FDO: Bab 12
65rd Floor, Celestia. 12May 2025
“Aaaaaa….. Loky!
Boleh tak kita berehat lima minit? Dah lenguh kaki aku ni berjalan!” Rungut
Neon dah terduduk di tanah.
Loky berputar
memandang comradenya dan tersenyum mengalah. “Okay, rehat lima minit. Kita kena
sampai ke perkampungan kedua sebelum matahari terbenam.” Katanya sambil melihat
langit mula bertukar warna kemerah-merahan. “Kalau tak nahas kita di makan oleh
monster sekitar sini.”
Luciey turut
duduk di sebelah abangnya dan menyandar di bahu loky. “Jauh lagi ke perjalanan
kita?”
Loky menggeleng.
“dalam masa 30 minit sampailah kita-” Ayat loky terbantut apabila dia terdengar
sesuatu berdekatan. “Shhh… diam semua..” Dia terdengar bunyi itu sekali lagi.
“Dengar tak?”
Enddy dan Neon
menggeleng. Begitu juga Luciey.
Loky terus
mengeluarkan panahnya dan arahkan ke sebatang pokok tidak jauh dari tempat
mereka. “Siapa di sana?! Keluar!”
Seorang
perempuan berpakaian hitam, rambut emo pendek, keluar dari sebalik pokok itu
sambil mengangkat tangan. Senyuman sinis terukir di bibirnya. “Sorry-sorry, aku
bukannya sengaja nak bersembuyi.”
Loky masih dalam
keadaan sedia untuk memanah. Dia masih ragu-ragu dengan perempuan di depannya
ini, tertulis di wajahnya yang dia bukan perempuan yang baik-baik. “Kau siapa?”
Perempuan itu
memeluk tubuh dengan senyuman sinis yang masih segar. “Kenapa? Takut aku dari
Reaper Skull ke?”
Neon dan Enddy
segera berdiri dan membuat posisi berjaga-jaga. Mereka bertiga melindungi
Luciey. Jangan main-main dengan Guild Reaper Skull ni. Persatuan itu ialah
Guild gelap yang telah membuat banyak jenayah dalam permainan itu. Membunuh,
mencuri, Assasin dan banyak lagi.
“Wou.. Wou…
relax lah. Aku cakap je. Sorry kalau aku takutkan korang.” Perempuan itu
tertawakan mereka. Dia memandang kearah Life bar mereka dan tersenyum. “korang
nak ke mana?”
Neon
menyarungkan pedangnya semula. “Kenapa kami perlu beritahu kat kau?”
Perempuan itu
kelihatan sedikit sedih dan menggeleng. “Nothing just asking. Well, nampaknya
kedatanganku tak di perlukan di sini so, bye.” Dia ingin pergi tapi langkahnya
terhenti dan memandang mereka berempat. “Oh dan seronok berjumpa dengan kamu,
Loky, Luciey, Neon dan Enddy.” Dia pergi dengan senyuman dan meninggalkan
persoalan di kepala mereka.
“Cam mana dia
boleh tahu nama- Dia Beta Tester ke?” Soal Neon memandang Loky.
“Mungkin. Kalau
ya, tak sangka masih ada lagi beta tester yang masih hidup.” Katanya dengan
nada risau. Setahu mereka, semua Beta Tester di buru oleh Guild gelap dan
dihapuskan tanpa belas kasihan. Mungkin dia salah satu yang masih terselamat
dan sedang bersembunyi dari mata dunia.
“Abang, mungkin
dia perlukan pertolongan tak?” Soal Luciey sedikit risau.
Enddy mengangkat
bahu. “Kalau dia perlukan bantuan, tentu dia dah cakap dari tadi lagi kan?
Mungkin dia terserempak dengan kita dan bersembunyi. Yalah, siapa nak mati kan?
Dia buat cam tu sebagai langkah berjaga-jaga.”
Mereka semua
terdiam memikirkan siapa perempuan itu. “Ah! Lantaklah dia siapa. Jom gerak
sebelum matahari terbenam. Dia boleh survive di sini sebab dia Beta tester.”
Jerit Neon yang memang jenis simple-minded malas dia nak fikrkan orang lain.
Kumpulannya lebih penting dari pemain lain.
Yang lain
mengangguk dan teruskan perjalanan mereka.
Sementara tidak
jauh dari tempat mereka berada, perempuan itu mendengar setiap ayat yang mereka
katakan. “Dah pupus ke Beta Tester semua? Selepas kematian Beater, Guid Gelap
naik kepala dan bunuh beta tester yang lain. Kenapa? Beater tu ketua ke?”
“Tak juga. Dia
lebih kepada hero.” Jawab seorang budak perempuan yang duduk di dahan pokok.
