses ada di
sini.”
“apa maksudnya tu?” Onew menyoal kepada Cube tersebut. “Bila
Robella dalam bahaya?”
“Semasa kami tiba di
Robella dan membantu kamu untuk mengalahkan musuh kerajaan Robella, kita atau
lebih kepada Kamu, Blue Roses dan White Rose telah membuat perjanjian. Apabila
kerajaan Robella telah selamat, kami berempat akan kembali ke dunia kami dan
ingatan berkaitan Robella akan lenyap di ingatan kami dan begitu juga kamu.
Sebab itu kamu tidak ingat tentang peristiwa semasa Robella dalam keadaan Zon
bahaya.”
“Wait, jadi... Kami pernah berlawan dengan musuh Negara dan
menang tapi…” Key bersuara. “Kenapa Empat orang? Ann, Pink Rose. kenapa lebih
satu? Sepatutnya tiga orang je kan?”
“Maaf, mesej ini adalah terhad. Jawapan yang hanya boleh diberi ialah,
Blue Roses adalah Kembar, Viola dan Fiona. White Rose, Mea dan Red Rose adalah
aku.”
Mereka semua terdiam. Banyak persoalan
muncul dalam minda mereka. seperti Minho sebelumnya Cuma lebih banyak.
Minho tidak mahu membuang masa dan straight to the point.
“Luna, cam mana aku nak kembalikan semua seperti sedia kala?”
“Dengan menggunakan
cincin Robella.”
“Cincin Robella?” Teamin menjungkit kening. “Cincin pusaka
tu hanya ada pada Golden blood. Golden blood terakhir ialah Eliza, yang dah
tiada.”
“Salah, cincin itu dah
diwariskan kepada keluarga terdekatku. Anny.”
Semua memandang Ann. Ann memandang jari manis kanannya yang
terdapat cincin antic. “Yang ni?”
“Ya, En Edward
menggunakan cincin itu untuk membawa Mea dan Si kembar ke Robella jadi, kamu
boleh gunakannya untuk ke Dunia kami.”
Minho tersenyum gembira mendengar berita itu. “Jadi apa kita
tunggu lagi? Mari pergi.”
Tapi Shinee dan Ann menggeleng. Mereka masih tidak faham
keseluruhan cerita sebenar dan masih ragu-ragu. Apa perlunya mereka pergi sana?
Untuk kembalikan Rose Princesses ke Robella asalkan perjanjian dah kata yang
mereka ingin pulang ke tempat asal mereka setelah Robella selamat. Jadi, untuk
apa lagi berjumpa dengan mereka?
“Sia-sia kamu pergi
sebab kedua pihak dah lupa tentang perkara ni.”
“Jadi? Apa patut
kami buat?” Soal Minho mula rasa risau.
Cube biru itu memberi respon dengan berubah warna menjadi merah dan kelopak bunga
rose mati di lantai terbang mengelilingi cube tersebut. cahaya merah itu
semakin terang dan selaputi bilik itu dengan cahayanya. Setelah beberapa minit,
cahaya cube itu mula malap dan jatuh. Segera ditangkap oleh seseorang.
Comments
Post a Comment