“Ne Azusa, kenapa kau bocorkan identity kau sebagai Beta Tester? Tak ke bodoh
tu?” dia terjun dari dahan tersebut dan mendekati perempuan yang bernama Azusa.
“Saja nak nampak
riaksi mereka cam na.” Azusa bangun dan membersikan badannya yang kotor. “Aku
nak balik.”
“Hah? Tapi kau
cakap nak ke Perkampungan kedua? Kenapa batal pula?” Ai mencebik, dia nak
Nampak kampong tu.
“kalau kau nak
pergi… pergilah. Kenapa aku kena join kau sekali?” Azusa memberi pandangan
dingin kepada Ai. “Aku tak suruh kau ikut aku.”
Ai mengangguk
setuju. “Ya, tapi aku tak boleh tinggalkan kau. Mahu tak mahu… kau kena terima
aku.”
Azusa membaling
pandangannya kearah lain, sakit hati. “Sampai bila?”
Ai mengangkat
bahu buat muka tak bersalah. “Sehingga masalah kau selesai. Dah-dah! Jom gerak!” Dia terus menarik Azusa
keluar dari hutan itu dan berlari kearah kampong itu berada.
Tiba sahaja Di
kampong tersebut, Ai rasa sangat kagum melihat perayaan yang diadahkan di
kampong kecil itu.
“Azusa! Azusa!
Nampak tu!” jerit Ai menarik tangan Azusa kearah satu garai permainan di tempat
itu.
Azusa menarik
tangan Ai sebelum dia yang di tarik. “Kau gila ke? Kau tu lain dari yang lain,
tak boleh hyper sangat!” katanya berbisik.
Ai menggeleng
dengan senyuman lebar di wajahnya. “Banyak NPC di sini sebagai Tour Guide. So,
aku selamat di sini, Jom pergi!!”
Azusa akhirnya
akur mengikut Ai ke kedai permainan itu. Dia melihat penjual itu. Pakcik ni pun
NPC. Nampaknya, kebanyakannya hanya NPC desis hatinya.
NPC ialah watak
yang di programkan untuk suatu permainan. Ia boleh dijadikan tour guide,
merchant, black smith, Amour maker. Disebabkan Pemain dah pandai buat barang
sendiri, mereka boleh buka kedai dan menjual barang yang lebih baik dari NPC.
Azusa memandang
kearah Ai. Dia bukan NPC biasa. Dia ialah Mental
Health-Counseling Program ver.1 (MHCP001) atau code name ‘Ai’ yang di programkan untuk membantu pemain lain yang
mengalami masalah dalam bermain permainan VRMMORPG ini. Dia akan muncul dan
membantu si pemain yang mengalami trauma, fobia atau apa-apa sahaja masalah
mental yang di alami oleh pemain.
Di sebabkan
Azusa seorang diri dan menjadi buruan Guild gelap, Ai datang dan menemani Azusa
sehingga masalah Azusa selesai. Walaupun Ai berada di sisi Azusa untuk temankan
dia, Azusa rasa nyawanya bertambah dalam bahaya kenapa? Setiap pemain ada
cursor dan lifebar di atas kepala mereka tapi Ai tiada. Kalau pemain lain lihat
Ai bersamanya tentu mereka cham Azusa adalah Beta tester yang mempunyai
keistimewaan seorang NPC menemaninya sebagai Companion. Masalah Azusa bertambah
berat tapi dia tak beritahu Ai sebab dia tahu, kalau dia Halau seorang MHCP,
tentu Ai, akan melekat dengannya lebih lama.
“Azusa, kau okay
ke?” Ai melihat Azusa yang termenung jauh.
Azusa tersentak
dari lamunannya dan menggeleng. “Nothing. Aku terfikir sesuatu tadi.”
“Sesuatu?” Ai
menunjukkan muka curiousnya tapi hilang serta merta apabila dia melihat empat
pemain yang mereka jumpa di hutan tadi. “Itu Loky kan?”
Azusa putar
memandang kearah mana Ai tunjuk dan mengangguk seperti ia perkara biasa
baginya. “Mereka datang ke sini sebab perayaan ni kot.”
Ai menggeleng.
“tak. Perasaan mereka gemuruh, itu bermaksud mereka ada misi untuk datang ke
sini.” Ai memandang kearah Azusa tapi dia dah tiada. “Azusa?” Dia memandang ke
kiri dan kekanan mencari kemana hilang pesakitnya dan BINGO!! Ai berlari kearah
Azusa yang sibuk membaca surat khabar di suatu kedai berdekatan.
Ai menyapa Azusa
yang khusyuk membaca sambil menyandar di dinding kedai tersebut. “Apa kau baca
tu?”
Azusa memandang
Ai dengan wajah serius dan menghulurkan Surat khabar tu kepada Ai.
“Wow… pengganti
Beater. Tapi tak sehebat Beater. Beater tak perlukan kawan untuk berlawan. Dia
lebih suka bersendirian dan mempunyai rentak lawannya yang tersendiri. Plus,
dia adalah Lagenda.”
Azusa memutar
bola matanya mendengar Ai memuji pemain yang sudah mati itu. “Sure whatever,
Beater itu, Beater ini…. Kau sanjung sangat minah satu tu. Dia dah mati dan tak
boleh buat apa-apa, nak buat apa cakap pasal orang yang dah lenyap?”
Ai mencebik..
“Ya tapi-”
“Aku taknak
dengar kau membebel. Kalau kau nak puji Beater tu pergi tempat lain. Bukan
dengan aku.” Marah Azusa. Benda paling dia tak suka ialah mendengar benda
yang…. Dia tak suka dengar.
“Kau cemburu yea
sebab Beater lebih hebat dari kau?”
Azusa melontarkan
renungan mautnya kepada Ai. “Kau memang nak kena kan?”
Ai
tersengih-sengih. “Sorry….”
Azusa tetiba
rasa sesuatu yang tak kena dan memandang sekeliling. Dia buat muka
tenang(serius) sambil matanya liat menerokai sekelilingnya. Dia dapat rasakan
beberapa pasang mata sedang perhatikannya.
“Ai, Aku nak
gerak.” Azusa terus mengatur langkah bergerak keluar dar perkampungan itu
dengan Ai mengekorinya dari belakang.
“Kenapa ni
Azusa?”
Azusa tidak
menjawab soalan Ai hanya melajukan langkahnya sehingga dia jauh dari orang
ramai. Dia kembali masuk dalam hutan, masuk ke jauh ke dalam.
“Azusa~~~~!!!!
Kenapa ni?” Pujuk Ai, dia dapat rasakan yang Azusa dalam keadaan cemas.
Kenapa?? “Aduh!” Ai terlanggar belakang pesakitnya apabila Azusa tetiba
berhenti berjalan.
Dia memandang
sekeliling hutan itu dan tersenyum Sinis. “Korang boleh keluar sekarang.” Azusa
terus melindungi Ai.
Ai hanya akur
bersembunyi di belakang Azusa. “Siapa??”
Muncul beberapa
orang pemain bercorsur oren dengan cara Visible potion. Mereka mengelilingi
Azusa dan Ai sambil ketawa. Seorang lelaki berhoodi menyembunyikan wajahnya
memetik jari dan yang lain bersedia untuk menyerang. Senjata di keluarkan dan
membuat ancaman kepada mangsa mereka.
“Kau ketua?”
Soal Azusa memandang lelaki berhoodie itu. Dia menjeling kearaah sarung tangan
lelaki itu, ada lambing tengkorang yang di tetak oleh Sceapter. “Kamu semua
Reaper Skull.”
“No Chit-Chat.
Kau ialah orang yang kami cari selama ni, Beta Tester.”
Azusa tersenyum
sinis tapi dia tetap berjaga-jaga, Dagger di belakangnya sedia untuk di tarik.
“Kamu semua ke yang bunuh setiap beta Tester di dalam MMO ni?”
Lelaki itu
mengangguk. “Kau orang ke 99 kami nak bunuh. Harap kau bersedia.”
Ai melihat Azusa
mengeluarkan dagger sambil melindunginya. Azusa ketawa se-dekah. “cubalah kalau
berani.”
Mata Ai
terbeliak besar. “Azusa….! Kau.. kau tak boleh kalahkan mereka semua”
“Korang dengar
tak kata budak tu? Mangsa kita satu ni taklah kuat sangat!” kata salah satu
ahli Reaper Skull itu.
“Geng! Bagi aku
budak ni. Aku nak dia mati di tangan aku kali ni.” Ahli reaper yang lain pula
bersuara. Dia menjilat Weapon Clownya seperti dia seekor raksasa yang tak sabar
nak makan mangsanya.
Mereka dalam
bahaya sekarang. AZUSA yang dalam bahaya sebenarnya. Dengan sebilah dagger
kecil takkan dapat kalahkan mereka semua. Ditambah pula dia tak boleh benarkan
mereka cederakan dia, walau sedikitpun. Kalau tak…. Arrrrggggghhhh! Dia tak
boleh biarkan hal tu berlaku!!
Tetiba, anak
panah melayang datang entar dari mana terkena pada bahu lelaki yang bersejata
Weapon Clow. Life barnya turun ke warna oren.
Empat orang
pemain muncul dan membantu Azusa dari ancaman Reaper Skull. Mereka berlawan
dengan Reaper Skull sehingga kumpulan itu berundur diri.
“Yeah!! Now
that’s team work!” Jerit Neon dan ber’high five dengan Enddy.
Ai bertepuk
tangan dan memeluk Luciey. “Thanks selamatkan kitorang!! You guys memang
Hebat!”
Azusa buntu.
Apa? Apa dah jadi dan… “WHAT THE HECK!!!”
Mereka yang
gembira menyambut kemenangan mereka terkejut dan memandang kearah Azusa termasuk
Ai.
“I mean, Why?
Kenapa korang selamat kami? Kita tak bersefahaman dank orang tak suka beta
tester tapi kenapa kamu datang selamatkan kami?”
Loky mendekati
Azusa dan menyentuh bahunya. “Kami tak cakap kami benci Beta Tester dan kami
semua nak minta maaf sebab ingatkan kau Reaper Skull time di hutan tadi.”
Neon mendekati
mereka dan memeluk bahu Loky. “Yup! Kita berkenalan semula. Hi! Aku Neon.”
Enddy
menghulurkan tangannya. “Enddy.” Azusa menyambutnya dan tangannya Di cium.
“Nice to meet you.”
Azusa blushing.
“O-o-o-ok…”
Luciey terus
meluku kepala Enddy memberi amaran dan tersenyum manis kepada Azusa. “Aku
Luciey dan dia abang aku, Loky.”
“Ai!!” Ai
mengangkat tangan dengan senyuman manisnya. “Dia Azusa dan suka berdengus.” Ai
membuat muka mencebik sambil memeluk tubuh. Dia mimic muka Azusa.
Azusa memeluk
tubuh. “Aku tak cam tu lah!”
Mereka berlima
mentertawakan Azusa. Mukanya memang sama dengan apa yang Ai buat tadi.
Muka Azusa naik
merah menahan marah. “Hoi!!”
“Ok-ok…. Sorry
pasal tu.” Loky mengelap air matanya akibat ketawa. “Kitorang Nampak kau tak
kampong tadi dan kami nak Tanya sesuatu kat kau.”
Azusa menjungkit
kening. “Aku? Pasal apa?”
“Pasal Beta
Tester.” Kata Loky dengan serius. “kau pernah ke front line ke?”
Kening Azusa di
jungkit tambah tinggi dari sebelumnya. “apa kena mengena Beta Tester dengan
Front line?”
Luciey tertawa
kecil. “sebenarnya, Loky nak tahu kalau kau pernah ke front line sebab kami nak
jumpa seseorang.”
Azusa
mengangguk. “Pernah dan siapa seseorang tu?”
Enddy menarik
sengih. “Seorang Beta Tester.”
“Beta Tester?”
Azusa memandang keatas sambil mengusap dagunya. “Tinggal dua orang beta Tester
tinggal dalam game ni dan orang itu ialah….. Medeis? Dari Team HDe’O tu?”
Loky berdehem dan
mengangguk. “Dia…”
“untuk ap-
Aaaaa…… Aku faham.” Azusa tersenyum meleret. “Cinta jarak jauh??”
Rakannya yang
lain mengangguk kecuali Loky yang menutup mulutnya menahan malu. Azusa tertawa.
“Aku rasa kau patut cari dia kat tingkat 86. Kemungkinan besar dia berada di
sana.”
“Kami tahu tu..”
Neon mengeluh. “kami perlukan seorang lagi Beta Tester untuk berdepan dengan
Medeis. Dia sekarang di kawal ketat di sebabkan Reaper Skull buruh dia. Tak
semua orang boleh jumpa dia dan aku rasa Beta Tester boleh.”
“Cam mana kalau
aku tak nak?” Azusa soal membuat mereka risau. Bukan dia tak nak tolong tapi
dia tak mahu ambil risiko nyawanya. Jika pemain tahu yang dia pun Beta Tester
dah tentu dia di buruh, dah lah dia ni bersendirian. Dah cukup MHPC tambah
beban dia, jangan lagi Beta Tester yang lain.
Ai mencebik dan
memukul bahu Azusa. “Dia main-main je. Kami setuju nak tolong.”
Luciey tersenyum
gembira dan memeluk Azusa. “Thanks!! Kami akan balas jasa kau Azusa.”
Azusa mengeluh.
Kenapalah si Ai ni suka sangat sakitkan hati orang? Desis hati Azusa memandang
Ai yang tersenyum buat muka innocent.
‘Ini untuk
kebaikan kau juga.’ Azusa membaca mulut Ai yang tidak mengeluarkan suara.
Kebaikan aku? Tak, kau tolong aku gali kubur aku sendiri desis hatinya lagi.
Comments
Post a Comment